PSV3101

Embed Size (px)

Citation preview

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL PENDIDIKAN RENDAH

PSV3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUAL

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2009 Kementerian Pelajaran MalaysiaHak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

i

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

KANDUNGAN Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafal Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) Tajuk 1 Konsep Pendidikan Seni Visual 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Kandungan Tajuk 2 Matlamat dan Objektif PSV KBSR 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Kandungan Tajuk 3 Pengertian Rekabentuk Dalam PSV 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk 3.4 Kandungan Tajuk 4 Pengertian Kraf Dalam Penndidikan Seni Visual 4.1 Sinopsis 4.2 Hasil Pembelajaran 4.3 Kerangka Tajuk 4.4 Kandungan Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul

MUKA SURAT i i iv v vii viii 1 1 1 1 2 15 15 15 15 16 19 19 19 19 20 24 24 24 24 25 31 33 34 35

ii

PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

PENGENALANKursus PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual merupakan kursus pertama dalam lima belas kursus untuk Major Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah Program Ijazah Sarjana Perguruan dengan Kepujian. Kurikulum lima belas kursus ini direkabentuk dengan pautan antara satu sama lain. Tajuk-tajuk untuk kursus PSV3101 ini memberi asas kepada kursus-kusus PSV yang berikutannya. Kursus PSV3101 ini merupakan penghantar kepada pendekatan pembelajaran di peringkat ijazah. Anda perlu teliti cara berhujah yang disokong dengan rujukan ilmiah. Berbeza dengan kursus perguruan bukan ijazah yang lain, disini anda cuba menggunakan kaedah membuat analisis untuk mengutarakan sesuatu penyataan/rumusan. Ini memerlukan anda merujuk Dengan pengalaman anda kepada buku-buku ilmiah dan jurnal akademik.

bertugas disekolah, anda boleh menghubungkaitkan teori dan amalan disekolah. Seterunya anda mengapliksasi dan membina ilmu kontekstual.

Untuk program PGSR ini Kandungan Kursus ini diagih seperti dalam jadual di muka surat vi. Terdapat tajuk yang tidak dimodulkan. Tajuk-tajuk yang dimodulkan dalam buku ini adalah seperti yang berikut: i. ii. iii. iv.Konsep Pendidikan Seni Visual Matlamat dan Objektif PSV KBSR Pengertian Rekabentuk Dalam PSV Pengertian Kraf dalam PSV

Setiap tajuk mengandungi beberapa aktiviti untuk membina pembelajaran anda. Anda perlu mengikuti setiap topik dalam buku ini mengikut urutan agar berlaku perkembangan ilmu yang sistematik. Dokumentasi untuk setiap aktiviti akan membantu anda membuat refleksi kemajuan diri.

Pembelajaran secara ekses kendiri dan perbincangan bersama rakan atau pensyarah juga membantu anda untuk menjawab soalan tugasan. Anda perlu mengurus pembelajaran anda dan menyiapkan tugasan aktiviti yang diberi dalam tempoh yang ditentukan.

vii

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)Interaksi Bersemuka (jam) 0 0 6 9 0 0 9

Bil.

Tajuk/Topik

Modul (jam) 3 3 0 0 3 6 0

Jum. Jam 3 3 6 9 3 6 9

1 2 3 4 5 6 7

Konsep Pendidikan Seni Visual Matlamat dan Objektif PSV KBSR Kepentingan Pendidikan Seni Visual Pandangan/Sumbangan Tokoh-tokoh Seni/Pendidik Seni Visual Pengertian Rekabentuk Dalam PSV Pengertian Kraf dalam PSV Pengenalan Kesenian Pelbagai Budaya (Islam, Alam Melayu, Barat, China, India dan Jepun) Kepentingan PSV dalam Era Teknologi Tinggi

8

6

0

6

30

15

45

viii

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

TAJUK 1

KONSEP PENDIDIKAN SENI VISUAL

1.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi konsep seni, seni visual dan konsep Pendidikan Seni Visual. Keutamaan diberi kepada fokus yang berbeza dalam pandangan dan takrifan dari tokoh-tokoh terpilih yang memberi sumbangan terhadap perkembangan konsep pendidikan seni visual.

1.2 Hasil Pembelajaran 1. Menghuraikan pelbagai takrifan seni, seni visual dan konsep Pendidikan Seni Visual. 2. Menyenaraikan dan menerangkan pelbagai bidang seni visual. 3. Membuat hubungkaitan terhadap aspek-aspek yang menyumbang terhadap perkembangan Pendidikan Seni Visual 4. Membina idea secara kritis mengenai konsep seni dan 5. Mengamalkan nilai ketelitian dan pandangan terbuka dalam aktiviti pembelajaran.

1.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep Pendidikan Seni Visual

Konsep Seni

Konsep Seni Visual

Konsep Pendidikan Seni Visual

1

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

1.4 Kandungan

Di sekolah anda, adakah guru, murid atau ibu bapa selalunya menggunakan perkataan seperti cantik, menarik apabila menghadapi sesuatu lukisan atau karya seni? Perhatikan scenario dalam contoh yang berikut:

Cuba anda perhatikan hasil karya

ini ..

Menariknya gambar ini

Cantikkah macam ni...? biasa je...

Bolehkah anda jelaskan konsep seni, seni visual, pendidikan seni visual? Tahukah anda konsep keindahan yang telah dikaitkan dengan konsep seni?

Konsep Seni Cuba catat satu takrifan seni yang anda ketahui. Cuba bandingkan takrifan itu dengan takrifan yang telah dicatat oleh rakan anda. Beri pandangan anda tentang persamaan dan perbezaan antara 2 takrifan itu.Catatan anda

Catatan rakan anda

Pandangan :

KAD A (Failkan KAD A. Anda boleh membuat catatan semula sepanjang modul ini.)

Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk membina konsep seni?

2

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Mari kita lihat bagaimana tokoh-tokoh tertentu memberi pandangan terhadap konsep seni. Konsep seni melalui perkembangan dengan tumpuan yang berlainan. Konsep seni, seni visual dan pendidikan seni visual boleh dikaji melalui pelbagai pendekatan antaranya pendekatan sejarah seni dan pendekatan falsafah. Sejak zaman kuno, ahli falsafah telah bertanya soalan seperti yang berikut: Apakah itu seni? Mengapa seni? Bagaimanakah caranya untuk menghasilkan karya seni? Apakah tujuan menghasilkan karya seni? ....... Zaman demi zaman, soalan seperti yang di atas ini telah dikaji dari pelbagai sudut pandangan. Seterusnya pelbagai konsep dan takrifan dibentuk dan terus didebat dengan pelbagai pertimbangan. Dengan demikian konsep seni itu sentiasa melalui proses perkembangannya dalam pelbagai arus pemikiran. Keadaan dan keperluan sosial, budaya, ekonomi, politik, teknologi, kepercayaan, industri, dan lain-lain lagi faktor dalam masyarakat telah memberi kesan kepada evolusi takrifan Seni. Seseorang itu boleh meninjau soalan-saolan di atas berlandaskan aspekaspek yang mungkin memberi fokus atau berputar atas satu atau lebih perkara berikut:a. b. c. d. Seniman, pelukis, idea, subjek... Proses menghasilkan karya, kemahiran, pembuatan... Hasil, karya, produk, objek seni ..

KOTAK 1

Pada masa yang sama perbincangan dikaitkan dengan perkara seperti di bawah ini: Keindahan Kebaikan. Kegunaan. Kemanusiaan. Pembangunan Diri. Perkembangan Menyeluruh . Kreativiti. Kecerdasan Pelbagai Ekspresi..... Persepsi..... .....

KOTAK 3

KOTAK 2

3

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Mari kita lihat bagaimana pandangan beberapa orang tokoh dengan memberi penumpuan kepada sesuatu perkara dalam KOTAK 1 dan dikaitkan dengan perkara dalam KOTAK 2 atau KOTAK 3.

Sebagai persediaan latar belakang anda boleh baca bahan edaran tentang pandangan Plato, Aristotle, John Dewey dan Walter Gropius. membantu anda semasa anda melayar internet maklumat tambahan tentang pandangan tokoh tersebut. Ini akan

untuk mengumpul

Apakah yang dikatakan Seni dalam Seni Muzik, Tarian, Teatre, Drama dan Seni Visual? Mari kita lihat bagaimana perkembangan ilmu berlaku dari

pandangan Plato ke pandangan Aristotle.

Lukisan dan puisi merupakan 2 jenis seni yang berlainan. Kita akan membincangkan pandangan Plato dan Aristole dengan merujuk kepada lukisan dan puisi yang dilakonkan. Plato dan Aristotle terkenal dengan pandangan kelasik mereka seperti yang berikut: Plato i. Konsep tiruan(Mimesis) ii. Konsep insipirasi iii. Tujuan kebaikan, kesempurnaan, kebahagiaan.

Aristotle i. Konsep struktur bentuk sejagat ii. Konsep kartasis iii. Tujuan perpaduan, kesejahteraan, kebudayaan.

Adakah anda sudah membaca petikan pada edaran? Bacalah sebelum kita teruskan perbincangan.

4

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Lukisan Katil Pada Plato, pelukis yang melukis sebuah katil meniru katil yang dibuat oleh petukang. Petukang yang membuat katil pula meniru idea katil yang datang

dari Tuhan. Maka lukisan itu adalah tiga kali terpisah dari kebenaran.

Mari kita rujuk kepada idea, subjek pada KOTAK 1, muka surat 3.

Plato telah memberi penekanan kepada pelukis dan idea, subjek pada pelukis dan bandingkannya dengan kebenaran, iaitu kebenaran dari tuhan. Pada Plato, Seni seharuskan berasaskan kepada kebenaran, kebaikan,

kesempurnaan, kesejahteraan dan keindahan. Sejak itu, idea , subjek telah hebat didebat dan mula menjadi perkara penting yang diberi fokus dalam seni lukis

Pada Aristolte, pelukis tidak meniru objek tetapi memberi struktur bentuk yang sejagat berkenaan idea objek itu. Dengan struktur bentuk sejagat itu maka idea objek itu dapat dikenali. Aristotle telah memberi penekanan kepada hasil, objek. Struktur bentuk yang umum diberi tumpuan. Sejak itu, hasil, objek dan struktur bentuk telah hebat melalui perbincangan dan mula menjadi fokus yang diberi perhatian dalam seni lukis. Kita dapat lihat bagaimana dengan alihan penekanan itu telah membawa kepada perkembangan kepada sesuatu konsep.

Puisi yang dilakonkan

Pada Plato, pelakon puisi mendapat inspirasi atau ilham dari dewa Muse dan dengan itu dapat menyampaikan cerita puisi dengan memainkan perasaan sehingga penonton juga menanggis. Pelakuan ini adalah seperti orang gila sebab cerita yang dilakonkan itu tidak benar pun. kebenaran. 5 Maka puisi itu bukan

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Mengikut Aristotle pula, pensyair menulis cerita puisi dengan rangka cerita yang mempunyai sesuatu struktur bentuk. Pertalian antara perkara dalam

cerita puisi itu mempunyai sesuatu struktur bentuk yang disampaikan oleh pelakon sehingga dapat melahirkan perasaan sepenuhnya. Pelakon itu

mencapai keadaan kartasis bila perasaan diluahkan dengan sepenuhnya dengan struktur pertalian perkara dalam cerita puisi. Penonton yang mengikut struktur pertalian perkara dalam cerita puisi itu pun mengikuti sehingga meluahkan perasaan sepenuhnya dan mencapai kartasis. Selepas menanggis penonton akan rasa tenang dan puas. Maka puisi itu adalah baik. Sejak itu,mulalah perbincangan tentang aspek tereuphatik karya seni.

Fokus telah dialih kepada struktur bentuk, dan penonton.

Maka dengan itu Seni boleh membawa tujuan perpaduan, kesejahteraan, kebudayaan.

Aktiviti

1. Rujuk kepada KOTAK1, Dengan menggunakan

catat isi penting untuk perkara a, b, dan c. kata grafik kunci, untuk sediakan satu perkara peta yang

minda/rajah/penyusunan

menunjukkan

mempunyai hubungkaitan bagi a, b, dan c.

2. Dengan melayari internet, dapatkan 2 pandangan lain berkenaan dengan kekuatan dan kekurangan tiruan.

3. Dengan mengumpul maklumat dari pelbagai sumber, dapatkan 2 istillah yang berkaitan dengan perasaan dan emosi. Beri 2 contoh dengan

sokongan 2 pandangan tentang kualiti ekspresif sesbuah karya.

6

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Apakah cara-cara yang boleh digunakan untuk menghuraikan pelbagai pandangan mengenai konsep Seni?

Pelbagai penekanan dalam konsep Seni, Seni Visual

Untuk menjelaskan lagi konsep seni, mari kita terlebih dahulu lihat huraian berikut:

Seni Menurut Suhaimi Haji Muhammad (2003), Seni selalunya merupakan manifestasi dari pengalaman, keintelektualan, kebijaksanaan dan kerohanian manusia. Dari hasil seni ini maka timbul kesan dari segi materialnya, mentalnya dan juga spiritualnya. Seni sebenarnya merupakan sesuatu yang secara naluri wujud dan hidup di sekeliling kita, sama ada kita sedari atau pun tidak. Setiap kita memakai pakaian. Pemakaian pakaian ini sebenarnya merupakan seni yang awal kita praktikkan dalam kehidupan harian.

Seni Visual Seni visual atau juga dikenali sebagai seni tampak adalah meliputi seni kraf, seni lukis, seni ukir, seni bina dan sebagainya di mana tidak merujuk kepada seni lain seperti seni muzik, seni sastera, seni tari dan seni mempertahankan diri. Penghasilan seni visual dapat membantu seseorang individu meluahkan ekspresi diri melalui gambaran visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.

Apakah tumpuan yang diberi dalam huraian itu?

Mari kita lihat pelbagai

pandangan lain yang memberi sumbangan berlainan terhadap konsep seni, seni visual, Pendidikan Seni Visual

Chapman berpedapat bahawa seni sangat berguna jika imaginasi dapat direalitikan. Keadaan ini menunjukkan peranan kreativiti menjadi unsur yang sangat penting untuk diberi perhatian. Dalam konteks sosial, seni dinyatakan sebagai hak masyarakat. Mengikut beliau, seni adalah berasaskan kehendak, keperluan dan perubahan masyarakat.

7

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Perkembangan Pendidikan Seni Visual hari ini memberi perhatian kepada perkara seperti berikut:

Strategi pembelajaran yang mementingkan proses proses artistik dan kreatif. Aspek pengwujudan idea, perkembangan idea, penerokaan idea, penghasilan dan apresiasi diberi perhatian Perkembangan kecerdasan pelbagai melalui aktiviti Pendidikan Seni Visual. Perkembangan kemahiran generik dan kemahiran insaniah melalui aktiviti Pendidikan Seni Visual. Perkembangan Otak kiri dan Otak kanan secara seimbang dan menyeluruh. Penglibatan deria dan imaginasi Menggalakkan pengutaraan yang ekspresif. Mementingkan aspek apresiasi

Pandangan Tokoh-tokoh dan Pengaruh terhadap Perkembangan Pendidikan Seni Visual Mari kita memperkenalkan tokoh-tokoh yang membawa perubahan kepada Perkembangan Pendidikan Seni Visual.

Tokoh-tokoh berikut adalah antara lain yang memberi takrifan konsep Pendidikan Seni Visual. Jadual 1 menunjukkan secara ringkas aspek-aspek penting dari setiap tokoh yang memberi kesan besar kepada Pendidikan Seni Visual.

Bil. Nama Tokoh 1. Herbert Read

Sumbangan Education Through Art

Konsep/peggangan Idea humanis, Seni sebagai alat untuk pendidikan... Keistemewaan individu, keaslian, kreativiti diri kanakkanak sendiri... Psikologi, struktur organisasi

2.

Frank Cizek

Ekspresi Bebas

3.

Rudolf Arnheim John Dewey

Persepsi Visual

4.

Seni sebagai Pengalaman

Belajar melalui pengalaman seni, Mengalami untuk mempelajari, Kepentingan Proses... Aspek Sahsiah dan Perwatakan.

5.

Ed. Feldmen

Becoming Human Through Art

8

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Antara pendidik, seniman dan guru seni 6. Lowenfeld & Brittain Peringkat Pengutaraan Tampak Perkembangan Menyeluruh Mengikut Peringkat perkembangan Persediaan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat sekolah, 4 aspek dalam prosidur perkembangan P&P PSV

7.

Chapman LH

Strategi Penemuan, Pemerhatian, Penerokaan, Penghasilan, Apresiasi. Kepelbagaian Pendekatan,

Jadual 1 (Sumber: Siri Modul Pendidikan Seni Visual, Jun 2005.) Aktiviti Perkara dalam Jadual 1 boleh menjadi titik permulaan untuk anda melayari Internet dan sumber lain untuk mendapat matlumat lajut mengenai Pendidikan Seni Visual. Cuba layari internet dan dapatkan satu laman mengenai seorang tokoh dan sumbangannya. Petik satu ayat/perenggan pendek yang anda rasa amat penting dan akan berguna sebagai satu kenyataan atau quotation tambahan untuk menyokong penjelasan di atas. Catatkan alamat laman itu. Nama Tokoh: Ayat/Perenggan: Rajah/Gambar/Jadual/ Penyusunan Grafik:

Pengarang: Alamat Laman Web: Tarikh: Rajah P 1.1a (Sumber: Siri Modul Pendidikan Seni Visual, Jun 2005.)

Kongsi dengan rakan dalam kumpulan anda. Senaraikan kelima-lima alamat laman dari kumpulan anda. _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ _______________________________________________ 9

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Semasa melayari laman itu adakah anda juga terjumpa nama seorang tokoh Pendidikan Seni Visual lain yang anda ketahui tetapi tidak terdapat dalam J1.1. Cuba sediakan satu row tambahan pada table J1.1

8. 9.

Elliot Eisner

Rajah P 1.1b

Bolehkah anda tambahkan row dalam table selepas berkongsi dengan rakan kumpulan anda? Taniah !

Kumpulkan semua row tambahan dari peserta kumpulan anda. Cari seoarang pensyarah/pakar sebagai mentor. Bincangkan dapatan kumpulan anda.

~~~~~~Rehat~~~~~~~

Rumusan:

Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran ini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran dan

pembelajaran. Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan, pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara

terancang, penggunaan teknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan seni mengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Ini bertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.

10

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Imbas kembali KOTAK 1, KOTAK 2 dan KOTAK 3 Dengan perhatian pada perkara-perkara dalam KOTAK 1,2 dan 3, kita boleh melihat dengan pelbagai cara bagaimana penafsiran dibuat atas konsep Pendidikan Seni Visual dari perbagai sudut pandangan.

. .. .

. .. .. .. ....

J 1.2c (Sumber: Siri Modul Pendidikan Seni Visual, Jun 2005)

Oleh sebab sifat konsep terbuka ini, berbagai hubungkaitan dan persoalan lain dapat dibuat semasa membina idea tentang soalan seperti Apa itu Seni?, Apakah Kepentingan Pendidikan Seni Visual? Apabila pelbagai hubungkaitan itu semakin kompleks, konsep itu semakin berkembang dan semakin mempunyai asas.

Orang yang sentiasa melihat hubungkaitan itu akan semakin dapat melihat secara lebih meluas, mendalam dan menyeluruh. Maka dia akan semakin dapat membina idea yang lebih kukuh mengenai konsep itu dan terus dapat mengembangkan idea itu dalam berbagai bidang lain.

Pada masa yang sama, apabila orang itu menghubungkait, dia akan semakin menemui lebih persoalan lagi. Untuk mencari jawapan kepada persoalan itu, lebih perkara lain dihubungkaitkan. Maka hubungkaitan itu semakin berkembang dan proses itu berterusan.

11

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Konsep seni dapat ditafsir dengan membuat berbagai hubungkaitan. Semasa menyoal apa itu seniseseorang itu boleh membuat berbagai hubungkaitan supaya dapat asas yang kukuh untuk membina ideanya.

Konsep terbuka Mencari rasional dan dasar Hubungkaitan Membina idea dengan asas yang kukuh Senitiasa berkembang

Latihan

Huraikan takrifan mengenai seni mengikut pendapat tokoh-tokoh berikut: 1. Al Faruqi ................................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................ John Dewey ................................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................ Walter Gropius................................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................ Ibn Khaldun ................................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................ Feldman ................................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................ Abdullah Mohamad ........................................................................................ ................................................................................................ ................................................................................................

2.

3.

4.

5.

6.

12

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Latihan

i)

Bersama-sama rakan anda, cuba bincangkan bagaimana satu perkara dalam lajur terakhir Jadual 1boleh dikaitkan dengan perkara dalam KOTAK 1, 2 dan 3. Sebagai contoh anda boleh pilih perkara seperti di bawah ini: Alat Pendidikan

...... Proses ..

Seni sebagai Pengalaman

Pembangunan Diri .

ii)

Cuba jelaskan contoh anda dengan satu gambarajah/penyusunan grafik.

Anda boleh menggunakan clip art atau alat lain untuk mendapatkan lambang/tanda dan sebagainya. Berikut adalah beberapa contoh.

______________________

13

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Seni, Seni Visual dan Pendidikan Seni Visual dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan.

Contoh: Dapatkan bahan bukti hasil daripada sumber internet dan sediakan satu peta minda sebagai pengukuhan berdasarkan pandangan dan pandapat tokoh-tokoh seperti Plato, Dewey dan Chapman.

14

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

TAJUK 22.1 Sinopsis Tajuk

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSV KBSR

ini meliputi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), Matlamat Sukatan

Pelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) dan Objektif PSV dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) . Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh memahami dengan jelas kandungan dalam Sukatan Pelajaran yang mengandungi bidang-bidang ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti pembelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. Menerangkan FPK dalam perspektif Pendidikan Seni Visual 2. Menghuraikan matlamat dan objektif PSV KBSR. 2.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Matlamat dan Objektif PSV KBSR

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Matlamat PSV KBSR

Objektif PSV KBSR

15

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

2.4 Kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Cuba anda baca petikan berikut dan cuba fahamkan isi kandungannya:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

(Sumber Sukatan Pelajaran PSV KBSR)

Matlamat PSV KBSR Matlamat Sukatan Pelajaran PSV Sekolah Rendah adalah untuk melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan proaktif menerusi pemupukan asas seni visual.(Sumber Sukatan Pelajaran PSV KBSR)

(Kurikulum PSV sekolah rendah telah melalui Transformasi. Cuba membuat persiapan supaya dapat mengikuti perkembangan terbaru dalam Kurikulum Transformasi).

Objektif PSV KBSR Objektif PSV KBSR berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap tuhan, menghargai keindahan alam, persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(Sumber Sukatan Pelajaran PSV KBSR)

16

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Latihan 2.1 Setelah anda memahami dan menghayati Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, cuba lakukan latihan ini Bidang Seni Visual dapat menyumbang kepada perkembangan menyeluruh terhadap seseorang individu. Ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi , rohani, intelek dan sosial. Cuba anda fikirkan tentang sumbangan bidang seni visual dalam isu di atas.

Untuk menjawab persoalan ini anda boleh merujuk kepada mana-mana bidang seni visual. Berikut adalah satu contoh bagaimana bidang kraf tradisional seperti ukiran dapat berbuat demikian.

Contoh:

Emosi

Luahan idea dan perasaan Nilai dan disiplin

KOMPONEN/ TAJUK : SENI UKIRAN

Rohani

Intelek

Pengetahuan sejarah dan proses hasilan Kemasyarakan

Sosial

17

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Berdasarkan contoh di atas, pilih mana-mana komponen/ tajuk seni dan kaitkan dengan perkembangan menyeluruh berpandukan aspek-aspek yang dinyatakan; Komponen/ Tajuk

Aspek

Sumbangan

Jasmani

Emosi

Rohani

Intelek

Sosial

Latihan 2.2 Berdasarkan kepada Falsafah dan Objektif PSV KBSR, lengkapkan peta minda di bawah: MATLAMAT DAN OBJEKTIF PSV KBSR

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN 1. 2. 3. 4. 5. 18 1.

OBJEKTIF PSV KBSR

2. 3.

4. 5.

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

TAJUK 3

PENGERTIAN REKABENTUK DALAM PSV

3.1 SinopsisTajuk dalam Pengertian Rekabentuk dalam PSV ini, secara ringkas adalah untuk meningkatkan pengetahuan pelajar tentang Pengertian Rekabentuk dalam PSV dan secara berterusan akan dapat diaplikasikan di peringkat sekolah. Untuk membolehkan anda mencapai hasil

pembelajaran, tajuk ini dibahagikan kepada 3 subtopik seperti berikut:

(i) Konsep Rekabentuk (ii) Rekabentuk dan Industri (iii) Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan.

3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 1. 2. Menerangkan konsep rekabentuk dalam konteks kehidupan harian. Menganalisis kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan harian.

3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengertian Rekabentuk dalam PSV

Konsep Rekabentuk

Rekabentuk dan Industri

Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan

19

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

3.4 KANDUNGAN Pengertian Rekabentuk Perhatikan beberapa barang yang wujud di sekeliling anda.Contohnya: Basikal, pisau, lampu picit, telefon, kerusi dan sebagainya

Fikirkan tentang saiz, bentuk, struktur, bahan dan kemasan barang Ini. Bolehkah anda mempertingkatkan kualiti rekabentuknya? Rekabentuk ialah suatu cabaran mendapatkan idea baru dan menyatukan benda dalam cara baru. Antara contohnya ialah corak baru, barangan pengguna, pembungkusan dan pakaian. Pada tahap yang lain, rekabentuk boleh jadi suatu perbuatan iaitu suatu kegiatan seni contohnya seorang artis yang sedang menggambarkan iklan baru, seorang arkitek merekabentuk bangunan baru dan seorang pereka sedang membuat atau menghasilkan bentuk tembikar. Konsep Rekabentuk Cuba anda perhatikan objek di bawah dan fahamkan perkaitannya dengan rekabentuk.

Rupa Asas

Rupa Fractal

Rupa Mukataip

Bentuk Icosahedron

20

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Konsep rekabentuk amat penting dalam bidang seni, ini adalah idea utama dalam penghasilan sesuatu produk . Daripada konsep ini ia akan mencetuskan pembinaan idea yang pelbagai berdasarkan unsur-unsur nilai etika yang

termaktub dalam prinsip rekaan dan elemen rekaan.

Rekabentuk dan Industri Apakah yang anda faham berkaitan dengan rekabentuk Industri?

Rekabentuk

Industri

adalah

bidang

berkaitan

dengan

rekacipta

dan

membangunkan konsep serta spesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Bidang ini adalah seni gunaan yang menggabungkan penggunaan dan seni menghasilkan produk yang baik sesuai untuk pengguna. Dengan kata lain, bidang ini bukan berkaitan dengan rekaan gear, litar atau bagaimana produk berfungsi tetapi lebih kepada bentuk sesuatu produk bagi memudahkan pengguna.

Contoh Rekabentuk Industri:

(Sumber: dunia reka.blogspot.com)

21

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Rekabentuk Dalam Konteks Kehidupan Baca petikan dibawah ini untuk memberi satu gambaran tentang kepentingan rekabentuk dalam konteks kehidupan.

Petikan 1 Rekabentuk semakin berkembang pesat kerana kemampuannya membantu mempertingkatkan produktiviti kerja. Rekabentuk boleh dilakukan dari aspek pengurusan projek, penerbitan, perniagaan, penyiaran, arkitek, aerospace, automatif, jurutera dan lain-lain. Pembinaan model kereta, litar elektronik, lukisan kejuruteraan. Rekabentuk meningkatan prestasi, memudahkan pengurusan dan penjimatan masa serta kos yang efektif.

Di antara aktiviti rekabentuk dalam konteks kehidupan adalah:

i. ii. iii. iv. v. vi.

Merekabentuk semula atau mengubahsuai sesuatu Menghias van Merekabentuk kenderaan Merekabentuk dan membina rumah mainan Merekabentuk dan membina bangunan Merekabentuk grafik

22

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Latihan 3.1 Perhatikan sekeliling anda, sudah semestinya terdapat pelbagai rupa bentuk alam semulajadi dan buatan manusia. Berdasarkan pada pemerhatian anda, cari dan kumpulkan lima gambar berkaitan rekabentuk dari aspek :

RUPA

BENTUK

Latihan 3.2

(Sumber: dunia reka.blogspot.com)

Lihat tiga foto yang dipaparkan diatas. Ianya memperlihatkan reka bentuk bangunan. Rekabentuk bangunan berubah-ubah mengikut masa, trend dan juga teknologi yang semakin berkembang maju. Berdasarkan pada foto ini, anda dikehendaki membuat analisa dari aspek: 1. Fungsi 2. Rekabentuk 3. Kebudayaan dan kepercayaan 4. Persekitaran

23

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

TAJUK 4

PENGERTIAN KRAF DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL

4.1 Sinopsis Tajuk ini meliputi konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi dan bahan kraf tersebut. Bagi melengkapkan diri anda sebagai guru mata pelajaran PSV, anda seharusnya boleh menghuraikan konsep Kraf Tradisional dan Kraf Dimensi Baru serta fungsi/kegunaan kraf tersebut dengan merujuk kepada bukubuku dan juga tokoh seni. Anda juga seharusnya boleh menganalisis kepentingan kraf dalam konteks kehidupan harian di samping dapat menghuraikan fungsi kraf dahulu dan sekarang. 4.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini anda seharusnya dapat; 6. Menerangkan konsep, fungsi dan bahan kraf dalam konteks kehidupan harian. 7. Menghurai dan menganalisis konsep kraf dengan pelbagai contoh yang spesifik.

4.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Pengertian Kraf Dalam PSV

Konsep Kraf

Fungsi Kraf

Kraf Dimensi Baru

24

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Pengertian Kraf dalam PSV

Bolehkah anda menghuraikan perbezaan antara Konsep Kraf, Fungsi dan Kraf Dimensi Baru?

Konsep Kraf Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai hasil kerja tangan yang memerlukan kreativiti dan kemahiran dalam penghasilannya. Kraf tangan juga adalah salah satu peninggalan yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Setiap bangsa dan masyarakat di seluruh dunia mempunyai budaya kraf tangan yang diperturunkan kepada generasi baru. Kraf tradisional ini dihasilkan secara bertukang, menenun, mengukir, menempa, menganyam dan lain-lain. Bahan-

bahan yang digunakan adalah seperti logam, tanah liat, kayu, benang dan sebagainya. Menurut Collingwood dalam Hamidah Abdul Hamid 1995 kraf adalah aktiviti yang mengubah bahan mentah menjadi barangan yang dirancang dengan menggunakan kemahiran yang boleh dipelajari.

Berdasarkan kenyataan ini jelas menunjukkan bahawa kraf tangan merupakan seni tradisi yang turun temurun dan boleh dipelajari samada dari segi teknik, motif dan bahan yang digunakan.

Secara keseluruhannya kepelbagaian jenis kraf tangan di negara kita menunjukkan ketinggian teknologi yang diwarisi oleh tukang. Ini menggambarkan manifestasi serta keperihatinan pandai tukang terhadap pengalaman dengan persekitaran alam. ( Syed Ahmad Jamal, 1992.)

25

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Kraf tekat

Labu sayong

Kraf anyaman buluh Kraf batik Antara barangan kraf yang berfungsi sebagai alat kegunaan harian.

26

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

FUNGSI KRAF

Pernahkah anda menggunakan barangan kraf? Jika ya, di manakah anda menggunakan barangan tersebut?

Kewujudan kraf tangan adalah disebabkan oleh desakan keperluan harian. Fungsi utamanya adalah sebagai barangan kegunaan harian juga sebagai barangan perhiasan samada untuk diri atau tempat kediaman. Sebagai generasi baru kita sepatutnya perlu tahu bahawa kraf tangan adalah satu teknologi bagi masyarakat tradisional bagi menangani keperluan dalam kehidupan mereka. Walaupun teknologi mereka ketika itu adalah prototaip, namun merupakan satu titik permulaan kepada penciptaan dan rekaan yang sangat bermanfaat kepada masyarakat pada ketika itu. Sebagai contoh penghasilan periuk dari tanah liat, bakul dari rotan atau mengkuang, kukur kelapa yang diperbuat dari kayu sehinggalah kepada barangan perhiasan yang yang diperbuat daripada kulit siput dan sebagainya. Penghasilan kraf ini amat unik kerana memerlukan kreativiti dalam penggunaan serta pemilihan bahan yang bersesuaian di samping turut memerlukan kesabaran serta ketelitian semasa proses penghasilannya.

Menurut Siti Zainon Ismail 1985, keindahan dan rekabentuk dan ragam hias membuktikan bahawa seni kraf memerlukan kepakaran dan kepekaan kepada alam sekitar bersesuaian dengan fungsinya sebagai seni gunaan.

Contoh tembikar sebagai barang perhiasan di samping sebagai barang kegunaan 27

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Kraf Dimensi Baru

Kraf dimensi baru adalah hasil pertukangan tangan yang mempunyai unsur tradisional yang telah diberi perubahan pada identiti asalnya mengikut perubahan zaman.

Selain daripada contoh kraf di bawah, cuba fikirkan apakah barangan kraf dimensi baru yang anda pernah lihat atau gunakan.

Contoh tembikar sebagai kraf dimensi baru (tidak terhad sebagai tempat simpan air sahaja )

Contoh beg mengkuang sebagai kraf dimensi baru (tidak terhad sebagai tikar sahaja)

28

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

Proses penghasilan kraf dimensi baru telah dipelbagai daripada segi penggunaan bahan, motif dan kegunaan. Pelbagai bahan dan alat telah diaplikasi dan dimanipulasikan bagi menghasilkan satu rekaan yang baru dan moden. Sebagai contoh anyaman tikar mengkuang lazimnya digunakan sebagai pelapik tempat duduk, tetapi melalui kraf dimensi baru ini telah dijadikan sebagai hiasan dinding, beg tangan dan sebagainya. Menurut Baharudin Mohd Darus dalam Prosiding Konvensyen Kebangsaan Pendidikan Seni Visual 2000, ...bagi menghidupkan budaya kraf tangan ini perlu memikirkan kesesuainya dengan budaya dan kehidupan moden. Mungkin bukan dengan bentuk dan kegunaan asalnya tetapi satu pembaharuan dalam pelbagai aspek tanpa menghilangkan jati dirinya. Satu keperluan dalam bentuk dan fungsi yang baru untuk memulihkan kraf tangan tradisional melalui pertukaran bentuk, fungsi, teknik dan konfigurasinya. Berdasarkan penyataan ini jelas menunjukkan bahawa pelabagai cara telah dibuat bagi memartabatkan seni kraf sebagai alat kegunaan harian menerusi penghasilan kraf dimensi baru.

Latihan 4.1 a. Berdasarkan jenis kraf di bawah huraikan bahan dan fungsi kraf tersebut? Jenis Kraf gasing wau batik tekat anyaman tembikar ukiran kayu wayang kulit tembaga senjata Bahan Fungsi/ kegunaan

29

PSV3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

b.

Bandingkan kraf tradisi dengan kraf dimensi baru dari aspek berikut;

i) ii)

peranan dan fungsi proses penghasilan

Latihan 4.2

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang Kraf Tradisional dan juga Kraf Dimensi Baru dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut terhadap sumber-sumber rujukan lain serta mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan. Kumpulkan koleksi gambar pelbagai kraf tradisional dan gambar foto tentang kraf dimensi. Sediakan satu peta minda untuk menjelaskan perkembangan kraf traditional. Sediakan satu jadual untuk membanding beza pelbagai bahan yang digunakan untuk menghasilkan kraf.

30

RUJUKAN Bahan Cetakan:Dzul Haimi Hj. Md.Zain.(2003). Seni Islam .Batu Caves,Selangor: Univision Press Sdn.Bhd. Feldman, E.B. (1996). Philosophy of art education. New Jersey: Prentice Hall Feldman, E.B. (1997). Becoming human through art. NAEA 5Oth Anniversary Printing.New Jersey: Prentice Hall

Hamidah Abdul Hamid, (1995) Pengantar Estetik, , Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.Jack A.Hobbs (1985) Art in context- Third edition . Harcourt Brace :Jovanovich Publisher Ken Neo T.K. & Neo Mai. ( 2000 ). The mighty PC. K.L :Meway Computec Sdn .Bhd. Leigh, B. (2000). The changing face of Malaysian crafts identity,industry and ingenuity. London : Oxford University Press. McDonald, S.( 1970). The history and philosophy of art education. London : University of London Press Ltd. Preble,D., & Preble,S. (1994). Art form ( 5th.ed.) New York : Harper Collins. Sidi Gazalba,Drs. (1977). Pandangan Islam tentang kesenian.

Siti Zainon Ismail. (1985) Getaran Jalur dan Warna, Penerbitan Fajar Bakti: Kuala Lumpur. Syed Ahmad Jamal. (1992) Rupa dan Jiwa, Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.Wahiza Abdul Wahid (2000). Sejarah seni lukis & seni reka. Kuala Lumpur:Univision Press Sdn.Bhd. Waley, Arthur (1981). Oriental art and culture : A study of Indian, Chinese and Japanese art. Cosmo Publications Orvirk, og.,et.al (2006) Art foundamentals : Theory and practice ( 5th.ed .) New York: Mc Graw-Hill.

31

Laman Web http://www.senirupa.net/detail.php?id=69 www.ums.edu.my/ppib/nota_seni_26_konsep_warna.doc www.ums.edu.my/appl/sek_img/plums/Sekolah%20Pengajian%20Seni.pd f http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-seni-visual.html www.lacma.org/islamicart/eia.htm www.chineseart.com www.india-forum.com http://senivisualspm.blogspot.com/2007/08/makna-senivisual.html http://www.rumahykp.org.my/aktiviti2003ykp5.html

32

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni VisualPANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PSV3101 - PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUALNAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

CIK LIM HUEY KHING Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected]

Kelulusan Sarjana Pendidikan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 thn Pegawai Kurikulum : 7 tahun

Pn. Norhayati binti Mohd Saad Pensyarah IPGM Kampus Darulaman Bandar Darulaman 06000 Jitra ,Kedah [email protected]

Kelulusan: M Ed. (Pendidikan Seni), UPSI B.A. Hons. (Pendidikan Seni), UPSI Sijil Perguruan Asas PSR/PM (MPSAH) Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual (2 tahun) Guru Pendidikan PSV Sekolah Menengah(6 tahun) Guru Sekolah Rendah PSV (11 tahun)

Cik Hafiza Saad Pensyarah IPGM Kampus Kent Peti Surat 2 89207 Tuaran,Sabah [email protected] EN AZMAN BIN MOHAMAD HUSSAIN Pensyarah Institut Perguruan Tuanku Bainun, 14000 Bkt.Mertajam, Pulau Pinang [email protected]

Kelulusan: B.A. Hons.Art & Design (UITM) Dip Pendidikan (UPSI) Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual ( 7 tahun ) Guru Sekolah Menengah (7 tahun)

Kelulusan : Sarjana Pend.(PSV), UPSI. B.A.Hons (Seni Halus). USM Pengalaman : Pensyarah Pend Seni Visual- 3 tahun Guru Pendidikan Seni Visual:20 tahun

33

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni VisualPANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH PSV 3101 PENGENALAN PENDIDIKAN SENI VISUALNAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

CIK LIM HUEY KHING Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected] Tel: 017-3172226

Kelulusan Sarjana Pendidikan B.A.Hons (Seni Halus),USM Pengalaman: Pensyarah Pendidikan Seni Visual :15 tahun Ketua Unit Pendidikan Seni Visual: 14 tahun Guru Pendidikan Seni Visual & Matematik : 8 tahun Pegawai Kurikulum : 7 tahun

TN.HAJI JUDIN BIN AHMAD PJK Pensyarah Kanan Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Sultan Abdul Halim 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman. 04-4218621 / 2 [email protected] Tel: 019-5796930 EN. SHAIFUL BAHARI BIN BACHIK Pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tengku Ampuan Afzan 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur 09-3123000 [email protected] Tel: 019-3488245

Kelulusan: B.A. ( Seni Halus), UiTM Dip. Perguruan Senilukis ( A.T.D.) UiTM Pengalaman: Pensyarah Kanan (1 tahun) Ketua Jabatan Pendidikan Seni Visual ( 2 tahun) Pensyarah Jabatan Kajian Sosial (23 tahun) Guru Sekolah Menengah ( 5 tahun )

Kelulusan: MA Ed. (Kurikulum Pendidikan Seni Visual), UM B.A. Hons. (Fine Art), USM Diploma Perguruan (Pendidikan Seni) MPSI Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Seni) MPIK Pengalaman: Guru Pendidikan Seni Visual ( 16 tahun ) Pensyarah Pendidikan Seni Visual (8 tahun)

23

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

23

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni VisualLAMPIRAN A

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

35

PSV 3101 Pengenalan Pendidikan Seni Visual

36