Upload
sheisda-suaimi
View
116
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
Citation preview
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
1/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
2/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Mengenai Penulis
Mohd ZulAriffin Maarof merupakan seorang pelajar sarjana matematik(Master of Mathematic) sepenuh
masa di UTM JB.Penulis mendapat pendidikan awal di SK Seri Rejo Sari dan kemudiannya bersekolah
Menengah di Maahad Dini Parit Raja,Batu Pahat Johor selama 2 tahun.Sewaktu mengambil PMR, penulis
berpindah ke sekolah harian di SMK Tunku Mahmood Iskandar,Batu Pahat Johor sehingga tingkatan 5.
Setelah tamat SPM, penulis melanjutkan pelajaran di Kolej Matrikulasi Kedah dan menyambung
pengajian ijazah sarjana muda(Bsc. Math) di UTM dalam bidang sains matematik. Sejak kecil penulis
telah mendapat pendidikan agama melalui ibu-bapa penulis yang merupakan seorang guru agama. Oleh
itu, walaupun penulis melanjutkan pengajian dalam bidang matematik, namun penulis mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang pendidikan agama,ilmu sains dan ilmu perniagaan .Oleh itu, penulis
menjalankan perniagaan jualan pakaian muslimah & produk-produk muslim di
www.alishacollection.comsebagai hobi dan pekerjaan sampingan penulis. Bagi penulis, tidak kira apajua bidang yang diceburi, ilmu agama itu wajib dijadikan sebagai cara kehidupan bagi memimpin
manusia ke jalan yang benar. Semoga e-book percuma ini mendapat manfaat buat semua pembaca dan
dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian. Wallahuaalam..
Website :
http://www.alishacollection.com
http://www.facebook.com/WahCunnyaAwak
http://www.facebook.com/zulariffin
http://www/ariffinmaarof.com
contact No : 013-7034908
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
3/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20123
Disclaimer
Sebagai Makluman buat saudara/saudari, E-Book ini ditulis berdasarkan pengalaman, pengetahuan, dan
pembacaan penulis sendiri yang telah berkecimpung dalam dunia penulisan, perniagaan internet dan
blogger sejak Ogos 2010 lagi. Anda dilarang sama sekali untuk mengeluar ulang mana-mana bahagian
e-book ini dengan apa cara sekalipun.E-book ini ditulis sesuai bagi anda untuk menambah pengetahuandalam bidang agama dan sebagai panduan dan pedoman dalam hidup anda. Sebarang penulisan yang
terdapat di dalam E-book ini adalah pengolahan yang telah di buat dan penambah baikan yang dilakukan
oleh penulis untuk menjadikan ianya lebih baik dan menarik.
Amaran Ebook Ini Adalah Hak Cipta Terpelihara http://www.alishacollection.com
Anda Dilarang Sama Sekali Samada Mengubah, Mengedarkan Atau Menjual Ebook Ini
Kepada Pihak Lain.
Sebarang Kegiatan Yang Menyalahi Etika Penerbitan Boleh Dikenakan Tindakan Undang-
Undang.
Oleh Itu, Anda Hendaklah Melaporkan Kepada Pihak Admin http://www.alishacollection.comJika
Menerima Ebook Ini Tanpa Melalui http://www.alishacollection.com
Tindakan Anda Amatlah Dihargai Bagi Membanteras Kegiatan-Kegiatan Sebegini. Ebook Ini
Hanya Untuk Mereka Yang Mendapatkan Secara Sah Dari http://www.alishacollection.com & dari
http://www.facebook.com/WahCunnyaAwaksahaja.
Jika Anda Memilikinya Secara Tidak Sah, Saya Tidak Menghalalkannya Dunia Mahupun
Akhirat.
Ditulis oleh
Mohd ZulAriffin Maarof a.k.a Ariffin Maarof
http://www.alishacollection.com
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
4/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20124
Isi Kandungan Muka SuratPengenalan 6
Tips Menghilangkan Sifat Malas dengan Surah Al-Fatihah 6
Tips Terpelihara Dari Kemudharatan 7
Tips Memperolehi Jiwa yang Damai 8
Tips Mendapat "sahabat" di Dalam Kubur 9
Tips Keluarga Aman Damai dengan Fadhilat Asmaul Husna 10
Tips Mengelakkan Bencana dengan Fadhilat Asmaul Husna 10
Tips Memperolehi Ketenangan Jiwa 11
Tips Mendapat Penjaga Sewaktu Tidur dengan Fadhilat ayat Kursi 12
Tips Merungkai Segala Masalah 13
Tips Memperolehi Rezeki yang Tidak Disangka-sangka 14
Tips dipermudahkan segala urusan 15
Tips Cara Terbaik Menyucikan Hati 16
Tips Mengelakkan Syaitan Masuk Ke Rumah 17
Tips Merawat Anak yang Nakal 18
Tips Menghilangkan Sihir Dengan Basmalah 18
Tips benci bertukar sayang dengan Fadhilat Basmalah 19
Tips Mempunyai Aura & Daya Penarik 19
Tips Dijauhi Kepapaan Dengan Surah Fatihah 20
Tips Cerdik & Kuat Ingatan Dengan Amalan Asmaul-Husna 21
Tips Memperolehi Rezeki yang Diberkati Lagi Mencurah-Curah 22
Tips Memperolehi Rezeki yang Melimpah Ruah 22
Tips Mendapatkan Anak Dengan Asmaul Husna 23
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
5/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20125
Tips Mendapat Anak yang Pintar,cantik & hensem 24
Tips Doa Makbul Dengan Khasiat Asmaul Husna 25
Tips Mencari Barang yang Hilang 26
Tips Mengelakkan Di Santau ataupun Racun 27
Tips wajah sentiasa tenang dengan amalan Asmaul Husna 28
Tips Wajah Kelihatan Berseri Dengan Asmaul Husna 28
Tips bina keyakinan diri 29
Tips Wajah Berseri 29
Tips Agar Mata Kelihatan Sentiasa Segar 30
Kesimpulan 30
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
6/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20126
Pengenalan
Di dalam e-book ini penulis mencatatkan serba ringkas rahsia-rahsia kehebatan
Al-Quran dari Hadith, Asmaul Husna dan Tips-tips dari Alim Ulama untuk panduansemua muslimin dan muslimat agar hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan mendapat
perlindungan dariNYA senantiasa.
Insya Allah pada masa akan datang penulis akan berkongsikan e-booksambungan mengenai kelebihan-kelebihan Al-Quran secara santai, simple dan
bergambar juga. Jadi para pembaca dapat terus menyerap ilmu yang ingin disampaikan kepada semua pembaca.
Semoga segala tips-tips yang dikongsikan di sini dapat menjadi rujukan buatsemua termasuk diri penulis sendiri. Andai ada kekurangan dan kesilapan, bolehlahmaklumkan pada penulis di [email protected]
Selamat membaca
Tips Menghilangkan Sifat Malas dengan Surah Al-Fatihah :
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud " Sebesar-besar surah di dalam Al-Quran ialahAlhamdulillah rabbil 'alamin(Al-Fatihah)."
(H.R Bukhari ; At Targhib 3:26)
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
7/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20127
Fadhilatnya :
Ulama pula berkata "Barangsiapa sentiasa membaca surah Al-Fatihah setiap malam
dan siang,nescaya hilanglah penyakit malasnya dan Allah mengelokkan budi pekertinya
zahir dan batin."
Tips Terpelihara Dari Kemudharatan
Sabda Rasulullah s.a.w yg bermaksud
"Siapa saja membaca zikir di atas tiap-tiap pagi dan petang 3 kali, terpeliharalah dia
dari segala kemudharatan."Menurut Imam Daud : "Terpelihara orang itu dari bencana
yang datang dengan tiba-tiba."
(Riwayat at-Turmudzy, rujukan Himpunan Doa & Zikir terbitan Abu Fajar)
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
8/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20128
Tips Memperolehi J iwa yang Damai
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :
Sesungguhnya Al-Quran ini adalah hidangan dari Allah. Terimalah hidangan ini
dengan kamu memakannya. Al-Quran ini adalah tali Allah, cahaya yang terang,
penyembuhan yang berguna, penjaga kepada orang yang berlindung dengannya dan
penyelamat kepada orang yang mengikutinya.
(Al-Hakim)
Dengan selalu membaca Al-Quran juga jiwa pembacanya akan tenang dan cukup
mendamaikan..Insya Allah.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
9/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20129
Tips Mendapat "sahabat" di Dalam Kubur
Rasulullah s.a.w selalu membaca surah-surah Al-Musabbihat pada tiap-tiap malam
sebelum baginda tidur.
Di dalam surah Al-Musabbihat itu terdapat suatu ayat yang lebih utama dari seribu ayat,
iaitu :
"Dialah yang awal,Dialah yang akhir,Dialah yang zahir,Dialah yang batin,Dialah yang
Maha Mengetahui akan segala sesuatu.
(H.R. Abu Daud at Turmudzy Tafsir Ibn Katsir 4:302)
Bacalah Surah Al-Mulk setiap hari kerana Surah Al-Mulk itu akan memelihara dan
menghindarkan pembacanya dari azab kubur.(Rujukan : Kelebihan surah-surah Al-
Quran terbitan Jahabersa)
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
10/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Keluarga Aman Damai dengan Fadhi lat Asmaul Husna
cara zikirnya "Yaa Majiid"
Kelebihannya :
sesiapa yang membacanya sebanyak 99 kali setiap hari dengan izin Allah akan tercipta
suasana aman,tenteram dan damai serta bahagia dalam rumah tangga
Tips Mengelakkan Bencana dengan Fadhi lat Asmaul Husna
Maksudnya "Zat Yang Sangat Sabar"
Khasiatnya
Seseorang yang ingin membina jiwanya sehingga menjadi besar dan sabar dalam
menghadapi berbagai masalah maka bacalah nama Allah ini setiap saat terutama
dalam menghadapi urusan yang rumit. Dengan demikian Insya Allah segala urusan itu
akan berjaya dengan baik dan berkat.
Jika nama Allah ini dibaca sebanyak 100 kali setiap hari sebelum terbit matahari Insya
Allah tidak akan mendapat sebarang bencana pada hari itu juga.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
11/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Memperolehi Ketenangan Jiwa
Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 28 yang bermaksud
"orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah.
Ingatlah, Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."
Dalam Surah Al-Fajr ayat 27-30 juga ada disebutkan yang maksudnya
"wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada tuhanmu dengan keadaan
engkau berpuashati lagi diredhai oleh tuhanmu. maka masuklah engkau
dalam kumpulan hamba-hambaku yg berbahagia dan masuklah
ke dalam syurga mu."
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
12/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Mendapat Penjaga Sewaktu Tidur dengan Fadhi lat ayat Kursi
Daripada Abu Hurairah,beliau berkata, Rasulullah s.a.w pernah menyerahkan tugas
kepadaku untuk menjaga zakat ramadhan. Tiba-tiba ada orang datang dan mengambil
sebahagian makanan.Maka aku tangkap orang tersebut dan aku katakan kepadanya:
"Aku akan laporkan perkara ini kepada Rasulullah s.a.w".Kemudian Abu Hurairahberjumpa Rasulullah s.a.w dan menceritakan kejadiannya hingga baginda berkata:
"Apabila kamu hendak tidur maka bacalah ayat kursi nescaya kamu sentiasa bersama
penjaga yang diutus oleh Allah dan kamu tidak didekati oleh syaitan sehingga pagi hari.
Kemudian Nabi bersabda: "Ia jujur kepadamu walaupun hakikatnya ia adalah
pendusta,itulah syaitan" (Hadis riwayat Bukhari)
Jika di baca sebelum tidur,akan dijaga oleh penjaga khas yang diutus oleh Allah
sehingga ke pagi & dia tidak didekati oleh syaitan sehingga pagi.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
13/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Merungkai Segala Masalah
Selawat Fatih yg bermaksud
"Ya Allah berikanlah restu,kesejahteraan dan keberkatan kepada junjungan kami,NabiMuhammad s.a.w,
Pembuka suatu yang terkunci,penutup suatu yg terdahulu,penolong kebenaran dengankebenaran,
Penunjuk ke jalanMU yg lurus,Mudah-mudahan Allah memberikan rahmat kepada Baginda,keluarga Baginda dan
para sahabat sepenuhnya dan dengan kadarnya yang agung."
Antara cara membacanya :
Baca selawat Fatih dalam keadaan berwuduk selepas solat fardhu@sunat, kemudiansujud dan mohon doa kepada Allah untuk merungkaikan segala kesulitan dan masalah
yang sedang dilalui.
Mohonlah dan luahkanlah segalanya kepada Sang Pencipta. kerana Dia yangmemberikan musibah dan Dia juga yang menyembuhkannya.
Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 1 & 2 yg bermaksud
"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telahberiman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang
benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
14/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Memperolehi Rezeki yang Tidak Disangka-sangka
Allah berfirman dalam Surah At-Talaq yg bermaksud "Barangsiapa yang bertakwakepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya
rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakanurusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu" (ayat 2-3)
Antara kelebihan-kelebihannya adalah
1. Akan dimudahkan segala kesulitan yang dihadapi2.Diberikan rezeki yang tidak disangka-sangka
3.Terlindung segala daripada kejahatan
4.Menghilangkan keresahan pengamalnya5.Jika berperang insya-Allah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
6.Allah akan menyampaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiapurusan.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
15/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips dipermudahkan segala urusan
Sabda Rasullullah S.A.W yg bermaksud "Barangsiapa membaca Surah Al-Qadr
sebanyak 1 kali selepas berwuduk, Allah memberi pahal untuknya seperti beribadahselama 50 tahun,(mengerjakan ibadah di malamnya dan berpuasa di siangnya).
Sekiranya ia membaca Surah Al-Qadr sebanyak 2 kali, pahalanya ialah seperti pahalayg diberi kepada Nabi Ibrahin dan Nabi Musa a.s.
Sekiranya ia membaca Surah Al-Qadr sebanyak 3 kali, ganjarannya ialah di bukasemua pintu-pintu syurga dan boleh memilih pintu yg mana ia ingin masuk dengan
tanpa di hisab dan di azab."
Terlalu besar fadhilat orang yg membaca Al-Quran dan selalu menjadikannya sebagaiwirid hariannya.
Bacalah Surah Al-Qadr sebelum kita pergi bekerja@belajar untuk dipermudahkansegala urusan harian kita,Amiinn..
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
16/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Cara Terbaik Menyuc ikan Hati
Sabda Rasullullah S.A.W yg bermaksud "Sesungguhnya hati yang berkarat sepertiberkaratnya besi.Sahabat-sahabat bertanya, "Bagaimana untuk mensucikannya, Wahai Rasullullah?"
Baginda menjawab, dengan membaca Al-Quran dan mengingati mati"
Sesungguhnya umat islam telah tersedia penawar untuk mengubat segala penyakit danislam juga telah mengajarkan cara memberi ketenangan jiwa yang hakiki, iaitu dengan
memperbanyakkan zikrullah.
Dalam Al-Quran Surah Ar-Rad,Juzuk 13, ayat 28 yg bermaksud " orang-orang yang
beriman dan tenang tenteramlah hati mereka dengan zikrullah, ketahuilah! Denganzikrullah itu; tenang tenteramlah hati manusia"
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
17/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Mengelakkan Syaitan Masuk Ke Rumah
Sabda Rasullullah s.a.w yg bermaksud "Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu mempunyaibenteng. Benteng Al-Quran ialah Surah Al-Baqarah,Barangsiapa membacanya di
dalam rumahnya pada malam hari, tidaklah masuk syaitan ke rumahnya itu selama 3malam. Dan Barangsiapa membacanya di waktu siang, tiadalah masuk syaitan ke
rumahnya selama 3 hari"
Marilah kita sama-sama mempelajari Al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupanharian kita agar kita terpelihara daripada gangguan Jin dan syaitan. aminn
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
18/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips Merawat Anak yang Nakal
Bacalah Surah Taha ayat 1-6 dan juga Surah Al-Haj ayat 21 yang dibaca di ataspermukaan air dalam gelas putih dan di minum oleh anak yang dimaksudkan.
Tips Menghilangkan Sihir Dengan Basmalah
Sesiapa yang terkena sihir @ ingin menghilangkan sihir @ penyakit, cuba amalkan cara
ini
bacalah Basmalah sebanyak 100 kali berturut-turut selama seminggu pada orang yangterkena sihir ataupun sebarang penyakit. Dengan izin Allah, akan sembuh dan pulih
penyakitnya.
kita berusaha, hanya Allah yang berkuasa memakbulkannya.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
19/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20121
Tips benci bertukar sayang dengan Fadhilat Basmalah
Sesiapa yg ingin supaya orang yg benci kepadanya bertukar menjadi orang yg sangat
saaayang kepadanya, hendaklah ia membaca basmalah pada satu gelas air atausebarang bekas yg lain sebanyak 789 kali. kemudian beri minum kepada orang yg
dikehendaki, dengan izin Allah akan berubah hatinya..
kita berusaha, Allah jua yng menentukannya.
Tapi ingat, Allah tahu apa niat anda dan apa yang anda ingin lakukan. :)
Tips Mempunyai Aura & Daya Penarik
Al-Rahiim= Yang Maha Penyayang
cara berzikir = "Yaa Rahiim"
Fadhilatnya :
1. Barangsiapa yg menyebutnya sebanyak 100 kali setiap hari. Dengan izin Allah akandilembutkan hatinya oleh Allah & akan wujud di dalam hatinya perasaan kasih sayang
sesama makhluk.
2. Barangsiapa yg menyebutnya sebanyak 100 kali setiap kali selesai solat subuh,dengan izin Allah dia akan disayangi dan disukai oleh semua orang serta mempunyai
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
20/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
aura daya penarik yang amat disenangi sekali!
Subhanallah dahsyatnya fadhilat Asmaul Husna!
Tips Dijauhi Kepapaan Dengan Surah Fatihah
Rasullullah bersabda yg bermaksud " Barangsiapa membaca surah Al-Fatihah dansurah Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar dari kefaqiran dan kepapaan
serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya"
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
21/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Cerdik & Kuat Ingatan Dengan Amalan Asmaul-Husna
Al-Muhaimin= Yang Mengamati segala makhluk dengan seteliti-telitinya
Barangsiapa yg membaca "Yaa Muhaimin"sebanyak 145 kali selepas isya, maka
dengan izin ALLAH, hati menjadi terang dan mudah menghafal segala apa yg
dipelajarinya serta hilang penyakit lupa.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
22/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Memperolehi Rezeki yang Diberkati Lagi Mencurah-Curah Banyaknya
Barangsiapa berzikir "Ya ALLAH" sebanyak 5000 kali setiap hari, nescaya rezekidatang kepadanya mencurah-curah banyaknya dengan izin Allah.
Tips Memperolehi Rezeki yang Melimpah Ruah
Rasullullah bersabda "Barangsiapa mmbaca surah Al-insyirah, Allah akanmengurniakan kelebihan kepadanya umpama orang yg datang untuk mnggembirakanku
ketika aku dalam kedukaan"
Para Ulamak pula berkata:
Sesiapa yg mengamalkan membaca surah al-insyirah & djadikan sbgai wirid stiap kaliselepas solat fardhu, nescaya Allah akan menghilangkan dukacitanya, dianugerahkanrezeki yg banyak, fikirannya luas, dan senang melakukan sesuatu pekerjaan & hilang
sifat malas.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
23/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Mendapatkan Anak Dengan Asmaul Husna
Barangsiapa yg ingin mendapatkan anak, cuba lakukan amalan ini :
1. Hendaklah si isteri berpuasa selama 7 hari berturut-turut seperti dari hari ahadsehingga hari sabtu.
2. Setiap hari ketika menjelang waktu berbuka puasa, ambillah segelas air &baca padanya "Yaa Mushawwir" sebanyak 21 kali, kemudian minum air itu untukberbuka.
3. Hendaklah si suami pula berpuasa selama 3 hari berturut-turut dan seterusnya
lakukan seperti yg dilakukan oleh si isteri.
4. ketika melakukan persetubuhan, bacalah "Ya Mushawwir" sebanyak 10 kali,maka dengan izin Allah akan dikurniakan anak yg soleh atau solehah..
Ya Mushawwir =Dialah yg Mencipta segala bentuk & rupa makhluk
kita sebagai hambaNYA haruslah berusaha dan kemudian bertawakalkpadaNYA.mudah-mudahan berhasil.Insya Allah..
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
24/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Mendapat Anak yang Pintar,cantik & hensem
Para alim ulamak memberikan panduan bahawa barangsiapa yg inginkan anak yangpintar, comel, cantik dan hensem, para ibu-ibu yg mengandung digalakkan
memperbanyakkan membaca surah Luqman & Surah Yusuf.
Anak yg cantik rohani dan jasmaninya adalah lebih mudah di didik sejak dari dalamkandungan lagi. sama-sama kita amalkan agar kita dapat melahirkan generasi yg cantik
rohani dan jasmaninya.amin..
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
25/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Doa Makbul Dengan Khasiat Asmaul Husna
Al-Mujiib : Dialah Yang Maha Memperkenankan permohonan hamba-hambanya
Barangsiapa yg membaca dengan istiqamah dan bergantung harap sepenuhnya
kepada Allah dengan berzikir "Yaa Mujiib" sebanyak 55 kali setiap lepas solat subuh,Insya Allah segala doanya akan dimakbulkan.
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
26/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Mencari Barang yang Hilang
Islam telah memberikan panduan yg cukup cantik bgaimana nak jumpa semula barangyg hilang, antaranya adalah mengamalkan setiap hari membaca Asmaul Husna.
Ar-Raqiib: Dialah yg mengawasi segala hal
Sesiapa yg berzikir sebanyak 312 kali setiap selesai solat fardhu, dengan izin Allah,barang yg telah hilang akan dijumpai semula
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
27/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips Mengelakkan Di Santau ataupun Racun
Bacalah surah Quraisy ketika hendak masuk ke rumah, ke kedai, ataupun ketikahendak makan dan minum, Dengan izin Allah santau atapun racun tidak akan berkesan
terhadapnya
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
28/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips wajah sentiasa tenang dengan amalan Asmaul Husna
Sebaik-baiknya, bacalah "Ya Rahman" setiap kali selepas solat fardhu sebanyak 500kali. Jika tidak mampu, cubalah 500 kali sehari dahulu dan tingkatkan secara
berperingkat. Dengan izin Allah, jiwa akan menjadi tenang dan akan melahirkan rautwajah yang sangat tenang ibarat air tasik yang mendamaikan.
Tips Wajah Kelihatan Berseri Dengan Asmaul Husna
selepas anda selesai solat subuh, amalkan membaca "Ya Hamid" sebanyak 99 kali danniatkan semoga seri muka anda bertambah, kemudian tiupkan di tapak tangan anda
dan raupkan ke seluruhan muka. Insya Allah berkat nama-nama Allah seri muka anda
akan bertambah dan semakin bersinar. amalkan setiap pagi! :)
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
29/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20122
Tips bina keyakinan diri
Setiap kali anda bangun pagi, sebutkan lah berulang-ulang kali dengan sepenuh hatibahawa anda lebih baik dari orang lain! lama-kelamaan anda akan mendapat aura
keyakinan diri yang tinggi.
Tips Wajah Berseri
Kajian menyatakan bahawa bangun setelah naik matahari dan tidur yang berlebihan di
siang hari akan menyebabkan wajah anda kelihatan sembab! jadi bangkitlah seawalpagi agar anda sentiasa berseri dan cergas! :)
5/23/2018 Rahsia Kehebatan Al-Quran Terbongkar
30/30
AriffinMaarof-alishacollection.com@copyright 20123
Tips Agar Mata Kelihatan Sentiasa Segar
pastikan setiap kali anda mandi atau berwuduk(muslim), kelip-kelipkan
mata anda beberapa kali agar air wuduk atau mandian itu mencuci mata anda.sebaiknya niatkanlah agar di beri kesihatan dan kesegaran sepanjang masa!:)
Kesimpulan
Semoga segala perkongsian dan catatan yang penulis rakamkan di dalam e-
book percuma ini mendapat manfaat buat kita semua.Segala yang baik itu adalah dari
Allah dan segala kesilapan dan kekhilafan yang tercatat di dalam e-book ini adalah dari
diri penulis sendiri. Sebarang komen,pandangan dan cadangan boleh lah terus contact
penulis melalui telefon,emel,@facebook penulis di bahagian mengenai penulis di awal
e-book ini.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa saudara-saudari untuk membaca e-
book ini. Saya doakan semoga saudara-saudari sentiasa mendapat limpah rahmat
Allah dan mendapat keredhaan Illahi senantiasa.Aminn..