15
PRUhealth PERUBATAN “ Akhirnya, terdapat satu pelan perubatan yang memberi kita ganjaran kerana sihat, dan melindungi kita apabila tidak! ”

PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

PRUhealth PeRUBaTaN

“ Akhirnya, terdapat satu pelan perubatan yang memberi kita ganjaran kerana sihat, dan melindungi kita apabila tidak! ”

Page 2: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Pelan perubatan yang memberi anda ganjaran kerana tetap sihat

Ramai yang sedar betapa pentingnya pelan perubatan yang melindungi kita terhadap bil-bil perubatan yang mahal dan di luar jangkaan kita. Selalunya, kita akan membayar premium kita setiap tahun demi mendapatkan perlindungan setiap masa. Walau bagaimanapun, bukan semua orang akan membuat tuntutan setiap tahun.

Apa kata jika anda kini boleh membeli pelan yang mengganjari anda dengan bonus tahunan sehingga RM500 apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan, sambil anda dapat terus menikmati ketenangan fikiran dengan adanya perlindungan kesihatan dan perubatan yang komprehensif?

Memperkenalkan PRUhealth, iaitu rider perubatan dengan premium tetap yang: • Memberi anda bonus ketika anda sihat• Menanggung bil perubatan anda ketika anda sakit

Mana-mana satu pun, anda tetap mendapat MANFAAT.

* Lampiran manfaat opsyenal adalah tertakluk kepada pengunderaitan, premium tambahan serta terma dan syarat polisi.

Kesihatan ada ganjarannya

PRUhealth membolehkan anda menikmati:

> Perlindungan KOMPReHeNSiF untuk bil hospital dan pembedahan

> BONUS TaNPa TUNTUTaN

> Opsyen untuk MeNdaPaTKaN RaWaTaN PeRUBaTaN di lUaR NeGaRa*

> OPSYeN NaiK TaRaF aUTOMaTiK bagi pelan PRUhealth anda*

> PiliHaN untuk MeNUKaR opsyen koinsurans anda

> Opsyen untuk MeNGeTePiKaN had tuntutan tahunan*

> PiliHaN pelan mengikut bajet anda

> Perlindungan sehingga umur 100 tahun

Sepintas Lalu:

Page 3: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

» Manfaat

Perlindungan KOMPReHeNSiF untuk bil hospital dan pembedahan

PRUhealth merupakan pelan yang menawarkan perlindungan perubatan KOMPReHeNSiF dengan membayar balik perbelanjaan perubatan yang terlibat sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Dapatkan ketenangan fikiran ketika anda paling memerlukannya!

Nikmati BONUS TaNPa TUNTUTaN

Satu pelan perubatan inovatif yang memberikan anda ganjaran bonus tahunan sehingga RM5001 apabila anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun tersebut. Bonus anda akan dikreditkan secara automatik dalam bentuk unit tambahan untuk dilaburkan dalam dana pilihan anda dan seterusnya meningkatkan nilai pelaburan anda. Anda juga boleh membuat pengeluaran+ sekiranya perlu.

Opsyen untuk MeNdaPaTKaN RaWaTaN PeRUBaTaN di lUaR NeGaRa*

Di samping perlindungan komprehensif untuk perbelanjaan kemasukan ke hospital dan pembedahan di bawah pelan PRUhealth anda, anda kini mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar negara bagi 5 jenis penyakit yang dilindungi di Singapura, Hong Kong dan China dengan PRUmedic overseas.

OPSYeN NaiK TaRaF aUTOMaTiK bagi pelan PRUhealth anda*

Pelan PRUhealth akan dinaik taraf kepada paras manfaat yang berikutnya pada ulang tahun manfaat rider yang ke-5 dan ke-10 tanpa mengambil kira keadaan kesihatan anda dan sebarang tuntutan perubatan sebelumnya yang telah anda buat (tertakluk kepada pengunderaitan) apabila anda menyertai PRUmedic auto upgrade. Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat polisi pada permulaannya atau apabila dan ketika ia dilampirkan pada pelan PRUhealth anda.

PiliHaN untuk MeNUKaR opsyen koinsurans anda

JIka anda sedang berfikir untuk mempertingkatkan pelan perubatan anda yang wujud sekarang, anda boleh memillih di antara opsyen deduktibel RM3,000 atau RM10,000. Lampirkan pelan ini dengan manfaat PRUmedic retirement dan jumlah deduktibel akan bertukar kepada koinsurans secara automatic apabila anda mencapai umur 55 tahun hari lahir berikut. Pelan anda bukan sahaja akan menjadi lebih murah, anda akan diberi perlindungan pada masa anda paling memerlukannya – persaraan anda.

Page 4: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Opsyen untuk MeNGeTePiKaN had tuntutan tahunan*

Risau bahawa bil perubatan anda mungkin melebihi had tahunan anda? Kini anda diberi kefleksibelan untuk mengetepikan had tahunan pelan anda dengan melampirkan pilihan rider PRUannual limit waiver pada pelan PRUhealth anda yang membolehkan anda membuat tuntutan melebihi had tahunan anda.

Nota: Manfaat ini hanya boleh didapati untuk pelan PRUhealth 200, 300 dan 400 sahaja dan tidak boleh wujud bersama dengan PRUmedic auto upgrade atau apabila deduktibel dipilih bagi PRUhealth. Jumlah manfaat yang akan dibayar tidak boleh melebihi Had Seumur Hidup anda.

PiliHaN PelaN mengikut bajet anda

Bergantung pada jenis pelan yang anda pilih dan umur anda, anda mempunyai 5 pilihan pelan PRUhealth yang berbeza bermula daripada serendah RM100 sebulan mengikut keperluan dan gaya hidup anda.

Perlindungan sehingga umur 1002 tahun

PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi bil perubatan anda sehingga umur 100 tahun!

+ Tertakluk kepada minimum RM500 setiap urus niaga. Sekiranya nilai dana adalah kurang daripada RM500, hanya pengeluaran penuh dibenarkan.

* Tertakluk kepada terma & syarat polisi, premium tambahan dan pengunderaitan.1 Amaun bergantung kepada jenis pelan yang dipilih tanpa PRUmedic auto dilampirkan.2 Tertakluk kepada terma dan syarat polisi dalam pelan asas yang PRUhealth dilampirkan padanya & tertakluk kepada dana yang mencukupi untuk menolak caj insurans dan caj perkhidmatan.

Page 5: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Pilih pelan kehendak anda:

PelaN PRUhealth100

PRUhealth150

PRUhealth200

PRUhealth300

PRUhealth400

PRUhealth500**

PRUhealth600**

Bonus Tanpa Tuntutan Tahunan RM100 RM150 RM300 RM400 RM500 RM600 RM700

Manfaat Hospital & Pembedahan

Manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian (120 hari setahun)

Unit Rawatan Rapi (30 hari setahun)

Pembedahan

Perkhidmatan Dalam Hospital & Yang Berkaitan

100 150 200 300 400 500 600

Seperti yang dikenakan, tertakluk kepada koinsurans atau deduktibel (lihat Nota untuk butir-butir lanjut).

Manfaat Rawatan Pesakit luar*

Rawatan Sebelum Masuk Hospital (dalam tempoh 30 hari)

Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar)

Penjagaan Jururawat Di Rumah (180 hari setiap tempoh hayat)

Pembedahan Bilik Hari

Rawatan Penyakit Barah

Dialisis Buah Pinggang

Rawatan Kecemasan Untuk Kecederaan Akibat Kemalangan (Had Tahunan)

Seperti yang dikenakan

* Tertakluk kepada koinsurans atau deduktibel (lihat Nota untuk butir-butir lanjut).

1,000 1,500 2,000 3,000 4,000 5,000 6,000

Had Tahunan Keseluruhan (RM) 50,000 62,500 75,000 100,000 150,000 200,000 250,000

Had Seumur Hidup (RM) 500,000 625,000 750,000 1,000,000 1,500,000 2,000,000 2,500,000

Bantuan Perubatan Kecemasan Ya

Nota:Koinsurans adalah pengaturan perkongsian kos di mana pemegang polisi membayar peratusan tertentu daripada kos manfaat layak. Jika koinsurans dipilih, pemegang polisi perlu membayar 10% daripada kos manfaat layak, tertakluk kepada amaun koinsurans minimum RM300 dan amaun koinsurans maksimum RM1,000 bagi Manfaat Hospital & Pembedahan, dan amaun koinsurans maksimum RM2,000 bagi Manfaat Rawatan Pesakit Luar. Bakinya dibayar oleh Syarikat sehingga had tahunan.

Deduktibel pula merupakan amaun tetap yang mesti dibayar dahulu oleh pemegang polisi tanpa mengira jumlah kos manfaat layak (tidak termasuk kos bilik & penginapan harian) bagi mana-mana satu hilang upaya dalam tempoh 90 hari. Jika deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000 dipilih, pemegang polisi perlu membayar RM3,000 atau RM10,000 yang pertama daripada jumlah kos manfaat layak (tidak termasuk kos bilik & penginapan harian). Bakinya dibayar oleh Syarikat sehingga had tahunan.

** PRUhealth 500 dan PRUhealth 600 hanya boleh didapati apabila PRUmedic auto upgrade dilampirkan pada pelan PRUhealth 300 dan PRUhealth 400. Manfaat ini tidak boleh wujud bersama dengan PRUannual limit waiver.

Page 6: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Jumlah manfaat yang akan dibayar dalam satu tahun adalah tertakluk kepada Had Tahunan Keseluruhan. Jumlah manfaat yang akan dibayar seumur hidup adalah tertakluk kepada Had Seumur Hidup. Perlindungan bermula serta-merta sebaik permohonan diterima bagi kemasukan ke hospital akibat kemalangan dan 30 hari selepas permohonan diterima bagi sebab-sebab lain dan 120 hari bagi penyakit tertentu.

Syarikat akan mengeluarkan kad PRUhealth untuk anda di bawah Bantuan Perubatan Kecemasan apabila anda membeli PRUhealth. Anda boleh menghubungi talian hotline 24-jam (dikendalikan oleh International SOS) pada bila-bila masa dengan panggilan caj balikan dari seluruh dunia untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan. Kad PRUhealth juga boleh digunakan untuk kemasukan ke hospital di bawah Perkhidmatan Hospital Rangkaian di rangkaian hospital-hospital tertentu (tertakluk kepada terma dan syarat).

Page 7: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

» Mengenai PRUhealth1. apa itu PRUhealth?

PRUhealth ialah pelan rider perubatan dengan premium tetap yang membayar balik perbelanjaan perubatan yang terlibat sekiranya anda dimasukkan ke hospital. Pelan ini bukan sahaja memberi ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NcB) kepada pemegang polisi yang tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun berkenaan, malah anda kini juga memboleh memilih paras deduktibel (amaun tetap yang mesti anda bayar daripada jumlah bayaran perubatan, tidak termasuk kos bilik & penginapan harian bagi mana-mana satu hilang upaya dalam tempoh 90 hari) sebanyak RM3,000 atau RM10,000 selain daripada opsyen koinsurans yang ditetapkan.

2. Pelan ini untuk siapa?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 1 – 70 tahun hari lahir berikut yang inginkan pelan yang menanggung perbelanjaan perubatan mereka DAN memberi ganjaran kepada mereka kerana sentiasa sihat.

3. Bagaimanakah saya boleh menyertai PRUhealth?

Anda boleh menyertai PRUhealth apabila anda membeli polisi PRUlink one atau PRUmy child.

4. Bagaimanakah Bonus Tanpa Tuntutan (NcB) memanfaatkan saya?

Sekiranya anda tidak membuat sebarang tuntutan pada tahun berkenaan, Prudential akan memberi ganjaran Bonus Tanpa Tuntutan (NcB) kepada anda dengan membeli unit tambahan bagi pelaburan anda pada tahun berikutnya. Amaun bonus yang akan dibayar bergantung kepada pelan pilihan anda.

Jika anda telah membuat tuntutan, anda tidak akan menerima sebarang bonus pada tahun berikutnya. Walau bagaimanapun, anda akan menerima bonus bagi tahun-tahun seterusnya selagi tiada tuntutan dibuat.

Contoh mekanisme bonus, bagi seorang pemegang polisi lelaki berumur 30-tahun dengan pelan PRUhealth 200, tempoh tamat pada umur 70 tahun yang membayar premium tahunan sebanyak RM1,032:

Tahun PremiumTahunan (RM)

SebarangTuntutan dibuat?

layakuntuk Bonus?

amaun Bonus diterima (RM)

1 1,032 Tidak Ya -

2 1,032 Ya Tidak 300

3 1,032 Tidak Ya -

4 1,032 Tidak Ya 300

5 1,032 Tidak Ya 300

Page 8: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

5. Bagaimanakah saya boleh mempertingkatkan perlindungan pelan PRUhealth saya?

Dengan premium tambahan dan pengunderaitan, anda kini boleh mempertingkatkan perlindungan pelan PRUhealth anda dengan:

a) PRUannual limit waiver – pelan rider yang membolehkan anda membuat tuntutan yang lebih tinggi daripada had tahunan anda dengan mengetepikan had tahunan pelan PRUhealth anda. Ini akan memastikan anda dilindungi daripada sebarang tuntutan perubatan besar yang di luar jangkaan dalam tahun polisi. PRUannual limit waiver hanya boleh dilampirkan pada pelan PRUhealth 200, 300 dan 400 (tertakluk kepada premium tambahan). Apabila PRUannual limit waiver dilampirkan, amaun tuntutan yang melebihi had tahunan akan tertakluk kepada amaun koinsurans sebanyak 10% daripada jumlah tuntutan (tidak termasuk kos bilik & penginapan harian).

b) PRUmedic overseas – mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan atau nasihat

perubatan di luar negara, iaitu China, Hong Kong atau Singapura untuk:

• Pembedahanberkaitankanser • Pembedahansaraf • Pembedahanpintasanarterikoronari • Pembedahaninjapjantung • Pemindahanorgan (pemindahanbuahpinggang,paru-paru,hati,pankreasdan

sumsum tulang) Sekiranya menghidap penyakit yang dilindungi, jika anda memilih untuk dimasukkan ke

hospital dan menjalani pembedahan di Malaysia dan bukannya di luar negara atas sebab-sebab seperti keluarga atau sukar bergerak, Manfaat Kesejahteraan akan dibayar bagi setiap kemasukan ke hospital bagi setiap pembedahan. Pemegang polisi yang membuat tuntutan Manfaat Kesejahteraan tidak lagi layak mendapat bayaran ganti tuntutan bagi Manfaat Hospital & Pembedahan dan Manfaat Rawatan Pesakit Luar bagi penyakit yang dilindungi itu. Sebaliknya, anda boleh membuat tuntutan Manfaat Kesejahteraan untuk beberapa kali kemasukan ke hospital bagi pembedahan untuk penyakit yang dilindungi di Malaysia, dan membuat tuntutan rawatan perubatan tempatan di bawah PRUhealth berdasarkan bayaran munasabah dan biasa diamalkan.

Page 9: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Tahun Polisi Pelan

Tahun 11 ke atas PH200 PH300 PH400 PH500 PH600

Tahun 6 hingga 10 PH150 PH200 PH300 PH400 PH500

Tahun 1 hingga 5 PH100 PH150 PH200 PH300 PH400

Pelan PMO Gold PMO Platinum

Manfaat Hospital & Pembedahan

Bilik & Penginapan Hospital Harian (maksimum 120 hari setahun)

Unit Rawatan Rapi (maksimum 30 hari setahun)

Pembedahan

Perkhidmatan Dalam Hospital & Yang Berkaitan

Seperti yang dikenakan

Manfaat Rawatan Pesakit luar

Rawatan Sebelum Masuk Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum masuk hospital)

Rawatan Selepas Keluar Hospital (dalam tempoh 90 hari selepas keluar hospital)

Penjagaan oleh Jururawat di Rumah (maksimum 180 hari seumur hidup)

Pembedahan Harian

Rawatan Kanser

Seperti yang dikenakan

Manfaat Kesejahteraan

(layak membuat tuntutan bagi setiap kemasukan ke hospital di Malaysia* bagi setiap pembedahan di bawah 5 penyakit yang dilindungi*)

RM5,000 RM10,000

Had Tahunan RM200,000 RM400,000

Had Seumur Hidup RM2,000,000 RM4,000,000

* Tertakluk kepada terma & syarat polisi.

c) PRUmedic auto upgrade – dengan manfaat ini, pelan PRUhealth pelanggan kami akan dinaik taraf secara automatik. Pada ulang tahun manfaat rider yang ke-5 dan ke-10, pelan PRUhealth akan naik ke pelan lebih tinggi yang berikutnya mengikut jadual di bawah:

Nota: Naik taraf ini akan mengikut terma dan syarat polisi pada permulaannya atau apabila ia dilampirkan pada pelan PRUhealth anda.

Page 10: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

6. Berapakah premium yang perlu saya bayar?

Premium yang anda bayar untuk pelan PRUhealth ditentukan oleh umur, kelas pekerjaan anda, jenis pelan dan opsyen koinsurans / deduktibel yang dipilih, tertakluk kepada pengunderaitan. Premium perlu dibayar sepanjang tempoh pelan.

(Sila rujuk kepada lampiran untuk kadar premium pelan PRUhealth. Untuk kadar premium bagi PRUhealth dengan deduktibel dan manfaat ospyenal yang boleh dilampirkan pada pelan PRUhealth anda, sila rujuk kepada www.prudential.com.my)

Bayaran Premium Premium boleh dibayar setiap tahun, setengah tahun, suku tahun atau bulanan melalui

Auto Debit, Kad Kredit, Tunai atau Cek.

7. Bagaimanakah PRUhealth membayar untuk rawatan perubatan di luar negara berbanding dengan PRUmedic overseas?

Jika anda menerima rawatan perubatan di luar negara di bawah pelan PRUhealth anda, manfaat dibayar mengikut kos rawatan munasabah yang biasanya dikenakan oleh hospital di Malaysia. Tiada manfaat akan dibayar jika anda tinggal di luar negara lebih daripada 90 hari setiap perjalanan.

Walau bagaimanapun, had 90 hari tinggal di luar negara ini tidak akan terpakai untuk PRUmedic overseas apabila dilampirkan pada pelan PRUhealth anda. Pembayaran ganti perbelanjaan perubatan juga akan berdasarkan bayaran munasabah dan biasa diamalkan di negara rawatan itu diterima.

d) PRUmedic retirement – pelan PRUhealth anda dengan opsyen deduktibel akan bertukar kepada opsyen koinsurans secara automatic apabila anda bersara pada umur 55 tahun tarikh lahir berikut dengan PRUmedic retirement.

Page 11: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Nota Penting> Anda mesti memberitahu Syarikat mengenai apa-apa perubahan dalam pekerjaan,

kegemaran atau aktiviti sukan anda kerana ia mungkin mempengaruhi premium, terma, syarat dan manfaat.

> Syarikat berhak menyemak kadar premium dan caj insurans pada ulang tahun polisi dengan memberi notis terdahulu bertulis 30 hari jika pengalaman tuntutan sebenar adalah lebih buruk daripada jangkaan untuk PRUhealth, PRUmedic overseas, PRUmedic auto upgrade, PRUmedic retirement dan PRUannual limit waiver.

> Perlindungan sehingga umur tamat tempoh adalah tertakluk kepada potongan unit yang mencukupi untuk caj insurans, caj perkhidmatan, caj jaminan (jika ada) dan caj pentadbiran (jika ada).

> Anda hendaklah menaksir kemampuan bayar dan kesesuaian produk ini (termasuk manfaat opsyenal) berkaitan dengan matlamat kewangan dan selera risiko anda. Untuk berbuat demikian, kami nasihatkan anda supaya berbincang dengan ejen atau Perancang Kekayaan anda yang akan membuat analisis keperluan dan membantu anda untuk membuat keputusan yang bermaklumat.

> Jika anda membatalkan polisi ini pada tahun-tahun awal, anda mungkin tidak akan mendapat nilai penuh daripada amaun yang telah anda bayar. Apabila polisi ini diserah balik, pelbagai manfaat di bawah pelan ini tidak akan terpakai.

> Tempoh tengok percuma 15 hari diberikan selepas polisi diserahkan kepada anda untuk membolehkan anda mengkajinya bagi memastikan ia memenuhi keperluan anda. Jika polisi ini dibatalkan dalam tempoh ini, nilai unit (pada tarikh penentuan harga berikut) campur premium tidak teruntuk, caj perkhidmatan, caj insurans, caj jaminan (jika ada) dan caj pentadbiran (jika ada), tolak perbelanjaan perubatan akan dibayar balik. Selain itu, jika tambah nilai dibuat, 5% daripada premium tidak teruntuk tolak perbelanjaan perubatan akan dibayar balik. Tambah nilai tidak dikenakan sebarang caj insurans.

> Risalah ini adalah bagi tujuan penjelasan sahaja. Anda dinasihatkan supaya merujuk Lembaran Pendedahan Produk dan Ilustrasi Jualan Prudential sebelum membeli sesuatu pelan, serta merujuk terma dan syarat dalam dokumen polisi untuk ciri-ciri penting pelan.

> Tidak membayar premium boleh menyebabkan polisi ini terhenti.

> Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) dilesenkan di bawah Akta Insurans (1996) dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Kekal sihat dan dibalas denganganjaran hari ini juga!

Untuk bantuan peribadi, sila hubungi 03-2116 0228,e-mel kami di [email protected] atau hubungi Prudential Wealth Planner anda yang mesra.

Page 12: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Pengecualian

PRUhealth tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhan atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut:

1. Penyakit sedia ada

2. Penyakit tertentu yang berlaku dalam tempoh 120 hari pertama perlindungan berterusan untuk:

a. Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular b. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu karang di dalam sistem kencing dan

sistem hempedu. c. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak d. Hernia, hemoroid (buasir), fistula, hidrosele, varikosele e. Endometriosis termasuk penyakit yang melibatkan sistem pembiakan f. Gangguan vertebro-spina (termasuk diska) dan penyakit lutut

3. Sebarang keadaan perubatan atau fizikal atau sebarang keadaan perubatan neonatal atau fizikal termasuk trauma kelahiran (kecederaan fizikal yang dialami oleh bayi semasa kelahiran atau kejutan psikologi yang dialami oleh bayi semasa kelahiran) yang berlaku dalam tempoh masa 30 hari pertama perlindungan Hayat Yang Diinsuranskan, atau tarikh pengembalian semula atau tarikh kelahiran, mana-mana yang terkini, kecuali kecederaan akibat kemalangan yang dialami selain daripada semasa Hayat Yang Diinsuranskan dilahirkan.

4. Pembedahan plastik / kosmetik, berkhatan, pemeriksaan mata, cermin mata dan pembiasan atau pembetulan penglihatan dekat secara pembedahan (Keratotomi Radial) serta penggunaan atau perolehan peralatan anggota palsu luaran seperti kaki atau tangan palsu, alat bantu pendengaran, perentak jantung yang diimplan dan preskripsinya.

5. Keadaan pergigian termasuk rawatan pergigian atau pembedahan mulut kecuali diperlukan kerana Kecederaan Akibat Kemalangan pada gigi asal yang tidak rosak yang berlaku keseluruhannya dalam Tempoh Insurans.

6. Penjagaan peribadi (kecuali dan melainkan untuk Manfaat Penjagaan oleh Jururawat di Rumah), rehat pulih atau penjagaan kebersihan, dadah yang tidak dibenarkan, intoksikasi, pemandulan, penyakit kelamin dan sekuelanya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks berkaitan AIDS) dan penyakit berkaitan HIV, serta sebarang penyakit yang boleh berjangkit yang perlu dikuarantin di bawah undang-undang.

7. Sebarang rawatan atau pembedahan untuk kejanggalan atau kecacatan kongenital termasuk penyakit keturunan.

8. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk bersalin secara pembedahan), keguguran, pengguguran serta rawatan dan pembedahan sebelum atau selepas bersalin, kaedah pencegahan hamil secara pembedahan, mekanikal atau kimia bagi mengawal kelahiran atau rawatan berkaitan ketaksuburan, disfungsi erektil serta ujian atau rawatan berkaitan dengan mati pucuk atau pemandulan.

Page 13: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

9. Kemasukan ke hospital terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, pemeriksaan X-ray, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis Hilang Upaya yang dilindungi atau sebarang rawatan yang tidak Perlu Dari Segi Perubatan dan sebarang rawatan pencegahan, ubat-ubatan atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh Pakar Perubatan, dan rawatan yang khusus untuk mengurangkan atau menambahkan berat badan.

10. Membunuh diri atau percubaan membunuh diri atau kecederaan diri yang disengajakan ketika siuman atau tidak siuman.

11. Peperangan atau sebarang tindakan peperangan sama ada diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau keganasan, bertugas dengan aktif dalam mana-mana angkatan bersenjata, penyertaan langsung dalam mogok, rusuhan dan kekacauan awam atau penderhakaan.

12. Sinaran pengionan atau pencemaran oleh keradioaktifan daripada sebarang bahan api nuklear atau sisa nuklear daripada proses pembelahan nuklear atau daripada sebarang bahan senjata nuklear.

13. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh oleh Hayat Yang Diinsuranskan serta kos perolehan organ termasuk semua kos yang ditanggung oleh penderma semasa pemindahan organ dan komplikasinya.

14. Penyiasatan dan rawatan untuk penyakit tidur dan berdengkur, terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkhidmatan kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pembetulan tulang, rawatan oleh pakar herba, urutan atau terapi aroma atau rawatan alternatif lain.

15. Penjagaan atau rawatan yang tidak memerlukan bayaran atau yang akan dibayar oleh mana-mana insurans lain atau tanggung rugi yang melindungi Pemunya Polisi dan Hilang Upaya yang timbul ketika menjalankan tugas pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans Pampasan Pekerja.

16. Psikotik, kecelaruan mental atau gangguan saraf (termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatiknya).

17. Kos / perbelanjaan perkhidmatan yang bukan bersifat perubatan, seperti televisyen, telefon, perkhidmatan teleks, radio atau kemudahan seumpamanya, kit / pek kemasukan dan barang bukan perubatan lain yang tidak layak.

18. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada sebarang jenis perlumbaan (kecuali lumba lari dan lumba jalan kaki), sukan berbahaya seperti, tetapi tidak terhad, kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan peralatan pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.

19. Penerbangan persendirian selain daripada sebagai penumpang yang membayar tambang di dalam mana-mana penerbangan komersial berjadual yang dilesenkan untuk membawa penumpang melalui laluan yang ditetapkan.

20. Perbelanjaan untuk menukar jantina.

Page 14: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

LampiranKadar Premium Tahunan untuk PRUhealth dengan koinsurans (Kelas Pekerjaan 1 & 2)

Tempoh Tamat pada Umur 70

Umur Penyertaan PRUhealth 100(RM)

PRUhealth 150(RM)

PRUhealth 200(RM)

PRUhealth 300(RM)

PRUhealth 400(RM)

1 - 15 602.00 665.00 826.00 1,145.00 1,405.00

16 - 20 657.00 737.00 911.00 1,234.00 1,573.00

21 - 25 711.00 809.00 993.00 1,353.00 1,726.00

26 - 30 766.00 849.00 1,032.00 1,443.00 1,824.00

31 - 35 861.00 1,001.00 1,235.00 1,704.00 2,121.00

36 - 40 984.00 1,135.00 1,320.00 1,934.00 2,439.00

41 - 45 1,175.00 1,331.00 1,499.00 2,203.00 2,970.00

46 - 50 1,435.00 1,668.00 1,885.00 2,710.00 3,701.00

51 - 55 1,749.00 2,058.00 2,325.00 3,342.00 4,582.00

56 - 60 2,084.00 2,449.00 2,763.00 3,984.00 5,451.00

Tempoh Tamat pada Umur 80

Umur Penyertaan PRUhealth 100(RM)

PRUhealth 150(RM)

PRUhealth 200(RM)

PRUhealth 300(RM)

PRUhealth 400(RM)

1 - 15 805.00 876.00 1,042.00 1,466.00 1,775.00

16 - 20 890.00 970.00 1,143.00 1,618.00 1,970.00

21 - 25 991.00 1,083.00 1,263.00 1,799.00 2,203.00

26 - 30 1,123.00 1,229.00 1,420.00 2,036.00 2,505.00

31 - 35 1,293.00 1,417.00 1,621.00 2,344.00 2,896.00

36 - 40 1,510.00 1,657.00 1,879.00 2,737.00 3,395.00

41 - 45 1,777.00 1,955.00 2,219.00 3,230.00 4,138.00

46 - 50 2,112.00 2,331.00 2,646.00 3,841.00 5,057.00

51 - 55 2,555.00 2,834.00 3,205.00 4,627.00 6,153.00

56 - 60 3,183.00 3,543.00 3,991.00 5,706.00 7,677.00

61 - 65 4,045.00 4,554.00 5,097.00 7,247.00 9,647.00

66 - 70 5,875.00 6,761.00 7,509.00 10,732.00 14,034.00

Tempoh Tamat pada Umur 100

Umur Penyertaan PRUhealth 100(RM)

PRUhealth 150(RM)

PRUhealth 200(RM)

PRUhealth 300(RM)

PRUhealth 400(RM)

1 - 15 1,295.00 1,445.00 1,641.00 2,381.00 2,991.00

16 - 20 1,465.00 1,638.00 1,856.00 2,693.00 3,398.00

21 - 25 1,667.00 1,867.00 2,113.00 3,062.00 3,882.00

26 - 30 1,916.00 2,150.00 2,431.00 3,520.00 4,478.00

31 - 35 2,222.00 2,498.00 2,823.00 4,084.00 5,213.00

36 - 40 2,596.00 2,923.00 3,302.00 4,774.00 6,112.00

41 - 45 3,045.00 3,436.00 3,882.00 5,609.00 7,198.00

46 - 50 3,586.00 4,057.00 4,582.00 6,611.00 8,524.00

51 - 55 4,250.00 4,824.00 5,439.00 7,827.00 10,145.00

56 - 60 5,078.00 5,779.00 6,505.00 9,325.00 12,156.00

61 - 65 6,122.00 7,003.00 7,866.00 11,258.00 14,733.00

66 - 70 7,335.00 8,455.00 9,480.00 13,596.00 17,871.00

Kadar premium untuk Kelas Pekerjaan 3 & 4 adalah 1.25 & 1.5 kali premium untuk Kelas Pekerjaan 1 & 2.Kadar premium adalah berdasarkan risiko standard dan tertakluk kepada pengunderaitan.

Untuk kadar premium bagi PRUhealth dengan deduktibel dan manfaat opsyenal yang boleh dilampirkan pada pelan PRUhealth anda, sila rujuk www.prudential.com.my)

Page 15: PRUhealth PeRUBaTaN · keperluan dan gaya hidup anda. Perlindungan sehingga umur 1002 tahun PRUhealth memberi anda pilihan perlindungan pada semua peringkat hidup dengan melindungi

Prudential assurance Malaysia Berhad (107655-U)

Menara Prudential, 10 Jalan Sultan Ismail,50250 Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel: 03-2116 0228 Fax: 03-2032 3939Email: [email protected]

www.prudential.com.my

11/2010