Proposal of Master Sport Science

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hi

Citation preview

BAB I

2

KAJIAN TENTANG KESAN LATIHAN LADDER AGILITY DRILLS DAN LATIHAN KETANGKASAN TRADISIONAL TERHADAP KETANGKASAN PEMAIN BOLA SEPAKRUBAT ANAK CHANAT(Application Ref No 14070258775)KAJIAN TENTANG KESAN LATIHAN LADDER AGILITY DRILLS DAN LATIHAN KETANGKASAN TRADISIONAL TERHADAP KETANGKASAN PEMAIN BOLA SEPAK

1.1Latar BelakangMenurut Akademi Pendidikan Jasmani Amerika Syarikat (AAHPERD) (Clarke 1979), kecergasan fizikal ialah keupayaan melaksanakan tugasan harian dengan cergas tanpa rasa kepenatan yang berlebihan serta mempunyai tanaga yang mencukupi untuk aktiviti riadah. Selain dari itu seseorang yang cergas dari segi fizikal sanggup menghadapi cabaran keadaan-keadaan kecemasan yang mungkin timbul.

Kecergasan boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

1.Kecergasan berlandaskan kepada kesihatan.

2.Dan kecergasan berlandaskan perlakuan motor.

Kecergasan berlandaskan perlakuan motor boleh dibahagiakan kepada enam bahagian dan ketangkasan merupakan salah satu daripada komponen yang terdapat di dalamnya.

Ketangkasan adalah kemahiran, kebolehan dan keupayaan untuk memulakan, memberhentikan dan mengubah pergerakan dan posisi tubuh badan dengan pantas dan tepat tanpa hilang keseimbangan badan diruang tertentu. Ketangkasan dipengaruhi oleh kekuatan, kepantasan, keseimbangan, posisi pusat graviti, kemahiran dan koordinasi.Menurut Strand, Scantiling dan Jonhson (1977), memberi definisi,Ketangkasan sebagai kebolehan untuk mengubah posisi badan dengan cepat dan tepat. Keupayaan sebegini dapat diterapkan dikalangan kanak-kanak melalui penglibatan mereka di dalam permainan kejar-kejar dan acara berlari serta melalui beberapa aktiviti mengacah.Ketangkasan dapat dibangunkan dengan latihan khusus seperti latihan berliku-liku dan mempunyai halangan atau rintangan (Gallahue, 1987). Sehubungan itu, latihan ketangkasan yang spesifik iaitu ladder agility drills (LAD) diketengahkan dalam kajian ini untuk melihat keberkesanannya terhadap meningkatan ketangkasan berbanding latihan ketangkasan tradisional (LKT).1.2Penyataan Masalah

Ketangkasan merupakan komponen penting dalam sukan seperti permainan bola sepak. Sehingga kini, ketangkasan dibina melalui pendekatan tradisional (LKT) yang agak rumit, memakan masa dan memerlukan ruang yang luas untuk menyediakan tempat latihan. Malah, aspek-aspek koordinasi tangan dan kaki serta imbangan badan tidak dititikberatkan dalam latihan ketangkasan untuk pemain bola sepak secara amnya. Bagi mengatasi kekurangan ini, satu pendekatan lain iaitu LAD akan digunakan dan dibandingkan dengan LKT untuk mengenalpasti kesan ke atas ketangkasan.

1.3 Latar Belakang Kajian

Kajian ini akan dijalankan dalam bentuk eksperimen, di mana pemain bola sepak 12 TKB yang mewakili sekolah, daerah dan bahagian akan dipilih sebagai subjek untuk menjalani latihan ketangkasan yang berbeza dalam latihan bola sepak. Latihan ketangkasan LAD dan LKT digunakan sebagai rawatan ketangkasan. Kumpulan LAD dan kumpulan LKT, menjalani latihan selama enam minggu. Instrumen Ujian Ketangkasan SEMO (Ahmad, 2004) akan diguna untuk mendapatkan data dalam kajian ini. Ujian pra dan pasca yang akan dilaksanakan untuk mengenalpasti kesan latihan terhadap ketangkasan selepas latihan enam minggu. UjianT Sampel Tidak Bersandar digunakan untuk menguji hipotesis dengan membandingkan skor min ujian ketangkasan SEMO antara kumpulan subjek. Dalam kajian ini, pembolehubah bersandar ialah ketangkasan manakala pembolehubah tidak bersandar ialah pemain bola sepak 12 TKB. Sehubungan itu, pembolehubah yang dikawal adalah latihan ketangkasan, tempoh latihan dan pemain-pemain supaya perbandingan tahap ketangkasan dapat dilakukan.

1.4Objektif Kajian

Berdasarkan penyataan masalah yang telah dinyatakan, penyelidik telah menetapkan objektif kajian ini ialah:

i. Untuk mengetahui keberkesanan LAD dalam meningkatkan ketangkasan pemain bola sepak berbanding LKT.

ii. Mengetengahkan latihan spesefik LAD yang khusus untuk permainan bola sepak.iii. Menyediakan program latihan bola sepak yang merangkumi latihan untuk meningkatkan ketangkasan.

1.5Persoalan KajianBerdasarkan kepada masalah limitasi, dan objektif kajian yang telah dikenal pasti, penyelidik menyenaraikan persoalan kajian seperti berikut:a. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian pra bagi ujian ketangkasan SEMO antara pemain bola sepak 12 TKB yang menjalani LAD dan LKT.b. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian ketangkasan SEMO antara ujian pra dan ujian post bagi pemain bola sepak 12 TKB yang menjalani LAD.c. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian ketangkasan SEMO ujian pra dan ujian post bagi pemain bola sepak 12 TKB yang menjalani LKT.d. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan bagi skor min ujian post, ujian ketangkasan SEMO antara pemain bola sepak 12 TKB yang menjalani LAD dan LKT.1.6Metodologoi

Persampelan untuk kajian akan dipilih daripada pemain bola sepak 12 TKB SK Nanga Bangkit, Song iaitu seramai 18 orang yang sedang menjalani latihan pembangunan dibawah Program Pembangunan Bola Sepak yang diadakan sepanjang tahun. Persampelan purposif digunakan kerana kajian ini bertujuan untuk melihat kesan LAD dan LKT terhadap prestasi ketangkasan mereka.

Menurut Azizi et al., (2007), dalam persampelan purposif atau persampelan bertujuan, penyelidik tidak semestinya mempunyai kuota yang perlu dipenuhi daripada strata-strata tertentu. Penyelidik juga mengambil sampel bertujuan untuk mendapatkan data atau maklumat yang dikehendaki.

Kajian ini dijalankan di SK Nanga Bangkit, Song di Bahagian Kapit Sarawak. Pemilihan lokasi kajian tersebut dipilih memandangkan semua subjek adalah dari sekolah yang sama. Oleh itu, program latihan dan pentadbiran ujian dapat dilaksanakan tanpa melibatkan karenah birokrasi yang banyak dan kos yang tinggi kerana aspek logistik, keselamatan, kemudahan dan peralatan sudah sedia ada dan mudah ditadbirkan.1.7 Rangka Jadual KerjaDalam kajian ini, LAD dan LKT digunakan sebagai instrumen untuk rawatan bagi membina ketangkasan. Justeru itu, subjek dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan LAD dan kumpulan LKT. Kumpulan LAD akan menjalankan rawatan LAD manakala kumpulan LKT akan menjalankan rawatan LKT. Rawatan ketangkasan ini dijalankan tiga kali seminggu selama enam minggu disamping latihan kemahiran yang lain dalam latihan bola sepak.

Rawatan ketangkasan LAD dan LKT dimasukkan ke dalam jadual latihan berkenaan sebagai tambahan. Pemain hanya dipecahkan mengikut kumpulan LAD dan LKT hanya pada masa latihan berkenaan sahaja. Bagi latihan ketahanan kardiovaskular, kemahiran dan taktikan mereka lakukan dalam satu pasukan mengikut jadual dan program jurulatih.

Rawatan LADRawatan LAD dilakukan di atas tangga ketangkasan(ladder) dibina menggunakan tali sepanjang 7 meter, dengan lebar 0.7 meter dan jarak antara bar 0.5 meter. Enam variasi digunakan untuk rawatan LAD, dengan tiga variasi untuk setiap sesi latihan. Setiap sesi latihan akan menggunakan rawatan LAD yang berbeza untuk mengelakkan subjek merasa bosan dengan kaedah secara stereotaip.

Intensiti latihan ditetapkan dengan kadar lima ulangan satu set dengan rehat lima minit antara set dan rehat lima minit antara variasi. Setiap sesi latihan akan melengkapkan tiga variasi. Variasi setiap rawatan adalah seperti berikut;

a. High Knee MarchingTujuan : Melatih koordinasi antara tangan dan kaki

b. Langkah Silang

Tujuan : Menambahkan fleksibiliti dan kuasa pinggul untuk mengubah arah.

c. Lompatan Ular

Tujuan : Meningkatkan ketangkasan, koordinasi, fleksibiliti dan kecepatan.d. Side Rihgt-InTujuan : Meningkatkan ketangkasan, imbangan, koordinasi dan kecepatan.

e. Pusingan 180

Tujuan : Meningkatkan ketangkasan, imbangan, fleksibiliti dan kecepatan.

f. In-Out ShuffleTujuan : Meningkatkan ketangkasan, imbangan, koordinasi dan kecepatan.

Rawatan LKTRawatan LKT dijalankan menggunakan ruang dan kun dengan kawasan tidak melebihi 10 meter panjang dan lima meter lebar. Enam variasi digunakan untuk rawatan LKT, dengan tiga variasi untuk setiap sesi latihan. Intensiti latihan ditetapkan dengan kadar tiga ulangan satu set dengan rehat lima minit antara set dan rehat lima minit antara variasi. Setiap sesi latihan akan melengkapkan tiga variasi. Variasi setiap rawatan adalah seperti berikut;a. Larian ZigzagTujuan : Melatih pergerakan kaki dan kecepatan.

b. Larian Ular

Tujuan : Meningkatkan keupayaan untuk merubah arah dan kedudukan badan.

c. V-DrillTujuan : Meningkatkan keupayaan untuk merubah arah dan kedudukan badan.

d. T-DrillTujuan : Meningkatkan keupayaan untuk menukar arah pergerakan dan badan.

e. Line DrillTujuan : Meningkatkan keupayaan mengubah arah pergerakan secara linear.

f. Larian S

Tujuan : Meningkatkan imbangan badan dan kemahiran memotong.Instrumen Dan Prosedur UjianUjian Ketangkasan SEMO (Ahmad, 2003) dipilih sebagai instrumen ujian bagi mengumpul data untuk melihat kesan LAD dan LKT terhadap ketangkasan. Selain itu, ujian ini dipilih kerana mempunyai elemen-elemen berlari pantas ke hadapan, lari ke sisi dan mengundur yang banyak digunakan dalam situasi permainan bola sepak sebenar. Analisis DataSetelah menjalani ujian tersebut, keputusan yang diperolehi daripada hasil ujian dicatatkan dan dikumpulkan secara deskriptif. Sisihan lazim dan purata skor min dicari bagi setiap ujian dari skor mentah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for windows versi 11.0 (SPSS Inc. USA). Ujian-t sampel tidak bersandar digunakan untuk pengujian hipotesis sama ada menerima atau menolak hipotesis. Bagi tujuan ini, aras signifikan ditetapkan.1.8Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk membuktikan bahawa LAD mampu meningkatkan ketangkasan berbanding LKT bagi pemain bola sepak 12 TKB yang mewakili sekolah. Keputusan yang diperolehi daripada kajian ini akan menjadi garis panduan yang jelas kepada guru dan jurulatih mengenalpasti tahap pencapaian ketangkasan pemain bola sepak yang mewakili sekolah.Melalui dapatan kajian ini juga, dapat membantu guru dan jurulatih untuk merangka program latihan yang spesifik bagi meningkatkan komponen ketangkasan pemain dalam latihan untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti. Selain itu, pemain-pemain juga dapat menilai tahap ketangkasan diri dan membantu mereka untuk meningkatkan ketangkasan sekiranya tahap ketangkasan adalah rendah.

Sehubungan itu, maklum balas daripada hasil kajian ini juga memberi data kepada penyelidik yang berhasrat untuk melanjutkan kajian dalam bidang yang berkaitan pada masa hadapan. Segala rekabentuk kajian dan prosedur yang digunakan dalam kajian ini dapat dijadikan rujukan untuk merancang kajian yang seterusnya.1.9RujukanHoskins, R.N. (1934, March). The Relationships of measurements of general

motor capacity to the learning of specifics psycho-motor skills. Research Quarterly 5:63-72.

Johnson, B.L., and Nelson, J.K., (1986). Practical measurement for evaluation in physical education. (4th ed). New York: Macmillan Publishing Company.

Mc Cloy, C.H., and Young, N.D., (1954).Tests and measurement in health and physical educatio. (3rd ed.), New York: Appleton-Century. Crofts.Mohd. Majid Konting (1990). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohr, D.R., and Haverstick, M.L., (1956). Relationship between height, jumping ability and agility to volleyball skil. Research Quarterly, 27: 74.

Sabitha Marican, (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya: Pearson Prentice Hall.

Sarjit Singh, B. (1988). Buku sumber kecergasan fizikal Malaysia Cergas.

Persatuan Pendidikan Jasmani Malaysia (PPJM).

Strand,B.N.et.al.(1993).Assessing sport skills.Kingswood: Human Kinetics Publishers.

Thomas, J.R. & Nelson, J.K.(1990). Introduction to research in health physical education, recreation and dance. Champaign, Illinois : Human Kinetic.Wajitys, E., Hutson, L., Taylor, P., and Bastian, S., (1996). Neuromuscular adaptions in isokinetics and agility training program. The American Journal of Sports Medicine, Pg. 187-192.Yang, S. (1990). Chino Japanese Cooperative Study on Physical Fitness of

Children and Youth. Proceedings : 1990 Beijing Asian Game Scientific Congress. 751 752.

PAGE 2