Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    1/7

    Punca-Punca Yang Membawa Kepada Peristiwa 13 Mei

    Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza.Masyarakat Cina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding denganorang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum inimenyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layananberat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yangberkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan jugapolarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan danjuga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yangtinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandarsebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan danpekerja di ladang.1 Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercoraksara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayumenjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yangberbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti inimenyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi

    terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannyaserta mengekalkan kuasa mereka.2 Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negaratelah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakinmelebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpamenghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumityang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 Mei1969.3 Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaumtidak seyharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan padatahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan .Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepadameletusnya peristiwa 13 Mei. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyusebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India danInggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan

    kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakalakurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-bukuteks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .4 Keadaan ini telahmengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanyadapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.

    Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihanraya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yangtidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya ituberlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunkumembuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan, 5 makaPAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO

    dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa,malahan taraf bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggungorang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalampilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh PartiProgresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysiahak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu ataubumiputera dihapuskan .6Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandunganperlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yangtelah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    2/7

    menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perludilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lainyang telah jauh tertinggal di belakang .

    Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan.Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebutsebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .7 Mereka mendakwa hak kaum-kaum laintelah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalambukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yangmencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .8Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbandingdengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas olehperuntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung disebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedariakan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untukmemaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkansemangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.9 Berikutan itu sebuahparti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberinama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti

    pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soalketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan

    kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidakmempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.Isu bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei .Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telahdibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasaInggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.10 Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akanmengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripadastatus bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untukmencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan

    memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari BahasaKebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaanBahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasirbin Ismail . 11Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam olehpelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasaMelayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati denganperlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolahmenengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokohtermasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naibpengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato`Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa

    Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianyaberjaya ditubuhkan pada 18 Mei 1970.12 Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapatreaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakanpermohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka.Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranyamereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolakmereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberikebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di siniapabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah denganDasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    3/7

    pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjagakeharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan dikalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan olehparti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah merekaboleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementaraKelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak,Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangatsedikit.13 Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sediategang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskanorang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yangmenghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakankemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkanmelanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis.Perarakan ini telah melalui KampungBharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapatlebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiridaripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayusudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halausemua Melayu". 14 Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai

    simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besarketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannyakalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan . 15 Menurutlaporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalumengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepasdaripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengansegera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, makabermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 Mei 1969. Dalam pada itu adajuga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 Mei ini telahpunbermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.16 Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yangberupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.

    KESAN PERISTIWA 13 MEI DARI SUDUT EKONOMIKetidakseimbangan ekonomi di kalangan kaum merupakan suatu faktor yang telah dikenalpasti sebelumini sebagai salah satu sebab yang membawa kepada peristiwa 13 Mei. Perasaan kurang senang ekorandaripada ketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum telah menimbulkan pelbagai tanggapan salahdan perasaan resah serta irihati yang berterusan di kalangan masyarakat dan inilah keadaan yangsebenar berlaku sebelum peristiwa 13 Mei. Oleh yang demikian pihak kerajaan tidak teragak-agak lagiuntuk merangka suatu pelan tindakan yang menyeluruh bagi membendung dan mengatasi masalah itu.Atas alasan itulah pada tahun 1971 kerajaan telah melancar Dasar Ekonomi Baru (DEB).17 DEB telahdilancarkan bersama-sama Rancangan Malaysia Kedua.Terdapat dua matlamat utama dalam pelancaranDEB, iaitu iaitu pembasmian kemiskinan 'tanpa mengira kaum,' dan kedua penyusunan semulamasyarakat Malaysia bertujuan untuk menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan fungsi ekonomi.18

    Sementara objektif utama pelancaran Dasar Ekonomi Baru ialah untuk memulihkan hubungan danketidakseimbangan sosio-ekonomi antara kaum. Adalah menjadi harapan agar melalui langkah ini prosesagihan kekayaan dan pendapatan serta peluang ekonomi yang lebih seimbang dan menyeluruh akandapat dilaksanakan .Dengan itu diharapkan perpaduan negara akan lebih terpelihara. DEB telahdirancang untuk tempoh 20 tahun iaitu dari tahun 1971 hingga tahun 1990. Matlamat yang hendakdicapai dalam tempoh tersebut ialah seperti berikut: 19Peratus penanaman modal dalam syarikat Bhd.1971 1990Bumiputera 1.5% 30%

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    4/7

    Bukan Bumiputera 23.7% 40%Asing 62.1% 30%

    Membasmi KemiskinanSesungguhnya usaha untuk membasmi kemiskinan bukanlah suatu perkara yang mudah. PerlaksanaanDEB sendiri agak perlahan . Usaha untuk membasmi kemiskinan hanya melibatkan tindakan yang tidakmengancam kepentingan golongan yang berharta. Umpamanya tindakan kerajaan menyediakankemudahan pemasaran dan kredit kepada kaum tani tidak menampakkan tamparan terhadapkepentingan para kapitalis bukan Melayu. Antara langkah kerajaan ialah rancangan penerokaan tanahbagi mereka yang tidak mempunyai tanah, peluang pekerjaan bagi penganggur, serta produktiviti dankenaikan harga barangan bagi petani . Namun begitu tindakan seumpama ini akan

    dibatasi oleh keadaan ekonomi. Contohnya kerajaan mungkin berjaya mengawal harga padi dalampasaran tempatan melalui langkah-langkah tertentu yang diambil, sebaliknya kerajaan tidak terdayauntuk berbuat demikian bagi getah yang dijual di pasaran antarabangsa.Bagaimanapun langkah kerajaan dalam menangani masalah kemiskinan kaum bumiputera sedikitsebanyak telah berhasil . Sekitar tahun-tahun 70-an pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pesat . 20Sekalipun barangan ekspot seperti getah didapati sukar bagi kerajaan untuk mengawal kestabilanharganya kerana dipengaruhi oleh pasang surut pasaran antarabangsa di mana ia turut mempengaruhi

    kadar kemiskinan di kalangan pekerja ladang contohnya naik daripada 40.0 peratus pada tahun 1970kepada 47.0 peratus (1975), sebelum jatuh kepada 35.1 peratus (1980), kemudian meningkat semulakepada 54.6 peratus (1983).21

    Berbalik kepada kadar kemiskinan di kalangan penanam padi telah turun daripada 88.1 peratus padatahun 1970 kepada 77.0 peratus (1975), dan turun lagi kepada 52.7 peratus (1980), tetapi ianyameningkat semula kepada 54.0 peratus (1983). Kadar penurunan yang nyata daripada tahun 1970adalah kesan daripada subsidi yang dibekalkan oleh kerajaan. Sebaliknya peningkatan kos pengeluarantermasuk kenaikan harga input-input pertanian seperti baja dan racun menyebabkan peratusnyameningkat semula.21

    Strat egi dan Usaha Membasmi KemiskinanDalam usaha membasmi kemiskinan kerajaan telah mengkategorikannya kepada dua bahagian iaitukemiskinan di bandar dan kemiskinan luar bandar. Berdasarkan bancian penduduk 1970 terdapar kira-kira 49.3 peratus daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawahparas kemiskinan. 86 peratus daripadanya berada di kawasan luar bandar dan 14 peratus di kawasanbandar. Bagi kemiskinan luar bandar , program pembangunan lebih tertumpu kepada penyediaankemudahan asas dan pembangunan tanah . Golongan sasarannya ialah petani, pekebun kecil getah dankelapa, nelayan, pekerja ladang, penduduk kampung baru dan buruh kasar pertanian.22Antara langkah yang dijalankan ialah menyedia dan menambah kemudahan asas seperti bekalan air,elektrik, pengairan, perumahan, kesihatan, pengangkutan, pelajaran atau latihan, kemudahan kredit sertapemasaran dan subsidi pertanian seperti benih dan baja . Kerajaan juga melipatgandakan pembangunandan pembukaan, penerokaan dan kemajuan tanah baru. Langkah seterusnya, kerajaan berusaha

    menyalurkan teknologi moden di bidang pertanian, perikanan dan penternakan . Selain itu kaedahpenanaman dua kali setahun, tanaman luar musim dan tanaman kontang turut diperluaskan . Badan-badan berkanun yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan ini seperti FELDA, RISDA,FELCRA, MADA dan KADA.Kemiskinan di bandar pula biasanya dikaitkan dengan migrasi masyarakat luar bandar ke bandar . Olehsebab itu di bandar juga turut memerlukan penyediaan kemudahan asas seperti pembinaan rumah kosrendah, kemudahan air, elektrik dan peluang pekerjaan yang lebih banyak . Pendeknya langkahmenyediakan kemudahan asas yang lebih sempurna adalah suatu usaha untuk mengurangkankemiskinan di bandar. Dari segi pencapaian usaha ini, kerajaan didapati berjaya dalam usahamengurangkan kemiskinan di negara ini, di mana sebanyak 78100 keluarga miskin pada 1970 telah

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    5/7

    berjaya dikurangkan kepada 66100 pada tahun 1980. Ia merupakan kadar kemiskinan yang jatuhdaripada 49.3 peratus kepada 29.2 peratus. Sementara pendapatan purata RM76 pada tahun 1970 telahbewrtambah menjadi RM186 pada tahun 1979. Sekalipun ia masih di bawah garis kemiskinan namun iatelah menampakkan satu peningkatan. Pemerhatian ini dibuat berdasarkan angka tunjuk antara tahun-tahun 1975 dan 1980. 23Pada hakikatnya Kerajaan melalui Rancangan Malaysia kedua cuba menggariskan beberapa tujuanbaru, antaranya berusaha mempelbagaikan ekonomi dan pertanian untuk mengurangkan pergantungankepada getah dan bijih timah , kedua ia juga bertujuan untuk mempergiatkan perusahaan pembuatandengan tujuan mempelbagaikan kegiatan ekonomi serta mengurangkan masalah pengangguran disamping mengubah corak negara ke arah sebuah negara Industri. Keadaan ini lebih jelas lagi apabilaMalaysia di bawah kepimpinan Datuk Sri Dr. Mahathir Mohamad. Ketiga ia bertujuan meningkatkan lagipengeluaran bahan-bahan makanan terutamanya beras kerana negara ketika itu hanya mampumengeluarkan satu pertiga sahaja daripada keperluan kependudukan negara. Bagi melaksankan segalatujuan dan rancangan ini kerajaan telah memperuntukkan sebanyak 14 350 juta ringgit melaluiRancangan Malaysia Kedua. Apa yang jelas pelancaran DEB bersama Rancangan Malaysia Kedua iniialah kerajaan cuba memberi penekanan terhadap pembelaan nasib kaum bumiputera khasnya orang-orang Melayu secara lebih terbuka.24

    Walaupun kadar kemiskinan negara telah berkurangan namun masalah kemiskinan masih berterusanterutama di kalangan penduduk luar bandar dan golongan termiskin . Untuk itu ia telah menjadi teras bagi

    pencapaian matlamat pengagihan dalam Dasar Pembanguinan Nasional (DPN) sebagaimana yangterdapat dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2).Tahun 1990 adalah tahunberakhirnya tempoh pelaksanaan DEB. Sekalipun DEB tidak menampakkan satu kejayaan yangmenyeluruh namun telah banyak juga kejayaan yang dicapai. Maka bagi memenuhi segala hasrat yangdirangka dalam DEBlah kerajaan telah memperkenalkan RRJP2 . DPN telah dilancarkan oleh Y.A.BDato` Sri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. Antara objektifnya ialah membina dan mengukuhkanperpaduan negara malah ianya sangat penting bagi mengekalkan kestabilan sosial dan politik serta dapatmengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan . DPN juga merupakan satu langkah untukmembolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara maju. DPN telah mengambilkira segala kemajuanyang telah dicapai di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasaperlaksanaannnya.Antara dimensi-dimensi baru yang terdapat dalam DPN ialah seperti berikut:i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskemiskinan di kalangan keluarga termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif.

    (Golongan termiskin adalah keluarga berpendaptan 50% atau kurang kurang daripada Pendapatan GarisKemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan ialah sebanyak RM370 sebulan bagi saiz isirumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, RM544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan RM452bagi saiz isirumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000isi rumah ataau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolongsebagai keluarga termiskin;ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan PerindustrianBumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkanpenyertaqan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunansemula masyarakat; daniv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagimencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.25

    Strategi Penyusunan Semula MasyarakatStrategi kedua DEB ialah penyusunan semula masyarakat dengan menekankan penglibatan kaumMelayu atau Bumiputera dalam kegiatan ekonomi moden dan yang bertapak di bandar . Strategi inibertujuan untuk menseimbangkan kedudukan dan penyertaan semua kaum dalam sektor ekonomi. Jikadiperhatikan taburan penduduk mengikut kaum yang dipengaruhi oleh dasar penjajah dulu masih lagiberterusan di mana orang-orang Melayu tinggal di kampung-kampung , kaum India tinggal di kawasanpedalaman sebagai buruh di estet-estet dan Cina pula di bandar-bandar sebagai peniaga. Hakikatnyabukan sahaja tempat tinggal malah dari segi sosioekonomi dan politik jugaturut berbeza. Keadaan yang sedemikian merupakan penghalang kepada usaha-usaha untuk mencapaiintegrasi nasional .

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    6/7

    Kesan daripada penjajahan, pemilikan dan penguasaan modal kebanyakannya adalah dikuasai olehorang asing. Kalangan rakyat Malaysia pula pemilikan dan penguasaan kebanyakan modal berada dalamtangan kaum Cina . Dengan itu strategi penyusunan semula hak milik dan kekayaan telah disusunsupaya pemilikan asing dapat dikurangkan . Begitu juga dengan penguasaan modal oleh kaum Cinadalam industri dan perniagaan seharusnya diagih semula bagi menseimbangkan penguasaan modal.Untuk itu DEB telah menyusun strategi supaya menjelang tahun 1990, kaum Bumiputera dapatmenambah saham syarikat kepada 30% berbanding dengan 40% bagi warga Malaysia bukanBumiputera dan 30% bagi pihak asing. 26 Matlamat ini masih dikekalkan ke dalam Rancangan Malaysiakeenam tetapi tiada jangka masa tertentu ditetapkan untuk pencapaiannya. Berikut adalah jadual yangmenunjukkan pemilikan modal saham dalam sektor syarikatdalam jangka masa 1971 - 1990.

    JADUAL: Pemilikan modal saham dalam sektor syarikat 1971 - `90(%)

    Adakah corak yang ditunjukkan itu memungkinkan tercapainya sasaran ?

    Beberapa ciri berikut boleh diteliti:i. Dalam tempoh 1971 - 90, peratusan hak milik pendudik Malaysia telah meningkat daripada 38.3% padatahun 1971 kepada 57.1% pada tahun 1980 dan 74.9 pada tahun 1990.ii. Dalam tempoh yang peratus hak milik Bumiputera perseorangan dan agensi amanah telah meningkatdaripada 4.3% pada tahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 20.3% pada tahun 1990 .iii. Dalam tempoh yang sama juga hak milik rakyat Malaysia lain telah meningkat daripada 34.0%padatahun 1971 kepada 44.6%pada tahun 1980dan 54.6%pada tahun 1990.iv. Dalam tempoh yang sama juga hak milik penduduk asing telah menurundaripada 61.7%pada tahun1971 kepada 42.9% pada tahun 1980dan 25.1 pada tahun 1990.v. Membandingkan nisbah 30:40:30 yang ingin dicapai , didapati hanya hak milik penduduk Malaysiabukan Bumiputera yang perlu diagih semula untuk meningkatkan peratusan hak milik Bumiputera.Penelitian jadual di atas menunjukkan pencapaian kepada penyusunan semula hak milik adalah lebihcepat pada separuh masa pertama dekad 70-an.27

    Pertambahan nilai saham kaum Bumiputera lebih bergantung kepada agensi-agensi sektor awam yangberfungsi sbagai pemegang amanah bagi pihak kaum Bumiputera . Oleh sebab itu pemilikan sahamindividu kaum Bumiputera amat rendah. Bagaimanapun melalui RML perkembangan sebahagian besarhak milik Bumiputera

    datang dari sumbangan syarikat swasta milik Bumiputera di samping Skim Amanah Saham Nasional(ASN) dan Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang dilaksanakan oleh Permodalan nasional Berhad(PNB). Dalam pada itu Skim ASN telah berjaya memindahkan kekayaan Bumiputera yang disimpansecara amanah oleh kerajaan menerusi agensi-agensi kepada segolongan besar masyarakat Bumiputera. Lewat tahun 1985, skim tersebut berjaya menarik ramai pelabur Bumiputera iaitu kira-kira 43% daripadajumlah yang layak melabur. Dalam pada itu hak milik dan penyertaan Bumiputera dalam sektorperniagaan dan perkhidmatan kecil menunjukkan kemajuan yang boleh dibanggakan . Contohnya dalam

    sektor perdagangan runcit bilangan pertubuhan milik Bumiputera telah meningkat dari 13% dalam tahun1971 kepada 34.2% pada tahun 1981. Pertambahannya kira-kira sepuluh kali ganda dalam tempoh 1971- `81.28 Bagaimanapun jumlah pemilikan modal Bumiputera daripada saham-saham tersebut masih lagikecil. Daripada jumlah pelabur itu , 85% melabur sebanyak 500 unit atau kurang. Jadi matlamat DEBmasih tidak tercapai dan ia memerlukan masa dan usaha yang lebih giat ke arah itu.Dalam usaha mewujudkan sebuah negara industri, penglibatan Bumiputera amatlah perlu demimengelakkan wujud ketidakseimbangan. Oleh itu strategi untuk menggalakkan penyertaan kaum Melayuatau Bumiputera dalam sektor perkilangan dijangka akan meningkatkan bilangan pemodal Melayu danseterusnya membantu mewujudkan kesan lelehan kekayaan yang dihasilkan oleh mereka . Dalam prosesini dijangka lebih banyak penduduk Melayu akan menikmati menafaat daripda pertumbuhan berteraskan

  • 7/28/2019 Punca-Punca Peristiwa 13 Mei

    7/7

    pengayaan golongan pemodal Melayu atau Bumiputera. Namun andaian itu sukar untuk direalisasikan .Ini kerana dalam pasaran bebas terutama dalam kontek masyarakat Melayu sehingga kini, hanyasegelintir sahaja golongan pemodal Melayu yang muncul. Maka selagi bilangan pemodal tidakbertambah, selagi itulah negara menghadapi masalah untuk mewujudkan kesan lelehan . 29 Tambahanpula satu syarat penting ke arah itu, pertumbuhan ekonomi mestilah tinggi. Dengan demikian masalahagihan pendapatan di kalangan Bumiputera masih di tahap mendukacitakan . Malah ada pendapat yangmengatakan walaupun faedah yang dinikmati oleh kaum Melayu atau Bumiputera semenjak pelancaranDEB meningkat , namun pertambahan ini tidak sama rata kerana ada kumpulan yang mengecap nikmatlebih daripada yang lain. Andainya corak ini berterusan, maka jurang perbezaan di kalangan kaumMelayu akan bertambah . Jadi arus perubahan ini akan meluaskan lagi masalah ketaksamaan dikalangan kaum Melayu.30

    KesimpulanPeristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yangmenggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turutmemaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial danekonomi. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untukmembina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.