Upload
saniy-ahmad
View
327
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
1/43
PB 201
KEUSAHAWANANTEMUBUAL BERSAMA USAHAWAN BERJAYA
KUIH BANGKIT
NAMA KUMPULAN
DET 5 (KSS)
SANIY BIN HAJI AHMAD 07DET12S1002MUHAMMAD ABU SOFIAN BIN ABU BAKAR
07DET12S1006AZRI BIN LESTERIK 07DET12S1004RIDZUAN BIN MAKLIN 07DET12S1003SYAMSURI BIN TAHIR 07DET12S1005
TARIKH SERAH TUGASAN
20 SEPTEMBER 2013
UNTUK PERHATIAN
EN. MOHD KHAIRUL MUZHAFAR
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
2/43
ISI KANDUNGAN
Letter of Submission 3
Ringkasan Eksekutif 4
1.0 Pengenalan 5
1.1 Latar Belakang Perniagaan 6
1.2 Latar Belakang Pemilik 7
1.3 Carta Alir Organisasi 12
1.4 Tujuan Projek 13
1.5 Lokasi Tanaman 13
& 14
1.6 Pelan susun atur ruang operasi 15
2.0 Kajian Literatur 16
2.1 Status Perusahaan cendawan 16
2.2 Pengeluaran Cendawan Dunia 17
2.3 Khasiat Pemakanan Cendawan 18
3.0 Methodologi 19
3.1 Pembinaan Rumah Cendawan 19
3.2 Penyediaan Beg Media Cendawan 20
3.3 Pengukusan Beg Media Cendawan 21
3.4 Penyuntikan Benih 22
3.5 Penjagaan Beg Cendawan 23
3.6 Memungut Hasil 24
3.7 Pengawalan Perosak Dan Penyakit 25
3.8 Carta Alir Kerja Projek 26
4.0 Peringkat Perlaksanaan 27
4.1 Laporan Projek 28
4.2 Pemerhatian 30
4.3 Pemasaran 33
4.4 Masalah-masalah yang dihadapi 33
& 34
2
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
3/43
5.0 Peringkat Perancangan 35
6.0 Kesimpulan 40
7.0 Cadangan 41
LETTER OF SUBMISSION
NAMA : SANIY BIN HAJI AHMADNO MATRIK : 07DET12S1002NO KAD PENGENALAN : 881001-09-5113ALAMAT :PEJABAT PELAJARAN DAERAH PITAS,
PETI POS 235, MINI POS PITAS,89100 PITAS, SABAH.
KEPADA:Pensyarah Enterpreneurship ( PB 201 )En. Mohd Khairul Muzhafar
PENGHANTARAN TUGASAN RANCANGAN PERNIAGAAN .
Saya Saniy Bin Haji Ahmad (nombor matrik : 07DET12S1002)wakil daripada kumpulan DET 5 (KSS) menghantar tugasanrancangan perniagaan ini untuk semakan tuan.Sebarang pertanyaan sila hubungi talian 012-4121370.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh,
..................................
( SANIY BIN HAJI AHMAD )
3
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
4/43
RINGKASAN EKSEKUTIF
Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih dan juga
ladang cendawan. Walaupun teknik penanamannya telah berjaya
dicuba di Malaysia sejak tahun 1934, tetapi pertumbuhan industri
ini adalah lembap.
Cendawan jerami padi, tiram putih, tiram kelabu, abalon, telinga
kera dan juga shitake merupakan jenis-jenis cendawan yang sesuai
ditanam di Malaysia. Buat masa ini semua jenis cendawan tersebut
diusahakan secara komersial kecuali cendawan jerami padi.
Antara masalah-masalah yang terlibat dalam perusahaan cendawan
ialah kedapatan benih yang baik, pengurusan ladang yang kurang
baik, penerimaan produk, ketahanan produk, persaingan, harga
media dan harga jualan yang tinggi
Pada keseluruhannya perusahaan benih dan ladang cendawan
merupakan perusahaan yang berdaya maju. Walaubagaimanapun,
kejayaan sesuatu perusahaan bergantung rapat dengan lokasi, cara
pengurusan, dan juga cara mempromosi produk.
4
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
5/43
1.0 PENGENALAN
Bidang pertanian merupakan satu bidang yang menjadi tumpuan
kerajaan dalam menjana ekonomi negara. Sebagai menyahut seruan
kerajaan, kami telah bersepakat untuk menjadikan bidang pertanian
sebagai satu kerjaya. Walaupun saya mempunyai kelayakan akademik
dalam bidang kejuruteraan, ianya tidak menghalang kami untuk
menceburkan diri dalam bidang ini. Walaupun sesuatu yang baru, ianya
tidak akan melunturkan semangat kami untuk meneruskan usaha ini.
Ramai graduan seperti kami telah berjaya dalam bidang pertanian.
Untuk itu, kami memilih untuk mengusahakan tanaman cendawan.
Ini adalah kerana, masih tiada pengusaha yang menceburkan diri dalam
bidang ini secara besar besaran khususnya di negeri Sabah. Antara lima
jenis cendawan yang biasa diusahakan, cendawan tiram kelabu adalah
menjadi pilihan kami. Ini adalah disebabkan cendawan tersebut rasanya
sedap berbanding dengan cendawan-cendawan lain yang seharga
dengannya. Selain itu, pengguna juga kurang meminati cendawan tiram
putih kerana mengandungi terlampau banyak air dan terlalu lembik
apabila dimasak. Cendawan telinga kera pula tiada mempunyai rasa dan
hanya terasa kenyal sewaktu dimakan. Di samping itu, kami lebih suka
mengusahakan cendawan tiram kelabu berbanding dengan cendawan
tiram putih kerana cendawan tiram kelabu tahan lebih lama sedikit.Walaupun kadar pengeluaran hasil cendawan telinga kera tinggi
berbanding dengan cendawan tiram putih dan tiram kelabu, tetapi kami
kurang berminat untuk mengusahakannya kerana permintaan terhadap
cendawan tersebut adalah terlalu sedikit.
5
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
6/43
1.1 LATAR BELAKANG PERNIAGAAN
Nama Perniagaan : De Tani Sdn. Bhd
Alamat Perniagaan : Kampung Kalumpang, Peti Pos 235,
Mini Pos Pitas, 89100, Pitas Sabah.
Alamat Surat Menyurat Kampung Kalumpang, Peti Pos 235,
Mini Pos Pitas, 89100, Pitas Sabah.
Nombor Telefon : 088-613855
Bentuk Syarikat : Firma Perkongsian
Kegiatan Utama : Cendawan Komersial
Tarikh Mulakan Perniagaan : 2 Julai 2013
Tarikh Pendaftaran : 10 Mei 2013
Nombor Pendaftaran : PW0006239-GModal Permulaan : RM68,320.00
Nama Bank : Hong Leong Bank Berhad (Cawangan Kota KInabalu)
Jenis Akaun : Akaun Semasa
Nombor Akaun Syarikat : 21642902376490
6
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
7/43
1.2 LATAR BELAKANG PEMILIK
Rakan Kongsi Pertama
Nama Penuh : Saniy Bin Haji Ahmad
No. Kad Pengenalan : 881001-09-5113
Tarikh Lahir :1 Oktober 1988
Umur : 25 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Kampung Bendang Baru,
02700 Simpang Empat, Perlis
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Sijil Teknologi Elektrik
Pengalaman Kerja : 3 Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM)
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan tender/ Sebutharga kerajaan
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1&2
Kemahiran : Pengarah Urusan
Pengalaman : Jurujual Sambilan
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 088-621994
Nombor Telefon : 012-4121370
7
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
8/43
Rakan Kongsi Kedua
Nama Penuh : Muhammad Abu Sofian Bin Abu Bakar
No. Kad Pengenalan : 890219-12-5877
Tarikh Lahir : 19 Februari 1989
Umur : 24 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat :
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Sijil Teknologi Elektrik.
Pengalaman Kerja : 1 Tahun Usmayati (M) Sdn Bhd
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pentadbiran Perniagaan
Kursus Yg Pernah Dihadiri : Seminar Keusahawanan Siswa, LKS Modul 1&2
Kemahiran : Pengurusan akaun
Pengalaman : Juruwang
Jawatan Dalam Syarikat : Pengurus Pemasaran
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 013-5497031
8
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
9/43
Rakan Kongsi Ketiga
Nama Penuh : Azri Bin Lesterik
No. Kad Pengenalan : 870607-12-5379
Tarikh Lahir : 07 JUN 1987
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat :
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Taraf Pendidikan : Sijil Teknologi Elektrik
Pengalaman Kerja : Cashier di Cafe Kopitiam Batu Berjuntai
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Pentadbiran
Pengurusan Kewangan Sarikat
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1&2,
Kemahiran : Microsoft Word, M. Excel, M. Powerpoint dan plikasi
multimedia
Pengalaman : Bekerja sebagai kerani
Jawatan Dalam Syarikat : Pemasaran
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax :
Nombor Telefon : 014-6756087
9
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
10/43
Rakan Kongsi Keempat
Nama Penuh : Ridzuan Bin Maklin
No. Kad Pengenalan : 870320-49-6199
Tarikh Lahir : 20 Mac 1987
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Kota Belud
Taraf Perkahwinan : Bujang
Taraf Pendidikan : Sijil Teknologi Elektrik
Pengalaman Kerja : Membantu jualan amal MAKNA
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Hubungan Luar
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1 &2
Kemahiran : Asas Fisioterapi (MAHSA College)
Pengalaman : Bekerja Sebagai Pegawai Perhubungan Awam
Jawatan Dalam Syarikat : Penyelidikan
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax : 03-4149 6929
Nombor Telefon : 016-8067040
10
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
11/43
Rakan Kongsi Kelima
Nama Penuh : Syamsuri Bin Tahir
No. Kad Pengenalan : 860704-49-5137
Tarikh Lahir : 04 Julai 1986
Umur : 27 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat : Tamparuli, Sabah
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Taraf Pendidikan : Sijil Teknologi Elektrik
Pengalaman Kerja : Jurujual Mega Sales
Kemahiran / Kebolehan : Pengurusan Syarikat(protocol)
Kursus Yg Pernah Dihadiri : LKS Modul 1 &2
Kemahiran : M. Excel, M. Powerpoint, Microsoft Word
Pengalaman : Berkerja Sebagai Pegawai Pemasaran
Jawatan Dalam Syarikat : Pembantu Operasi
Pekerjaan Sekarang : Pelajar
No. Telefon / Fax :
Handphone : 016-8494783
11
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
12/43
1.3 Carta Alir Organisasi
12
KETUA PROJEK
Saniy Bin Haji Ahmad
25 tahun
881001-09-5113
Sijil Teknologi Elektrik
OPERASI
Mohamad Abu Sofian Bin
Abu Bakar
24 tahun
890219-12-5877
Sijil Teknologi Elektrik
PEMASARAN
Azri Bin Lesterik
26 tahun
720701-11-5501
Sijil Teknologi Elektrik
PENYELIDIKAN
Ridzuan Bin Maklin
26 tahun
870320-49-6199
Sijil Teknologi Elektrik
PEMBANTU OPERASI
Syamsuri Tahir
28 tahun
860704-49-5137
Sijil Teknologi Elektrik
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
13/43
1.4 Tujuan Projek
Untuk projek penanaman cendawan ini, ianya mempunyai beberapa
tujuan. Antara tujuan utama projek ini ialah:
a) Menyahut seruan kerajaan untuk memajukan bidang
pertanian
b) Menjadikan bidang pertanian sebagai sumber utama
pendapatan
c) Menghasilkan cendawan secara besar- besaran bagi tujuan
pemasaran
d) Mendapatkan cendawan yang segar hasil usaha sendiri
e) Memastikan cendawan yang dihasilkan bermutu tinggi.
1.5 Lokasi Tanaman
Sebagai permulaan melaksanakan projek ini, saya telah memilih
kawasan sekitar rumah iaitu di Kampung Kalumpang, Pitas, Sabah untuk
membina bangsal cendawan. Pemilihan lokasi ini adalah berdasarkan
kepada kos yang terlibat. Pembinaan sesebuah bangsal memerlukan kos
yang tinggi. Justeru itu, saya menggunakan kayu dan tanah yang sedia
ada bagi mengurangkan kos yang terlibat. Ini merupakan faktor utama
pemilihan tapak tersebut.
Pada peringkat permulaan, saya telah memilih kawasan bawah
rumah bagi tanaman projek cendawan ini. Oleh kerana keadaan rumah ini
sangat tinggi, maka ianya sangat sesuai digunakan. Sebagai contoh,
seorang pengusaha cendawan disekitar Kuantan, Pahang telah berjaya
dalam bidang ini walaupun menggunakan rumah tumpangan yang telah
lama ditinggalkan. Lokasi bukanlah sesuatu yang penting dalam bidang
pertanian tapi kesungguhan yang akan menjamin kejayaan seseorang.
13
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
14/43
14
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
15/43
1.6 Pelan susunatur ruang operasi
15
RUANGAN PEJABAT
PINTU HADAPAN
RUANGAN PEMUNGGAHAN
RUANGAN PENYEDIAAN
RUANGAN TEMPAHAN DAN
PENGAMBILAN BARANG
PINTU BELAKANG
STOR
TANDAS
SURAU
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
16/43
2.0 KAJIAN LITERATUR
Perusahaan cendawan merangkumi perusahaan benih cendawan
dan juga tanaman cendawan. Biasanya perusahaan tanaman cendawan
dan benih cendawan di negara-negara maju seperti Jepun dan England
dijalankan oleh pengusaha yang berasingan. Perusahaan benih cendawan
biasanya diusahakan oleh pihak swasta ataupun persatuan peladang.Selain terlibat dengan pengeluaran benih, syarikat-syarikat tersebut juga
terlibat dalam program penyelidikan untuk menghasilkan jenis cendawan
yang baru. Syarikat tersebut juga menyediakan program-program latihan
dan memberi khidmat nasihat kepada petani-petani. Di Malaysia,
perusahaan benih cendawan diusahakan oleh pihak swasta.
2.1 Status Perusahaan Cendawan
Cendawan ialah sajenis sayur-sayuran yang mengandungi zat
makanan dan vitamin yang tinggi berbanding dengan sayur-sayuran lain.
Menurut ahli perubatan tradisional cina, cendawan dipercayai dapat
mengubati berbagai-bagai jenis penyakit saperti anemia (kekurangan
darah), kencing manis dan sengal-sengal sendi. Cendawan jenis
Ganoderma seperti G.applanatum, G.lucidum dan G.japonicum sering
digunakan dalam perubatan cina. Cendawan-cendawan tersebut juga
dikenali sebagai Ling Zhibagi orang cina.
Perusahaan cendawan berdaya maju dan tidak memerlukan
kawasan yang luas, tetapi memerlukan kemahiran teknik yang khusus.
Bahan sampingan pertanian ataupun industri yang terdapat dengan
murahnya boleh dijadikan substrat penanaman. Penggunaan bahan
sampingan dapat menjimatkan kos pengeluaran penanaman cendawan di
samping mengurangkan masalah pencemaran. Selepas penanaman
16
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
17/43
cendawan, substrat tersebut boleh digunakan untuk membaiki struktur
tanah dan boleh dijadikan sebagai makanan haiwan.
Kini terdapat tujuh jenis cendawan yang sesuai dengan ikilim di
Malaysia iaitu cendawan abalon (Pleurotus cystidiosus), jerami padi
(valvariella), telinga kera (Auricularia polytricha), tiram kelabu (Pleurotus
sajor-caju), tiram putih (Pleurotus florida), tiram kemerah-merahan
(Pleurotus flabellatus), dan shiitake (Lentinus edones). Sejak
kebelakangan ini, cendawan shiitake telah diusahakan di Cameron
Highlands. Suatu masa dahulu, Penang Development Corporatiaon telah
mengusahakan cendawan butang (Agaricus bisporus) di dalam peti sejuk,
tetapi projek ini dihentikan kerana beberapa sebab.
2.2 Pengeluaran Cendawan Dunia
Pada peringkat dunia, hanya 25 daripada 2000 spesis cendawan
telah dikenalpasti selamat dimakan. Tiga jenis cendawan utama yang
diusahakan pada peringkat dunia ialah cendawan butang, shiitake dan
jerami padi. Lebih 50% daripada cendawan butang dujial dalam betuksegar. Sebahagian besar cendawan shiitake dikeringkan manakala
sebahagian besar cendawan jerami padi ditinkan.
Cendawan butang mula di tanam pada tahun 1600. rekod pertama
menunjukkan cendawan tersebut di tanam di Paris pada tahun 1650 dan
merebak ke England pada pertengahan abad ke-18. Dari England,
penanaman cendawan butang merebak ke Amerika Syarikat pada tahun
1965. Pada tahun 1890, perusahaan cendawan telah menjadi satu industri
di Amerika Syarikat. Kejayaan ahli sains J.N.Constatin dan L.Matruchot
dalam penyediaan benih cendawan yang sterile (sterile mushroom
spawn) pada tahun 1894 merupakan detik-detik yang penting dalam
pembangunan perusahaan cendawan (Van Griensven 1987). Cendawan
shiitake pula buat pertama kalinya ditanam pada tahun 1000-1100
manakala cendawan jerami padi pada tahun 1700 (Chang dan Miles
1987).
17
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
18/43
2.3 Khasiat Pemakanan Cendawan (100gram)
Pecahan Zat Makanan KandunganTenaga 37 kcalAir 89.2 gmProtin 3.6 gmLemak 0.7 gmKarbohidrat 4.1 gmSerat 1.8 gmKalsium 2 mgFosforus 88 mgZat Besi 1 mgNatrium 6 mgKalium 195 mg
Vitamin B1 0.03 mgVitamin B2 0.45 mgNiasin 1.9 mgVitamin C 9.4 mg
18
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
19/43
3.0 METHODOLOGI
Perlaksanaan projek ini dijalankan dengan menggunakan tenaga
manusia semaksima yang mungkin bagi mengurangkan kos yang terlibat.
Ini adalah kerana saya mempunyai sumber kewangan yang terhad dan
kos untuk membeli mesin juga adalah sangat tinggi. Untuk peringkat
permulaan, saya terpaksa melakukan semua kerja secara manual tetapi ia
hanyalah untuk jangka masa yang pendek sementara memperolehi
kewangan yang cukup untuk membeli mesin.
Kejayaan penanaman cendawan tiram bergantung kepada
beberapa faktor persekitaran yang penting seperti jenis substrat, suhu,
kelembapan, cahaya dan pengudaraan. Berikut merupakan cara kerja
bermula dari awal sehinggalah cendawan dapat dituai:
3.1 Pembinaan Rumah Cendawan
Pembinaan rumah cendawan yang baru dan spesifik
tidak diperlukan. Adalah lebih ekonomik jika
menggunakan ruang-ruang yang sedia ada dan hanya
menambah rak-rak dan dibuat sedikit pengubahsuaian
seperti memasang jaring di dinding untuk
mengelakkan serangan perosak dan memasang paip
air supaya mudah membuat penyiraman.
Bahan-bahan yang baru juga tidak diperlukan,
memadai dengan menggunakan bahan-bahan terpakai
dan bahan-bahan yang sedia ada.
Namun demikian, untuk menjamin kelembapan rumah
cendawan, daun nipah boleh digunakan untuk atap
dan dinding.
19
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
20/43
Tali digunakan sebagai tempat untuk meletakan beg
cendawan. Tali digunakan sebagai menggantikan rak.
Penggunaan tali boleh memaksimumkan beg
cendawan untuk setiap bangsal.
3.2 Penyediaan Beg Media Cendawan
Beg media cendawan perlu disediakan sebagai media tempat
maisilium cendawan tumbuh. Bahan-bahan yang digunakan
ialah habuk kayu getah, dedak halus, kapur pertanian
(CaCO3) dan air. Peralatan yang digunakan ialah beg plastik
( saiz 6 inci x 12 inci, tahan panas), leher dan penutup beg,
kapas, dan penyodok kecil. Cara-cara penyediaan beg
cendawan adalah seperti berikut.
Habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian digaulk
pada kadar 100 : 10 : 1 mengikut berat.
Air disiram sehingga habuk kayu tidak berderai apabila
dikepal.
Campuran habuk kayu getah dimasukkan ke dalam
beg plastik dan hentak dengan tangan sehingga padat.
Leher dan tutup dipasang ( penutup disumbat dengan
sedikit kapas)
Teruskan kerja (a), (b), (c) dan (d) sehingga habis
habuk kayu yang telah dibancuh.
3.3 Pengukusan Beg Media Cendawan
Selepas peyediaan beg media cendawan, pengukusan perlu
dijalankan untuk membunuh segala organisma yang terdapat
di dalam habuk kayu supaya tidak berlaku pencemaran.
20
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
21/43
Pengukusan dibuat dengan menggunakan tong dram, set
dapur gas, pelapik dan penutup tong drum ( besen
alumunium). Cara-cara untuk pengukusan beg media
cendawan adalah seperti berikut:
Pelapik diletakkan setinggi 12 cm kedalam tong drum
Air diisikan ke dalam tong dram sama paras dengan
tinggi pelapik
Beg-beg media cendawan disusun secara menegak
kedalam tong dram dan tutup rapat dengan besen
alluminium.
Kukus selama 6 jam
Beg-beg media cendawan dikeluarkan dari tong dram
dan disejukkan selama 1 malam.
3.4 Penyuntikan benih
Selepas pengukusan beg media cendawan dan pemilihan
benih dilakukan, kerja yang mesti dijalankan ialah
penyuntikan benih yng dijalankan di dalam bilik khas yang
bersih supaya tidak berlaku pencemaran. Bahan / peralatan
yang diperlukan ialah benih cendawan, pencungkil besi, lilin,
marker pen dan mancis api. Cara-cara menyuntik benih
adalah seperti berikut.
Benih yang baik dipilih iaitu yang berwarna putih
bersih
Pencungkil besi dipanaskan (layur) di atas api untuk
membunuh semua organisma yang boleh
menyebabkan pencemaran.
Benih cendawan di hancurkan dengan pencungkil yang
telah dilayur.
21
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
22/43
Mulut beg media cendawan dibuka dan benih
cendawan dimasukkan anggaran satu sudu besar.
Penutup mulut beg media cendawan dilayur dan leher
beg media cendawan dipasang kembali.
Tarikh benih disuntik dicatat pada beg cendawan
Beg media cendawan diperam selama 50 60 hari
sehingga maisilium cendawan memenuhi beg.
3.5 Penjagaan Beg Cendawan
Beg-beg yang telah disuntik ditempatkan di suatu
ruangan khas untuk proses pemeraman sebelum dialih
ke rak tali.
Keadaan suhu antara 28 C 32 C adalah sesuai bagi
pertumbuhan maisilium semasa pemeraman.
Suhu dalam rumah cendawan yang sesuai untuk
pertumbuhan cendawan ialah 30 C 32 C.
Untuk mendapatkan suhu rendah dan kelembapan
yang diperlukan, rumah cendawan disiram 2 kali sehari
iaitu pagi dan petang. Siraman dilakukan ke arah
dinding, lantai, beg media cendawan dan juga
bumbung rumah cendawan.
Beg-beg cendawan yang telah tercemar iaitu beg-beg
yang berwarna merah jingga, hitam, kuning kehijauan
serta beg yang telah dimasuki oleh serangga dan
berulat dimasukkan ke dalam plastik sampah dibuang
atau dimusnahkan.
22
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
23/43
Beg-beg yang telah tua dan tidak ekonomik
dikeluarkan dari rumah cendawan. Beg-beg ini boleh
dikitar semula sebagai baja kompos tanaman.
Persekitaran rumah cendawan dibersihkan dari rumpai
dan sampah sarap.
Banyakkan menanam pokok-pokok rendang di
sekeliling rumah cendawan untuk mendapatkan
suasana redup dan suhu yang rendah.
Pengudaraan yang baik diperlukan untuk pertumbuhan
cendawan yang subur.
Rumah cendawan hanya memerlukan cahaya yang
lemah dan serata. Pancaran cahaya matahari yang
terus kedalam rumah cendawan akan membantutkan
pertumbuhan cendawan.
3.6 Memungut Hasil.
Selepas pemeraman beg media cendawan selama 45 60
hari, kerja yang selanjutnya ialah memungut hasil. Cara-cara
memungut hasil adalah seperti berikut:
Setelah maisilium memenuhi beg media cendawan,
pindahkan dan susun beg secara rebah di atas rak tali
di dalam rumah cendawan. Suhu yang sesuai di dalam
rumah cendawan ialah 30 C 32 C.
Mulut beg media cendawan dibuka dan hasil pertama
akan keluar dalam masa 3 5 hari setelah dibuka.
Iar disembur di dinding, lantai dan badan beg-beg
media cendawan pada waktu pagi dan petang untukmeninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
23
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
24/43
Cendawan yang telah berkembang dipungut sebelum
bahagian tepi kelilingnya menjadi berombak dan
pecah.
Mulut beg media cendawan ditutup kembali dan
direhatkan selama 7 10 hari sebelum dibuka semula
untuk pengeluaran hasil berikutnya.
Kutipan hasil pertama cendawan ialah di antara 50 60 hari
selepas menuntik benih. Kutipan berikutnya pula adalah
selepas 10 14 hari beg direhatkan. Sekali kutipan hasil
boleh mencapai jumlah sebanyak 60 80 g/beg dan satu beg
media cendawan boleh memberikan 5 6 kali kutipan hasil
untuk selama 3 4 bulan. Cendawan yang telah dipetik boleh
disimpan dalam peti sejuk pada suhu 5 C 10 C selama 3 4
hari.
3.7 Pengawalan Perosak dan Penyakit.
Sekiranya beg-beg media cendawan dikukus dengan
cukup iaitu sekurang-kurangnya 7 jam dengan
menggunakan tong dram, segala perosak dan
penyebab penyakit didalam beg akan mati dan
musnah.
Keadaan rumah cendawan yang sentiasa bersih dan
cukup pengudaraan boleh mengurangkan serangan
perosak dan kejadian penyakit.
24
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
25/43
Penyakit yang disebabkan oleh kulat Neurospora sp.
yang berwarna merah jingga biasanya menyerang di
peringkat awal. Jika ini berlaku, beg-beg yang yang
diserang dimasukkan ke dalam plastik dan
dimusnahkan. Rak rak kosong dan ruang-ruang di
dalam rumah cendawan disembur dengan larutan
Dettol 10% atau klorok.
Sekiranya terdapat serangan kulat lain, beg-beg akan
berwarna kehijauan, kekuningan atau kehitaman. Beg-
beg tersebut dimasukkan kedalam plastik dan dibuang
atau dimusnahkan.
Serangan bakteria boleh dikenalpasti apabila batang
dan kelopak cendawan berwarna perang dan berlendir.
Untuk mengelakkan penyakit ini, rumpun cendawan
segera dicabut dan ditutup serta direhatkan. Siraman
air akan dikurangkan dan sistem pengudaraan dalam
rumah cendawan dibaiki.
Serangan serangga boleh dielakkan dengan
memasang jaring di sekeliling dinding rumah
cendawan supaya rumah cendawan kalis serangga.
Jika terdapat ulat di dalam beg media cendawan, beg-
beg tersebut dikukus selama 1-2 jam dan
dimusnahkan.
Jika terdapat tanda-tanda serangan tikus, lipas dan
semut, racun yang berbentuk umpan atau perangkap
digunakan. Dengan ini, pencemaran racun tidak akan
berlaku ke atas cendawan.
25
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
26/43
3.8 Carta Alir Gerak Kerja Projek
26
PEMBUNGKUSAN
PENYEDIAAN KAWASAN
PENUAIAN
PEMASARAN
PERANCANGAN
PENANAMAN
PENJAGAAN / PENYELENGGARAAN
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
27/43
4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN PROJEK
Sebagai peringkat permulaan, saya akan menanam kira kira
15000 beg cendawan. Walaupun hasil pertama kami tidak begitu banyak,
tetapi permintaan adalah amat memberangsangkan. Daripada tinjauan
yang dibuat, permintaan adalah melebihi 50kg sehari. Namun demikian,
hasil yang kami perolehi hanya sekitar 10 - 15kg sehari.
Justeru itu, kami merancang untuk menambah kira- kira 15 000 beg
cendawan dalam masa yang terdekat dan mensasarkan untuk memenuhi
ruang yang ada iaitu kira-kira 30 000 beg menjelang Mac 2015 bagi
memenuhi permintaan pelanggan.
27
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
28/43
4.1 Laporan Projek
Berikut merupakan projek yang akan dijalankan:
Rumah 1
Keluasan rumah cendawan : 10 kaki x 25 kaki
Tinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 6000 bantal
Kapasiti sekarang : 6000 bantal
Rumah 2
Keluasan rumah cendawan : 20 kaki x 20 kaki
Tinggi : 10 kaki
Rak : Besi
Kapasiti : 9000 bantal
Kapasiti sekarang : 9000 bantal
Anggaran Perbelanjaan Penanaman Cendawan Tiram ( 15000
beg )
1. Modal Tetap
28
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
29/43
a) Bangsal Cendawan
ruang penyediaan - RM 1840
rak Besi - RM 4350
------------
RM 6190
b) Peralatan
4 dapur - RM 200
4 tong drum - RM 100
2 tong gas dan kepala - RM 220
2 gelung paip getah - RM 60
2 keping papan lapis - RM 30
-------------
RM
610
2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000 Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM
600
1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20
Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM
1080
Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500
Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM
1350
Penggunaan air 6 bulan - RM
250
Pelbagai - RM 750
-------------
RM 7550
Anggaran Hasil Pulangan
29
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
30/43
Purata hasil / beg - 150 gram
15000 beg x 150 gram -
2250 kg
Harga pasaran - RM
10
2250kg x RM 10.00 - RM
22500
Pendapatan kasar hasil cendawan - RM
22500
Modal berubah - RM 7550
-------------
pendapatan bersih / musim RM
14950
4.2 Pemerhatian
Sepanjang projek ini dilakukan, pelbagai pemerhatian dari semua
aspek dilakukan bagi menjamin keberkesanan dan kelancaran kerja serta
hasil yang akan diperoleh pada masa akan datang. Berikut merupakan
aspek yang penting sepanjang tempoh projek ini berjalan:
Penyediaan dan pemeraman
Rumah cendawan
30
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
31/43
- Pada peringkat permulaan, keadaan rumah cendawan
hendaklah gelap sedikit sementara pada peringkat
penuaian, keaadaan rumah perlulah cerah tetapi jangan
biarkan cahaya matahari terus mengenai beg cendawan.
Ini adalah kerana misilium akan cepat bergerak dalam
keadaan gelap.
- Suhu didalam rumah cendawan hendaklah sentiasa sejuk
yang bertujuan untuk mempercepatkan misilium bergerak
disamping hasil yang banyak berbanding dengan suhu
biasa. Kandungan kelembapan yang paling sesuai untuk
rumah cendawan ialah 80%.
- Keadaan rumah yang bersih juga akan mempengaruhi
hasil cendawan. Untuk kutipan hasil pertama biasanya
adalah sama tetapi untuk pengeluaran seterusnya,
keadaan yang bersih akan menjamin kuantiti cendawan
yang banyak.
Media
- Kandungan air yang banyak biasanya akan melambatkan
proses pergerakan misilium manakala air yang sedikit
menyebabkan pergerakan misilium yang cepat tetapi
risiko kerosakan adalah tinggi dan hasilnya juga adalah
sedikit.
- Kandungan dedak juga akan mempengaruhi pergerakan
misilium. Dedak yang banyak akan mempercepatkan
pertumbuhan misilium tetapi risiko untuk menerima
jangkitan kulat lain adalah tinggi. Antara kulat yang biasa
menyerang ialah kulat hitam, merah dan kuning.
- Kepadatan media cendawan juga mempengaruhi
pertumbuhan misilium. Media yang terlalu padat akan
melambatkan pertumbuhan misilium. Kepadatan yang
sederhana adalah yang paling sesuai.
Benih
- Benih memainkan peranan yang paling penting dalam
perkembangan misilim dan juga kadar pengeluaran hasil.
31
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
32/43
Benih yang baik akan menjamin mutu dan hasil
pengeluaran setiap beg cendawan disamping
mempengaruhi pertumbuhan misilium. Benih yang terlalu
matang dan terlalu muda tidak sesuia digunakan.
Biasanya tiada pertumbuhan misilium sekiranya benih
terlalu matang. Masa yang paling sesuai untuk benih ialah
dalam lingkungan sebulan selepas waktu matang.
Cuaca
- Cuaca sangat mempengaruhi pertumbuhan dan hasil
cendawan. Biasanya cendawan akan keluar dalam kuantiti
yang banyak semasa musim hujan. Masalah akan timbulpada musim panas kerana pertumbuhan cendawan sering
terbantut. Lantai rumah cendawan hendaklah disiram 2-3
sekali bagi mengurangkan masalah ini.
Hasil
Waktu buka
- Tempoh yang paling sesuai untuk membuka media
cendawan untuk kali pertama ialah kira-kira 70 hari dari
tarikh benih disuntik. Pada masa ini, misilium adalah
benar-benar matang dan biasanya kertas punutup beg
cendawan akan pecah dan cendawan akan keluar dengan
sendirinya. Untuk tuaian hasil kedua dan seterusnya, beg
cendawan boleh dibuka kira-kira 10-14 hari selapas tuaian
hasil sebelumnya.
Tuai
- Kebiasaannya, cendawan akan dapat dituai selepas 5-7
hari beg cendawan dibuka. Tetapi ianya tidak menentu
kerana pertumbuhan cendawan sentiasa bergantung pada
keadaan cuaca dan sekeliling.
Pemasaran
- Untuk menjamin kualiti, cendawan yang telah dituai
seharusnya dipasarkan dengan segera. Ini adalah keranacendawan merupakan sejenis tumbuhan yang tidak tahan
32
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
33/43
lama selepas dipetik. Cendawan akan biasanya akan
dapat bertahan selama 5-7 hari didalam peti dan hanya 1-
2 hari dalam keadaan biasa.
Pasaran
Pada masa sekarang, permintaan terhadap cendawan
akan sentiasa meningkat. Daripada pemerhatian yang
dibuat, terdapat banyak kedai-kedai makan baru yang
tumbug seperti cendawan selepas hujan. Kebanyakan
kedai-kedai tersebut adalah berasaskan makanan ala Thai
dimana cendawan merupakan antara keperluan untuk
masakan tersebut. Tidak mustahil permintaan terhadapcendawan segar akan sentiasa meningkat.
Potensi
Potensi terhadap cendawan adalah begitu besar. Dalam
zaman kemajuan teknologi sekarang, pelbagai makanan
mungkin dapat dihasilkan daripada cendawan. Seperti
yang kita lihat sekarang. Pelbagai makanan yang
berasaskan cendawan dapat dihasilkan seperti nugget
cendawan, bebola cendawan, kerepek cendawan dan lain-
lain. Tidak mustahil pada suatu hari nanti kami akan
mampu untuk membuat jus cendawan.
4.3 Pemasaran
33
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
34/43
Dalam apa jenis perniagaan sekalipun, pemasaran merupakan
aspek yang terpenting dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Tanpa
pemasaran yang berkesan, sesuatu perniagaan pasti akan mengalami
masalah sekaligus akan memusnahkan impian untuk maju dalam
perniagaan. Justeru itu, sebelum menceburkan diri dalam tanaman
cendawan ini, tinjauan terhadap permintaan terlebih dahulu dilakukan.
Cendawan mudah rosak, oleh itu, sistem pemasaran yang cekap
diperlukan. Terdapat dua saluran utama pemasaran cendawan segar yang
selalu digunakan untuk pemasaran cendawan segar tropika iaitu secara
terus ataupun melalui orang tengah. Berikut merupakan hasil tinjauan
awal kami terhadap permintaan cendawan tiram kelabu sekitar Kota
Kinabalu untuk satu hari.
Pasaraya : 10kg
Kedai makan : 15kg
Pemborong : 30kg
Pasar : 15kg
Terus kepada pengguna : 20kg
Oleh kerana pengeluaran cendawan tiram kelabu adalah tidak
menentu dan sentiasa berubah-rubah mengikut cuaca selain hasil yang
agak sedikit, maka kami terlebih dahulu mensasarkan untuk menjual
produk kami terus kepada pengguna.
4.4 Masalah masalah Yang Dihadapi
BenihBenih cendawan amat sukar didapati. Tempahan biasanya dibuat
melalui Pejabat Pertanian dan selalunya memakan masa yang lama
untuk diperolehi. Selain itu, benih cendawan tidak tahan lama iaitu
kira-kira sebulan sahaja selepas waktu matang.
Kerosakan
Terdapat kerosakan pada media cendawan yang disebabkan oleh
pelbagai punca. Antara punca yang menyebabkan berlakunya
34
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
35/43
kerosakan pada media cendawan adalah disebabkan persekitaran,
kerosakan benih, kebocoran plastik dan kecuaian semasa
mengukus dan menyuntik benih.
Persaingan
Kemasukan cendawan dari Thailand yang mengenakan harga yang
sangat murah iaitu antara RM3 RM4 pada harga borong
sedangkan harga yang kami jual adalah sekitar RM10 sekilogram
Penyediaan
Masa untuk membungkus dan memadat media cendawan
memerlukan masa yang lama untuk disiapkan denganmenggunakan cara manual
Hasil
Hasil cendawan yang tidak menentu yang sentiasa bergantung
kepada cuaca menyukarkan untuk menghantar hasil secara tetap.
Penerimaan produk
Oleh kerana cendawan tempatan merupakan satu produk yang baru
dikalangan masyarakat Malaysia, terutamanya bagi orang melayu
dan india, maka penerimaan produk menjadi satu masalah. Ramai
antara pengguna tempatan tidak tahu cara memasak cendawan
dan belum mencuba memakan cendawan. Masih ramai pengguna
yang masih ragu-ragu tentang keselamatan cendawan tempatan
untuk dimakan.
35
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
36/43
5.0 PERINGKAT PERANCANGAN
Berdasarkan kajian dan pemerhatian yang dibuat, hasil yang hanya
diperolehi daripada beg cendawan yang ada hanyalah sekitar 10kg sahaja
sehari. Oleh yang demikian, kami dalam proses menambah 15 000 beg
cendawan lagi menjelang September 2014. Kami mensasarkan untuk
terus menambah beg cendawan selagi terdapat permintaan yang tinggi
dari pengguna.
Berikut merupakan anggaran kos bagi 15000 beg cendawan
menjelang Mac 2015.
1. Modal Tetap
a) Bangsal Cendawan
1 ruang penyediaan 12 kaki x 40 kaki
Bangsal besi boleh pindah - RM 5650
Rak Besi - RM
4120
------------
RM 9770
2. Modal Berubah
Habuk kayu 10000 kg @ 20 sen - RM 2000
Dedak halus 1000 kg @ 60 sen - RM
600 1 Kapur pertanian 100 kg @ 20 sen - RM 20
Palstik (PP 6 x 12) 120 kg @ RM 9.00 - RM
1080
Tutup, leher 15000 set @ 10 sen - RM 1500
Benih cendawan 300 beg @ RM 4.50 - RM
1350
Penggunaan air 6 bulan - RM
250
36
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
37/43
Pelbagai - RM 750
-------------
RM 7550
Anggaran Hasil Pulangan
Purata hasil / beg - 150 gram 15000 beg x 150 gram -
2250 kg
Harga pasaran - RM
10
2250kg x RM 10.00 - RM
22500
Pendapatan kasar hasil cendawan - RM
22500
Modal berubah - RM 7550
-------------
pendapatan bersih / musim RM
14950
37
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
38/43
Bagi mencapai hasrat ini, beberapa peralatan sangat diperlukan bagi
menjamin kelancaran dan mempercepatkan kerja. Antara barang
keperluan yang penting adalah:
1. Rumah cendawan (RM 10000)
2. Mesin pembancuh (RM 8000)
38
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
39/43
3. Mesin Pengisi / pemadat (RM 35 000) 1 unit
4. Alat pengukus (RM 8000) 1 unit
39
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
40/43
Jumlah keseluruhan modal yang diperlukan = RM68,320.00
Dengan terdapatnya keperluan seperti ini, saya yakin dapat
menambah beg cendawan dari 200 beg kepada 1000 beg sehari.
Sekiranya ini tercapai, hasrat untuk memasarkan cendawan melebihi 50kg
sehari pasti akan tercapai. Diharapkan projek ini akan menerima bantuan
sewajarnya bagi mencapai sasaran yang untuk memajukan bidang
pertanian.
5.1 Sasaran
Sasaran utama kami pada masa akan datang ialah dapat
menguasai pasaran cendawan tiram kelabu di seluruh Negeri Sabah
dimana rata-rata peniaga runcit dan pasaraya memperoleh cendawan dari
Pahang. Disamping itu, kami akan berusaha untuk memberi pendedahan
kepada pengguna mengenai khasiat cendawan tiram kelabumemandangkan masih ramai yang ragu-ragu untuk memakannya. Dalam
40
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
41/43
pada itu juga, kami akan sedaya upaya untuk mempromosikan cendawan
goreng yang kini begitu popular di selatan tanah air Malaysia. Kami juga
sedang berusaha untuk mengumpul seberapa banyak resipi yang yang
berasaskan cendawan untuk diedarkan kepada pelanggan kami. Ini kerana
ramai yang tidak mengetahui kaedah masakan yang sesuai bagi
cendawan.
6.0 KESIMPULAN
Pertanian merupakan satu bidang yang tidak asing bagi kita.
Namun demikian, kita boleh lihat, hanya berapa orang sahaja yang betul-
betul berminat untuk menceburi bidang ini. Ramai golongan muda-mudi
sekarang tidak berminat untuk menceburi diri dalam bidang ini. Sebagai
contoh, ramai muda-mudi sekarang tidak bekerja malah graduan juga
ramai yang tidak dapat bekerja. Mereka beranggapan bahawa bidang
pertanian tidak sesuai dengan meraka yang mempunyai kelulusan dalam
jurusan lain.
Disini kami ingin buktikan bahawa graduan seperti kami mampu
untuk menceburkan diri dalam bidang ini sehingga berjaya. Dengan
kelulusan yang kami ada, kami akan terus berusaha untuk meningkatkan
41
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
42/43
mutu pertanian negara sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan
Malaysia sebuah negara berasaskan pertanian.
Secara keseluruhannya, boleh dikatakan projek kami telah dianggap
berjaya mencapai matlamat asalnya. Walaupun pada peringkat awal kami
mempunyai banyak masalah dan kesukaran, namun dengan kerjasama
dan kesepakatan yang kami ada, segala masalah dapat diatasi dengan
berkesan. Tanpa bantuan pihak Jabatan Pertanian juga, amat sukar untuk
kami berjaya. Segala nasihat dan tunjuk ajar yang diberikan akan kami
guna sebaik mungkin dan tidak akan mensia-siakan harapan yang telah
diberikan. Diharap juga, projek ini akan menjadi kerjaya utama kami
untuik mencari sumber pendapatan.
7.0 CADANGAN
Disini saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang boleh membantu
dalam menjayakan projek tanaman cendawan saya.
Jabatan pertanian seharusnya menyediakan kursus atau
pendedahan yang lebih mendalam dalam teknik penanaman
cendawan.
Penyelidikan yang berterusan hendaklah dilakukan bagi
mencari formula terbaru untuk meningkatkan kadar keluaran
cendawan untuk setiap musim.
42
7/27/2019 Proposal Cendawan Saniy
43/43
Pihak yang terlibat seharusnya menyediakan bantuan kepada
pengusaha-pengusaha bidang pertanian yang betul-betul
bersungguh dan gigih untuk memajukan industri ini.
Pihak Jabatan Pertanian juga seharusnya memantau setiap
perjalanan projek bagi memberi keyakinan dan semangat
kepada pengusaha.