Upload
voque
View
256
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PROJEK PERUMAHAN TAMAN LTAT, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR LTAT di dalam melaksanakan pelbagai program Tanggungjawab Sosial Korporatnya (CSR), sedang membina 2,000 unit kediaman mampu milik di atas tanah seluas 8.149 ekar di Parsel 2C Taman LTAT, Bukit Jalil khusus untuk warga ATM dan veteran ATM. Perasmian Majlis Pecah Tanah Pembangunan Projek Perumahan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT)/Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M), Taman LTAT, Bukit Jalil telah dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia, YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein pada 20 September 2016 bertempat di Taman LTAT, Bukit Jalil. Projek ini sedang dibangunkan secara berperingkat oleh Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) iaitu Perbadanan milik penuh LTAT yang telah dilantik sebagai pemaju untuk membangunkan projek perumahan ini. Projek perumahan ini terletak di kawasan yang sangat strategik dan mempunyai nilai hartanah yang tinggi.
PROJEK PERUMAHAN TAMAN LTAT, BUKIT JALIL, KUALA LUMPUR
Bil Parsel Gambar Perspektif Harga
Unit (RM)
Keluasan (Kps)
Jumlah Unit
Jangkaan Siap
Projek 1. 2C (PPA1M)
4 blok pangsapuri Kos sederhana (38 tingkat) 3 bilik tidur dan 2 bilik air
199,750
850
2,000
2. 3A (PPA1M) 2 blok pangsapuri kos sederhana (19 tingkat) 3 bilik tidur dan 2 bilik air
277,020 291,600
1,140 1,200
296 284
April 2019
3. 5 (PPA1M) 1 blok pangsapuri kos sederhana (27 tingkat) 3 bilik tidur dan 2 bilik air
239,000
1,000
408
September
2019
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN ADALAH SEPERTI BERIKUT:
Warga/Veteran/Balu ATM Gaji pemohon di bawah RM10,000.00 Tidak pernah membeli rumah yang ditawarkan oleh LTAT
Tuan/puan yang berminat bolehlah membuat pendaftaran dengan mengisi borang permohonan yang boleh dicetak dari laman sesawang www.pphm.com.my dan menghantar borang yang lengkap melalui email [email protected] bersama dokumen sokongan yang diperlukan
ATAU
Diposkan ke alamat seperti berikut:
Perbadanan Perwira Harta Malaysia (PPHM) Tingkat 9, Bangunan LTAT
Jalan Bukit Bintang 55100 Kuala Lumpur