7
1. DIET ASAS ARNAB Air yang bersih Pallet yang segar dan baik Jerami (hay) Sayuran Kudapan Perhatian! – Segala perubahan diet ke atas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurang jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru. 1.1 Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan) Dari lahir hingga 3 minggu – susu ibu. Selepas 3 minggu – susu ibu, perkenalkan jerami alfalfa & pallet secara beransur-ansuran (kandungan kalsium yang tinggi dalam jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang) Selepas 4 minggu – susu ibu, tiada had pemberian jerami alfalfa dan pallet. 8 minggu hingga 6 bulan – tiada had pemberian jerami alfalfa dan pallet. 12 minggu dan ke atas – perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberai dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis (lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yang berlainan jenis). 1.2 Arnab Remaja (6 bulan hingga 1 tahun) Perkenalkan jerami Timothy atau jerami yang lain (oat, brome, orchard, napier, decumbens, guetamala) Kurangkan pemberian jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada jerami Timothy. Jerami alfalfa mengadungi kandungan kalsium dan protein yang tinggi tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa (kecuali arnab kurang

Rabbit Basic Diet

Embed Size (px)

DESCRIPTION

qq

Citation preview

1. DIET ASAS ARNAB Air yang bersih Pallet yang segar dan baik Jerami (hay) Sayuran KudapanPerhatian! Segala perubahan diet ke atas arnab haruslah dibuat secara beransur-ansur untuk mengelakkan gangguan masalah sistem penghadaman, contohnya apabila ingin menukar jenama sesuatu pallet, campurkan pallet yang lama dengan jenama yang baru dan teruskan dengan mengurang jumlah pallet yang lama dan menambah jumlah pallet yang baru.1.1 Bibit Arnab (sehingga umur 6 bulan) Dari lahir hingga 3 minggu susu ibu. Selepas 3 minggu susu ibu, perkenalkan jerami alfalfa & pallet secara beransur-ansuran (kandungan kalsium yang tinggi dalam jerami alfalfa membantu dalam tumbesaran tulang) Selepas 4 minggu susu ibu, tiada had pemberian jerami alfalfa dan pallet. 8 minggu hingga 6 bulan tiada had pemberian jerami alfalfa dan pallet. 12 minggu dan ke atas perkenalkan sayuran, pantau perkembangan arnab anda, pemberai dimulakan dengan satu jenis sayuran/tumbuhan hijau pada satu-satu masa. Jika terdapat perubahan di atas najis (lembik/cair) berhenti beri atau cuba beri sayuran yang berlainan jenis).

1.2 Arnab Remaja (6 bulan hingga 1 tahun) Perkenalkan jerami Timothy atau jerami yang lain (oat, brome, orchard, napier, decumbens, guetamala) Kurangkan pemberian jerami alfalfa, sehingga pemberian total kepada jerami Timothy. Jerami alfalfa mengadungi kandungan kalsium dan protein yang tinggi tetapi kurang kandungan fiber, tidak sesuai untuk arnab meningkat dewasa (kecuali arnab kurang berat badan, sedang sembuh dari pembendahan, bunting atau menyusukan anak). Kurangkan pemberian palet dari 1/8 cawan ke 1/4 cawan bagi 2.3kg/5lbs berat badan (1 cawan = 250ml). Sayuran/Tumbuhan hijau (pilihan) Kudapan (pilihan)

1.3 Arnab Matang (1 tahun hingga 6 tahun) Tiada had pemberian jerami 1/8 ke 1/4 cawan pallet bagi setiap 2.3kg/5lbs berat badan Sayuran/Tumbuhan hijau (pilihan) Kudapan (pilihan)

1.4 Arnab Dewasa (selepas 6 tahun) Teruskan diet arnab matang jika arnab anda tidak mempunyai masalah penurunan berat badan. Tingkatkan kadar pemberian pallet jika masalah tersebut berlaku Jerami alfalfa boleh diberi kepada arnab yang mengalami penurunan berat badan, tetapi dengan hanya jika kadar kalsium adalah normal.

2. Jerami (Hay) Jerami adalah komponen penting dalam diet arnab. Seharusnya jerami perlu ada selalu untuk arnab, seboleh-bolehnya selalu. Jerami membekal serat/bahan kasar untuk membantu sistem penghadaman untuk berfusngsi dengan baik dan berkesan dari menghalang rintangan/masalah usus. Gigi arnab tidak berhenti pertumbuhannya. Mengunyah jerami dapat membantu gigi tumbuh ditahap kepanjangan yang sesuai dan baik Variasi dan kepelbagaian jenis jerami memberikan kepelbagaian pergerakan mengunyah. Untuk itu, jika boleh, beri arnab variasi jerami untuk tumbesaran gigi yang sempurna.

3. Pallet Pallet yang baik mestilah mengandungi kandungan protein yang rendah (14% - 16%), tinggi kandungan serat (min: 20%), lemak dan kalsium seharusnya lebih kurang dalam lingkungan 1%. Elakkan pallet yang mengandungi kekacang, biiji benih/bijirin di dalam kandungannya mempunyai lemak yang tinggi, ini membuatkan arnab montel.4. Sayuran & KudapanJika anda memilih untuk memasukkan sayuran di dalam diet arnab, perkenalkan/beri satu jenis sayur untuk sesuatu masa. Mulakan dengan jumlah yang sedikit daulu dahulu dan pantau bentuk/rupa najis arnab. Jika najis tersebut berbentuk sempurna dan bulat seperti selalu, anda boleh secara beransur-ansur meningkatkan jumlah pemberian sayuran. Jika najis arnab itu berubah rupa, menjadi lembik/cair, berhenti beri sayuran tersebut serta merta, cuba beri sayuran jenis lain hanya selepas najis arnab anda kembali normal.Perhatian! Bertentangan dengan pendapat popular umum, lobak merah seharusnya tidak boleh dijadikan sebahagian besar kandungan diet arnab anda. Lobak merah mengandungi kandungan gula yang tinggi dan seharusnya cuma diberi sebagai kudapan/sampingan sahaja.5. Makanan Tambahan ArnabDibawah adalah beberapa sumber makanan tambahan selain pallet yang kita beri untuk arnab, kebanyakan pokok dan jenis rumput ini terdapat di sekitar kawasan tempat tinggal.Penyediaan bagi setiap jenis rumput dan pokok ini eloklah dibiarkan layu/kering sedikit selepas dituai. Bagi batang jagung dan napier, eloklah dicincang dahulu mengikut kesesuaian kandang.Penyediaan makanan tambahan untuk haiwan ternakan dapat membantu mengurangkan kos penternakan dengan lebih baik.Rumpur Napier

Rumput Guetemala.

Rumput Signal (Decumbens)

Daun & Batang Jagung

Rumput Ara Songsang/Rumput Israel

Pokok & Daun Pandan

6. Makanan Sampingan atau Kudapan (Treats)Kudapan yang berlebihan amat tidak baik untuk arnab, sama seperti manusia. Kebanyakan kudapan yang dijual di kedai haiwan mengandungi kadar gula dan karbohidrat tenaga makanan yang tinggi. Jika seseorang pemilik arnab mahu memberi arnabnya kudapan juga, kudapan yang terbaik adalah buah-buahan.Antara buah-buahaan yang terpilih (biji mestilah dibuang) ialah betik, pisang, mangga, nenas, epal, kiwi, beri, oren dan buah-buah dari jenis sitrus yang lainNenas, mangga dan betik semuanya mengadungi enzim semulajadi yang dipercayai mengurangkan masalah bebola bulu (hairball).Buah-buahan atau kudapan lain mestilah diberi mengikut kadar yang sederhana, jika tidak arnab senang menjadi terlalu gemuk (overweight) dan menghadapi masalah kesihatan. Kadar diet sepatutnya mestilah tidak lebih dari setengah sudu masak sehari, dimana pemberian sepotong betik sekali seminggu adalah berpatutan.Bagaimanapun, buah-buahan segar tidak boleh diberi untuk arnab dibawah umur 4 bulan (sesetengah arnab 2 bulan), ini kerana sistem penghadaman arnab ada usia ini tidak boleh memproses buah atau sayur segar. Jika diberi juga, arnab akan berhadapan dengan maasalah radang usus (enteritis) yang mengakibatkan kematian dalam 48 jam.Sestengah pendapat mengatakan arnab boleh diberi sayuran salad (lettuce), ini adalah tidak baik kerana salad mengandungi sedikit atau tidak ada langsung kadar nutrisi untuk kegunaan arnab dan sekali lagi boleh menyebabkan radang usus yang membawa kepada kematian.