Upload
arafah-ara
View
502
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian
•SINOPSIS
Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul,maka fungsi ’pengujian dan
penilaian’ sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran,
akan memberimaklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar.
Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu sendiri. Modul ini
memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di sekolah rendah.
Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara
penilaian berasaskan norma dan kriteria.
•KERANGKA TAJUK-TAJUK
1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian
Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam
semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi
tujuan perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru
‘mengajar’dan pelajar ‘belajar’.Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu
dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu
pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran perlu
dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian,
pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian pengajaran.
Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaranyang hendak
diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajarantajuk berkenaan. Kemudian,
beliau akan menyediakan soalan sama adauntuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam
merancang dan membinasoalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan,
sesuai danmenepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandunganyang
diajar.Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis danditafsir
bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadappenguasaan pelajar dalam
kursus yang diajar, malah bagi mengenal pastikekuatan dan kelemahan soalan dan
seterusnya pengajaran pensyarah.Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian,
pengukuran danpengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk
soalanformatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteriasangat
penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajarandan penilaiannya
bermutu dan adil.
1.2 Konsep Pentaksiran
Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yangmerangkumi
aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,menginterpretasi, menghurai maklumat
tentang pembelajaran seseorangbagi tujuan tertentu.
1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuatpenghakiman
tentang produk sesuatu proses pendidikan.
1.2.2 Tujuan pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang
dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran danpembelajaran
iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran
danpembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran
1.2.3 Prinsip Pentaksiran
1.3 Pengertian Pengujian
Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata
pelajaran. Ujian adalah alat ukur.bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu
kursus. Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan
sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan
mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan
dengan memberi skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan
bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan
perlu diberi bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul
dan mentafsir dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan
boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan
menjalankan pengujian yang berkualiti.
1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah
untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian
terhadap pengajaran dan pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh
membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran
pelajar. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian
digunakan sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling
dan bimbingan pelajar.
a. Diagnosis
Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yangdihadapi
dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajarandiperlukan bagi
mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.Sekiranya berkesan, guru
akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dankaedah pengajarannya.
Sekiranya tidak berkesan, guru bolehmenganalisis dan mengesan kelemahan
yang ada supaya strategi dankaedah pengajaran guru boleh diubahsuai,
diperbaiki dan dipertingkatkan.
b. Pengredan
Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru bolehmengred
pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,‘sederhana’ atau
‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melaluipengredan pelajar, kita
boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitantentang prestasi akademik
pelajar khususnya berbanding dengan prestasipelajar lain.Dengan adanya
maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkanperanan membantu dan
seterusnya melibatkan diri dalam prosespendidikan pelajar. Rangsangan luaran
seperti penghargaan, nasihat,sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak
yang terbabit denganpendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi
meransangkemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.
c. Pemilihan dan Penempatan
Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan
sebagai asas bagipemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar
yangcemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih
untukmewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagipemilihan
pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.
d. Kaunseling dan Bimbingan
Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya
berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan kaunselor boleh
membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing
supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan
pelajar. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi
khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya
yang diminati.
1.4 Konsep Penilaian
Terry D. Ten Brink (1974:8)
1 Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi
menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.
2 Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran,
kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.
3 Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru
berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.
1.4.1 Tujuan Penilaian
i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia
ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak diajar
Proses mendapatkan maklumat
digunakan untuk membuat pertimbangan
digunakan dalam
membuat keputusan
.ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat
menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya
atau dengan peringkat kelas yang sama disekolah
.iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam
sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.
1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian
Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat
berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,sumatif,
pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran juga boleh
dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi, projek,
kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.Justeru ujian yang dibina
perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Terdapat dua
jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu
penilaian formatif dan sumatif.
a. Penilaian Formatif
Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh
pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif dilakukan bagi
memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka
diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian formatif sangat
berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya punca-punca kelemahan pelajar
dapat dikesan. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah
bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit.
Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.
Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah. Memandangkan
laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar
dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan
sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai”sesuatu isi unit pelajaran.
Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.
b. Penilaian Sumatif
Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar
dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi
kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Memandangkan
penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus,skor-skor dari penilaian sumatif
biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada
memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar.
Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan
pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi.
c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik
Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar
berpontensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat terhadap
sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan
sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti
pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum bersedia, guru dapat mengesan
kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang
berkaitan boleh lakukan.
- Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah
menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian mempersoalkan
apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian
bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif, afektif dan
psikomotor.
Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas
pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap
intelektual am seseorang individu.-
Ujian Prestasi
Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman
dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Ujian
prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan
mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada
kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah
menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi
mengesahkan kebolehan,kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio
juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio
guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak
soalan ujian.
d. Penilaian Alternatif
Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian inimemberi satu
alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.Penilaian pengajaran di
sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang
ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap
disertasi, projek, kajian kes,portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.
PERKAITAN 3P
1Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan
rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga
aspek bekenaan.
TAJUK 2JENIS-JENIS PENTAKSIRAN
•SINOPSIS
Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membinakeupayaan bagi
menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat olehmata. Literasi visual ini juga meliputi
keupayaan menghargai danmemanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorangitu
berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Disamping keupayaanini menerusi pendidikan
seni juga pelajar diberi peluang untuk membinakemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai
bidang kemahiran. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan
domainafektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni.Pendidikan Seni perlu
memenuhi keperluan pelajar-pelajarnyauntuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran
tersebut.Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan,kemahiran
dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakahpencapaian dan berkesannya pengajaran
dalam mata pelajaran ini?Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu
dilakukan.Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untukmembuat diagnosis
bagi membantu pelajar yang bermasalah. Mekanismauntuk mendapatkan maklumat tersebut
adalah dengan mengadakan pengukuran, pengujian atau penilaian.
Konsep Pentaksiran
Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalamproses pembelajaran
yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,merekod, memberi skor dan
menginterpretasikan maklumat tentang hasilpembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan
tertentu. Pentakiran dapatdirumuskan seperti carta di bawah;
Tujuan Pentaksiran
i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalampembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran danpembelajaran
iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untukmenentukan
peringkat pencapaian dan kedudukan dalampembelajaran juga bertujuan untuk
memberi maklumat tentangpencapaian akademik, kemahiran atau sikap
iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.
Ciri-ciri Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang
lebih jelas dalammenganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikanawal
kanak-kanak. Antara ciri-cirinya ialah:
i.
Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yangdilaksanakan.
ii.
Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.
iii.
Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.
iv.
Subjek membina maksud yang tersirat.
v.
Berpusatkan kanak-kanak.Contoh-contoh pentaksiran autentik;
Persembahan tarian
Mempersembahkan karya tulis asli kepada
rakan- rakan sebaya
Mendemostrasikan hasil karya dalam
pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)
Menunjukkan keterampilan yang dimiliki
dalam bentukpengumpulan portfolio.
18
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;
Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahamanakademik mereka.
Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri,dunia mereka dan
masyarakat luas.
Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensimereka.
Menangani teknologi dan berfikir sistematik.Kesimpulan Pentaksiran AutentikPentaksiran
autentik yang disarankan
dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Kaedahpentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru
dalamproses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaanke alam
persekolahan yang lebih tinggi.
2.2Pentaksiran Hasil Pembelajaran
Definisi
kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah prosespengumpulan data yang memberitahu
sama ada aktiviti atau pengalamanyang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang
terlibat ataudalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahankepada
individu yang terlibat.
19
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)
Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang
menentukan hasil pembelajaranyang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang
tertentusahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah
berdasarkan nilaikeberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individusahaja.
Pihak sekolah menggunakan maklumat
yang diperoleh untukmenentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani
masalahyang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifatberterusan. Pihak
penilai mestilah berakauntabiliti dan
berkepimpinandalam menjalankan penilaian.Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh
oleh MONTGOMERYtentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;
20
Student learning outc omes (SLO)
•Jangkaan hasil pembelajaran yangdiperoleh dengan memberi penekanankepada pertambahan
ilmu pengetahuan ,kemahiran dan sikap.
Student progress outc omes (SPO)
•Berterusan iaitu murid dapat melakukanperubahan yang lebih baik dalam peringkatyang
seterusnya.•Penilaian tidak dilakukan pada satu tahapsemata- mata.•Pembelajaran bersifat
berterusan maka•pentaksiran juga bersifat berterusan.