Upload
rishie-kumar-loganathan
View
157
Download
15
Embed Size (px)
Citation preview
BAB 1: PENGENALAN
LATAR BELAKANG KAJIAN
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bermula pada tahun 2007 dalam sebelas
matapelajaran yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan transformasi
dalam penilaian pendidikan. Perubahan yang dimaksudkan adalah daripada penilaian sumatif
sepenuhnya kepada penilaian formatif. Menurut Adi (2006), masyarakat mempunyai
kepercayaan yang rendah terhadap pentaksiran sekolah dan lebih mempercayai peperiksaan
berpusat. Ini adalah disebabkan sistem pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan
peperiksaan. Contohnya pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) telah menyumbang sebanyak 40 peratus markah pentaksiran sekolah ke dalam
peperiksaan berpusat, iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Oleh kerana pelaksanaannya bergantung penuh kepada guru dalam bilik darjah,
mereka bertanggungjawab membentuk suasana pembelajaran, bermula dengan merancang,
mentadbir, memberi skor dan akhirnya membuat pelaporan secara terancang mengikut
prosedur yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan (KPM, 2007). Dengan melihat
bahawa perlaksanaan PBS dapat membantu memperbaiki pembelajaran murid berdasarkan
maklumat yang diperolehi maka penilaian terhadap perlaksanaan PBS harus dilakukan.
Peranan guru sebagai pemudah cara, menjalankan pemerhatian seterusnya mendapatkan
maklumat akan memberi maklum balas yang bermakna kepada murid demi menajamin
kualiti pentaksiran PBS yang baik di peringkat sekolah.
PENYATAAN MASALAH
Pengenalan
Sistem persekolahan arus perdana di Malaysia telah lama menggunakan sistem
pentaksiran berorientasikan peperiksaan. Penilaian yang sedia ada ini tidak dapat menilai
kebolehan dan kemahiran murid secara holistik. Sehubungan itu, pihak kementerian
menyediakan satu sistem pentaksiran alternatif dengan mengkaji semula sistem pentaksiran
dan penilaian sedia ada dalam usaha menjadikan pembelajaran murid tidak terlalu
berorientasikan peperiksaan. Justeru Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) diperkenalkan
bagi mentaksir proses dan produk secara formatif dan sumatif. Pentaksiran ini mengamalkan
konsep assessment for learning dan assessment of learning manakala fokus utama
1
pentaksiran sedia ada lebih kepada pencapaian akademik murid di akhir pembelajaran yang
merupakan assessment of learning.
Kaedah pengajaran guru kurang menerapkan unsur berfikir secara kreatif dan kritis
(KBKK). Guru lebih menekankan pencapaian akademik sehingga menyebabkan keciciran
penekanan terhadap aspek afektif, psikomotor dan sosial. Murid lebih terdorong untuk
menghafal tanpa memahami isi kandungan pelajaran. Pengajaran lebih menjurus kepada
membuat latih tubi supaya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
dalaman dan peperiksaan awam. Permasalahan ini pernah diutarakan oleh Yusof dan Md.
Musa dalam penulisan mereka pada tahun 2011.
Pengetahuan kandungan pedagogi (PCK) digambarkan sebagai pengetahuan
professional guru untuk memahami pengajaran yang berkesan. Ini bermaksud bahawa untuk
mengajar suatu subjek secara berkesan maka untuk mengajar sains yang berkesan, guru-guru
harus memiliki pengetahuan dan kepercayaan, strategi pdp dan penilaian seperti yang pernah
dinyatakan oleh Magnusson, Krajick dan Broko (1999). Isunya adalah permasalahan dalam
proses PdP di kalangan guru bukan opsyen. Sebagai contoh, sebilangan mereka memberi
fokus kepada isi kandungan yang diajar tanpa mengambil kira kesediaan murid, penglibatan
mereka dan pada amnya pembelajaran berlaku secara sehala. Akibat daripada proses
pengajaran dan pembelajaran yang tidak seimbang akan membentuk ketidakupayaan murid
untuk meneroka ilmu pengetahuan, kurang berkomunikasi secara interpersonal antara murid
dengan murid. Sekiranya keadaan ini berterusan, maka lahirlah modal insan murid yang tidak
mempunyai keyakinan diri, pasif dan kurang berdaya saing.
Kecairan maklumat akibat kaedah latihan teragih yang bermula daripada kementerian,
jabatan pelajaran negeri, pejabat pelajaran daerah, sekolah, jawatankuasa kurikulum dan
panitia mata pelajaran mengakibatkan proses pendedahan kepada guru pelaksana PBS
menjadi suntuk. Jurulatih utama (JU) berkursus selama seminggu, tetapi apabila sampai
kepada panitia, taklimat hanya mengambil masa dua jam. Guru juga berhadapan dengan
peruntukan aktiviti bilik darjah untuk menyelesaikan segala keperluan kurikulum dan
kemahiran insaniah yang lain (Lee, Bishop, Hamed dan Sharan, 2009). Hal ini
mempengaruhi kesediaan guru sebagai agen pelaksana. Dalam erti kata lain, kecekapan dan
keberkesanan guru dalam melaksanakan PBS terbantut.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenalpasti status tahap pengetahuan guru terhadap perlaksanaan PBS.
2
2. Mengenalpasti kesediaan guru dalam perlaksanaan PBS.
3. Mengenalpasti tahap keprihatinan guru dalam perlaksanaan PBS.
SOALAN KAJIAN
1. Adakah terdapat hubungan antara tahap pengetahuan guru terhadap perlaksanaan
PBS.
2. Adakah terdapat hubungan antara tahap amalan guru dengan pelaksanaan PBS.
3. Apakah tahap keprihatinan guru dalam perlaksanaan PBS.
HIPOTESIS KAJIAN
H1 : Domain guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan yang simetri dengan pencapaian pengajaran guru
H2 : Kesediaan guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan yang positif (negatif) terhadap PdP dan pencapaian pengajaran guru
H3 : Keprihatinan guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan yang positif (negatif) terhadap PdP dan pencapaian pengajaran guru
H4 : Pengetahuan guru dalam pelaksanaan PBS mempunyai hubungan yang positif (negatif) terhadap PdP dan pencapaian pengajaran guru
KEPENTINGAN KAJIAN
1. Membolehkan murid mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan nilai
berbanding kriteria yang ditetapkan.
2. Membolehkan murid memperbaiki pencapaian diri (assessment for learning).
3. Pentaksiran yang dibuat dapat dimodarasikan mengikut mekanisme penyelarasan dan
pemantauan yang dilaksanakan untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan
skor pentaksiran bagi menjamin kualiti.
3
4. Pelaporan positif iaitu skor yang dilaporkan menunjukkan tahap penguasaan murid
dan ini boleh dibaiki dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanya dijalankan dalam kalangan guru-guru tingkatan satu dan tingkatan
dua iaitu seramai 80 orang guru di Daerah Pulau Rusa sahaja. Sampel yang digunakan tidak
akan digeneralisasikan dapatannya kepada semua guru yang terlibat dalam Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS).
DEFINISI OPERASIONAL
Pentaksiran ialah prosedur sistematik yang akan digunakan oleh guru-guru sebagai
sampel kajian untuk mengumpul maklumat berkaitan ciri-ciri pengetahuan yang murid
perolehi. Pentaksiran merupakan salah satu komponen utama proses pembelajaran murid
yang dapat dinilai menerusi perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang
diperkenalkan di sekolah.
Keprihatinan bermaksud kesungguhan guru menunjukkan perhatian kepada
perlaksanaan dasar PBS kepada murid. Dengan melihat PBS bukan sahaja menilai hasil akhir
yang dicapai oleh murid, ianya juga dapat menilai bagaimana proses murid memperoleh
pengetahuan dan mengalami pembelajaran secara bermakna. Sistem pentaksiran yang baik
dianggap mampu mencungkil potensi dan bakat pelajar.
Pengetahuan merujuk kepada kebijaksanaan guru menguruskan kandungan
pengajaran yang akan digunakan semasa melaksanakan PBS. Guru-guru juga perlu bijak
menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai semasa melaksanakan PBS dengan
mengambilkira faktor kesediaan murid dan kesediaan guru
Kesediaan ialah tahap kesanggupan guru-guru untuk melaksanakan PBS secara
menyeluruh kepada murid. Guru perlu memahami konsep dan komponen yang terdapat di
dalam PBS dan memperbaiki amalan pengajaran daripada pendekatan tradisional kepada
pembelajaran berpusatkan murid
4
Penilaian pula merujuk kepada penghakiman tentang kualiti prestasi atau tingkah laku
murid terhadap perlaksanaan PBS. Data yang diperolehi daripada kajian ini akan
diinterpretasikan supaya ia memberi makna kepada program ini. Penilaian yang dibuat ke
atas pentaksiran oleh guru akan digunakan untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran
agar lebih berkesan.
KESIMPULAN
Penilaian terhadap PBS perlu dilakukan untuk memperbaiki proses perlaksanaannya
di peringkat sekolah. Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengkaji aspek pengetahuan
kesediaan, dan keprihatinan guru terhadap PBS. Persoalan –persoalan yang diutarakan dalam
kajian menjadi paksi kepada mengapa kajian ini hendak dilakukan. Seterusnya definisi secara
operasional dijelaskan satu persatu supaya pengkaji dapat membuat pengukuran
pembolehubah yang ditentukan dengan lebih mudah.
BAB 2 :KAJIAN LITERATUR
PENGENALAN
Keprihatinan
Dari penelitian Model Keprihatinan Berasaskan Penerimaan (Concern-based
Adoption Model – CBAM) oleh Salmiah, Ramlah, Ab. Rahim dan Abdullah (2011)
menyimpulkan bahawa tahap keprihatinan guru boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan
iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Ini adalah kerana perasaan dan keperluan guru sebagai
pelaksana perubahan adalah berbeza. Justeru dapatan ini juga berkait rapat dengan
pengalaman mengajar dan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan seperti kurang
pendedahan (latihan/kursus) dan guru bukan opsyen. Namun, fokus untuk meneroka
perubahan dan usaha segelintir guru untuk melestarikan pentaksiran murid turut dikenalpasti
dalam kajian tersebut. Ini disokong oleh kajian Ling, Sharifah dan Hasnah (2000) mendapati
bahawa inisiatif guru dalam pembangunan sesuatu aktiviti pentaksiran secara kreatif yang
bersesuai dengan kehendak murid. Oleh sebab itu, guru perlu memajukan diri dalam
melaksanakan apa juga kurikulum atau konsep baru untuk menentukan keberkesanannya
(Rohaya, 2003).
5
Pengetahuan
Pada asasnya, amalan PBS mempunyai kaitan dengan tahap pengetahuan guru
terhadap pelaksanaannya. Tambahan pula, saranan-saranan yang terdapat dalam PBS
memenuhi prosedur yang ditetapkan oleh LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia). Dapatan
ini disokong oleh Abdul Zubir (2007) dimana terdapat sebilangan kecil yang masih tidak
mengikuti standard prosedur perlaksanaan yang digariskan. Seterusnya, kajian Fishbein dan
Ajzen (1975) dan Abdul Zubir (2007) menjelaskan kebanyakan guru mengakui bahawa
pengetahuan yang dimiliki dapat memudahkan pelaksanaan sesuatu aktiviti mengikut elemen
– elemen pelaksanaan. Namun analisis kajian yang dibuat oleh Rosli (2008) mendapati
masih terdapat segelintir guru yang mengakui kurang berpengetahuan dalam perlaksanaan
PBS. Justeru, implimentasi perlaksanaan PBS menimbulkan keraguan dari aspek kesahan dan
kebolehpercayaan sesuatu pentaksiran dan penilaian yang dijalankan ( Mohd Isha, 2011).
Pentaksiran
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan transformasi dalam sistem
pentaksiran pendidikan di Malaysia. Sistem penilaian tradisional yang diguna pakai pada
masa ini adalah berasaskan penilaian sumatif di mana pelajar dinilai di akhir pembelajaran
untuk menentukan gred pencapaian mereka seperti dalam Penilaian Menengah Rendah
(PMR). Namun dalam Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006‐2010 (KPM,
2006) yang bermatlamat untuk membangunkan modal insan, telah memberi fokus kepada
pemantapan sistem pentaksiran dan penilaian masa kini supaya lebih holistik dan autentik.
Bagi tujuan tersebut, pihak kementerian menyediakan satu sistem pentaksiran alternatif
dengan mengkaji semula sistem pentaksiran dan penilaian sedia ada dalam usaha menjadikan
persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan. Ini dilaksanakan dalam semua mata
pelajaran menengah rendah bertujuan untuk memantapkan kualiti sistem pentaksiran dan
penilaian pendidikan sedia ada. Pentaksiran yang dilaksanakan adalah dalam bentuk
pentaksiran formatif; menggantikan sistem pentaksiran berpusat (external assessment) yang
dikenali juga sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning); di mana
pelaksanaannya adalah secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Talib dan Abd Ghafar (2008), pentaksiran formatif bertujuan mencapai matlamat
agar pelajar diberi maklum balas tentang pencapaian mereka. Di dalam bilik darjah guru
perlu mengetahui tentang pencapaian murid dari segi pengetahuan atau kemahiran yang telah
diperolehi manakala murid pula akan dapat mengenal pasti tahap pembelajaran serta
kelemahan yang ada pada diri mereka. Dalam situasi yang sama, guru pula akan menerima
6
maklum balas sama ada pengajaran mereka perlu diubah mengikut kesesuaian dan kefahaman
murid itu sendiri (Miller, Robert, & Norman, 2009).
Kesediaan
Dalam usaha menjayakan pelaksanaan PBS, aspek kesediaan guru juga turut
memainkan peranan yang penting. Dapatan ini disokong oleh Asmawati dan Lukman (2009)
yang mendapati bahawa peruntukkan latihan yang mencukupi dapat memberi kesan yang
lebih positif dalam memahami dan melaksanakan matlamat PBS mengikut standard
pengoperasian yang digariskan oleh KPM. Ini selari dengan kajian Rosni Zainuddin Shah
dan Fatihah (2011) yang menegaskan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki perlu
ditambah baik dengan kepekaan yang sedia ada dipertingkatkan dari semasa ke semasa
mengikut keperluan dan perubahan yang berlaku. Pernyataan ini disokong oleh Hewit, (1977)
yang menyatakan faktor yang menjadi punca kegagalan dan ketidakupayaan sesuatu program
adalah masalah penerimaan di kalangan yang terlibat.
Prestasi
Mohd Anuar dan Zamiyah (2010), mentakrifkan prestasi sebagai pengukuran tahap
kerja yang dilakukan dengan jelas. Prestasi bermakna kecekapan untuk melakukan pekerjaan.
Prestasi adalah sumbangan yang diukur secara kuantitatif dan kualitatif untuk mencapai
kumpulan objektif dalam unit kerja. Menurut Fatimah (1996), dalam konteks pekerjaan guru
perlu menunjukkan prestasi yang telah berpengaruh dan dipengaruhi orang lain. Prestasi
dianggap penting kerana ia berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sumber manusia seperti
memperakukan, program latihan dan reka bentuk kerja. Aspek ini merupakan input dan
output yang boleh diguna pakai sebagai sumber rujukan oleh guru lain. Robbins dan DeNisi
(1994) mentakrifkan prestasi guru sebagai keupayaan seseorang guru bagi mencapai objektif
dan matlamat organisasi. Menurut Asturi (2010), mewujudkan matlamat tertentu dan
mencabar akan mendorong guru-guru untuk bekerja lebih gigih dalam meningkatkan prestasi
dan motivasi bekerja. Selain itu , pengukuran prestasi guru boleh dilakukan oleh pelbagai
pihak bagi tujuan memberi maklum balas terhadap prestasi guru tersebut. Di samping itu,
pelajar juga berpeluang memberi pandangan terhadap PdP guru. Ini boleh menjadi langkah
yang asas untuk menentukan nilai prestasi seseorang guru (Sardiman , 2004). Dalam konteks
7
inu, guru perlu bertanggungjawab dalam menambah baik mutu prestasi ketika PdP. Mereka
juga perlu mengetahui maklum balas yang cepat terhadap prestasi kerja mereka untuk
menunjukkan tahap kemajuan yang telah dicapai. Mathis dan Jacson menyatakan bahawa
prestasi guru-guru yang harus melihat aspek ini; (1) Usaha seperti faedah, personaliti, dan
bakat; (2) Daya Kerja seperti diri - intensif, kemahuan untuk bekerja , kehadiran bekerja, dan
diri disiplin - dalam melakukan kerja , dan (3) Kompetensi seperti mengetahui apa yang
diinginkan , setelah diperlukan kecekapan, dan cuba untuk mengawal kerja (dalam Sulaiman,
2013).
KERANGKA INDUK PBS
Rajah 1 menunjukkan kerangka konseptual bagi PBS yang diterjemahkan dengan
menggunakan Model CIPP (Context, Input, Process,Product) yang diperkenalkan oleh Stufflebeam (1983) . Penyelidik telah memperincikan setiap aspek pelaksanaan PBS dalam
kerangka tersebut bagi menggambarkan senario penilaian yang di laksanakan.
KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Rajah 2 menunjukkan kerangka konseptual kajian yang didasari pengajaran guru dan
pelaksanaan PBS. Justeru, pencapaian tersebut ditentukan oleh PdP dengan mengambil kira
domain guru. Ini dijelaskan dengan konstruk-konstruk domain guru berkait rapat terhadap
pencapaian pengajaran guru
8
9
Rajah 1 ; Kerangka Induk PBS
10
SITUASI
Misi KPM
Mengahasilkan sistem pendidikan yang bertaraf
dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya dan mencapai Aspirasi Negara
Pentaksiran
Proses mendapatkan maklumat tentang
perkembangan individu (murid) serta keberkesanan
PdP (guru) dalam pembentukan modal insan
Apa yang dilaburkan:
1.Kursus PBS
JUK JUN JUD
2. Penyebaran Pentadbir Guru M/P Ibu
Bapa/Penjaga Pelajar
3. Bahan DSP DIC DSK
4. Peruntukan kewangan Kursus dalaman
5. Teknologi SPPBS
6. Rangkaian GC SISC + Ibu Bapa
AKTIVITI PENCAPAIAN
Mesyuarat
Perkongsian amalan pembelajaran (PBS)
Kajian tindakan
Runding cara dengan pakar
Penghasilan & perkongsian sumber
Interaksi profesional
Taklimat
Perkongsian bahan /idea
Bengkel penyediaan item PBS
Penglibatan aktif dalam penyediaan bahan
Perbincangan professional
Pengumpulan eviden terbaik
Bimbingan berterusan
Bahan sokongan
Pengumpulan
Pencapaian
Eviden terbaik
Penambahbaikan
GuruPeningkatan kandungan matapelajaran
Peningkatan pedagogiPdP yang efektif
Pekembangan merentas kurikulum
PentadbirKebolehtadbiran pelan strategi pencapaian sekolah
Merancang peningkatan komuniti pembelajaran
PelajarPenglibatan aktif dalam PdP
Peningkatan kemahiran komunikasi
Penguasaan pengetahuan matapelajaran
Ibu BapaSokongan dalam komuniti pembelajaran
Peningkatan tahap komunikasi (pelajar/sekolah/kurikulum
Pembudayaan PBS
Matlamat
Peningkatan penglibatan
pelajar dengan pencapaian serta membangunkan
komuniti pembelajaran
profesional secara terbuka dengan
amalan pembelajaran
yang memenuhi keperluan semua
INPUT OUTPUT KEBERHASILAN
Rajah 2: Kerangka konseptual kajian
11
INPUT
DOMAIN GURU
Kesediaan Keprihatinan Pengetahuan
Pengajaran dan Pembelajaran
Pencapaian
Pengajaran
Guru
Pentaksiran Berasaskan Sekolah
CONTEXT
PROCESS OUTPUT
KESIMPULAN
Kajian literatur akan membantu penyelidik dalam menyokong definisi kajian
seterusnya mentakrifkannya secara operasional dalam kajian yang akan dijalankan. Ini kerana
setiap dapatan tersebut telah diperoleh daripada kajian penyelidik lain yang turut mengkaji
aspek yang sama.
BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN
PENGENALAN
Kajian yang dilakukan adalah mengenai penilaian pelaksanaan PBS. Dalam bab ini,
penyelidik ingin menyatakan kaedah kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian ini.
Kaedah kajian yang digunakan dalam kajian ini akan menerangkan reka bentuk kajian,
populasi dan sampel, instrumen yang digunakan, prosedur pentadbiran dan pengumpulan
data.
REKABENTUK KAJIAN
Reka bentuk kajian tentang pandangan guru-guru terhadap pelaksanaan PBS
merupakan satu kajian berbentuk statistik deskriptif dan jenis tinjauan. Menurut Gall, Borg
dan Gall (1996), kaedah penyelidikan deskriptif adalah kaedah yang asas dalam
penyelidikan kuantitatif. Terdapat dua jenis penyelidikan deskriptif utama iaitu kajian jenis
tinjauan dan kajian jenis korelasi. Kaedah penyelidikan deskriptif juga boleh dikatakan
sebagai asas kepada semua penyelidikan dan kaedah ini bertujuan mencari penghuraian yang
cukup dan tepat mengenai aktiviti, objek, proses dan manusia. Dalam kajian ini, kaedah
tinjauan digunakan di mana penyelidik mengedarkan borang soal selidik untuk dijawab oleh
responden yang terpilih. Kajian ini dilakukan untuk mengumpul data terkini mengenai
persepsi guru-guru terhadap pelaksanaan PBS di sekolah.
Kajian berbentuk tinjauan juga merupakan salah satu kaedah yang spesifik dan
berkesan untuk mengumpulkan maklumat mngenai sampel dan populasi. Data-data statistik
akan dibina kemudian untuk memberi huraian tentang perkara yang dikaji secara peratusan,
sebab-sebab, pandangan dan pendapat. Ini disokong dalam kajian oleh Ryan, Hicks, dan
Midgley (1997).
12
LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian yang dipilih dalam penyelidikan ini terhad kepada guru-guru yang
mengajar di Daerah Pulau Rusa sahaja.
POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN
Sampel ialah sebahagian daripada populasi samada ia boleh digeneralisasikan ataupun
tidak. Proses persampelan pula merujuk kepada proses pemilihan sampel daripada populasi
tersebut. Proses ini dilakukan bertujuan untuk memastikan sampel yang dipilih mempunyai
kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi terhadap objektif kajian. Saiz sampel yang besar
akan menghasilkan ketepatan kajian yang tinggi. Penyelidik telah memilih populasi
berjumlah 100 orang guru – guru di Daerah Pulau Rusa. Pemilihan saiz ini berdasarkan
Jadual Krejcie, R. V dan Morgan D. W.,(1970) yang menunjukkan kadar menentukan jumlah
sampel daripada populasi (Jadual 1) adalah seramai 80 orang.
Jadual 1: Jadual Penentuan Saiz Sampel, Krejcie, R. V. & Morgan, D. W. (1970)
N S N S N S
50 44 85 70 140 103
55 48 90 73 150 108
60 52 95 76 160 113
65 56 100 80 170 118
70 59 110 86 180 123
75 63 120 92 190 127
80 66 130 97 200 132
*Petunjuk : N=Bil. Populasi
S=Bil. Sampel
Teknik persampelan yang digunakan dalam kajian ini merupakan teknik
persampelan rawak sistematik (Canadian Educators, 2003). Oleh itu, teknik persampelan
13
sistematik digunakan iaitu penyelidik akan memilih setiap individu yang ke-n daripada
populasi yang dikaji. Penetapan sampel dibuat dengan menggunkan perisian MS Excel.
Rajah 1: Teknik Persampelan Sistematik dengan MS Excel
Daripada Rajah 1, penyelidik telah memudahkan pengambilan sampel dengan
penyingkiran sampel yang berada pada baris keempat dan kelapan. Ini bertujuan menepati
kehendak kajian.
INSTRUMEN KAJIAN
Merujuk kepada struktur kajian ini, penyelidik mengambil keputusan untuk
menggunakan triangulasi iaitu mengetengahkan instrumen seperti temubual, pemerhatian dan
soal selidik. Penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat memperkukuhkan kesahan
kajian. Teknik triangulasi (pemerhatian, soal selidik dan temu bual) yang digunakan secara
serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat dalam bentuk kriteria dan konstruk item yang
sama dalam pelbagai jenis instrumen. Penyelidik menggunakan borang pemerhatian bagi
mendapatkan kesahan yang bertujuan untuk merekod segala maklumat semasa pemerhatian.
Membangun sesuatu instrumen mengambil banyak masa dan persediaan yang rapi.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian dalam mereka bentuk instrumen:
14
1. Konstruk dibina berasaskan pembolehubah operasi
2. Setiap pembolehubah dalam kajian penyelidikan perlu diukur secara berasingan.
3. Bilangan item yang mencukupi untuk mengukur pembolehubah-pembolehubah
kajian.
4. Penyataan item mestilah jelas dan mudah difahami
Soal Selidik
Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah soal selidik yang diberikan kepada
guru dan murid. Kontruk yang akan dinilai dalam soal selidik kepada guru ialah tahap
pengetahuan, keperihatinan, kesediaan dan kebimbangan guru terhadap PBS. Manakala
konstruk di dalam soal selidik murid ialah kaedah pengajaran guru, aktiviti pembelajaran di
dalam bilik darjah dan personaliti guru. Kaedah ini dipilih kerana teknik soal selidik
merupakan cara yang senang dikelolakan, lebih mudah mengumpulkan maklumat dan lebih
berkesan. Selain itu, arahan-arahan dalam borang soal selidik telah ditulis dengan ayat ayat
yang mudah difahami dan yakin tidak membebankan responden kajian.
Temubual
Temu bual dilaksanakan rentetan daripada dapatan soal selidik bagi mengesahkan
sesuatu dapatan yang dianggap ekstrem oleh penyelidik. Ini adalah kerana penyelidik ingin
mendapatkan penjelasan.
Senarai Semak
Senarai semak biasanya kelihatan sama dan juga menggunakan skala penarafan.
Senarai semak digunakan oleh penyelidik untuk memantau PdP guru. Konstruk senarai
semak yang akan dilihat dalam konteks kajian ini ialah set induksi, perkembangan
pengajaran, aktiviti pembelajaran dan rumusan sesi PdP.
KAJIAN RINTIS
Kajian rintis terhadap persoalan kajian dilakukan terlebih dahulu untuk menguji
kebolehpercayaan item kajian dan mengukur ketepatan konsistensi instrumen. Menurut Majid
(2000) sebelum melakukan kajian sebenar kajian rintis perlu dilakukan dengan mengunakan
15
sampel yang mempunyai ciri yang sama dengan populasi yang hendak diuji. Oleh itu 30
orang peserta kajian di kalangan guru-guru yang mengajar Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua
di SMK Wawasan, Daerah Pulau Rusa yang tidak terlibat dalam kajian sebenar. Semua
instrumen akan dikumpul dan data-data yang diperoleh akan dianalisis dengan menggunakan
perisian komputer Statistical Package of Sosial Science (SPSS) for Windows 20.0 untuk
mengukur kebolehpercayaan instrumen kajian. Langkah ini bertujuan menilai kesesuaian
item-item yang terdapat dalam tiga instrumen yang digunakan iaitu soal-selidik, temu bual
dan senarai semak. Instrumen kajian dilaporkan bolehpercaya apabila nilai korelasi (r)
bersamaan dengan 0.70 ke atas. Sebaliknya jika nilai (r) kurang daripada 0.70, item-item
instrumen terpaksa diubahsuai (Chua, 2006). Kajian rintis juga bertujuan untuk menguji
kesahan kajian.
PROSEDUR PENTADBIRAN DAN PENGUMPULAN DATA
Tiga jenis kaedah digunakan dalam kajian ini bagi mendapatkan data: pemerhatian,
soal selidik dan temu bual. Berdasarkan kajian ini, penyelidik bertindak sebagai pemerhati
(nonparticipant observation) semasa menjalankan PBS. Penyelidik menggunakan senarai
semak bagi merekodkan segala aktiviti, interaksi, dokumen pelajar dan tindakan dalam
pelaksanaan PBS. Di samping itu, penyelidik juga merakamkan sesi PdP yang dipantau.
Bagi soal selidik pula, penyelidik akan meminta responden menjawabnya dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Borang soal selidik yang sudah dipulangkan akan
dikumpulkan untuk tujuan analisis.
Dalam kajian temu bual bersemuka (one-to-one interviews), perbualan dirakam
menggunakan pita rakaman, MP3 dan nota catatan. Sesi temu bual dimulai dengan
mengajukan soalan pokok (main question) yang berbentuk umum dan mudah kepada yang
lebih berfokus. Sesi temu bual dijalankan untuk mendapatkan penjelasan cara pengurusan
pelajar oleh guru agar mereka terlibat dalam perlaksanaan PBS.
16
KAEDAH ANALISIS DATA
Pemerhatian
Penyelidik akan menyusun secara manual bagi setiap bentuk pemerhatian yang telah
direkodkan berdasarkan senarai semak. Manakala bagi maklumat yang diperolehi melalui
temu bual, penyelidik mendengar semula rakaman dan membandingkannya dengan catatan
yang dilakukan. Penganalisisan data temu bual dilakukan secara manual mengikut soalan-
soalan yang dikemukakan, melalui dua peringkat: (i) Transkripsi rakaman temu bual (ii)
Pencarian tema dan pengkodan. Seterusnya penganalisisan bagi soalan soal selidik pula
dilakukan dengan perisian SSPS untuk mencari korelasi .
KESIMPULAN
Reka bentuk yang digunakan ialah kajian berbentuk statistik deskriptif. Dalam kajian
ini, kaedah tinjauan digunakan untuk menjawab persoalan kajian. Data akan di kumpul
menggunakan kaedah triangulasi iaitu soal selidik, temu bual dan senarai semak. Ketiga-tiga
instrumen akan ditadbir kepada responden yang terdiri daripada guru-guru yang mengajar di
Daerah Pulau Rusa sahaja. Data yang diperolehi akan dianalisi menggunakan perisian SPSS
bagi mencari korelasi dalam soal selidik. Manakala data yang dikumpul melalui temu bual
dan senarai semak akan di intrepretasi secara manual.
17
BIBLIOGRAFI
Gall, M. D., Borg, W. R., dan Gall, J. P. (1996). Collecting Research Data Through
Observation and Content Analysis . Educational : An Introduction, 357-365.
Ryan, A. M., Hicks, L., dan Midgley, C. (1997). Social Goals, Academic Goals and Avoiding
Seeking Help In The Classroom. The Journal of Early Adolescence. 17(2), 152-171.
Salmiah J.,Ramlah H.,Ab. Rahim.,& Abdullah M.R (2011). Keprihatinan Guru dalam
Perlaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Perubahan Dalam Penilaian
Pendidikan. Prosiding Seminar Institusi Pendidikan Tinggi. Vol. 1(1).
Ling At.,Sharifah SAR & Hasnah T (2000). Kefahaman dan Tahap Amalan Pembelajaran
Secara Kontekstual Di Kalangan Guru Sains Luar Bandar. Annual Conference On
Teacher Education, Kota Kinabalu Sabah.
Rohaya T.(2003). Amalan Penyeliaan Pengajaran Terhadap Guru-Guru Sains D Sekolah
Menengah Daerah Muar Johor (Doctoral dissertation,Universiti Teknologi Malaysia,
Faculty of Education).
Abdul Zubir Hj Abdul Ghani (2007). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Di
Kalangan Guru Tingkatan 3. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Shah Alam:McGraw-Hill Education.
Adi Badiozaman Tuah (2006). Improving the quality of primary education in Malaysia
through curriculam innovation: Some current issues on assessment of student’s
performance and achievement. DalamProceeding 3rd Internationl Conference on
Measurement and Evaluation in Education (ICMEE), pp.16‐26, Penang: Universiti
Sains Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2007). Pekeliling Penilaian Menengah
Rendah:Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Science, Sejarah, Geografi, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab
Komunikasi dan Pendidikan Islam.
Fishbein, M., & Ajzen, I. (1975). Belief, attitude, intention and behavior: An introduction to
theory and research. Philipine: Adison‐Wesley Publishing Company.
18
Mohd Isha Awang. (2011). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah : Pengetahuan Dan
Amalan Guru Di Sekolah Menengah Agama Milik Kerajaan Negeri. Prosiding
Seminar majlis Dekan-dekan Pendidikan IPTA.
Talib, R., & Abd Ghafar, M. N. (2008). Pembinaan dan pengesahan instrumen bagi
mengukur tahap literasi pentaksiran guru sekolah menengah di malaysia.
Rosli bin Ilyas (2008). Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup
Bersepadu Di Sekolah Menengah Daerah Pasir Mas, Kelantan. Projek Sarjana
Muda Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia.
Miller, M.D., Robert L. L. dan Norman E.G.(2009). Measurement and assessment in
teaching (Fifth Edition). Pearson International Edition, Upper Saddle River,
New Jersey
Asmawati Suhid, and Lukman Abdul Mutalib.(2009) "Tinjauan terhadap pelaksanaan Kem
Bestari Solat." JIAE: Journal of Islamic and Arabic Education 1.1 (2009): 15-28.
Rosni Zamuddin Shah Sidek, , Siti Fatihah Mohamed Salleh. "Kesediaan Guru Sekolah
Menengah Di Daerah Kota Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi
Pelajar Berasaskan Sekolah." Kesediaan Guru Sekolah Menengah Di Daerah Kota
Baharu Dalam Melaksanakan Sistem Penilaian Prestasi Pelajar Berasaskan
Sekolah (2010): 1-13.
Hewitt, C. (1977). Viewing control structures as patterns of passing messages.Artificial
intelligence, 8(3), 323-364.
Mohd Anuar Rahman, Abdul, dan Zamiyah Ali. "Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus
Kemahiran Hidup Bersepadu Di Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan,
Pahang." Pelaksanaan Pentaksiran Kerja Kursus Kemahiran Hidup Bersepadu Di
Sekolah Menengah Luar Bandar Daerah Kuantan, Pahang(2010): 1-12.
Fatimah Musa (1996). Pendidikan Status Guru. Tamadun Ogos : 50-52
Robbins, T. L., & DeNisi, A. S. (1994). A closer look at interpersonal affect as a distinct
influence on cognitive processing in performance evaluations. Journal of Applied
Psychology, 79(3), 341.
19
Astuti, M. (2010). Hubungan antara Persepsi terhadap Pembelajaran Kontekstual dengan
Minat Belajar Matematika pada Siswa Kelas VII SMP Negeri 18 Semarang (Doctoral
dissertation, UNDIP).
Sardiman, A. M. (2004). Interaksi & Motivasi Belajar Mengajar. Rajagrafindo Persada
(Rajawali Pers).
Sulaiman, A. M. (2013). Pendekatan Tuan Guru Haji Abdullah Lubok Tapah (1933-2008)
dalam Pengajaran Kitab Hikam Jawi: Inovasi Pengajaran Pendekatan Tradisional.
In Prosiding Seminar Institusi Pendidikan Tinggi (Vol. 1, No. 1).
20
21