6
110 PUAD ELHAM Seorang lagi kakitangan FRIM dari kumpulan Pegawai Penyelidik telah dipilih oleh KP sebagai Tokoh Penggerak Inovasi FRIM. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj Puad Elham. BIODATA Puad dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 11 Oktober 1963 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Batu Pahat sebelum meneruskan pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam dalam bidang Diploma Teknologi Perkayuan 1985. Beliau memperoleh ijazah Perhutanan pada tahun 1997 dan sarjana pada tahun 2001 dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Puad mula bertugas di FRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik pada 2 Mac 1987 dan ditempatkan di Makmal Tenaga di bawah seliaan Dr Putri Faridatul Akmar Megat Abd Aziz di Bahagian Keluaran Hutan sehingga tahun 1992. Puad dinaikkan pangkat ke Pegawai Penyelidik Gred Q3 mulai 1 Oktober 1997 di bawah seliaan Dr Hoi Why Kong sehingga tahun 2001. Beliau kini bertugas di Program Biotenaga bersama-sama Dr Wan Asma Ibrahim. Puad telah berkeluarga dan mempunyai lima orang cahaya mata, seorang perempuan dan empat orang lelaki. Beliau kini menetap di Seksyen 6, Kota Damansara. Bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Puad ialah pembangunan sumber tenaga daripada sisa kayu dan pertanian seperti penyelidikan dan pembuatan arang, briket, gasikasi, etanol, asid kayu, karbon aktif dan pembangunan produk daripada sisa kayu yang meliputi Puad sekeluarga

Puad Elham

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Puad Elham

110

PUAD ELHAM

Seorang lagi kakitangan FRIM dari kumpulan Pegawai Penyelidik telah dipilih oleh KP sebagai Tokoh Penggerak Inovasi FRIM. Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Hj Puad Elham. BIODATA

Puad dilahirkan di Batu Pahat Johor pada 11 Oktober 1963 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Batu Pahat sebelum meneruskan pelajaran di Institut Teknologi MARA (ITM) Shah Alam dalam bidang Diploma Teknologi Perkayuan 1985. Beliau memperoleh ijazah Perhutanan pada tahun 1997 dan sarjana pada tahun 2001 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Puad mula bertugas di FRIM sebagai Penolong Pegawai Penyelidik pada 2 Mac 1987 dan ditempatkan di Makmal Tenaga di bawah seliaan Dr Putri Faridatul Akmar Megat Abd Aziz di Bahagian Keluaran Hutan sehingga tahun 1992. Puad dinaikkan pangkat ke Pegawai Penyelidik Gred Q3 mulai 1 Oktober 1997 di bawah seliaan Dr Hoi Why Kong sehingga tahun 2001. Beliau kini bertugas di Program Biotenaga bersama-sama Dr Wan Asma Ibrahim. Puad telah berkeluarga dan mempunyai lima orang cahaya mata, seorang perempuan dan empat orang lelaki. Beliau kini menetap di Seksyen 6, Kota Damansara. Bidang tugas yang dipertanggungjawabkan kepada Puad ialah pembangunan sumber tenaga daripada sisa kayu dan pertanian seperti penyelidikan dan pembuatan arang, briket, gasifi kasi, etanol, asid kayu, karbon aktif dan pembangunan produk daripada sisa kayu yang meliputi

Puad sekeluarga

Page 2: Puad Elham

111

papan lapis sawit, geotekstil, perabot, papan lelantai dan blok konkrit berketumpatan sederhana. Puad mula terlibat dengan program inovasi pada tahun 2000 melalui projek kerjasama dengan pihak swasta dalam pembangunan mesin pelerai tandan sawit. Penyertaan pertama beliau dalam inovasi ialah Dapur Arang Berputar yang dipertandingkan pada Hari Inovasi FRIM 2001 dan telah memenangi pingat Perak. Antara inovasi lain adalah seperti yang berikut: 1 Continuous Rotary Kiln2 Development of Lighweight Oil Palm Fibre Reinforced Cement

Composite for Industrial Building System3 Papan Venir Berlamina Bukan Struktur daripada Batang Kelapa Sawit4 Komponen Kerusi Laminasi daripada Venir Batang Kelapa Sawit5 Briket Gentian Sawit Sebagai Bahan Bakar6 Sisa Gentian Tandan Kosong Kelapa Sawit untuk Pembuatan Palet7 Kenaf Oriented Strand Board8 Kenaf Board9 Resin Impregnated Oil Palm Flooring10 Engineered Flooring Drum Oil Palm Trunk11 Environmental Friendly Drum Method of Carbonization12 EC Pellet : Paper Sludge Pellet13 Biodiesel daripada Minyak Bintangor Laut Secara ES2TRANS14 Super palmply—Super Palm Plywood from Oil Palm Trunk15 KnK Pellet—Kenaf Pellet16 Biofuel daripada Jus Batang Sawit Anugerah-anugerah yang telah dimenangi oleh Puad adalah semasa Hari Inovasi FRIM, Ekspo Teknologi Malaysia, ITEX serta Festival Sains dan Inovasi Selangor. Puad juga terlibat secara langsung mengendalikan Hari Inovasi FRIM sejak 2003 dan menyelaras penyertaan FRIM di peringkat kebangsaan.

Beliau begitu aktif memberikan khidmat nasihat dan teknikal dalam pembangunan pembuatan arang, briket, karbon aktif dan produk-produk berasaskan biojisim sawit. Puad terlibat secara langsung dengan projek kerjasama dengan pihak swasta melalui 16 Memorandum Persefahaman (MoU) dalam penyelidikan berkaitan biojisim.

Page 3: Puad Elham

112

Selain itu Puad juga terlibat dalam berbagai-bagai aktiviti luar pejabat dan telah dilantik sebagai Bendahari Badan Kebajikan Islam (BKI), Setiausaha Tabika , AJK Kelab dan Setiausaha Pasukan Bomba Sukarela FRIM. Beliau amat dikenali di kalangan warga FRIM sebagai Guru Besar Tabika.

Dr Wan Asma sebagai Ketua Program Biotenaga menyatakan Puad merupakan seorang pegawai yang ringan tulang, mempunyai idea-idea yang bernas dalam menyelesaikan sesuatu masalah dan mudah dibawa berbincang mengenai hal-hal berkaitan dengan kerja. Dr Wan Asma berharap Puad dapat memajukan diri hingga mencapai PhD dan berdiri sebagai seorang pemimpin di masa akan datang.

Puad (kiri) bersama-sama Ketua Program Biotenaga, Dr Wan Asma

Page 4: Puad Elham

113

Dapur membuat arang putih yang dibina pada tahun 1992 dan merupakan dapur seumpamanya yang terulung di Malaysia

Mesin pericih yang digunakan untuk menghancurkan tandan kelapa sawit

Page 5: Puad Elham

114

Pelbagai anugerah dan sijil penghargaan yang diperoleh hasil inovasi Puad dan warga makmal

Puad (dua dari kanan) bersama-sama Ketua Program dan warga kerja Makmal Biotenaga

Page 6: Puad Elham

115

PESANAN KEPADA WARGA FRIM

Puad mengingatkan agar kita selalu bertanya kepada diri sendiri, apakah sumbangan kita kepada FRIM yang akan dikenang dan tidak mengharapkan apa-apa ganjaran daripadanya? Semoga Allah swt akan memberkati segala usaha kita; dan menjadikan kerja kita juga sebagai ibadah dan bekalan dalam sebuah perjalanan kembali pada-Nya. ULASAN KETUA PENGARAH Saudara Puad adalah antara aset FRIM yang sememangnya wajar dicontohi oleh semua. Keikhlasan beliau dalam melakukan segala tugasan yang diberi adalah antara ciri utama seorang penyelidik yang boleh terus maju ke hadapan dengan sedikit bimbingan lagi melayakkan beliau untuk dipertimbangkan bagi sebarang bentuk anugerah dan penghormatan oleh Jabatan dan negara. FRIM banyak terhutang budi kepada Puad khususnya dalam menggerakkan budaya inovasi yang kini menjadi antara teras Model Ekonomi Baru dan budaya transformasi yang diuar-uarkan oleh YAB Perdana Menteri. Salam hormat, salam transformasi dan salam inovasi unggul buat saudara. Syabas dan tahniah. Keep it up.