Upload
zulkifli-zul-siron
View
117
Download
12
Embed Size (px)
Citation preview
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan merupakan teras kepada pembangunan dan kemajuan
Negara. Pendidikan yang berkualiti dan cemerlang merupakan wahana usaha
membangunkan generasi akan datang. Pendidikan yang bermutu, dapat
melahirkan generasi yang sedar dan insaf dengan erti hidup dan
bertanggungjawab memperkembangkan potensi masing-masing bagi mencapai
kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.Justeru itu, pendidikan
berfungsi sebagai alat memenuhi keperluan negara dalam pelbagai aspek sama
ada politik, ekonomi atau sosial.(Mohamad bin Muda,1991).
1.1 Pengenalan
Bahasa Melayu telah dimahkotakan sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi negara, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum dan
juga bahasa pengantar pendidikan (Nik Safiah et al., 1996, hlm.19). Berbagai-
bagai usaha dan kajian dilakukan bagi meningkatkan mutu Bahasa Melayu agar
tiada lagi suara yang menafikan keutuhannya.
Lantaran itu, pendidikan di Malaysia juga mengalami gelombang reformasi
yang begitu pesat sesuai dengan tuntutan era teknologi maklumat. Anjakan
paradigma dan pengubahsuaian pada kurikulum ini adalah bertujuan
membina dan mengembangkan kuasa berfikir guru dan murid. dengan memberi
penekanan kepada proses kognitif dalam isi pelajaran dan pengetahuan dalam
bahasa Melayu itu serta menentukan negara dapat mengeluarkan warganegara
yang seimbang dan cemerlang dari segi akademik, intelektual, modal insan dan
sahsiah diri. Untuk memperkasakan produk yang dihasilkan ini, sekolah adalah
platform yang terbaik untuk melahirkan genarasi yang mampu berdaya saing
sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Justeru itu, pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran telah dicadang untuk digunakan semasa
menyampaikan sesuatu pengajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah.
Pengalaman kehidupan hari ini juga jelas menunjukkan kemahiran
menulis merupakan salah satu alat perhubungan yang penting walaupun
terdapat pelbagai kemajuan dalam teknologi komunikasi. Melalui kemahiran
menulis, sesuatu idea, maklumat, pendapat dan ilmu pengetahuan dapat
disampaikan dengan tepat, jelas dan berkesan. Pendidikan bertujuan untuk
melahirkan insan yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi serta jasmani selaras dengan hasrat
Falsafah Pendidikan Negara (Mok, 1992).
Menguasai kemahiran menulis dalam bahasa Melayu bukanlah suatu
perkara yang mudah seperti membaca kerana pembelajaran menulis ini
memerlukan keupayaan kognitif dan psikomotor pada peringkat yang tertinggi
sekali jika dibandingkan dengan kemahiran yang lain. Henry Guntur (1982)
menghuraikan, “Menulis merupakan ketrampilan berbahasa (Language Skills)
2
yang dipergunakan untuk berkomunikasi secara tidak langsung, tidak secara
tatap muka dengan orang lain. Sebaliknya, menulis juga merupakan kegiatan
yang produktif dan ekspresif. Si penulis harus trampil memanfaatkan grafologi,
struktur bahasa dan kosa kata”.
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Pengalaman sebagai pendidik mula bertapak dalam diri saya dengan
langkah pertama saya mengikuti program perguruan asas dalam Pengajian
Melayu Sekolah Rendah pada tahun 1986 hingga November 1988 di Maktab
Perguruan Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan. Tamat latihan, saya
ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Star,Gua Musang, Kelantan selama tiga
tahun dan seterusnya sehingga kini di Sekolah Kebangsaan Gedangsa, Hulu
Selangor. Dalam satu sesi pengajaran dan pembelajaran lalu, saya telah
meminta murid-murid untuk membina ayat berdasarkan gambar yang diberikan.
Hasilnya, saya berasa sedikit kehairanan kerana tiada murid yang dapat
membina ayat dengan struktur ayat yang betul. Respon pertama yang diperoleh
adalah murid menunjukkan isyarat tangan “tidak tahu”. Namun, saya masih
meminta murid membina ayat tunggal. Dengan sedikit bantuan, beberapa orang
murid dapat membina ayat yang diminta.
Berdasarkan ayat yang telah ditulis, saya dapat mengesan kesalahan
yang dilakukan oleh murid. Kesalahan yang paling ketara adalah berkaitan
3
dengan struktur dan tatabahasa ayat. Sebagai contoh, seorang murid telah
menulis ayat “Ibu ayam masak”. Ayat ini jelas menunjukkan kesalahan dari segi
struktur dan tatabahasa penulisan. Ayat yang sepatutnya ditulis adalah “Ibu
memasak ayam” atau “Ibu sedang memasak ayam”.
Pada mulanya, saya merasa tercabar untuk menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran pada hari berikutnya. Masalah yang dihadapi oleh mereka
memungkinkan pembelajaran menjadi sia-sia. Namun begitu, keperluan untuk
mengatasi masalah tersebut telah membangkitkan semangat dan kesedaran
saya, iaitu saya perlu mencari jalan penyelesaian membantu mereka menangani
masalah yang dihadapi.
Hasil kajian Abdul Hamid (2006), menunjukkan bahawa kesilapan ayat
disebabkan murid-murid kerana kurang memahami struktur ayat tunggal, ayat
majmuk, ayat aktif dan ayat pasif. Akibatnya ayat-ayat yang ditulis itu kerap
janggal dan menyalahi hukum tatabahasa bahasa Melayu”. Sehubungan itu,
dapatan yang hampir sama juga ditemukan dalam kajian Awang (1992) yang
menunjukkan masalah penulisan dan aspek sintaksis yang dikaji ialah ayat
tunggal aktif dan pasif.
Saya menggunakan kad bergambar sebagai bahan rangsangan utama.
Pada pandangan saya, kelemahan penguasaan perbendaharaan kata dalam
4
kalangan murid-murid di sekolah ini juga mempengaruhi permasalahan dalam
menulis ayat tunggal. Penguasaan kosa kata yang terhad kurang memberi
keyakinan dalam kalangan murid-murid mengujarkan ayat-ayat bernas dan ini
memberi kesan ketika murid-murid membina ayat mudah dan terdapat dalam
kalangan mereka tidak boleh mengeja perkataan dengan betul dan tepat.
Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran penulisan bahasa Melayu
memerlukan kemahiran guru, khususnya dalam proses dan tindak balas bahan
dan teknik yang disampaikan dalam pengajaran di dalam bilik darjah.
Peningkatan kebolehan komunikasi murid dalam penulisan hanya berlaku
sekiranya mereka terlibat secara langsung dan mendalam dalam suasana
pembelajaran yang mana menggalakkan pertumbuhan kebolehan penulisan
mereka (Roselan, 2003).
Berdasarkan kepada pemerhatian terhadap murid, saya dapati aktiviti
pembelajaran secara individu yang dijalankan kurang berkesan, kurang fokus,
mudah merasa bosan dan masalah kelemahan membina ayat ini masih
berterusan. Hal ini kerana murid-murid di dalam kelas itu mempunyai
pelbagai kebolehan. Dengan adanya aktiviti berkumpulan didapati murid-murid
secara lansung berinteraksi, bertukar-tukar pendapat serta berlaku pembelajaran
ke arah lebih realistik. Strategi dan kaedah pengajaran guru yang tidak sesuai
5
dan kurang berkesan juga menjadi impak kepada permasalahan dalam
penulisan ayat bahasa Melayu ini.
Walaupun begitu, setelah saya perincikan, terdapat permasalahan sama yang
wujud di kedua-dua sekolah semasa saya mengajar dan masih berterusan
hingga kini. Masalah tersebut ialah, murid tidak dapat menggunakan kemahiran
hubungkait kata nama dan kata kerja dengan baik semasa membina ayat
tunggal yang sistematik. Masalah ini dapat saya kesan apabila saya masuk ke
langkah dua pengajaran, iaitu memerlukan murid menggunakan kemahiran
hubungkait dalam penulisan bahasa Melayu berdasarkan apa yang dipelajari
dalam langkah pertama tadi. Namun, timbul permasalahan apabila murid gagal
menggunakan kemahiran hubungkait dalam pembinaan ayat tunggal ini dan
aktiviti tidak dapat berjalan lancar.
Pada pendapat saya, punca yang menyebabkan timbulnya permasalahan
ini ialah penggunaan alat bantu dan kaedah mengajar yang tidak bersesuaian,
dan murid malu bertanya soalan. Bagi menyelesaikan masalah ini, saya
bercadang untuk menggunakan alat bantu mengajar dengan menggunakan
kaedah pembelajaran koperatif, iaitu kumpulan kecil 4/4 seperti dalam contoh
yang saya akan jalankan. Seorang sarjana aliran behaviourisme, iaitu Kimble,
(1991) berkata, pembelajaran sebagai perubahan potensi tingkahlaku yang agak
tetap akibat daripada latihan dan pengukuhan. Dalam proses pembelajaran
6
penulisan, komunikasi dan kerjasama antara murid-murid juga akan lebih
berkesan apabila teori ini diaplikasikan. Saya sangat pasti semua alat bantu
mengajar seperti kad gambar, kad perkataan, perkataan berpandu ini dengan
mengaplikasikan kaedah koperatif dapat menjadi pemangkin kepada murid untuk
melahirkan penulisan ayat tunggal yang sistematik strukturnya.
1.3 Refleksi Nilai Pendidikan
Kooperatif berasal dari bahasa Inggeris iaitu “Cooperate” yang bererti
bekerja bersama-sama. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm 821, 2010),
“Koperatif” membawa maksud ‘Syarikat Kerjasama”. Kerjasama pula diertikan
bekerja atau berbuat sesuatu bersama-sama atau dengan cara saling
membantu menyumbang bersama-sama untuk mencapai satu matlamat. Maka
dengan itulah , saya memilih untuk memegang nilai koperatif untuk diaplikasikan
dalam bidang pendidikan. Menurut Slavin, (Isjoni, 2006) mengatakan, bahawa
kooperatif adalah suatu model pembelajaran di mana kanak-kanak belajar dan
bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil secara kerjasama yang
anggotanya 4-6 orang dengan struktur kelompok heterogen.
Nilai kooperatif sebenarnya bukan suatu bentuk pembelajaran yang baru.
Para ahli psikologi sosial telah mengembangkan pola kerja kooperatif pada
sekitar tahun 1920, sedangkan penekanan pola kerja kooperatif yang aplikasikan
7
pada pembelajaran di dalam kelas dimulai sekitar 1970. Selanjutnya para
perancang pendidikan, telah menemukan pelbagai model atau teknik-teknik
pembelajaran koperatif pada pembelajaran di dalam kelas. Prosedur model
pembelajaran koperatif yang dilakukan dengan benar akan memungkinkan
pendidik mengelola kelas dengan lebih efektif.
Selain aspek pemikiran, kematangan dan perkembangan intelek dalam
kalangan murid nilai kerjasama ini dipengaruhi oleh aspek persekitaran. Menurut
Vygotsky, (seperti yang dinyatakan dalam Moll,1992) pembelajaran berlaku
dalam persekitaran interpsikologi atau dipanggil dunia luar (external world)
sebelum ianya diterima dan dijiwai oleh murid dalam persekitaran intrapsikologi
(internal world). Inilah yang sangat diperlukan oleh guru dan murid semasa
mereka menjalani proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Vygotsky
melihat fungsi teknik sebagai membantu mengatur dunia luar manakala alatan
psikologikal sebagai mekanisme dalaman bagi mengatur minda untuk berfungsi
pada aras yang lebih tinggi. Dalam hubungan ini, peralatan dan proses interaksi
dengan rakan bertindak sebagai perantaraan kepada proses pembelajaran yang
berlaku dalam Zon Perkembangan Terdekat .‘Zone of Proximal Development’
(ZPD) (Moll, 1992). ZPD merupakan perbezaan antara tahap keupayaan minda
dengan keupayaan belajar sebenar dan berperanan untuk membantu
perkembangan murid ketika berada pada tahap antara sosial (yang dibantu) dan
tahap psikologikal (independent).
8
Proses sosialisasi sesama ahli kumpulan penting untuk menghasilkan
kumpulan yang dinamik jika setiap ahli berkongsi matlamat yang sama kerana
ianya dapat mengembangkan interaksi yang positif dan promotif ke arah
peningkatan pembelajaran mereka (Johnson & Johnson, 1998). Murid mesti
terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran untuk membantu pengekalan
kefahaman, memudahkan aplikasi pengetahuan, menguasai kemahiran berfikir
dan belajar.
Di samping itu, kerjasama juga mewujudkan kebertanggungjawaban
individu. Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan
menyumbang kepada aktiviti kumpulan atau tugasan demi kejayaan kumpulan
masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka
bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain. Dengan itu, akan
memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang
baik. Interaksi serentak berlaku dan ini mempertingkatkan penglibatan aktif
setiap murid dan mengoptimumkan potensi belajar setiap murid.
Mok (1995) menyatakan pembelajaran secara bekerjasama dalam
kumpulan dapat meningkatkan lagi motivasi belajar murid, di mana ia
mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya seperti menarik minat belajar,
mewujudkan sifat kerjasama antara murid dengan murid lain, dan guru dapat
9
merancang aktiviti dengan tersusun dan berhati-hati dalam meningkatkan tahap
motivasi belajar dalam kalangan murid. Nilai bekerjasama dalam kumpulan
melibatkan penglibatan yang saksama. Semua murid melibatkan diri secara
saksama dan setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses
pembelajaran. Guru berperanan merancang aktiviti melibatkan koperatif kerana
nilai bekerjasama memberi peluang ahli-ahli kumpulan dapat berdialog,
berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan
menunjukkan persefahaman serta kemajuan, memberi peluang dan dapat
memberangsangkan perkongsian idea, resos atau pun jawapan.
Menurut Ee, (2003) dan Goud dan Arkoff (2008) bekerjasama dalam
kumpulan pula menjadi motivasi intrinsik yang penting dalam proses pengajaran
dan pembelajaran murid-murid bagi tujuan pembelajaran, menimbulkan dan
mengekalkan minat murid-murid, menimbulkan perasaan ingin tahu,
menggalakkan semangat persaingan positif serta menghasilkan pembelajaran
yang positif. Dalam pada itu, kerjasama dalam kumpulan untuk mencapai
sesuatu sasaran membantu ahli-ahli kumpulan untuk menilai atau menyorot
kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian
matlamat. Di samping itu, mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan
masing-masing telah berfungsi dengan baik atau tidak pada hari tersebut atau
selepas mengalami sesuatu sesi perbincangan dalam sesuatu unit. Pelbagai
cadangan penambah baik dapat dilakukan dalam ikatan kerjasama supaya
10
kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi.
Nilai koperatif (kerjasama) harus diimplementasikan dalam pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan serta memberi peluang
menjernihkan proses pemikiran mereka. Menurut Johnson & Holubec (1986)
salah satu disiplin dalam koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa
secara bersemuka semasa bekerjasama untuk menyempurnakan tugasan dan
meraikan kejayaan masing-masing.
Sementara itu, proses pembelajaran bermula daripada konteks sosial ke
konteks individual, dengan interaksi lisan sebagai medium dan alat yang
menghubungkan kedua-dua konteks berkenaan. Dalam hal ini, kanak-kanak
belajar apabila mereka terlibat dengan aktiviti budaya dan sosial di sekeliling
mereka. Interaksi dengan orang lain di persekitaran mereka terutamanya ibu
bapa dan rakan sebaya akan membantu mereka dalam proses perkembangan
(Vygotsky, 1978 dalam Roselan Baki, 2003). Hasil daripada interaksi dengan
orang lain, kanak-kanak belajar untuk memahami sesuatu atau mula mendapat
pengetahuan. Pelajar yang menguasai pengetahuan literasi ketika mereka
berhubung dengan orang lain ini, mereka dapat meningkatkan penguasaan
literasi mereka jika mereka dapat berinteraksi dalam masyarakat secara
bermakna. KPK boleh menjadi satu asas yang kukuh untuk membina peribadi
11
insan mulia, menanam nilai-nilai positif hidup bermasyarakat selain membantu
perkembangan emosi dan mental pelajar (Robert E. Slavin, 2008).
Perkembangan koperatif tidak hanya berperanan meningkatkan prestasi
akademik sahaja, malah berperanan melahirkan warganegara yang
berprihatinan, berwawasan tinggi,berkomitmen dengan etika diri yang positif
serta menyumbang peranan dengan rela hati terhadap masyarakat setempat
atau luar dengan mempunyai jati diri yang tinggi terhadap negaranya .Ini adalah
implikasi dari ikatan perpaduan dan kerjasama yang terpupuk dalam diri pelajar
itu sejak kecil lagi.
1.4 Definisi Konsep
Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2010:1695), meningkatkan
bermaksud menjadikan atau meninggikan kedudukan atau taraf menjadi lebih
hebat. Manakala makna kemahiran menulis menurut Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu, merujuk kepada keupayaan murid menulis perkataan dan ayat,
dan mengeluarkan idea melalui pelbagai jenis penulisan. Ini termasuk penulisan
tentang pengalaman peribadi yang telah dilalui, bahan fiksyen serta bahan
berkaitan sesuatu bidang ilmu. Maksud lemah pula dalam konteks pendidikan
boleh diertikan sebagai sesuatu usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan
atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Manakala “streaming” bermaksud
pengasingan membezakan yang terbaik dengan kurang baik.
12
Murid-murid juga tidak dapat melakukan percambahan idea apabila diberi
sesuatu perkataan untuk dibincangkan dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Murid mengulang saja contoh ayat yang diberikan oleh guru dan
tidak pandai menokok tambah idea menggunakan perkataan-perkataan lain
yang semasa membina ayat tunggal tersebut. Hal ini menunjukkan kebanyakan
murid yang lemah perlu dibuka mindanya untuk memikirkan tentang sesuatu
atau membayangkan sesebuah peristiwa untuk dikaitkan dalam kemahiran
menulis.
Seterusnya, masalah menguasai kemahiran menulis ini juga berpunca
daripada sikap segelintir murid kumpulan ini yang tidak menumpukan perhatian
yang sepenuhnya semasa guru memberi penerangan dan membincang tentang
membina ayat tunggal. Murid kumpulan streaming ini merupakan murid yang
menganggap menulis ini amat membebankan mereka kerana mereka perlu
berfikir untuk menghasilkan ayat. Oleh yang demikian, guru perlu mencari
alternatif bagi membantu murid pemulihan untuk menulis ayat tunggal yang
baik.
Bertitik tolak permasalahan yang wujud, untuk menarik minat murid-murid
dalam kemahiran menulis maka kajian ini akan dilakukan dengan memberi
tumpuan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Salah satu
alternative adalah pembelajaran koperatif. Melalui pendekatan yang dipilih ini,
13
murid-murid dapat dibantu untuk mengingati fakta dengan bantuan rakan-rakan
sebaya melalui aktiviti pembelajaran yang dijalankan.
Kebanyakan murid kumpulan ini, menganggap aktiviti menulis merupakan
aktiviti yang sangat rumit dan membosankan. Justeru itu, saya akan
memfokuskan aspek ini agar dapat meningkatkan semula minat dan tumpuan
murid-murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif. Dengan menggunakan teknik
koperatif ini, guru dapat melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dipilih secara
berulang-ulang sehingga murid-murid berjaya mengusai kemahiran membina
ayat tunggal. Kajian masalah ini nanti amat penting kepada murid-murid kerana
kemahiran membina ayat tunggal adalah asas kepada perkembangan ayat di
dalam bahasa Melayu.
Masalah pembinaan ayat tunggal Bahasa Melayu yang betul strukturnya
perlu diatasi kerana ini boleh memberi kesan terhadap pencapaian akademik
selain dapat menimbulkan salah faham ketika berkomunikasi dengan
masyarakat umum. Fokus kajian ini sangat praktikal untuk dilaksanakan nanti
kerana intervensi mudah dijalankan dan melibatkan kos yang rendah serta
mudah didapati atau dihasilkan sendiri. Semua aktiviti yang dirancang oleh guru
perlubertujuan memimpin dan mengarahkan murid-murid untuk membina ayat
tunggal mengikut struktur Bahasa Melayu yang betul.
14
2. 0 FOKUS KAJIAN
2. 1 Isu Kajian
Saya memeriksa satu lembaran kerja yang telah saya berikan kepada
murid lemah kelas “streaming” ini. Saya dapati hampir 75% daripada murid
membuat kesilapan membina ayat-ayat tunggal daripada gambar dan perkataan
yang diberikan. Selain itu, keputusan markah ujian bulanan 1 (Februari) 2012
bagi bahasa Melayu penulisan telah menunjukkan bahawa kumpulan sasaran
mendapat gred markah yang rendah iaitu gred B, C, D dan E.
Selain itu, hasil perbualan secara lisan dengan dua orang guru yang
mengajar kelas tersebut, juga mendapati kumpulan sasaran ini sememangnya
berhadapan dengan masalah menulis ayat tunggal bahasa Melayu dengan
struktur yang betul. Mereka juga merupakan kalangan murid yang rendah
prestasi akademik. Secara keseluruhannya mereka amat lemah dalam
keseluruhan mata pelajaran. Mereka juga kurang berkomunikasi dengan saya
semasa pengajaran dan pembelajaran mahupun di luar bilik darjah. Oleh yang
demikian, kajian itu nanti sesuai dijalankan ke atas kumpulan sasaran ini demi
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal dalam penulisan bahasa Melayu
mengikut struktur ayat yang betul.
Mengikut Abdullah Yusoff dan Che Rabiaah Muhamed (2004) juga
15
mendapati penghasilan ayat tunggal bahasa Melayu merupakan salah satu
masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid sekolah dalam bahagian
penulisan bahasa Melayu. Penyataan ini juga disokong oleh Abdullah Hassan
(2004) yang menyatakan yang kebanyakan ayat yang diucapkan dan dituliskan
terdiri daripada ayat-ayat tunggal bahasa Melayu. Kajian itu nanti difokuskan
kepada meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal Bahasa Melayu murid
Tahun Lima Bijak kelas streaming (murid sederhana dan lemah) melalui kaedah
koperatif dengan menghasilkan buku ‘Mari Fikir Bersama’.
Jadual 2.1: Keputusan Ujian Bulanan Feruari Tahun Empat Bestari
Kod murid Ujian Bulanan Februari %01 3802 4203 5304 3505 3906 6307 6408 2009 3110 2811 1912 2013 2314 5915 2016 5817 1818 2319 3320 30
Jumlah markah 716Min markah 35.8
Peratus lulus 30%
16
10%
20%
60%
10%
Peratusan Murid dan Gred yang Diperolehi
BCDE
Rajah 2.1 Gred yang diperolehi oleh murid Lima Bijak dalam Ujian
Bulanan Februari 2013
Pada pandangan saya, tidak semua murid dapat menerima dan
menguasai pembelajaran seperti yang diharap dan dirancang oleh guru.
Terdapat juga golongan murid yang tidak bernasib baik sehingga menjejaskan
atau penghalang proses-poses pembelajaran. Menurut Azizi, Asmah, Zurihanmi
dan Fawziah (2005), gaya kognitif dirujuk sebagai cara individu memproses
maklumat. Ini jelas menunjukkan cara pemikiran murid mempengaruhi
pembelajarannya. Murid-murid ini tidak mampu untuk mencapai matlamat
pengajaran yang telah ditetapkan iaitu permasalah dalam pembinaan ayat
tunggal bahasa Melayu yang betul penyusunan subjek dan predikatnya. Murid-
murid yang lemah dalam aspek kajian ini, kerap menghadapi masalah keliru,
miskonsepsi, dan kesukaran untuk membentuk ayat yang sistematik.
17
2.2 Tinjauan Literatur
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu
terhadap pembelajaran koperatif. Menurut Creswell (2003), tinjauan literatur
adalah ringkasan artikel bersumberkan jurnal, buku-buku dan dokumen
berkaitan yang memperihal maklumat masa lalu dan kini. Tinjauan literatur
penting kerana ia dapat memberikan idea mengenai penyelidikan yang akan
dilakukan dan pengkaji dapat memahami bidang kajian dengan lebih mendalam.
Melalui tinjauan literatur, pengkaji akan menemui dapatan terkini dan lepas,
mengenal pasti persoalan-persoalan yang belum terjawab, serta semua alat-alat
kajian ini akan memimpin pengkaji untuk mereka bentuk ilmu baru.
2.2.1 Kajian Dalam Negara
Meor Ibrahim bin Kamaruddin & Nurul Amira binti Ahmad (2010) telah
menjalankan kajian mereka untuk mengenal pasti persepsi terhadap kaedah
pembelajaran secara Koperatif di kalangan guru-guru sains di daerah Pontian,
Johor. Soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat tentang pandangan
guru terhadap pembelajaran secara pembelajaran koperatif bagi dua kategori
iaitu kemahiran sosial pelajar dan minat guru terhadap pembelajaran koperatif.
Sampel terdiri daripada 56 orang responden yang dipilih secara rawak mudah.
18
Mereka terdiri daripada guru yang mengajar subjek Sains, Kimia, Fizik dan
Biologi di sekolah menengah sekitar daerah Pontian. Data yang diperoleh
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 11.5. Hasil kajian telah
menunjukkan persepsi pelajar terhadap pembelajaran kopertif bagi kedua-dua
kategori adalah positif. Hasil kajian ini juga diharap dapat dimanfaatkan oleh
pihak sekolah dan pihak-pihak tertentu bagi memastikan guru-guru sentiasa
mempunyai persepsi yang positif terhadap pembelajaran koperatif.
Simah binti Mamat (2009) dalam kajiannya telah berusaha untuk melihat
sejauh mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif dalam penulisan
Bahasa Melayu. Dapatan kajian ini membuktikan keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif dalam meningkatkan prestasi penulisan karangan fakta
dan karangan naratif murid Tingkatan Dua bukan Melayu. Pelajar-pelajar
berpencapaian sederhana dijadikan sampel kajian ini. Walau bagaimanapun,
teknik Putaran Giliran dan Meja Bulat mempunyai kekuatan dalam penulisan
karangan. Kekuatannya teknik ini dapat memotivasikan serta dapat memberikan
keseronokkan kepada pelajar dan pada masa pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar. Keseluruhan aktiviti membolehkan mereka bergerak, dan
mengaktifkan bilik darjah serta dapat menceriakan suasana pengajaran dan
pembelajaran.
Intan Sapinas binti Bahuri (2008) telah menjalankan kajian untuk
meninjau faktor-faktor yang mempengaruhi amalan pembelajaran koperatif di
19
kalangan pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Gerik, Perak. Hasil
dapatan kajian yang telah dijalankan didapati bahawa faktor rakan sebaya
merupakan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran
koperatif. Faktor demografi iaitu jantina turut mempunyai perkaitan dalam
menentukan faktor yang paling dominan terhadap amalan pembelajaran
koperatif dalam kalangan pelajar. Didapati pelajar lelaki atau perempuan tidak
menganggap perbezaan jantina membataskan pergaulan di antara mereka bagi
mencapai kejayaan di dalam pembelajaran. Selain daripada itu, kajian juga
menunjukkan bahawa faktor-faktor seperti diri sendiri, guru dan suasana
pembelajaran membantu di dalam amalan pembelajaran koperatif di kalangan
pelajar.
Mohamad Fadzil bin Che Amat (2008) telah meninjau sama ada kaedah
pembelajaran inkuiri koperatif berbantukan multimedia dapat membantu untuk
meningkatkan prestasi pelajar-pelajar dalam komponen kemahiran proses sains
bersepadu dan kemahiran berfikir saintifik. Kajian ini menggunakan reka bentuk
kuasi eksperimen untuk mengkaji kesan kaedah pembelajaran inkuiri koperatif
berbantukan multimedia berbanding dengan kaedah pembelajaran inkuiri
individu berbantukan multimedia dan kaedah pembelajaran ekspositori
berbantukan multimedia ke atas pelajar-pelajar sekolah kebangsaan yang
berbeza jantina terhadap pemboleh ubah bersandar iaitu prestasi kemahiran
proses sains bersepadu, prestasi pemikiran saintifik dan sikap terhadap sains.
20
Sampel kajian terdiri daripada 176 pelajar-pelajar Tahun 6 yang mempunyai min
umur 11 tahun.
Cheah Tong Tiat dan kawan-kawan (2007), menjalankan kajiannya yang
bertajuk “Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif Dalam Pembelajaran
Bacaan Pemahaman Teks Di Kalangan Murid SJK(C) dan SJK(T)”. Tujuan
kajian dijalankan untuk meninjau keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif
(PK) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar dan kaedah pembelajaran
tradisional terhadap pencapaian bacaan pemahaman teks bahasa Cina dan
bahasa Tamil. Kajian dilakukan terhadap murid Darjah Lima dari dua buah
sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Seramai
160 orang murid dari dua buah sekolah Cina dan Tamil telah terlibat sebagai
sampel kajian. Keputusan kajian menunjukkan bahawa kaedah koperatif
merupakan kaedah yang lebih berkesan berbanding dengan kaedah tradisional
dalam pencapaian bacaan pemahaman teks dan penulisan ayat. Hasil kajian
menunjukkan terdapat perbandingan, peningkatan pencapaian bagi pelajar
yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif heterogenous adalah lebih tinggi
daripada pelajar yang mengikuti kaedah pembelajaran koperatif homogenous.
Tok Hoon Seng (2006) dalam kajiannya yang bertajuk Cooperative
Learning and Achievement in English Language Acquisition in a Literature Class
in a Secondary School, menyatakan bahawa pembelajaran koperatif adalah
21
satu usaha untuk mengelompokkan pelajar yang terdiri daripada pelbagai
kebolehan ke dalam kumpulan kecil demi menuju ke arah sasaran umum.
Pernyataan tersebut diperkuatkan lagi dengan dapatan kajian oleh Siti Hajar
Abd. Hamid (2007) dalam kajiannya yang bertajuk ‘Pembelajaran Koperatif
Menggunakan E-Pembelajaran di Kalangan Pelajar yang Mengambil Subjek
Telekomunikasi dan Rangkaian’.
2.2.2 Kajian Luar Negara
Very Candra Agus Lolitasari (2011) telah menjalankan kajian tentang
penerapan model pembelajaran koperatif STAD untuk meningkatkan minat
belajar siswa Biologi kelas Vlll B. Dari hasil penerapan model pembelajaran
kooperatif STAD pada proses pembelajaran didapat bahawa penggunaan model
pembelajaran kooperatif STAD dapat meningkatkan minat belajar siswa kelas
VIII B SMPN 14 Surakarta tahun 2010/2011 terhadap mata pelajaran Biologi.
Beulah Vanessa Isaacs (2008) dalam kajian ‘Implementing an Alternative
Teaching and Learning Strategy in a Grade 7 Technology Class’ menggunakan
pembelajaran koperatif untuk memperbaiki hubungan pelajar dengan pelajar
dan pelajar dengan guru dalam kelas Teknologi. Kajian dijalankan selama lebih
22
daripada sebulan dalam satu kelas teknologi di sebuah sekolah. Kajian ini ada
tiga bahagian. Bahagian pertama mengenai pengajaran selama 4 minggu dalam
kelas Teknologi. Bahagian kedua pula berkaitan membentuk, merancang dan
mengajar mengikut tema yang menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
Bahagian tiga pula mengenai satu kumpulan temu bual yang dijalankan oleh
guru untuk menentukan bagaimana pelajar memperoleh pengalaman bekerja
dalam kumpulan.
Sandra dan Shickley (2006) dalam kajian ‘Cooperative Learning Groups in
the Middle School Mathematics Classroom’ telah menjalankan penyelidikan di
kelas gred 8 Matematik. Beliau mengkaji pembelajaran koperatif dan data
dikumpul untuk melihat bagaimana pembelajaran koperatif mempengaruhi
komunikasi secara lisan dan bertulis, skor Matematik dan sikap terhadap
Matematik. Kajian dijalankan melibatkan sebelas pelajar iaitu sembilan orang
pelajar lelaki dan dua orang pelajar perempuan. Pengkaji mendapati ramai
pelajar seronok dengan peluang untuk bekerja dalam kumpulan.
Rumusannya, dapatan pengkaji-pengkaji terdahulu dapat menyokong
kajian yang akan dijalankan ini. Dapatan mereka menunjukkan kaedah
pembelajaran koperatif berkesan dalam meningkatkan pencapaian murid.
23
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan sejauh manakah kaedah
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan kemahiran membina ayat tunggal
bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Empat Bestari dengan
menghasilkan buku ‘Mari Fikir Bersama’.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Kajian ini melibatkan dua puluh orang murid lemah dari Kelas Lima Bijak
di Sekolah Kebangsaan Gedangsa,, Hulu Selangor. Murid-murid
ini terdiri daripada 8 orang perempuan dan 12 orang lelaki. Tiga orang pelajar
berbangsa India ,iaitu seorang perempuan dan dua orang lelaki. Umur semua
responden adalah dalam lingkungan sebelas tahun. Murid-murid ini mengalami
masa peralihan dari tahun tiga melangkau ke tahun empat. Murid-murid ini juga
terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Hampir keseluruhan murid di
dalam kelas ini bermasalah dalam kemahiran menulis ayat tunggal dengan
struktur ayat yang betul. Kajian akan dijalankan selama tiga minggu. Setiap hari
pengajaran dijalankan selama 60 minit.
24
Oleh sebab mereka bukan sampel perwakilan sebenar untuk sesuatu
kawasan, maka dapatan dari hasil kajian ini tidak boleh digeneralisasikan
kepada semua sekolah. Walau bagaimanapun, diharapkan melalui hasil
dapatan kajian ini akan memberi gambaran terhadap kepentingan pengajaran
dan pembelajaran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu bagi murid Tahun
Empat dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif.
5.0 INSTRUMEN KAJIAN
Pengumpulan data merupakan suatu perkara penting yang harus
dilakukan untuk memastikan dapatan dan hasil kajian adalah tepat. Melalui
kajian yang akan saya jalankan, saya menggunakan lima kaedah pengumpulan
data iaitu Ujian Pra dan Ujian Pasca, pemerhatian, temu bual, soal selidik, dan
catatan jurnal.
5.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
5.1.1 Ujian Pra
Saya akan menggunakan Ujian Pra dan Pasca (lampiran D) bagi kaedah
25
pengumpulan data. Ujian Pra dibina untuk mengukur tahap kebolehan akademik
awal responden tentang pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Skor ujian ini
nanti akan diperlukan untuk menentukan dan mengesahkan tahap kehomogenan
subjek kajian. Sebelum pembinaan item bagi sesuatu ujian, saya perlu
menentukan tujuan ujian, isi kandungan ujian, membentuk Jadual Penentuan
Ujian (JPU), menulis item dan menyemak item. Saya akan menggunakan buku
panduan guru Bahasa Melayu Tahun Empat dan huraian sukatan pelajaran
Bahasa Melayu Tahun Empat untuk mencari kemahiran,aras kemahiran,tajuk
dan kemahiran berfikir yang sesuai dengan tahap kebolehan murid yang saya
kaji. Ini bertujuan agar soaalan yang digubal mengikut aras taksanomi Bloom
dan bersesuai dengan kebolehan murid supaya soalan yang akan dibina
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.Selepas itu, saya akan
menggubal rangka soalan dan merujuk dengan ketua panatia Bahasa Melayu di
sekolah saya.Setelah disahkan ketepatan dan kebolehpercayaannya, saya
mencetak soalan untuk ditadbirkan dengan murid kajian saya.
Kesemua 20 orang murid dalam tahun Lima Bijak akan menjadi esponden
saya dalam menjawab soalan Ujian Pra ini. Ujian Pra ini akan saya jalankan
pada 25 Jun 2013 selama 60 minit sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran
yang mengaplikasikan pengajaran koperatif menggunakan buku ‘Mari Fikir
Bersama’. Soalan Ujian Pra ini mengandungi 4 bahagian yang berfokuskan
pembinaan ayat tunggal dengan penyusunan semula perkataanperkataan yang
26
diberi menjadi ayat tunggal yang betul struktur nya, membina tiga ayat tunggal
berdasarkan gambar ,membina dua ayat tunggal berpandukan perkataan yang
diberi, dan membina empat ayat tunggal hanya berdasarkan gambar serta
rangkai kata yang diberikan.
5.1.2 Ujian Pasca
Selanjutnya saya akan menjalankan Ujian Pasca pada akhir minggu
ketiga sesi pengajaran dan pembelajaran, iaitu pada 12 Julai 2013. Tujuan ujian
ini ditadbir adalah untuk mengukur keberkesanan pencapaian murid selepas
melalui proses pembelajaran mengikut kaedah pembelajaran koperatif yang
akan dijalankan. Ujian ini terdiri daripada set soalan yang sama aras
kemahirannya dengan Ujian Pra. Kemahiran yang diuji dalam Ujian Pasca
adalah sama dengan Ujian Pra,tetapi saya akan menggunakan perkataan,
rangkaikata dan gambar yang berbeza untuk menguji kemahiran membina ayat
tunggal. Ujian Pasca ini sangat efektif untuk mengukur keberkesanan
penggunaan kaedah koperatif menggunakan buku ‘Mari Fikir Bersama’ dalam
meningkatkan kemahiran menulis ayat tunggal mengikut struktur ayat yang
betul.
27
5.2 Pemerhatian
Format pemerhatian yang akan saya gunakan dalam kajian ini ialah
pemerhatian berstruktur yang mengandungi lima item. Cara ini digunakan untuk
mendapatkan data tentang kebolehan murid membina ayat tunggal dalam
aktiviti yang dirancang (rujuk Lampiran B). Saya akan meminta bantuan seorang
guru untuk melaksanakan pemerhatian dan melengkapkan borang pemerhatian
yang disediakan semasa saya menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
serta penglibatan murid dalam kumpulan semasa sesi pembentangan
dijalankan. Aspek-aspek yang dinilai adalah berdasarkan pemerhatian kadar
prestasi murid membina ayat tunggal yang betul semasa pembelajaran koperatif
berdasarkan perspektif pemerhati.
5.3 Temu bual
Format temu bual yang akan digunakan bagi kajian ini ialah temu bual
berstruktur. Pada 11 Julai 2013, saya akan menemubual seramai 5 orang murid
yang dipilih secara rawak mengikut soalan-soalan formal yang akan dibina dalam
borang temu bual (rujuk Lampiran C) dengan ruangan catatan jawapan
responden secara ringkas dengan kod penilaian berkaitan dengan isu kajian
tersebut.
28
5.4 Soal Selidik
Borang soal selidik (lampiran A) akan mengandungi 4 soalan maklum balas
murid tentang kemahiran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Soal selidik
ini akan saya jalankan sebelum dan selepas penggunaan kaedah pembelajaran
koperatif dalam lima sesi pengajaran dijalankan (13 Julai 2012). Sebelum ini,
pengajaran saya di dalam kelas menggunakan kaedah tradisional dan saya
akan mentadbirkan borang soal selidik ini selepas Ujian Pra. Data akan
dianalisis untuk mewakili Kaedah Pengajaran Tradisional. Semua skor tersebut
akan ditambah dan dibahagikan dengan bilangan murid untuk mendapatkan min
perbandingan bagi kaedah tradisional dan kaedah koperatif. Bagi borang
maklum balas pula mengandungi skor Likert yang bertujuan mengetahui maklum
balas terhadap kaedah yang dijalankan dalam kemahiran membina ayat tunggal.
Skala ini menggunakan skor dalam julat 1 hingga 5 seperti dalam Jadual 5.1.
Skala Likert dipilih kerana ia mengandungi darjah kebolehpercayaan yang tinggi
berbanding dengan skala-skala lain seperti skala Thurstone dan skala Guttman
(Gay, 1981). Ia mengandungi 5 item dan skor bermula dengan 1 hingga 5.
Berdasarkan Jadual 5.1, murid telah membulatkan skor yang dipilih
berdasarkan item soal selidik. Skor 1 bagi sangat tidak setuju, skor 2 bagi tidak
setuju, manakala skor 3 bagi tidak pasti. Responden telah membulatkan skor 4
untuk kategori setuju dan skor 5 untuk sangat setuju.
29
Jadual 5.1: Pemberian Skor Bagi Setiap Item
Kategori Persetujuan
Sangat tidak setuju 1
Tidak setuju 2
Tidak pasti 3
Setuju 4
Sangat setuju 5
6.0 TINDAKAN
Saya akan menjalankan kajian ini selama tiga minggu bermula pada 25
Jun 2013 hingga 13 Julai 2013. Bagi menjalankan kajian ini, saya memerlukan
lima sesi pengajaran di bawah kemahiran membina ayat tunggal dengan
mengaplikasikan aktiviti yang berbeza secara berkumpulan menggunakan
dengan kaedah koperatif. Pada 25 Jun bersamaan hari Isnin, saya akan
menjalankan Ujian Pra yang mengandungi empat bahagian dalam tempoh masa
1 jam (Lampiran D1). Seramai dua puluh murid akan membuat ujian ini. Dalam
bahagian A, murid-murid diminta menjawab tiga soalan dengan menyusun
perkataan menjadi struktur ayat tunggal yang betul. Bagi bahagian B, iaitu soalan
4 hingga 6, murid-murid membina ayat tunggal berpandukan gambar, bahagian
C pula, iaitu soalan 7 dan 8 murid-murid membina ayat tunggal dengan
30
menggunakan perkataan dan bahagian D,murid-murid membina empat ayat
tunggal berpandukan gambar dan rangkaikata yang diberikan.
Selepas waktu rehat, saya akan mengedarkan borang soal selidik dan
memberi penerangan cara mengisi borang tersebut. Soal selidik sebelum
tindakan ini, bertujuan untuk mendapatkan data bagi pengajaran dan
pembelajaran menggunakan kaedah tradisional yang akan saya jalankan di
dalam kelas sebelum mencuba kaedah baru diambil.
Pada hari kedua pada minggu pertama, saya akan membimbing murid-
murid dalam kumpulan masing-masing untuk menyediakan buku “Mari Fikir
Bersama” dengan menggunakan buku kertas lukisan bersaiz A3 mengikut daya
kreativiti kumpulan masing-masing. Buku ini akan digunakan sepanjang
pengajaran dan pembelajaran selama tiga minggu tersebut dan rasionalnya buku
ini berperanan milik bersama dapat membantu murid belajar dan memperbaiki
kesilapan dalam kemahiran membina ayat tunggal.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang pertama (Lampiran E1),
saya akan mengajar asas pembinaan ayat tunggal menggunakan jadual “SAAL”
berpandu gambar tunggal. Strategi pengajaran yang akan saya gunakan dalam
sesi pertama ini berpusatkan murid secara lima orang dalam sekumpulan.
Peringkat awal, saya memberi penerangan membina ayat tunggal
31
menggunakan borang “SAAL” di papan tulis dengan menggunakan kertas
sebak. Murid-murid meneliti dan membaca contoh-contoh ayat tunggal yang
dibina. Kemudian saya mengedarkan kad gambar tunggal dan borang “SAAL”.
Murid-murid berbincang dalam kumpulan dengan menggunakan kaedah
koperatif dan menulis 5 ayat tunggal berpandukan gambar. Pada masa yang
sama, semasa murid berbincang, memberi pendapat dan menulis jawapan pada
kertas sebak dan juga semasa sesi pembentangan, rakan saya akan melakukan
pemerhatian (Lampiran B) semasa sesi pembentangan kumpulan dijalankan.
Pemerhatian ini dilakukan dengan mengambil kira sejauh manakah murid dapat
menggunakan kaedah pembelajaran koperatif dalam meningkatkan kemahiran
membina ayat tunggal dengan baik. Pada sepuluh minit terakhir sesi pengajaran
dan pembelajaran, saya akan mengedarkan ujian 1 (Lampiran E1c), secara
individu membina 5 ayat bertulis berpandukan gambar tunggal kepada semua
murid seperti yang akan saya rancangkan. Murid diminta menjawab kesemua
soalan dalam kertas ujian tersebut secara individu dalam masa sepuluh minit.
Setelah siap ujian penilaian,setiap kumpulan dikehendaki menyalin contoh-
contoh ayat tunggal hasil pembentangan ke dalam buku “Mari Fikir Bersama”.
Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang kedua pula ( Lampiran E2),
saya akan memberikan lima sampul surat bersaiz A4, iaitu setiap sampul
mengandungi kad-kad perkataan dan lima gambar tunggal yang berbeza. Murid
murid secara bekerjasama dalam kumpulan, diminta berbincang dan menyusun
32
semula kad-kad perkataan tersebut membentuk ayat tunggal yang betul
strukturnya dengan berpandukan gambar mengikut urutan sampul agar tidak
dicampuradukkan. Masa selama 15 minit akan diberikan untuk setiap kumpulan
membuat perbincangan dan membuat tugasan di atas kad manila. Selesai
membuat perbincangan secara koperatif, setiap wakil kumpulan akan tampil ke
hadapan dan membentangkan hasil perbincangan mereka. Semasa
pembentangan dilakukan, rakan saya akan melakukan pemerhatian. Item
pemerhatian yang saya gunakan adalah sama dengan item pemerhatian yang
saya akan lakukan sebelum ini. Ujian penilaian kendiri diberikan untuk
mengesan tahap peningkatan dan kebolehan murid membina ayat tunggal.
Kemudian guru meminta pelajar menampal kad gambar dan menyalin semula
ayat-ayat tunggal ke dalam buku “Mari Fikir Bersama” secara bergilir-gilir antara
ahli kumpulan.
Bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang ketiga pula (Lampiran E3),
saya menggunakan kad gambar bersiri dengan bantuan rangkai kata tertentu
dan murid diminta membina 5 ayat tunggal secara bekerjasama dengan
menggunakan kaedah koperatif dan menuliskan dalam kertas sebak. Wakil
setiap kumpulan, membentangkan dan guru turut membimbing kesilapan untuk
peningkatan pembinaan ayat tunggal di kalangan murid. Rakan saya akan
membuat pemerhatian semasa sesi perbincangan kumpulan dan pembentangan
wakil kumpulan dijalankan. Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi
33
pengajaran dan pembelajaran, Ujian 3 (Lampiran E3c) pula telah diedarkan
kepada murid. Murid dikehendaki menjawab soalan ujian berdasarkan masa
yang telah ditetapkan.Ujian ini dapat mengukur keberkesanan kaedah koperatif
dalam membantu murid membina ayat tunggal dengan struktur yang betul.
Bagi pengajaran keempat, sesi pengajaran dan pembelajaran ini
diteruskan bagi minggu kedua dengan mengaplikasikan kaedah pembelajaran
koperatif bagi pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu. Pada peringkat awal,
saya akan memaparkan satu contoh borang grafik peta minda (Lampiran E4b)
yang mengandungi sekeping gambar di bahagian tengahnya. Murid akan
memilih perkataan-perkataan yang sesuai mengisi peta minda tersebut.
Berdasarkan perkataan-perkataan yang akan dipilih, murid dibimbing oleh guru
untuk membina lima ayat tunggal yang lengkap strukturnya.
Selepas itu, guru mengedarkan borang grafik peta minda yang lain bagi
setiap kumpulan. Murid-murid dalam kumpulan meneliti gambar tunggal dan
berbincang sesama mereka untuk mendapatkan perkataan-perkataan yang
sesuai yang berkaitan dengan aktiviti dalam gambar. Perkataan-perkataan itu
dituliskan di dalam ruangan borang grafik peta minda tersebut. Berdasarkan
perkataan-perkataan itu, secara kumpulan, murid-murid berbincang dan
membina lima ayat tunggal yang betul struktur dari aspek subjek dan
predikatnya. Saya memerhati dan membimbing semasa aktiviti dijalankan.
34
Semasa sesi pembentangan mengikut kumpulan , murid-murid membacakan
ayat-ayat tersebut bersama-sama. Guru membetulkan kesilapan yang ada
semasa sesi pembentangan. Seterusnya, pada sepuluh minit terakhir sesi
pengajaran dan pembelajaran, Ujian 4 (Lampiran E4c) pula akan diedarkan
kepada murid. Bersama’Murid dikehendaki menjawab soalan ujian berdasarkan
masa yang akan ditetapkan .Kemudian, ayat-ayat tersebut disalin di dalam buku
‘Mari Fikir. Setiap kumpulan digalakkan untuk menyalin contoh-contoh ayat dari
kumpulan lain dan tulis semula di dalam buku ”Mari Fikir Bersama” sebagai
aktiviti pengayaan.
Pada sesi pengajaran dan pembelajaran kelima, pengajaran diteruskan
dengan membekalkan ‘Kotak Ajaib ’ dan enam keping gambar tunggal yang
mengandungi perkataan di belakang kad (Lampiran E5) tersebut untuk setiap
kumpulan. Guru memberi penerangan bagi aktiviti tersebut. Pada peringkat
awal, murid dalam kumpulan akan mengamati situasi gambar tersebut,
memasukkan kad tersebut ke dalam ‘Kotak Ajaib’ dan membaca perkataan yang
keluar daripada kotak tersebut. Berdasarkan perkataan itulah, murid–murid akan
berbincang secara koperatif dengan rakan sekumpulan dan membina enam
ayat tunggal. Aktiviti ini akan diulangi dengan gambar-gambar yang berlainan
sehingga dapat membentuk enam ayat tunggal yang betul strukturnya. Rakan
35
saya membuat pemerhatian dan saya bergerak dalam kumpulan untuk
membimbing dan menyemak ayat-ayat yang akan dibina. Ayat-ayat yang akan
dibina itu dituliskan dalam kertas sebak untuk sesi pembentangan. Setiap ahli
kumpulan membaca dan menyemak semula struktur binaan ayat tunggal
tersebut. Semasa sesi pembentangan, soal jawab lisan berkaitan struktur
binaan ayat tunggal diutarakan. Peneguhan kendiri, secara kelas dberikan oleh
guru kepada semua murid yang melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan.
Guru meminta setiap ahli kumpulan menyalin semula ayat tunggal secara
bergilir-gilir di dalam buku ”Mari Fikir Bersama”. Seterusnya, pada sepuluh minit
terakhir sesi pengajaran dan pembelajaran, Ujian 5 (Lampiran E5c) pula akan
diedarkan kepada murid dan diarahkan menjawab dalam masa yang akan
ditetapkan.
Kemudian, pada 12 Julai 2013, saya akan memilih lima orang murid untuk
melakukan sesi temu bual (Lampiran C) tentang teknik pembelajaran koperatif
saya gunakan tadi. Untuk sesi temu bual ini, saya akan mengambil masa
selama tiga puluh minit untuk bertanya sendiri tentang pendapat murid
berkenaan teknik pembelajaran secara koperatif yang saya gunakan dengan
menghasilkan buku “Mari Fikir Bersama” dan kaitan dengan pencapaian murid.
36
Maklumat murid direkodkan dalam kod pengekodan dan dianalisis berdasarkan
transkripsi yang ada.
Akhir sekali, pada minggu ketiga bertarikh 13 Julai 2013, saya akan
mentadbirkan Ujian Pasca (lampiran D2) untuk menilai pencapaian murid-murid
dalam membina ayat tunggal Bahasa Melayu, setelah menjalani lima sesi
pengajaran dengan menggunakan kaedah pendekatan koperatif. Seperti Ujian
Pra, item dan kemahiran membina ayat tunggal yang dinilai dalam Ujian Pasca
juga serupa iaitu mengandungi empat bahagian iaitu bahagian A, B, C dan
D.Ujian ini saya jalankan selama 1 jam. Selepas rehat,jam 10.20 pagi saya
menjalankan soal selidik bagi menilai kelima-lima sesi pengajaran
menggunakan kaedah koperatif bagi membina ayat tunggal debgan struktur
yang betul.
Setelah selesai, semua data yang diperolehi dalam Ujian Pasca,
pemerhatian dan temu bual dan soal selidik akan dianalisis dan saya
melaporkan keputusan dapatan dalam bentuk kekerapan, min dan peratus.
6.1 Cara menganalisis data
37
Sayaakan melakukan analisis semua data mentah yang akan dikumpul
semula sepanjang tempoh pelaksanaan kajian tindakan.
6.1.1 Analisis Ujian Pra dan Pasca
Melalui data yang diperolehi, saya telah membuat analisis setiap data
Ujian Pra dan Pasca dalam bentuk bilangan, peratusan, min yang diterjemahkan
dalam bentuk yang lebih ringkas dan jelas iaitu jadual dan rajah. Saya telah
membuat perbandingan pencapaian Ujian Pra dan Pasca untuk melihat sejauh
mana keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif meningkatkan tahap
pencapaian kemahiran membina ayat tunggal bahasa Melayu.
6.1.2 Analisis Pemerhatian
Data kajian kekerapan daripada borang pemerhatian telah dianalisis
menggunakan kaedah kuantitatif dalam bentuk kekerapan dan peratusan, bagi
melihat prestasi kebolehan kumpulan murid ini dalam kemahiran membina ayat
tunggal bahasa Melayu semasa sesi pembentangan kumpulan dijalankan.
Setiap kali pembentangan, murid akan membentangkan 5 atau 6 ayat. Jika
murid dapat membina ayat tunggal yang betul melebihi 60%, iaitu sebagai
contoh 3 daripada 5 ayat yang dibina adalah betul, maka kumpulan itu dapat
diklasifikasikan bahawa dapat menguasai pengajaran pada hari tersebut (lalu
38
tanda ‘/’ akan dicatatkan). Jika sebaliknya, 3 daripada 5 ayat yang dibina adalah
salah, maka dapat disimpulkan bahawa murid tidak menguasai pengajaran hari
tersebut dengan baik (lalu tanda ‘-‘ akan dicatatkan). Kekerapan dan peratusan
menyeluruh akan dikira berpandukan catatan pemerhatian ini.
6.1.3 Analisis Temu bual
Sebelum temu bual dijalankan, saya akan memanggil lima orang murid
mewakili secara rawak untuk diberikan taklimat ringkas serta prosedur semasa
proses temu bual berlangsung. Saya juga memberitahu mereka tentang tujuan
temu bual dijalankan. Semasa temu bual berjalan, saya telah memanggil murid
seorang demi seorang. Ini bertujuan untuk mendapatkan data yang lebih tepat.
Data yang dikumpul daripada temu bual telah disusun dalam bentuk jadual
merujuk kod skala penilaian untuk mengesan corak-corak pembelajaran ayat
tunggal.
6.1.4 Analisis Soal Selidik
Dalam mendapatkan hasil dapatan kajian, saya menggunakan kaedah
soal selidik. Untuk mendapatkan keputusannya, murid akan diberikan borang
yang mengandungi 4 item soal selidik. Mereka akan dinasihati agar menjawab
soalan-soalan itu dengan jujur. Soalan-soalan yang terkandung dalam borang
39
soal selidik tersebut dengan jelas dapat membezakan kaedah pengajaran
tradisional dan koperatif. Melalui data yang diperolehi sebelum dan selepas
tindakan dilakukan, saya mengira jumlah skor setiap item dan membuat
perbandingan di antara tinjauan sebelum dan selepas dalam bentuk jadual
secara kualitatif mudah iaitu dengan menggunakan min.
6.2 Pelaksanaan Kajian
Jadual 6.1 merupakan jadual pelaksanaan tindakan yang akan saya
gunakan selama 3 minggu bagi sesi pembelajaran Setiap sesi mempunyai
tempoh selama 60 minit.
Jadual 6.1: Jadual Pelaksanaan Kajian
Bil Aktiviti Tarikh pelaksanaan Catatan
40
1. Perjumpaan dengan Guru Besar danpembentukan kertas kerja
08 Mei 201310 Mei 2013
2 hari
2. Penyeliaan soalan Ujian Pra 14 Mei 2013 1 hari
3. Pelaksanaan Ujian Pra dan soal selidik sebelum pengejaran
11 Jun 2013 2 hari
4. Pemprosesan data Ujian Pra 13-14 Jun 2013 2 hari
5. Perancangan untuk soal selidik,temubual dan pemerhatian dan mentadbir
18-20 Jun 2013 3 hari
6. Penyediaan rancangan pelajaranharian untuk sesi pertama / kedua /
22 Jun 2013 1 hari
7. Pengajaran dan pembelajaranminggu pertama dan melaksanakanpemerhatian dengan bantuan
25-19 Jun 2013 5 hari
8. Pengajaran dan pembelajaran minggu kedua dan membuat pemerhatian dengan bantuan rakan. /temu bual
02-06 JulaI 2013 5 hari
9. Pengajaran dan pembelajaran minggu ketiga
9-13 Julai 2013 5 hari
10. Melaksanakan Ujian Pasca 13 Julai 2013 1 hari
11. Pengumpulan data kajian danpenyemakan
16-19 Julai 2013 3 hari
12. Pemprosesan data ujian pasca,temu bual,soal selidik /pemerhatian
23-27 Julai 2013 5 hari
13. Penilaian kendiri dan refleksi 01-03 Ogos 2013 3 hari
14. Penulisan laporan kajian 07-10 Ogos 2013 4 hari
15. Pemurnian laporan 13-16 Ogos 2013 4 hari
16. Pelaporan pada penyelia
&Guru Besar
17-19 Oktober 2013 3 hari
6.3 Kos Kajian
41
Bagi melaksanakan kajian ini, saya memerlukan sedikit kos bagi
mendapatkan bahan-bahan yang diperlukan (Lampiran P ). Berdasarkan
Lampiran P, kos yang saya belanjakan untuk menjalankan kajian ini adalah
sebanyak RM 84.00. Kos ini merangkumi dua set kertas Ujian Pra dan Pasca,
lembaran kerja dan kertas sebak. Bagi bahan-bahan lain seperti pensel warna,
stapler dan dawai kokot dan gam dipinjam daripada Panitia Seni. Pen penanda
tersebut digunakan oleh murid untuk membuat catatan isi pelajaran pada kertas
sebak yang disediakan untuk aktiviti kumpulan. Manakala kertas lukisan dan
pensel warna digunakan untuk mereka menghasilkan buku ‘Mari Fikir Bersama’.
7.0 KEPUTUSAN KAJIAN
7.1 Ujian Pra dan Ujian Pasca
Jadual 7.1 menunjukkan skor yang dicapai oleh murid Tahun 5 Bijak
dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca. Markah setiap murid direkod dan
dibandingkan. Seperti yang dinyatakan terlebih dahulu, Ujian Pra telah
dijalankan pada 11 Jun 2013 manakala Ujian Pasca pula dijalankan pada 13
Julai 2013. Markah lulus bagi kedua-dua ujian ialah 40%.
42
Jadual 7.1: Keputusan yang mungkin dicapai dalam Ujian Pra dan Ujian Pasca
Tahun Lima Bijak
Kod murid Ujian sebelumtindakan %
Ujian selepastindakan %
01 40 5802 45 6003 56 7204 38 5005 42 6006 66 8007 60 8208 22 5209 32 5410 28 4611 18 3812 20 3213 22 6814 58 8415 22 4816 62 8817 18 2618 26 5019 35 6820 32 70
Jumlah markah 742 1186Min markah 37.1 59.3
Peratus lulus 40% 85%
Jadual 7.1 menunjukkan taburan markah Ujian Pra sebelum tindakan dan
43
Ujian Pasca selepas tindakan serta tahap pencapaian murid-murid 5 Bijak yang
mungkin dicapai. Selain itu, kita juga dapat melihat perbezaan min markah
keseluruhan. Daripada dapatan yang mungkin diperolehi, terdapat perbezaan
yang ketara jika dibandingkan min markah Ujian Pra sebelum tindakan dan Ujian
Pasca selepas tindakan. Min markah bagi ujian sebelum tindakan adalah 37.1,
manakala min markah bagi ujian selepas tindakan adalah 59.3. Hasil dapatan ini
menunjukkan peningkatan yang ketara di samping membuktikan keberkesanan
kaedah pembelajaran koperatif dalam membantu murid-murid meningkatkan
tahap pencapaian kemahiran menulis ayat tunggal bahasa Melayu.
Jadual 7. 2: Skala tahap pencapaian mengikut markah
Skor(%) Tahap pencapaian80-100 Cemerlang60-79 Baik40-59 Sederhana20-39 Tidak Memuaskan0-19 Lemah
Jadual 7.3: Perbandingan peratusan keputusan Ujian Pra dan Ujian Pasca
Tahun 5 Bijak yang mungkin dicapai
44
Pencapaian Ujian Pra(bilangan
murid
Peratus(%)
Ujian Pasca
(bilangan
Peratus(%)
Perbezaanperatus
PeningkataCemerlang80%-100%
0 0 4 20 +20%
Baik60% -79%
3 15 6 30 +15%
Sederhana40%-59%
5 25 7 35 +10%
Tidakmemuaska
n
10 50 3 15 -35%
Lemah0%-19%
2 10 0 0 -10%
*Tanda (-) menunjukkan penurunan*Tanda (+) menunjukkan peningkatan
Jadual 7.2 menunjukkan jadual skala pemarkahan mengikut tahap
pencapaian murid. Jadual 7.3 pula menunjukkan bilangan dan peratusan
markah yang diperolehi oleh murid-murid 5 Bijak mengikut tahap pencapaian.
Merujuk kepada jadual 7.3 dapat dilihat peningkatan yang signifikan jika
dibandingkan antara Ujian Pra sebelum tindakan dengan Ujian Pasca selepas
tindakan dijalankan.
45
Cemerl
ang (
80-100)
Baik (6
0-79)
Sederh
ana (
40-59)
Tidak
Mem
uaskan
(20-39)
Lemah
(0-19)
0123456789
10
Ujian PraUjian Pasca
Ujian PraUjian Pasca
Rajah 7.1: Perbandingan dapatan pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca yang
mungkin dicapai
Berdasarkan Rajah 7.1 dan Rajah 7.2, murid lulus terletak dalam kategori
Cemerlang, Baik dan Sederhana, dan gagal jika terletak dalam kategori Tidak
Memuaskan dan Lemah. Dalam Ujian Pra tiada seorang murid pun mendapat
markah cemerlang, 3 orang murid mendapat markah Baik, 5 orang mendapat
markah Sederhana, 10 orang mendapat markah Tidak Memuaskan, dan 2
orang selebihnya adalah Lemah. Jumlah murid yang lulus dalam Ujian Pra ialah
seramai 8 orang dan peratusan lulus adalah sebanyak 40%. Berbanding dengan
Ujian Pasca pula, 4 orang murid telah Berjaya mendapat markah Cemarlang, 6
orang murid lain pula berjaya mendapat markah Baik, 7 orang mendapat
markah Sederhana, dan baki 3 orang murid mendapat markah Tidak
46
Memuaskan. Tiada murid yang berada dalam kategori Lemah bagi Ujian Pasca.
Cemerlang (80-100)
Baik (60-79) Sederhana(40-59)
Tidak Memuaskan
(20-39)
Lemah (0-19)0%
10%
20%
30%
40%
50%
60%
Ujian PraUjian Pasca
Rajah 7.2: Perbandingan peratus pencapaian Ujian Pra dan Ujian Pasca yang
mungkin dicapai
Secara jelasnya, peningkatan pencapaian murid dapat dilihat dengan
bilangan murid yang lulus bertambah kepada 17 orang dengan peratusannya
sebanyak 85%. Kesemua murid akan menunjukkan peningkatan pencapaian
mereka semasa Ujian Pasca. Penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
dengan menghasilkan buku “Mari Fikir Bersama” dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran dengan mengaplikasikan pelbagai aktiviti binaan ayat tunggal
secara bekerjasama dalam kelompok-kelompok kecil ini akan berjaya
47
membantu murid–murid dalam kemahiran membina ayat tunggal bahasa
Melayu dengan struktur ayat baik dan sistematik.
7.2 Keputusan pemerhatian
Merujuk kepada Jadual 7.4, hasil dapatan pemerhatian yangakan dianalisis
mungkin menunjukkan kaedah pembelajaran koperatif dengan penghasilan buku
‘Mari Fikir Bersama’ dapat meningkatkan pembinaan ayat tunggal di kalangan
murid-murid lemah, jika dibandingkan dengan keputusan Ujian Bulanan Februari
dan Ujian Pra.
Jadual 7.4: Keputusan dapatan pemerhatian ketika pelaksanaan
Kaedah Koperatif yang mungkin diperolehi.
Bil Item
Kekerapan
Kumpulan
A B C D
1. Membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar dan rangkai kata yang diberikan.
/ / / /
2. Menyusun perkataan-perkataan membentuk ayat tunggal dengan struktur yang betul .
/ / / /
3.Menggunakan perbendaharaan kata yang esuai untuk membina ayat tunggal berpandukan lembaran peta minda bergambar.
/ / - /
4. Membina ayat tunggal berpandukan kad gambar bersiri dan perkataan berpandu yang diberi.
/ / - -
5. Memadan dan menyambungkan rangkai katasupaya menjadi ayat tunggal berpandukan gambar.
/ / / /
Jumlah Kekerapan 5 5 3 4
Peratus pencapaian murid dalam kumpulan (%) 100 100 60 80
48
Merujuk kepada keputusan Ujian Pra, seramai 60% murid mungkin gagal.
Merujuk kepada Ujian Bulanan Februari, seramai 70% murid gagal. Ini jelas
menunjukkan bahawa kaedah mengajar secara tradisional yang digunakan
sebelum ini tidak berkesan memandangkan hampir 30% hingga 40% orang
murid tidak menguasai kemahiran membina ayat tunggal dengan baik. Melalui
pemerhatian yang direkodkan, majoriti murid dalam kelas Empat Bestari
menunjukkan kemahiran menulis ayat tunggal yang bagus; iaitu secara purata,
85% dapat menguasai isi kandungan pengajaran. Pemerhatian dilakukan oleh
rakan berpandukan pembentangan kumpulan murid selepas setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran. Merujuk jadual 7.4, kesemua murid dapat
membina melebihi 4 hingga 6 ayat tunggal yang betul bagi item 1, 2 dan 5. Bagi
item 3 pula, murid dari kumpulan C melakukan kesalahan membina ayat tunggal
melebihi 4 kali. Manakala bagi item 4, kumpulan C dan D gagal membina ayat
tunggal yang betul melebihi 60%.
7.3- Analisis Temu Bual
Daripada hasil temu bual itu nanti, kemungkinan murid memberikan
respon yang positif tentang penggunaan kaedah pembelajaran koperatif
(berkumpulan) dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Mungkin
sebahagian daripada pandangan murid menyatakan bahawa aktiviti
49
berkumpulan ini banyak membantu mereka dalam kemahiran membina ayat
tunggal semasa menjawab soalan ujian. Hasil temu bual yang akan diperolehi,
ditafsirkan mengikut jadual pengkodan seperti dalan jadual 7.5.
Jadual 7.5: Jadual pengkodan transkrip temu bual sampel bersama pengkaji
Pengkodan transkrip temubual sampel bersama pengkaji KOD
Minat/suka 1
Faktor pendorong 2
Sampel tidak pasti keperluan aktiviti berkumpulan dalammembina ayat.
3
Sampel seronok belajar secara berkumpulan 4
Sampel tahu kepentingan membuat aktiviti secarakumpulan
5
Sampel tahu dan faham mengenai manfaat carapengajaran guru
6
Semasa temu bual berjalan, saya akan memanggil sampel seorang demi
seorang untuk mendapatkan data yang lebih tepat. Berikut merupakan dapatan
awal yang akan ditulis semula oleh pengkaji bagi menterjemahkan apa yang
mungkin akan dijawab oleh sampel terhadap soalan-soalan yang diajukan.
Merujuk kepada Jadual 7.6, soalan-soalan telah dibahagikan kepada 5
aspek iaitu minat; minat pembelajaran penulisan Bahasa Melayu melalui aktiviti
50
koperatif dengan berbantukan buku ”Mari Fikir Bersama”; kerjasama rakan-
rakan; melalui keperluan aktiviti secara berkumpulan; dan pemahaman dalam
menjawab soalan penulisan ayat-ayat tunggal dalam penulisan bahasa Melayu.
Saya juga akan mengkategorikan item-item kepada dua bahagian iaitu bahagian
minat murid dan juga pemahaman murid.
Jadual 7.6: Jadual dapatan catatan mengenai temu bual yang akan dijalankan ke atas lima orang murid (sampel).
Soalan (Aspek) Catatan yang mungkin diperolehSoalan 1
(Minat/suka)2/5 orang murid menyatakan minat/suka2/5 orang murid menyatakan suka1/5 orang murid menyatakan tidak berapa minat
Soalan 2(Minat/suka pembelajaran melalui aktiviti kumpulan
(koperatif)
Kesemua murid mengatakan merekaminat dengan pembelajaran melaluiaktiviti koperatif/berkumpulan.
Soalan 3(Pemahaman/kerjasama
rakan-rakan)
Kesemua daripada mereka setujubantuan rakan dapat meningkatkankemahiran membina ayat tunggal bahasaMelayu.
Soalan 4(Pemahaman/Seronok
melaluiaktiviti berkumpulan)
4/5 orang murid fahami apa yangdimaksudkan dengan istilah demikian.
1/5 orang murid menyatakan tidak pasti.
Soalan 5(cara pengajaran guru
membantu dalam menjawab
soalan penulisan ayat)
3/5 orang murid menyatakan ia bolehmembantu peningkatan prestasipenulisan ayat mereka dalam menjawabsoalan penulisan
1/5 orang murid mengatakan boleh, akantetapi kurang pasti dapat aplikasikannyasemasa menjawab soalan.
Hanya seorang daripada merekamenyatakan tidak tahu.
51
Kemungkinan hasil dapatan yang diperoleh, mendapati empat daripada
lima murid berminat dan suka terhadap mata pelajaran penulisan bahasa
Melayu. Ini kerana daripada jawapan-jawapan murid, kemungkinan mereka
akan menyatakan faktor dorongan mengapa mereka suka subjek ini. Sebagai
contoh, ada di kalangan mereka yang suka akan penulisan Bahasa Melayu
kerana cita-citanya untuk menjadi seorang pengarang cerpen atau pun novel.
Ada juga di kalangan mereka yang mungkin menyatakan gemar melakukan
aktiviti penulisan ayat semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu.
Bagi aspek kedua iaitu minat atau suka terhadap pembelajaran melalui
aktiviti koperatif (berkumpulan 5/5), dapatan menunjukkan kesemua lima orang
murid sangat tertarik dengan pembelajaran dan pengajaran melalui aktiviti
koperatif (berkumpulan). Pengkaji mendapati bahawa, walaupun ada di
kalangan mereka yang kurang berminat kepada mata pelajaran penulisan ayat
tunggal bahasa Melayu ini, akan tetapi mereka lebih gemar dan tertarik kepada
pendekatan koperatif berbantukan buku ”Mari Fikir Bersama” berbanding
pembelajaran tradisional yang diamalkan di dalam kelas sebelum ini. Ini
membuktikan bahawa aktiviti–aktiviti secara koperatif mahupun aktiviti ‘handson’
mampu menarik minat murid untuk mempelajari seterusnya mendalami ilmuilmu
penulisan ayat tunggal bahasa Melayu pada masa akan datang.
52
Bagi item 3, saya juga dapati kesemua daripada mereka setuju bahawa
bantuan rakan-rakan kumpulan dapat meningkat kemahiran membina ayat
tunggal bahasa Melayu. Semasa saya menjalankan sesi temu bual bersama
kelima-lima murid, saya mendapati mereka tidak faham kepada istilah dan
kurang perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu. Walau bagaimanapun,
apabila saya menerangkan istilah itu dengan merujuk beberapa contoh dan
dipermudahkan kepada ayat tunggal yang lebih mudah dalam bahasa Melayu,
mereka dapat menjawabnya dengan spontan. Seperti yang kita tahu, program
pengajaran telah diimplimentasikan sejak dahulu lagi. Walau bagaimanapun,
kesukaran murid khususnya murid yang lemah dalam menguasai bahasa
Melayu ini menjadi kekangan kepada mereka untuk memahami istilah-istilah
dan makna perkataan yang baru bagi keperluan penulisan ayat tunggal mereka.
Seterusnya bagi aspek 4, dapatan menunjukkan 4 daripada 5 pelajar
menyatakan seronok membuat aktiviti berkumpulan dan kurang tertekan.
Manakala seorang menyatakan kurang pasti kerana menghadapi kesukaran
pemahaman semasa disoal.
Bagi aspek yang terakhir; aspek pemahaman melalui penggunaan buku
“Mari Fikir Bersama” membantu dalam menjawab soalan penulisan ayat tunggal
dalam menjawab soalan penulisan bahagian A, B dan C bagi mata pelajaran
penulisan Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan tiga orang murid menyatakan
53
boleh memanfaatkan penggunaan buku ”Mari Fikir Bersama” semasa
menjalankan aktiviti secara koperatif untuk meningkatkan pencapaian mereka
dalam pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu, dan dapat membantu semasa
menjawab soalan bahagian B kelak. Seorang daripada mereka pula
menyatakan boleh, akan tetapi kurang pasti dapat aplikasikannya semasa
menjawab soalan dan seorang lain menyatakan tidak tahu. Hasil daripada hasil
temu bual yang telah dijalankan lebih memberikan keputusan yang positif, dan
20% bahagian memberikan jawapan negatif dan saya telah membuat andaian
awal bahawa murid ini daripada kelompok yang lemah dan cuba mengalami
reformasi bagi meningkatkan prestasi diri mereka sekiranya kaedah
pembelajaran koperatif menggunakan buku ”Mari Fikir Bersama” diteruskan
dengan lebih aktif lagi. Ini kerana empat daripada lima orang murid telah
menyatakan bahawa melalui kaedah pembelajaran koperatif ini dapat
membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian mereka serta memupuk
keyakinan diri pada tahap maksimum untuk membina ayat tunggal dengan
susunan subjek dan predikat dengan betul strukturnya, tetapi cuma mereka
berselindung dengan perasaan kurang yakin semasa menjawab soalan
penulisan.
Justeru, apa yang dapat disimpulkan bahawa dengan kaedah
pembelajaran dan pengajaran melalui koperatif dapat menarik minat murid
terhadap bahasa Melayu penulisan seterusnya membantu mereka
54
meningkatkan kebolehan diri dalam membina ayat tunggal bahasa Melayu dan
juga meningkatkan tahap pencapaian mereka kelak dalam penulisan bahagian
A, B dan C.
7.4 Keputusan Soal Selidik Murid
Jadual 7.7: Perbandingan Min Respon Murid Terhadap Item Soal Selidik
Jadual 7.7 menunjukkan bahawa min bagi bagi item 1 semasa pelajaran
kaedah tradisional ialah 3.60 manakala min semasa pelajaran kaedah koperatif
ialah 4.65. Perbezaan min adalah adalah sebanyak 1.05. Ini mungkin
disebabkan aktiviti berkumpulan membolehkan murid menjana idea yang lebih
kreatif dan mampu bekerjasama dalam membentuk ayat tunggal dengan betul.
Manakala bagi item 2, min skor bagi pelajaran kaedah tradisional ialah 3.00
manakala min semasa pelajaran kaedah koperatif ialah 5.00. Perbezaan min
adalah adalah sebanyak 2.00. Aktiviti secara kumpulan membolehkan murid
berfikir secara bersama-sama untuk membentuk susunan ayat tunggal yang
lebih sempurna jika dibandingkan kaedah tradisional. Begitu juga item 3 dan 4,
di mana skor min bagi kaedah koperatif lebih tinggi berbanding skor kaedah
tradisional. Maklum balas yang diberikan oleh murid sendiri melalui soal selidik
ini membuktikan bahawa murid sendiri dapat merasai perbezaan pembelajaran
kaedah tradisional dan koperatif. Secara tidak langsung menunjukan
55
keberkesanan kaedah koperatif berbanding tradisional.
8. 0 RUMUSAN
Sorotan literatur kajian ini mampu memberi satu gambaran bahawa
dengan menggunakan kaedah pembelajaran koperatif berfokuskan buku “Mari
Fikir Bersama” sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran dapat
meningkatkan keberkesanan kemahiran bekerjasama murid kerana kaedah ini
mempunyai imej meningkatkan pencapaian pembelajaran murid (Porter &
Hernacki, 1992). Menerusi beberapa pemerhatian, temu bual dan ujian yang
dilakukan juga telah menunjukkan perubahan positif di mana peningkatan dalam
pelajaran telah ditunjukkan oleh kebanyakan murid. Peningkatan inilah yang
telah dijadikan sebagai kayu ukur peranan penggunaan kaedah pembelajaran
koperatif mampu meningkatkan kemahiran hubungkait dengan pelbagai
perbendaharaan kata murid bagi kemahiran membina ayat tunggal bahasa
Melayu. Proses pengajaran di dalam kelas juga boleh menjadi lebih pantas dan
mudah menerusi penggunaan kaedah berkumpulan. Penerangan yang panjang
lebar serta sesi demonstrasi juga tidak diperlukan lagi.
Selain itu, apa yang saya dapati melalui kajian ini ialah proses
pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan melalui penggunaan kaedah
koperatif. Penggunaan media ini boleh mempercepat kadar pemahaman
56
seseorang murid. Apabila murid itu sudah menguasai peringkat kefahaman,
barulah murid mudah untuk ke peringkat seterusnya, iaitu menghubungkait.
Proses ini sepatutnya berlaku mengikut peringkat dan tahap murid seperti yang
telah disusun dalam Taksonomi Bloom yang bermula dari aras pengetahuan
hinggalah penilaian.
Secara keseluruhannya pelaksanaan kajian tindakan ini memberi banyak
kelebihan dan faedah kepada banyak pihak terutamanya pihak responden iaitu
murid, diri saya, pihak sekolah serta secara tidak langsung kepada bakal guru
akan datang.
9.0 PENUTUP
Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
kaedah pembelajaran koperatif dengan menghasilkan buku ”Mari Fikir
Bersama”mampu membantu murid membuat hubungkaitkan perbendaharaan
kata dan mengeneralisasi binaan ayat tunggal mengikut struktur yang betul
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini juga dapat membantu
guru dalam memastikan setiap hasil pembelajaran yang dirancangkan berjaya
dicapai oleh semua murid. Pelaksanaan kajian ini juga dapat membuktikan
bahawa segala teori pendidikan tidak sekadar menjadi retorik, tetapi dapat
diaplikasikan dalam situasi sebenar semasa berada di dalam kelas. Saya
57
berharap semoga kajian ini dapat memberi manfaat yang berterusan kepada
saya dan pembaca-pembaca yang lain.
11.0 SENARAI RUJUKAN
Abdul Hamid Mahmood. (2006). Kursus menguasai Bahasa Melayu mudah,
Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Abdullah Hassan. (2004). Language planning in Malaysia: The first hundred
years. English Today, 84, 3-12.
Abdullah Yusoff & Che Rabiaah Mohamed .(2004). Penguasaan Bahasa Melayu
dalam Kalangan murid: Suatu sorotan dari perspektif linguistik. Jurnal
Dewan Bahasa, 639 -680.
Awang Mohamad Amin .(1992). Bahasa Sejarah Melayu: Peranannya Dalam
Pemantapan Bahasa Melayu Kini, Jurnal Dewan Bahasa, 01/09/1992,
dari pustaka.dbp.gov.my/…/opac1
Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawziah Yahya. (2005).
Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Profesional
58
Publishing Sdn. Bhd.
Beulah Vanessa Isaacs .(2008). "Cooperative Learning: Implementing an
Alternative Teaching and Cape”, Peninsula University of Technology
Publication.
Cheah Tong Tiat, Adlan Abdul, Baskaran Nadeson & Lim Chin Li. (2007).
Keberkesanan Kaedah Pembelajaran Koperatif dalam Pembelajaran
Bacaan Pemahaman Teks di Kalangan Murid SJK(C) dan SJK (T), Jurnal
Pendidikan MPSAH Jilid 6,21- 35.
Creswell, J. W. (2003). Qualitative inquiry and research design: Choosing
among five traditions. Thousand Oaks, CA:Sage.
Ee Ah Meng. (2003). Ilmu Pendidikan, Pengetahuan Dan Keterampilan Ikhtisas
(Semester 1), Shah Alam; Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gay, L. R. (1981). Education Research, 2nd ed. London: A Bell & Howell
Company.
Goud, N. & Arkoff, A. (2008). Psychology and Personal Growth, 8th ed., Allyn &
Bacon Incorporated.
59
Henry Guntur Taringan. (1982). Menulis Sebagai Satu Keterampilan Berbahasa,
Indonesia.
Intan Sapinas binti Bahuri. (2008). Tinjauan Amalan Pembelajaran Koperatif di
Kalangan Pelajar Tingkatan Dua Maktab Rendah Sains Mara Grik
eprints.utm.my/6040/1/aziziyahkoperatif.pdf.
Isjoni, I. (2006). Pendidikan sebagai Investasi Masa Depan, Yayasan Obor
Indonesia, Jakarta.
Johnson, D.W., Johnson, R., & Holubec, E. (1986). Circles of Learning:
Cooperative in the Classroom: Edwards Bristher, Inc . Asbc.
Johnson, D.W, Johnson, R., & Holubec, E. (1998). Cooperation in Classroom.
Boston: Allyn and Bacon.
Kamaruddin bin Jeon, Shamsul Yusli bin Mohamad Yusof ,Zainal Arifin bin
Yusof & Napisah bt Muhammad,(2005).Buku Panduan Guru Bahasa
Melayu Tahun Empat,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kimble, G. A. (1991). Functional Behaviorism: A Plan for Unity in Psychology,
Vol. 54 (11), Nov 1999, 981-988 dari psycnet.apa.org/journals/amp.
60
Lolitasari. V. C. A. (2011). Penerapan Model Pembelajaran Koperatif, Student
Teams Achievement Division (STAD) untuk Meningkatkan Minat Belajar
Biologi Siswa Kelas VIII B SMP Negeri 14 Surakarta.
Meor Ibrahim Bin Kamaruddin & Nurul Amira Binti Ahmad. (2010). Persepsi Guru
Guru Sains Terhadap Kaedah Pembelajaran Koperatif (PK) Berdasarkan
Kemahiran Sosial Pelajar Dan Minat Guru. Fakulti Pendidikan University
Mohamad bin Muda.(1991).Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan
Guru,Kementerian Pelajaran Malaysia.Cabaran dan harapan dalam
pendidikan menghadapi alaf baharu,Prosiding Pembangunan,UKM
Bangi.
Mohamad Fadzil bin Che Ahmad .(2008). Kesan Kaedah Inkuiri Koperatif
Berbantukan Multimedia ke Atas Prestasi Kemahiran Proses
SainsBersepadu, Pemikiran Saintifik Dan Sikap Dalam Sains Dalam
Kalangan Pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan.eprints.usm.my
61
Mok Soon Sang .(1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Moll, L. C. (1992). Instructional Implications and Applications of Sociohistorical
Psychology, Vygotsky and Education, Cambridge University Press,
United Kingdom.
Nik Safiah Karim .(1996). Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Dewan Bahasa dan
Pustaka: Kuala Lumpur.
Nor Azizah Mohd Salleh. (1996). Penerapan Nilai Murnidalam Biologi Melalui
Pembelajaran Koperatif, Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan
Sains & Matematik, FakultiPendidikan UKM, 20-21 November.
Porter, B.D., & Hernacki, M. (1992). Quantum learning: Unleashing the genius in
you USA: Dell Publishing.
Roselan Baki .(2003). Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu,
Kuala Lumpur: Karisma Publication Sdn. Bhd.
Robert E. Slavin. (2008). Cooperative learning: Teori, riset dan
praktik.Penterjemahan Nurulita. Bandung: Penerbit Nusa Media.
62
Snyder & Sandra S. (2006). "Cooperative Learning Groups in the Middle School
Mathematics Classroom", Action Research Projects. Paper 30.
http://digitalcommons.unl.edu/mathmidactionresearch/30.
Simah binti Mamat .(2009). Keberkesanan Kaedah Koperatif dalam Pengajaran
Menulis Karangan Fakta dan Naratif dalam Kalangan Pelajar Bukan
Melayu. simahmamat.blogspot.com/…/keberkesanan –kaedah.
Siti Hajar Abd. Hamid .(2007). Pembelajaran Koperatif Menggunakan e-
Pembelajaran di Kalangan Pelajar yang Mengambil Subjek
Telekomunikasi dan Rangkaian, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor.
Slavin R. B. (1984). Student Motivating to Excel: Cooperative Incentives,
Cooperative Tasks and Student Achievements, The Elementary School
Journal, 85 ( 1 ): 53 – 63.
Tok Hoon Seng (2006) Cooperative Learning And Achievement In English
Language Acquisition In A Literature Class In A Secondary School.
63
Master’s thesis, Universiti Teknologi Malaysia, Faculty of Education.
64
LAMPIRAN
LAMPIRAN A
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGALDALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT
MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF
65
BORANG MAKLUMAT DIRI DAN SOAL SELIDIK
Nama :………………………………………………………
Tahun :………………………………………………………
BORANG SOAL-SELIDIK
Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji persepsi pelajar mengenai penggunaankaedah pembelajaran koperatif dalam pengajaran dan pembelajaran penulisan Bahasa Melayu Tahun 4 Bestari. Sila jawab soalan – soalan di bawah dengan ikhlas.
Terima kasih atas kerjasama anda.
Arahan: Setiap item di bawah disusun dengan skor. Bulatkan pada nombor/skor yang berkenaan.
1 sangat tidak setuju2 tidak setuju3 tidak pasti4 setuju5 sangat setuju
66
Item Penyertaan Skor
1Saya boleh membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar dan rangkai kata yang diberikan.
1 2 3 4 5
2Saya dapat menyusun perkataan- perkataanbagi membentuk ayat tunggal dengan betul.
1 2 3 4 5
3Saya dapat mengisi perbendaharaan yangsesuai di dalam peta minda bergambar untukmembina ayat tunggal dengan betul.
1 2 3 4 5
4Aktiviti-aktiviti bahasa yang dilakukan dalamkelas dapat membantu saya dalam membinaayat tunggal dengan baik.
1 2 3 4 5
SEKIAN TERIMA KASIH
LAMPIRAN B
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGALDALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT
MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF.
67
BORANG PEMERHATIAN
Bil ItemKekerapanKumpulan
A B C D
1.Membina ayat tunggal berdasarkan kad gambar
dan rangkai kata yang diberikan.
2.Menyusun perkataan-perkataan membentuk
ayat tunggal dengan struktur yang betul .
3.
Menggunakan perbendaharaan kata yang esuai
untuk membina ayat tunggal berpandukan
lembaran peta minda bergambar.
4.Membina ayat tunggal berpandukan kad ambar
bersiri dan perkataan berpandu yang diberi.
5.
Memadan dan menyambungkan rangkai kata
supaya menjadi ayat tunggal berpandukan
gambar.
Jumlah Kekerapan
Peratus pencapaian murid dalam kumpulan (%)
LAMPIRAN C1
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBINA AYAT TUNGGALDALAM KALANGAN MURID TAHUN EMPAT
MELALUI PEMBELAJARAN KOPERATIF
68
BORANG TEMU BUAL
Bil Item Kod
1.Adakah anda suka dengan aktiviti menulis dalam mata pelajaran bahasa Melayu?
2.Adakah anda suka melakukan aktiviti berkumpulan semasa belajar ?
3.Adakah rakan sekumpulan membantu anda dalam meningkatkan kemahiran pembinaan ayat tunggal bahasa Melayu.?
4.Adakah anda mendapati kaedah pembelajarankumpulan memudahkan dan membantu anda membina ayat tunggal ?
5.Adakah cara pengajaran guru membantu andameningkatkan kemahiran membina ayat tunggal ?
LAMPIRAN C2
Transkrip temubual antara guru dengan lima orang terpilih semasakajian dijalankan.
Soalan/Jawapan murid-murid Kod1. Adakah anda suka dengan aktiviti menulis dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu ? Mengapa?
69
Murid 1:
Murid 2
Murid 3
Murid 4:
Murid 5
2. Adakah anda suka melakukan aktiviti berkumpulan semasa belajar ?
Murid 1’Murid 2Murid 3Murid 4Murid 5
1.2
1.2
2
1.2
1.2
Soalan/Jawapan murid-murid Kod3. Adakah rakan sekumpulan membantu anda dalam
meningkatkan kemahiran pembinaan ayat tunggal
bahasa Melayu.?
Murid 1:
Murid 2:
70
Murid 3:
Murid 4:
Murid 5:
4. Adakah anda mendapati kaedah pembelajarankumpulan memudahkan dan
Murid 1:
Murid 2:
Murid 3:
Murid 4:
Murid 5:
LAMPIRAN D1
Masa: 1 Jam
BAHASA MELAYU
71
UJIAN PRA
Arahan: Kertas soalan ini mengandungi bahagian A, B, C dan D.Sila jawabkesemua soalan berikut dengan teliti dan tepat.Selamat menjawab
NAMA :
…………………………………
KELAS :
………………………………
Soalan 1 hingga 3
A. Susun semula perkataan supaya menjadi ayat tunggal yangbetul.
1.
72
rajin Adik Buku. membaca
rumah Di
_______________________________________________________________
2.
________________________________________________________________
3.
B. Soalan 4 hingga 6
Tulis ayat tunggal berpandukan gambar
4.
73
tinggal Gombak
bersama
keluarganya
diRamlah
4 Mutiaradi kelas
SarimahCikgumengajarMatematik
5.
.
6.
F. Soalan 9 hingga 12
Bina empat ayat tunggal berpandukan gambar bersiri dan rangkai kata yang diberikan.
74
1. __________________________________________________
2. __________________________________________________
3. __________________________________________________
4. __________________________________________________
75
Ternampak perompak memecah tingkap menelefon polis tangkap mengucapkan terima kasih
76
77