Upload
mohammed-aiman-bharum
View
156
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Keluarga secara sinonimnya ialah rumah tangga dan institusi sosial
yang asas kerana menjadi penentu utama jenis warna masyarakat dan
taraf tamadun yang akan terbina pada masa hadapan. Sudah menjadi
satu teori ulung bahawa keluarga akan memupuk dan membentuk
manusia yang berhemah dan budiman. Manakala keluarga sejahtera
adalah tiang dalam pembinaan masyarakat dan tamadun yang
sejahtera.
Fokus kajian ini adalah untuk mengkaji berkaitan pendapatan ibu
tunggal dalam proses penjagaan anak kelainan upaya serta pandangan
masyarakat terhadap ibu tunggal yang memebesarkan anak kelainan
upaya. Selain itu ialah untuk merungkai isu dan cabaran yang terpaksa
ditempuhi oleh golongan ibu tunggal dalam membesarkan anak
kelainan upaya. Pengkaji berpendapat berdepan dengan pelbagai
cabaran, kehidupan sebagai ibu tunggal sememangnya memeritkan
apatah lagi jika pekerjaan tetap tidak diperolehi. Beban yang terpaksa
2
ditanggung oleh keluarga ibu tunggal ini berkali ganda tinggi
berbanding keluarga yang sempurna.
Malaysia sebagai salah sebuah negara yang maju dan terbaik dunia
yang mana kaya dengan budaya dan tradisi yang diwarisi sejak zaman
pemerintahan Melaka lagi. Walau bagaimanapun kewujudan
pemodenan yang seiring dengan globalisasi mempunyai banyak
pengaruh ke atas khazanah nilai dan institusi kekeluargaan. Hasilnya
bilangan ibu tunggal di negara ini telah meningkat secara drastik.
Pelbagai bentuk pertolongan yang diberikan oleh badan-badan yang
bertanggungjawab seperti badan kerajaan, swasta mahupun badan-
badan agama yang telah bekerjasama unutk membantu mengurangkan
masalah yang melanda golongan ibu tunggal di negara ini.
Lazimnya pelbagai liku-liku dan cabaran terpaksa dilalui oleh ibu
tunggal dalam meneruskan kehidupan mereka selepas ketiadaan sumai
di sisi. Apatah lagi bagi mereka yang terpaksa menanggung anak
kelainan upaya yang masih kecil mahupun jumlah anak yang ramai.
Keadaan ini akan bertambah sulit sekiranya pekerjaan tetap tidak
mampu diperolehi. Kisah ini banyak didengar dan sering dipaparkan
oleh media cetak dan media massa tetapi sejauh manakah kesedaran
masyarakat dalam menghulurkan bantuan kepada golongan istimewa
ini. Menurut Noorzila (1997) sebaliknya apa yang berlaku sekarang,
masyarakat sering memberikan pandangan yang sinis dengan pelbagai
3
tanggapan negatif kepada golongan ibu tunggal. Kebanyakan wanita
yang ditinggalkan atau kematian suami dan masih mempunyai anak
kecil, memilih untuk tinggal dengan keluarga mereka kerana mereka
yakin anak-anaknya akan terpelihara dengan selamat (Utusan
Malaysia, 2000)
Selain itu pihak bertanggungjawab ini juga mahu mengurangkan
masalah sosial terutama melibatkan hakisan terhadap institusi
kekeluargaan itu sendiri. Bukan itu sahaja mempunyai tanggungan
menjaga anak kelainan upaya atau orang kurang upaya (OKU)
memberikan tekanan kepada golongan ibu tunggal ini kerana
mempunyai cabaran yang hebat. Pelbagai tohmahan dan lemparan
kata-kata yang menyakitkan hati golongan ibu tunggal yang
mempunyai anak kelainan upaya telah di diskriminasikan daripada
masyarakat. Hal ini menyebabkan mereka rasa tersisih daripada
masyarakat dan malu untuk mendapatkan hak yang sewajarnya untuk
mereka dan anak kelainan upaya tersebut.
1.1 LatarBelakang
Menurut Kamus Dewan (2000), ibu ditakrifkan sebagai seorang yang
melahirkan kita atau emak atau panggilan hormat kepada wanita yang
sudah bersuami. Manakala panggilan tunggal itu bermaksud satu-satu
4
atau tidak ada yang lain. Oleh itu rangkai kata ibu tunggal walaupun
tidak terlihat dalam Kamus Dewan secara khusus, namun ia boleh
difahami sebagai wanita yang berperanan menjaga, memelihara anak-
anak seorang diri tanpa seorang lelaki di sampingnya untuk bersama
mebina rumah tangga. Manakala dalam Bahasa Arab, perkataan ayyim
digunakan untuk orang ketiadaan suami atau isteri. Tetapi disini,
Rasullah s.a.w. menggunakan khusus untuk janda (Akhlaq Husain,
1987).
Rohaty Mohd Majzud (1999), menyatakan bahwa lazimnya seorang
ibu tunggal boleh ditafsirkan sebagai ibu tunggal apabila sorang wanita
itu telah kematian suami dan terpaksa meneruskan tugas membesarkan
anak-anak atau seorang wanita yang telah bercerai dengan suaminya
dan telah diberi hak penjagaan ke atas anak-anaknya ataupun seorang
wanita yang digantung tidak bertali kerana tidak diberi nafkah oleh
suami untuk menyara hidupnya dan anak-anaknya ataupun seorang
wanita dalam proses penceraian (yang mungkin mengambil masa yang
panjang) dan anak-anaknya masih berada dibawah jagaanya pada
waktu ini.
Selain itu, menurut Rohaty Mohd Majzud lagi, selain definisi di atas,
beliau menyatakan bahawa seorang ibu juga boleh di anggap ibu
tunggal jika suaminya tinggal berasingan dan tidak boleh memainkan
peranan aktif sebagai bapa dalam keluarga atau suaminya uzur, bukan
5
sahaja tidak boleh membantu membesarkan anak- anak tetapi
memerlukan penjagaan rapi ataupun seorang ibu itu diberi tugas
membesarkan anak orang lain tanpa pertolongan suami. Definisi ibu
tunggal yang diberikan di atas lazimnya dipakai di Malaysia dan
kesemuanya melibatkan wanita-wanita yang telah berkahwin.
Selain itu menurut Dodson (1978) menyatakan bahawa keluarga ibu
tunggal ialah sebuah keluarga yang wujud akibat daripada pembubaran
ikatan perkahwinan antara suami dan isteri sama ada melalui cara
penceraian sah atau kematian. Tambahan pula, ibu tunggal juga
merangkumi wanita yang mengambil anak angkat atau wanita yang
mempunyai anak luar perkahwinan yang sah. Keluarga begini diterajui
oleh ibu yang berstatus janda atau balu yang bertanggungjawab
menjaga, menyara dan mendidik anak-anak. Ibu tunggal memainkan
peranan sebagai ketua keluarga yang menjadi tunjang dan pelindung
keluarga serta berperanan sebagai suri rumah yang menguruskan
perjalanan dalam urusan rumah tangga.
Orang kurang upaya (OKU) adalah kumpulan yang sangat pelbagai,
hilang upaya adalah satu istilah yang relatif dan pelbagai tafsiran.
Walaupun terdapat kawasan yang jelas persamaan serta konsep
ketidakupayaan berbeza di seluruh dunia dan dalam negara.
Kovensyen Pertubuhan Bangsa Bersatu menjelaskan mengenai Hak
Orang Kurang Upaya ( 2006) telah menyatakan bahawa :
6
“Persons with disabilities include those who have long-term physical,
mental, intellectual or sensory impairments which in interaction with
various barriers may hinder their full and effective participation in
society on an equal basis with others”
“Over 600 million people, or approximately 10 per cent of the world‟s
population, have a disability of one form or another. Over two thirds
of them live in developing countries. Only 2 per cent of disabled
children in the developing world receive any education or
rehabilitation. The link between disability and poverty and social
exclusion is direct and strong throughout the world” (Human Rights
and Disability (United Nations)
Selain itu, mengikut Akta Orang Upaya 2008 menyatakan bahawa
OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka
panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi
dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan
berkesan mereka dalam masyarakat (Jabatan Kebajikan Masyarakat
Negeri Sarawak). Tujuan istilah OKU ini diketengahkan adalah bagi
mengelakkan sebutan “orang cacat” yang bermaksud melabelkan orang
itu cacat daripada semua aspek. Kategori Orang Kurang Upaya (OKU)
telah dikategorikan kepada empat iaitu cacat penglihatan, cacat akal,
cacat pendengaran dan cacat anggota (Jabatan Kebajikan Masyaraka
Malaysia, 2008)
7
Kita sendiri yang akan mendefinisikan serta memberikan pandangan
tentang kebolehan fizikal dan mental serta keupayaan mereka. Apabila
mendefinisikan kecacatan ini, kita juga harus mengambil kira konteks
tempatan kerana disesetengah negara, orang kurang upaya ini telah
dinafikan hak mereka untuk akses dalam setiap sistem seperti
pendidikan, pengangkutan dan lain- lain bentuk sokongan yang
menjadi hak mereka seperti manusia normal yang lain.
Selain itu orang kurang upaya ini sering dipisah dan dipinggirkan
dalam apa cara sekalipun misalnya penekanan kepada hak keluarga
untuk membuat keputusan mengenai kebajikan ahli keluarga yang
kurang upaya. Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan menjaga anak
kelainan upaya atau OKU ini memberikan penekanan yang hebat
kepada mereka. Mereka ini dianggap oleh masyarakat sebagai keluarga
abnormal atau dysfunctional atau keluarga handicap. Hal ini kerana
keluarga ini telah diketuai oleh ibu sahaja, tanpa kekuatan dan
sokongan oleh bapa yang sering dianggap umum sebagai tonggak yang
menyara dan melindungi keluarga.
Menurut Thuaibah et al. (2004) telah melaporkan berdasarkan laporan
bancian pada tahun 2000, terdapat seramai 620,389 ibu tunggal yang
berbilang kaum di negara ini. Manakala laporan akhbar menyatakan
seramai 529,701 ibu tunggal adalah balu dan 90,688 merupakan
8
mereka yang bercerai atau hidup bercerai (Berita Harian, 2003).
Kekurangan pungutan data oleh pihak berwajib terhadap bilangan ibu
tunggal di seluruh negara menyukarkan penyelidik untuk mengetahui
jumlah ibu tunggal terkini.
Dengan jumlah ibu tunggal yang semakin meningkat dari tahun ke
tahun selari dengan jumlah perceraian yang telah menjangkau angka
20,529 kes pada tahun 2007 bagiu mereka yang beragama islam
manakala bilangan kes bagi kaum lain tidak dapat diperolehi. Keadaan
ini cukup membimbangkan keranaianya mampu memberikan kesan
rantaian yang tinggi kepada pembentukan jiwa kanak-kanak malah
institusi kekeluargaan itu sendiri akan turut terancam
1.2 Penyataan Masalah
Di Malaysia jumlah keluarga ibu tunggal yang mempunyai anak
sedang meningkat. Banyak kajian lalu mendapati bahawa ibu tunggal
dan anak-anaknya mengalami lebih banyak masalah dalam kehidupan
keluarga berbanding dengan keluarga yang mempunyai kedua-dua ibu
bapa. Penyataan masalah yang ingin dikupas dalam kajian ini adalah
ingin mengetahui cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal dalam
membesarkan anak kelainan upaya. Pelbagai cabaran dan isu yang
dikupas untuk mebuktikan tentang kesahihan cabran yang terpaksa
ditempuhi oleh ibu tunggal dalam membesarkan anak kelainan upaya.
9
Menurut Jones 2002, ibu-ibu tunggal sering menghadapi pelbagai
masalah, sama ada dari segi ekonomi, psikologi mahupun sosial. Isu
ini lebih dikaitkan dengan ibu tunggal bercerai, janda dan juga ibu
tunggal belum bercerai. Sebelum proses perceraian, kehidupan mereka
bergantung sebahagian besar atau sepenuhnya kepada pendapatan
suami. Sumber pendapatan selalunya menjadi isu utama kerana ibu
tunggal kini hilang pergantungan kewangan dan terpaksa menghadapi
hakikat untuk menanggung kos kehidupan dan anak-anak secara
bersendirian.
Walaupun perceraian pada kebanyakkan masa dijanjikan oleh pihak
suami namun ramai ibu tunggal di negara ini turut menghadapi
masalah dalam tuntutan nafkah atau menerima nafkah yang tidak
cukup. Dengan jelasnya, wlaupun dengan adanya pemberian nafkah
daripada pihak suami, isu keselamatan kewangan adalah satu isu utama
dalam kehidupan ibu tunggal. Isu kedua pula adalah masalah tempat
tinggal. Menurut Wan Halim Othman (2003) keadaan ini kerap dialami
oleh ibu tunggal janda dan ibu tunggal tanpa bercerai.
1.3 Soalan Kajian
Bagaimana pendapatan ibu tunggal mempengaruhi proses penjagaan
anak kelainan upaya
10
Apakah pandangan masyarakat terhadap ibu tunggal yang
membesarkan anak kelainan upaya
1.4 Objektif Kajian
Objektif umum dalam kajian ini adalah untuk mengetahui tentang
cabaran ibu tunggal dalam membesarkan anak kelainan upaya,
manakala objektif khusus dalam kajian ini ialah:
1.4.1 Untuk mengetahui cabaran yang dihadapi ibu tunggal dalam
membesarkan anak kelainan upaya.
1.4.2 Untuk meneroka masalah yang dihadapi oleh ibu tunggal.
1.4.3 Mengenalpasti jumlah purata yang diperolehi oleh ibu tunggal
1.4.4 Mengetahui pandangan masyarakat terhadap ibu tunggal
dalam mmembesarkan anak kelainan upaya.
1.5 Tarikan Kajian Penyelidik
Penyelidik memilih untuk membuat penyelidikan ini kerana
kecenderungan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai cabaran yang
dihadapi ibu tunggal dalam membesarkan anak kelainan upaya.
Penyelidik meneruskan penyelidikan ini kerana penyelidik melihat ibu
tunggal yang mempunyai anak kelainan upaya adalah berbeza dengan
ibu bapa yang mempunyai anak kelainan upaya dimana mereka yang
menjaga anak kelainan upaya memerlukan kekuatan yang lebih dalam
11
untuk menyayangi anak istimewa ini. Penyelidik merasakan, bukan
semua penjaga anak istimewa berani dan cekal hati untuk menjaga
mereka yang istimewa. Sebaliknya ibu tunggal tabah dan tetap
meneruskan kehidupan mereka.
Penyelidikan ini dilakukan oleh penyelidik dengan mendapat
responden seramai 8 orang. Tarikan peranan yang dilakukan oleh ibu
tunggal dalam membesarkan anak-anak dilihat sebagai senjata untuk
mereka meneruskan kehidupan walaupun menghadapi situasi perit
pada sesuatu ketika.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini adalah untuk mengetahui sejauh mana cabaran yang
dihadapi oleh ibu tunggal dalam membesarkan anak kelainan upaya
terutama di Kota Samarahan, Sarawak. Kajian ini juga akan
menganalisis mengenai pendapatan serta pandangan masyarakat
tentang isu yang dibincangkan. Hal ini demikian kerana isu ini perlu
diambil perhatian dan membantu mereka untuk mendapatkan hak
mereka yang sewajarnya.
Selain itu ialah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat
tentang masalah dan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal terutama
ibu tunggal yang menjaga anak kelainan upaya yang mana
memerlukan sokongan penuh daripada pihak yang berwajib. Pihak
12
yang bertanggungjawab akan dapat mencari jalan penyelesaian untuk
membantu golongan ibu tunggal.
13
BAB 2
SOROTAN LITERATUR
2.0 Pengenalan
Bab ini membincangkan mengenai kajian serba sedikit pengetahuan
yang berkaitan dengan tajuk penyelidikan yang telah dijalankan.
Penyelidik juga menerangkan penggunaan teori-teori yang berkaitan
yang boleh menyokong serta menjelaskan dengan lebih lanjut
mengenai tajuk kajian penyelidik. Penyelidik telah menggunakan
sorotan literature yang terdiri daripada bahan bacaan akademik, jurnal
dan laman web bagi menjelaskan kesemua aspek yang dikaji. Sorotan
literature ini adalah menunjukkan bahawa penyelidik memahami apa
yang telah dilakukan dan pencapaian matlamat.
2.1 Pendapatan dan Tahap Kemiskinan
Malaysia tidak terkecuali menerima tempias daripada krisis ekonomi
yang melanda dunia yang mana memberikan kesan rantaian yang
tinggi terhadap ekonomi negara. Walaupun aktiviti ekonomi di rantau
Asia terutamanya di China dan India agak menggalakkan, namun
14
sokongan permintaan domestik di negara-negara tersebut mungkin
sedikit terjejas akibat daripada inflasi. Peningkatan kos hidup akibat
tekanan ekonomi dan inflasi yang tinggi akan membebankan ibu
tunggal terutama bagi ibu tunggal yang membesarkan anak kelainan
upaya.
Sekiranya golongan ini di buang kerja sumber pencarian rezeki mereka
akan terputus dan tentunya ia akan menjejaskan seluruh ahli keluarga.
Sebagai pencari rezeki yang tunggal, majoritinya ibu tunggal adalah
berpendapatan kecil. Sumber kewangan yang terhad menghadkan lagi
pilhan mereka. Tidak hairanlah sekiranya terdapat ibu tunggal yang
terus terhimpit dalam putaran kemiskinan dan tidak mampu untuk
menyediakan keperluan yang selesa kepada ahli keluarganya terutama
anak kelaianan upaya mereka yang memerlukan banyak kos
perbelanjaan.
Teori Maslow menyatakan, peringkat pertama yang perlu dipenuhi
oleh kanak-kanak tidak kira sama ada kanak-kanak tersebut normal
atau tidak ialah keperluan fisiologi. Keperluan ini hanya akan dipenuhi
jika ekonomi keluarga dalam keadaan stabil. Menurut Tang Chee Yee
(1989) yang dipetik dari Azizi (2008), keluarga yang berada dapat
memberikan keperluan fisiologi yang sempurna dan keperluan ini akan
dapat menjamin pertumbuhan dan perkembangan fizikal dan mental
yang positif serta dapat menbantu pembentukan sifat-sifat peribadi
individu.
15
Manakala keluarga yang miskin, anak-anaknya akan kurang mendapat
makanan yang zat. Kekurangan makanan yang berzat akan
mengakibatkan memerosotan pertumbuhan dan perkembangan fizikal
dan mental kanak-kanak. Ini kemungkinan akan mengakibatkan
pembentukan sifat-sifat yang negatif. Pemakanan juga akan
mempengaruhi emosi kanak-kanak tersebut. Keluarga yang dipandang
tinggi dari segi ekonomi dan sosial juga akan dipandang tinggi
sehingga memberikan peluang kanak-kanak untuk memiliki perasaan
terjamin dan membentuk sifat-sifat positif dalam mindanya.
Keluarga yang diketuai oleh ibu tunggal menghadapi masalah besar
yang utama iaitu pendapatan yang tidak mencukupi serta kesusahan
dalam kawal seliaan anak tanggungan mereka terutama anak kelainan
upaya yang memerlukan perhatian yang lebih. Menurut Dr Jeyakumar
Devaraj yang dipetik dalam Aliran menyatakan bahawa mengikut
angka yang telah diberikan oleh pihak kerajaan dalam Dasar
Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam Butiran 070700 iaitu
Program Khusus: Sosioekonomi Keluarga Miskin, lebih kurang 10
peratus daripada keluarga di Malaysia yang mempunyai anak-anak
dibawah umur 20 tahun adalah diketuai oleh ibu tunggal dan ini adalah
bukan satu bilangan yang kecil dan harus di pandang tepi oleh pihak
yang berwajib.
16
Masalah utama yang dapat dikesan ialah pendapatan keluarga yang
tidak mencukupi selain masalah kawal seliaan anak kelainan upaya
tersebut. Pendapatan keluarga yang rendah adlah menjadi masalah
utama kepada ibu tunggal yang mana sekiranya mereka mendapat
bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak mencukupi
untuk mereka dalam proses untuk menjaga dan membesarkan anak
kelainan upaya kerana anak kelainan upaya tersebut memerlukan
perhatian dan perbelanjaan yang lebih besar berbanding anak-anak
normal yang lain. Hal ini kerana mereka memerlukan penjagaan yang
khusus dan baik untuk mereka.
Selain itu hal ini menyebabkan ibu tunggal terpaksa untuk mencari dan
keluar daripada kepompong hidup mereka dan terpaksa untuk keluar
bekerja dan mencari lebih nafkah untuk menanggung kos
pembelanjaan hidup mereka sekeluarga. Berdasarkan kajian yang
dilakukan oleh Fawzia Yagoub dalam Jurnal yang bertajuk
Penyesuaian Ekonomi dan Kecukupan Pendapatan Isi Rumah Melayu
yang Diketuai oleh Wanita di Malaysia menyatakan bahawa, ibu
tunggal mempunyai akses kepada sumber ekonomi yang terhad. Salah
satu penyesuaian ekonomi utama yang dilakukan oleh golongan ibu
tunggal ialah mendapatkan pekerjaan untuk menyara kos perbelanjaan
hidup mereka.
17
Terdapat tiga model utama yang menerangkan status ekonomi,
kecukupan pendapatan di kalangan ibu tunggal. Status ekonomi
mereka telah dipergaruhi oleh tahap pendidikan, pendapatan daripada
pekerjaan serta pemilikan harta sedia ada. Dalam kajian tersebut juga
menyatakan bahawa, status ekonomi bagi ibu tunggal yang bergelar
janda telah dipengaruhi oleh tahap pendidikan, pendapatan dan
pemilikan harta, berbanding dengan status ibu tunggal balu yang mana
dipengaruhi oleh pemilikan harta dan sumber pendapatan sahaja. Di
kalangan semua ibu tunggal tersebut, terdapat hanya 34.2% janda dan
27.9 % balu yang mempunyai pendapatan yang cukup.
Setelah mengambil kira semua sumber pendapatan yang diperolehi
oleh ibu tunggal menunjukkan sebilangan lebih daripada separuh ibu
tunggal dalam kajian tersebut berada di bawah paras kemiskinan. Hal
ini jelas menunjukkan bahawa pencapaian pendidikan serta kemahiran
yang rendah menjadi punca utama keadaan ini berlaku kepada
golongan ibu tunggal terutama mereka yang menjaga anak kelainan
upaya yang mana kos perbelanjaan mereka bertambah.
Pendapatan yang rendah merupakan salah satu sebab wujudnya
kemiskinan. Menurut Osman dan Abdul Majid (1998) dipetik dari
Roshanim (2004), kemiskinan merupakan satu sindrom situasi yang
meliputi unsur kekurangan makanan dan taraf kesihatan yang rendah,
pendapatan yang rendah, taraf pendidikan yang rendah, pengangguran,
keadaan rumah yang tidak selamat, tidak menikmati keperluan moden,
18
pekerjaan yang tidak terjamin, sikap hidup yang negatif dan fikiran
yang kolot.
Mengikut Lewis (1996), kemiskinan mewakili satu cara hidup yang
dicirikan oleh kekurangan partisipasi dan integrasi dengan masyarakat
yang lebih besar. Ia hanya terhad kepada masalah semasa dalam
mencari sumber hidup, organisasi sukarela yang minimum, keupayaan
yang sedikit dalam menangguhkan kegembiraan untuk masa depan,
fatalism, rasa terasing yang kuat, putus asa atau rasa kebergantungan,
rendah diri dan sebagainya.
Kemiskinan, kemurungan, masalah disiplin di kalangan anak-anak,
pertambahan kos hidup dengan persekitaran ekonomi yang tidak
menentu, masalah sosial dan pelbagai lagi merupakan antara isu yang
terpaksa di tangani oleh ibu tunggal. Khalija (2003) telah menyatakan
sifat semua aktiviti ekonomi yang beorentasikan keuntungan akan
akhirnya meningkatkan kos hidup. Penswastaan perkhidmatan
kesihatan dan pendidikan secara automatiknya akan membataskan
akses kepada pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya hanya kepada
mereka yang kaya dan mewah sahaja.
Persoalanya kini, bagaimana pula dengan nasib golongan yang kurang
berkemampuan? Pelbagai program oleh pihak kerajaan yang menuntut
penyertaan oleh segenap lapisan masyarakat terutamanya dalam aspek
pembasmian kemiskinan harus dipuji. Dengan persekitaran global yang
19
semakin menuntut perhatian dan ketahanan seseorang individu,
penyertaan terhadap program yang mampu menjaya pendapatan tidak
harus dipandang enteng.
Mengikut laporan Bajet 2009, pelbagai langkah yang diambil oleh
pihak kerajaan dimana kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar
kemiskinan daripada 5.7 peratus pada tahun 2004 kepada 3.6 peratus
pada tahun 2007. Bilangan isi rumah miskin tegar berkurangan 43.0
peratus daripada 67,300 isi rumah kepada 38,400 isi rumah pada
tempoh yang sama. Pihak kerajaan yakin matlamat menghapuskan
kemiskinan tegar akan dapat dicapai pada tahun berikutnya.
Selain itu kerajaan akan terus melaksanakan program meningkatkan
pendapatan serta menyediakan latihan kemahiran dan kerjaya di bawah
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat. Bagi tujuan ini sebanyak
220 juta ringgit telah diperuntukkan yang mana akan memberikan
mamfaat kepada 13,300 isi rumah.Peningkatan tahap pendidikan dan
kemahiran boleh menjadi salah satu strategi untuk membantu mereka
menghadapi perubahan kehidupan daripada keluarga lengkap kepada
keluarga ibu tunggal. Usaha menambahbaikkan keadaan ekonomi ibu
tunggal serta mengurangkan insiden kemiskinan, polisi yang relevan
serta bersepadu perlu digubal khusus untuk golongan ibu tunggal.
Usaha untuk memenuhi keperluan ibu tunggal boleh menjadi salah satu
20
strategi berkesan untuk penerusan pencapaian penurunan kadar
kemiskinan di Malaysia terutamanya bagi golongan ibu tunggal ini.
2.2 Isu dan Cabaran : Pendidikan dan kemahiran
Pendidikan dan kemahiran merupakan salah satu isu dan cabaran yang
penting bagi golongan ibu tunggal. Berdepan dengan persekitaran
dunia yang semakin mencabar, golongan ibu tunggal harus dibekalkan
dengan ilmu yang cukup dan kemahiran yang mampu memberikan
pulangan yang lumayan. Pendidikan merupakan aspek penting dalam
kualiti hidup dan memberi sumbangan yang besar kepada pengurangan
kemiskinan serta ketidaksamaan masyarakat.
Tahap pendidikan yang lebih baik mempunyai kesan positif keatas
pelbagai aspek lain termasuklah kesihatan, persekitaran kerja, alam
sekitar dan keluarga. Malahan sebahagian besar daripada perbelanjaan
pembangunan oleh pihak kerajaan telah diperuntukkan kepada bidang
pendidikan dan kemahiran. Terdapat dua aspek yang perlu diberi
penekanan iaitu pendidikan dan kemahiran untuk ibu tunggal itu
sendiri dan pendidikan dan kemahiran untuk anak-anak kepada ibu
tunggal.
Bajet 2009, menyatakan sejumlah 47.7 bilion ringgit yang merupakan
23.0 peratus daripada keseluruhan bajet telah diperuntukkan kepada
21
pendidikan dan latihan. Manakala sejumlah 2.4 bilion ringgit
diperuntukkan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan
program latihan dan kemahiran. Kerajaan komited untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang mempunyai minda kelas pertama sejajar dengan
misi nasional. Jika diperhalusi falsafah pendidikan melalui Akta
Pendidikan (1996) negara menyatakan:
“pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke aarah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
sgi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawabmdan
berkeupayaan, mencapai kesejhteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemahiran dan kemakmuran keleuarga
masyarakat dan negara. “
Pihak kerajaan telah mewujudkan pelbagai program dalam usaha
mengurangkan kemiskinan di kalangan ibu tunggal khususnya di
kawasan luar Bandar termasuklah Sabah dan Sarawak. Penekanan
diberikan kepada ibu tunggal melalui pembentukan pelan tindakan
strategik yang akan menggariskan program pendidikan dan latihan
serta pendekatan bagi memudahkan penglibatan ibu tunggal dalam
aktiviti yang menjana pendapatan (RMK-9)
22
Salah satu daripada matlamatnya adalah bagi membolehkan ibu
tunggal dapat berdikari dan berani untuk berdepan dengan perubahan
persekitaran global. Ini kerana kebanyakan ibu tunggal yang berada di
luar bandar malahan bandar sekalipun mempunyai tahap pendidikan
yang rendah dan kemahiran yang tidak mempunyai sijil yang disahkan
oleh pihak kerajaan.
Perkara ini amat membimbangkan kerana pasaran kerja kini
memerlukan individu yang berkemahiran dan berpendidikan tinggi.
Antara bidang yang menguntungkan untuk diterokai oleh golongan ibu
tunggal ini ialah bidang perniagaan. Menurut Khalija ( 2003) telah
menjelaskan bahawa:
“bagi wanita Islam, kita mempunyai Siti Khadijah r.a , seorang
peniaga wanita dan isteri tersayang Nabi Muhammad s.a.w untuk
dicontohi. Selain itu terdapat sebuah hadith lain yang menyatakan
bahawa 9/10 daripada rezeki kita datang daripada perniagaan. Bagi
mereka yang berupaya dan cekap, kita harus mengalakkan mereka
menjadi usahawan ataupun melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan
lain. Keusahawanan melibatkan pengeksploitan peluang menerusi
penggunaan bahan dan bakat untuk menghasilkan sebuah produk baru
ataupun menyediakan perkhidmatan baru. Kita melihat wanita
melakukan banyak kerja usahawan dalam industri makanan, membuat
bekas telur untuk perkahwinan Melayu, dan membuat skaf dan lain-
23
lain. Produk ini terus berubah dari segi bentuk saiz dan warna dengan
berlakunya masa”
Selain ilmu berniaga, ibu tunggal juga boleh mempelajari kemahiran
yang lain seperti menjahit, memasak, membuat kraftangan, bertani,
mendandan, mengurut dan sebagainya. Usaha untuk memantapkan
kemahiran kepada ibu tunggal harus diteruskan di samping memberi
lebih banyak peluang untuk mereka melanjutkan pelajaran. Teori
Modal Manusia dan pendekatan kadar pulangan telah membuktikan
bahawa pendidikan berupaya meningkatkan produktiviti dan
pendapatan seseorang yang selanjutnya boleh mendorong kepada
pertumbuhan ekonomi. Bagi anak-anak golongan ibu tunggal,
pendidikan dan kemahiran merupakan asas yang sangat penting untuk
membentuk jati diri yang kuat dan sekaligus mampu menyesuaikan diri
dengan perubahan semasa.
Banyak kajian menjurus kepada perkaitan antara kekukuhan institusi
keluarga dengan perkembangan pendidikan anak-anak dijalankan oleh
penyelidik terdahulu. Ini kerana, perpecahan dalam keluarga
menyebabkan kestabilan emosi anak-anak akan terganggu. Apatah lagi
bagi anak-anak dari kelompok ibu tunggal, perpisahan antara ibu dan
bapa mendorong kepada ketidakstabilan emosi dan perlakuan. Semua
tanggungjawab membesarkan anak dimainkan oleh pihak si ibu sahaja
24
dan sekiranya ada bantuan daripada pihak si bapa sekalipun, ia cuma
dalam bentuk bantuan kewangan sahaja. Amat merumitkan keadaan
lagi sekiranya, ibu tunggal tersebut tidak mempunyai pendapatan dan
pekerjaan yang tetap.
Zarimah dan Rozumah (2001) menyatakan persekitaran sosial keluarga
mempunyai perkaitan dengan pencapaian akademik anak dan dapatan
ini konsisten dengan kajian-kajian lepas. Persekitaran sosial keluarga
yang berkualiti dapat merangsang perkembangan kognitif anak. Ia
seterusnya, memberikan kesan positif kepada pencapaian akademik
anak di sekolah. Pengkaji juga mendapati, secara keseluruhannya
status sosioekonomi responden tidak mempunyai perkaitan yang
signifikan dengan kualiti persekitaran sosial keluarga. Bekalan ilmu
dan kemahiran tentang kehidupan amat perlu bagi membentuk daya
tahan yang utuh dalam diri anak-anak.
Motivasi untuk meningkatkan mutu pendidikan di kalangan anak-anak
perlu datang daripada kedua-dua ibu bapa dan sokongan padu
masyarakat. Model Denison (1967) menyatakan, latar belakang
pendidikan adalah satu penentu yang sangat penting kepada kualiti
seseorang buruh. Kualiti kerja yang seseorang mampu hasilkan adalah
dipengaruhi oleh latar belakang pendidikannya. Oleh itu, setiap kanak-
kanak perlu dibekalkan dengan pendidikan kelas pertama bagi
25
menghadapi masa hadapan yang kian mencabar dan pasaran kerja yang
tentunya bukan mudah untuk diperolehi.
2.3 Kesimpulan
Kesimpulannya, ibu tunggal adalah insan yang berhadapan dengan
ujian gentir kerana terpaksa memikul dua tanggungjawab dalam satu
masa. Namun apa yang mengagumkan, ibu tunggal mempunyai
semangat dan kesungguhan dalam melakukan sesuatu perkara, dedikasi
dalam mendidik keluarga dengan sempurna dan ada kalanya berjaya
daripada keluarga yang diketuai oleh ibu bapa. Ibu tunggal terpaksa
menghadapi dua cabaran besar, pertamanya mereka mengalami reaksi
emosi selepas perpisahan, saraan hidup, perkembangan sosial dan
sebagainya. Keduanya, ibu tunggal dapat meningkatkan kemahiran
mendidik anak-anak supaya menjadi insan yang berjaya dalam
pelajaran serta mendapat kejayaan duniawi dan ukhrawi.
Disamping itu juga, kebijaksanaan ibu tunggal dalam mendidik anak-
anak mereka secara psikologi amat penting kerana mereka adalah
golongan yang terlalu sensitif dan mudah terpengaruh. Penekanan
kepada pendidikan akhlak juga penting dlam diri anak-anak bagi
mengelakkan mereka terjebak dalam gejala-gejala negatif. Selain itu
ibu tunggal juga merupakan insan yang perlu diberikan kedudukan
yang sewajarnya agar mereka tidak berasa tersisih daripada
masyarakat. Masyarakat hendaklah memberi perhatian kepada mereka
26
untuk mengembalikannya kearah yang lebih positif. Kedudukan dan
status mereka sebagai ibu tunggal merupakan ketentuuan Ilahi yang
perlu diterima oleh setiap lapisan masyarakat.
Ibu tunggal merupakan wanita yang memikul tanggungjawab berat dan
mereka perlu bekerja keras untuk mendapatkan nafkah perbelanjaan
dalam keluarga, mengurus kehidupan rumah tangga, memelihara,
mendidik dan membesarkan anak-anak terutamanya ibu tunggal yang
membesarkan anak kelainan uapaya ini. Di tangan mereka terletaknya
kehidupan masa depan anak-anak yang mana belum pasti coraknya.
Sekiranya anak-anak daripada keluarga ibu tunggal ini berjaya dalam
kehidupan mereka, ini bermakna berjayalah ibu tunggal tersebut dalam
menjaga dan mendidik anak-anaknya.
Kaum wanita khasnya ibu tunggal mempunyai capability dan capacity
dalam menyumbangkan sumber tenaga, fikiran dan material kepada
pembangunan negara. Perubahan persekitaran global yang berlaku
dengan pantas menuntut kerjasama semua pihak bagi menghadapi
situasi mendatang yang tentunya lebih mencabar. Ibu tunggal juga
tidak terlepas daripada berdepan dengan perubahan persekitaran
global. Mahu atau tidak, cabaran dan isu-isu yang menuntut perhatian
dan penyelesaian harus ditangani sebaik mungkin.
Hakikatnya, cabaran inilah yang membantu mendewasakan serta
menjadikan mereka lebih berdikari dan berdaya tahan. Ibu tunggal
27
harus sedar bahawa, konflik antara individu sukar dielakkan,
termasuklah dalam keluarga sendiri. Cara untuk mengekalkan
hubungan yang sihat dengan anak-anak dan ahli keluarga yang lain
terutama anak kelainan upaya mereka yang dianggap anugerah dari
Tuhan adalah dengan memberikan perhatian kepada cara bagaimana
konflik itu ditangani. Apatah lagi untuk berdepan dengan stigma atau
anggapan buruk masyarakat terhadap mereka yang bergelar janda. Ia
merupakan hambatan mental yang terbesar untuk mereka bergerak
bebas dalam masyarakat. Pengambilalihan tugas-tugas suami di
samping melaksanakan tugas yang sedia ada sebagai ibu, seringkali
menimbulkan konflik peranan kepada golongan ini, sedangkan
sokongan bagi mereka, baik dari segi kewangan, mahupun emosi amat
sedikit sekali.
28
BAB 3
METODOLOGI
3.0 Pengenalan
Dalam bahagian ini saya akan membincangkan tentang kaedah atau
metodologi yang digunakan untuk mengumpul data daripada kajian ini.
Bahagian ini merangkumi lokasi kajian, pendekatan yang digunakan
dalam menjalankan kajian, instrumen kajian dan isu-isu metodologi
yang timbul semasa kajian dijalankan. Lokasi kajian ini merujuk
kepada tempat kajian dilakukan untuk mendapatkan data, iaitu di Kota
Samarahan, Sarawak.
Pendekatan yang digunakan iaitu kualitatif melalui populasi dan
persempalan. Instrumen kajian adalah berkaitan dengan cara untuk
meyediakan bahan kajian. Bagi menjalankan kajian ini instrumen
kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah temu bual secara
langsung iaitu „face to face‟. Semasa melakukan kajian ini terdapat
beberapa isu metodologi yang dikenalpasti oleh saya sebagai pengkaji.
Antaranya ialah masalah kekangan masa antara pengkaji dan
responden.
29
3.1 Kaedah Kualitatif
Bagi menjalankan kajian ini pengkaji telah menggunakan kaedah
kualitatif untuk mengumpul data dan maklumat. Melalui kaedah
kualitatif ini, temubual yang dibuat adalah untuk mendapatkan
maklumat dengan lebih mendalam tentang cabaran ibu tunggal yang
membesarkan anak kelainan upaya. Debasish & Das (2009),
menerangkan bahawa "Temu bual adalah perbualan antara dua atau
lebih orang dan soalan akan ditanya oleh penemubual untuk
mendapatkan maklumat daripada orang yang ditemubual”. Melalui
kaedah temubual ini pengkaji akan menemubual responden
berdasarkan kepada soalan-soalan yang telah dinyatakan dalam kajian
ini. Setiap pendapat dan jawapan yang diberikan akan dicatat dan
direkodkan oleh pengkaji sebagai data dan maklumat kajian. Pengkaji
akan menggunakan kaedah temu bual bersemuka (face to face).
Menurut Sabitha Marican (2005), temu bual bersemuka adalah salah
satu cara pengumpulan data yang dilakukan dengan menemu bual
secara langsung responden yang dipilih berdasarkan kepada ciri-ciri
yang telah dinyatakan. Kaedah ini memberikan banyak kelebihan
kepada pengkaji kerana berpeluang untuk beramah mesra dan
membentuk satu hubungan baik antara pengkaji dan responden serta
dapat mengagak keadaan atau situasi sama ada responden berminat
atau tidak dalam penyelidikan pengkaji. Ini dapat diperhatikan pada
30
emosi yang dizahirkan oleh responden semasa sesi temu bual itu
dijalankan serta tahap pemahaman mereka terhadap soalan yang
dikemukan. Sekiranya terdapat responden yang kurang memahami
mengenai soalan yang dikemukan kepada mereka, pengkaji
mempunyai peluang untuk menjelaskan kepada mereka secara
langsung ataupun menggunakan bantuan alat pendengaran. Ini
menunjukkan bahawa kaedah kualitatif menggunakan open-ended
questionnaire.
Open-ended questionnaire adalah kaedah temubual yang dijalankan ke
atas responden yang berkenaan dengan kajian yang dibuat. Temubual
yang dilakukan adalah secara bersemuka antara pengkaji dan
responden. Melalui kaedah ini, hanya beberapa responden yang akan
ditemubual. Pelaksanaan kaedah ini akan berjalan dengan lebih lancar
jika responden memberikan kerjasama.
3.2 Populasi Kajian
Populasi kajian merupakan sekumpulan individu yang menjadi sasaran
untuk dijadikan sebagai responden. Menurut Harinaldi & Eng (2005),
“Populasi kajian kumpulan adalah dari keseluruhan pengukuran, objek,
atau individu yang sedang dikaji”. Ciri-ciri responden mestilah
bersesuaian dengan kajian yang dibuat. Bagi kajian ini, sasaran
populasi adalah golongan ibu tunggal yang membesarkan anak
31
kelainan upaya. Daripada populasi kajian ini, sampel kajian juga dapat
dikenalpasti.
3.3 Sampel Kajian
Sampel kajian merupakan bahagian yang kedua dalam kajian populasi.
Sampel kajian ini dijalankan untuk memudahkan aktiviti pengumpulan
data. Hal ini demikian kerana, adalah mustahil untuk pengkaji
mengumpul data daripada seluruh populasi yang ada jika tidak di
khususkan.
Sampel non-probability digunakan dalam kajian ini. Melalui kaedah
ini, sampel purposive telah digunakan yang bermaksud seseorang yang
dipilih sebagai responden kajian tertentu mempunyai ciri yang sama
dan fokus pada sekumpulan individu yang tertentu. Penyataan ini
disokong oleh Egan (2007), yang mengatakan “ Purposive Sampling
adalah bertujuan untuk memilih sampel berdasarkan kriteria tertentu
yang berkaitan dengan penyelidikan”. Black (2010), mengatakan “Satu
lagi teknik persampelan secara tidak rawak adalah snowball iaitu
subjek kajian yang dipilih berdasarkan rujukan daripada responden kaji
selidik yang lain”. Persampelan snowball juga merupakan sebahagian
daripada persampelan purposive .
32
3.4 Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, kedua-dua data primer dan data sekunder telah
digunakan. Data primer merupakan data yang sebelumnya belum
pernah dikumpul. Kaedah yang digunakan pengkaji untuk
mendapatkan data primari adalah melalui temubual secara bersemuka.
Kaedah ini diaplikasikan dengan menemuramah 8 orang responden
yang telah dikenalpasti secara sukarela sudi menjadi responden kepada
pengkaji untuk menyiapkan kajian ini. Kaedah temubual ini sesuai
digunakan pengkaji untuk membolehkan responden dapat menjawab
dalam bentuk penceritaan dengan memberi penerangan yang lebih
mendalam mengikut kehendak objektif kajian yang dijalankan. Dalam
teknik ini data dan maklumat yang diperolehi melalui temubual dibuat
berkaitan dengan isu-isu semasa kehidupan dan kemudiannya terus
kepada topik sebenar.
Kaedah temubual ini mengambil masa selama 1-2 jam. Kaedah ini
sebenarnya memberi kelebihan kepada penyelidik kerana melalui
kaedah ini mampu memberikan maklum balas yang tinggi daripada
responden. Dalam menjalankan proses ini, perkara utama yang perlu
pihak pengkaji menitikberatkan ialah untuk mendapatkan kerjasama
dari responden dengan membina hubungan yang baik terlebih dahulu.
Hal ini kerana, penyelidik ada kalanya memerlukan untuk menemubual
bukan hanya sekali untuk mendapatkan data, kemungkinan lebih
33
daripada sekali. Sekiranya hubungan baik telah terjalin responden dan
juga penyelidik mudah untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.
Data sekunder pula merupakan data yang telah dikutip dan sedia ada
dalam mana-mana sumber seperti buku, artikel dan statistik. Data
sekunder ini boleh juga digunakan sebagai rujukan untuk memahami
secara mendalam tentang kajian yang dibuat. Bahkan, data ini akan
menjadi bukti dan mengukuhkan penyataan pengkaji.
3.5 Peralatan Kajian
Dalam kajian ini, temubual secara bersemuka telah dilaksanakan.
Pengkaji telah menyediakan beberapa soalan yang perlu dijawab oleh
responden berkenaan dengan kajian. Penggunaan bahasa tempatan juga
dipraktikkan dalam kajian ini bagi memudahkan responden memahami
soalan yang diajukan kepada mereka. Jadi, bahasa yang digunakan
untuk menemubual responden tidak menjadi masalah dalam
mengumpul data dan maklumat kajian.
3.6 Kawasan Kajian
Lokasi kajian bagi penyelidikan ini adalah di Kota Samarahan,
Sarawak. Daerah Kota Samarahan mempunyai keluasan 593.9
34
kilometer persegi. Kawasan-kawasan yang terletak dibawah kawalan
Daerah Samarahan ialah Daerah kecil Asajaya dan Daerah kecil
Sadong Jaya. Bilangan penduduk sejumlah 63581 orang (Banci
Penduduk Tahun 2000). Jumlah penduduk ini termasuklah daripada
Samarahan dan Asajaya.
Penyelidik memilih Kota Samarahan kerana responden kajian terdiri
daripada pelbagai kumpulan etnik, budaya dan agama. Penyelidik
mendapatkan bantuan penduduk kampung untuk mengenalpasti
responden. Kajian ini tidak mengambil masa yang lama dan penyelidik
menggunakan masa selama seminggu untuk mengumpul data dan pergi
ke rumah responden di kampung kawasan Kota Samarahan.
3.7 Etika Kajian
Isu etika dalam kajian adalah amat penting bagi menghormati
responden dan menggalakkan sesebuah kajian yang dibuat berjalan
dengan lancar. Etika adalah sesuatu yang pengkaji boleh lakukan dan
tidak boleh lakukan semasa kajian dijalankan. Etika juga perlu dijaga
bagi mengelakkan sebarang permasalahan berlaku semasa kajian
dilaksanakan dan untuk menjaga privasi bagi mengelakkan bertanya
soalan yang sensitif kepada responden.
Kajian ini dijalankan ke atas individu yang sukarela untuk menjadi
responden tanpa sebarang paksaan daripada pengkaji. Sebagai
35
pengkaji, memaksa seseorang individu untuk menjadi responden
mereka tidak dibenarkan dan sebaliknya perlu menerima segala
keputusan individu sama ada mahu menjadi responden atau tidak. Hal
ini demikian, responden mempunyai hak mereka untuk menjadi
responden atau tidak
Selain itu, pengkaji tidak dibenarkan untuk mempengaruhi jawapan
responden sebaliknya perlu terbuka dengan setiap jawapan yang
diberikan oleh responden. Segala bentuk soalan yang berunsur peribadi
juga tidak dibenarkan bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah ke
atas responden. Misalnya, nama responden, tempat tinggal dan umur.
Soalan yang sensitif kepada responden yang membahayakan juga
dilarang.
Di samping itu, sebagai pengkaji perlu mengelakkan diskriminasi
dalam kalangan responden sama ada dari segi etnik, jantina, agama dan
lain-lain elemen yang mempamerkan ketidakadilan terhadap
responden.
3.8 Data Analisis
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan beberapa bahagian iaitu
bahagian pertama akan menerangkan secara ringkas mengenai latar
36
belakang responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu hasil daripada
temubual yang dijalankan bersama 8 orang responden yang terpilih.
Manakala bahagian yang seterusnya akan membincangkan tentang
maklumat yang telah diperoleh setelah kajian selesai dilakukan.
Pengkaji menganalisis masalah atau isu yang telah di fokuskan dalam
kajian ini. Kaedah penerangan semula telah digunakan pengkaji dalam
memperjelaskan lagi maklumat daripada kajian.
3.9 Penutup
Bab ini membincangkan tentang kaedah yang digunakan dalam kajian
kualitatif untuk mengumpul data yang relevan untuk menjawab
objektif penyelidikan. Ia berfungsi sebagai panduan kepada pengkaji
untuk membangunkan kaedah yang sesuai untuk mengumpul data dan
usaha untuk mengumpul data yang relevan dalam penyelidikan masa
depan.
Kesemua maklumat yang diperolehi melalui kaedah kajian yang
dilakukan oleh penyelidik membantu penyelidik untuk menjalankan
penyelidikan berkaitan cabaran ibu tunggal dalam membesarkan anak
kelainan upaya. Disamping itu, semua prinsip-prinsip dan nilai pekerja
sosial harus menjadi amalan dalam menjalankan kajian terhadap diri
responden. Responden mempunyai hak dan kebebasan untuk
menjawab soal selidik dengan persetujuan mereka sendiri. Pengalaman
mereka dikongsi dengan bantuan penyelidik dalam memberi maklumat
37
mengenai isu yang di bincangkan. Oleh itu semua sumber-sumber dan
maklumat yang diberi oleh responden adalah penting kepada
penyelidik.
38
BAB 4
ANALISIS DAN KEPUTUSAN
4.0 Pengenalan
Semua temubual yang direkodkan dalam pita akan disalin semula kata
demi kata dan nama samarahan serta kawasan tempat tinggal
responden akan dirahsiakan. Pengkaji akan menganalisa setiap isu
yang dibincangkan dan seterusnya mencari tema yang bersesuaian
untuk di analisis. Menurut Patton (2002) beliau menyatakan bahawa
kaedah ini dihasilkan berdasarkan kes yang telah dikaji dan setelah
pengkaji faham sepenuhnya kes yang di kaji, analisis akan dilakukan
dengan mencari tema yang bersesuaian.
Proses analisis yang dilakukan oleh penyelidik ialah analisis induktif.
Menurut Thomas (2006) analisis ini terdiri daripada beberapa bahagian
dimana penyelidik harus membaca transkrip, mengenalpasti tema yang
bersesuaian, semakan yang konsisten dan pembaikan tema.
Berdasarkan kaedah analisis ini penyelidik berulang kaji membaca
transkrip dan mengenalpasti tema untuk dibincangkan.
39
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan beberapa tema iaitu
menerangkan secara ringkas mengenai latar belakang responden yang
terlibat dalam kajian ini iaitu hasil daripada temubual yang dijalankan
bersama 8 orang responden yang terpilih. Manakala tema yang
seterusnya akan membincangkan tentang maklumat yang telah
diperoleh setelah kajian selesai di gunakan. Pengkaji menganalisis
masalah dan isu yang telah di fokuskan dalam kajian ini. Kaedah
penerangan semula telah digunakan pengkaji dalam memperjelaskan
lagi maklumat daripada kaiian ini.
4.1 Latar Belakang Responden Kajian (Biodata Ringkas)
4.1.1 Peserta Kajian 1
Puan Normah (bukan nama sebenar) adalah antara responden tertua
daripada responden yang lain iaitu berumur 53 tahun semasa kajian di
jalankan. Mempunyai 8 orang anak dan anak beliau yang bongsu
merupakan anak kelainan upaya yang mempunyai masalah sindrom
down yang kini berumur 10 tahun. Puan Normah menyara keluarga
hasil daripada kebun peninggalan suami seluas 2 ekar dan bantuan
daripada anak yang bekerja serta purata sebulan ialah RM500. Tahap
pendidikan Puan Normah ialah darjah 6 dan kini beliau menginap di
kediaman sendiri. Kehilangan suami pada tahun 2006 akibat serangan
jantung.
40
4.1.2 Peserta Kajian 2
Puan Ros (bukan nama sebenar) berumur 32 tahun semasa kajian di
jalankan. Mempunyai 3 orang anak dan anak kedua beliau merupakan
anak kelainan upaya yang telah di dianogsis sebagai Autisme yang kini
berumur 10 tahun. Puan Ros menyara keluarga dengan bekerja
sebagai pembantu kantin sekolah di salah sebuah sekolah di kawasan
kota samarahan. Purata gaji Puan Ros ialah RM 500. Tahap pendidikan
Puan Ros ialah Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (SPM) dan kini Puan
Ros menetap di rumah keluarga dan tinggal bersama kedua orang tua.
Puan Ros telah diceraikan suami pada 2010.
4.1.3 Peserta Kajian 3
Puan Hanisah (bukan nama sebenar) merupakan ibu tunggal yang
beumur 40 tahun. Beliau mempunyai 5 orang anak dan anak beliau
yang bongsu telah didiagnos mempunyai kecacatan anggota dari segi
fizikal atau hilang keupayaan (Cerebal Palsy) yang kini berumur 8
tahun. Puan Hanisah bekerja sebagai pembantu kedai di kedai makan
keluarga di Kota Samarahan. Purata pendapatan Puan Hanisah ialah
RM 500 sebulan. Puan Hanisah mendapat pendidikan hanya sehingga
Sijil Rendah Pelajaran (SRP) dan kini beliau menetap di rumah
peninggalan suami. Puan Hanisah kehilangan suami pada tahun 2006
41
4.1.4 Peserta Kajian 4
Puan Madiah (bukan nama sebenar) berumur 43 tahun semasa kajian di
jalankan. Mempunyai 4 orang anak dan anak Puan Madiah yang
bongsu yang berumur 9 tahun mempunyai masalah kecacatan fizikal.
Puan Madiah menyara kehidupan keluarga dengan menjual kuih di
hadapan rumahnya. Purata pendapatan sebulan Puan Madiah ialah
RM400. Puan Madiah mendapat pendidikan sehingga tingkatan 1 dan
kini beliau sekeluarga tinggal di rumah sendiri peninggalan suami
Puan Madiah. Puan Madiah kehilangan suami pada tahun 2010
4.1.5 Peserta Kajian 5
Puan Melissa (bukan nama sebenar) berumur 29 tahun semasa kajian
di jalankan. Beliau merupakan responden termuda. Mempunyai
seorang anak yang berumur 8 tahun yang mempunyai masalah
kecacatan fizikal. Mendapat pendidikan sehingga SPM. Puan Melissa
menetap di rumah sewa dan kadang-kadang beliau tinggal di rumah
keluarga. Puan Melissa tidak bekerja semasa kajian di jalankan kerana
beliau baru sahaja berhenti kerja akibat anaknya mengalami demam
yang teruk. Puan Melissa diceraikan suami pada 2011.
4.1.6 Peserta Kajian 6
Puan Sue (bukan nama sebenar) berumur 43 tahun. Mempunyai anak 4
orang dan anak yang bongsu merupakan anak kelainan upaya yang
didiagnos mempunyai masalah sindrom down yang kini berumur 5
tahun. Mendapat pendidikan sehingga Spm. Puan Sue menetap
42
bersama keluarga. Beliau mengusahakan tanah yang dimiliki dengan
bertani. Purata pendapatan sebulan Puan Sue ialah RM 500 sebulan.
Puan Sue telah kehilangan suami pada 2010.
4.1.7 Peserta Kajian 7
Puan Adibah (bukan nama sebenar) berumur 35 tahun. Mempunyai
anak 2 orang dan anak yang bongsu merupakan anak kelainan upaya
yang didiagnos mempunyai masalah sindrom down yang kini berumur
5 tahun. Mendapat pendidikan sehingga Spm. Puan Adibah kini tinggal
di rumah sewa. Beliau bekerja sebagai seorang pembantu guru tadika
swasta. Purata pendapatan sebulan Puan Adibah ialah RM 1200
sebulan. Puan Adibah telah kehilangan suami pada 2009.
4.1.8 Peserta Kajian 8
Puan Maria (bukan nama sebenar) berumur 47 tahun. Mempunyai anak
6 orang dan anak yang ke 5 merupakan anak kelainan upaya yang
didiagnos mempunyai masalah kecacatan fizikal yang kini berumur 10
tahun. Mendapat pendidikan sehingga Spm. Puan Maria kini tinggal di
rumah sewa. Beliau bekerja sebagai seorang pembantu kedai. Purata
pendapatan sebulan Puan Maria ialah RM 600 sebulan. Puan Maria
telah diceraikan suami pada 2007.
4.2 Terdapat beberapa tema yang telah dikenalpasti untuk membuktikan
objektif kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik. Tema yang
43
dipilih oleh penyelidik berkaitan objektif kajian ialah (a) Pendapatan
bawah RM1000, (b) Tahap kesihatan, (c) Keperluan yang lengkap
kepada anak kelainan upaya, (d) Sukar mendapatkan peluang
pekerjaan, (e) Gaji yang minimum, (f) Bantuan keluarga terdekat, (g)
Penerimaan masyarakat, (h) Pandangan stigma masyarakat, (i)
Perwatakan anak kelainan upaya.
4.3 Pendapatan bawah RM 1000
Secara keseluruhan pendapatan ibu tunggal adalah bawah RM1000.
Kajian mendapati bahawa ibu tunggal mempunyai kekurangan dari
segi kewangan untuk membesarkan anak yang ditanggung.
Peningkatan kos hidup menyebabkan mereka tidak cukup wang dan
keperluan hidup yang berbeza dalam membesarkan anak kelainan
upaya. Pelbagai faktor yang menyebabkan mereka berada dalam paras
kemiskinan dan perkara ini sangat membimbangkan mereka kerana
mereka sangat memerlukan bantuan kewangan untuk menanggung
keperluan anak dan yang menjadi fokus utama ialah terhadap anak
kelainan upaya yang masih memerlukan perhatian dan keperluan yang
cukup.
Keseluruhan responden hanya bekerja secara sederhana dan lebih
memilih bekerja berdekatan dengan tempat tinggal mereka kerana
memudahkan mereka untuk menjaga anak kelainan upaya yang masih
memerlukan penjagaan yang rapi. Pendapatan bulanan responden
hanya berada dibawah paras RM1000 yang mana tidak mencukupi
44
untuk ibu tunggal bagi menampung kehidupan dan keperluan mereka
sekeluarga.
Pendapatan ini jelas menunjukkan bahawa responden memerlukan
bantuan kewangan yang lain selain gaji dan hasil yang diterima setiap
bulan. Daripada proses penjagaan anak kelainan upaya mereka yang
memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk kegunaan setiap bulan
menunjukkan ketidakcukupan untuk ibu tunggal ini menampung
keperluan hidup. Merujuk kepada Puan Sue (bertani, 43 tahun) yang
mempunyai anak kelainan upaya berumur 5 tahun telah didiagnos
mempunyai masalah sindrom down masih lagi menggunakan lampin
pakai buang dan minum minuman tambahan seperti susu. Menurut
Puan Sue,
“adik masih guna pampers…jadi setiap bulan kamek beli untuknya
pake…2 bungkus untuk satu bulan bahh…susu lagi…nya kamek berik
minum susu untuk kebaikan kesihatannya..kamek nak nangga nya sihat
bahh..dalam RM200 kamek simpan duit setiap bulan pake untuk nya
beli pampers dan susu…”(adik masih lagi menggunakan pampers..jadi
setiap bulan saya akan beli untuk dia pakai..2 bungkus pampers untuk
satu bulan…untuk susu saya bagi dia minum untuk kesihatannya..saya
mahu lihat dia sihat..RM200 saya simpan duit setiap bulan untuk
membeli pampers dan susu)
Penyelidik mendapati bahawa kebanyakan responden akan
menggunakan lebih kurang RM200 sehingga RM250 sebulan untuk
45
perbelanjaan anak kelainan upaya mereka. Ini melibatkan keperluan
seperti lampin pakai buang, susu, ubat-ubatan, kos perjalanan ke
hospital, kos perjalanan ke Pusat Pemulihan Komuniti (PDK) yang
berdekatan dan sebagainya.
Ini jelas menunjukkan bahawa dengan pendapatan bulanan yang
diterima responden sememangnya tidak mencukup dan lebih
mengejutkan penyelidik ialah setiap responden tidak dapat untuk
menyimpan duit bulanan kerana setiap pendapatan yang diterima akan
kehabisan pada hujung bulan.
4.4 Tahap kesihatan anak
Berdasarkan maklumat yang telah diperolehi menunjukkan bahawa
tahap kesihatan anak kelainan upaya yang dijaga oleh ibu tunggal ini
juga mempengaruhi pendapatan ibu tunggal dimana sekiranya tahap
kesihatan anak mereka berada pada keadaan yang tidak baik
menyebabkan ibu tunggal harus menjaga dan ini menyebabkan ibu
tunggal tersebut tidak dapat untuk keluar bekerja dan sehinggakan
terpaksa untuk berhenti kerja bagi memberi sepenuh perhatian terhadap
kesihatan anak mereka.
Kesihatan bagi anak kelainan upaya ini tidak selalunya sihat seperti
anak yang normal kerana mereka lemah terhadap imuniti badan.
Antara contoh kes yang berlaku terhadap responden ialah Puan Melissa
46
(tidak bekerja, 29 tahun) dimana anaknya yang berumur 8 tahun
mengalami kecacatan fizikal dan semasa sesi temubual dijalankan anak
beliau baru sahaja sembuh dari demam yang teruk sehinggakan Puan
Melissa terpaksa berhenti kerja demi menjaga dan merawat anak yang
disayanginya. Menurut Puan Melissa,
“Akak baru je lepas berhenti kerja…akak terpaksa ambil keputusan ni
sebab anak akak tak sihat.. demam teruk…muntah-muntah…sik mok
makan, mau dengan akak je 24 jam..(tidak mahu makan, hanya mahu
dengan akak sahaja 24 jam…) susahlah kan nak biarkan anak kita kat
orang lain…akak pun terus bagitau majikan nak berhenti…nanti dia
dah baik macam biasa dan demam dah berkurang akak cari kerja yang
lain”
Penyelidik mendapati tahap kesihatan anak mereka sangat penting
kepada ibu tunggal kerana sekiranya anak mereka mengalami
kesihatan yang tidak baik menyebabkan masalah kepada ibu tunggal
dan seterusnya akan membantutkan pekerjaan mereka seterusnya boleh
menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. Selain itu penyelidik
mendapati kasih sayang antara ibu dan anak sangat akrab kerana ibu
tunggal ini sanggup berhenti kerja demi menjaga dan merawat anak
yang sakit walaupun terpaksa mencari pekerjaan yang baru.
47
4.5 Pendidikan untuk anak kelainan upaya
Pendidikan penting untuk anak kelainan upaya yang dikenalpasti oleh
penyelidik ialah ibu tunggal ini mengharapkan keperluan
pembelanjaran kepada anak mereka. Kebanyakkan responden
menghantar anak mereka ke Pusat Pemulihan Komuniti (PDK)
dikawasan tempat tinggal mereka.
PDK merupakan pusat yang menyediakan sokongan peribadi kepada
keluarga yang mempunyai ahli kurang upaya, mendekatkan
perkhidmatan pemulihan dan intervensi awal untuk OKU di peringkat
komuniti, memastikan penyertaan penuh dan integrasi sosial OKU
dalam keluarga dan komuniti, mengurangkan penempatan jangka
panjang di Institusi Pemulihan yang menyebabkan OKU disisihkan
dari keluarga dan komuniti, menyediakan peluang untuk OKU
menbangunkan kebolehan kemahiran mengikut potensi yang ada
dalam diri mereka dan membantu dalam mewujudkan masyarakat
penyayang yang peka kepada keperluan OKU.
Bagi keperluan responden pula kebanyakkan anak responden berumur
5 tahun sehingga 10 tahun. Kebanyakkan anak responden berada dalam
program Early Intervention Program (EIP) yang mana akan dibantu
oleh petugas PDK untuk mengetahui tentang Kemahiran Motor Halus
dan Kasar serta pengurusan diri sendiri dan latihan berdikari.
48
Keseluruhan responden mengharapkan keperluan pembelanjaran anak
mereka sama seperti anak yang normal dan mengharapkan anak
mereka akan berdikari untuk meguruskan diri mereka sendiri. Sebagai
contoh yang telah dinyatakan oleh Puan Normah (bertani, 53 tahun)
mempunyai anak kelainan upaya yang telah didiagnos mempunyai
masalah sindrom down menyatakan,
“kamek sudah tua, kamek minta sangat keperluannya untuk membesar
cukup…kamek mahu nya dapat pendidikan yang sama macam orang
lain bahh…kamek syukur nya dapat masuk PDK macam ni sebab nya
pandei berdikari…dulu nya sik boleh pakei baju sendiri..sekarang nya
dah pandei pakei baju..suka kamek nangga..kamek harap lah kelak
kamek sik ada nya boleh buat sendiri macam-macam..itu jak kamek
mintak..” (saya sudah tua,saya minta keperluan untuk dia membesar
cukup…saya hanya mahu dia dapat pendidikan macam orang lain
ynag normal…saya bersyukur dia ditempatkan di PDK sebab sekarang
dia sudah pandai pekai baju sendiri..saya suka lihat dia macam itu..
saya harap jika saya tiada lagi dia boleh buat semua sendiri dan
berdikari…)
Daripada pemerhatian penyelidik mendapati responden memerlukan
keperluan dalam bentuk pembelanjaran yang baik kepada anak mereka.
Hal ini kerana responden merasakan melalui pendidikan anak mereka
boleh berdikari. Pendapat ini turut disokong oleh Puan Adibah (35
tahun) yang menyatakan bahawa
49
“anak akak sekarang dah boleh makan dan minum guna tangan
sendiri..tak payah akak nak suap lagi..cikgu-cikgu pun tak payah nak
tolong suapkan dia kalau waktu makan..akak rasa baguslah PDK ni
dibina untuk bantu kami ibu tunggal tempatkan anak kami dan bagi
pendidikan walaupun kemahiran asas...”
Keperluan pendidikan sangat penting untuk ibu tunggal demi
mendapatkan hak terhadap anak mereka. Jika kita menganalisis
Bahagian 2 “Pendidikan dalam Akta Orang Kurang Upaya” tiada ada
yang menyatakan pentingnya pembelanjaran kepada orang kurang
upaya (OKU) yang dewasa. Dalam erti kata lain kerajaan tidak
menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak kurang upaya dan pada
tahun 1985 pihak kerajaan telah mengubal balik polisi pendidikan
dengan memberi keperluan pendidikan kepada kanak-kanak kurang
upaya seperti kanak-kanak normal yang lain.
Sehubungan dengan itu, kanak-kanak ini berhak untuk mendapatkan
pendidikan yang lebih di kenali sebagai pendidikan khas bagi
membantu mereka menghadapi cabaran alaf baru. Pendidikan yang
berorentasikan Pendidikan Khas dibentuk dan di selaraskan oleh pihak
kerajaan bagi membantu golongan orang kurang upaya mendapat
pendidikan yang sempurna.
50
4.6 Sukar mendapatkan peluang pekerjaan
Kajian mendapati ibu tunggal ini sukar untuk mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik kerana faktor taraf pendidikan mereka yang
rendah. Hal ini menyebabkan golongan ini tidak dapat untuk
menambah pendapatan mereka. Daripada penelitian analisis yang
dilakukan menunjukkan bahawa ibu tunggal ini menghadapi masalah
mendapatkan peluang pekerjaan kerana masa yang di peruntukkan
untuk bekerja lebih lama dan hal ini semestinya tidak dapat dilakukan
oleh ibu tunggal kerana mereka perlu menjaga anak kelainan upaya
yang masih kecil. Menurut Puan Maria (47 tahun) yang sekarang
bekerja sebagai pembantu kedai menyatakan bahawa beliau mahu
bekerja sebagai pekerja kilang di kawasan tempat tinggal namun
keadaan anaknya tidak mengizinkan beliau untuk bekerja di sana. Gaji
yang ditawarkan adalah tinggi tetapi Puan Maria terpaksa melepaskan
peluang pekerjaan tersebut.
Selain itu, faktor kawasan demografi responden yang berada di luar
bandar juga menyebabkan peluang pekerjaan yang ditawarkan tidak
banyak disediakan. Ini menyebabkan ibu tunggal ini lebih memilih
untuk bekerja sendiri seperti mengusahakan tanah, bertani, menjual
kuih muih dan sebagainya. Penyelidik mendapati bahawa kawasan
tempat tinggal responden berada di kawasan pendalaman dan kurang
mendapat akses yang membolehkan ibu tunggal ini menambah
pendapatan mereka. Dikawasan tersebut kebanyakan penduduk hanya
51
bergantung kepada hasil pertanian yang di usahakan seperti tanaman
pokok pisang, jagung, tembikai, ubi keledek dan sebagainya. Selain itu
terdapat juga tanaman kelapa sawit yang di usahakan oleh penduduk di
kawasan tersebut.
4.7 Gaji yang minimum.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kesemua responden mendapat gaji
yang minimum iaitu RM400 sehingga RM1200. Gaji yang diterima
hasil daripada pekerjaan yang di usahakan oleh ibu tunggal ini tidak
mencukupi bagi keperluan kehidupan mereka. Maklumat yang di
kumpul oleh penyelidik mendapati golongan ibu tunggal ini
kebanyakkan memperolehi gaji yang sedikit berbanding dengan
pekerja yang lain. Sebagai contoh Puan Adibah (pembantu guru tadika)
menyatakan beliau menerima gaji sebagai pembantu sebanyak
RM1200 sebulan dan gaji tersebut merupakan kenaikkan gaji selepas 3
tahun berkhidmat di tadika tersebut. Selain itu menurut beliau sebelum
ini beliau hanya menerima gaji sebanyak RM700 sebulan. Daripada
dapatan yang diterima sememangnya membebankan beliau kerana
beliau harus membesarkan anak beliau yang mempunyai masalah
sindrom down.
Selain itu kajian terhadap responden lain pula dilihat menerima gaji
yang lebih sedikit berbanding Puan Adibah. Sebagai contoh yang dapat
di buktikan ialah Puan Maria (pembantu kedai), menurut beliau,
52
“Kamek kini gaji RM600 jak sebulan, manalah cukup mok nampung
kuarga…lagi-lagi anak kamek tok OKU..nyalah kamek bingung
bah..gaji diterima kecik..nak mintak lebih …yelah kamek pembantu
kedey jak..paa mok buat terima jak lah.. nasib baik lah kamek dapat
bantuan bahh..”( gaji saya kini hanya RM600 sebulan, tidak cukup
untuk menampung keluarga..anak saya OKU.. itulah merunsingkan
saya..gaji yang diterima sedikit..saya hanya pembantu kedai..apa lagi
yang boleh buat..nasib baik saya menerima bantuan ..)
Hasil penelitian menunjukkan responden hanya berpendapatan RM600
sebulan dengan bekerja sebagai pembantu kedai. Gaji yang diterima
sangat sedikit dan sememangnya menjadi satu bebanan untuk golongan
ibu tunggal ini membesarkan anak mereka
4.8 Bantuan dari keluarga terdekat
Kajian mendapati bahawa responden juga menerima bantuan daripada
keluarga yang terdekat seperti anak yang sudah dewasa dan bantuan
yang diberikan kepada mereka sedikit sebanyak dapat meringankan
beban mereka. Bantuan daripada pihak keluarga perlu diberikan
kepada golongan ini bagi memastikan kesejahteraan kepada ahlinya.
Penyelidik berpendapat bahawa dalam bersedekah atau memberikan
bantuan juga digalakan diberi kepada keluarga terlebih dahulu diikuti
53
dengan kaum kerabat dan kemudiannya di luar ruang lingkup keluarga
itu iaitu masyarakat luar.
Berdasarkan kajian ahli keluarga dan saudara mara banyak membantu
golongan ini sebagai contohnya Puan Normah (53 tahun) yang
mempunyai 8 orang anak dan anak beliau yang bongsu kini berumur 8
tahun, menunjukkan bahawa Puan Normah mempunyai anak yang
sudah dewasa dan anak dewasa beliau banyak membantu beliau. Anak
sulung Puan Normah bekerja sebagai seorang doktor perubatan di
salah sebuah hospital di Kuching dan beliau akan membantu Puan
Normah dengan memberikan setiap bulan duit belanja keperluan
rumah dan keperluan adik yang bongsu. Puan Normah bersyukur
walaupun beliau menjadi ibu tunggal anak beliau berjaya sehingga
menjadi doktor perubatan.
Selain itu, kajian juga mendapati bahawa bekas suami responden yang
bercerai juga ada menyalurkan bantuan kepada mereka dengan
memberikan nafkah setiap bulan. Walaupun nafkah yang diberikan
sedikit dan tidak mengikut peruntukan yang telah digariskan namun
cukup untuk mengurangkan beban mereka. Walaupun begitu terdapat
juga bekas suami yang sehingga kini tidak memberikan nafkah
walaupun telah diarahkan oleh perundangan. Hal ini sepatutnya tidak
boleh berlaku kepada mereka kerana mereka berhak mendapatkan
nafkah yang mana wajib keatas bekas suami untuk meyediakan kepada
bekas isteri dan anak-anak yang di jaga oleh bekas isteri.
54
4.9 Penerimaan masyarakat
Kajian mendapati bahawa terdapat juga penerimaan yang baik daripada
masyarakat terhadap golongan ini. Terdapat responden kajian
menyatakan bahawa mereka tiada masalah untuk berinteraksi dengan
komuniti kerana komuniti sudah faham dan memahami situasi serta
tahu mengenai anak kelainan upaya mereka. Interaksi sosial adalah
salah satu faktor yang menyumbang kepada kepuasan hidup mereka.
Menurut responden juga mereka sebagai ibu tunggal perlu berinteraksi
dengan orang lain secara aktif terutama dalam majlis keramaian yang
dianjurkan oleh masyarakat.
Menurut seorang responden kajian menyatakan bahawa interaksi sosial
antara masyarakat sedikit sebanyak dapat menghilangkan stress yang
di alami oleh mereka. Melalui perjumpaan bersama rakan-rakan dan
penceritaan masalah yang dihadapi oleh mereka dapat mengurangkan
beban mereka. Sekiranya mereka mempunyai masa yang banyak
mereka akan melawat saudara mara yang jauh. Menurut Puan Madiah
(43 tahun),
“mun kamek ada masa lapang kamek jalan umah akak kamek di
Bintulu nun…mun ada pengilan kamek datang juak..sama-sama orang
kampung seronok bah…” (kalau saya mempunyai masa lapang saya
55
akan melawat kakak di Bintulu..kalau ada kenduri saya akan dayang
juga..bersama-sama orang kampung seronok..)
Penyataan diatas menunjukkan bahawa responden lebih gemar
bersama masyarakat kerana mereka tidak lagi berasa tersisih dan
dipandang hina oleh meraka. Menurut Martin et al (2001) sumber-
sumber sosial ditakrifkan sebagai sumber-sumber yang termasuk
kualiti hubungan sosial yang wujud dan kepuasan dengan aktiviti
sosial yang disertai oleh mereka. Dalam erti kata lain ibu tunggal ini
telah mewujudkan hubungan yang positif dengan masyarakat lain.
Kewujudan amalam bersama masyarakat ini wujud sejak mereka kesil
lagi. Hubungan antara masyarakat wujud melalui aktiviti sosial yang
meningkatkan semangat tolong menolong antara masyarakat itu
sendiri. Amalan gotong-royong antara contoh terbaik boleh dilihat
sebagai mekanisme mewujudkan kerjasama antara masyarakat.
4.10 Pandangan stigma masyarakat
Stigma atau tanggapan buruk masyarakat terhadap mereka yang
bergelar janda merupakan hambatan mental yang besar untuk mereka
bergerak bebas dalam masyarakat. Pengambilalihan tugas-tugas suami
disamping melaksanakan tugas yang sedia ada sebagai ibu
menimbulkan konflik kepada peranan mereka. Kajian menunjukkan
bahawa masih terdapat masyarakat yang mewujudkan pandangan
stigma kepada golongan ini dengan menyatakan bahawa anak yang
56
dilahirkan oleh mereka merupakan balasan tuhan kepada ibu bapa
tersebut. Menurut responden terdapat segelintir masyarakat yang masih
belum menerima kewujudan mereka dan anak kelainan mereka.
Perlabelan ini sememangnya menguris hati dan perasaan mereka dan
sedikit sebnayak menganggu emosi mereka dengan memberikan
tekanan dalam diri mereka.
Menurut seorang responden kajian menyatakan beliau malas untuk
bersama masyarakat sekiranya terdapat segelintir yang masih
memandang dan bercakap belakang tentang kehidupan mereka
terutama anak kelainan upaya mereka. Beliau lebih memilih untuk
tinggak dan duduk di rumah daripada bertemu masyarakat yang
mencemuh dan menghina mereka tanpa berfikiran matang. Selain itu
menurut ibu tunggal ini beliau sentiasa berfikiran positif dan sentiasa
bersemangat dan berkeyakinan dengan menepis segala tohmahan yang
diberi kepada mereka.
4.11 Perwatakan anak kelainan upaya
Kajian mendapati bahawa terdapat segelintir masyarakat yang
memberikan pandangan negatif kepada responden kerana perwatakan
anak kelaianan upaya mereka. Menurut responden masyarakat
sekeliling memandang serong kepada anak mereka yang kurang upaya
seperti kecacatan fizikal dengan mengatakan bahawa anak mereka
takut melihat anak mereka. Selain itu wajah anak kelainan upaya yang
57
sindrom down juga menakutkan anak mereka dan ini menyebabkan
masyarakat tidak memberi anak mereka untuk mendekati atau
berkawan dengan anak responden.
Perwatakan anak kelainan upaya seperti kecacatan fizikal yang di
alami oleh anak Puan Maria yang berumur 10 tahun menyebabkannya
tidak mahu mengikuti ke sekolah pendidikan khas yang ada di sekolah
kerajaan. Anak Puan Maria mengalami kecacatan fizikal tangan yang
bersaiz kecil dan ini meyebabkan anak Puan Maria tidak boleh
menggunakan tangan untuk menyuap makanan atau minum secara
sendiri. Kecacatan ini menyebabkan kanak-kanak lain takut dengan
keadaan fizikal dan menganggap tidak normal.
Selain itu bagi anak Puan Sue pula mengalami sindrom down yang kini
berumur 9 tahun. Anak Puan Sue juga merupakan seorang yang aktif
dan suka untuk menegur orang yang berada di selilingnya. Menurut
Puan Sue sekirannya beliau dapat jemutan menghadiri program
keramaian di kampung beliau tidak akan membawa anaknya kerana
pernah suatu ketika ketika membawa anaknya ke majlis keramaian
terdapat seorang ibu yang memarahi anaknya kerana dikatakan
menganggu anaknya sedang bermain. Walaupun telah dijelaskan
keadaan kepada ibu tersebut namun cacian yang dilemparkan kepada
mereka. Hal ini menyebabkan Puan Sue tidak lagi membawa anaknya
ke majlis keramaian dan lebih memilih anaknya untuk tinggal di rumah
dan dijaga oleh ahli keluarga yang lain.
58
4.12 Kesimpulan
Secara kesimpulan hasil temubual bersama responden telah
memberikan jawapan yang khusus kepada soalan kajian terhadap isu
ibu tunggal yang membesarkan anak kelainan upaya. Cabaran yang
dihadapi ibu tunggal dalam membesarkan anak kelainan upaya
sememangnya memberikan cabaran yang hebat kepada golongan ini.
Pelbagai masalah dan perkaitan terhadap pendapatan serta pandangan
masyarakat terhadap golongan ini telah dikenal pasti melalui tema
yang telah dikeluarkan oleh penyeldidik
Kajian mendapati pendapatan ibu tunggal mempengaruhi proses
penjagaan anak kelainan upaya kerana ibu tunggal ini memerlukan
pendapatan yang tinggi berbanding pendapatan yang diterima
sekarang. Pendapatan yang diterima tidak mencukupi untuk
menampung perbelanjaan mereka sekeluarga terutama anak kelainan
upaya yang memerlukan keperluan yang khusus. Selain itu pandangan
masyarak juga dapat dikenalpasti oleh penyelidik yang mana
mendapati masyarakat kini masih lagi tidak menerima dan wujud
stigma negative terhadap kehidupan golongan ibu tunggal ini.
Walaubagaimanapun terdapat juga masyarakat yang menerima
kewujudan golongan ini dengan memahami situasi yang di alami oleh
mereka
59
BAB 5
PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan melakukan perbincangan mengenai isu
ini dengan maklumat yang telah dikumpul dan perolehan data daripada
responden. Keputusan analisis ini akan dibincangkan secara lebih
terperinci berkaitan cabaran yang dihadapi oleh ibu tunggal mengenai
pendapatan yang diperolehi ibu tunggal dalam membesarkan anak
kelainan upaya dengan membuktikan sokongan daripada kajian
sebelum ini serta pengalaman responden. Selain itu, membincangkan
mengenai pandangan masyarakat terhadap golongan ibu tunggal yang
menjaga anak kelainan upaya.
Selain itu penyelidik juga memberikan beberapa cadangan untuk
membantu dalam mengurangkan beban yang ditanggung oleh
golongan ibu tunggal ini. Responden telah memberikan pandangan
mereka mengenai isu ini dan mengharapkan bantuan daripada pihak
bertangungjawab seperti badan kerajan dan badan bukan kerajaan
serta kaedah untuk mereka meningkatkan pendapatan selain kaedah
60
untuk golongan ini menghadapi pandangan masyarakat terhadap
kehidupan mereka.
Berdasarkan tema yang telah dikaji, penyelidik mendapati bahawa ibu
tunggal ini menerima cabaran yang hebat dan ini semestinya tidak
melemahkan mereka untuk terus berjuang kerana masih terdapat faktor
penarik yang boleh membangunkan semangat mereka untuk terus
hidup dan menjaga anak mereka. Daripada hasil kajian mendapati ibu
tunggal ini berada dibawah paras kemiskinan dan terdapat beberapa
faktor yang menyumbang mereka berada dalam kelompok ini
antaranya ialah kurangnya peluang pekerjaan, gaji atau upah yang
diterima sedikit, tumpuan yang penuh terhadap anak kelainan upaya
yang memerlukan sepenuhnya penjagaan yang khusus, peningkatan
kos hidup dan sebagainya.
5.1 Kemiskinan
Kemiskinan merupakan perkara utama yang harus dibincangkan oleh
penyelidik kerana hal ini sememangnya mempengaruhi penjagaan anak
kelainan upaya mereka dan isu ini sering membelengu kehidupan
golongan ibu tunggal. Golongan ibu tunggal ini yang merupakan
golongan minoriti atau kecil telah dikenalpasti sebagai golongan yang
berpendapat rendah (SUHAKAM). Banyak kajian antarabangsa
memaparkan kadar kemiskinan yang tinggi di kalangan golongan ketua
61
isi rumah wanita ataupun ibu tunggal. Sebagai contoh ialah kajian yang
dilakukan di Costa Rica yang memaparkan kemiskinan golongan ibu
tunggal merupakan golongan yang termiskin berbanding golongan
ketua isi rumah yang lain. Manakala kajian yang dijalankan di
Montgomery Country, Amerika Syarikat mencatatkan angka sebanyak
30% jumlah isi rumah yang miskin adalah terdiri daripada ketua isi
rumah wanita.
Bagi di Malaysia pula kajian yang telah dilakukan oleh Unit Perancang
Ekonomi (UPE) Malaysia mendapati bahawa ibu tunggal mencatat
kemiskinan yang tinggi iaitu sebanyak 4.1 % berbanding ketua isi
rumah lelaki. Penentuan jumlah isi rumah miskin adalah berdasarkan
kepada perbandingan antara jumlah pendapatan bulanan dengan
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). Berdasarkan kajian tersebut
tahap kemiskinan yang berlaku berdasarkan faktor ekonomi dan sosial
iaitu ibu tunggal ini bertangungjawab untuk menjadi pengasuh dan
menjaga anak secara sendirian, perbelanjaan rumah, uitiliti dan lain-
lain.
Daripada kajian yang telah dilakukan oleh penyelidik lain jelas
menunjukkan bahawa ibu tunggal ini sememanya berada pada tahap
kemiskinan yang harus dibnatu oleh pihak bertanggungjawab seperti
badan kerajaan untuk memastikan mereka tidak ketinggalan dan
menikmati kehidupan seperti masyarakat normal yang lain.
62
5.2 Taraf pendidikan yang rendah
Selain itu berdasarkan taraf pendidikan yang rendah ini menyukarkan
golongan ibu tunggal untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik
dan gaji yang besar untuk menampung keperluan hidup mereka serta
keperluan untuk anak kelainan upaya mereka yang sememangnya
memerlukan keperluan yang cukup. Berdasarkan kajian yang
dilakukan menunjukkan bahawa 4/8 responden telah menamatkan
pendidikan formal sehingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan
selebihnya tidak dapat menamatkan pendidikan formal atas beberapa
faktor. Ini menunjukkan bahawa golongan ibu tunggal ini mempunyai
taraf pendidikan yang rendah dan seterusnya mempengaruhi
pendapatan mereka. Antara kajian yang dilakukan di Malaysia ialah
UNDP dimana kajian dijalankan di antara tahun 2008 sehingga 2010
keatas 2,701 responden ibu tunggal, mendapati hanya 31% daripada
responden yang dikaji mendapat pendidikan sehingga tingkatan 4 atau
5, manakala 27% responden hanya setakat tingkatan 1 sehingga
tingkatan 3. Sebanyak 255 responden lain pula hanya mendapat
pendidikan sekolah rendah. Kumpulan responden yang tidak pernah
mendapat sebarang pendidikan formal sebanyak 13%.
Selain itu dapat dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh
Ahmad dan Sarimin (2009) keatas 1,486 orang responden ibu tunggal
di semua negeri di Semenanjung Malaysia mendapati bahawa
sebanyak 31% responden ibu tunggal tidak mempunyai pendidikan
63
formal dan 36% responden ibu tunggal mempunyai pendidikan setakat
sekolah rendah. Sebanyak 15.2 % responden mendapat pendidikan
setakat tingkatan 4 sehingga tingkatan 5. Manakala hanya sejumlah
kecil iaitu sebanyak 0.9 % responden ibu tunggal merupakan lulusan
institusi pengajian tingg. Daripada kajian yang dilakukan jelas
menunjukkan bahawa ibu tunggal ini kebanyakkan berpendidikan
rendah yang memerlukan bantuan daripada pihak yang
bertanggungjawab untuk membantu mereka merubah corak kehidupan
mereka.
5.3 Gaji yang minimum
Seterusnya kajian juga mengenalpasti bahawa golongan ibu tunggal ini
mendapat gaji yang minimum dan ini semestinya tidak mencukupi
untuk mereka menangung keperluan keluarga dan anak kelainan upaya
mereka yang lebih memerlukan wang yang banyak untuk menampung
kos keperluan asas mereka dan kos rawatan mereka. Hasil kajian
mendapati bahawa responden keabnyakan bekerja sendiri untuk
menampung keperluan hidup mereka. Masalah ini dapat dibuktikan
dengan kajian yang dijalankan oleh Ahmad dan Sarimin (2009) iaitu
mendapati bahawa sebanyak 92% responden ibu tunggal mempunyai
pendapatan kurang daripada RM1000 sebulan. Kajian tersebut juga
mendapati hampir 80% responden ibu tunggal memperolehi
pendapatan serendah RM500 sebulan dan sebanyak 26.6% responden
tidak mempunyai sebarang pendapatan.
64
Kajian yang sama juga memaparkan bahawa majoriti responden
golongan ibu tunggal bekerja sepenuh masa. Sebanyak 53% responden
mempunyai pekerjaan sepenuh masa dan dari jumlah tersebut sebanyak
28% responden bekerja di sektor tidak formal ataupun bekerja sendiri.
Daripada data tersebut juga menunjukkan sebanyak 17% responden
bekerja di sektor swasta dan hanya 6% responden bekerja di sektor
kerajaan. Manakala sebanyak 46% responden ibu tunggal yang tidak
bekerja terdiri daripada mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas.
Untuk menambah pendapatan keluarga, sebanyak 33% responden ibu
tunggal ini terlibat dalam melakukan kerja-kerja sampingan. Jenis-jenis
kerja sampingan tersebut adalah seperti menjalankan perniagaan kecil-
kecilan, menjahit, membasuh dan mengambil upah mengemas rumah.
Hasil kajian tersebut juga mendedahkan perkara yang
membimbangkan iaitu sebanyak 65% ibu tunggal tidak mempunyai
simpanan dan hanya 25% mempunyai simpanan kurang RM500.
Ini jelas menunjukkan gaji yang diterima oleh golongan ibu tunggal
sangat sedikit dan ini menjejaskan kehidupan mereka untuk
membesarkan anak dan menjalani kehidupan dengan baik. Penyelidik
beranggapan bahawa gaji yang ditawarkan kepada golongan ibu
tunggal ini sedikit disebabkan oleh faktor taraf pendidikan mereka
yang rendah dan kurangnya pengalaman serta kekangan masa untuk
memperolehi gaji yang lebih disebabkan tanggungjawab yang lebih
besar menanti di rumah.
65
5.4 Pandangan stigma masyarakat
Selain itu, pandangan masyarakat terhadap golongan ibu tunggal yang
menjaga anak kelainan upaya juga dikaji dan mendapati masyarakat
kini sudah berfikiran matang dan menerima golongan seperti ini.
Berdasarkan kajian yang dilakukan masyarakat ini lebih berfikiran
terbuka dan tidak lagi memandang serong terhadap mereka. Walaupun
terdapat segelintir masyarakat yang masih belum menerima kewujudan
orang kelainan upaya dan mengatakan bahawa takdir yang menimpa
golongan ibu tunggal ini diibaratkan “sudah jatuh ditimpa tangga”
kerana menganggap bahawa ibu tunggal ini melahirkan anak kelainan
upaya dan seterusnya ditinggalkan suami.
Penyelidik mendapati bahawa golongan ibu tunggal ini merupakan
golongan yang tabah kerana mereka lebih sanggup berdepan dengan
situasi ini dan tetap meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki
demi membesarkan anak mereka. Menurut Zaliha Hussin, et al (2004)
menyatakan bahawa keadaan ibu tunggal yang mengalami stigma atau
anggapan buruk terhadap ibu tunggal menyebabkan tekanan emosi
serta perasaan ayng tersepit telah membawa implikasi yang negatif
dalam meneruskan kehidupan mereka. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa berlakunya implikasi yang buruk kepada golongan ibu tunggal
yang melibatkan emosi dimana menurut kajian yang dilakukan oleh
Diyana Isahak et al (2009) menyatakan bahawa tekanan perasaan
66
mampu menyumbang kepada ketidakstabilan emosi bagi golongan ibu
tunggal dan anak-anak mereka. Keseimbangan dan kestabilan emosi
amat penting bagi ibu tunggal terutama dalam konteks pembesaran
anak-anak dan kesediaan untuk berdepan dengan tanggapan
masyarakat terhedapan mereka serta perubahan-perubahan yang
berlaku dari semasa ke semasa.
Bagi ibu tunggal yang kehilangan suami akibat kematian, mereka
terpaksa menyesuaikan diri dengan situasi baru atau dengan kata lain
kehilangan tempat bergantung, orang yang mereka cintai. Manakala
ibu tunggal yang bercerai pula, mereka terpaksa memainkan peranan
sebagai ibu dan juga bapa. Menambahkan lagi tekanan golongan ini
apabila tanggapan negatif masyarakat dengan mengelar mereka
sebagai janda, malang dan sebagainya. Sehinggakan golongan ini juga
tidak boleh mengadakan sebarang bentuk komunikasi dengan lelaki
lain kerana beranggapan akan mengodakan dan mengambil
kesempatan terhadap mereka. Oleh itu, ibu tunggal perlu bersedia dan
kuat untuk menghadapi situasi sebegini. Cabaran yang besar untuk ibu
tunggal membentuk sistem dan pengurusan emosi yang baik supaya
masalah-masalah sebegini tidak akan melemahkan mereka dan juga
anak-anak.
Cabaran-cabaran hebat yang perlu ditempuhi serta juga stigma negatif
daripada masyarakat terhadap ibu tunggal ini mampu menyebabkan
tekanan terhadap ibu tunggal daripada segi emosi mereka seterusnya
67
memberi impak negatif kepada diri. Oleh itu kesan daripada kajian ini
menunjukkan bahawa cabaran ibu tunggal dalam membesarkan anak
kelainan upaya menjadikan satu masalah yang seharusnya di kaji dari
akar umbi untuk membantu mereka terus bangkit menjalani kehidupan.
5.5 Cadangan untuk Kerajaan
Pihak kerajaan sememangnya memainkan peranan yang sangat penting
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh ibu tungal. Seperti
yang dimaklumkan bahawa antara penyebab kepada golongan ini
hidup dalam kemiskinan adalah berpunca daripada masalah kewangan
yang berat melanda keluarga ibu tunggal. Dengan berbekalkan satu
punca utama pendapatan yang tidak seberapa ini telah mengakibatkan
keluarga ibu tunggal hidup dalam serba kekurangan.
Oleh yang demikian, golongan ini amat memerlukan bantuan sokongan
dan perhatian yang serius daripada pihak kerajaan. Terdapat beberapa
cadangan yang di usulkan oleh responden untuk perhatian pihak
kerajaan untuk menangani masalah yang di hadapi oleh mereka.
Antaranya ialah responden menyatakan bahawa mereka tercicir dari
menakses bantuan kewangan yang disediakan oleh Kementerian
Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) meskipun
sebahagian besar bantuan tersebut adalah khas untuk membantu
golongan ibu tunggal. Mereka juga menyatakan bahawa situasi ini
68
disebabkan oleh kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang
bantuan dan juga lokasi tempat tinggal yang jauh di pendalaman.
Sehubungan dengan ini, pihak kerajaan seharusnya lebih meningkatkan
usaha dan menjalinkan kerjasama dengan badan-badan sosial untuk
mendapatkan data yang betul tentang ibu tunggal yang ada dalam
kawasan mereka. Sebagai contohnya pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) disarankan agar sentiasa prihatin dan peka terhadap
jumlah sebenar golongan ini serta permasalahan yang dihadapi oleh
mereka.
Selain itu, penyelidik juga mendapati bahawa pangkalan data
mengenai jumlah ibu dan bapa tunggal yang disediakan oleh pihak
kerajaan tidak dikemaskini. Oleh yang demikian, masih ramai ibu
tunggal yang tidak berdaftar dan tercicir dari mendapat bantuan
Kerajaan. Selain mengemas kini pangkalan data, penyelidik
menyarankan agar pihak kerajaan mengumpul data mengenai ibu dan
bapa tunggal yang miskin. Dengan itu kerajaan perlu memastikan
bahawa data-data yang sudah dikemaskini dapat diakses oleh
masyarakat kerana ia dapat memberi peluang kepada NGO untuk
megenalpasti dan menyalurkan bantuan golongan tersebut.
Selain itu antara cadangan yang harus diambil tanggungjawab oleh
pihak kerajaan ialah mengenai isu tuntutan nafkah dimana responden
juga menyatakan tuntutan nafkah anak dan nafkah bekas isteri yang
69
tidak dilaksanakan oleh bekas suami walaupun perintah mahkamah
telah dipanjangkan kepada bekas suami tersebut. Oleh yang demikian
penguatkuasaan yang tegas adalah perlu untuk mengatasi kelemahan
penguatkuasaan perintah mahkamah dan Undang-undang Pentadbiran
Keluarga Islam. Hal ini kerana pembayaran nafkah anak wajib
ditunaikan oleh bekas suami agar anak-anak boleh meneruskan
kehidupan seharian mereka seperti bersekolah, makan-minum dan
mempunyai tempat tinggal yang sewajarnya.
Sehubungan dengan itu, responden juga menyatakan agar
keseramataan terhadap nafkah yang diberikan oleh bekas suaimi
kepada mereka. Dengan itu penyelidik mencadangkan agar KPWKM
dapat mengubal satu garis panduan mengenai standard nafkah isteri
dan nafkah anak-anak yang wajib diberikan dan standard tersebut
haruslah mengikut taraf hidup semasa sama ada di luar Bandar dan luar
Bandar. Garis panduan ini bertujuan untuk dijadikan panduan agar
golongan lelaki boleh menilai tahap kemampuan mereka terlebih
dahulu sebelum membuat keputusan untuk bercerai atau berkahwin
lebih daripada seorang isteri.
Selain itu pihak kerajaan juga harus memainkan meningkatkan usaha
dalam menyediakan program-program pembangunan kapasiti untuk
golongan ibu tunggal. Responden berpendapat bahawa latihan dan
kemahiran yang diberikan oleh KPWKM kepada wanita khususnya ibu
tunggal adalah terhad kepada latihan konvensional seperti memasak,
70
menjahit dan home managers. Seperti yang kita sedia maklum bahawa
KPWKM telah mengendalikan program berbentuk kemahiran kepada
golongan ibu tunggal yang berobjektifkan memberi latihan kemahiran
dan keusahawanan kepada golongan ibu tunggal dan seterusnya
mengurangkan kemiskinan dan membaiki kualiti hidup wanita dalam
kumpulan ini. Oleh yang demikian penyelidik mencadangkan agar
pihak kerajaan melalui KPWKM dapat mengembangkan jenis-jenis
latihan kemahiran yang diberikan kepada ibu-ibu tunggal ini seperti
kemahiran komputer untuk pendedahan berkaitan segala maklumat di
jaringan. Hal ini kerana ibu tunggal ini masih muda dan harus
mengambil inisiatif untuk lebih memajukan diri mereka agar tidak
ketinggalan oleh arus pemodenan semasa.
5.6 Cadangan untuk Ibu Tunggal
Ibu tunggal merupakan individu yang harus bangkit dengan kesedaran
sendiri dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan bersama anak-
anak. Ibu tunggal yang menjaga anak kelainan upaya ini sememangnya
memerlukan sokongan dan perhatian daripada semua pihak kerana
mereka memerlukan khidmat bantuan yang berbeza. Oleh yang
demikian penyelidik mencadangkan beberapa perkara yang boleh
digunakan khususnya kepada ibu tunggal yang masih mengharapkan
bantuan.
71
Ibu tunggal ini harus bergerak aktif dan mengikuti Persatuan Ibu
Tunggal di kawasan mereka. Maklumat berkaitan persatuan ini boleh
di perolehi melalui JKM kawasan mereka. Melalui persatuan ini, suara
ibu tunggal akan menjadi lantang dalam menyuarakan hak dan
pembelaan jika benar-benar mahu mengubah kehidupan kea rah yang
lebih baik dan sempurna. Sehubungan dengan itu, ibu tunggal ini harus
bergerak aktif dalam kumpulan dengan meyertai program-program
yang di adakan oleh persatuan tersebut. Kebiasaanya persatuan ini
akan melakukan program berbentuk seminar dan bengkel bertujuan
untuk mendidik dan menambahkan ilmu pengetahuan serta kemahiran
dalam aspek perundangan, kemahiran hidup dan pengetahuan
keibubapaan.
Selain itu, ibu tunggal ini juga harus mengetahui berkaitan program-
program yang telah disediakan oleh pihak kerajaan kepada mereka. Ibu
tunggal harus akses kepada bentuk bantuan yang diberikan dan
melapangkan sedikit masa untuk mengikuti program yang disediakan
agar mereka tidak tercicir daripada menikmati bantuan yang telah
tersedia untuk mereka.
5.7 Cadangan untuk sistem Masyarakat
Dalam konteks masyarakat pula mempunyai peranan yang tersendiri
kerana ahli masyarakat harus mempunyai rasa tangungjawab untuk
membantu golongan ini meneruskan kehidupan mereka dengan
72
membesarkan anak terutama anak kelainan upaya mereka. Ahli
masyarakat digalakkan menghulurkan bantuan kepada golongan ini.
Sebagai contohnya, ketua kampung yang merupakan ketua dalam
kelompok masyarakat perlu memainkan peranan yang penting bagi
mengurangkan penderitaan yang di tanggung mereka dengan
mengadakan program seperti gotong-royong untuk golongan ibu
tunggal, ceramah kesedaran kemasyarakatan bagi penduduk dan
program-program yang dapat menghilangkan tembok pemisah antara
keluarga ibu tunggal dengan masyarakat sekitar.
Selain itu, masyarakat juga seharusnya tidak lagi mewujudkan
pandangan stigma kepada golongan ini terutama kepada anak kelainan
upaya mereka. Hal ini sememangnya akan menguris perasaan ibu
tunggal dan perkara ini boleh menyebabkan hilangkan interaksi sosial
antara masyarakat dan mereka. Interaksi sosial ini seharusnya berjalan
lancar kerana melalui interaksi sosial bersama masyarakat akan dapat
membantu golongan ini lebih bersemangat dan menguatkan emosi
mereka dalam menghadapi cabaran hidup.
5.8 Kesimpulan
Sebagai kesimpulan bagi bab ini ialah terdapat perbincangan berkaitan
kajian yang dilakukan oleh penyelidik. Perbincangan yang dilakukan
berdasarkan analisis data yang telah dikumpul oleh penyelidik. Ibu
tunggal yang menghadapi cabaran berkaitan pendapatan yang
73
diperolehi oleh mereka serta pandangan masyarakat terhadap
kehidupan mereka mendapat perhatian daripada pihak kerajaan dan
masyarakat dengan memberikan kesedearan kepada mereka untuk
terus membantu ibu tunggal.
Selain itu, terdapat beberapa cadangan untuk membantu golongan ini
dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pihak kerajaan
seperti bantuan kewangan daripada KPWKM, bagi pihak masyarakat
pula berkaitan bantuan dari ketua masyarakat untuk mendapatkan data
berkaitan golongan ini.
74
BAB 6
KESIMPULAN
6.0 Pengenalan
Golongan ibu tunggal merupakan golongan yang minoriti di Malaysia
dan golongan ini menjadi ketua keluarga serta mempunyai
tangungjawab yang besar untuk menyara keluarga. Penjagaan ibu
tunggal terhadap anak kelainan upaya sememangnya memberikan ujian
yang hebat kepada golongan ini kerana anak kelainan upaya ini
memerlukan perhatian yang lebih dan keperluan yang berbeza dengan
anak normal. Sehubungan dengan itu, golongan ini harus dibantu dan
diberi peluang untuk mendapatkan hak mereka yang sepatutnya.
Dalam bab ini, penyelidik akan membuat kesimpulan berkaitan segala
maklumat dan data yang telah dikumpul dan dianalisis. Ringkasa
kajian ini boleh memberi gambaran terhadap penyelidikan yang
dilakukan. Terdapat beberapa cadangan untuk penyelidik lain bagi
melakukan menyelidikan mereka pada masa hadapan serta batasan
kajian penyelidik semasa melakukan penyelidikan ini.
75
6.1 Rumusan
Hasil kajian menunjukkan bahawa cabaran ibu tunggal dalam
membesarkan anak kelainan upaya di kawasan kajian menjadi satu isu
yang harus diambil tindakan yang sewajarnya kerana sememangnya
memberikan penekanan kepada golongan ini. Masalah yang melanda
golongan ibu tunggal serta anak kelainan upaya mereka seharusnya
menjadi satu mekanisme kepada kerajaan sebagai pemberi bantuan
kepada rakyat demi menjaga kepentingan dan keperluan rakyat.
Berdasarkan kajian juga menunjukkan bahawa pelbagai mekanisme
yang menjurus kepada wujudnya cabaran antaranya ialah yang dapat
dikenalpasti oleh penyelidik ialah kemiskinan, taraf pendidikan yang
rendah, pandangan stigma masyarakat terhadap golongan ini, gaji yang
minimum, kurangnya peluang pekerjaan bagi mereka dan sebagainya.
Pihak kerajaan perlu menjalankan penyelidikan yang lebih terperinci
terhadap golongan ini dan memperbanyakkan lagi program untuk
pembangunan ibu tunggal untuk mengawal kadar kemiskinan mereka
dan juga negara. Polisi yang lebih menjurus kepada golongan ini juga
harus di jadikan dasar untuk mengubah corak kehidupan golongan ini.
Sebagai kesimpulannya, masalah dan cabaran yang diharungi oleh ibu
tunggal ini perlu diambil tindakan dengan lebih terperinci oleh setiap
pihak tidak kira samaada kerajaan, keluarga mahupun masyarakat itu
76
sendiri. Hal ini kerana sekiranya masalah ini tidak di selesaikan akan
menyebabkan pelbagai masalah lain wujud. Sehubungan dengan itu,
ibu tunggal itu sendiri haruslah sentiasa merebut peluang yang telah di
sediakan oleh pihak kerajaan kepada mereka dan anak kelainan
mereka. Sentiasa bersikap positif dan tabah serta sabar dalam
mengharungi cabaran yang dihadapi mereka. Selain itu masyarakat
juga harus memainkan peranan yang aktif dalam membantu golongan
ini kerana melalui masyarakat golongan ini dapat meneruskan
kehidupan mereka. Oleh itu pandangan stigma terhadap golongan ini
juga mesti dihapuskan dan tidak lagi menjadi sarang kepada kekacauan
emosi.
6.2 Cadangan untuk Penyelidik Lain
Sebagai seorang penyelidik, perkara utama yang perlu penyelidik tahu
adalah isu yang perlu diambil perhatian serta penambahbaikan kerana
ia akan menjadi lebih buruk sekiranya tiada tindakan yang diambil.
Selain itu, penyelidik juga harus mengenalpasti dengan jelas kumpulan
sasaran yang terlibat dalam isu yang dikaji dan tempat kajian supaya
wujud perubahan yang baik kepada isu yang dikaji.
Selain itu penyelidik juga harus mempunyai pengetahuan asas
mengenai isu yang hendak dikaji. Penyelidik juga perlu membaca
beberapa jurnal dan buku mengenai isu yang hendak dikaji. Penyelidik
juga perlu mengumpul data dan maklumat daripada sumber-sumber
77
yang boleh membantu dalam melakukan penyelidikan seperti Jabatan
Perangkaan, menemubual masyarakat dan sebagainya. Menyediakan
cadangan yang baik dan betul sebelum melakukan sesi temubual
tersebut.
Tambahan pula, penyelidik juga diingatkan bahawa perlu mengekalkan
etika profesional mereka yang mana menjadi kerahsiaan terhadap
segala butir-butir responden daripada orang ramai, menghormati
kehidupan peribadi responden dan keputusan mereka, meminta
kebenaran dan persetujuan daripada responden untuk menemubual
mereka. Seterusnya penyelidik perlu mencadangkan beberapa cara
untuk kerajaan membaiki dasar polisi, masalah yang dihadapi
masyarakat dan individu yang boleh mengurangkan masalah yang
dihadapi oleh responden.
6.3 Batasan Kajian
Dalam perlaksanaan sesuatu kajian, pengkaji tidak dapat mengelak
daripada mengalami halangan kajian. Semasa menjalankan sesi
temubual pula, terdapat sesetengah responden yang kurang memberi
kerjasama yang memberansangkan. Contohnya soalan yang ditanya
oleh pengkaji mungkin tidak difahami oleh responden. Mereka tidak
dapat memberi maklumat sewajarnya yang diperlukan oleh pengkaji.
Disamping itu, pengkaji juga akan mempunyai masalah untuk
berkomunikasi dalam bahasa tempatan.
78
6.4 Kesimpulan
Masalah yang dihadapi oleh ibu-ibu tunggal ini dapat diselesaikan
sekiranya mereka mempunyai semangat untuk terus berjuang dan tabah
menghadapi setiap cabran dan dugaan hidup mereka. Melalui bantuan
daripada pihak bertanggungjawab seperti badan kerajaan dan badan
bukan kerajaan dapat membantu golongan ini menambah pendapatan
dan seterusnya menyediakan bantuan yang khas terhadap anak
kelainan upaya mereka.
Selain itu, sokongan dari keluarga juga penting untuk membina
semangat mereka dalam menghadapi cabaran ini. Dengan itu
kerjasama daripada masyarakat sekeliling perlu ada dan masyarakat
harus memainkan peranan mereka sebagai pembantu kepada golongan
ini dengan tidak mewujudkan stigma keatas nasib golongan ini.