30
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI SUBJEK ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN (SPL 1112) DALAM KALANGAN PELAJAR DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) SESI PENGAJIAN : 2007/2008 Saya : ALWAHIDAH BT KAMIS (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat- syarat kegunaan seperti berikut : 1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI SUBJEK ASAS PENYEDIAAN MAKANAN DAN PEMAKANAN (SPL 1112) DALAM KALANGAN PELAJAR DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

SESI PENGAJIAN : 2007/2008

Saya : ALWAHIDAH BT KAMIS

(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Hakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai

oleh UTM, hakmiliknya adalah kepunyaan UTM. 2. Naskah salinan di dalam bentuk kertas atau mikro hanya boleh dibuat dengan kebenaran bertulis

daripada penulis. 3. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian

mereka. 4. Tesis hanya boleh diterbitkan dengan kebenaran penulis. Bayaran royalti adalah mengikut kadar yang

dipersetujui kelak. 5.*Saya membenarkan/tidak membenarkan Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan

pertukaran di antara institusi pengajian tinggi. 6. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Tarikh : 28 APRIL 2008 Tarikh : 28 APRIL 2008 CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Page 2: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

”Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana

Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan :

Nama penyelia :

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 3: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

i

PENGGUNAAN BAHASA INGGERIS BAGI SUBJEK ASAS PENYEDIAAN

MAKANAN DAN PEMAKANAN (SPL 1112) DALAM KALANGAN PELAJAR

DUA SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN

(KEMAHIRAN HIDUP)

ALWAHIDAH BT KAMIS

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada

Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2008

Page 4: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

ii

Saya akui tesis yang bertajuk ”Penggunaan Bahasa Inggeris Bagi Subjek Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) Dalam Kalangan Pelajar Dua

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)” adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan

sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : ALWAHIDAH BT KAMIS

Tarikh : 28 APRIL 2008

Page 5: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

iii

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

Buat Ayahanda dan Bonda

Kamis bin Omar Jeriah bt Hassan

Doa kalian mengiringi setiap detik perjalanan hidupku.

Tiap langkah kuingati pengorbanan ayahanda dan bonda

Buat Suami Tercinta

Hafizi bin Shukri

Terima kasih atas pengertianmu Dugaan serta pengorbanan akan kusimpan dilubuk kenangan.

Menyedarkan kita erti ketabahan dan tawakkal

Buat Ahli Keluarga

Pengertian, keikhlasan dan dorongan. Tidak termampu kulahir dengan kata-kata.

Buat Sahabat

Jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang hingga akhir hayat Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya

Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya.

Page 6: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

iv

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan

KurniaNya kajian ini dapat disiapkan bagi menyempurnakan penyelidikan ini bagi

memenuhi syarat untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Serta Teknologi

(Kemahiran Hidup), di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Johor.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima kasih

dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. Yusof bin Boon, selaku penyelia projek

sarjana muda ini, yang telah banyak berusaha untuk membimbing, menunjuk ajar serta

memberi sokongan padu kepada saya sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Di sini saya juga ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih

kepada rakan- rakan seperjuangan yang yang turut membantu sepanjang kajian ini

dijalankan. Seterusnya penghargaan buat pelajar yang memberi kerjasama dalam

menjawab soal selidik. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu-

individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan

kajian ini.

Page 7: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

v

ABSTRAK

Kajian kes ini bertujuan mengkaji tentang Penggunaan bahasa Inggeris bagi

subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112) dalam kalangan pelajar

dua Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Kajian ini

dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 89 orang

responden. Kajian ini telah dijalankan di sekitar Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

Johor. Fokus utama kajian ini adalah berdasarkan empat persoalan kajian iaitu persepsi

pelajar, strategi pensyarah, sumber sokongan yang digunakan pelajar dan masalah yang

dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan dalam bahasa Inggeris. Data dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 15.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan,

peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan pelajar dua SPH telah memberikan

tanggapan positif terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek ini. Menurut

responden, pensyarah telah menggunakan strategi yang amat berkesan iaitu dengan

menggunakan dwi bahasa ketika mengajar. Hasil kajian juga mendapati, pelajar telah

menggunakan internet sebagai bahan sokongan untuk menguasai subjek ini. Namun

begitu, beberapa masalah pelajar terutamanya masalah berkomunikasi dalam bahasa

Inggeris telah dikenalpasti. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi

memastikan penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran subjek ini akan memberikan

kebaikan yang berpanjangan.

Page 8: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

vi

ABSTRACT

This study case was conducted is to study about the usage of English for subject

Basic Food Preparation and Nutrition (SPL 1112) among second year students of

Bachelor in Technology and Education (Living Skill). This research was carried out by

using the questionnaire as the instrument for 89 respondents. This research was

conducted at University Technology Malaysia, Skudai Johor. The main focus for this

study is based on four research question which is student perception, lecturer strategies,

students support resource and the problems faced by the students when teaching and

learning process was conducted in English. Data was analyzed using the Statistical

Package for Sciences (SPSS) version 15.0 to get the value of frequency, percentage and

mean. Research finding shows that second SPH students give positive reaction to the

usage of English in this subject. According to the respondents, lecturer had used a very

effective strategy which is by using two languages while teaching. Research outcome

founded that the students used internet as their support resource to conquer this subject.

Nevertheless, several problems especially problems in communication in English had

been identified from the students. So, a few recommendations were proposed to ensure

the usage of English in this subject will give a long term benefit to student.

Page 9: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DIDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 8

Page 10: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

viii

1.5 Persoalan Kajian 9

1.6 Kepentingan Kajian 9

1.7 Skop Dan Batasan Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 11

1.9 Penutup 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 15

2.1 Pengenalan 15

2.2 Kepentingan Bahasa Inggeris 16

2.3 Penulisan Berkaitan Teori Dan Kajian Lepas 17

2.3.1 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan 17

Bahasa Inggeris

2.3.2 Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran 19

2.3.3 Sumber Sokongan Untuk Meningkatkan 22

Kefahaman Pelajar

2.3.4 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Terhadap 25

Penggunaan Bahasa Inggeris

2.4 Penutup 27

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 28

3.1 Pengenalan 28

3.2 Reka Bentuk Kajian 29

3.3 Tempat Kajian 29

3.4 Populasi Kajian 30

3.5 Instrumen Kajian 30

3.6 Prosedur Kajian 32

3.7 Kajian Rintis 32

Page 11: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

ix

3.8 Analisis Data 33

3.9 Penutup 34

BAB 4 ANALISIS DATA 35

4.1 Pengenalan 35

4.2 Analisis Data Bahagian A : Latar Belakang 36

Responden

4.3 Analisis Data Bahagian B : Persoalan Kajian 41

4.3.1 Persoalan Kajian 1 42

4.3.2 Persoalan Kajian 2 44

4.3.3 Persoalan Kajian 3 47

4.3.4 Persoalan Kajian 4 50

4.4 Penutup 52

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 53

5.1 Pengenalan 53

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian 53

5.2.1 Latar Belakang Responden 54

5.2.2 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan 55

Bahasa Inggeris

5.2.3 Strategi Yang Digunakan Oleh Pensyarah 56

Dalam Pengajaran

5.2.4 Sumber Sokongan Untuk Meningkatkan 57

Kefahaman Pelajar

5.2.5 Masalah Yang Dihadapi Pelajar Dalam 59

Penggunaan Bahasa Inggeris

5.3 Rumusan 61

Page 12: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

x

5.4 Cadangan Dapatan Kajian 62

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 64

5.6 Penutup 64

RUJUKAN 66

Lampiran A – D 71 – 75

Page 13: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Pecahan Item-Item Soal Selidik 31

3.2 Skala Pemeringkatan Lima Mata 31

4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2 Taburan Responden Mengikut Kawasan Tempat Tinggal 37

4.3 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian 38

Peperiksaan PMR Bagi MataPpelajaran Bahasa Inggeris

4.4 Taburan Responden Mengikut Tahap Pencapaian 39

Peperiksaan SPM Bagi Mata Pelajaran Bahasa Inggeris.

4.5 Taburan Responden Mengikut Tahap Kelulusan 40

Kemasukan Pelajar Ke Universiti

4.6 Taburan Responden Mengikut Pencapaian Subjek Asas 41

Penyediaan Makanan Dan Pemakanan

4.7 Skala Min 42

4.8 Taburan responden mengikut persepsi pelajar terhadap 43

penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan.

4.9 Taburan responden berdasarkan strategi yang digunakan oleh 45

pensyarah dalam pengajaran subjek Asas Penyediaan Makanan

dan Pemakanan.

Page 14: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

xii

4.10 Taburan responden berdasarkan sumber sokongan yang 48

digunakan pelajar untuk menguasai subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan

4.11 Taburan responden berdasarkan masalah yang dihadapi pelajar 51

Page 15: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

xiii

SENARAI SINGKATAN

UTM - Universiti Teknologi Malaysia

SPH - Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

BBM - Bahan Bantu Mengajar

ABM - Alat Bantu Mengajar

IPT - Institut Pengajian Tinggi

IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam

UITM - Universiti Institut Teknologi Malaysia

JPTK - Jabatan Pendidikan Teknik Kejuruteraan

SPSS - Statistical Pakage for The Social Science

PMR - Peperiksaan Menengah Rendah

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

ICT - Information Communication Technology (Teknologi

Komunikasi dan Maklumat)

UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak

Page 16: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Surat Akuan Individu 71

B Pengesahan Kesahan Item Soal Selidik 72

C Surat Permohonan Dapatkan Maklumat 73

D Set Borang Soal Selidik 75

Page 17: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Pendidikan negara kita telah memasuki era globalisasi untuk menjadikan

pendidikan negara ini lebih releven dengan tuntutan dan keperluan semasa. Pada masa

kini, bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan bahasa teknologi malah

menjadi bahasa mandatori untuk menguasai teknologi komputer dan bahasa komunikasi

antarabangsa. Bagi mereka yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik,

segala aktiviti dalam meningkatkan nilai tambah diri dan tahap mobaliti sosial mereka

akan menjadi terbatas di dalam negara sahaja.

Parlimen Malaysia (2004, dalam Tajul et al., 2007) telah meluluskan langkah-

langkah untuk meningkatkan kualiti sistem pendidikan di Malaysia melalui Kualiti

Pendidikan Tinggi bagi memastikan Malaysia menjadi pusat kecemerlangan akademik

yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dan bertaraf dunia. Oleh itu, negara kita cuba

berusaha menjadikan universiti di Malaysia antara sepuluh universiti terbaik di Asia

Page 18: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

2

Tenggara. Salah satu isu yang ditekankan dalam sistem ini adalah mengenai isu

penggunaan bahasa Inggeris.

Berhubung perkara di atas, untuk meningkatkan kebolehan masyarakat Malaysia

bagi menguasai bahasa sasaran ini, satu dasar perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah dilaksanakan mulai tahun 2003. Dasar

ini digubal berasaskan hakikat bahawa dengan menggunakan bahasa Inggeris, akan

memudahkan pelajar untuk mendapatkan maklumat serta penemuan baru. Ini kerana,

kebanyakkan maklumat yang diperlukan itu terdapat di dalam bahasa Inggeris. Malah,

akan membolehkan pelajar mengakses maklumat yang berkaitan melalui pelbagai media

agar mampu berdaya saing di peringkat antarabangsa di samping melahirkan generasi

yang kukuh dalam penggunaan bahasa Inggeris (Surat Pekeliling Ikhtisas, bil 11/2002).

Penggunaan bahasa Inggeris terus diperluaskan di dalam bidang pendidikan oleh

pihak kementerian dengan membuat pembaharuan dalam bidang Sains serta Teknologi.

Kementerian Pengajian Tinggi juga telah memberi jaminan pengajaran subjek Sains dan

Teknologi (S&T) dalam bahasa Inggeris tidak akan menjejaskan kedudukan bahasa

Melayu selaku pengantar utama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di negara

ini. Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Institusi Pengajian Tinggi, Datuk Prof Dr

Hassan Said berkata, bahasa Inggeris hanya digunakan untuk pengajaran Sains dan

Teknologi di IPTA sebagai kesinambungan kepada dasar kerajaan di sekolah. Beliau

berkata, subjek Sains dan Teknologi di sekolah kini diajar dalam bahasa Inggeris dan

langkah itu perlu disokong dengan pelaksanaannya diteruskan pada peringkat Institusi

Pengajian Tinggi (Berita Harian, 20 Julai 2007).

Page 19: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebelakangan ini pelbagai isu tentang penguasaan bahasa Inggeris di bincangkan

oleh pihak tertinggi pentadbiran kerajaan Malaysia dan isu ini diperdebatkan,

sehinggalah kabinet telah meluluskan resolusi baru dalam menangani masalah

penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah malah di pusat-pusat pengajian

tinggi.

Menurut Ahmad Atory Hussain (2001), kini terdapat ura-ura pihak tertentu yang

mengubah pendekatan pengajaran bahasa Inggeris sehingga mahu menukar aliran bahasa

Melayu di peringkat sekolah rendah dan menengah kepada aliran bahasa Inggeris.

Sementara di IPT pula, menyarankan agar beberapa kursus diajar dalam bahasa Inggeris.

Pada pendapat beliau, terdapat tiga sebab isu ini timbul. Pertama, kerana dikatakan

pelajar-pelajar di IPTA sudah merosot komunikasi berbahasa Inggeris. Kedua, ledakan

teknologi maklumat yang hebat melanda dunia, maka keperluan bahasa Inggeris begitu

mendesak. Ketiga, kerana keadaan struktur ekonomi negara yang beralih daripada semi

perindustrian kepada perindustrian berat seperti perkilangan, perlancongan,

perkhidmatan, eksport-import dan juga komunikasi, komputer dan internet.

Menurut Laporan Rancangan Malaysia ke Sembilan (2006-2010) menyatakan

bahawa Institut Pengajian Tinggi akan mengambil langkah bagi mempertingkatkan

kefasihan pelajar menggunakan bahasa Inggeris dan menambah keupayaan mereka

mendapat pengetahuan serta menjalankan penyelidikan. Oleh itu, setiap warganegara

Malaysia yang berpendidikan harus mempunyai kecekapan dalam berbahasa Inggeris.

Ini kerana, di zaman teknologi maklumat ini tanpa penguasaan bahasa Inggeris, ilmu

yang berkaitan dalam pekerjaan sukar untuk dikuasai.

Page 20: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

4

Penggunaan bahasa Inggeris yang lemah terutamanya di kalangan pelajar

amatlah membimbangkan. Masalah ini akan memberi implikasi negatif kepada graduan

lepasan universiti dalam mencari pekerjaan. Menurut Siti Mariam (2004, dalam Tajul,

2007), sejak sepuluh tahun yang lepas didapati tahap penguasaan bahasa Inggeris di

kalangan mahasiswa adalah lemah dan 4000 mahasiswa masih menggangur.

Berdasarkan laporan Datuk Mustapa Mohamed, tahap penguasaan bahasa Inggeris

pelajar IPTA masih berada di tahap kurang memuaskan. Hampir 30 peratus daripada

132,000 pelajar kolej komuniti, politeknik dan universiti awam hanya menguasai tahap 1

dan 2 Ujian Inggeris Universiti Malaysia (MUET), iaitu tahap terendah pada ujian

berkenaan. Datuk Mustapa Mohamed juga mengarahkan semua universiti perlu mencari

jalan bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar (Berita Harian,

23 Januari 2007).

Untuk memastikan arahan yang dikeluarkan oleh bekas Menteri Pengajian

Tinggi dilaksanakan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah

drastik untuk menerapkan komponen-komponen baru dalam kurikulum pendidikan di

universiti ini. Ia selaras dengan perkembangan semasa demi memastikan graduan yang

lahir daripada universiti ini berkualiti terutamanya dari segi kemahiran berbahasa

Inggeris.

UTM telah mewajibkan penggunaan bahasa Inggeris sebanyak 40 peratus di

dalam kuliah selaras dengan perubahan UTM kepada universiti bertaraf dunia pada

tahun 2010. Semua pensyarah telah diarahkan untuk menggunakan bahasa Inggeris di

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran mereka. Perbaharuan polisi berkaitan

pengajaran dan pembelajaran subjek-subjek teras pengkhususan dalam bahasa Inggeris

merupakan suatu tindakan bijak yang telah dijalankan di universiti ini. Namun,

perlaksanaan ini merupakan satu cabaran besar bukan sahaja kepada pelajar malah turut

dirasai oleh pihak-pihak yang lain.

Page 21: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

5

Perlaksanaan pengajaran dalam bahasa Inggeris ini memerlukan kerjasama dan

penerimaan daripada semua pihak dalam menjayakan perbaharuan kurikulum ini.

Sharifah (2000), menjelaskan pelbagai kajian menunjukkan terdapat banyak perubahan

kurikulum telah gagal mencapai kejayaan di sebabkan pihak guru dan sekolah serta

pihak bertanggungjawab yang lain ingin melakukan sesuatu yang baru tetapi masih

terbelenggu dalam kerangka atau cara yang lama. Oleh itu, semua pihak yang terbabit

perlulah bekerjasama dalam memastikan program ini berjaya.

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan merupakan salah satu subjek teras

program dan pengkhususan bagi pelajar yang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Teknologi

serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di UTM Skudai, Johor. Mata pelajaran ini

merupakan salah satu subjek teras yang memerlukan kelas amali serta teori di dalam

melaksanakan pengajarannya (Academic and Internationalization UTM, 2007). Mata

pelajaran ini turut menerima tempias agar pensyarah menggunakan bahasa Inggeris di

dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sebagai langkah untuk mempertingkatkan

lagi tahap bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Ia penting bagi memastikan graduan

unversiti ini dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik sekaligus akan mudah

diterima di dalam pasaran kerja semasa.

Dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa utama dalam subjek ini,

sekaligus akan mempengaruhi kaedah penyampaian isi pelajaran serta tahap pencapaian

objektif pengajaran seseorang pensyarah. Ini kerana, tanpa penguasaan bahasa Inggeris

yang baik oleh pelajar, ia akan mendatangkan masalah kepada pelajar untuk memahami

sesuatu isi pelajaran. Jumrang (2004), jika pelajar tidak memahami segala penyampaian

serta pengajaran guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran kerana penggunaan

bahasa, maka pastinya ia akan membawa kepada masalah pembelajaran kepada pelajar

tersebut. Masalah kurangnya kefahaman terhadap isi pengajaran akibat daripada

penggunaan bahasa boleh mendatangkan masalah besar terutamanya ketika

Page 22: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

6

melaksanakan kerja-kerja amali di bengkel. Ini berlaku, kerana pelajar sukar untuk

memahami maksud perkataan bahasa Inggeris tersebut.

Menurut pensyarah bahasa Inggeris UNITAR, Norirhan Hakimi Idrus, peranan

tenaga pensyarah penting dalam membantu pelajar mempertingkatkan penguasaan

bahasa Inggeris pelajar. Beliau turut menyarankan agar pensyarah perlu bijak dalam

memilih, menyediakan dan mempelbagaikan aktiviti dan bahan rangsangan supaya

setiap pelajar memperoleh manfaat daripada pembelajaran itu (Berita Harian, 14 April

2004). Menurut Ee Ah Meng (1997), pemilihan strategi yang bijaksana akan menjamin

kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu pelajaran.

Dengan mengadakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan strategi

pembelajaran tertentu, proses pengajaran dan pembelajaran akan dapat dilaksanakan

dengan lebih menarik dan berkesan. Ini kerana, aktiviti pengajaran dan pembelajaran

yang telah dilaksanakan di dalam bahasa Inggeris perlulah ceria dan menyeronokkan

agar tidak timbul sebarang tekanan terhadap pelajar tersebut. Menurut Nurhidayah

(2006), mengikuti pengajaran dengan rasa tidak puas hati akan menimbulkan berbagai

kesan kepada pelajar seperti kesukaran menguasai pelajaran, bersikap pasif dan

kehilangan minat terhadap mata pelajaran. Di samping itu, objektif pengajaran dan

pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pensyarah sukar untuk dicapai oleh pelajar

Kemudahan di dalam menjalani proses pengajaran dan pembelajaran adalah

penting untuk memastikan tahap pembelajaran pelajar dapat ditingkatkan. Ia

merangkumi bahan bantu mengajar, peralatan-perlatan yang digunakan dan sumber

rujukan yang memberi ransangan kepada pelajar (Ahmad Suhaimi, 1995). Malah, pelajar

juga mestilah perlu memikirkan keperluan mereka di dalam memperbaiki tahap

pencapaian. Menurut artikel daripada Harian Metro menyatakan bahawa graduan pada

masa kini malas untuk berusaha memperbaiki diri walaupun mereka mengetahui

kelemahan diri sendiri (Harian Metro, 7 Ogos 2007).

Page 23: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

7

Bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr Fong Chan Onn mengingatkan

graduan supaya meningkatkan kemahiran diri, terutama dalam penguasaan bahasa

Inggeris dan komunikasi. Beliau turut menyarankan supaya graduan perlu menyiapkan

diri dengan mengikuti kursus bahasa sekiranya mereka menyedari bahawa mereka lemah

dalam bahasa Inggeris (Harian Metro, 7 Ogos 2007). Pelajar juga boleh mencari

pelbagai alternatif lain seperti penggunaan buku rujukan, penggunaan teknologi

multimedia seperti kelas online dan kamus elektronik. Dengan adanya bahan-bahan

bantuan dalam pembelajaran ini, membolehkan pelajar untuk menambahkan

pengetahuan dan juga meningkatkan penguasaan pelajar terhadap sesuatu subjek yang

dipelajari.

Berdasarkan pernyataan berikut, satu kajian perlu dibuat untuk mengkaji

penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan. Ia

perlu diadakan dalam kalangan pelajar dua SPH (Sarjana Muda Teknologi serta

Pendidikan Kemahiran Hidup), Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor kerana

mereka inilah kumpulan pertama yang menggunakan bahasa Inggeris di dalam subjek

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan (SPL 1112).

1.3 Pernyataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Kajian ini

akan menyentuh tentang persepsi pelajar terhadap dasar kurikulum yang baru

dilaksanakan ini, strategi yang telah digunakan oleh pensyarah ketika aktiviti pengajaran

Page 24: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

8

dan pembelajaran berlangsung, sumber sokongan yang turut digunakan oleh pelajar

ketika pembelajaran subjek ini dan seterusnya berkaitan dengan masalah pelajar itu

sendiri ketika menjalani pembelajaran untuk subjek ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek

Asas Penyediaan Makanan dan pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Berikut

adalah objektif khusus kajian ini dijalankan :

i. Mengenal pasti persepsi pelajar dua SPH terhadap perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran bagi subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa

Inggeris.

ii. Mengenal pasti strategi pengajaran pensyarah bagi subjek Asas Penyediaan Makanan

dan Pemakanan yang disampaikan dalam bahasa Inggeris.

iii. Mengenal pasti sumber sokongan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai

subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang diajar dalam bahasa

Inggeris.

iv. Mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan

pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa

Inggeris.

Page 25: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

9

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menjawab persoalan-persoalan yang berikut:

i. Apakah persepsi pelajar dua SPH terhadap perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran bagi subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam bahasa

Inggeris?

ii. Apakah strategi yang digunakan oleh pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran

subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang disampaikan dalam bahasa

Inggeris?

iii. Apakah sumber sokongan yang digunakan oleh pelajar untuk menguasai subjek Asas

Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang diajar dalam bahasa Inggeris?

iv. Apakah masalah yang dihadapi pelajar ketika mengikuti pengajaran dan

pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan yang di sampaikan

dalam bahasa Inggeris?

1.6 Kepentingan Kajian

Setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan tertentu. Begitu juga

dengan kajian ini yang mana hasil yang diperolehi akan dapat memberikan satu

gambaran yang jelas tentang sejauh manakah perlaksanaan pengajaran bahasa Inggeris

Page 26: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

10

untuk subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan. Selain daripada itu, adalah

diharapkan kajian ini akan dapat :

1.6.1 Membantu pihak JPTK Universiti Teknologi Malaysia khususnya mengenal pasti

masalah-masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh pelajarnya

dalam membantu proses pembelajaran yang sedang dijalankan sekarang.

1.6.2 Memberikan maklum balas kepada pihak JPTK Universiti Teknologi Malaysia

tentang pendapat para pelajar terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam subjek

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan.

1.6.3 Membantu pelajar dua SPH Universiti Teknologi Malaysia untuk menyatakan

masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh mereka di dalam

proses pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan.

1.6.4 Membantu penyelidik-penyelidik masa hadapan untuk meneruskan kajian yang

berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan di dalam bahasa Inggeris.

1.7 Skop dan Batasan Kajian

Kajian ini adalah berkaitan dengan penggunaan bahasa Inggeris untuk subjek

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan dalam kalangan pelajar dua SPH. Fokus

penyelidik adalah untuk mengetahui persepsi pelajar, strategi yang digunakan oleh

pensyarah, sumber sokongan serta masalah yang telah dihadapi pelajar ketika menjalani

Page 27: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

11

aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

dalam bahasa Inggeris.

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar dua SPH (Pendidikan Kemahiran

Hidup) yang sedang mengikuti pengajian di Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi

Malaysia. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar tahun dua SPH perdana sahaja.

1.8 Definisi Istilah

Terdapat beberapa istilah penting yang sering digunakan oleh pengkaji dalam

kajian ini. Iaitu :

1.8.1 Penggunaan

Merujuk kamus dewan (1997), penggunaan di ertikan sebagai perihal

menggunakan sesuatu atau pemakaian. Penggunaan dalam kajian ini merujuk kepada

bahasa Inggeris yang telah digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi

subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

Page 28: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

12

1.8.2 Pelajar dua SPH

Mengikut kamus dewan (2002), pelajar ialah orang yang belajar, murid, orang

yang mengaji dan penyelidik ilmu. Pelajar yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah

individu yang sedang mengikuti kursus dua Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor

1.8.3 Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan

Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan merupakan salah satu subjek teras

program atau pengkhususan bagi pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup) (Academic and Internationalization UTM, 2007). Subjek ini

merupakan salah satu subjek di mana ia akan memberikan pengalaman kepada pelajar

tentang pengurusan makanan termasuklah pengetahuan mengenai nutrisi makanan dan

penyediaan makanan.

1.8.4 Pengajaran

Pengajaran ialah sebagai satu proses menyampaikan kemahiran, ilmu

pengetahuan, sikap dan nilai-nilai (Ee Ah Meng, 1997). Konsep pengajaran dalam

konteks kajian ini adalah aktiviti mengajar yang dilakukan oleh pensyarah semasa

Page 29: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

13

menyampaikan isi kandungan subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan di

dalam bahasa Inggeris.

1.8.6 Pembelajaran

Menurut Rahil dan Habibah (2007), pembelajaran ialah perubahan yang agak

kekal dalam tingkah laku dan dalam perkaitan mental hasil daripada pengalaman. Dalam

kajian ini, konsep pembelajaran dipadankan dengan aktiviti dan penglibatan pelajar

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Asas Penyediaan Makanan dan

Pemakanan.

1.8.7 Strategi

Strategi merujuk kepada kebijaksanaan memilih satu-satu pendekatan serta

kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif pembelajaran yang

telah ditetapkan (Ee Ah Meng, 1997). Dalam kajian ini, strategi ialah cara atau kaedah

pensyarah yang dinilai oleh pelajar ketika mempelajari subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan.

Page 30: PSZ 19:16 (Pind. 1/97) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS fileHakmilik tesis adalah dibawah nama penulis melainkan penulisan sebagai projek bersama dan dibiayai oleh UTM, hakmiliknya adalah

14

1.8.8 Masalah

Menurut Syarifah Alwiah (1986), masalah adalah satu situasi yang melibatkan

kesusahan atau keperluan bersama dengan suatu kekosongan antara masalah dan

penyelesaiannya. Dalam kajian ini masalah ialah kesusahan-kesusahan yang dihadapi

pelajar dua SPH terhadap penggunaan bahasa Inggeris bagi subjek Asas Penyediaan

Makanan dan Pemakanan.

1.9 Penutup

Penggunaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar universiti merupakan salah satu

langkah yang praktikal untuk dilaksanakan. Ia penting bagi memastikan kelemahan

pelajar akan dapat diatasi segera agar mereka mampu menembusi peluang pekerjaan

kelak. Namun, langkah-langkah awal perlulah di kaji serta dianalisis terlebih dahulu

agar ia tidak memberikan kesan sampingan terhadap pelajar itu sendiri. Dengan adanya

kajian ini, besar kemungkinan penyelidik dapat membantu pihak-pihak yang berkaitan

dalam menyusun strategi untuk mempertingkatkan lagi kualiti akademik pelajar

terutamanya dalam subjek Asas Penyediaan Makanan dan Pemakanan ini.