12
PROJEK STQS1124 STATISTIK II SEMESTER 1 2016/2017 TAJUK KAJIAN: KERUGIAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM) AKIBAT KECURIAN NAMA PENSYARAH: PUAN ROFIZAH BINTI MOHAMMAD @ MOHAMMAD NOOR PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT DR. NURULKAMAL BIN MASSERAN DISEDIAKAN OLEH: ABDULLAH SALAAM BIN ZAINUDDIN A155221 AHMAD SAFUAN BIN MOHD. ZIN A154100 MUHAMMAD ALIF BIN BOHARI A152503 NOR SYAHIRA BINTI MARZUKI A153370

PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

  • Upload
    buidat

  • View
    229

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

PROJEK

STQS1124 STATISTIK II

SEMESTER 1 2016/2017

TAJUK KAJIAN:

KERUGIAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR UNIVERSITI KEBANGSAAN

MALAYSIA (UKM) AKIBAT KECURIAN

NAMA PENSYARAH:

PUAN ROFIZAH BINTI MOHAMMAD @ MOHAMMAD NOOR

PUAN NUR JUMAADZAN ZALEHA BINTI MAMAT

DR. NURULKAMAL BIN MASSERAN

DISEDIAKAN OLEH:

ABDULLAH SALAAM BIN ZAINUDDIN A155221

AHMAD SAFUAN BIN MOHD. ZIN

A154100

MUHAMMAD ALIF BIN BOHARI

A152503

NOR SYAHIRA BINTI MARZUKI

A153370

Page 2: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

1.0 PENGENALAN

Pemodenan dunia yang semakin deras telah mengubah kehidupan masyarakat kini. Kewujudan

dan penggunaan terhadap teknologi, fesyen, pengangkutan dan lain-lain semakin berleluasa hasil

daripada pemikiran kritis, kreatif, dan inovatif sebilangan masyarakat kini. Nilai harga sesuatu

barang atau pengangkutan tersebut semakin meningkat sejajar dengan kehendak atau keperluan

masyarakat kini dan seterusnya. Maka, wujudlah risiko kecurian bagi setiap pengguna barang-

barang tersebut yang boleh mendatangkan satu kesan yang paling utama iaitu kerugian. Dalam

kajian ini, kami lebih memfokuskan kepada kerugian para pelajar di Universiti Kebangsaan

Malaysia(UKM) akibat kecurian. Kajian ini telah dijalankan lebih spesifik lagi setelah kami

menetapkan tempoh kajian kami dari semester 1 tahun 2015 sehingga semester 2 tahun 2016.

Namun, hasil tercetusnya gerak kerja kajian ini adalah kerana baru-baru ini pihak UKM telah

dikejutkan dengan kes-kes kecurian dalam kalangan pelajar UKM yang mengakibatkan mangsa

mengalami kerugian yang besar. Kecurian melibatkan harta benda yang berharga seperti

komputer riba, duit, telefon bimbit dan sebagainya. Bukan itu sahaja, kes ini juga melibat

kehilangan kenderaan seperti motorsikal dan kereta. Sebagai bukti, pada 14 Oktober 2016,

kehilangan 3 buah motorsikal milik pelajar UKM berpunca daripada kecurian. Kejadian ini juga

berlaku pada tahun-tahun sebelumnya dengan kehilangan jenis harta benda serta kenderaan yang

sama. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah

menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti wang, gajet, pakaian dan sebagainya.

Ini adalah berpunca daripada sikap mangsa yang cuai dan lalai bagi memastikan barang-barang

serta kenderaan mereka dalam keadaan yang selamat. Pengawalan serta pengawasan di dalam

yang dilakukan oleh pihak UKM adalah tidak terlalu ketat adalah salah satu punca berlakunya

kes-kes kecurian tersebut.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengkaji min kerugian yang berlaku terhadap pelajar lelaki UKM.

2. Mengkaji min kerugian yang berlaku terhadap pelajar perempuan UKM.

3. Menguji perkadaran kerugian yang berlaku oleh pelajar UKM yang kurang dari RM100.

4. Mengenal pasti kerugian yang dialami oleh pelajar UKM yang melebihi dari RM100.

5. Mengenal pasti varians kerugian yang berlaku terhadap pelajar lelaki UKM yang kurang

RM100.

Page 3: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Reka bentuk Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui tahap atau kerugian yang dihadapi oleh pelajar

UKM akibat kecurian. Hal ini adalah kerana sejak akhir-akhir ini kekerapan berlakunya kecurian

di kalangan pelajar UKM sangat tinggi. Oleh yang demikian, hasil daripada kajian ini para

pelajar mengambil berjaga-jaga agar tidak menjadi mangsa kecurian. Bagi menjalankan kajian

ini, kaedah borang soal selidik telah digunakan untuk tujuan memperoleh maklumat dan untuk

mengumpul segala data yang diperlukan. Untuk menentukan kerugian yang berlaku terhadap

pelajar lelaki dan perempuan, ia ditentukan dengan menggunakan min.

3.2 Lokasi Kajian

Ramai responden terdiri daripada pelajar UKM yang mempunyai latar belakang yang berbeza

dari segi kaum, tahap pendidikan, fakulti dan program. Oleh yang demikian, secara tidak

langsung hasil yang lebih variasi dapat diperoleh.

3.3 Pensampelan

Kajian ini telah dijalankan terhadap 30 orang responden yang merangkumi pelajar lelaki dan

pelajar perempuan yang telah dipilih secara rawak. Jenis pensampelan yang digunakan adalah

pensampelan rawak ringkas. Responden terdiri daripada pelbagai fakulti dan program.

3.4 Instrumen kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk pelajar UKM yang pernah mengalami

kecurian yang menyentuh aspek berikut:-

Bahagian A - Maklumat pelajar

Bahagian B – i) Jenis barang yang dicuri

ii) Tahap kerugian yang dialami

iii) Jumlah kerugian yang dialami

Page 4: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

3.5 Kaedah penganalisaan data

Penganalisaan data adalah dibuat berdasarkan jawapan responden dalam soalan kaji selidik.

Kaedah penganalisaan dibuat untuk mendapatkan tahap peratusan kekerapan responden bagi

mendapatkan perbandingan bagi setiap soalan-soalan yang diberikan. Setiap data penganalisaan

yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk jadual bagi menghuraikan setiap data-data tersebut

kerana kaedah ini mudah, menjimatkan masa dan jelas.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengujian Hipotesis

Hasil dapatan sampel daripada kalangan pelajar :

JADUAL 5.1. Data sampel kerugian yang dialami oleh pelajar

BIL JANTINA FAKULTI TAHUN JENIS BARANG DICURI KERUGIAN (RM)

1 P FST 2 Wang 56.00

2 P FST 2 Wang 60.00

3 P FUU 2 Wang 254.00

4 L FEP 2 Wang 100.00

5 L FEP 2 Pakaian 99.90

6 P FTSM 3 Gadget 500.00

7 L FST 2 Wang 10.00

8 L FST 3 Makanan 30.00

9 L FST 2 Wang 10.00

10 P FUU 4 Gadget 200.00

11 L FEP 2 Wang 250.00

12 L FST 2 Wang 60.00

13 L FST 3 Pakaian 100.00

14 P FKAB 2 Wang 60.00

15 L FST 2 Gadget & Wang 150.00

16 L FST 2 Wang 50.00

Page 5: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

17 P FST 2 Wang 50.00

18 P FUU 2 Gadget & Wang 3000.00

19 P FKAB 2 Wang 75.00

20 P FUU 2 Gadget & Wang 150.00

21 P FUU 2 Wang 100.00

22 L FST 2 Wang 30.00

23 P FST 2 Wang 88.00

24 P FST 2 Wang 80.00

25 P FEP 2 Gadget & Wang 600.00

26 P FEP 2 Wang 150.00

27 L FEP 2 Gadget 900.00

28 P FST 2 Wang 80.00

29 P FEP 2 Wang 50.00

30 P FST 2 Gadget 400.00

1) Misalkan Bilangan pelajar lelaki yang mengalami kerugian, RM

Bilangan sampel pelajar lelaki,

Maka, min sampel bagi kerugian yang dialami oleh pelajar lelaki ialah,

Dan varians sampel bagi kerugian yang dialami oleh pelajar lelaki ialah,

Kami mendakwa bahawa min kerugian yang dihadapi oleh pelajar lelaki ialah RM150.

Page 6: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

Statistik Ujian :

√ ⁄

Keputusan : Memandangkan nilai statistik ujian

< 4.437, gagal tolak

pada aras keertian

2) Misalkan Bilangan pelajar perempuan yang mengalami kerugian, RM

Bilangan sampel pelajar perempuan,

Maka, min sampel bagi kerugian yang dialami oleh pelajar perempuan ialah,

Dan varians sampel bagi kerugian yang dialami oleh pelajar perempuan ialah,

Kami mendakwa bahawa min kerugian yang dihadapi oleh pelajar perempuan ialah

RM300.

Statistik Ujian :

√ ⁄

Page 7: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

Keputusan : Memandangkan nilai statistik ujian

< 4.437, gagal tolak

pada aras keertian

3) Misalkan, W ~ Bilangan pelajar yang mengalami kerugian kurang daripada RM100

Bilangan sampel pelajar,

Maka, perkadaran sampel bagi pelajar yang mengalami kerugian kurang daripada RM100

ialah

Dan varians sampel bagi pelajar pelajar yang mengalami kerugian kurang daripada

RM100 ialah

Kami mendakwa perkadaran kerugian yang berlaku kurang daripada RM100 adalah tidak

melebihi 0.4.

Statistik Ujian :

√ ⁄

Keputusan : Memandangkan nilai statistik ujian

> 1.2816, tolak

pada aras keertian

Page 8: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

4) Misalkan, K ~ Bilangan pelajar yang mengalami kerugian lebih daripada RM100

Bilangan sampel pelajar,

Maka, perkadaran sampel bagi pelajar yang mengalami kerugian lebih daripada RM100 :

Dan varians sampel bagi pelajar pelajar yang mengalami kerugian lebih daripada RM100:

Kami mendakwa perkadaran kerugian yang berlaku lebih daripada RM100 adalah

melebihi 0.6.

Aras keertian,

Statistik Ujian :

√ ⁄

Keputusan : Memandangkan nilai statistik ujian

, tolak

pada aras keertian

5) Misalkan, J ~ Bilangan pelajar lelaki yang mengalami kerugian kurang daripada RM100

Bilangan sampel pelajar,

Page 9: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

Varians sampel bagi pelajar lelaki yang mengalami kerugian kurang daripada RM100:

Kami mendakwa varians pelajar lelaki yang mengalami kerugian kurang daripada

RM100 adalah 1000.

Statistik Ujian :

Keputusan : Memandangkan nilai statistik ujian

> 0.872 dan < 12.592,

tolak pada aras keertian

5.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, melalui hasil analisis yang telah dibuat kerugian yang berlaku terhadap

pelajar lelaki UKM adalah boleh dilabelkan sebagai tinggi. Perihal ini dapat dibuktikan dengan

fakta bahawa purata kerugian yang berlaku terhadap pelajar lelaki UKM adalah 149.158. Kami

mendakwa bahawa min kerugian yang dihadapi oleh pelajar lelaki ialah RM150. Kami telah

menggunakan taburan-t untuk mendapatkan statistik ujian dan hasil yang kami perolehi ialah

4.437. Maka terdapat bukti yang kukuh bahawa dakwaan kerugian yang berlaku terhadap pelajar

lelaki UKM mempunyai min kerugian RM150.

Page 10: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

Purata kerugian yang berlaku terhadap pelajar perempuan UKM adalah 326.833. Kami

mendakwa bahawa min kerugian yang berlaku terhadap pelajar perempuan UKM ialah RM300.

Kami juga telah menggunakan taburan-t untuk mendapatkan statistik ujian untuk menentukan

kebenaran dakwaan kami. Hasil yang kami perolehi untuk statistik ujian ialah -0.1678. Maka,

dakwaan yang telah kami lakukan diterima iaitu dakwaan yang menyatakan kerugian yang

berlaku terhadap pelajar perempuan UKM mempunyai min kerugian sebanyak RM300.

Tambahan pula, perkadaran kerugian yang berlaku oleh pelajar UKM yang kurang

daripada RM100 yang kami perolehi ialah 1.487 manakala dakwaan yang kami lakukan untuk

perkadaran kerugian yang berlaku kurang daripada RM100 adalah tidak melebihi 0.4. Kami telah

menggunakan taburan normal untuk menentukan statistik ujian perkadaran ini. Tetapi, tiada

cukup bukti untuk menyokong bahawa kerugian yang berlaku oleh pelajar UKM yang kurang

daripada RM100 mempunyai perkadaran tidak melebihi 0.4.

Selain itu, kami juga mendakwa perkadaran kerugian yang berlaku oleh pelajar UKM

yang melebihi dari RM100 adalah tidak melebihi 0.7 dan yang kami peroleh ialah -2.7849. Kami

telah menggunakan taburan normal untuk menentukan statistik ujian perkadaran ini dan ternyata

tiada cukup bukti untuk menyokong bahawa kerugian yang berlaku oleh pelajar UKM yang

melebihi dari RM100 mempunyai perkadaran tidak melebihi 0.7.

Seterusnya, kami telah mendakwa varians kerugian yang berlaku terhadap pelajar lelaki

UKM yang kurang RM100 adalah 1000 dan kami telah menggunakan taburan khi-kuasa dua

untuk mendapatkan statistik ujian untuk dakwaan ini. Statistik ujian yang telah diperolehi ialah

6.07401. Maka, hasil daripada statistik ujian tersebut, ternyata tiada cukup bukti untuk

menyokong bahawa varians kerugian yang berlaku terhadap pelajar lelaki UKM yang kurang

RM100 adalah 1000.

Akhir sekali, dua objektif kajian kami telah tercapai dengan jayanya manakala tiga

daripada lima objektif kajian tidak tercapai kerana tiada cukup bukti untuk menyokong objektif

kajian tersebut.

Page 11: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

6.0 RUJUKAN

Malina Zulkifli, Ahmad Mahir Razali, Nurulkamal Masseran & Noriszura Ismail, 2015.

Statistical Analysis of Vehicle Theft Crime in Peninsular Malaysia using Negative

Binomial Regression Model. Journal of Statistical Analysis. 44(9)(2015): 1363–1370.

Syerrina Zakaria & Nuzlinda Abdul Rahman, 2016. The Mapping of Spatial Patterns of Property

Crime in Malaysia: Normal Mixture Model Approach, Journal of Business and Social

Development. 1-11.

Amar, S. S. 2005. The Rise of Crime in Malaysia. Journal of Statistical Analysis. 187: 28-204

Robert, P. H. 2011. Applying Geostatistical Analysis to Crime Data: Car-Related Thefts in the

Baltic States. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3242381/

Page 12: PROJEK STQS1124 STATISTIK II TAJUK KAJIAN. Selain itu, terdapat juga kecurian di blok-blok kediaman pelajar di kolej yang telah menyebabkan pelbagai barang yang berharga hilang seperti

SOAL SELIDIK “Kerugian Yang Dihadapi Oleh Pelajar UKM Akibat Kecurian”

Bahagian A: Demografi

1. Jantina

Lelaki

Perempuan

2. Fakulti :

3. Program :

4. Tahun Pengajian :

Bahagian B: Kerugian yang Dihadapi

1. Pernahkah anda mengalami kerugian dalam kecurian :

Ya

Tidak

2. Tandakan jenis barang yang dicuri :

Gadget Wang Kenderaan Lain-lain

3. Tandakan kerugian yang anda alami :

< 100

100

4. Jumlah kerugian yang dialami sepanjang sesi 2015/2016 :