9
Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual. Wahidah Sarah Farhana

PSV Topik 4

Embed Size (px)

DESCRIPTION

:)

Citation preview

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Kaedah simulasi, sumbangsaran, projek, akses kendiri dan kembara visual.

Wahidah Sarah FarhanaSimulasi

Murid dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan.Melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa sebarang skrip.Disebut juga sebagai ambil peranan atau sosiodrama yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan.Dikelolakan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar.Berkesan terutama melibatkan aktiviti komunikatif.Membolehkan murid berinteraksi dengan menggunakan bahasa dalam situasi sosial yang disediakan olok-olok oleh guru dalam bilik darjah.

Murid perlu membayangkan keadaan situasi sosial yang sebenar terlebih dahulu sebelum dapat berinteraksi dalam situasi-situasi tersebut.Guru merancang aktiviti yang melibatkan murid berlatih untuk berinteraksi dalam situasi sosial yang berlaku seharian di luar bilik darjah.Guru boleh memberi peranan-peranan tertentu kepada beberapa orang murid dan kemudian meminta mereka melakonkan peranan-peranan tersebut secara spontan.Murid mempunyai kebebasan untuk memilih sendiri bahasa yang hendak digunakan dalam situasi yang diberi oleh guru.Murid juga diberi kebebasan untuk memperkembang watak yang diberi.Dirancang oleh guru dengan teliti.Menekankan perkara berikut;Sebelum : terangkan terlebih dahulu kepada kelas situasinya.Sewaktu : murid-murid lain diminta memerhati. Pemain-pemain peranan harus tidak terkeluar daripada peranan mereka. Apabila tiba masa yang sesuai, guru menamatkannya.Bincangkan peranan yang telah dilakonkan oleh murid.

Sumbang saran

Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesi perbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkat sekolah menengah, universiti dan latihan profesional.Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran secara analitis.Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid.Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi umum.

Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak ideaSuasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan.Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbangsaran adalah patut dan mencukupi.Digalakkan menggunakan prinsip 5W + 1H ( What? Why? Who? Where? When? + How? )Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik.Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli-ahli yang pelbagai kebolehan.

ProjekProjek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu.Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar di dalam atau di luar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu.Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek.Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti.Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperolehi.Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan kepuasan jika dapat menyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan.

Akses KendiriSeseorang pelajar belajar apa yang ia kehendaki pada kadar sendiri di sesuatu tempat yang disediakan. Tempat ini dikenali sebagai Pusat Akses Kendiri.Ciri-cirinya memerlukan tempat yang selesa, koleksi bahan bacaan dan rujukan, setiap unit pelajaran dibahagikan kepada unit yang terkecil dan setiap unit disimpan di dalam folder yang berasingan.Setiap unit disertakan dengan arahan, latihan dan jawapan.Penggunaan Pusat Akses Kendiri terbahagi kepada, Ikut Jadual dan Tanpa JadualSetiap pelajar mempunyai kad rekod kemajuan.Peranan guru menentukan aras kecerdasan pelajar, mengenalkan konsep akses kendiri, pemudah cara (bila perlu) dan memantau rekod pencapaian dan membuat komen.Kaedah yang boleh digunakan ialah seperti terarah kendiri, mesra pengguna,Maklum balas semerta, masa kendiri, kadar kendiri dan bersendirian tanpa pengawasan.

Lawatan/Kembara VisualKembara visual ialah satu aktiviti sokongan yang membolehkan pelajar memerhati apa yang mereka telah belajar dalam situasi sebenar.Pelajar dapat mengumpul maklumat secara langsung dan guru boleh mengajar sesuatu yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.Tujuan lawatan meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara langsung.menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan kepada pembelajaran.memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan maujud dan proses-proses yang berlaku.menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman di luar bilik darjah dengan pembelajaran kandungan di sekolah.menggalakkan pembelajaran eksperimental dan lebih menyeronokkan kerana perbincangan bermakna bermakna berlaku dalam proses mengumpul maklumat.memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkara yang diajar.Garis panduan teknik membuat lawatan:

SebelumPersediaan - tentukan tempat, objektif, tempat, jadual lawatan, agihan tugas AJK, taklimat lawatan.Surat/panggilan telefon/layari internet jika perlu.SemasaPerlaksanaan aktiviti ikut jadual, kawal semua murid, memberikan maklumanSelepasTindakan susulan - adakan perbincangan tentang nilai yang terkandung dalam lawatan kesesuatu tempat itu. Ceritakan pengalaman tentang lawatan dalam kelas / persatuan / perhimpunan sekolah. Hasilkan laporan dalam pelbagai bentuk seperti buku skrap, koleksi gambar, lukisan dan lain-lain.