Prosa Tradisional AKKK

Embed Size (px)

DESCRIPTION

prosa tradisional tingkatan 1

Citation preview

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 1

    TAJUL MULUK Sinopsis

    Tajul Muluk meminta kebenaran daripada ayahandanya untuk mencari bunga

    bakawali bagi mengubati mata ayahandanya yang buta.

    Namun, Tajul Muluk perlu menyelamatkan abang-abangnya terlebih dahulu

    yang telah terperangkap akibat kalah bermain catur dengan Puteri Jenuh Hati.

    Tajul Muluk telah berjaya memperdayakan seorang perempuan tua yang

    tinggal di mahligai Puteri Jenuh Hati dengan mendapatkan rahsia kehebatan Puteri

    Jenuh Hati dalam bermain catur.

    Lalu, Tajul Muluk pergi mencabar Puteri Jenuh Hati untuk bermain catur dan

    Tajul Muluk telah memenangi permainan catur tersebut. Tajul Muluk telah berjaya

    menyelamatkan keempat-empat orang abangnya.

    Kemudian, Tajul Muluk meneruskan pengembaraan untuk mencari bunga

    bakawali dan telah mengalami pelbagai rintangan dan penderitaan semasa menuju ke

    sempadan negeri Bakawali.

    Di dalam hutan Tajul Muluk telah berjumpa dengan raksasa yang simpati

    dengannya dan mengambil beliau sebagai anaknya. Tajul Muluk berusaha untuk

    mengambil hati raksasa tersebut dengan memasak makanan yang sedap dan meminta

    raksasa menolongnya melihat Taman Bakawali.

    Raksasa membantu Tajul Muluk dengan menyuruh jin utusannya menghantar

    Tajul Muluk untuk berjumpa dengan Dewi Hamalah.

    Dewi Hamalah telah mengahwinkan Tajul Muluk dengan Puteri Mahmudah.

    Tema

    Pengembaraan seorang putera raja untuk mencari penawar bagi menyembuhkan

    penyakit ayahandanya.

    Persoalan

    i. Kebijaksanaan seorang putera raja.

    ii. Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarganya.

    iii. Keberanian dalam menghadapi segala cabaran.

    iv. Sanggup berkorban untuk menyelamatkan saudaranya.

    v. Perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan.

    Watak dan Perwatakan

    Tajul Muluk

    Anak raja negeri Syarqastan

    Anak bongsu daripada lima orang adik-beradik

    Seorang putera raja yang bijaksana. Contohnya Tajul Muluk bijak

    mengenakan muslihatnya kepada perempuan tua dan Raksasa 1 sehingga

    mengambil Tajul Muluk sebagai anak

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 2

    Seorang putera raja yang berani. Contohnya Tajul Muluk berani mengembara

    seorang diri dan menempuh pelbagai cabaran untuk ke negeri Bakawali

    Puteri Jenuh Hati

    Seorang puteri yang bijak dengan tipu muslihatnya dalam bermain catur

    Akhirnya berjaya ditewaskan oleh Tajul Muluk dalam permainan catur dan

    terpaksa berkhidmat kepada Tajul Muluk

    Perempuan Tua

    Bersimpati kepada Tajul Muluk

    Seorang yang amat kaya

    Sangat sayangkan Tajul Muluk

    Membuka rahsia Puteri Jenuh Hati kepada Tajul Muluk

    Raksasa 1

    Mempunyai tubuh badan yang besar

    Jadikan Tajul Muluk sebagai anak angkat

    Sangat sayangkan Tajul Muluk

    Suka makan makanan yang dimasak oleh Tajul Muluk

    Dewi Hamalah

    Saudara Raksasa 1 dan Raksasa 2

    Raksasa yang memerintah dua belas ribu raksasa penjaga Taman Bakawali

    Menculik Puteri Mahmudah

    Mengahwinkan Tajul Muluk dengan Puteri Mahmudah

    Teknik Plot

    i. Teknik dialog.

    Contoh:

    Pada suatu hari, kata raksasa itu,Hai anakku Tajul Muluk, apakah yang boleh dimakan oleh manusia? Ya ayahanda, makanan manusia tiada lain banyak tepung, gula, dan minyak

    sapi, jawab Tajul Muluk

    ii. Teknik monolog.

    Contoh:

    Hai Tajul Muluk, ikatlah pinggangmu kukuh-kukuh serta buangkan dirimu seperti menerjun ke dalam hutan. Jikalau ada lagi hayatmu, nescaya sampailah engkau ke seberang dan kehendakmu pun akan beroleh, kata Tajul Muluk di dalam hatinya.

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 3

    Latar Masa

    Zaman dahulu kala, peristiwa berlaku pada waktu siang dan malam

    Tempat

    Negeri Syarqastan, di istana Raja Zainul Muluk, istana Puteri Jenuh Hati, hutan

    rimba

    Masyarakat

    Masyarakat istana iaitu raja dan kaum kerabatnya, masyarakat kayangan iaitu

    raksasa, dewa-dewa, mambang, jin dan masyarakat haiwan yang memahami arahan

    manusia

    Nilai

    i. Berani - Tajul Muluk berani menempuh hutan untuk mendapatkan bunga

    bakawali

    ii. Kasih sayang - Tajul Muluk berusaha mencari bunga bakawali untuk

    mengubati mata ayahandanya

    iii. Baik hati - Tajul Muluk memaafkan Puteri Jenuh Hati yang telah insaf

    iv. Ketabahan - Tajul Muluk tabah menghadapi semua cabaran semasa

    mengembara untuk mencari bunga Bakawali

    Pengajaran

    i. Kita perlu menggunakan akal sebelum melakukan sesuatu kerja

    ii. Janganlah kita suka memperdayakan orang

    iii. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga yang dalam

    kesusahan

    iv. Kita mestilah sentiasa berbuat baik kepada setiap insan

    HIKAYAT MARAKARMA Sinopsis

    Bab 1: Maharaja Keinderaan

    Betara Angkasa Indera Dewa telah meminta kebenaran untuk turun ke bumi kepada

    Betara Guru untuk melihat temasya raja-raja di dunia. Betara Guru tidak

    membenarkannya tetapi selepas tiga kali Betara Angkasa bertemu dengan Betara

    Guru, akhirnya diizinkan. Betara Angkasa Indera Dewa turun ke bumi ditemani Dewi

    Kencana, iaitu isterinya.

    Bab 2: Isteri Si Miskin Mengidam

    Di bumi Betara Angkasa dikenali sebagai Si Miskin dan isterinya sebagai isteri Si

    Miskin. Si Miskin dan isterinya tinggal di negeri Anta Beranta dan telah dihina dan

    dikasari oleh penduduk negeri tersebut. Kemiskinan telah membuatkan Betara

    Angkasa dan isterinya mencari makanan dalam timbunan sampah dan mereka telah

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 4

    menjumpai sebiji ketupat basi dan sebuku tebu. Sebenarnya ketupat dan tebu yang

    mereka makan adalah anak kepada Betara Karma Jaya yang meminta izin untuk turun

    ke bumi. Isteri Si Miskin telah mengandung dan mengidam hendak makan buah

    mempelam dan nangka yang terdapat di taman raja. Si Miskin telah meminta buah

    tersebut daripada Maharaja Indera Dewa. Maharaja berasa kasihan dan

    memberikan buah tersebut kepada Si Miskin.

    Bab 3: Negeri Puspa Sari

    Isteri Si Miskin telah melahirkan seorang anak lelaki dan diberi nama Marakarma. Si

    Miskin telah menjumpai tempayan yang berisi emas ketika sedang menggali lubang

    dan kehidupan mereka berubah dengan sekelip mata. Si Miskin percaya bahawa anak

    lelakinya itu membawa rahmat dan berdoa agar terbina sebuah kerajaan.

    Dengan izin Allah, jadilah sebuah negeri dan Si Miskin memerintah kerajaan yang

    bernama Puspa Sari dan menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa dan

    isterinya bernama Tuan Puteri Ratna Dewi.

    Kemudian, Tuan Puteri Ratna Dewi telah melahirkan seorang anak perempuan yang diberi nama Tuan Puteri Nila Kesuma. Maharaja Indera Angkasa telah memerintah kerajaannya dengan adil dan beliau seorang yang berjiwa rakyat.

    Tema

    Ketabahan hati sepasang suami isteri yang berasal dari kayangan menempuh

    dugaan dan penderitaan hidup di bumi.

    Persoalan

    Kemahuan untuk mencari suasana baru dalam kehidupan.

    Kesengsaraan dalam menempuh kehidupan dan tabah mengharunginya.

    Ketaatan seorang isteri terhadap suaminya.

    Tuhan Maha Berkuasa untuk menentukan nasib hamba-Nya.

    Kesaktian yang tidak dimiliki oleh manusia biasa.

    Watak dan Perwatakan

    Betara Angkasa Indera Dewa (Si Miskin)

    Seorang maharaja di kayangan

    Gagah, berani, dermawan dan setiawan

    Ingin turun ke bumi melihat temasya raja-raja

    Sangat menyayangi isterinya

    Seorang yang sabar dan tabah

    Dewi Kencana

    Isteri Betara Angkasa Indera Dewa

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 5

    Mengikut suaminya turun ke bumi

    Setia kepada suaminya

    Sangat menyayangi suaminya

    Seorang yang sabar dan tabah

    Mengidam buah mempelam dan nangka ketika hamil

    Maharaja Indera Dewa

    Raja negeri Anta Beranta

    Seorang yang baik hati kerana memberi buah mempelam dan nangka

    kepada isteri Si Miskin yang mengidam

    Marakarma

    Anak Si Miskin dan Dewi Kencana

    Berasal dari kayangan

    Mempunyai paras rupa yang menawan

    Latar

    i. Masa: Zaman dahulu kala, pada waktu pagi hingga malam

    ii. Tempat: di negeri kayangan, di negeri Anta Beranta dan di negeri Puspa

    Sari

    iii. Masyarakat: masyarakat kayangan, masyarakat yang hidup dalam

    kemiskinan, masyarakat yang berani menempuh pelbagai kesusahan, dan

    masyarakat yang setia kepada pemerintah

    Plot

    Permulaan:

    Betara Angkasa Indera Dewa meminta keizinan daripada Betara Guru untuk

    turun ke bumi bagi melihat temasya raja-raja bersama isterinya, Dewi Kencana.

    Akhirnya dibenarkan oleh Betara Guru.

    Perkembangan

    Betara Angkasa Indera Dewa dan isterinya telah turun ke bumi dan mereka

    hidup dalam kemiskinan. Mereka tinggal di negeri Anta Beranta.

    Klimaks

    Si Miskin menjumpai tempayan yang berisi emas semasa sedang menggali tanah.

    Kemudian, kehidupan Si Miskin dan isterinya berubah menjadi senang.

    Peleraian

    Si Miskin telah memerintah sebuah kerajaan bernama Puspa Sari. Si Miskin telah

    menukar namanya kepada Maharaja Indera Angkasa. Baginda hidup bahagia

    bersama isteri dan dua orang anak bernama Marakarma dan Puteri Nila Kesuma.

    Gaya Bahasa

    i. Diksi

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 6

    Penggunaan bahasa klasik.

    Contohnya: tajau, kaus, masyghulnya, bokor Penggunaan bahasa istana.

    Contohnya: bertitah, tuanku, patik, murka, bermohon

    ii. Simile:

    Terlalu sebak hati suaminya melihat tingkah laku isterinya itu seperti orang hendak mati

    iii. Repetisi:

    Hamba ini orang miskin, hamba minta daun nangka yang gugur ke bumi barang sehelai

    Nilai

    i. Keberanian - Betara Angkasa Indera dan isterinya berani menempuh

    kesusahan hidup di bumi

    ii. Kasih sayang - Dewi Kencana sanggup mengikut suaminya turun ke bumi

    iii. Tabah - Si Miskin dan isterinya tabah menghadapi hinaan dan cercaan

    orang ramai

    iv. Simpati - Maharaja Indera Dewa bersimpati terhadap Si Miskin dan

    memberikan buah nangka dan mempelam yang diidamkan oleh isteri Si

    Miskin.

    Pengajaran

    i. Kita hendaklah tabah menghadapi pelbagai dugaan dan kesusahan

    ii. Kita hendaklah bertimbang rasa dan tolong-menolong sesama manusia

    iii. Kita mestilah berani menghadapi risiko dalam kehidupan

    iv. Jangan menghina dan mencerca orang lain walaupun orang itu miskin dan

    susah

    BUDI SEORANG BAPA ANGKAT Sinopsis

    Datuk Batin Alam dan Uli Emak Si Anjing mengambil Awang Sulung Merah

    Muda sebagai anak angkat setelah Tuanku Si Helang Laut dan permaisurinya mati

    dibunuh.

    Beliau telah menghantar Awang Sulung Merah Muda belajar mengaji dan

    merawi dengan Tuan Kadi Alim dan belajar mantik serta nahu bahasa Arab di rumah

    Tuan Malim Kecil. Datuk Batin Alam pula mengajarkan ilmu mempertahankan diri

    kepada Awang Sulung Merah Muda.

    Awang Sulung Merah Muda seorang yang terang hati. Oleh itu, beliau dapat

    menguasai semua ilmu tersebut dalam masa yang singkat.

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 7

    Datuk Batin Alam telah mengadakan majlis keraian untuk mengkhatankan

    Awang Sulung Merah Muda.

    Selepas sembuh daripada berkhatan, Awang Sulung Merah Muda diasah

    giginya oleh Cuti. Kemudian, Cuti telah dibunuh supaya tiada orang yang serupa

    dengan Awang Sulung Merah Muda.

    Upah Cuti telah diberikan kepada keluarganya. Walaupun menerima wang yang

    banyak, keluarga Cuti berasa sedih kerana telah kehilangan orang yang disayangi.

    Tema

    Tanggungjawab seorang bapa memberikan didikan kepada anak angkatnya.

    Persoalan

    i. Mengutamakan ilmu dalam kehidupan

    ii. Rajin berusaha untuk menuntut ilmu

    iii. Menghormati ibu bapa

    iv. Kehebatan seorang anak raja

    v. Kasih sayang seorang bapa angkat terhadap anak angkatnya

    Watak dan Perwatakan

    Awang Sulung Merah Muda

    Berasal dari negeri Bandar Mengkalih

    Anak kepada Tuanku Si Helang Laut

    Yatim piatu sejak kecil

    Terang hati dan cerdas

    Datuk Batin Alam

    Bapa angkat Awang Sulung Merah Muda

    Seorang yang bertanggungjawab

    Mengajar ilmu persilatan kepada Awang Sulung Merah Muda

    Sangat menyayangi Awang Sulung Merah Muda

    Uli Emak Si Anjing

    Isteri kepada Datuk Batin Alam

    Ibu angkat dan ibu susu kepada Awang Sulung Merah Muda

    Cuti

    Mahir mengasah gigi

    Dibunuh selepas mengasah gigi Awang Sulung Merah Muda.

    Latar

    Masa: pada zaman dahulu, waktu siang dan malam

  • Prosa Tradisonal Antologi Kasut Kelepok Jantung 8

    Tempat: Bandar Mengkalih, Mengkasar

    Masyarakat: masyarakat yang mementingkan ilmu,

    masyarakat yang kuat pegangan agama dan

    masyarakat yang kuat berpegang pada adat

    Nilai

    i. Ikhlas - Datuk Batin Alam dan isterinya sanggup mengambil Awang Sulung

    Merah Muda sebagai anak angkat

    ii. Bertanggungjawab - Datuk Batin Alam memberi pendidikan yang

    sewajarnya kepada Awang Sulung Merah Muda

    iii. Kasih sayang - Datuk Batin Alam dan isterinya amat menyayangi Awang

    Sulung Merah Muda

    Pengajaran

    i. Kita hendaklah membantu orang yang berada dalam kesusahan

    ii. Kita hendaklah amanah dalam menjaga kebajikan anak yatim

    iii. Kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu perkara

    iv. Anak-anak hendaklah mengenang budi dan membalas jasa orang tuanya