62
KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE DALAM PENDARABAN MELIBATKAN NOMBOR LEBIH DARI DUA DIGIT KEPADA MURID PENDIDIKAN KHAS Oleh: ROSCHERLY SANTA FAIRUZ KITING NO MATRIK : 2010151340096 PISMP AMBILAN JANUARI 2010 UNIT PENDIDIKAN KHAS JABATAN ILMU PENDIDIKAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Proposal.docx

  • Upload
    virgo

  • View
    53

  • Download
    18

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Proposal.docx

KEBERKESANAN PENGGUNAAN KAEDAH LATTICE

DALAM PENDARABAN MELIBATKAN NOMBOR

LEBIH DARI DUA DIGIT KEPADA MURID

PENDIDIKAN KHAS

Oleh:

ROSCHERLY SANTA FAIRUZ KITING

NO MATRIK : 2010151340096

PISMP AMBILAN JANUARI 2010

UNIT PENDIDIKAN KHAS

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

Page 2: Proposal.docx

BAB 1 : MASALAH KAJIAN

1.1 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia merupakan satu pelaburan jangka panjang untuk menyediakan tenaga

mahir generasi yang akan menjawab cabaran masa akan datang. Sebenarnya pendidikan

dihubungkan dengan usaha berterusan dan melihat kedudukan pada hari muka. Jika kita tidak

bersedia untuk melengkapkan diri anak-anak kita menghadapi masa depan mereka, maka

system pendidikan kita akan menemui kegagalan. Justeru itu pelbagai persediaan yang harus

dibuat bagi menyediakan mereka menghadapi masa depan untuk menyesuaikan diri dengan

keadaan yang berubah-ubah dalam sistem ekonomi baru dan dalam lapangan industri. Ini

bermakna kita perlu memberi pengajaran berkesan dalam bidang-bidang sains, teknologi,

informatik yang antara lain meliputi matematik dan komputer (Zaibedah, 2000).

Menurut Hamdan (2000), semestinya kita semua perlu akur bahawa penguasaan dan

kecemerlangan dalam matematik adalah prasyarat bagi negara kita mencapai kemajuan

khususnya dalam dunia yang mengarah kepada orientasi teknologi maklumat. Generasi bijak

matematik akan menjadi generasi penentu dalam arus pembangunan negara. Melalui ilmu

matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat digarap dan diterjemahkan untuk faedah semua.

Aplikasi fakta asas kira darab juga amat penting dalam menyelesaikan masalah lain di dalam

matematik seperti tajuk pecahan, perpuluhan, ukuran jarak, matematik harian, wang,

timbangan, masa dan waktu. Lantaran itu, seharusnya semua murid di sekolah rendah perlu

menguasai matematik terutamanya fakta asas kira darab untuk mereka mengaplikasikan

kemahiran matematik dalam bidang ilmu yang lain.

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada bulan Januari lalu, pengkaji telah mengajar mata muridan Matematik mengenai topik

Operasi Darab kepada murid Program Pendidikan Khas Integrasi di Sekolah Kebangsaan

Taman Dusun Nyior, Seremban Negeri Sembilan. Titik tolak awal kepada usul kajian ialah

apabila pengkaji telah mengajar sub topik mendarab sebarang dua nombor yang melibatkan

nombor melebihi dua digit. Pengkaji mendapati walaupun mereka telah berada dalam

lingkungan umur sebelas hingga tiga belas tahun, tahap penguasaan mereka bagi tajuk

pendaraban berada pada tahap yang lemah. Walaupun terdapat murid yang telah mengikuti

Page 3: Proposal.docx

tusyen dan berada dalam Pendidikan Inklusif, penguasaan bagi sub topik pendaraban

melibatkan nombor melebihi dua digit masih pada tahap yang lemah.

Lantaran itu, kajian untuk membendung masalah demikian bermula dengan proses mengenal

pasti dan merungkaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut. Pengkaji

berpendapat kegagalan murid dalam menjawab soalan pendaraban ini adalah disebabkan

kekeliruan yang timbul dalam cara penulisan jawapan yang betul, kedudukan jawapan hasil

darab sebelum operasi tambah dilakukan dan kekeliruan operasi darab dan operasi tambah

untuk mendapatkan jawapan. Ditambah pula dengan keupayaan hafalan sifir darab yang

sangat lemah.

Oleh itu, satu kaedah baru yang membolehkan murid menguasai sifir dengan baik tanpa

memaksa mereka melakukannya diperlukan untuk membendung masalah ini daripada

menyekat pembelajaran murid. Kaedah tersebut haruslah mudah difahami dan senang

diingati merupakan kriteria utama dalam penyelesaian permasalahan ini memandangkan

sasaran kajian adalah terdiri daripada kalangan murid yang mempunyai variasi tahap

pencapaian yang berbeza dalam pembelajaran Matematik. Makan perlunya pendedahan

satu teknik baru kepada mereka bagi menyelesaikan masalah pendaraban melibatkan nombor

melebihi dua digit kerana teknik-teknik yang lazimnya digunakan tidak dapat menangani

masalah ini.

1.3 PENYATAAN MASALAH

Berdasarkan pada permasalahan di atas, satu kajian perlu dilakukan untuk mencari

peneyelesaian yang paling koheren dengan keperluan murid sedemikian. Oleh itu kajian ini

dilakukan untuk meneroka secara saintifik masalah murid dalam subjek Matematik

khususnya dalam operasi fakta asas darab. Permasalahan pembelajaran matematik sudah

bermula sejak diperingkat awal persekolahan lagi. Masalah ini telah wujud seawal umur

sepuluh tahun. Justeru, penyelidikan adalah lebih sesuai dilakukan diperingkat yang lebih

rendah iaitu di sekolah kebangsaan lagi.

Fokus utama kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan kaedah pengajaran fakta asas

darab berasaskan kepada pengajaran tradisional dibandingkan dengan Kaedah Lattice (Lattice

Method). Ini adalah kerana fakta asas kira darab dan kemahirannya sangat penting sebagai

Page 4: Proposal.docx

asas pembelajaran matematik. Tambahan pula pada masa ini murid sudah dapat menguasai

asas operasi tambah, asas operasi tolak dan gabungan kedua-dua operasi tambah dan operasi

tolak.

Kelemahan dan pencapaian prestasi rendah subjek matematik di kalangan murid Program

Pendidikan Khas Integrasi sekolah rendah bermula dalam kelemahan di dalam penguasaan

fakta asas matematik seperti fakta asas operasi tambah, operasi tolak dan seterusnya operasi

darab. Ini akan menimbulkan perasaan tidak berminat mereka terhadap subjek tersebut. Isu

dalam kalangan murid, ibu bapa dan guru akan timbul apabila hal ini berlaku dan terdapat

banyak faktor permasalahan yang masih belum diterokai sepenuhnya oleh para pendidik di

Malaysia.

1.4 KERANGKA KONSEP

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan model kajian Kurt Lewin sebagai panduan dalam

melaksanakan kajian. Terdapat empat langkah di dalam model Kurt Lewin iaitu

mengenalpasti dan merancang pelan tindakan, melaksanakan pelan tindakan, memerhati

kesan tindakan dan membuat refleksi.

Seterusnya adalah kitaran kedua dengan menggunakan langkah yang sama untuk

memperbaiki kelemahan pada kitaran yang pertama. Kitaran ini diulang bagi memastikan

kebelangsungan kajian yang telah dirancang disamping menunjukkan hasil yang diharapkan

selepas pelaksanaan dijalankan sepenuhnya.

Kitaran ini dapat dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah seperti Rajah 1 di bawah :

Rajah 1. Model Kajian Kurt Lewin

Page 5: Proposal.docx

1.5 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai beberapa objektif untuk di capai iaitu seperti yang berikut:

i. Objektif Umum

ii. Objektif Khusus

Soalan kajian juga disediakan bagi memastikan pencapaian objektif umum dan objektif

khusus yang digariskan.

1.5.1 Objektif Umum

Membantu meningkatkan kemahiran mendarab dua nombor yang hasil darabnya kurang dari

1000 000 dengan menggunakan Teknik Lattice.

1.5.2 Objektif Khusus

1.5.2.1 Menggunakan Kaedah Lattice untuk mencari hasil darab dua nombor yang

melibatkan nombor melebihi dua digit.

1.5.2.2 Mengenalpasti tahap kemahiran penguasaan fakta asas operasi darab murid.

1.5.2.3 Mengenalpasti keberkesanan Kaedah Lattice dalam menyelesaikan masalah

operasi darab melibatkan nombor melebihi dua digit

1.5.2.4 Mengenalpasti perbezaan Kaedah Lattice dengan kaedah tradisional dalam

kemahiran menyelesaikan masalah kira darab dan bahagi murid.

1.5.3 Soalan Kajian

1.5.3.1 Adakah murid menunjukkan peningkatan dalam keyakinan diri mereka dalam

pembelajaran Matematik?

1.5.3.2 Adakah murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan operasi mendarab?

1.5.3.3 Adakah murid dapat menyelesaikan soalan Matematik dalam operasi darab yang

melibatkan nombor melebihi dua digit?

1.5.3.4 Adakah murid berjaya menjawab soalan dengan betul pada jangka masa yang

ditetapkan ?

1.5.3.5 Adakah murid berminat dengan pembelajaran Matematik setelah didedahkan

kepada teknik yang mudah dalam menjawab soalan ?

Page 6: Proposal.docx

1.6 DEFINISI KONSEP

Matematik merupakan antara mata pelajaran dan yang amat penting dan berguna di dalam

kehidupan seharian pada hari ini. Tanpa melihat kedudukan seseorang murid itu berjaya

ataupun gagal di dalam persekolahannya, matematik tetap akan digunakan di dalam

kehidupan seharian. Kepentingan dan aplikasinya jelas di dalam kehidupan seharian.

Kepintaran dan kebijaksanaan seseorang murid itu biasanya akan dinilai melalui pengetahuan

matematiknya. Jika matematik cemerlang, biasanya murid tersebut turut cemerlang dalam

mata pelajaran yang lain.

Bidang sains dan teknologi sememangnya tidak dapat dipisahkan daripada matematik. Ilmu

sosiologi dan psikologi juga tidak dapat dipisahkan daripada Matematik. Daripada pernyataan

tersebut, Matematik mempunyai perkaitan yang banyak dalam mata pelajaran yang lain di

sekolah rendah dan juga pada peringkat pembelajaran yang lebih tinggi. Oleh itu, kajian ini

sememangnya penting kepada murid itu sendiri, guru matematik, sekolah dan panitia

matematik daerah tersebut kerana pengetahuan pembelajaran Matematik ini akan digunakan

secara berterusan dalam jangka masa yang lama.

1.6.1 Murid

Dapat dijadikan panduan dan kaedah baru di dalam penghafalan sifir. Murid yang selama ini

tidak nampak akan kaedah lain untuk menguasai fakta asas darab sudah mempunyai alternatif

yang baru. Dengan pengetahuan kira tambah yang sudah sedia ada kepada murid itu boleh

dikembangkan kepada bentuk kira darab. Murid tidak lagi terikat dengan satu cara sahaja

iaitu hafalan semata-mata.

1.6.2 Guru

Dapatan kajian ini juga dapat membantu guru memperbanyakkan kaedah atau teknik

pengajaran. Jika selama ini guru hanya menggunakan kaedah yang lama, dengan adanya

kaedah yang baru ini akan memberikan pilihan kepada guru berkenaan. Guru matematik

mempunyai pilihan pengajaran yang sesuai dengan tahap pencapaian murid yang berlainan.

Dengan ini masalah fakta asas darab ini dapat dihapuskan ataupun setidaktidaknya dapat

dikurangkan.

Page 7: Proposal.docx

1.6.3 Sekolah

Dapatan kajian ini juga penting kepada sekolah berkenaan terutama pentadbir sekolah.

Dapatan ini boleh disasarkan kepada semua guru matematik di sekolahnya. Jika ada guru

yang menghadapi masalah fakta asas kira darab tidak mengira murid di tahun berapa, dapatan

ini boleh dipraktikkan dan diamalkan. Oleh itu, semua guru matematik di sekolah berkenaan

akan mendapat manafaatnya.

1.6.4 Panitia Matematik Daerah

Dapatan daripada kajian ini dapat digunakan oleh panitia matematik daerah untuk

diperluaskan kepada semua sekolah yang berada di dalam daerah berkenaan. Jika terdapat

sekolah lain yang menghadapi masalah yang sama, pengerusi panitia daerah boleh

menyampaikannya kepada sekolah berkenaan untuk dipraktikkan. Dengan penyebaran

dapatan ini, semua sekolah di dalam daerah tersebut akan mendapat kaedah dan maklumat

tambahan di dalam menyelesaikan masalah fakta asas darab.

1.7 BATASAN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan kajian ini atas beberapa batasan tertentu seperti batasan

pemilihan perserta kajian, batasan lokasi kajian dan batasan bahan dalam Kaedah Lattice.

Perkaraa berkenaan diterangkan seperti yang berikut :

1.7.1 Batasan Pemilihan Peserta Kajian

Sampel kajian ialah murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan

Taman Dusun Nyior, Seremban, Negeri Sembilan. Kumpulan sasaran yang telah dikenal pasti

ini diperolehi berpandukan hasil daripada keputusan ujian pra dan pemerhatian secara

langsung yang telah dijalankan terhadap murid Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah

Kebangsaan Taman Dusun Nyior. Murid terdiri daripada variasi pencapaian dalam mata

pelajaran Matematik. Kajian ini tidak melibatkan murid perdana dan murid Pendidikan

Inkusif kerana keupayaan pembelajaran, sukatan pelajaran dan pendekatan yang berbeza

kurang sesuai dengan permasalahan dan tujuan kajian. Pengkaji melibatkan murid Pendidikan

Khas yang berada dalam kelas yang sama dan berumur dalam lingkungan sebelas hingga

Page 8: Proposal.docx

tiga belas tahun. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini tidak digeneralisasikan kepada

semua murid Pendidikan Khas di Malaysia.

1.7.2 Batasan Lokasi Kajian

Pengkaji telah memilih Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior sebagai lokasi sepanjang

kajian ini. Pemilihan sekolah ini juga diteliti supaya sekolah terpilih sesuai untuk dijadikan

sebagai tempat pengumpulan data. Pengkaji telah mengkaji faktor kesesuaian lokasi kajian

supaya ia menepati objektif kajian secara keseluruhannya. Ini disebabkan sekolah dalam

kawasan bandar berkemungkinan besar sempurna dari segi prasarana serta terdapatnya guru-

guru terlatih yang berpengalaman dalam setiapmata pelajaran. Maka dikhuatiri data-data dari

sekolah bandar terlalu sempurna dan kurang sesuai untuk tujuan kajian. Sekolah ini adalah

sesuai kerana kesederhanaannya dalam aspek prasarana, kewangan dan bilangan tenaga

pengajar yang berpengalaman dan terlatih juga berada pada tahap yang minimum. Maka

pendekatan pengajaran dan penggunaan kaedah pembelajaran yang tidak melibatkan kos

yang terlalu tinggi, fleksibel dan mempunyai jangka masa yang lama adalah diperlukan.

Matlamat ini adalah sesuai dengan tujuan kajian yang telah diusulkan.

1.7.3 Batasan Bahan dalam Kaedah Lattice

Dalam kajian ini bahan yang digunakan adalah Tapak Kaedah Lattice yang telah dihasilkan

sendiri oleh pengkaji . (Rujuk Lampiran A) Bahan ini adalah sesuai dengan keperluan

sekolah yang memerlukan bahan yang menggunakan kos yang rendah, fleksibel iaitu mudah

dibawa dan mudah alih serta boleh digunakan dalam jangka masa yang panjang kerana bahan

ini boleh digunakan berulang kali tanpa menganggu kualiti bahan yang digunakan. Untuk

keperluan kajian ini, Tapak Kaedah Lattice disediakan menggunakan kertas berwarna yang

kontra untuk menarik perhatian murid Program Pendidikan Khas Integrasi dalam aktiviti

pembelajaran. Bahan ini sememangnya bersesuaian dengan keperluan murid sedemikian

kerana mereka lebih tertarik kepada objek yang melibatkan kesenian teruatamanya warna.

Page 9: Proposal.docx

1.8 PENERANGAN TERMINOLOGI

Keberkesanan Penggunaan Kaedah Lattice dalam Pendaraban melibatkan Nombor lebih dari

Dua Digit Bagi Murid Pendidikan Khas. Untuk lebih menjelaskan lagi maksud kajian,

pengkaji menggunakan maksud yang terdapat dalam beberapa kamus yang digunakan.

Definisi istilah-istilah utama yang digunakan dalam tajuk kajian ini adalah seperti berikut :

1.8.1 Keberkesanan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, keberkesanan bermaksud perihal berkesan, berkesan-

nya (sesuatu tindakan, perubahan, dan sebagainya): ~ sesuatu tindakan itu dapat dilihat

daripada hasil yang diperoleh sesudahnya; Ujian Pencapaian Sekolah amatlah penting dari

segi menilai ~ pengajaran dan pembelajaran KBSR.

1.8.2 Penggunaan

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua penggunaan bermaksud perbuatan (usaha, kegiatan dan

sebagainya) menggunakan sesuatu: ~ kayu-kayan makin bertambah.

1.8.3 Kaedah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat kaedah ditakrifkan sebagai (kaédah) cara atau

peraturan membuat sesuatu (terutamanya yamgg bersistem atau yang biasa); ~ mengajar cara

mengajar (berdasarkan prinsip-prinsip tertentu).

1.8.4 Lattice

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu (istilah Malaysia), lattice merupakan kaedah

untuk menilai jumlah kekisi menurut Evjen atau Ewald dalam bidang kejuruteraan. Dalam

bidang kesenian pula, lattice ditakrifkan sebagai corak halus berangkai silang-menyilang.

1.8.5 Pendaraban

Page 10: Proposal.docx

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pendaraban ditakrifkan sebagai perbuatan (proses dan

sebagainya) mendarab atau mendarabkan; pengalian: ~ angka-angka yangg besar seperti itu

amat sukar. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pendaraban ditakrifkan

sebagai pendaraban, perbanyakan, pergandaan atau hasil darab.

1.8.6 Nombor

Menurut Kamus Tesaurus, nombor bersinonim dengan angka dan bilangan.

1.8.7 Melebihi

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua melebihi ditakrifkan sebagai menjadi lebih daripada;

mengatasi; melampaui: Markahnya tidak dapat ~ markah kakaknya.

1.8.8 Dua Digit

Menurut Kamus Komputer dalam Pusat Rujukan Persuratan Melayu dua digit ditakrifkan

sebagai lambang asas yang digunakan dalam sistem pernomboran. Misalnya, sistem

perpuluhan mempunyai sepuluh angka asas , iaitu 0 hingga 9, manakala sistem perduaan

mempunyai dua angka asas, iaitu 0 dan 1.

1.8.9 Murid

Menurut Kamus Tesaurus murid bersinonim dengan pelajar, penuntut, mahasiswa,

mahasiswi, siswa, siswi, rekrut, kadet, pelatih, anak buah, pengikut, canterik, cekel.

1.8.10 Pendidikan Khas

Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Pendidikan Khas ditakrifkan sebagai pendidikan

yang dikhaskan kepada golongan tertentu seperti pelajar yang bermasalah pembelajaran,

pekak, bisu, atau pintar.

Sebagai kesimpulannya Keberkesanan Penggunaan Kaedah Lattice dalam Pendaraban

melibatkan Nombor lebih dari Dua Digit Bagi Murid Pendidikan Khas bermaksud “ Hasil

Page 11: Proposal.docx

yang diperoleh daripada Penggunaan Cara Lattice (pengiraan menggunakan kekisi secara

menyilang) dalam penggandaan (pendaraban) nombor yang melibatkan angka yang besar

kepada pelajar Pendidikan Khas (golongan masalah pembelajaran).

1.9 RUMUSAN

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan berjaya adalah bergantung kepada

kemahiran dan pengetahuan guru. Di mana, bukan sahaja faktor pemilihan, perancangan dan

penyediaan bahan pengajaran sahaja dititikberatkan tetapi juga pemilihan dan penggunaan

alat bantu mengajar yang bersesuaian dengan tajuk sesuatu pengajaran itu. Guru seharusnya

mengambil kira keperluan setiap individu yang diajar khususnya murid Pendidikan Khas

yang mempunyai keupayaan yang terhad dalam menerima pembelajaran. Pendekatan dan

kaedah yang digunakan haruslah mudah dan ringkas agar murid dapat mengusai

pembelajaran tanpa rasa tertekan. Pendedahan alat bantu belajar bukan sahaja memberikan

kelancaran sesuatu proses pengajaran itu tetapi seharusnya mampu membantu murid

menghasilkan suatu teknik atau gaya pembelajaran yang sendiri. Gaya pembelajaran yang

sesuai penting kerana ia dapat meningkatkan pencapaian akademik murid (Safiah, 2004).

Justeru, guru seharusnya membantu setiap murid dalam meningkatkan minat dan

kecenderungannya ke arah pembelajaran kendiri yang lebih mantap.

Page 12: Proposal.docx

BAB 2 : TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini akan menerangkan sorotan kajian yang berkaitan dengan kajian pengkaji dan

definisi tentang konsep-konsep yang dikemukakan dalam kajian akan dijelaskan. Subtopik

model kajian bertujuan untuk membantu para guru membentuk satu rangka modul

pembelajaran kendiri pengajaran dan pembelajaran yang lengkap untuk digunakan sebagai

rujukan mereka kelak.

Teori kajian pula bertujuan untuk membantu para guru dalam melaksanakan bagaimana

proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan bermutu. Kajian-kajian lepas

pula bertujuan untuk mengungkapkan kajian-kajian lepas dari luar mahupun dari dalam

negeri yang berkaitan dengan kajian yang hendak dijalankan. Selain itu, melalui kajian lepas

ini juga dapat membantu pengkaji mengetahui status kajian yang hendak dijalankan samada

sesuai ataupun tidak.

Teori dan model berperanan sebagai alat untuk menerangkan, meramal dan menjadi panduan

kepada sesuatu kajian yang hendak dijalankan (LittleJohn, 1996). Dalam konteks kajian ini,

antara teori yang digunakan ialah Teori Perkembangan Behaviorisme dan Sosial Kognitif.

Teori ini merupakan teori tingkah laku yang dapat dilihat dan diukur. Ahli-ahli psikologi

behaviorisme berpendapat pemikiran dan minda tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia

tetapi pemerhatian boleh dibuat terhadap perlakuan manusia. Teori ini diaplikasikan dalam

proses pemerhatian pengkaji terhadap perlakuan murid dalam menunjukkan minat semasa

tinjauan awal dilakukan. Perlakuan murid dilihat secara mata kasar sebelum, semasa dan

selepas kajian akhir nanti.

Teori Pembelajaran Sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura menyatakan bahawa,

kelakuan manusia saling bertindak antara kognitif, perlakuaan dan ejen penentu persekitaran.

Menurut Bandura lagi, manusia mengalami proses peniruan melalui empat langkah iaitu

tumpuan, penyimpanan, mengingat dan motivasi. Dalam kajian ini, tumpuan murid akan

diraih melalui aktiviti yang melibatkan sosial antara murid iaitu bengkel, penyimpanan

maklumat dalam minda murid dikukuhkan dengan latihan secara berterusan, murid akan

dilatih mengingat melalui latihan penyelesaian masalah. dan motivasi dirangsang oleh pihak

Page 13: Proposal.docx

pengkaji secara berterusan bagi memastikan minat yang wujud sentisa kekal dan berterusan

dalam diri murid.

Model Kajian Kurt Lewin merupakan panduan asas bagi kajian ini yang melibatkan lima

langkah utama dalam menjalankan kajian secara teliti dan terperinci. Langkah-langkah

tersebut melibatkan prosedur mengenalpasti, merancang, pelaksanaan, pemerhatian dan

refleksi. Kitaran langkah-langkah ini dilakukan bagi memastikan masalah yang timbul

semasa pelaksanaan dapat dibendung dengan segera. Kelebihan dan kelemahan kajian juga

dapat dikenalpasti dan perancangan bagi penambahbaikan juga akan dapat dilakukan untuk

memastikan keberkesanan kajian pada tahap yang maksimum

Dalam kajian ini juga, saya menggunakan prinsip 4P iaitu Pendedahan, Pengukuhan,

Pengayaan dan Penguasaan. Prinsip ini merupakan adapatasi sistem pendidikan di Malaysia

yang baru berkenaan dengan Kurikukulum Standard Sekolah Rendah, KSSR. Dalam

kandungan KSSR, pada peringkat prasekolah, kandungan kurikulum adalah bertujuan untuk

memberikan pendedahan kepada murid, kurikulum dalam Tahap Satu merupakan kurikulum

yang bertujuan untuk memberikan pengukuhan kepada murid manakala dalam Tahap Dua,

murid sepatutnya telah diberikan penguasaan topik-topik dalam kurikulum yang digariskan.

Dalam kajian ini, murid telah berada dalam Tahap Dua namun masih belum menguasai

Operasi Asas Mendarab. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, KBSR penguasaan

hanyalah kepada asas 3M iaitu membaca mengira dan menulis. Namun kegagalan murid

masih berterusan. Oleh itu aktviti berteraskan kepada prinsip pengukuhan dan penguasaan

diberikan bagi memastikan penguasaan murid dalam proses pembelajaran. Ekoran daripada

itu, pengkaji mengulang kembali proses pembelajaran untuk memberikan penguasaan kepada

murid melalui 4P iaitu pendedahan, pengukuhan, pengayaan dan penguasaan.

2.1.1 PENGENALAN KEPADA KAEDAH LATTICE

Pendaraban (multiplication) dalam kajian ini menggunakan Kaedah Lattice (Lattice Method).

Kaedah ini sesuai kepada murid-murid yang sukar menguasai cara mendarab dalam bentuk

lazim yang selalunya memerlukan pengiraan yang panjang. Berikut adalah langkah-langkah

bagaimana mengajar Lattice Method kepada murid :

Page 14: Proposal.docx

i. Dalam pendekatan ini, kotak dibina, saiz disesuaikan dengan angka yang didarabkan.

Gambaran di bawah adalah contoh untuk pendaraban 469 X 37

 

ii. Sebelum pendaraban dilakukan, garis menyerong dilukis pada setiap kotak untuk

membahagikan setiap kotak pada dua bahagian.

iii. Pendaraban menggunakan Kaedah Latice melibatkan tiga langkah utama yang iaitu

mendarab, membawa dan menambah. Sekarang kita mengira hasil darab untuk setiap

kotak. 

a. Kotak di barisan yang pertama akan digunakan untuk hasil darab bagi 9 X 3, 6 X 3

dan 4 X 3.

b. Kotak  di barisan kedua akan digunakan untuk hasil darab 9 X 7, 6 X 7 dan 4 X 7.

c. Hasil jawapan dimasukkanke dalam kotak yang telah dibahagi dua secara menyerong.

Sekiranya hasil darab kurang daripada 10, maka nombor sifar (0) akan di masukkan

terlebih dahulu dalam ruang atas kotak diikuti nombor jawapan.

Page 15: Proposal.docx

 

iv. Hasil darab tadi akan dikira untuk mendapatkan jawapan. Hasil darab ini kan dikira

menggunakan operasi tambah. Hasil tambah nombor akan dikira secara menyerong.

Pengiraan dimulakan pada sel (kotak yang telah dibahagi dua) pada penjuru yang paling

kanan (warna pink).

v. Oleh kerana nombor pada penjuru paling kanan merupakan satu-satunya nombor pada sel

ini, jumlah hasil tambah yang pertama adalah 3. Jumlah ditempatkan disepanjang

bahagian bawah kotak.

vi. Hasil tambah yang berikutnya dikira secara meneyerong diikuti sel-sel yang lain (biru,

jingga, hijau dan kuning)

2 + 6 + 7 = 15

2 + 8 + 4 + 8 = 22 (+ 1) = 23

2 + 2 + 1 = 5 (+2) = 7

1 = 1

 

vii. Jika hasil tambah adalah melebihi 9 atau angka dua digit, angka yang pertama akan

ditletakkan bada bahagian bawah kumpulan sel di sebelah kiri. Contohnya, jawapan pada

sel berwarna biru (2 + 6 + 7 = 15) , 5 di tempatkan tepat di bawah bahagian bawah sel

biru dan membawa 1 diletakkan pada kumpulan sel di sebelah kiri.

Page 16: Proposal.docx

viii. Tambahkan setiap nombor yang berada pada garisan menyerong. Produk akhir adalah

terdiri daripada nombor di bawah kumpulan sel yang dikira. Jawapan akan dibaca dari

arah kiri ke arah kanan untuk menghasilkan jawapan akhir. Contohnya adalah seperti di

bawah :

Jawapan akhir ialah 17353.

2.2 LITERATUR BERKAITAN

Matematik merupakan salah satu subjek teras yang amat penting untuk dikuasai oleh murid

khasnya murid di sekolah rendah. Kegagalan dalam menguasai subjek ini diperingkat awal

akan mendatangkan kesan yang negatif kepada pembelajaran diperingkat yang lebih tinggi.

Dalam mencapai status negara maju dalam tahun 2020, beberapa perubahan dasar telah

dibuat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam proses memperkasa sistem pendidikan di

Malaysia bagi memenuhi keperluan negara di masa hadapan. Dalam perubahan dasar

tersebut, ia turut melibatkan subjek Matematik. Hal ini kerana, Matematik dianggap sebagai

satu subjek yang amat penting dan juga merupakan subjek kritikal khasnya di sekolah rendah.

Ramai guru sekolah menyatakan Matematik sukar dimuridi oleh murid-murid. Ramai murid

gagal dalam menguasai Matematik dengan baik kerana menghadapi masalah dalam

menguasai konsep operasi asas. Terdapat empat operasi asas dalam Matematik. Operasi asas

tersebut adalah tambah, tolak, darab, dan bahagi. Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah (KBSR), antara perkara yang menjadi fokus adalah membolehkan murid menguasai

keempat-empat kemahiran tersebut. Menguasai keempat-empat kemahiran asas Matematik

itu adalah sangat penting kerana ia merupakan asas dalam menguasai tajuk yang lebih

komplek di dalam subjek Matematik itu sendiri dan juga menjadi asas dalam menguasai

subjeksubjek lain seperti subjek Sains. Kemahiran matematik tidak hanya diaplikasi dalam

subjek Matematik. Sebaliknya, kemahiran matematik diaplikasi di dalam subjek-subjek dan

bidang-bidang lain termasuk dalam urusan seharian manusia.

Page 17: Proposal.docx

Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar dikuasai

murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid bermasalah dalam

menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran mendarab. Pada dasarnya,

punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam menghafal sifir. Cooper (1994)

menyatakan :

“The number facts of multiplication are more difficult for some students because the patterns

are less obvious and the number are larger. However, there are students who count the

addition facts but know the multiplication facts. This phenomena occurs because the students

are instruct to memorize the multiplication facts, but are allowed to count the addition facts.”

2.3 KAJIAN LITERATUR BERKAITAN

Menurut Gay (1996), kajian literatur merupakan satu komponen yang sama pentingnya dalam

komponen lain dalam satu proses penyelidikan. Tujuan kajian literatur adalah untuk

memastikan apa yang telah dilakukan oleh penyelidik-penyelidik lain dan apakah yang perlu

dibuat dalam kajian yang akan dijalankan. Selain itu, ia bertujuan membentuk satu kerangka

teori yang membantu penyelidik memahami metadologi yang bersesuaian dengan bidang

yang dikaji (Ahmad, 1997)

Selalunya, murid tidak mengetahui perkara yang perlu dilakukan dan tidak menguasai kaedah

penyelesaian soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir.

Menurut Cooper (1994), sesetengah murid mendapati corak adalah berguna dalam

penguasaan operasi pendaraban. Oleh itu, kajian ini memfokus kepada satu kaedah iaitu

Kaedah Lattice dalam membantu murid untuk menguasai sifir seterusnya dapat menjawab

soalan pendaraban melibatkan nombor 5 digit dengan 2 digit dan 1 digit. Pendekatan melalui

Kaedah Lattice yang digunakan pengkaji dalam kajian ini ada diperkenalkan dalam Modul

Skim Baucar Tuisyen Mathematics Year 5 Kementerian Pelajaran Malaysia (2004).

Page 18: Proposal.docx

2.4 RUMUSAN

Secara umumnya, kajian-kajian yang telah dijalankan terhadap Kaedah Lattice dalam

pengajaran dan pembelajaran telah lama digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Oleh yang demikian, setiap kekuatan dan kelemahan yang dikenal pasti oleh penkaji untuk

memastikan input dan output dalam proses pembelajaran daripada kajian ini adalah dalam

kualiti yang terbaik.

Page 19: Proposal.docx

BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Menurut Rohana (2003), bahagian metodologi kajian merupakan bahagian yang penting

dalam sesuatu proses penyelidikan. Ia merupakan prosedur bagi menjalankan sesuatu

penyelidikan daripada proses merumuskan masalah sehingga ke peringkat membuat laporan.

Penggunaan kaedah yang betul dan teratur merupakan salah satu faktor yang penting dalam

menentukan sesuatu kajian yang dijalankan itu dapat mencapai objektifnya. Data yang

diperolehi perlu dianalisis untuk mendapatkan keputusan dan kesimpulan. Menurut Mohd.

Majid Konting (2004), pengumpulan maklumat melibatkan proses yang rumit dan mahal.

Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan

maklumat yang tidak tepat, kabur dan boleh menyebabkan beban maklumat.

3.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan pendekatan eksperimen kuasi yang lebih sesuai untuk bidang

pendidikan (Creswell, 2008). Ini kerana dalam kajian eksperimen kuasi pengkaji tidak perlu

mengubah kedudukan kumpulan-kumpulan yang dikaji.

Kajian ini berpandukan pada Model Kajian Kurt Lewin yang melibatkan lima langkah utama

dalam menjalankan kajian secara teliti dan terperinci. Langkah-langkah tersebut melibatkan

prosedur mengenalpasti, merancang, pelaksanaan, pemerhatian dan refleksi. Kitaran

langkah-langkah ini dilakukan bagi memastikan masalah yang timbul semasa pelaksanaan

dapat dibendung dengan segera. Kelebihan dan kelemahan kajian juga dapat dikenalpasti dan

perancangan bagi penambahbaikan juga akan dapat dilakukan untuk memastikan

keberkesanan kajian pada tahap yang maksimum.

Berikut merupakan perincian bagi setiap langkah dalam prosedur ;

3.2.1 Mengenalpasti

Dalam langkah mengenalpasti, prosedur ini meliputi pengenalpastian kumpulan sasaran,

masalah Matematik yang dihadapi, bilangan subjek kajian dan pihak yang terlibat sepanjang

pelaksanaan kajian. Kumpulan sasaran dalam kajian ini adalah murid Program Pendidikan

Page 20: Proposal.docx

Khas Integrasi dari Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior seramai enam yang terdiri

daripada variasi tahap pencapaian yang pelbagai dari lemah hingga cemerlang. Masalah

Matematik yang menjadi bahan kajian utama adalah masalah operasi fakta asas darab yang

melibatkan pendaraban bagi nombor dua digit atau nombor yang melebihi dua digit. Pihak

yang terlibat sepanjang kajian ini adalah murid sendiri, pihak guru, pihak sekolah dan panitia

matematik daerah secara tidak langsung.

3.2.2 Merancang

Langkah perancangan melibatkan jangka masa kajian, tarikh dan masa pelaksanaan kajian,

penyedian bahan-bahan kajian sehinggalah kepada dokumentasi, persembahan dan laporan

kajian. Tinjauan keseluruhan secara berterusan adalah perlu bagi memastikan perancangan

yang digariskan adalah releven dengan fokus utama kajian. Berikut merupakan antara aktviti

yang dirancang bagi memastikan keberlangsungan kajian ini :

i. Tinjauan awal / Pemerhatian

ii. Ujian Pra

iii. Bengkel Kaedah Lattice

iv. Pengukuhan melalui soalan (Ujian Pengukuhan)

v. Pengayaan melalui kuiz (Ujian Pengayaan)

vi. Ujian Pos

3.2.3 Pelaksanaan

Langkah pelaksanaan ini melibatkan setiap aktiviti dan sebarang program yang dilaksanakan

untuk tujuan kajian. Berikut merupakan perincian aktviti dan program yang telah

dilaksanakan sepanjang kajian berlangsung :

Page 21: Proposal.docx

Jadual 3.2.3.1 : Jadual Pelaksanaan Tindakan

BIL AKTVITI / PROGRAM TARIKH

1. Temubual bersama guru yang terlibat

( Guru Matematik)

21 Januari 2013

2. Mengenalpasti masalah Matematik yang diutarakan 22 Januari 2013

3. Mengenal pasti kumpulan sasaran 22 Januari 2013

4. Merancang tindakan, Carta Gantt dan kos kajian 28 Januari 2013

5. Merancang cara pengumpulan data 4 Februari 2012

6. Merancang cara analisis data 18 Februari 2013

7. Mereka instrumen 25 Februari 2013

8. Menulis proposal kajian 11 Mac 2013

9. Perbincangan dan pembentangan cadangan kajian

tindakan yang dijalankan bersama pensyarah

penyelia

15 Mac 2013

10. Memurnikan cadangan kajian tindakan 18 Mac 2013

11. Pelaksanaan tindakan ( Tindakan i dan ii (Rujuk

3.2.2- Tinjauan awal / Pemerhatian)

Pengumpulan data kajian ( maklumat awal subjek

kajian sebelum ujian pra dilaksanakan)

19 Mac 2013

12. Analisis data bahan kajian 20 Mac 2013

13. Merancang tindakan 1 April 2012

Page 22: Proposal.docx

14. Pelaksanaan Tindakan

(Tindakan ii (Rujuk 3.2.2) – Ujian Pra)

2 April 2013

15. Analisis data (Ujian Pra ) 3 April 2013

16. Pelaksanaan Tindakan

(Tindakan iii ( Rujuk 3.2.2) – Bengkel Kaedah

Lattice Fasa I)

4 April 2013

17. Mengumpul dan analisis data 5 April 2013

18. Pelaksanaan Tindakan

(Tindakan iii ( Rujuk 3.2.2) – Bengkel Kaedah

Lattice Fasa II)

9 April 2013

19. Mengumpul dan analisis data 10 April 2013

20. Pelaksanaan tindakan

( Tindakan iv dan v (Rujuk 3.2.2)- Ujian

Pengukuhan dan Ujian Pengayaan)

11 April 2013

21. Mengumpul dan analisis data 12 April 2013

22. Pelaksanaan tindakan ( Tindakan vi (Rujuk 3.2.2)-

Ujian Pos)

16 April 2013

23. Mengumpul dan analisis data 17 April 2013

24. Analisis data keseluruhan kajian 18 April 2018

25. Pemurnian data kajian 19 April 2013

26. Refleksi Kajian 20 April 2013

27. Menulis Laporan Kajian 23 April 2013

Page 23: Proposal.docx

3.2.4 Pemerhatian

Lima fokus dalam pemerhatian sepanjang kajian ialah murid, pencapaian dan prestasi murid,

guru, sekolah dan ibu bapa. Pemerhatian ini adalah bertujuan untuk penilaian keberkesanan

Kaedah Lattice dalam membantu murid menguasai operasi darab yang melibatkan dua

nombor. Fokus utama pemerhatian ialah murid dan pencapaian murid dalam setiap ujian

penilaian dan pengukuhan. Komen daripada pihak guru, ibu bapa dan sekolah adalah bagi

menilai keberkesanan teknik pemudahcara iaitu Kaedah Lattice dalam perubahan tingkah

laku murid terhadap pembelajaran Matematik khususnya dalam minat mereka pada subjek

Matematik. Maka dengan itu, pemerhatian bukan semata-mata pada aspek kognitif murid

tetapi juga kesan terhadap aktviti pembelajaran harian murid.

3.2.5 Refleksi

Refleksi berlangsung pada setiap akhir aktiviti dan program yang berlangsung dan refleksi

keseluruhan pada akhir kajian. Refleksi ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan dan

kelemahan tindakan serta cadangan penambahbaikan. Refleksi dalam kajian ini boleh

dibahagikan kepada tiga kategori yang berikut :

i. Refleksi setiap aktiviti / program yang dilaksanakan setiap kali selepas satu langkah

kajian dilaksanakan.

ii. Refleksi pengalaman pelaksanaan penyelidikan / kajian tindakan

iii. Refleksi pembelajaran

3.3 POPULASI DAN PERSAMPELAN KAJIAN

Pengenalpastian populasi persampelan kajian adalah penting dalam sesuatu penyelidikan

pendidikan. Populasi menentukan bidang masalah yang perlu dikaji. Populasi menentukan

sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan dianalisis.

Pentafsiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan

terbatas kepada populasi yang dikaji (Mohd. Majid Konting, 2004).

Persampelan merupakan satu strategi penyelidikan untuk mendapatkan maklumat mengenai

sesuatu populasi daripada individu-individu bagi menjadi anggota populasi itu. Penggunaan

sampel kajian dapat mengurangkan kos, masa dan tenaga penyelidikan dengan maklumat

yang diperolehi boleh digunakan bagi menganggarkan maklumat tentang populasi.

Page 24: Proposal.docx

Persampelan perlu dilakukan dengan berkesan dan apa yang penting ialah sampel yang

diambil dapat mewakili populasi.

Kajian ini difokuskan kepada sebuah kelas Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah

Kebangsaan Taman Dusun Nyior yang terdiri dari enam orang dan mempunyai tahap

pencapaian yang berbeza..

3.4 INSTRUMEN KAJIAN

Pemilihan jenis instrumen bergantung kepada objektif penyelidikan dan reka bentuk

penyelidikan sama ada, deskriptif atau eksperimen. Dalam penyelidikan ini kaedah yang

digunakan ialah kaedah kuantitatif. Kaedah kuantitatif dijalankan dengan mengedarkan

borang soal selidik dan ujian pra dan pos yang perlu diisi oleh para murid yang dipilih

sebagai sampel. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan yang disusun secara teratur untuk

ditadbir kepada responden. Soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam

penyelidikan pendidikan. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan

fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan minat murid terhadap model permainan.

Soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang lebih besar (Mohd.

Majid Konting, 2004). Soal selidik yang disediakan akan dapat memenuhi kriteria kesahan

dan kebolehpercayaan dalam pengendalian sesuatu kajian dalam erti kata lain, soal selidik

bertujuan mendapatkan data daripada responden dan boleh dianggap sebagai satu usaha

menyampaikan rangsangan bagi mendapatkan jawapan daripada responden.

Sebelum langkah-langkah yang seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan

terhadap masalah yang dikenal pasti dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih

mendalam masalah tersebut. Tinjauan dilakukan dengan mengutip data berteraskan

pendekatan di bawah:

3.4.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian digunakan dalam kajian ini. Pemerhatian ini dibuat semasa proses

pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Pemerhatian dilakukan secara pemerhatian

kasar dan secara fizikal terhadap murid yang terlibat sebagai subjek kajian. Pengkaji akan

melakukan pemerhatian di dalam kelasa dalam aspek minat murid dalam pembelajaran

Page 25: Proposal.docx

Matematik, penglibatan murid dalam pembelajaran Matematik seterusnya kekerapan murid

dalam memberikan respon ketika soalan-soalan diberikan secara lisan kepada murid.

Di samping itu pemerhatian juga dilalui semakan kerja rumah dan latihan bertulis. Latihan

ringkas diberikan kepada murid dan dihantar kepada pengkaji untuk disemak. Daripada hasil

kerja tersebut, pengkaji akan menganalisis hasil kerja murid untuk melihat masalah sebenar

yang dihadapi oleh murid dalam menjawab soalan Matematik. Langkah pengiraan dan cara

kerja yang dibuat oleh murid adalah dititikberatkan bagi memastikan penyelidikan masalah

yang lebih spesifik oleh pengkaji.

3.4.2 Temu bual

Temu bual ini dilakukan secara tidak formal. Ianya dijalankan terhadap murid yang

mempunyai masalah dalam pendaraban melibatkan nombor dua digit atau melebihi dua digit,

Sabah. Berikut merupakan antara soalan yang diusulkan kepada murid yang menjadi sampel

kajian :

i. Adakah anda suka pada subjek Matematik ?

ii. Apakah topik yang paling anda suka?Mengapa?

iii. Apakah topik yang paling susah?Mengapa?

iv. Bolehkah anda membaca sifir? (1 hingga 9)

v. Adakah anda suka menjawab soalan di hadapan?

vi. Mengapakah anda cakap topik tu susah?

vii. Bolehkah anda jawab soalan ini?Tunjukkan langkah pengiraan.

3.4.3 Ujian Pra

Ujian pra dijalankan bagi menguji tahap sebenar penguasaan murid-murid terhadap sifir dan

pendaraban 2 nombor. Ujian pra dijalankan sebelum sesi bimbingan

bermula.

Berikut merupakan bahan-bahan yang digunakan semasa kajian :

a) Aktiviti 1 (Ujian Pra)

Ujian yang mengandungi 20 soalan. (Rujuk Lampiran B1 hingga B4)

Page 26: Proposal.docx

b) Aktiviti 2 (Latihan Pengukuhan)

Lembaran kerja yang mengandungi 5 soalan. (Rujuk Lampiran C1 dan C2)

c) Aktiviti 3 (Kuiz)

Lembaran kerja yang mengandungi 5 soalan. (Rujuk Lampiran D1 dan D2)

d)Aktviti 4 (Ujian Pos)

Ujian yang mengandungi 20 soalan (Rujuk Lampiran E1 hingga E4)

Berikut merupakan perincian sepanjang pelaksanaan kajian tindakan ;

i. Pengkaji memperuntukkan masa selama satu jam pada setiap bengkel Kaedah Lattice.

ii. Pengkaji bertindak sebagai pelaksana di dalam melaksanakan kajian tindakan ini.

Sementara guru-guru dan juga murid-murid lain turut terlibat secara tidak langsung

semasa ujian pra dan dalam membuat pemerhatian.

iii. Pemerhatian dibuat bagi menilai keberkesanan aktiviti yang sedang dijalankan.

Pemerhatian juga dilakukan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran, melalui

semakan kerja rumah, latihan bertulis dan ujian pra.

iv. Dua sesi temubual dijalankan terhadap murid-murid kumpulan sasaran untuk melihat

respon murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran sebelum dan selepas

mempelajari Kaedah Lattice.

v. Ujian pra dijalankan diperingkat awal kajian, manakala ujian pos dijalankan pada akhir

tempoh kajian. Keputusan ujian pra dan ujian pos dianalisis bagi mengetahui perubahan

prestasi murid.

vi. Soalan ujian pra dan ujian pos hampir sama bagi melihat murid sudah menguasai

kemahiran yang dipelajari.

Page 27: Proposal.docx

3.5 KOS KAJIAN

Dalam melaksanakan penyelidikan ini, pengkaji telah menggunakan beberapa bahan untuk

menjayakan bengkel dan ujian seperti yang telah dirancang. Berikut merupakan perincian kos

kajian yang digunakan :

BIL PERKARA KUANTITI KOS

(RM)

JUMLAH

(RM)

1. Tapak Kaedah Lattice

i) Kadbod

ii) Kertas warna (merah

dan kuning)

iii) Kad manila

iv) Pembalut plastik

1

10

1

1

2.40

0.05

1.00

3.90

2.40

0.50

1.00

3.90

2. Whiteboard Marker

i) Hitam

ii) Biru

iii) Merah

1

1

1

2.90

2.90

2.90

2.90

2.90

2.90

3. Ujian Pra

i) 6 set soalan

(3 helai setiap set)

18 0.10 1.80

4. Ujian Pengukuhan

i) 6 Set Soalan

(2 helai setiap set)

12 0.30 3.60

5. Ujian Pengayaan

i) 6 Set Soalan

(2 helai setiap set)

12 0.30 3.60

6. Ujian Pos

i) 6 Set Soalan

(3 helai setiap set)

18 0.10 1.80

Jumlah RM 27.30

Page 28: Proposal.docx

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Dalam melaksanakan penyelidikan ini pengkaji telah mengambil tindakan dan melaksanakan

beberapa perkara penting bagi memudahkan perjalanan pengumpulan data kajian yang

sebenar. Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah menentukan tatacara kerja yang akan

dilakukan seperti berikut. Secara keseluruhannya prosedur di atas dapat diringkaskan dalam

Rajah 3.5 berikut:

Rajah 3.5.1 : Kaedah Pengumpulan Data

Mengenal pasti tajuk kajian

Tinjauan Awal

Masukkandata

Membuat Tinjauan Kerelevenan Isu

Menyediakan proposal

Pengumpulan data murid

Analisis Data

Pelaksanaan tindakan

Masukkandata

Dokumentasi / Pelaporan

Masukkandata

Page 29: Proposal.docx

RUJUKAN

Page 30: Proposal.docx

LAMPIRAN A

TAPAK KAEDAH LATTICE

Page 31: Proposal.docx

LAMPIRAN B1

UJIAN PRAMATEMATIK

Markah :

NAMA : _____________________________________________

KELAS : _____________________________________________

Jawab soalan yang berikut. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruang yang

disediakan. Markah yang ditetapkan adalah seperti yang terdapat pada hujung kanan

setiap soalan.

1.) 23 X 5 (5 markah)

2.) 27 X 3 (5 markah)

3.) 188 X 2 (5 markah)

Page 32: Proposal.docx

LAMPIRAN B2

1.) 123 X 5 (5 markah)

2.) 155 X 6 (5 markah)

3.) 175 X 4 (5 markah)

4.) 6 X 119 (5 markah)

Page 33: Proposal.docx

LAMPIRAN B3

1.) 203 X 4 (5 markah)

2.) 1234 X 4 (5 markah)

3.) 1256 X 3 (5 markah)

4.) 123 X 12 (5 markah)

Page 34: Proposal.docx

LAMPIRAN B4

1.) 145 X 11 (5 markah)

2.) 133 X 13 (5 markah)

3.) 188 X 12 (5 markah)

Page 35: Proposal.docx

LAMPIRAN B5

1.) 428 X 15 (5 markah)

2.) 568 X 23 (5 markah)

3.) 23 X 18 (5 markah)

Page 36: Proposal.docx

LAMPIRAN B6

1.) 2795 X 12 (5 markah)

2.) 241 X 24 (5 markah)

3.) 12 X 122 (5 markah)

Page 37: Proposal.docx

LAMPIRAN C1

SK TAMAN DUSUN NYIORSEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

LATIHAN PENGUKUHAN MATEMATIKBENGKEL KAEDAH LATTICE FASA I

TARIKH : 4.4.2013NAMA : _____________________________________________________

Selesaikan soalan yang berikut.

1. x =

2. x =

123

32

153

13

Page 38: Proposal.docx

LAMPIRAN C2

3. x =

4. x =

5. x =

123

42

143

22

111

35

Page 39: Proposal.docx

LAMPIRAN D1

SK TAMAN DUSUN NYIORSEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

LATIHAN PENGAYAAN MATEMATIKBENGKEL KAEDAH LATTICE FASA II

TARIKH : 9.4.2013NAMA : _____________________________________________________

Selesaikan soalan yang berikut.

6. x =

7. x =

1234

132

153

153

Page 40: Proposal.docx

LAMPIRAN D2

8. x =

9. x =

10. x =

4123 142

1543 112

1111 3333

Page 41: Proposal.docx

LAMPIRAN E1

UJIAN POS

MATEMATIK

Markah :

NAMA : _____________________________________________

KELAS : _____________________________________________

Jawab soalan yang berikut. Tunjukkan langkah pengiraan pada ruang yang

disediakan. Markah yang ditetapkan adalah seperti yang terdapat pada hujung kanan

setiap soalan.

1.) 235 X 55 = ________________________ (5 markah)

2.) 127 X 32 = ________________________ (5 markah)

3.) 188 X 24 = ________________________ (5 markah)

Page 42: Proposal.docx

LAMPIRAN E2

1.) 123 X 57 = ________________________ (5 markah)

2.) 155 X 64 = ________________________ (5 markah)

3.) 175 X 45 = ________________________ (5 markah)

4.) 61 X 119 = ________________________ (5 markah)

Page 43: Proposal.docx

LAMPIRAN E3

1.) 2033 X 44 = ________________________ (5 markah)

2.) 1234 X 63 = ________________________ (5 markah)

3.) 1256 X 35 = ________________________ (5 markah)

4.) 123 X 123 = ________________________ (5 markah)

Page 44: Proposal.docx

LAMPIRAN E4

1.) 145 X 113 = ________________________ (5 markah)

2.) 533 X 135 = ________________________ (5 markah)

3.) 118 X 122 = ________________________ (5 markah)

Page 45: Proposal.docx

LAMPIRAN E5

1.) 4284 X 151 = ________________________ (5 markah)

2.) 568 X 234 = ________________________ (5 markah)

3.) 923 X 181 = ________________________ (5 markah)

Page 46: Proposal.docx

LAMPIRAN E6

1.) 2795 X 1111 = ________________________ (5 markah)

2.) 2419 X 2222 = ________________________ (5 markah)

3.) 1562 X 1221 = ________________________ (5 markah)

Page 47: Proposal.docx