Upload
arisanurailis
View
2.455
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
Proses Penghasilan Bata Tanpa Bakar
Bata tanpa bakar hampir serupa dengan bata bakar. Namun yang membezakannya
hanyalah proses pembakaran yang dilakukan terhadap bata tersebut. Saiz bata tanpa bakar
ini adalah sama seperti bata tanah liat iaitu 216mm X 103mm X 65mm. Antara proses-
proses yang dijalankan terhadap bata tanpa bakar ialah:-
i. Peringkat Penyediaan
ii. Peringkat Pembentukkan
iii. Peringkat Pengeringan
Bata tanpa bakar yang dilakukan di kilang adalah sepenuh menggunakan mesin dari
peringkat penyediaan sehingga peringkat pembentukkan. Bagi peringkat pengeringan
pula, ia menggunakan pengeringan secara semulajadi bagi sesuatu tempoh.
(a) Peringkat Penyediaan
Bagi peringkat ini, biasanya lebih kepada penyediaan bahan-bahan yang ingin digunakan
bagi penghasilan bata bakar tersebut. Bagi kajian ini, kulit kerang digunakan sebagai
bahan tambah. Kulit kerang yang ingin digunakan di dalam campuran bata ini mestilah
bersih daripada sebarang kotoran dan bendasing. Oleh itu, kulit kerang tersebut akan
melalui beberapa proses iaitu:-
i. Proses Pembersihan
ii. Proses Pengeringan
Kulit kerang tersebut didapati daripada Kedai Makanan Laut di Klang telah
memberikan secara percuma dalam kuantiti yang banyak.
i. Proses Pembersihan
Kulit kerang yang di dapati perlu dibersihkan daripada kotoran agar kotoran yang
terdapat pada kulit kerang tersebut tidak mempengaruhi kekuatan mampatan dan
kadar resapan air tersebut. Selain itu, kulit kerang tersebut mestilah dalam keadaan
bersih dari segi rupa, warna dan bau. Kulit kerang tersebut mestilah direndam dengan
air panas selama 15 minit bagi menghilang kotoran dan bau pada kerang tersebut.
Kemudian, air kotoran tersebut di buang dan digantikan dengan air paip. Air paip
tersebut akan dicampur dengan klorin (Clorox) bagi menghilangkan bau. Tambahan
pula, penambahan bahan klorin tersebut dapat memudahkan kaedah pembersihan
terhadap kulit kerang tersebut. Kulit kerang yang dicampurkan dengan klorin tersebut
dibiarkan selama 20 minit.
Seterusnya, kulit kerang tersebut dibilas dengan air air paip bagi membersihkan
permukaan kulit kerang yang masih kotor. Kulit kerang ini dibilas bagi
mengurangkan bau klorin yang kuat pada permukaan kulit kerang tersebut.
Kulit kerang dibilas dengan air setelah direndam dengan klorin
Kulit kerang yang telah dibilas
ii. Proses Pengeringan
Kulit kerang yang telah dibilas tersebut akan dicemur dibawah cahaya matahari
untuk tujuan pengeringan. Kulit kerang tersebut mestilah berada dalam keadaan yang
cukup kering sebelum di simpan di dalam guni. Ini bertujuan untuk mengelakkan
kulit kerang tersebut daripada berbau apabila disimpan.
Proses pengeringan kulit kerang
Kulit kerang yang telah dikeringkan di simpan sebelum dibawa ke kilang
(b) Proses Pembentukkan
Kulit kerang tersebut akan di bawa ke kilang penghasilan bata tersebut. Kulit
kerang tersebut mestilah dihancurkan terlebih sebelum dimasukkan ke dalam campuran
bata tersebut. Tujuannya adalah bagi mendapatkan permukaan yang rata bata apabila
kulit kerang digunakan dalam campuran tersebut. Dalam kuantiti yang banyak, kulit
kerang tersebut akan dihancurkan menggunakan mesin. Mesin yang digunakan ialah
mesin penghancur (crusher machine). Penghancuran kulit kerang perlu dilakukan
beberapa kali bagi memastikkan kulit kerang tersebut hancur. Bagi kuantiti yang kecil
pula, kulit kerang tersebut boleh dihancurkan dengan kaedah manual iaitu dengan cara
menggunakan tukul.
Kulit kerang yang telah dihancurkan tersebut akan digaul dengan tanah laterit dan
simen cepat mengeras secara manual kerana ia melibatkan kuantiti yang sedikit. Di
dalam mesin ini, tanah laterit, simen dan kulit kerang akan digaul dengan rata bagi
mengelakkan berlakunya pengasingan bahan. Bagi komposisi bata tersebut, simen dan
tanah laterit masing-masing mempunyai 1:8. Manakala, kulit kerang mengikut peratusan
daripada seketul bata. Di dalam mesin ini, jumlah tanah laterit adalah lebih banyak
berbanding jumlah simen dan kulit kerang. Selepas itu, bancuhan itu, di salurkan kepada
mesin terakhir iaitu mesin pembuat bata (brick mall machine). Di dalam mesin ini,
bancuhan ini akan sekali lagi di gaul bagi mendapatkan gaulan yang sempurna bagi
bancuhan tersebut.
Kemudian, bancuhan tersebut akan mengisi plet-plet bata yang terdapat di dalam
mesin ini. Ia berfungsi seperti acuan bagi bancuhan tersebut. Selepas itu, bata akan
dikeluarkan dari mesin ini, maka terbentuklah bata. Bata yang terhasil akan dikutip oleh
para pekerja tersebut. Bata yang terhasil perlu di kendalikan dengan berhati-hati bagi
mengelakkan bata tersebut daripada pecah kerana ia masih berada di dalam keadaan yang
sedikit lembap.
Proses penghancurkan kulit kerang secara manual
Proses penghancuran menggunakan mesin
Mesin pembuat bata (brick mall machine) ini akan menghasilkan bata
(c) Peringkat Pengeringan
Setelah bata tanpa bakar tadi siap dibentuk, tibalah giliran untuk peringkat
pengeringan. Bata tanpa bakar tidak melalui peringkat pembakaran. bata tanpa bakar ini
akan dikeringkan pada suhu bilik. Bata ini akan dikeringkan selama 28 hari bag
memastikan bata tanpa bakar tersebut cukup kering serta bata yang terhasil adalah
berkualiti. Bata ini akan diletakkan di suatu rak khas yang berbumbung demi
mengelakkan ia terdedah kepada hujan. Menurut kata, En Zakaria yang merupakan
penyelia tapak di kilang tersebut bata ini akan dikeringkan secara semulajadi bagi
menghasilkan warna semulajadi iaitu warna coklat kekuningan serta kekeringan pada
bata pada tahap maksimum.
Bata yang telah dikeluarkan untuk dikeringkan