10
KERTAS KERJA “PENYERTAAN UMP DALAM KEJOHANAN CATUR TERBUKA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2013” DISEDIAKAN OLEH KELAB CATUR UMP

Proposal Kelab Catur

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Proposal Kelab Catur

KERTAS KERJA

“PENYERTAAN UMP DALAM KEJOHANAN CATUR TERBUKA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN

IDRIS (UPSI) 2013”

DISEDIAKAN OLEH

KELAB CATUR UMP

30 SEPTEMBER 2013

Page 2: Proposal Kelab Catur

1.0 PENDAHULUAN

Program ini merupakan satu agenda yang diinspirasikan oleh Kelab Catur Universiti

Malaysia Pahang. Penyertaan ke pertandingan ini adalah sebagai persediaan untuk

pasukan catur UMP menghadapi kejohanan yang lebih besar seperti SukIPT 2014.

Sebelum ini, pasukan catur jarang menghadiri pertandingan catur selain yg dianjur oleh

kelab-kelab, persatuan luar atau negeri dan hasilnya pasukan ini jarang menghasilkan

pencapaian yang memberangsangkan. Oleh itu, di pertandingan seperti ini diharap dapat

membantu pasukan untuk memantapkan kemahiran catur, memperkemaskan rentak

permainan, disamping memupuk semangat berpasukan.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Sebagai persedian pasukan catur UMP untuk menghadapi SukIPT 2013.

2.2 Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan menyihatkan minda

serta membuka peluang kepada warga UMP untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sukan dan mewakili Universiti dipertandingan diluar kampus.

2.3 Dapat mengurangkan tekanan kepada mahasiswa/i UMP Pekan menerusi aktiviti-aktiviti

yang dijalankan semasa program ini dan menghidupkan keseronokan berada di Universiti.

3.0 JUSTIFIKASI

Penyertaan pasukan catur UMP ke pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberikan

pendedahan dan memantapkan lagi pasukan catur UMP bagi menghadapi kejohanan-

kejohanan yang lebih besar diperingkat kebangsaan. Ia juga bertujuan untuk mengisi masa

lapang pelajar Universiti Malaysia Pahang dengan aktiviti yang berfaedah dan sihat. Pada

masa yang sama platform ini dapat digunakan untuk melatih pemain-pemain catur kerana

sebahagian pemain catur dalam pasukan catur UMP masih baru. Hal ini juga dapat

menaikkan nama dan imej UMP sebagai sebuah institusi pendidikan yang terbaik melalui

penglibatan pelajarnya dalam sukan catur.

Page 3: Proposal Kelab Catur

4.0 TARIKH, HARI DAN TEMPAT

Berikut adalah maklumat mengenai tarikh, hari dan tempat pertandingan tersebut

dijalankan

Tarikh : 25 – 27 Oktober 2013

Hari : Jumaat - Ahad

Tempat: Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Dilampirkan bersama-sama kertas kerja ini, surat jemputan daripada pihak UPSI.

5.0 PESERTA

Terbuka kepada pemain pasukan catur UMP dan 4 ahli kelab catur. Jumlah keseluruhan

pasukan UMP ialah 10 orang.

Page 4: Proposal Kelab Catur

6.0 TENTATIF PROGRAM

Page 5: Proposal Kelab Catur

8.0 STRUKTUR ORGANISASI

8.1 MAJLIS TERTINGGI (MT)

STRUKTUR ORGANISASI

Majlis Tertinggi ( MT)

PENGARAH PROGRAM

NUR FARHANA ATIQAH BINTI AMIR HAFIDZ

TIMB. PENGARAH PROGRAM

SHARIF BIN MOHD ZAKI

SETIAUSAHA

JULYANA BINTI MD ZAKARIA

TIMB. SETIAUSAHA

ZAINDRA MAHAZAM SHAH BIN DARAWIN

BENDAHARI

HALIMAHTUSS SAADIAH BINTI ROSDIN

Page 6: Proposal Kelab Catur

8.2 RINGKASAN

RINGKASAN EKSEKUTIF UNTUK PERMOHONAN

PERUNTUKAN UNTUK KE KEJOHANAN CATUR TERBUKA UNIVERSITI

PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2013

IPTA Universiti Malaysia Pahang

TAJUK PROGRAM MEMOHON PERUNTUKAN UNTUK KE

KEJOHANAN CATUR TERBUKA UNIVERSITI

PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI) 2013

JENIS PROGRAM Sukan (CATUR)

MATLAMAT i.Sebagai persedian untuk menghadapi SukIPT 2014.

ii.Dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang

berfaedah dan menyihatkan minda serta membuka peluang

kepada warga UMP untuk melibatkan diri dalam aktiviti

sukan dan mewakili Universiti dipertandingan diluar

kampus.

iii.Dapat mengurangkan tekanan kepada mahasiswa/i

UMP Pekan menerusi aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa

program ini dan menghidupkan keseronokan berada di

Universiti.

ANJURAN Kelab Catur UPSI

TARIKH DAN TEMPAT 25 – 27 Oktober 2013 (Jumaat – Ahad)

Dewan SITC, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak.

Page 7: Proposal Kelab Catur

BIL. PESERTA 10 ORANG

ANGGARAN KOS RM 1420.00

9.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL

PERKARA BUTIRAN

9.0

Anggaran Kewangan

Anggaran Pendapatan

Sumbangan JHEPA

Anggaran Perbelanjaan

1) Butiran Perbelanjaan Makan Minum2) Yuran pertandingan3) Logistik (Pengangkutan / Sewaan Barang / Sewaan Peralatan / Sewaan Tempat)

9.1 Butiran PerbelanjaanMakan Minum

Tarikh Individu

A B C D G

Bil.

Sarapan/

Minum pg

(RM)

Mkn Tgha

ri(RM)

Minum/

Mkn Mlm (RM)

∑(RM)G=(AxB)+(AxC) +(AxD)+(AxE)+(AxF)

25-27Peserta UMP

10 6.00 18.00 18.00

JUMLAH=420.00

9.2 Yuran Pertandingan

individu Bil. Yuran seorang (RM)

Jumlah (RM)

Peserta UMP 10 40 400

Page 8: Proposal Kelab Catur

9.3 Logistik (Pengangkutan / Sewaan Barang / Sewaan Peralatan / Sewaan Tempat)

Tempat Bilangan hari

Sewa sebilik (RM)

Jumlah bilik

Jumlah (RM)

Hostel 2 hari 150 2 600

Kenderaan Bilangan hari

kos (RM) Jumlah (RM)

Bas UMP 2 hari - -

Jumlah keseluruhanRM 600+RM400+RM420 = RM 1420

11.0 TANDATANGAN DAN COP PENGESAHAN

Disediakan oleh : Timbalan Pengarah Program.

(SHARIF BIN MOHD ZAKI )

Disemak oleh : Pengarah

( NUR FARHANA ATIQAH BINTI AMIR HAFIDZ )

Disokong oleh : PenasihatKelab Catur UMP

(ARMAN BIN A.RAHIM)