Upload
aza88
View
225
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
SYARIAH
Citation preview
Berkaitan perkara ini memang merupakan suatu perkara yang khilaf
(perbezaan pandangan) di kalangan ulama.
Pendapat pertama: Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh
mencampurkan niat puasa sunat dengan niat puasa fardhu yang lain
atau dengan puasa sunat yang lain. Sekiranya dilakukan, maka puasa
itu tidak sah, sama ada bagi yang fardhu ataupun yang sunat.
Pendapat ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW:
Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian
diikuti dengan puasa enam hari bulan Syawal maka seolah-olah dia
telah berpuasa setahun". (HR Muslim)
Bagi memenuhi maksud hadis ini, sebagai usaha memperolehi pahala
yang dijanjikan iaitu pahala berpuasa setahun, maka hendaklah dia
menyempurnakan puasa Ramadan (yang merupakan puasa wajib) kemudian
ditambah dengan puasa enam hari di bulan Syawal (yang merupakan
puasa sunat). [Syeikh Muhammad Sholih Al-Munajid
www.islamqa.com]
Pendapat kedua: Di kalangan ulama mazhab Syafie ada yang
berpendapat bahawa ganjaran puasa enam Syawal tetap akan diperolehi
apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun dia tidak berniat
menggabungkan kedua-duanya.
Namun, pahala yang diperolehi itu adalah kurang berbanding seorang
yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. [Fatawa al-Azhar
9/261]
Setelah diteliti, dapat disimpulkan bahawa pendapat kedua iaitu
pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini tidak
disandarkan kepada mana-mana nas Al-Quran ataupun Al-Sunnah yang
sahih. Mereka juga mengatakan bahawa amalan ini hanya mendapat
pahala kerana kebetulan berpuasa qadha pada bulan Syawal, sama
seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang
yang terus mengerjakan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid
akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid)
Timbul persoalan, yang manakah yang lebih afdal untuk dilakukan
bagi memperoleh pahala kedua-duanya; mendahulukan puasa sunat enam
hari dalam Syawal atau mengqadhakan puasa Ramadan?
Dalam persoalan ini terdapat dua pendapat.
Pendapat pertama: Boleh mendahulukan puasa sunat Syawal,
berdasarkan hadis Aishah RA yang menyatakan bahawa:
( . : )
Maksudnya: Aku berpuasa di bulan Ramadan dan aku tidak mengqadha
kecuali dalam bulan Syaaban. Kerana sibuk melayani Rasulullah SAW.
(HR Bukhari:1950, penjelasan kerana sibuk melayani Rasulullah SAW
ialah penjelasan salah seorang perawi hadis yang bernama Yahya bin
Said.)
Para ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah bahawa sudah
tentu isteri Rasulullah SAW iaitu Aishah RA tidak meninggalkan
puasa sunat enam Syawal. Tindakannya yang mengqadhakan puasa
Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan bahawa adalah dibolehkan
untuk berpuasa sunat Syawal meskipun seseorang itu belum
mengqadhakan puasa Ramadan.
Pendapat kedua: Tidak boleh mendahulukannya, berdasarkan hadis yang
menyatakan kelebihan puasa sunat Syawal tadi. Rasulullah SAW
mensyaratkan puasa Ramadan terlebih dahulu sebelum mengiringinya
dengan puasa enam Syawal bagi mendapatkan ganjaran pahala yang
dijanjikan.
"Jika seseorang tertinggal beberapa hari dalam Ramadan, dia wajib
berpuasa ganti terlebih dahulu, lalu kemudian baru boleh
melanjutkannya dengan enam hari puasa Syawal, kerana dia tidak
boleh melanjutkan puasa Ramadan dengan enam hari puasa Syawal,
kecuali dia telah menyempurnakan Ramadannya terlebih dahulu."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/392]
Sekiranya diteliti , maka pendapat kedua adalah lebih rajih (kuat)
kerana ia bertepatan dengan dalil puasa sunat Syawal itu
sendiri.
Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan
daripada memberi sedekah yang sunat.
Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan kerana keuzuran
untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam, tetapi dia
berkeyakinan bahawa akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadan
tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama tadi boleh diterima,
berdasarkan apa yang dilakukan oleh Ummul Mukminin Aishah RA.
Manakala berkaitan hari-hari yang tertentu pula, dinyatakan
bahawa:
"Hari-hari ini (berpuasa dalam bulan Syawal) tidak harus dilakukan
langsung setelah Ramadan. Boleh melakukannya satu hari atau lebih
selepas 1 syawal iaitulah hari raya, dan mereka boleh melakukannya
secara berurutan atau terpisah selama bulan Syawal, mana-mana yang
lebih mudah bagi seseorang. ... dan ini (hukumnya) tidaklah wajib,
melainkan sunnah."
[Fataawa Al-Lajnah Ad-Daa'imah lil Buhuuth wal Ifta', 10/391]
Imam An-Nawawi RH berkata:
"Sahabat-sahabat kami berkata: Adalah dianjurkan untuk berpuasa 6
hari Syawal. Dari hadis ini mereka berkata: Sunnah mustahabah (
digalakkkan ( melakukannya secara berurutan pada awal-awal Syawal,
tapi jika seseorang memisahkannya atau menunda pelaksanaannya
hingga akhir Syawal, ini juga dibolehkan, kerana ia masih berada
pada makna umum dari hadis tersebut. Kami tidak berbeza pendapat
mengenai masalah ini dan inilah juga pendapat Ahmad dan Abu Daud."
[Al-Majmu' Syarh Al-Muhazzab]
Adalah dianjurkan untuk menyegerakan dan berlumba-lumba dalam
melakukan puasa enam Syawal berdasarkan umum firman Allah
Taala:
Maksudnya: Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amalan yang
baik untuk mendapat) ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang
luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang
yang bertakwa. [Surah Ali Imran:133]