Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang

Embed Size (px)

Citation preview

Pusat Konservasi Hidupan Liar Bukit Pinang, Kedah Selain daripada PKHL Bota Kanan, Perak, sebuah lagi Pusat Konservasi Hidupan Liar bagi spesies Tuntung terdapat di Bukit Pinang, Kota Setar, Kedah. Pusat ini ditubuhkan dalam tahun 1981 dan memelihara dua spesies Tuntung iaitu Tuntung Sungai (Batagur baska) dan Tuntung Laut (Callagur borneoensis). Tidak banyak perbezaan yang terdapat di antara kedua-dua spesies ini kecuali pada cengkerang dan bahagian kepalanya. Walau bagaimanapun, bilangan Tuntung Sungai adalah lebih banyak terdapat di dalam peliharaan pusat ini. Sehingga kini, bilangan Tuntung yang terdapat di pusat ini adalah sebanyak 302 ekor. Sebagai menyokong usaha konservasi, Tuntung ini dilepaskan semula ke sungai secara berperingkat. Sebagaimana pembiakan Tuntung di Bota Kanan, telur-telur Tuntung diperolehi dari peraih-peraih berlesen pada setiap kali musim bertelur. Semua telur ini akan dieram di dalam pasir secara semula jadi sepanjang tempoh 75 hingga 100 hari sebelum ianya menetas. Anak-anak yang baru menetas akan dikutip dan dipelihara di dalam kolam khas yang telah ditetapkan, berasingan daripada Tuntung dewasa.