105
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH MODUL PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM3063 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2012 (Edisi September 2014) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

  • Upload
    others

  • View
    12

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH

MODUL PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

BMM3063

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3, BLOK 2200, PERSIARAN APEC, CYBER 6, 63000 CYBERJAYA Berkuat kuasa pada Jun 2012 (Edisi September 2014)

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN

KEPUJIAN

Page 2: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

ii

Edisi September 2014 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM

TERSEBUT.

Page 3: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

i

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Edisi September 2014 Kementerian Pendidikan Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 4: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

ii

Page 5: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

iii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Kandungan

Panduan Pelajar

Agihan Tajuk

Tajuk Pembelajaran

Tajuk 1: Pendidikan Pemulihan Tajuk 2: Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

Tajuk 3: Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Tajuk 4: Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

Tajuk 5: Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Pemulihan Kemahiran Lisan, Membaca, dan Menulis

Tajuk 6: Penyediaan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan Tajuk 7: Sesi Latihan Pengajaran Pemulihan Pelbagai Senario Tajuk 8: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan Tajuk 9: Pendidikan Pengayaan Tajuk 10: Prosedur Program Pendidikan Pengayaan Tajuk 11: Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan (Pengukuhan dan

Pengembangan) Tajuk 12: Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan Tajuk 13: Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan Tajuk 14: Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan Tajuk 15: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Rujukan

Panel Penulis Modul

KANDUNGAN

Page 6: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

v

Modul ini disediakan untuk membantu anda mengurus pembelajaran kendiri agar anda dapat belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk mengurus cara pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa belajar anda. Pembelajaran kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memastikan hasil pembelajaran dalam setiap tajuk dapat dicapai. Dengan cara begini anda akan dapat mengikuti kandungan kursus ini dengan lebih mudah. Bantuan daripada pensyarah boleh diminta sekiranya anda ingin mendapatkan penjelasan lanjut tentang tajuk-tajuk dalam modul ini. Modul ini ditulis berdasarkan susunan tajuk seperti yang ditetapkan dalam proforma. Jangka masa untuk mengikuti sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula maklumat yang telah anda pelajari. Anda boleh berbincang dengan rakan–rakan anda untuk meningkatkan kefahaman tentang tajuk-tajuk tersebut. Anda dapat memanfaatkan kefahaman ini semasa berinteraksi dengan pensyarah. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda akan menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan dimaklumkan unit penilaian dan peperiksaan IPGK masing-masing. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat anda mengikuti program ini. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira

sasaran pembelajaran anda.

4. Semak dan ulang kaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.

Teliti maklumat yang diterima.

PANDUAN PELAJAR

Page 7: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

vi

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 8: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

vii

Pengenalan

Kursus Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah

Rendah(3063) merupakan sebahagian daripada kursus dalam Program

Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah.

Para pelajar akan mempelajari tajuk-tajuk berkenaan dalam modul ini yang

meliputi:-

Pendidikan Pemulihan

Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Pemulihan Kemahiran Lisan, Membaca, dan Menulis

Penyediaan Bahan Bantu Mengajar aktiviti Pemulihan

Sesi Latihan Pengajaran Pemulihan Pelbagai Senario

Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Pendidikan Pengayaan

Prosedur Program Pendidikan Pengayaan

Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan (Pengukuhan dan Pengembangan)

Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan

Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Sepanjang mengikuti modul ini, para pelajar akan melaksanakan latihan dan

aktiviti bagi setiap tajuk dan pada akhirnya pula para pelajar akan melaksanakan

2 latihan utama modul ini sebagai memenuhi aspek penilaian dalam proses

pelengkap modul akses kendiri ini.

Page 9: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Nama Kursus : Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dengan Kepujian (Bahasa Melayu Pendidikan Rendah Kod : BMM3063 Kandungan modul ini dibahagi kepada 15 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan agihan

tajuk-tajuk untuk interaksi pembelajaran melalui modul.

INTERAKSI TAJUK / TOPIK KANDUNGAN

JUMLAH JAM MENGIKUT

PRO FORMA KURSUS

1

Tajuk 1: Pendidikan Pemulihan

Konsep, Objektif, dan Rasional

Pendidikan Pemulihan Perbezaan Pendidikan Pemulihan

dengan Pendidikan Imbuhan Jenis Pendidikan Pemulihan Ciri Murid Pemulihan

2 jam Tajuk 2: Perbezaan Pengelolaan dan Strategi

Pemulihan dalam Kelas Biasa Pemulihan dalam kelas Khas

Tajuk 3: Masalah Penguasaan Pembelajaran dan Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

2

Tajuk 4: Langkah-langkah Khusus dalam Pengelolaan Sesi Pemulihan

Mengenal pasti Murid Menganalisis Masalah dan

membuat Perancangan Melaksana Pengajaran, Menilai,

dan membuat Tindak Susul

2 jam Tajuk 5: Penyediaan Rancangan Pengajaran Pendidikan Pemulihan Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis

Mengenal pasti Masalah Objektif dan Langkah-langkah

Pengajaran dan Pembelajaran Menentukan Strategi dan Aktiviti

AGIHAN TAJUK

Page 10: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Tajuk 6: Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan

Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

3

Tajuk 7: Sesi Latihan Pengajaran Pemulihan Pelbagai Senario

Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

2 jam

Tajuk 8: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

Kaedah Penilaian Penyimpanan Rekod Tindakan Susulan

Tajuk 9: Pendidikan Pengayaan

Konsep Pendidikan Pengayaan Objektif dan Prinsip Pendidikan

Pengayaan Perbezaan Pendidikan Pengayaan

dan Kreativiti

4

Tajuk 10: Prosedur Program Pendidikan Pengayaan

Strategi Pelaksanaan Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

2 jam

Tajuk 11: Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan (Pengukuhan dan Pengembangan)

Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Tajuk 12: Penyediaan Bahan Bantu Aktiviti Pengayaan

Permainan Bahasa Bacaan Tambahan Kerja Projek

5

Tajuk 13: Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Mengenal Pasti Ruang Pengayaan Objektif dan Langkah-langkah

Aktiviti Menentukan Strategi dan Aktiviti

2 jam

Page 11: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Tajuk 14: Sesi Latihan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Kemahiran Lisan Kemahiran Membaca Kemahiran Menulis

Tajuk 15: Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Kaedah Penilaian Penyimpanan rekod Tindakan Susulan

JUMLAH 10 jam

Page 12: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan rasional pemulihan perlu dilaksanakan.

Bahagian ini juga menjelaskan perbezaan antara pendidikan pemulihan dengan pendidikan

imbuhan yang pernah dijalankan dalam sistem pendidikan di negara ini. Jenis-jenis Pendidikan

Pemulihan dan ciri-ciri murid pemulihan turut dibincangkan yang bertujuan untuk memberi

penjelasan yang menyeluruh tentang pendidikan pemulihan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menghuraikan dan menjelaskan konsep, objektif dan rasional Pendidikan Pemulihan.

ii. Menganalisis dan menghuraikan perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan

Imbuhan.

iii. Menganalisis dan menghuraikan jenis Pendidikan Pemulihan dan ciri-ciri murid

pemulihan.

1.1 Konsep Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu

Pendidikan Pemulihan ialah satu proses pengajaran dan pembelajaran yang

memberikan keutamaan kepada masalah pembelajaran murid dan seterusnya mengenal

pasti punca dan langkah-langkah pemulihan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) mendefinisikan pemulihan sebagai perbuatan

memulihkan, pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini, konsep

pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam

pembelajaran. Pembelajaran pemulihan lazimnya dikaitkan dengan usaha untuk

membaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu.

Blair (1956) mentakrifkan pemulihan sebagai program khas berbentuk tambahan untuk

memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar

ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu pada

penguasaan kemahiran.

O.C. Simpson (1975) pula menjelaskan bahawa aktiviti pemulihan merupakan tindakan

khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami

TAJUK 1 PENDIDIKAN PEMULIHAN

Page 13: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat

khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan dan di dalam bilik darjah untuk

pengajaran dan pembelajaran biasa.

Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) menjelaskan pemulihan sebagai satu tindakan yang

diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari

segi pembelajaran di dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang

diasingkan daripada sekolah biasa dan di dalam darjah untuk pengajaran dan

pembelajaran biasa.

Ishak Haron dan Koh Bon Boon (1983) mendefinisikan pemulihan sebagai perkhidmatan

khas untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran

di sekolah biasa.

Bahagian Sekolah-sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia (1986) menjelaskan

pemulihan sebagai satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan

kepada kemahiran asas membaca, menulis dan mengira di bawah kelolaan guru-guru

pemulihan yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini.

Berdasarkan pentakrifan yang telah dikemukakan, dapat dirumuskan bahawa pemulihan

merupakan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang disediakan oleh guru untuk

membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran agar murid tersebut dapat

menguasai sesuatu kemahiran yang tidak dapat dikuasai dengan menggunakan strategi,

bahan-bahan pelajaran serta aktiviti alternatif yang sesuai dengan aspek kelemahan

murid. Murid-murid yang terlibat dalam pendidikan pemulihan lazimnya digelar sebagai

murid lambat kerana gagal menguasai kemahiran dalam masa yang ditentukan.

Inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menangani permasalahan kegagalan

murid menguasai kemahiran asas dalam bacaan, tulisan dan kiraan adalah dengan

menjelaskan perbezaan murid dalam Buku Panduan Am KBSR, 1982 yang wajar diberi

perhatian oleh guru ketika melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Page 14: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

”... Setiap murid adalah berbeza antara satu dengan lain sama ada dari segi pengalaman, tingkah laku, amalan, kecenderungan, bakat dan kebolehannya. Perbezaan individu ini perlulah menjadi satu pedoman atau pegangan guru dalam usaha merancang pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah ...”

Ab. Rahman, et. al. (1997) membincangkan program pemulihan dalam konteks

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) merupakan langkah-langkah khas yang

diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu

dalam usaha menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).

Program pemulihan dilaksanakan sebaik sahaja masalah pembelajaran murid dapat

dikesan dan dikenal pasti.

1.2 Objektif Pendidikan Pemulihan

Pendidikan pemulihan bertujuan untuk:

1.2.1 membantu murid menguasai masalah pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan

aktiviti;

1.2.2 memupuk serta mengembangkan sikap yakin diri dan sikap positif dalam

kalangan murid terhadap pembelajaran;

1.2.3 membantu murid mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dan tingkah

laku yang menjejaskan pembelajaran;

1.2.4 membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dengan

mengikuti aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan mereka;

1.2.5 membolehkan murid mendapat layanan kemudahan belajar yang sesuai dengan

kemampuan dan perkembangan mental individu;

1.2.6 membolehkan murid mendapat peluang yang sama dengan melibatkan diri

sepenuhnya dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luar bilik

darjah; dan

1.2.7 membolehkan murid untuk meneruskan pelajaran mereka dalam sistem

persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan

masing-masing.

Page 15: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

1.3 Rasional Pemulihan

i. Murid-murid pemulihan secara umumnya mempunyai daya intelek dan

kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan untuk menerima pendidikan

biasa dengan sepenuhnya. Mereka yang menghadapi masalah dalam aktiviti

pembelajaran memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang

untuk membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan

akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran yang

seterusnya seperti murid yang lain.

ii. Pendidikan pemulihan berupaya untuk mengembangkan potensi individu seperti

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Perbezaan murid dari

segi minat, gaya belajar dan kebolehan dapat ditangani melalui pendidikan

pemulihan yang diberikan guru secara berterusan. Masalah rendah diri dan

keciciran murid dapat diatasi dan penguasaan kemahiran bahasa dapat

ditingkatkan.

iii. Terdapat pelbagai teori tentang pemerolehan bahasa murid dan pelbagai

strategi, kaedah, teknik dan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa

Melayu yang dapat diaplikasikan oleh guru untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid.

Page 16: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

Rajah 1: Rasional Pendidikan Pemulihan

RASIONAL PEMULIHAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

Mengembangkan potensi individu

Mengatasi masalah rendah diri murid

Mengelakkan keciciran murid dalam pembelajaran

Perbezaan Murid Pengalaman Minat Kebolehan

Meningkatkan penguasaan kemahiran

Kanak-kanak keseluruhannya mempunyai daya intelek dan kecerdasan yang rendah serta kurang kebolehan menerima pendidikan biasa dengan sepenuhnya. Mereka menghadapi masalah dalam aktiviti pembelajaran dan memerlukan satu program pendidikan yang teratur dan terancang bagi membolehkan mereka belajar seperti murid biasa. Aktiviti yang dijalankan akan dapat membantu mereka menghadapi proses pembelajaran seterusnya.

Page 17: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

1.4 Jenis-jenis Pendidikan Pemulihan

Terdapat dua jenis pendidikan pemulihan, iaitu Pemulihan Bahasa Melayu di dalam Bilik

Darjah (Masalah Pembelajaran Ringan) dan Pemulihan Khas (Masalah Pembelajaran

Kompleks).

Pemulihan Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dijalankan di dalam bilik darjah biasa

oleh guru Bahasa Melayu biasa. Murid-murid yang menghadapi pembelajaran di kenal

pasti semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Aktiviti

pemulihan hendaklah dijalankan secara serta-merta berdasarkan masalah tertentu.

Pemulihan Khas dijalankan di dalam bilik darjah khas oleh guru pemulihan khas yang

terlatih dalam bidang ini. Murid-muridnya terdiri daripada murid yang gagal menguasai

kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis yang

telah dikenal pasti melalui ujian saringan. Murid akan kembali ke kelas biasa setelah

kelemahan pembelajaran diatasi. Bilangan murid di dalam kelas ini kecil sahaja.

1.5 Perbezaan Pendidikan Pemulihan dengan Pendidikan Imbuhan

Pendidikan Imbuhan meliputi unsur-unsur pedagogi di dalam bilik darjah dan melibatkan

unsur-unsur sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah. Projek Pendidikan Imbuhan

bagi murid sekolah rendah dilaksanakan antara tahun 1975-1980 di Malaysia. Bahan

bantu khas dihasilkan khas untuk murid luar bandar. Guru terlatih dipilih untuk menyertai

kursus supaya mereka mendapat kemahiran untuk melaksanakan Projek Pendidikan

Imbuhan. Pendidikan Imbuhan memberi tumpuan pada aspek masalah ekonomi,

pelajaran, kewangan, peralatan dan makanan. Pendidikan Imbuhan dianggap sebagai

satu usaha atau tindakan yang diambil untuk menggantikan sesuatu kekurangan.

Pendidikan ini merupakan langkah yang rapi dan teliti yang telah diprogramkan untuk

mencegah daripada berlakunya sebarang kelemahan dalam kalangan murid yang

mempunyai latar ekonomi yang rendah. Sekiranya masalah murid ini dibiarkan akan

menyebabkan berlakunya keciciran dalam kalangan murid berkenaan.

.

Page 18: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

Pendidikan Imbuhan menitikberatkan perkara yang berikut:

a. Pendidikan Imbuhan haruslah dilaksanakan lebih awal, iaitu pada peringkat awal

pembelajaran. Ujian diagnostik dijalankan untuk mengesan punca kelemahan.

b. Guru hendaklah menentukan aspek-aspek pembelajaran yang diperlukan.

Pengajaran disusun dengan rapi dan teliti.

c. Guru hendaklah juga menentukan objektif tingkah laku murid dengan jelas dan

khusus.

d. Guru hendaklah boleh mengubah suai bahan-bahan kurikulum dan kaedah

pengajaran dan pembalajaran dalam bentuk yang lebih berkesan.

e. Guru hendaklah mempunyai hubungan yang baik dengan agensi-agensi dan

badan-badan lain yang dapat membantu untuk meningkatkan prestasi murid.

f. Objektif projek ditentukan secara jelas.

g. Penglibatan ibu bapa dalam aktiviti sekolah dan projek pembangunan komuniti.

h. Koordinasi dengan agensi yang dapat memberikan sumbangan untuk projek

kesihatan, makanan, subsidi kewangan dan seumpamanya.

Page 19: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

Terdapat perbezaan antara Pendidikan Pemulihan dan Pendidikan Imbuhan. Antara

perbezaannya seperti yang berikut:

Bil. Pendidikan Pemulihan Pendidikan Imbuhan

1

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tanpa mengira golongan kaya atau miskin.

Rancangan pembelajaran disediakan untuk murid-murid yang menghadapi masalah kekurangan kemudahan sosioekonom.

2

Rancangan pembelajaran ditumpukan khas pada penguasaan kemahiran asas, iaitu membaca, menulis dan mengira.

Rancangan pembelajaran untuk semua mata pelajaran mengikut perkembangan kognitif murid-murid.

3

Skop kajiannya terbatas pada pedagogi di dalam bilik darjah.

Skop kajiannya meliputi pedagogi di dalam bilik darjah serta sosioekonomi dan politik di luar bilik darjah.

4

Program ini hanya meliputi akativiti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Program ini meliputi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, program makanan dan bantuan dari segi kemudahan dan kewangan.

5

Bantuan diberikan kepada individu atau sekumpulan kecil murid sahaja di sekolah rendah dan sekolah menengah.

Bantuan diberikan kepada semua murid daripada golongan bawahan pada peringkat prasekolah, sekolah rendah serta ibu bapa mereka.

6

Objektif untuk membetulkan kelemahan penguasaan kemahiran asas.

Objektif utama untuk merapatkan jurang dalam peluang pendidikan antara golongan kaya dengan golongan miskin.

(Sumber: Mok Soon Sang, 1994)

Aktiviti 1

Bina peta minda yang menunjukkan perbezaan Pendidikan Pemulihan

dengan Pendidikan Imbuhan. Tulis satu rencana tentang masalah Pendidikan

Pemulihan Bahasa Melayu di sekolah anda. Tugasan dilaksanakan secara

kumpulan dan dibentangkan di dalam kelas semasa interaksi.

Page 20: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

1.6 Ciri-ciri Murid Pemulihan

i. Lemah dalam penguasaan mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.

ii. Lemah dalam pemikiran tentang konsep yang abstrak.

iii. Lemah dari segi koordinasi mata dengan tangan.

iv. Singkat tahap tumpuan pembelajaran.

v. Kurang keyakinan diri.

vi. Lambat memberikan tindak balas.

vii. Selalu gagal dalam ujian.

viii. Sukar menguasai kemahiran pelajaran dalam tempoh masa yang ditentukan.

ix. Lemah dari segi ingatan pendengaran, ingatan dan penglihatan.

x. Rendah darjah kecerdasan berbanding dengan rakan sebaya.

xi. Selalu sakit – masalah kesihatan.

xii. Kerap ponteng sekolah.

xiii. Kurang terlibat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah

xiv. Bermasalah dalam tingkah laku.

xv. Sukar mengawal emosi.

Aktiviti 2 Kenal pasti murid bermasalah dalam kemahiran mendengar dan bertutur,

membaca dan menulis di dalam kelas anda. Analisis masalah tersebut dan kenal

pasti punca masalah berlaku.

Page 21: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

Sinopsis

Dalam tajuk ini dihuraikan perbezaan pengelolaan dan strategi pendidikan pemulihan,

khususnya di dalam kelas biasa dan di dalam kelas khas pemulihan. Pengelolaan pengajaran

pemulihan melibatkan penentuan objektif, perancangan, pengajaran dan penilaian.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Membezakan pengelolaan pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam

kelas khas.

ii. Membezakan strategi pemulihan di dalam kelas biasa dengan pemulihan di dalam kelas

khas.

2.1 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan dalam Kelas Biasa

Pengajaran pemulihan di dalam sesebuah kelas biasa dijalankan secara sistematik agar

murid-murid lambat memperoleh faedah yang maksimum. Terdapat empat langkah

pengelolaan pengajaran pemulihan, iaitu:

i. Penentuan objektif

ii. Perancangan

iii. Pengajaran

iv. Penilaian

Penentuan Objektif

Objektif pengajaran hendaklah ditentukan sebelum pengajaran pemulihan. Aras objektif

seharusnya sejajar dengan kebolehan murid lambat agar objektif ini dapat dicapai

seperti yang ditentukan oleh guru. Objektif pelajaran ditentukan merujuk kepada

masalah pembelajaran yang dihadapi murid.

TAJUK 2 PERBEZAAN PENGELOLAAN DAN STRATEGI

Page 22: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

Contoh 1:

Masalah murid adalah tidak dapat mengenal huruf-huruf vokal yang dilihat pada kad

perkataan.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat mengenal pasti huruf-huruf vokal yang

terdapat dalam perkataan pada kad perkataan yang ditunjukkan guru.

Contoh 2:

Masalah murid adalah tidak dapat menulis objek (frasa nama) selepas kata kerja

transitif.

Objektif: Pada akhir pelajaran, murid dapat menulis objek (frasa nama) selepas

kata kerja transitif dalam ayat tunggal.

Perancangan

Guru merancang pengajarannya berdasarkan objektif yang telah ditentukan.

Perancangan meliputi strategi PdP secara individu, berpasangan atau kumpulan.

Perancangan juga meliputi bahan bantu belajar yang akan digunakan semasa PdP.

Bahan yang dipilih sesuai mengikut aras kesukaran isi pelajaran. Guru juga merancang

aktiviti yang dapat melibatkan murid secara aktif. Jenis penilaian yang sesuai untuk

menilai pencapaian murid bagi kemahiran yang diajarkan hendaklah ditentukan oleh

guru semasa merancang pengajaran mereka.

Pengajaran

Pengajaran dalam kelas biasa boleh berbentuk pengajaran secara individu, kumpulan

atau rakan sebaya. Guru mungkin mengajar seseorang murid yang lambat atau

beberapa orang murid lambat yang menghadapi masalah yang sama. Murid-murid yang

cerdas boleh diminta membimbing murid-murid lambat untuk menjalani aktiviti

pemulihan.

Pengajaran pemulihan biasanya dijalankan selepas satu-satu pengajaran selesai. Pada

masa yang sama murid-murid yang cerdas dan sederhana akan membuat aktiviti

pengayaan.

Page 23: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

Penilaian

Penilaian hendaklah dijalankan bagi memastikan sama ada objektif pelajaran yang

ditetapkan itu telah tercapai. Penilaian dapat dijalankan dengan cara-cara yang berikut:

i. Pemerhatian ke atas jawapan murid ketika aktiviti pembelajaran dijalankan.

ii. sesi soal jawab atau kuiz selepas tamat satu-satu pengajaran.

iii. Pemeriksaan latihan harian.

Selepas penilaian, murid yang telah menguasai kemahiran tertentu akan kembali ke

kumpulan yang sejajar dengan kebolehannya. Murid yang masih belum dapat

menguasai kemahiran-kemahiran tetentu hendaklah dirujuk kepada guru khas

pemulihan.

2.2 Strategi Pengajaran Pemulihan

a. Strategi Pengajaran Kumpulan Kecil

Murid-murid yang mengalami masalah yang sama dikumpulkan dalam

kumpulan kecil.

Ahli dalam kumpulan kecil boleh bertukar-tukar kerana murid yang lemah

dalam bahasa Melayu tidak semestinya lemah dalam mata pelajaran lain.

Guru dapat membimbing kumpulan ini dengan menggunakan bahan

bantu belajar yang memberikan peluang belajar kepada murid melalui

penglihatan, pendengaran dan sentuhan yang beraneka jenis untuk

menarik minat serta mengukuhkan kemahiran bahasa. Bahan pengajaran

tersebut hendaklah digunakan dalam pelbagai situasi yang berlainan.

b. Strategi Pengajaran Individu

Melalui pengajaran ini, guru memberikan perhatian kepada seorang murid dan

membimbingnya untuk mengatasi masalah yang dihadapi dengan penggunaan

bahan-bahan bantu belajar.

c. Strategi Pengajaran Rakan Sebaya

Murid yang cerdas boleh diminta untuk membantu rakan-rakannya yang lambat

untuk menjalankan aktiviti pemulihan yang ditetapkan oleh guru.

Page 24: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

2.3 Pemulihan dalam Kelas Khas

Pendidikan pemulihan khas disediakan untuk murid-murid yang tidak dapat menguasai

kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid ini mengikuti aktiviti

pemulihan di dalam kelas khas yang disediakan khusus untuk pengajaran dan

pembelajaran mereka. Murid-murid yang ketinggalan atau lemah dalam pelajaran di

kelas biasanya akan dipindahkan dalam kelas khas untuk mengikuti program pemulihan

khas dengan guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khusus dalam

pemulihan khas. Rasionalnya murid pemulihan khas ditempatkan di dalam kelas kerana

masa, tenaga dan alat-alat pengajaran dapat digunakan dengan sebaik-baiknya untuk

mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan oleh guru. Selain itu, segala

kemudahan yang terdapat di dalam kelas tersebut dapat digunakan dengan lebih

berkesan serta guru dapat menyediakan suasana pembelajaran yang lebih

menggalakkan minat murid untuk belajar. Program Pemulihan Khas disediakan untuk

membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai

dalam tempoh masa ditetapkan

Selain itu. kelas khas diwujudkan kepada kanak-kanak yang memerlukannya bertujuan

untuk membolehkan mereka menerima pembelajaran atau rawatan khas (jika perlu)

supaya keperluan-keperluan individu dapat dipenuhi atau dalam setengah-setengah

keadaan cuma dapat dibantu agar masalah yang sedia ada tidak menjadi bertambah

buruk atau menimbulkan kesan-kesan sampingan. Menurut laporan National Bureau for

Co-Operation in Child Care (1970) dalam ‘Living With Handicaps’, terdapat beberapa

cara untuk memberikan pengajaran kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini,

iaitu:

i. Sekolah Khas berasrama penuh.

ii. Sekolah Hospital.

iii. Sekolah Berasrama Penuh yang dikendalikan 5 hari seminggu.

iv. Sekolah Berasrama Penuh digunakan sebagai pusat (Base), iaitu kanak-kanak

ditempatkan seperti sekolah biasa.

v. Menubuhkan kelas-kelas Pemulihan Khas di sekolah biasa.

Page 25: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

2.4 Strategi Pemulihan Khas

a. Kenal pasti murid yang perlu pemulihan khas

b. Kenal pasti masalah murid

Kenal pasti punca masalah murid

Menjalin hubungan mesra dengan murid

Menunjukkan penghargaan kepada murid

Mewujudkan situasi yang diperlukan oleh murid untuk belajar

c. Memilih pendekatan kaedah, teknik yang sesuai

Pendekatan bermain sambil belajar

Teknik bercerita

Teknik latih tubi

Teknik bersoal jawab

Teknik nyanyian

d. Memilih dan menggunakan bahan bantu pengajaran yang sesuai.

e. Menjalankan aktiviti pengukuhan.

f. Membuat penilaian formatif dan sumatif untuk tindakan susulan.

Page 26: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

2.5 Perbezaan Pemulihan dalam Kelas Biasa dan Pemulihan dalam Kelas Khas

Pemulihan Biasa Pemulihan Khas

Guru mempunyai asas latihan perguruan.

Guru mempunyai asas perguruan dan kursus khas.

Dilaksanakan semasa proses PdP kelas biasa.

Dijalankan pada waktu tertentu.

Perlu pada setiap mata pelajaran yang diajarkan.

Hanya melibatkan BM dan Matematik

Murid kekal di dalam kelas semasa sesi pemulihan.

Murid perlu masuk kelas khas untuk sesi pemulihan.

Ujian bulanan atau penggal. Ujian pencapaian bagi setiap kemahiran.

Tidak perlu ujian saringan atau diagnostik.

Perlu ujian saringan dan diagnostik.

Tidak memerlukan rekod yang terperinci.

Penyimpanan segala rekod berkenaan murid adalah amat penting.

Kekal di dalam kelas. Murid akan balik ke kelas biasa setelah berjaya menguasai kemahiran.

Pemulihan dilakukan secara umum.

-

Murid tahap 1 dan 2 yang tidak menguasai kemahiran.

Keutamaan murid tahap 1 yang dicalonkan oleh guru kelas.

Pemulihan berdasarkan kelemahan tertentu yang dikesan.

Guru perlu menjadi AJK perancangan kurikulum sekolah.

Bilangan murid tidak dihadkan. Bilangan murid maksimum 15 orang.

Jadual waktu berdasarkan mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajarkan.

Jadual waktu ditentukan sendiri oleh guru pemulihan.

Guru terlibat dengan setiap panitia mata pelajaran yang diajarkan.

Guru perlu menjadi AJK Perancangan Kurikulum Sekolah.

Page 27: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

16

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran mendengar

dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Cara mengesan kesukaran

pembelajaran bagi keempat-empat kemahiran bahasa itu turut dibincangkan dalam tajuk ini.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menjelaskan masalah penguasaan pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran bahasa.

ii. Menghuraikan cara-cara mengesan kesukaran pembelajaran dalam kemahiran-

kemahiran bahasa.

3.1 Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Masalah yang dialami murid dalam kemahiran mendengar seperti yang berikut:

Sukar mengecam bunyi seperti jenis bunyi – vokal, konsonan, diftong

Tidak berupaya mengajuk bunyi

Tidak dapat bertindak balas terhadap soalan mudah yang didengar

Sukar mengingat fakta

Sukar memahami dan mentafsir maksud

Sukar mentafsir hubungan antara penutur dalam situas komunikasi

Gagal mengikut aliran idea dalam perbualan

Lemah ingatan pendengaran

Gagal mematuhi arahan

Masalah yang dihadapi murid dalam kemahiran bertutur seperti yang berikut:

Kosa kata yang terhad

Menggunakan dialek

Menggunakan bahasa ibunda

Lemah dalam kesantunan berbahasa

TAJUK 3 MASALAH PENGUASAAN PEMBELAJARAN DAN CARA MENGESAN KESUKARAN PEMBELAJARAN

Page 28: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

3.2 Kemahiran Membaca

Keliru pada huruf yang hampir sama. Contohnya huruf b-d, m-w

Keliru pada huruf-huruf besar dan kecil yang berubah.Contohnya huruf a-A, b-B

Masalah disleksia. Contohnya [kail] – [kali], [dada]-[baba]

Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

Tidak dapat membatangkan perkataan yang mengandungi lebih daripada dua suku

kata

Membaca secara berlagu

Bacaan tidak lancar, tersekat-sekat

Tidak mematuhi tanda baca

Membaca perkataan secara terbalik. Contohnya kelapa – kepala, suka - saku

Lemah ingatan penglihatan

Tidak faham kandungan bahan yang dibaca

Sukar membuat hubung kait dan analisis

Tidak dapat membuat urutan isi

3.3 Kemahiran Menulis

Kecondongan dan bentuk huruf tidak tekal

Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

Salah ejaan

Kosa kata yang terhad

Aliran pemikiran tidak lancar

Lupa format penulisan

Lemah dalam penyampaian idea

Ayat yang tidak gramatis

Lemah dalam penggunaan tanda baca

Aktiviti 3 Berdasarkan masalah dalam satu kemahiran bahasa, rancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu murid untuk mengatasi masalah tersebut.

Page 29: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

18

3.4 Cara Mengesan Kesukaran Pembelajaran

Guru dapat mengenal pasti murid-murid yang memerlukan aktiviti pemulihan

berdasarkan cara seperti yang berikut:

Mengesan murid bermasalah melalui pemerhatian

Mengesan murid bermasalah melalui rekod prestasi berdasarkan keputusan ujian

Mengesan masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui ujian saringan

dan ujian diagnostik

Mengesan masalah murid melalui temu bual dengan guru kelas dan ibu bapa

Mengesan punca masalah dari aspek fizikal, intelek dan emosi yang mengganggu

pembelajaran.

Guru juga dapat mengesan kesukaran pembelajaran dengan cara mengadakan ujian

seperti yang berikut:

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf besar

dalam abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal dan memadankan bentuk huruf kecil dalam

abjad.

Ujian diagnostik bacaan untuk mengenal pasangan nama huruf besar dan huruf

kecil.

Ujian pengamatan penglihatan untuk mengesan masalah songsang huruf atau

pembalikan huruf.

Ujian membezakan bunyi huruf-huruf yang berdekatan bunyi foniknya.

Ujian untuk kemahiran membatang dan mencantumkan suku kata yang mempunyai

gugusan konsonan dalam perkataan.

Ujian untuk kemahiran membezakan bunyi e taling [e] dan bunyi e pepet [ə].

Ujian mengesan masalah kekeliruan sebutan yang disebabkan oleh sistem ejaan

dan bunyi fonik yang berbeza antara Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Ujian mengesan kesukaran mengecam bentuk perkataan yang disebabkan oleh

masalah pengamatan penglihatan yang songsang.

Aktiviti 4 Sebagai guru Bahasa Melayu, bincangkan cara-cara anda dapat mengesan

kesukaran pembelajaran dalam kemahiran bahasa murid yang anda ajarkan.

Page 30: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan.

Terdapat enam langkah utama dalam pengelolaan sesi pemulihan di dalam kelas biasa.

Langkah pertama adalah mengenal pasti murid; langkah yang kedua adalah

menganalisis masalah, langkah yang ketiga adalah membuat perancangan, langkah

yang keempat adalah melaksanakan pengajaran, langkah yang kelima adalah membuat

penilaian dan akhir sekali langkah membuat tindakan susulan. Melalui langkah-langkah

yang khusus ini, objektif, bahan bantu mengajar, dan aktiviti khusus yang bersesuaian

dengan masalah yang dihadapi oleh murid hendaklah disediakan oleh guru untuk

melaksanakan pemulihan terhadap murid-murid yang menghadapi masalah

pembelajaran pada sesuatu kemahiran bahasa yang diajarkan di dalam kelas biasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah murid

ii. Menganalisis masalah pembelajaran dan membuat perancangan

pengajaran

iii. Melaksanakan pengajaran pemulihan di dalam bilik darjah, menilai dan

membuat tindakan susulan.

4.1 Mengenal Pasti Masalah Murid

Murid-murid pemulihan ialah murid-murid di kelas biasa yang menghadapi

masalah pembelajaran sama ada dalam membaca, menulis, atau mengira.

Mereka menunjukkan ciri-ciri tertentu daripada aspek mental, fizikal, sosial dan

emosi (Syed Abu Bakar Syed Akil, 1997). Pada umumnya murid-murid

pemulihan tidak mempunyai masalah kecacatan akal atau terencat akal. Walau

bagaimanapun, murid-murid dalam sesebuah bilik darjah berbeza-beza daripada

segi pengetahuan sedia ada, kebolehan, minat, bakat dan latar belakang.

TAJUK 4 LANGKAH-LANGKAH KHUSUS DALAM PENGELOLAAN SESI PEMULIHAN

Page 31: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

Kewujudan pelbagai perbezaan ini, menyebabkan terdapat situasi kelas yang

mengandungi murid yang mempunyai tahap kebolehan yang berbeza. Terdapat

murid yang maju, sederhana dan ada yang lemah dan sukar menguasai

pembelajaran berbanding dengan murid-murid lain. Murid yang lemah adalah

murid yang kurang berjaya atau gagal mencapai tahap pembelajaran yang

ditentukan dalam mata pelajaran selepas proses pembelajaran berbanding

dengan murid-murid lain di dalam kelasnya.

Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia hendaklah mengetahui teknik dan

langkah-langkah khusus dalam pengelolaan sesi pemulihan bagi membantu

murid yang menghadapi masalah pembelajaran kemahiran bahasa atau tahap

pencapaian di bawah tahap pencapaian murid normal. Melalui teknik, aktiviti,

langkah-langkah yang khusus ini, serta penggunaan bahan bantu mengajar yang

bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh murid, guru dapat

melaksanakan aktiviti pemulihan terhadap murid-murid tersebut.

Faktor-faktor yang berikut dipercayai sebagai punca risiko tinggi untuk

melahirkan anak yang bermasalah dalam pembelajaran (Syed Abu Bakar Syed

Akil, 1997).

Hubungan kekeluargaan suami isteri yang tidak rapat

Mewarisi baka yang tidak dominan atau gen resesif

Jangka masa kandungan yang pendek atau melebihi tempoh

Kesan setengah-setengah penyakit

Kesan sinar-X yang berlebihan

Kesan dadah atau ubatan

Kekerapan ibu yang mengandung

Kecederaan yang berlaku semasa mengandung

Kelahiran yang kompleks

Page 32: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

4.2 Ciri-ciri Murid Lemah Murid pemulihan menunjukkan ciri-ciri yang berikut:

Ciri-Ciri Murid Lemah

Setiap murid yang lemah menunjukkan tanda-tanda nyata yang dapat dikesan

oleh seseorang guru. Sebagai contoh, murid yang mempunyai kecacatan fizikal,

iaitu cacat pendengaran biasanya mundur dalam aspek sebutan dan pertuturan,

lemah dalam perkembangan bahasa amnya, serta amat lemah dalam aspek

tatabahasa, ejaan, perbendaharaan kata dan dalam pengetahuan am (Kirk, 1972

dipetik daripada Aziz Abd Talib, 2000).

4.3 Jenis-jenis Kecacatan Fizikal

Jenis-jenis kecacatan fizikal yang lazim adalah seperti yang berikut:

i. Kecacatan pertuturan seperti sengau, pelat, dan bisu.

ii. Kecacatan penglihatan seperti tidak boleh melihat jauh, rabun atau buta.

iii. Kecacatan pengamatan seperti melihat huruf terbalik, iaitu masalah

pembalikan huruf.

iv. Kecacatan pendengaran seperti kurang dengar atau pekak.

v. Kecacatan tangan yang boleh menimbulkan masalah untuk menulis.

Koordinasi fizikal kurang baik iaiatu cara menulis, cara berjalan dan cara berlari

Lampau aktif

Suka mengggangu rakan lain

Tidak menyiapkan kerja sekolah

Sakit/ atau pening kepala

Aspek mental Aspek fizikal Aspek sosial Aspek emosi

Selalu lupa isi pelajaran yang diajar

Menghala telinga ke arah guru

Kerap meminta guru mengulang soalan

Cepat letih

Rendah diri

Sensitive dan mudah tersinggung

Malu dan menarik diri

Suka berkelahi

Suka mengganggu

Suka berlagak sebagai ketua

Berasa kurang selamat

Tidak memberi penumpuan terhadap pengajaran

Suka menonjol diri

Enggan memberikan kerjasama

Pendiam dan pemalu

Tidak yakin

Estem kendiri rendah

Cepat marah

Page 33: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

Latihan:

Anda dikehendaki membuat pembacaan tambahan tentang tanda-tanda masalah

pembelajaran mengikut aspek di atas. Analisis tanda-tanda aspek mental, sosial dan

emosi. Berdasarkan pengalaman di dalam bilik darjah anda, kenal pasti tanda-tanda

masalah pembelajaran yang ditunjukkan oleh murid-murid anda. Apakah kesan

terhadap pembelajaran mata pelajaran bahasa Malaysia?.

Antara tanda-tanda khusus yang berpunca daripada aspek fizikal adalah seperti

di bawah:

Tanda-tanda lemah penglihatan Tanda-tanda lemah

pendengaran

Selalu mengerutkan muka

Memegang buku secara terlalu dekat dengan mata

Menyengetkan kepala

Menonjolkan kepala ke hadapan

Menggerakkan kepala secara berlebihan ketika membaca

Menegangkan kelopak mata atau membuka mata sebesar-besarnya semasa melakukan tugasan

Mengecilkan mata untuk melihat atau membaca yang berada agak jauh.

Tidak selesa di tempat duduk

Kerap bertanya guru

Bahagian tepi mata merah

Mata berair

Mata bengkak

Sentiasa menggosok mata

Tahi mata yang berlebihan

Bacaan mendatar

Sebutan yang salah

Ejaan yang lemah

Menghalakan telinga ke arah guru

Kerap meminta guru mengulang sesuatu.

Selalu menekap telinga

Mengadu sakit kepala

Tidak dapat menumpukan perhatian

Sukar memahami arahan

Lambat bertindak terhadap bunyi

Bersuara dengan nada yang tidak semula jadi.

Tidak dapat menganalisis percakapan orang lain

Lambat bertindak terhadap bunyi

Page 34: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

4.4 Strategi Mengesan Masalah

Guru mata pelajaran Bahasa hendaklah mengesan masalah pembelajaran murid

seawal yang mungkin, iaitu pada semester pertama persekolahan. Terdapat

beberapa strategi yang dapat digunakan oleh guru bagi mengesan murid-murid

yang bermasalah di dalam kelas.

Strategi mengesan murid yang bermasalah

Setiap murid yang lemah akan menunjukkan tanda-tanda yang nyata yang dapat

dikesan oleh seseorang guru. Setelah guru mengecam murid yang menunjukkan

tanda murid yang lemah, guru hendaklah mengenal pasti strategi mengesan

masalah. Guru hendaklah membina atau memilih alat yang sesuai untuk

mengesan masalah pembelajaran murid. Contoh cara mengesan murid yang

bermasalah melalui pemerhatian adalah seperti yang di bawah;

Pemerhatian Pentafsiran rekod prestasi

Pentafsiran rekod profil

Ujian kertas dan pensil

Temu bual dengan ibu bapa/guru darjah

Secara tidak langsung gambaran wajah dan aspek fizikal

Pemerhatian tingkah laku

Pemerhatian secara berterusan

Teknik senarai semak

Pemerhatian di dalam dan di luar kelas

Rekod pencapaian akademik

Rekod prestasi kemahiran

Rekod lengkap tentang pencapaian di dalam kelas

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Rekod maklumat pencapaian semua mata pelajaran

Pencapaian mengikut markah dan gred

Rekod berdasarkan ujian sumatif

Rekod diberikan kepada ibu bapa

Ujian objektif dan ujuan subjektif

Murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan

Ibu bapa

Latar belakang keluarga

Aspek kesihatan

Aspek pemakanan

Aspek kemudahan pembelajaran

Kemudahan asas Guru darjah

Rekod kedatangan

Ketepatan masa

Pencapaian akademik

Tingkah laku

Perbezaan individu

Page 35: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

4.4.1 Mengesan masalah melalui pemerhatian

Pengesanan masalah melalui pemerhatian membantu guru memperoleh

pelbagai maklumat tentang seseorang murid. Panduan membina alat

mengesan masalah melalui pemerhatian adalah dengan,

i. Tentukan objektif pemerhatian

ii. Tentukan item-item utama pemerhatian

iii. Sediakan senarai semak

iv. Tentukan masa (belajar, bermain, kokurikulum)

Senarai semak pemerhatian membaca dan memahami cerita

Nama murid :

Darjah : Tahun :

Sekolah :

Umur : Jantina :

Tandakan [ / ] Ya atau [ X ] Tidak

Bil Aspek Ya Tidak

1 Menghubung kait maklumat dengan pengetahuan

sedia ada

2 Meramal isi cerita

3 Menyedari ketepatan ramalan

4 Menggunakan klu konteks

5 Membauat gambaran awal sebelum membaca

6 Membuat inferens

7 Mengatasi masalah kegagalam memaham

8 Menjawab soalan bertumpu

9 Menjawab soalan bercapah

Skor

Page 36: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

7 - 9 Baik

4 – 6 Sederhana

1 - 3 Lemah

Aspek kelemahan

1. ------------------------------------------------

2. -----------------------------------------------

4.4.2 Menganalisis masalah dan membuat perancangan

Langkah menganalisis masalah adalah langkah bagi mengesan masalah

dengan tepat. Langkah ini dilaksanakan selepas guru mentadbir alat bagi

mengesan masalah pembelajaran. Setelah menganalisis masalah, guru

juga perlu menganalisis punca masalah.

4.4.2.1 Masalah membaca mekanis

i. Membatang suku kata sebelum menyebut seluruh

perkataan.

ii. Bacaan tersekat-sekat – tidak lancar

iii. Teragak-agak – berhenti sejenak kerana tidak pasti.

iv. Membaca terlalu cepat dan gopoh tanpa menghirau tanda

bacaan

v. Membaca terlalu lambat/merangkak-rangkak.

vi. Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

vii. Membaca dalam cahaya kurang terang

viii. Menunjuk perkataan dengan jari

ix. Mengelip-ngelip mata, mengerut dahi, menggeleng kepala

x. Suara yang terlalu perlahan/blurring

xi. Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

xii. Mengelak daripada membaca

xiii. Tidak mengikut tanda bacaan

xiv. Tidak mengikut unit makna

Page 37: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

xv. Tidak mengguna sebutan baku

xvi. Bacaan tersekat-sekat

xvii. Mengeja sebelum menyebut

xviii. Tekanan tidak tepat - sung-ai

xix. Meninggalkan, mengganti, menokok tambah, mengulang,

pembalikan, tidak kenal huruf, membuang, mengganti,

sebutan mengikut pengaruh dialek

xx. Tidak boleh membaca secara mekanis

4.4.2.2 Masalah membaca dan memahami

Masalah membaca dan memahami boleh berlaku pada empat

peringkat iaitu:

i. Peringkat perkataan

ii. Peringkat ayat

iii. Peringkat perenggan

iv. Peringkat teks

Pada peringkat perkataan, masalah kefahaman adalah kegagalan murid

memahami perkataan baharu atau tidak memahami makna mengikut

makna teks, iaitu memahami makna secara terpencil atau terasing

daripada makna yang dihajati oleh penulis. Kegagalan memahami pada

peringkat ayat berlaku apabila murid tidak dapat mentafsir makna ayat

dengan tepat, tafsiran makna ayat adalah kabur atau tidak spesifik atau

murid memberikan beberapa tafsiran yang berbeza makna. Murid yang

gagal memahami hubungan antara ayat atau memahami kohesi ayat,

menunjukkan masalah mengenal pasti hubungan makna antara ayat-ayat

dan membuat beberapa kemungkinan tafsiran tentang hubungan antara

ayat. Murid yang lemah juga akan menghadapi masalah memahami pada

peringkat teks. Pada peringkat ini kelemahan murid berlaku apabila gagal

memahami hubungan antara bahagian-bahagian dalam teks, tidak

Page 38: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

memahami motif atau tujuan penulis, serta tidak memahami bahagian-

bahagian teks dan makna keseluruhan teks.

4.4.2.3 Masalah Menulis mekanis

i. Tulisan ‘cakar ayam’ – tidak dapat dibaca

ii. Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil

huruf besar, saiz, sendeng/tegak

iii. Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara

perkataan dan antara ayat.

iv. Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

v. Kesilapan tatabahasa/sintaksis

vi. Tulisan terlalu rapat

vii. Bercakap kepada diri sendiri sambil menulis

viii. Menulis terlalu lambat

ix. Alat tulis dipegang terlalu rapat dengan kertas

x. Ibu jari ditindih dengan jari telunjuk dan jari hantu

xi. Cara duduk yang tidak betul

xii. Lambat dan bersusah payah menyalin

xiii. Perbezaan yang besar antara kebolehan menulis dengan

bertutur

4.4.2.4 Punca masalah (mekanis dan pelahiran)

i. Kecacatan fungsi otak

ii. Masalah fizikal – penglihatan dan pendengaran

iii. Masalah pengamatan penglihatan dan pendengaran

iv. Masalah keselarasan motor : mata, telinga dan tangan

v. Pengajaran yang tidak berkesan

vi. Masalah kesihatan dan emosi

vii. Daya intelek

Page 39: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

Contoh analisis masalah membaca mekanis, punca masalah dan cadangan tindakan pemulihan

Pemerhatian Punca Cadangan

Tindakan

Membaca terlalu lambat/ merangkak-rangkak.

Hilang tempat, melangkau perkataan atau baris ayat

Kedudukan mata yang terlalu dekat dengan bahan bacaan

Mengelak daripada membaca

Tidak mengikut tanda bacaan

Tidak mengikut unit makna

Tidak mengguna sebutan baku

Bacaan tersekat-sekat

Mengeja sebelum menyebut

Menunjuk perkataan dengan jari

Penglihatan

Pendengaran

Perkembangan kognitif yang lambat

Rujuk kepada ibu bapa

Sesuaikan aktiviti membaca mekanis dengan masalah

Contoh analisis masalah menulis, punca masalah, dan cadangan tindakan pemulihan

Masalah Cadangan Tindakan Pemulihan

Tulisan ‘cakar ayam’ - tidak dapat dibaca

Tidak tekal – campur dengan tulisan berangkai, huruf kecil huruf besar, saiz, sendeng/tegak

Tidak tekal - atas garisan antara garisan, ruang antara perkataan dan antara ayat.

Kesilapan ejaan (terbalik, tertinggal huruf, silap huruf)

Membuat aktiviti pratulisan

Latihan memegang pensel / pen yang betul dan berada dalam posisi tubuh yang betul semasa menulis

Latihan menulis dalam buku latihan yang mempunyai dua garisan

Menulis di udara, latihan menulis di atas pasir dengan jari, permainan teka huruf

4.5 Melaksanakan Pengajaran, Menilai, dan Membuat Tindakan Susulan

Langkah-langkah selepas mengesan masalah dan punca masalah ialah

merancang pengajaran berdasarkan aktiviti pemulihan yang dirancang,

melaksanakan aktiviti, menilai keberkesanan pelaksaaan aktiviti, dan mengambil

tindakan susulan yang sesuai.

Page 40: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

Guru hendaklah menentukan objektif pembelajaran bagi mengatasi masalah

pembelajaran yang khusus. Contonya, pada akhir pelajaran murid dapat

menyebut bunyi ‘r’ dan bunyi ‘d’ dengan betul. Objektif pembelajaran haruslah

realistik dan sejajar dengan dengan kebolehan serta minat murid.

4.6 Merancang pengajaran

Pengajaran yang dirancang haruslah berdasarkan masalah yang hendak diatasi

oleh guru selepas selesai proses penilaian. Aktiviti yang dirancang juga haruslah

memenuhi keperluan kanak-kanak yang ingin diberikan pemulihan. Tahap

kesukaran aktiviti juga perlulah pada aras yang mudah.

4.7 Merancang objektif

Objektif pelajaran hendaklah dibina mengikut prinsip-prinsip seperti yang berikut,

i. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

ii. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar pengalaman

4.7.1 Bahagian-bahagian objektif

Objektif pembelajaran perlu mengandungi tiga bahagian utama iaitu,

i. Hasil / outcomes

ii. Syarat / conditions

iii. Kriteria / criteria

Penyataan objektif tidak jelas jika tidak tidak ada ketiga-tiga bahagian di

atas.

PERLAKUAN : menghuraikan perkara yang dijangkakan murid boleh

BUAT iaitu sesuatu tingkah laku atau penghasilan sesuatu produk yang

dapat diperhati.

Page 41: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

HASIL PERLAKUAN KATA KERJA

Spesifik boleh diukur

Contoh perlakuan

i. Membatangkan suku kata kvkk dan kvkvk

ii. Menyebut pasangan minimal

iii. Membaca ayat mudah

SYARAT : penyataan yang menghuraikan syarat/keadaan yang

diperlukan untuk membolehkan perlakuan murid.

SYARAT

Contoh syarat

i. Tanpa merujuk kepada teks ……………… ii. Berdasarkan teks yang dibaca…………………..... iii. Dalam tempoh masa 10 minit............

Peralatan

Bahan

Masa

Latar

Perkara yang disediakan

Membolehkan perlakuan

Page 42: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

KRITERIA : memberitahu sebaik mana murid perlu laksanakan sesuatu

tugasan supaya dapat dianggap mencapai objektif. Kriteria boleh dikaitkan

dengan had sebenar dan menghuraikan had tertentu kepada perlakuan

tersebut.

KRITERIA

Contoh kriteria

Menyalin 10 ayat dengan kemas dalam tempoh

masa 10 minit

Menilai pencapaian murid

Peratus pencapaian

Bilangan yang dicapai

Bilangan kesilapan yang dibenarkan

Tempoh masa yang ditentukan

Tahap

Page 43: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan rancangan pengajaran pendidikan pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran

di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan

untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan. Perancangan

strategi, aktiviti dan langkah pengajaran perlu disesuaikan dengan masalah

pembelajaran yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Mengenal pasti masalah pembelajaran murid pemulihan

ii. Merancang objektif dan langkah pengajaran dan pembelajaran pemulihan

iii. Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

5.1 Mengenal Pasti Masalah Pembelajaran Murid Pemulihan

Murid-murid yang memerlukan pemulihan adalah murid-murid yang mengalami

kesulitan dalam pembelajaran kemahiran asas membaca, menulis dan

mengira. Pencapaian pembelajaran murid-murid tersebut biasanya berada di

bawah tahap pencapaian murid biasa. Mereka menghadapi kesulitan untuk

membaca, menulis, mengira, mendengar, mengingati kembali dan bertutur

dengan lancar, yakin dan betul. Mereka menghadapi masalah apabila

membuat kerja sekolah dan biasanya memperoleh keputusan peperiksaan

yang kurang memuaskan. Di samping itu, mereka juga memperlihatkan ciri-ciri

seperti kurang yakin diri, rendah konsep diri, pasif terhadap kegiatan

pembelajaran dan mudah putus asa.

TAJUK 5 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN KEMAHIRAN LISAN,MEMBACA DAN MENULIS

Page 44: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

Secara khusus, murid-murid pemulihan boleh dikenali berdasarkan pelbagai

kelemahan yang boleh dilihat melalui perlakuan pada aspek tertentu dalam

kemahiran bahasa. Antara simptom kelemahan dan kesulitan murid pemulihan

yang boleh dilihat adalah seperti yang berikut:

a. Kemahiran mendengar dan bertutur

o Kosa kata yang terhad

o Menggunakan dialek dalam pertuturan

o Menggunakan bahasa pasar dalam lisan

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan lancar

o Menyebut nama huruf mengikut loghat bahasa ibunda

o Gagal mematuhi arahan

o Tidak boleh menghuraikan gambar yang ditunjukkan

o sukar bertutur dan menyebut perkataan

o tidak lancar dan kurang fasih dalam sebutan

o sukar menerima dan memahami arahan secara lisan dan tidak

dapat bertindak balas

o lemah dalam memberi maklumat secara lisan daripada bahan yang

ditunjukkan

b. Kemahiran membaca

Antara contoh masalah dalam kemahiran membaca:

o Keliru dengan nama, bentuk dan bunyi huruf

o Keliru pada huruf yang hampir sama: b – d; m – w

o Keliru pada bentuk huruf-huruf besar dan kecil yang berubah; a - A;

b – B

o Keliru dengan orientasi, kedudukan dan saiz huruf

o Tidak dapat membatangkan suku kata tertutup

o Keliru menyebut perkataan yang akan seakan-akan sama

o Meninggalkan suku kata dalam perkataan

Page 45: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

16

o Tidak dapat membatangkan perkataan lebih daripada dua suku

kata

o Membaca secara berlagu dan intonasi yang membosankan

o Masalah disleksia: [kail] dibaca [ kali ]; [dada] dibaca [baba]

o Mengeja sebelum membaca menyebabkan bacaan terhenti-henti

o Keliru apabila membatang perkataan yang mengandungi vocal

berganding

o Tidak dapat membunyikan perkataan yang mengandungi konsonan

berganding

o Membaca secara menghafal

o Tidak memahami bahan yang dibaca

o Mengulang-ulang dan merangkak-rangkak ketika membaca

o Sukar membuat hubung kait

o Tidak dapat membuat urutan

o Kesukaran mencari maklumat daripada bahan yang dibaca

o Tidak dapat menjawab soalan kefahaman dengan ayat yang

lengkap

c. Kemahiran menulis

Antara contoh masalah dalam kemahiran menulis

o Tulisan yang buruk dan tidak boleh dibaca

o Bentuk dan condong huruf yang tidak menentu

o Saiz huruf yang tidak seragam

o Menulis terbalik –bermula dari kanan dan bergerak ke kiri. Contoh:

s ditulis ƨ

o Tulisan tidak selari dengan garisan

o Salah urutan dan arah ketika menulis

o Huruf besar dan kecil yang bercampur aduk

o Jarak antara huruf atau antara perkataan yang tidak menentu

Page 46: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

o Tidak boleh melakukan latihan koordinat mata dengan tangan

menyebabkan murid menyalin dengan lambat dan perkataan yang

disalin salah ejaan

o Masalah menggunakan huruf besar dan huruf kecil di tempat yang

tidak sesuai

o Tidak dapat membina ayat mudah

o Kosa kata yang terhad

o Ayat tidak gramatis

o Lemah dalam penggunaan tanda baca

o Lupa format penulisan

o Lemah dalam penyampaian idea

5.2 Merancang Objektif, Langkah-Langkah Pengajaran, dan Pembelajaran

Pemulihan

a. Perancangan objektif

Objektif pembelajaran pemulihan hendaklah dibuat secara lebih khusus.

Objektif pembelajaran haruslah realistik dan sejajar dengan kebolehan

serta minat murid-murid. Guru perlu membantu murid mengatasi masalah

pembelajaran sesuatu kemahiran tertentu dengan khusus. Selain itu guru

juga perlu mengubah sikap negative dan tingkah laku yang menjejaskan

pembelajaran. Sikap yakin diri juga perlu dibina pada murid yang

mengikuti pemulihan.

Objektif yang khusus akan membolehkan murid-murid menguasai

kemahiran melalui aktiviti alternative. Murid akan mendapat layanan dan

kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan mereka dan

seterusnya peluang pembelajaran yang sama dengan murid-murid lain.

Dengan itu, mereka dapat meneruskan pembelajaran dalam sistem

persekolahan.

Page 47: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

18

Objektif pembelajaran haruslah dibentuk mengikut prinsip-prinsip yang

berikut:

i. Daripada yang sudah diketahui kepada yang belum diketahui

ii. Daripada yang mudah kepada yang kompleks

iii. Daripada yang konkrit kepada yang abstrak

iv. Daripada yang dekat kepada yang jauh

v. Daripada yang di dalam pengalaman kepada yang di luar

pengalaman

Objektif yang baik harus memenuhi kriteria yang berikut:

i. Menggunakan kata kerja tindakan khusus yang menerangkan

objektif guru.

ii. Menggunakan bahasa yang menghuraikan tingkah laku yang boleh

dilihat.

iii. Menggunakan bahasa yang boleh menghuraikan tingkah laku yang

boleh dinilai.

b. Langkah-langkah menjalankan Sesi Pemulihan

i. Kenal pasti dan buat analisis:

ii. Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian

iii. Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian

saringan dan Diagnostik

iv. Punca masalah daripada aspek fizikal, intelek, dan emosi yang

mengganggu pembelajaran

v. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah

yang dihadapi.

vi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.

vii. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.

viii. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah

dicapai.

Page 48: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

19

ix. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid

berkenaan ke dalam kumpulan murid biasa atau merancang

semula aktiviti pemulihan yang baharu sekiranya murid berkenaan

belum pulih.

5.3 Langkah-langkah Pelaksanaan Sesi Pemulihan

Langkah-langkah pelaksanaan sesi pemulihan boleh digambarkan melalui rajah

yang berikut:

5.3 Menentukan strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan

Setelah dikenal pasti murid yang perlu diberikan pemulihan, guru perlu

merancang aktiviti pemulihan yang sesuai dengan masalah. Guru perlu

menentukan objektif dan kemahiran khusus yang hendak dipulihkan, membina

dan menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai,

merangsang pelbagai pancaindera (multisensory) dan berbentuk konkrit. Guru

memilih teknik pengajaran yang mengambil kira gaya belajar, menggunakan latih

tubi, dan berunsurkan permainan. Strategi pelaksanaan pemulihan boleh

dijalankan dalam bentuk kumpulan atau secara individu.

1. Strategi Kumpulan

Strategi kumpulan digunakan apabila terdapat sekumpulan kecil murid

menghadapi masalah pembelajaran yang sama. Guru boleh merancang dan

1. Kenal pasti murid

2. Analisis Masalah

3. Membuat perancangan

5. Membuat penilaian

4. Melaksanakan pengajaran

6. Tindakan susulan

Page 49: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

20

menjalankan pengajaran pemulihan untuk murid-murid bermasalah. Murid-

murid lain akan menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan oleh guru

2. Strategi individu

Strategi ini digunakan apabila murid menghadapi masalah pembelajaran

yang berlainan dan khusus. Guru boleh membetulkan kesalahan murid

secara individu sementara murid-murid lain menjalankan aktiviti

pengukuhan. Guru juga boleh menggalakkan murid cerdas mengajar atau

membimbing murid-murid bermasalah secara individu (rakan sebaya).

5.4 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan

Kaedah dan pengurusan aktiviti pemulihan boleh dijalankan dengan

menggunakan pelbagai cara. Aktiviti boleh dijalankan secara langkah-langkah

kecil, berfokus pada sesuatu kemahiran bahasa atau mengikut sesuatu konsep

yang berkaitan dengan masalah pembelajaran murid berkenaan. Setiap aktiviti

pemulihan yang dijalankan perlulah menepati objektif kemahiran bahasa yang

menjadi masalah dan tidak dapat dikuasai oleh murid yang berkenaan. Aktiviti

pemulihan perlulah dijalankan mengikut keperluan dan bidang kemahiran bahasa

seperti mendengar dan bertutur, bacaan dan kefahaman termasuk bacaan

mekanis, kemahiran menulis termasuk tulisan mekanis.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk menyampaikan pengajaran dan

pembelajaran pemulihan. Antara pendekatan dan kaedah yang sesuai dijalankan

dalam pengajaran dan pembelajaran adalah seperti yang berikut:

i. Kaedah fonik

ii. Kaedah abjad

iii. Kaedah pandang sebut

iv. Kaedah prabacaan

v. Kaedah suku kata

vi. Kaedah seluruh perkataan

vii. Kaedah pratulisan

Page 50: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

21

viii. Kaedah mekanis

ix. Pendekatan cerakinan

x. Pendekatan binaan

xi. Multisensori

Selain itu, penggunaan bahan bantu belajar yang sesuai, menarik dan pelbagai

rangsangan perlu disediakan untuk membantu menjayakan penguasaan

kemahiran yang ditetapkan. Sebagai contohnya, guru hendak menjalankan

aktiviti pengajaran dan pembelajaran pemulihan membaca perkataan dua suku

kata. Guru boleh menggunakan kaedah binaan iaitu menggunakan bahan bantu

belajar kad suku kata dan meminta murid membina perkataan daripada suku

kata. Murid diminta mengeja dan membaca perkataan yang dibina. Guru boleh

menggunakan teknik permainan untuk meningkatkan motivasi dan keseronokan

dalam pembelajaran. Contoh aktiviti lain bagi membina kemahiran membaca

perkataan adalah suai padan suku kata dan membentuk perkataan. Murid

membaca kuat perkataan yang dihasilkan daripada suai padan suku kata.

Antara aktiviti pemulihan untuk membina pelbagai kemahiran bahasa adalah

seperti yang berikut:

i. Menekap huruf

ii. Menulis di pasir

iii. Menyalin huruf atau perkataan

iv. Mencari gambar tersembunyi

v. Menulis urutan huruf atau perkataan

vi. Penggunaan warna untuk membuat diskriminasi huruf

vii. Mencari perkataan tersembunyi

viii. Mencari jalan keluar

ix. Latihan membaca nyaring-rakam dan perdengarkan semula

x. Pandang dan sebut

xi. Latihan mengeja-imlak

xii. Kaedah Gabungan Bunyi Kata

Page 51: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

22

xiii. Buku Besar (Bigbook)

xiv. Aktiviti Latih tubi

a. Pemintal lidah

b. Pasangan minimal

c. Bersambut

d. Rajah tukar ganti

e. Padanan

xv. Teka silang kata

xvi. Jigsaw

xvii. Permainan menyampaikan pesanan-uji ingatan dan pendengaran

xviii. Permainan Kim- menguji ingatan dan pendengaran

xix. Membuat diskriminasi bunyi

xx. Karangan berpandu

xxi. Bercerita berdasarkan gambar

xxii. Menyusun ayat atau perenggan atau gambar mengikut urutan

xxiii. Membaca kuat atau membacakan kepada (reading to)

xxiv. Berkongsi membaca (Shared reading)

xxv. Membuat perkaitan

5.5 Pengelolaan Pengajaran Pemulihan di Kelas Biasa

Pengajaran pemulihan dalam kelas hendaklah dijalankan secara bersistematik

agar murid memperoleh faedah yang maksimum. Pengelolaan pengajaran

pemulihan melibatkan empat langkah:

i. Penentuan objektif

ii. Perancangan

iii. Pengajaran

iv. Penilaian

Page 52: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

23

Penentuan objektif

Sebelum pengajaran pemulihan, objektif pengajaran hendaklah ditentukan. Aras

objektif seharusnya sejajar dengan masalah pembelajaran murid.

Contoh perancangan satu pengajaran dan pembelajaran pemulihan:

Masalah: murid tidak boleh melakukan arahan yang didengar

Objektif: pada akhir pelajaran, murid-murid dapat melakukan sesuatu mengikut

arahan yang diberikan.

Perancangan :

i. Menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran secara individu atau

kumpulan atau rakan sebaya.

ii. Menentukan bahan bantu belajar yang hendak digunakan mengikut aras

kesukaran, jenis,kegunaan dan daya penarik.

iii. Menentukan aktiviti-aktiviti yang memberikan peluang kepada murid

melibatkan diri dengan aktif dalam pelajaran

iv. Menentukan jenis penilaian yang akan digunakan untuk menilai

pencapaian murid

Pengajaran

i. Pengajaran normal dijalankan seperti biasa kepada semua murid dalam

bilik darjah. Pengajaran pemulihan dijalankan selepas sesuatu langkah

pengajaran dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

ii. Guru akan mengajar seorang atau beberapa orang murid yang lambat

yang menghadapi masalah yang sama.

iii. Murid yang cerdas juga boleh diminta untuk membantu murid yang

menjalani aktiviti pemulihan.

iv. Pada masa yang sama, murid-murid cerdas dan sederhana akan

membuat aktiviti atau lembaran kerja atau aktiviti pengayaan.

Page 53: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

24

Penilaian

i. Penilaian dijalankan bagi memastikan objektif dicapai atau tidak.

ii. Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan murid.

iii. Selepas penilaian, murid–murid yang telah menguasai kemahiran tersebut

akan mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan

normal.

iv. Murid-murid yang masih belum menguasai kemahiran tersebut akan

dirujuk kepada guru pemulihan.

Contoh aktiviti pemulihan mengikut masalah kemahiran bertutur, membaca dan

menulis.

i. Latih tubi pasangan minimal:

Murid didapati tidak dapat menyebut atau membaca perkataan dengan

betul. Murid tidak dapat membezakan bunyi yang paling minimum dalam

perkataan sehingga menyebabkan makna perkataan itu tersasar jauh.

Contoh perkataan : dari – lari; ladang – lalang; lada – lala; dada – lada

ii. Latih tubi pemintal lidah:

Murid didapati tidak boleh menyebut bunyi yang menggunakan huruf ‘p’

dengan betul. Contoh : Murid menyebut pemintal lidah seperti: pandang

pandan tepi pagar depan padang. Contoh : Murid bermasalah menyebut

/ny/. Murid menyebut pemintal lidah seperti : nyonya nyanyuk nyanyi

nyamuk.

iii. Latih tubi gantian:

Murid tidak dapat menulis ayat dengan lengkap dan betul. Sebagai

contoh: Pokok itu tinggi.

Murid menulis dengan menggantikan perkataan tinggi dengan perkataan

lain berdasarkan gambar dan perkataan yang ditunjukkan oleh guru

seperti gambar dan perkataan: rendah; subur; renek. Murid perlu

menghasilkan ayat seperti : Pokok itu rendah.

Page 54: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

25

Sinopsis

Tajuk ini menjelaskan cara menyediakan bahan bantu mengajarn aktiviti pemulihan

berdasarkan masalah pembelajaran murid yang telah dikenal pasti semasa pengajaran

di bilik darjah. Pelbagai simptom kesulitan murid dalam kemahiran bahasa dijelaskan

untuk tindakan guru memilih strategi yang sesuai untuk pemulihan dan menyediakan

bahan bantu mengajar yang sesuai. Perancangan teknik, pelaksanaan aktiviti dan

penyediaan bahan bantu mengajar perlu disesuaikan dengan masalah pembelajaran

yang dihadapi oleh murid mengikut bidang-bidang kemahiran bahasa yang diajarkan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat menyediakan Bahan Bantu Mengajar aktiviti

Pemulihan:

i. Kemahiran lisan

ii. Kemahiran Membaca

iii. Kemahiran Menulis

6.1 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar untuk Aktiviti Pemulihan Kemahiran

Lisan

Contoh aktiviti dan bahan:

mendengar bunyi dan menyatakan nama

melihat rangsangan dan memberi respons yang sesuai

mendengar arahan dan memberi respons yang betul

mendengar bunyi dan mengajuk bunyi

permainan bahasa

bersoal jawab berdasarkan bahan rangsangan

menyanyi dan membuat pergerakan kreatif

latih tubi sebutan atau pengucapan

TAJUK 6 PENYEDIAAN BAHAN BANTU MENGAJAR AKTIVITI PEMULIHAN

Page 55: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

26

6.2 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Membaca

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan membaca:

Membentuk perkataan dan mengeja

Mengeja perkataan yang disebutkan

Mengeja perkataan yang ditunjukkan

Membaca arahan mudah

Membaca carta alir mudah

Membaca pantun dua kerat

Membaca baris dalam lirik lagu

Membaca dialog kartun atau komik

Membaca cerita mudah

Membaca petikan pendek dan menjawab soalan mudah

Rakaman audio-

visual

Kad gambar Kit Pembelajaran Permainan

bahasa

Radio Buku cerita Bigbook lukisan

komputer Gambar bersiri Nyanyian /lirik lagu Seni kraf

Permainan bahasa Boneka Iklan Permainan

Kad ucapan Bahan Maujud Carta karton

Kad huruf Plastesin Bahan replika filem

Page 56: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

27

Contoh bahan bantu mengajar:

6.3 Penyediaan Bahan Bantu Mengajar Aktiviti Pemulihan Kemahiran Menulis

Contoh aktiviti dan bahan pemulihan menulis:

Menulis huruf atau suku kata bagi membentuk perkataaan

Menulis perkataan yang disebut

Mengisi tempat kosong dengan perkataan yang betul

Melengkapkan ayat berdasarkan perkataan yang disediakan

Menulis cerita berdasarkan gambar bersiri

Menulis ayat berdasarkan kad perkataan

Menulis ayat berdasarkan gambar

Menyambung dialog mudah

Menulis dialog yang sesuai pada gambar

Menulis kad ucapan

Menulis pesanan mudah

Menulis ayat huraian mengikut ayat topik

Menulis perenggan mengikut peta minda

Kad Abjad Kad Domino Buku Besar Label objek

Kad Suku Kata Carta Suku Kata Buku Cerita Permainan bahasa

Kad Perkataan Kad Lipat Suku

Kata Jadual Carta

Kad Frasa Kad Cantum Suku

Kata Peta Cogan kata

Kad Ayat Kad Tingkap Gambar Rajah Kartun

Kad Gambar Kad Padanan Lirik lagu Surat khabar

Kad Arahan Gambar Bersiri Iklan pantun

Page 57: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

28

Contoh bahan bantu mengajar:

kad suku kata Komik carta alir Kad arahan

Kad perkataan Katalog Peta lokasi Buku cerita

Kad ayat Gambar bersiri Jadual perjalanan Dialog mudah

Rajah tukar ganti Gambar tunggal Diari harian Silang kata

Permainan

bahasa

Akhbar Peta minda Lirik lagu/nyanyian

Aktiviti

Pengajaran sesuatu kemahiran sangat memerlukan bahan bantu mengajar

sebagai alat untuk memudahkan murid menguasai konsep, maklumat dan

kemahiran tersebut. Bina bahan bantu mengajar yang sesuai dan memudahkan

murid untuk menguasai kemahiran menulis sekurang-kurang lima ayat yang

betul dan lengkap tentang suatu tajuk. Tunjukkan langkah pelaksanaan aktiviti

menulis ayat dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut.

Page 58: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

TAJUK 7 SESI LATIHAN PENGAJARAN PEMULIHAN PELBAGAI SENARIO

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan peranan guru untuk melaksanakan pengajaran pemulihan dalam

pelbagai senario semasa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam kelas.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Merancang pengajaran pemulihan dalam pelbagai situasi semasa pengajaran Bahasa

Melayu.

ii. Melaksanakan aktiviti pengajaran pemulihan Bahasa Melayu mengikut pelbagai situasi

semasa pengajaran Bahasa Melayu

7.1 Perancangan Pengajaran Pemulihan Dalam Kelas Biasa

Guru perlu membantu murid-murid yang tidak menguasai kemahiran bahasa yang telah

diajarkan di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas supaya murid-

murid tersebut dapat menguasai kemahiran yang diajarkan seperti rakan-rakannya yang

lain. Guru perlu memastikan semua murid mencapai objektif pembelajaran yang telah

ditetapkan oleh guru dan tiada murid yang ketinggalan atau tercicir dalam menguasai

kemahiran bahasa yang telah diajarkan. Selepas mengesan murid-murid yang tidak

menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan melalui penilaian formatif, guru perlu

menjalankan aktiviti pemulihan kepada murid yang berkenaan secara serta merta. Guru

perlu menjalankan pengajaran kepada murid yang berkenaan dengan teknik yang

khusus dan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai dengan keupayaan murid

yang tidak atau kurang berjaya menguasai kemahiran bahasa yang diajarkan. Dengan

tindakan segera ini, guru dapat membantu murid yang bermasalah dalam sesuatu

kemahiran bahasa untuk menguasai hasil pembelajaran tersebut dengan lebih baik,

jelas, dan betul. Dengan ini murid tersebut akan dibantu untuk menguasai kemahiran

bahasa yang diajar secara langsung dan segera.Jika masalah pembelajaran murid

didapati agak serius, guru boleh membuat pengajaran secara individu selepas kelas

dijalankan atau pada suatu masa yang ditetapkan supaya lebih banyak masa dapat

digunakan untuk membantu murid yang bermasalah dalam kemahiran bahasa yang

diajar.

Page 59: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

Murid-murid yang bermasalah dalam menguasai kemahiran lisan, bacaan dan

kefahaman, atau menulis, perlu diberikan pengajaran dan pembelajaran berbentuk

konkrit dan penggunaan dalam situasi sebenar. Aktiviti pemulihan akan membantu

murid-murid mempelajari kemahiran bahasa dengan cara yang lebih mudah dan secara

khusus daripada guru mereka. Guru juga dapat meningkatkan keyakinan murid-murid

tersebut kerana mereka dapat menguasai kemahiran bahasa yang dipelajari dalam

kelas sama seperti yang dikuasai oleh rakan-rakan mereka dalam kelas. Dengan ini

mereka akan lebih bermotivasi dan aktif dalam pembelajaran untuk seiring dengan

rakan-rakan mereka yang lain.

Proses pengajaran pemulihan dalam kelas dijalankan mengikut langkah-langkah yang

tertentu. Setiap langkah menyokong proses pemulihan dijalankan dengan teratur.

Menurut Jamilah (1999), pemulihan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah

JARLIN iaitu Jejak, Rancang, Laksana, Nilai.

Guru perlu mengenal pasti masalah murid dalam kemahiran bahasa yang dipelajari dan

mengesan punca masalah tersebut. Proses JEJAK ini sangat penting supaya guru jelas

aktiviti tambahan yang perlu dijalankan untuk membantu murid mencapai penguasaan

pembelajaran bahasa dengan jelas, betul dan mudah. Selepas mengetahui aspek

masalah dan punca masalah, guru perlu RANCANG pengajaran pemulihan dengan

membina aktiviti pengajaran pemulihan yang sesuai untuk murid-murid berkenaan dari

segi objektif, kemahiran, persediaan dan pemilihan bahan serta proses menilai. Setelah

dibuat perancangan, guru akan LAKSANA aktiviti tambahan secara khusus itu kepada

murid-murid yang berkenaan mengikut proses pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Setelah dilaksanakan pengajaran aspek kemahiran bahasa tersebut, guru perlu

membuat penilaian hasil pengajarannya atau NILAI untuk mengetahui pencapaian

objektif pengajaran dan pembelajaran murid dalam aktiviti pemulihan.

Pemulihan dalam kelas biasa dijalankan apabila guru dapat mengesan murid-murid

yang tertentu tidak dapat menguasai hasil pembelajaran dengan baik. Selepas guru

membuat penilaian formatif dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa,

guru dapat mengesan murid yang tidak menguasai kemahiran yang diajarkan dengan

baik. guru menyediakan aktiviti tambahan yang khusus bagi murid-murid yang tidak

Page 60: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

mencapai objektif seperti yang ditetapkan. Kebiasaannya, guru sudah dapat mengenali

murid-murid yang lambat dan bermasalah menguasai kemahiran bahasa dalam

pengajaran dan pembelajaran di kelasnya. Oleh itu, guru dapat menyediakan aktiviti

tambahan dan bahan bantuan belajar yang lebih mudah dan berkesan, untuk membantu

murid menguasai sesuatu kemahiran bahasa tersebut. Aktiviti tambahan untuk murid

bermasalah dalam menguasai sesuatu kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran

dijalankan semasa murid pencapaian normal membuat latihan aktiviti pembelajaran. Ini

bermakna pemulihan dijalankan secara terus dan serta merta semasa pengajaran dan

pembelajaran. Pemulihan boleh dijalankan secara individu, berpasangan atau kumpulan

kecil.

7.2 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Lisan

Apabila guru menjalankan aktiviti pembentukan sesuatu kemahiran lisan semasa sesi

pengajaran dan pembelajaran di kelas, guru perlu mengesan dengan jelas dan tepat

murid-murid yang berjaya menguasai dan yang tidak atau kurang menguasai kemahiran

tersebut. Guru perlu membuat penilaian yang tepat mengikut kriteria dan ciri-ciri yang

betul bagi setiap aktiviti lisan yang diajarkan apabila murid membuat persembahan.

Melalui maklumat tersebut, guru membuat pemulihan kepada murid yang kurang atau

tidak menguasai kemahiran lisan tersebut. Contohnya murid tidak boleh bercerita

dengan lancar dan tersusun. Guru menyediakan gambar bersiri dan meminta murid

bercerita berdasarkan gambar tersebut. Cara lain, guru boleh menggunakan rajah atau

carta alir, dan kad perkataan dan meminta murid bercerita berdasarkan kad perkataan

dan carta alir cerita.

Sila lihat Hasil Pembelajaran 1.0 hingga 4.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 1.0

dalam KSSR. Rancangkan aktiviti dan bahan bantu belajar yang sesuai dan berkesan

bagi murid-murid yang tidak dapat menguasai semua kemahiran tersebut.

7.3 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Membaca

Penguasaan kemahiran membaca adalah sangat penting bagi setiap murid. Murid perlu

membaca dan memahami bahan yang dibaca dengan jelas dan betul. Apabila guru

Page 61: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

menjalankan pengajaran membaca secara mekanis, guru perlu memastikan murid yang

dapat membaca dengan lancar, sebutan yang betul, intonasi yang sesuai dan mengikut

tanda baca yang betul. Bagi murid yang tidak menguasai bacaan mekanis yang baik,

guru hendaklah menjalankan pemulihan kepada murid tersebut dengan mengadakan

aktiviti khusus untuk murid tersebut seperti membaca perkataan-perkataan atau

beberapa ayat yang disediakan oleh guru. Pengajaran ini boleh dijalankan secara

individu atau berpasangan.

Pemulihan bacaan dan kefahaman boleh dijalankan oleh guru di kelas kepada murid

yang bermasalah untuk memahami maklumat yang dibaca. Guru boleh menggunakan

soalan-soalan yang memandu murid untuk mengesan maklumat penting dalam sesuatu

perenggan. Dengan aktiviti berfokus seperti ini, murid dibimbing cara mengesan isi

penting atau maklumat yang betul tentang petikan.Guru juga boleh membantu murid

mengesan maklumat dengan cara membantu murid mengesan ayat topik dalam

perenggan.

Lihat Hasil pembelajaran 5.0 hingga 7.0 dalam KBSR dan SK 2.0 dalam KSSR. Lihat

dan kaji kemahiran bacaan dan kefahaman yang sukar dikuasai oleh murid. Cadangkan

teknik dan bahan bantu belajar yang berkesan untuk membantu murid yang lemah

dalam penguasaan kemahiran tersebut.

7.4 Latihan Pengajaran Pemulihan Kemahiran Menulis

Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang rumit untuk dikuasai oleh sebahagian

murid. Selain perlu mengingati bentuk huruf yang betul, cara menulis yang betul, tulisan

yang kemas dan tulisan yang seragam atau bentuk sekata, murid juga bermasalah

untuk melahirkan idea dan menulis karangan mengikut genre penulisan yang baik. Guru

perlu memastikan penguasaan kemahiran tulisan mekanis murid adalah baik terlebih

dahulu supaya murid tidak bermasalah untuk menguasai penulisan produktif.

Contohnya, guru boleh membetulkan tulisan mekanis yang tidak betul dengan meminta

murid menulis menggunakan buku garis tiga. Bagi murid yang bermasalah dalam

menulis perkataan dengan betul, guru boleh menjalankan aktiviti imlak atau

melengkapkan ayat dengan perkataan yang betul.

Page 62: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

Lihat Hasil Pembelajaran 8.0 hingga 11.0 dalam KBSR dan Standard Kandungan 3.0

dalam KSSR. Kemahiran yang manakah sukar dikuasai oleh murid? Apakah punca

masalah murid menguasai kemahiran tersebut? Jika guru dapat mengesan punca

masalah tersebut, guru boleh membantu murid tersebut mengatasi masalah itu dengan

lebih jelas. Contohnya, murid bermasalah dalam membina ayat yang betul dari segi

susunan. Guru boleh membuat aktiviti khusus kepada murid yang bermasalah dalam

menulis ayat yang betul dengan menggunakan rajah tukar ganti bahagian subjek atau

bahagian predikat ayat. Cara lain, guru boleh menyediakan aktiviti melengkapkan ayat

sama ada bahagian subjek atau bahagian predikat.

TAJUK 8 PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PEMULIHAN

Sinopsis

Tajuk ini menghuraikan kaedah yang digunakan untuk menilai pencapaian murid pemulihan

Aktiviti Rancang satu aktiviti pemulihan bagi murid yang tidak menguasai kemahiran

melaporkan apa yang dilihat atau didengar.

Page 63: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

setelah aktiviti pemulihan diadakan. Berdasarkan penilaian tersebut, guru perlu menyimpan

rekod sebagai bahan rujukan pihak-pihak yang berkenaan. Hasil daripada penilaian, tindakan

susulan akan diambil untuk membolehkan murid meneruskan pembelajaran yang seterusnya.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, para pelajar dapat:

i. Menghuraikan kaedah penilaian pendidikan pemulihan

ii. Menjelaskan proses penyimpanan rekod

iii. Menjalankan tindakan susulan terhadap murid

8.1 Takrifan Penilaian

Stufflebeam et. al. (1971: xxv) mentakrifkan “penilaian” sebagai the process of

delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives.

Terry D. TenBrink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses

untuk mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang

seterusnya digunakan ketika membuat keputusan.

8.2 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pemulihan

8.2.1 Kaedah Penilaian

Guru boleh menjalankan penilaian terhadap murid pemulihan melalui tiga cara:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pembelajaran murid

Guru membuat pemerhatian terhadap perlakuan, sikap dan keupayaan

murid semasa murid melakukan aktiviti pemulihan yang diberikan. Guru

dapat mengesan dan mengenal pasti sama ada murid dapat memahami

dan melaksanakan aktiviti yang diberikan dengan baik atau masih gagal

untuk mengatasi kelemahan dalam sesuatu kemahiran bahasa.

b. Soal jawab selepas aktiviti pengajaran guru

Guru boleh menilai pencapaian murid melalui kaedah soal jawab dengan

murid pemulihan selepas guru mengajar untuk mendapat maklum balas

sama ada murid dapat memahami pengajaran guru, mampu menjawab

soalan yang dikemukakan oleh guru secara lisan.

c. Pemeriksaan hasil kerja murid selepas aktiviti pemulihan.

Page 64: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

Guru menyemak latihan yang telah disiapkan oleh murid pemulihan. Hasil

kerja murid dapat memberi input kepada guru tentang tahap pencapaian

murid pemulihan dalam kemahiran bahasa yang gagal dikuasainya

sebelum aktivti pemulihan diberikan.

8.2.2 Penyimpanan Rekod

Keputusan penilaian yang diperoleh akan direkodkan dalam borang rujukan dan

disimpan di dalam rekod profil murid secara individu untuk membolehkan guru

menganalisis tahap kemajuan dan pencapaian murid pemulihan.

Contoh Borang Rekod Penilaian Aktiviti Pemulihan

Mata pelajaran: Bahasa Melayu Nama murid: _____________ Tahun: _______________

Punca kelemahan Aktiviti pemulihan

Tarikh Aktiviti Penilaian Laporan

Kekeliruan antara perbezaan dan bunyi huruf s dan z

16.7.2012 I X Dapat membezakan bentuk s dan z tetapi masih keliru dengan bunyinya

19.7.2012 II / Dapat membezakan dan menyebut bunyi huruf s dan z dengan tepat

(Ubah suai daripada Mok Soon Sang, 1994)

8.2.3 Tindakan Susulan

Penilaian diadakan untuk membolehkan guru membuat tindakan susulan

terhadap murid pemulihan. Murid bermasalah yang telah berjaya dalam program

pemulihan dapat mengikuti pelajaran baharu dengan murid sekelas yang lain.

Murid yang berjaya dalam program pemulihan juga akan ditempatkan dalam

kumpulan yang sesuai. Murid ini boleh diberikan aktiviti sokongan, pengayaan

Page 65: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

atau pengukuhan agar kelemahan murid dalam kemahiran yang sama tidak akan

berulang di samping bertujuan untuk memupuk keyakinan diri murid.

Jika hasil penilaian menunjukkan bahawa murid masih tidak berjaya untuk

menguasai kemahiran tersebut, guru perlu menggunakan satu senarai semak

untuk mengkaji punca kegagalan program pemulihan yang telah dijalankan

sebelum memberikan aktiviti pemulihan yang lain kepada murid yang terlibat,

Sekiranya kegagalan berulang, murid ini perlu dirujuk kepada guru pemuihan

kerana tergolong dalam kes berat dan sukar untuk dipulihkan dalam kelas biasa

oleh guru biasa.

Contoh Senarai Semak

Bil Perkara Tanda

(/)

1 Adakah program dirancang berdasarkan punca kelemahan murid?

2 Adakah program yang disediakan berdasarkan pengalaman dan kebolehan murid?

3 Adakah objektif pengajaran terlalu tinggi?

4 Adakah penggunaan bahan bantu berkesan?

5 Adakah langkah-langkah mengajar dikembangkan daripada konkrit kepada abstrak?

6 Adakah waktu pengajaran mencukupi?

7 Adakah aktiviti pemulihan itu menarik minat murid?

8 Adakah aktiviti pembelajaran yang diberikan kepada murid mencukupi?

9 Adakah latihan diberikan sejajar dengan objektif pengajaran?

10 Adakah latihan itu terlalu sukar?

Aktiviti Bincangkan aktiviti pemulihan yang akan dilaksanakan untuk lima orang murid

pemulihan dan sediakan borang penilaian untuk menilai pencapaian setiap

murid.

Page 66: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

Sinopsis Tajuk ini membincangkan konsep, objektif dan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran

bahasa Melayu di sekolah rendah. Prinsip pengayaan menjadi panduan guru untuk

meningkatkan pengetahuan murid dan memperkembang bakat dan kreativiti murid.

TAJUK 9 PENDIDIKAN PENGAYAAN

Page 67: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menjelaskan konsep dan objektif pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran

bahasa melayu.

ii. Menghuraikan prinsip-prinsip pengayaan dalam pengajaran bahasa melayu.

iii. Membandingbezakan pendidikan pengayaan dan kreativiti

9.1 Konsep Pendidikan Pengayaan

Kamus Dewan (2007:693) memberikan takrifan pengayaan sebagai perihal (usaha,

proses dan sebagainya seperti peluasan perbendaharaan kata). Pengayaan merupakan

aktiviti tambahan terhadap aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa

sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan Pengayaan melibatkan aktiviti

pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada murid-murid

mengembangkan potensi yang ada pada diri masing-masing, seperti sifat ingin tahu,

semangat berdikari, kreativiti dan bakat kepimpinan. Aktiviti pengayaan diberikan

kepada murid selepas mereka telah berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran

asas tertentu. Aktiviti pengayaan juga memberi peluang kepada murid untuk

memperluas pengalaman dan meningkatkan pengetahuan seiring dengan kebolehan

dan minat dalam aspek yang telah dan sedang dipelajari.

Menurut pandangan Ee Ah Meng (1998: 257), program pengayaan ialah suatu

rancangan pembelajaran yang dibentuk untuk murid memperoleh pelbagai pengalaman

serta pengetahuan berdasarkan aktiviti-aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Melalui program pengayaan, murid dapat mengalami suasana pembelajaran yang lebih

menarik dan menggembirakan di samping dapat memperkembangkan aspek fizikal,

emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh (Mok Soon

Sang, 1994: 221).

Pengayaan terkandung Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa

Melayu Sekolah Rendah sebagai unsur dalam strategi pengajaran dan pembelajaran

bahasa Melayu yang menekankan konsep 5P, iaitu penggabungjalinan, penyerapan,

pengayaan, pemulihan dan penilaian.

Page 68: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

Pendidikan pengayaan diberikan kepada murid cerdas, iaitu kumpulan murid yang dapat

menguasai pembelajaran lebih awal, murid sederhana yang menguasai pembelajaran

dalam masa yang telah ditetapkan serta murid lambat yang terdiri daripada kumpulan

murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran dalam masa yang ditetapkan.

9.2 Rasional Pendidikan Pengayaan

Pendidikan pengayaan wajar diberikan kepada murid kerana setiap murid mempunyai

perbezaan dari aspek fizikal, emosi, intelek, minat, bakat dan kebolehan. Pendidikan

pengayaan dapat memberi peluang kepada murid untuk mengikuti pembelajaran

berdasarkan keupayaan, minat dan bakat yang dimiliki. Aktiviti pengayaan yang

mencabar intelek mendorong murid untuk berfikir secara kritis dan seterusnya

menghasilkan sesuatu yang kreatif sama ada dalam aktiviti lisan, membaca dan

menulis. Pengayaan juga diharapkan dapat mengembangkan bakat, daya kepimpinan

dan keyakinan diri untuk meluaskan pengetahuan serta mempertingkatkan kebolehan

dengan menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang telah dikuasai.

9.3 Objektif Pendidikan Pengayaan

Objektif pendidikan pengayaan seperti yang berikut:

Murid dapat menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pembelajaran

untuk pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran yang diajarkan

guru.

Murid menjalani aktiviti pembelajaran yang menarik dan lebih mencabar untuk

mempertingkatkan pencapaian mereka.

Menimbulkan minat murid untuk pembelajaran kendiri dan menanam sikap

berdikari.

Melahirkan daya cipta menerusi pemikiran dan aktiviti serta berkeupayaan untuk

menilai hasil kerja sendiri.

Memupuk dan memperkembang asas kepimpinan murid.

Menggunakan masa lapang secara berfaedah dan memenuhi keperluan dan

bakat.

Meminati dan menguasai bacaan luas dengan merujuk pelbagai bahan dan

sumber pengetahuan.

9.4 Prinsip Pendidikan Pengayaan

Page 69: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

i. Memberi penekanan pada aktiviti yang bersifat kreatif, interaktif, manipulatif

dan eksperimental.

ii. Murid membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.

iii. Menggunakan daya usaha sendiri.

iv. Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan sifat kepimpinan

sosial.

v. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.

vi. Aktiviti berkaitan objektif kemahiran mata pelajaran bahasa Melayu.

vii. Bahan yang pelbagai – hasilkan sendiri, beli di pasaran

viii. Aktiviti memberi faedah dan menyuburkan potensi murid.

ix. Melibatkan pembacaan luas.

x. Berbentuk tugasan harian/waktu BM, selepas P dan P atau masa

senggang (tugasan projek 3-5 minggu)

9.5 Perbezaan Pendidikan Pengayaan dan Kreativiti

9.5.1 Ciri-ciri Murid Dalam Kumpulan Pengayaan

Murid Pengayaan mempunyai ciri-ciri yang berikut:

Menguasai kemahiran 3M serta budaya pemikiran abstrak. Mereka

berkemampuan untuk menganalisis sesuatu untuk membezakan hal yang

penting dengan yang kurang penting, seperti dalam kefahaman dan

penganalisisan teks.

Mempunyai kelebihan mengkoordinasi pancaindera dengan pemikiran,

pengamatan, pendengaran dan pertuturan.

Berupaya menerima konsep-konsep baharu, dapat mengingat kembali,

cerdas serta berpengalaman tentang alam sekeliling.

Mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan dapat betindak balas dengan

bebas dan kreatif.

Berkemampuan belajar sesuatu dalam waktu yang terhad, mempunyai

tahap kecerdasan yang tinggi berbanding dengan rakan sebaya mereka

yang lain.

9.5.2 Kreativiti

Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan

menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu melalui

Page 70: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

kemahiran imaginasi. Parnes (1967) mentakrifkan kreativiti sebagai “... a funtion

of knowledge, imagination and evaluation.” Sehubungan hal itu, guru perlu

menggalakkan murid supaya menggunakan imaginasi untuk mewujudkan

kreativiti. Kreativiti melibatkan:

Keupayaan berfikir yang dapat melahirkan idea baharu yang unik dan

menarik.

Keupayaan berfikir secara kritikal dan membuat penilaian secara

analitikal terhadap idea dan seterusnya mengemukakan cadangan

penyelesaian.

Keupayaan berfikir secara praktikal yang dapat menterjemahkan idea dan

teori kepada bentuk aplikasi.

Menurut Sternberg (2004), minda manusia mempunyai tiga potensi utama, iaitu

kepintaran, kreativiti dan kebijaksanaan. Ketiga-tiga potensi ini mesti dipupuk

dan dirangsang agar manusia dapat menggunakan mindanya secara optimum.

Namun begitu dalam konteks pendidikan di negara kita, kajian-kajian yang

dijalankan menunjukkan bahawa banyak sekali tumpuan diberikan untuk

memupuk kepintaran sedangkan aspek pemupukan kreativiti masih belum lagi

diberikan perhatian yang sewajarnya (Toh 2003, Yong 1989). Amabile (1983)

mendakwa bahawa sesiapa yang memiliki kebolehan kognitif yang biasa dapat

bercita-cita untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam sesuatu bidang.

Cropley (1992) pula menambah bahawa semua pelajar tanpa mengira tahap

kepintaran mereka memiliki kemampuan untuk berfikir secara konvergen dan

divergen. Pemikiran divergen ialah pemikiran yang dikaitkan dengan kreativiti.

Kreativiti murid dapat dipertingkatkan melalui pelbagai pendekatan pengajaran

di dalam bilik darjah, seperti:

Strategi-strategi umum yang hanya melibatkan perubahan dalam stail

pengajaran guru atau pedagogi

Pendekatan berstruktur yang melibatkan penggunaan teknik-teknik

khusus

Pendekatan penyelesaian masalah terhadap isi mata pelajaran.

Kreativiti murid dapat dirangsang melalui pengajaran kreatif daripada guru.

Pengajaran kreatif merujuk kepada teknik-teknik pengajaran yang bermatlamat

Page 71: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

untuk membantu murid mempelajari sesuatu bahan pengajaran dengan cara

yang membolehkan murid memindahkan segala yang telah dipelajari kepada

masalah baharu yang cuba diselesaikan (Mayer, 1983). Tan (1997)

mencadangkan pendekatan pengajaran yang lebih berpusatkan murid.

Pendekatan ini akan menimbulkan keseronokan, penglibatan di dalam bilik

darjah, konsep kendiri dan bakat murid.

Berasaskan pandangan Cropley (1997), guru berperanan sebagai pemupuk

kreativiti murid melalui usaha-usaha yang berikut:

Menggalakkan murid belajar secara bebas

Memotivasikan murid untuk menguasai ilmu pengetahuan sebagai asas

kepada pemikiran divergen.

Menggalakkan murid berfikir secara fleksibel.

Menggalakkan murid melakukan penilaian kendiri terhadap idea yang

dikemukakan.

Memberi peluang kepada murid untuk melaksanakan tugasan dengan

menggunakan pelbagai bahan dan dalam pelbagai keadaan.

9.5.3 Proses Kreativiti

Kreativiti dapat dicapai melalui ilmu pengetahuan seperti murid mengumpulkan

maklumat berkenaan tugasan yang diberikan guru atau mengumpulkan

maklumat untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Maklumat yang

dikumpulkan boleh terdiri daripada sumber yang diperoleh melalui media cetak,

media elektronik atau sumber lisan. Maklumat dan pengetahuan dalam bidang

yang berkaitan dapat memberi sokongan dari segi kognitif dan emosi murid

cerdas dan berbakat (Johnson, 1994).

Aktiviti

a. Berdasarkan huraian tentang pendidikan pengayaan dan kreativiti di

atas, bincangkan perbezaan antara pendidikan pengayaan dengan

kreativiti.

b. Bincangkan peranan guru untuk meningkatkan kreativiti murid melalui

aktiviti pengayaan.

Page 72: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

Page 73: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Sinopsis Tajuk ini membincangkan strategi pelaksanaan dan pengelolaan aktiviti pengayaan. Strategi

pelaksanaan berdasarkan pilihan murid atau pilihan guru yang menjurus kepada aktiviti yang

dapat mengembangkan bakat, minat dan kebolehan murid serta mencabar keupayaan biasa

murid. Kepelbagaian aktiviti mendorong keberkesanan pelaksanaan pengayaan sama ada di

dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti strategi untuk melaksanakan aktiviti pengayaan.

ii. Memilih dan menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai dengan murid pengayaan serta

menghuraikan pelaksanaan aktiviti secara terperinci.

10.1 Strategi Pelaksanaan

10.1.1 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Murid Mengikut Kebolehan

Merupakan aktiviti pengayaan mendatar.

Murid dibahagikan kepada kumpulan cerdas, sederhana dan lambat.

Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan yang berbeza dengan

menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang

berbeza.

Murid kumpulan cerdas dan sederhana lebih mudah menjalankan aktiviti

pengayaan berbanding dengan kumpulan murid lambat.

10.1.2 Aktiviti Kumpulan Menjalankan Aktiviti Pengayaan Serentak Dengan Aktiviti

Pemulihan

Murid cerdas dan sederhana mengikuti aktiviti pengayaan, murid lambat

mengikuti aktiviti pemulihan.

Murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti secara individu tanpa

bimbingan guru tetapi guru perlu memberikan arahan yang jelas sebelum

mereka menjalankan aktiviti pengayaan.

Murid lemah mengikuti aktiviti pemulihan dengan bimbingan guru.

TAJUK 10 PROSEDUR PROGRAM PENDIDIKAN PENGAYAAN

Page 74: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

10.1.3 Aktiviti Pengayaan Melalui Kumpulan Pelbagai Kebolehan

Murid cerdas dilatih membantu murid lambat mengikuti aktiviti pengayaan

yang disediakan guru.

Murid cerdas mendapat pengalaman memimpin dan memupuk semangat

kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan pada masa yang sama mengikut tahap

murid. Contoh aktiviti – kerja projek, permainan dan rekreasi, bacaan

tambahan dan seumpamanya.

10.2 Pengelolaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dapat dikelolakan melalui dua cara, iaitu:

10.2.1 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan murid:

Aktiviti pengayaan secara tidak formal, guru sebagai pendorong dan

pemudah cara untuk murid melaksanakan aktiviti yang telah disediakan.

Murid cerdas dan sederhana belajar kendiri manakala guru membimbing

murid lambat.

Murid cerdas boleh membantu murid lambat secara individu atau

kumpulan. Bakat kepimpinan disuburkan dan semangat kerjasama

dipupuk.

Hasil kerja murid dibincangkan atau dipamerkan sebagai penghargaan.

10.2.2 Aktiviti pengayaan berdasarkan pilihan guru

Aktiviti pengayaan secara formal untuk semua murid mengikut

keupayaan murid. Aktiviti dilaksanakan selepas murid mengikuti aktiviti

asas dalam sesuatu kemahiran.

Aktiviti pengayaan sebagai usaha untuk membantu murid mengukuhkan

kemahiran yang dipelajari pada waktu pengajaran dan pembelajaran.

Page 75: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

10.3 Prinsip Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

i. Pengayaan harus diberikan kepada semua murid sama ada murid cerdas,

sederhana dan lambat (konteks KBSR).

ii. Aktiviti berbeza untuk kemahiran bahasa yang sama.

iii. Murid cerdas diberikan aktiviti yang mencabar manakala murid lambat

disediakan aktiviti yang mudah dan menarik.

iv. Masa yang diperuntukkan untuk aktiviti pengayaan sekitar 20 minit untuk murid

yang telah menguasai satu atau beberapa kemahiran atau menguasai semua

kemahiran yang diajarkan. Lazimnya murid cerdas dapat menguasai semua dan

murid sederhana dapat menguasai sekurang-kurangnya satu kemahiran tetapi

murid lambat tidak menguasai setiap kemahiran. Murid lambat diteruskan

dengan aktiviti pemulihan.

v. Aktiviti pengayaan seharusnya tidak formal. Murid dapat melaksanakannya

secara individu atau kumpulan. Aktiviti pemulihan secara terbimbing.

vi. Bahan yang digunakan perlu mempunyai arahan yang jelas , kandungan aktiviti

yang menarik dan mencabar minda murid.

10.4 Jenis Aktiviti Pengayaan

Aktiiviti pengayaan terbahagi kepada dua jenis:

10.4.1 Pengayaan Mendatar

Aktiviti berdasarkan kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti

pengayaan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan tahap pencapaian murid.

Murid lambat diberikan aktiviti pengayaan yang lebih mudah berbanding dengan

murid cerdas dan sederhana.

10.4.2 Pengayaan Menegak

Aktiviti berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja.

Aktiviti pengayaan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih

mencabar dan tahap tinggi seiring dengan tahap pencapaian mereka.

Page 76: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

Perbezaan Antara Pengayaan Mendatar Dengan Menegak

Bil. Aktiviti Pengayaan Mendatar Aktiviti Pengayaan Menegak

1 Kumpulan mengikut kebolehan Kumpulan murid cerdas sahaja

2 Tahap kesukaran aktiviti berbeza Tahap kesukaran aktiviti sama

3 Berbentuk lembaran kerja Berbentuk kerja projek, permainan

4 Mengikut unit kemahiran yang

diajarkan

Boleh melebihi unit kemahiran yang

diajarkan

5

Bertujuan untuk memperkukuh

kemahiran yang telah dikuasai dan

memupuk minat belajar

Bertujuan untuk mewujudkan

keseronokan, mencungkil dan

mengembangkan bakat dan menjalin

kerjasama dalam kumpulan

6 Aktiviti melibatkan kemahiran yang

sama

Aktiviti kumpulan cerdas melibatkan

kemahiran yang lebih tinggi

10.5 Masa Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan dapat dilaksanakan dalam keadaan yang berikut:

i. Aktiviti dijalankan pada masa yang telah ditentukan setiap hari, iaitu guru memilih

masa tertentu dalam mana-mana mata pelajaran.

ii. Aktiviti dijalankan selepas aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran

dijalankan yang bertujuan untuk memperkukuh kemahiran yang telah dipelajari.

iii. Aktiiviti dilaksanakan selepas murid telah menguasai sesuatu kemahiran atau

sejumlah kemahiran, iaitu murid yang telah menguasai kemahiran yang diajarkan

lebih awal daripada rakan yang lain.

iv. Aktiviti dijalankan selepas murid telah menguasai semua kemahiran dalam

sesuatu unit pembelajaran seiring dengan program pemulihan yang diberikan

kepada kumpulan murid yang lambat menguasai kemahiran yang diajarkan atau

menggunakan murid yang telah menguasai kemahiran sebagai Pembimbing

Rakan Sebaya (PRS).

Page 77: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

Aktiviti

i. Bincangkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan yang akan anda laksanakan di dalam bilik darjah anda.

ii. Huraikan perbezaan aktiviti pengayaan mendatar dengan aktiviti

pengayaan menegak dengan memberikan contoh yang sesuai.

iii. Pada pandangan anda, apakah aktiviti pengayaan kemahiran menulis yang paling sesuai untuk murid cerdas?

Page 78: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

Sinopsis

Murid yang telah menguasai kemahiran bahasa perlu diberikan aktiviti pengayaan yang dapat

membantu untuk mengukuhkan dan mengembangkan bakat, kreativiti dan kebolehan murid

dalam kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti pengayaan yang diberikan kepada murid

akan berupaya untuk menyerlahkan keterampilan berbahasa murid dalam kemahiran-

kemahiran yang berkenaan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menentukan aktiviti pengayaan yang sesuai untuk mengukuhkan kemahiran lisan,

membaca dan menulis murid.

ii. Melaksanakan aktiviti pengayaan untuk kemahiran lisan, membaca dan menulis bagi

murid-murid anda.

11.1 Aktiviti Pengayaan Mengikut Kemahiran

Pelaksanaan aktiviti pengayaan sebagai pengukuhan dan pengembangan kemahiran

melibatkan kemahiran lisan, membaca dan menulis. Aktiviti boleh dilakukan secara

individu, berpasangan atau berkumpulan.

11.1.1 Aktiviti pengayaan kemahiran lisan

Murid menyampaikan cerita yang pernah dibaca dengan mengaplikasikan

teknik bercerita yang telah dipelajari.

Murid mendeklamasikan sajak sebelum pengajaran dan pembelajaran

atau sebelum menamatkan pengajaran dan pembelajaran.

Murid melakonkan adegan berdasarkan cerita yang dibaca berdasarkan

kreativiti murid dengan menggunakan sebutan, intonasi dan gaya

penyampaian yang sesuai.

Murid menyampaikan ucapan dalam perhimpunan sekolah atau majlis

yang diadakan di sekolah dengan menggunakan kata sapaan, bahasa

yang bertatasusila, pemilihan kata yang sesuai dan struktur ayat yang

gramatis.

TAJUK 11 PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN (PENGUKUHAN DAN PENGEMBANGAN)

Page 79: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

11.1.2 Aktiviti pengayaan kemahiran membaca (kefahaman bacaan)

Murid merujuk kamus dan menyenaraikan perkataan dan makna

perkataan tersebut yang ditemui dalam teks yang dibaca. Senarai

perkataan dicatatkan dalam buku khas yang dapat dijadikan sebagai

koleksi perbendaharaan kata murid tersebut.

Murid membuat ulasan dan memberi pandangan terhadap watak dan

peristiwa yang berlaku dalam petikan yang dibaca.

Murid mengenal pasti nilai murni dan pengajaran yang terdapat dalam

teks yang dibaca serta mengenal pasti mesej yang ingin disampaikan

dalam teks.

Murid menghasilkan peta cerita yang dapat menggambarkan keseluruhan

cerita yang dibaca dalam petikan yang diberikan oleh guru atau cerita

yang telah dibaca murid di luar bilik darjah.

Murid memberi justifikasi dan kewajaran sesuatu peristiwa yang dibaca

itu berlaku dari aspek kekuatan dan kelemahan.

Murid mengenal pasti atau membayangkan hubungan sebab dan akibat

yang tidak dinyatakan atau tiada petunjuk yang diberikan dalam petikan.

11.1.3 Aktiviti pengayaan kemahiran menulis

Murid mengambil imlak berbentuk ayat atau perenggan dengan ejaan

dan tanda baca yang betul serta tulisan yang kemas.

Murid menyudahkan cerita berdasarkan gambar tunggal, gambar bersiri

atau tanpa gambar.

Murid menukarkan dialog dalam bentuk cerita.

Murid menghasilkan puisi tradisional pantun atau syair atau puisi moden

sajak berdasarkan cerita yang dibaca atau didengar.

Murid memprosakan puisi syair dan sajak.

Murid menulis biodata tokoh atau individu yang dikagumi dengan

berusaha untuk mendapatkan bahan daripada sumber yang pelbagai.

Murid menulis cerita berdasarkan tema yang ditentukan oleh guru.

Murid menulis karangan berbentuk imaginasi yang mempunyai pelbagai

kemungkinan secara kreatif dengan menggunakan frasa ”Jika saya...”

Page 80: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

Aktiviti Berikan dua contoh aktiviti pengayaan bagi setiap kemahiran dengan

menunjukkan cara pelaksanaannya.

Page 81: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

TAJUK 12 PENYEDIAAN BAHAN BANTU AKTIVITI PENGAYAAN

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan penyediaan bahan bantu aktiviti pengayaan berbentuk permainan

bahasa, bacaan tambahan, dan kerja projek.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Menyediakan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan

kerja projek.

ii. Mengaplikasikan bahan bantu mengajar bagi permainan bahasa, bacaan tambahan, dan

kerja projek.

12.1 Aktiviti dan Bahan

Perancangan yang rapi adalah perlu untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengayaan.

Aktiviti-aktiviti yang disediakan itu hendaklah:

i. Bercorak belajar sendiri. Ia haruslah mengandungi arahan yang jelas agar murid

menjalankannya tanpa banyak tunjuk ajar daripada guru.

ii. Boleh dijalankan secara individu atau kumpulan.

iii. Menarik, mencabar serta sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang

berbeza-beza.

iv. Menarik berbentuk aktiviti harian atau berbentuk projek yang mengambil masa

satu atau dua minggu.

v. Mengandungi bahan-bahan yang pelbagai jenis sama ada dibuat sendiri atau

dibeli.

vi. Berkaitan dengan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sama ada secara

langsung atau tidak langsung.

vii. Isi kandungan hendaklah sesuai dengan kemahiran bahasa yang diajarkan.

viii. Peringkat kesukaran hendaklah sesuai dengan kebolehan kumpulan murid.

ix. Arahan hendaklah jelas, tepat, dan ringkas.

x. Ilustrasi hendaklah seelok-eloknya berwarna-warni dan bersesuaian dengan

konsep dan maksud kandungan pelajaran.

Page 82: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

Jenis-jenis aktiviti pengayaan yang boleh dijalankan terdiri daripada bacaan tambahan,

kerja projek, dan permainan dan rekreasi.

12.2 Bacaan Tambahan

Tujuan diadakan aktiviti ini ialah supaya murid dapat mempertingkatkan lagi

pengetahuan dalam bidang bahasa. Dengan cara ini, mereka akan menimba ilmu dalam

bidang-bidang baharu. Di samping itu, murid diharap dapat meminati dan menguasai

bacaan secara luas.

Bacaan tambahan boleh dijalankan di dalam kelas, di luar kelas, atau di perpustakaan.

Guru hendaklah berperanan sebagai pembantu kepada murid untuk memilih bahan

bacaan yang sejajar dengan minat dan kebolehan mereka. Bahan bacaan boleh terdiri

daripada buku-buku berbentuk ilmu pengetahuan, buku cerita, majalah, hasil kerja

murid yang dikumpulkan, risalah, potongan akhbar, dan ensiklopedia.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 1 dicadangkan mempunyai ilustrasi menarik,

berwarna-warni untuk merangsang imaginasi dan fantasi murid. Struktur ayat

hendaklah mudah. Fon saiz dicadangkan antara 14 – 18 dengan bilangan muka surat

kurang daripada enam muka surat.

Ciri-ciri bahan bacaan bagi murid Tahap 2 dicadangkan mempunyai ilustrasi sesuai

mengikut keperluan. Bahan-bahan berbentuk realiti lebih sesuai dengan murid tahap ini.

Struktur ayat yang boleh digunakan ialah ayat mudah dan ayat kompleks. Saiz fon 12

lebih sesuai digunakan bagi tahap ini. Bilangan muka surat bahan bacaan bawah 20

muka surat.

Garis panduan lain bagi menyediakan kad-kad bahan bacaan tambahan adalah seperti

yang berikut:

Bahan-bahan bacaan boleh berbentuk puisi, dialog, teka-teki, cerita, iklan, berita

Bahan boleh dalam bentuk bahan sebenar dan kartun

Tajuk yang dipilih hendaklah sejajar dengan peringkat pembelajaran murid.

Page 83: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

12.3 Kerja Projek

Projek memerlukan murid membuat kajian terhadap sesuatu perkara yang dipelajari

atau diminati. Kajian-kajian itu dalam bentuk inkuiri, penerokaan, produk baharu seperti

buku skrap, pembelajaran berasaskan masalah, drama kreatif, diorama, dan

penghasilan produk.

Murid melaksanakan projek secara kolaboratif, berpasukan, memfokuskan kemahiran

interpersonal, menyelesaikan masalah ,dan membuat keputusan. Tempoh masa

menjalankan projek bergantung kepada keperluan yang ditentukan oleh guru. Aktiviti

pengayaan berbentuk projek juga menekankan konsep konstektual dan

konstruktivisme.

Contoh-contoh projek yang boleh dijalankan:

Menyediakan carta cuaca

Mengumpul gambar, poskad yang pelbagai

Mengumpul pelbagai jenis daun

Menyediakan akuarium yang mengandungi pelbagai ikan

Menyediakan dan melengkapkan sudut pembelajaran dalam kelas

Mengadakan gotong-royong

Mengadakan lawatan

Ciri projek berasaskan inkuiri dan masalah ialah:

Meneroka cabaran dan masalah dunia sebenar untuk tujuan menyelesaikan

masalah

Bekerjasama, berkolaborasi dalam kumpulan kecil

Wujud penyerapaan antara ilmu dan disiplin mata pelajaran lain

Memerlukan kemahiran berfikir tinggi untuk membuat keputusn dan

menyelesaikan masalah.

Penilaian boleh dalam bentuk holistik dan berterusan.

Penyoalan tonggak pembelajaran inkuiri. Murid boleh mengemukakan soalan

dan mengenal pasti kaedah menjawab dan memberikan penjelasan.

Membina membina pemahaman baharu dan refleksi

Page 84: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

12

Rajah Kitaran Inkuiri

MENYOAL

Bermula dengan minat dan keinginan meneroka

Soalan yang bermakna kepada kehidupan murid tentang pengalaman dunia

Soalan atau masalah sebagai fokus

Murid memurnikan dan menjelaskan masalah

MENYELIDIK

Mengumpul maklumat – mengesan sumber maklumat – membuat pembacaan,

menemu bual, membuat pemerhatian, soal selidik

Murid mungkin membina soalan baharu untuk memperoleh maklumat dan data

terperinci

MEMBINA

Membuat perkaitan antara maklumat dengan cara mensintesis dan menemui

jawapan

Membina pemahaman baharu

KITARAN

INKUIRI

MENYOAL

MERANCANG

MEMBINA

MENYELIDIK

MEMBUAT REFLEKSI

Page 85: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

13

MERANCANG

Merancang tindakan seterusnya berdasarkan dapatan hasil penyelidikan dan

tafsiran data

MEMBUAT REFLEKSI

Memperuntukkan masa untuk melihat semula persoalan, proses mencari

jawapan dan penyelesaian masalah untuk memberikan pemahaman makna.

12.4 Permainan dan Rekreasi

Kedua-dua jenis aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang

menyeronokkan. Aktiviti-aktiviti itu terdiri daripada permainan pendidikan dan

permainan untuk rekreasi. Permainan-permainan ini akan mewujudkan suasana

pembelajaran yang selesa dan menggembirakan. Murid-murid akan sentiasa berfikir

dan menyusun strategi bagi mengatasi satu-satu masalah yang dihadapi semasa

permainan itu dilaksanakan. Permainan dan rekreasi hendaklah berkaitan dengan

kemahiran bahasa yang diajarkan.

Contoh permainan bahasa :

Teka silang kata

Teka teki

Ular dan tangga

Sahiba

Mencari harta karun

Congkak

Bermain dengan blok-blok

Permainan bahasa adalah cara mempelajari bahasa melalui permainan atau pengayaan

bahasa melalui permainan. Terdapat dua jenis permainan bahasa:

a. Linguistik

Berfokuskan kepada cara membina struktur ayat yang betul

Page 86: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

14

b. Komunikatif

Berfokuskan kepada kelancaran dan kefasihan, iaitu pertukaran maklumat dan

idea antara dua pihak, contoh: perbincangan tentang dua gambar yang hampir

serupa tetapi tidak sama.

12.5 Memilih Permainan Bahasa

Permainan bahasa yang dipilih seharusnya memenuhi kriteria yang berikut:

Bukan sekadar hiburan

Melibatkan pertandingan “persahabatan”

Semua murid mesti terlibat

Fokus dan menggalakkan murid menggunakan bahasa

Memberikan peluang kepada murid belajar,berlatih dan mengulang kaji ,

mengukuhkan aspek bahasa yang dipelajari

Arahan yang jelas, dan demonstrasi oleh guru boleh diikuti dengan arahan

Sumber rujukan daripada internet atau bahan bercetak seperti kamus

Contoh-contoh permainan bahasa:

a. Kemahiran mendengar bertutur

Nama permainan: Telefon Karat

Objektif permainan:

Menyampaikan berita atau mesej dengan berkesan selepas

mengetahui kebenaran berita atau mesej itu.

Meningkatkan kemahiran menghafaz dan mengingat.

Melihat bagaimana sesuatu mesej atau berita disampaikan daripada

individu kepada individu yang lain.

Cara bermain:

Seorang murid diminta datang ke hadapan kelas.

Guru akan memberikannya sebuah catatan dan murid itu diminta

membacanya secara senyap.

Murid itu diminta membisikkan catatan itu kepada rakannya yang

kedua.

Page 87: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

15

Rakannya itu pula diminta menyampaikan mesej itu kepada rakan

yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga rakan yang kesepuluh.

Murid yang kesepuluh itu akan mengujarkan semula catatan tersebut

secara kuat di hadapan kelas.

Catatan yang perlu dibaca dan dibisikkan :

b. Permainan Bahasa Berdasarkan Teks Bacaan

Arahan: Sila susun semula huruf dalam perkataan supaya menjadi satu atau

beberapa perkataan baharu.

KISAH : HAKIS

RUMAH : HARUM, MURAH

SATU

LIHAT

ANAK

DAPAT

c. Permainan bahasa berdasarkan menu kantin sekolah

Objektif permainan bahasa:

Menganalisis menu makanan yang terdapat di kantin sekolah.

Melengkapkan tempat kosong berpandukan menu yang dibaca.

Cara bermain:

Murid membaca maklumat yang terdapat dalam menu makanan yang

terdapat di sekolah Kebangsaan Selesa.

Murid melengkapkan tempat kosong berpandukan maklumat tersebut.

Ah Ling pergi ke Kerling, ingin membeli batu giling. Dalam perjalanan

terlanggar tenggiling, lalu terjatuh terguling-guling, rupa-rupanya dia

juling.

Page 88: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

16

MENU KANTIN SEKOLAH KEBANGSAAN SELESA

Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu

Nasi

Lemak

Nasi

goreng

Mee

goreng

Laksa

Nasi

tomato

Ikan

goreng

Nasi

goreng

pataya

Mee kari

Nasi lemak

Nasi

goreng

Nasi ayam

goreng

RM 1.00

RM 1.00

RM 2.00

RM 1.50

RM 1.00

RM 2.00

Arahan : Isi tempat kosong berpandukan menu di atas.

i. Hari ini ialah hari _______________. Kantin sekolah menjual _____________

dan ______________.

ii. Semalam ialah hari _______________. Menu kantin sekolah ialah

______________ dan_____________.

iii. Dalam satu minggu, hari _____________ ialah hari cuti bagi kantin.

iv. Sepinggan nasi lemak berharga ______________. Ia dijual pada hari

_____________ dan hari ______________.

v. Kecuali pada hari _______________, kami boleh membeli nasi pada hari

___________, ____________ , _____________ , _____________ ,

___________.

vi. Sepinggan nasi ayam goreng berharga________________. Ia hanya dijual pada

hari ___________.

d. Kemahiran menulis

Objektif permainan bahasa:

Mewujudkan pemikiran kreatif dan kritis

Mewujudkan individu yang yakin menggunakan bahasa

Page 89: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

17

Cara bermain:

Murid dikehendaki memilih lima gambar

Berdasarkan lima gambar tersebut, murid diminta untuk menulis sebuah cerita

Arahan: Pilih lima gambar dan tuliskan sebuah cerita.

Aktiviti

Berdasarkan satu kemahiran bahasa, bina aktiviti dan bahan bantu mengajar

pengayaan yang berbentuk bahan bacaan tambahan, projek, dan permainan

bahasa. Tugasan ini hendaklah dibuat dalam kumpulan dan hasil kerja

dibentangkan dalam kelas.

Page 90: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

1

Sinopsis

Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan satu perancangan yang baik dari aspek

ruang, objektif, langkah aktiviti dan menetapkan strategi pelaksanaan aktiviti pengayaan untuk

membolehkan guru melaksanakan aktiviti pengayaan dengan berkesan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menyusun atur ruang di dalam kelas untuk aktiviti pengayaan.

ii. Menulis objektif yang berbeza bagi setiap kumpulan pengayaan.

iii. Menentukan strategi pengayaan yang sesuai.

13.1 Penyediaan Rancangan Pengajaran Aktiviti Pengayaan

Aktiviti pengayaan memerlukan guru menyediakan rancangan pengajaran supaya aktiviti

dapat dilaksanakan dengan baik dan memberi kesan yang positif ke arah meningkatkan

kemahiran berbahasa murid. Dalam perancangan pengajaran, guru perlu mengambil

kira aspek ruang pengayaan, objektif aktiviti, langkah-langkah aktiviti dilaksanakan dan

strategi pengajaran pengayaan.

13.1.1 Mengenal pasti ruang pengayaan

Murid berada dalam kumpulan berdasarkan pencapaian, seperti kumpulan

cerdas, sederhana dan lambat. Guru perlu mengatur ruang/tempat di dalam

kelas untuk menempatkan setiap kumpulan murid bagi aktiviti pengayaan supaya

lebih terurus. Bahan disimpan di tempat yang sesuai supaya mudah untuk

diambil dan digunakan. Kumpulan murid tidak sama setiap masa kerana

kebolehan setiap murid tidak sama bagi semua mata pelajaran. Murid perlu

dilatih untuk bergerak dengan cepat dalam kumpulan supaya aktiviti pengayaan

dapat dilaksanakan dengan lancar. Oleh itu, pengurusan ruang untuk aktiviti

pengayaan secara kumpulan hendaklah dilaksanakan secara mudah alih.

TAJUK 13 PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Page 91: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

2

13.1.2 Objektif dan langkah-langkah aktiviti

Objektif aktiviti pengayaan bagi setiap kumpulan harus berbeza. Objektif secara

kumpulan ini dianggap sebagai objektif lanjutan daripada objektif P dan P secara

kelas. Aktiviti pengayaan bagi tiga kumpulan berdasarkan kemahiran yang sama.

Peringkat kesukaran objektif setiap kumpulan berbeza sesuai dengan tahap

kebolehan dan pencapaian kumpulan. Pencapaian minimun dalam objektif perlu

sesuai dengan tahap kebolehan setiap kumpulan murid.

Contoh objektif pengayaan untuk kemahiran menulis ayat tunggal dengan

menggunakan kata kerja transitif:

Kelas: Tahun 3

Kumpulan Anggerik (cerdas)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa merujuk gambar

tanpa pilihan perkataan.

Langkah:

Guru memberi arahan kepada murid supaya menulis lima ayat tunggal

dengan menggunakan kata kerja transitif selain daripada kata kerja transitif

yang telah dipelajari.

Murid menulis lima ayat tunggal dengan gramatis tanpa bimbingan guru.

Kumpulan Mawar (sederhana)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal secara gramatis berdasarkan gambar

tunggal tanpa pilihan perkataan.

Langkah:

Guru memberikan sekeping gambar tunggal yang mengandungi lima individu

dalam sebuah keluarga sedang melaksanakan tugas masing-masing.

Murid menulis lima ayat tunggal berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh

setiap individu dalam gambar tanpa bimbingan daripada guru.

Kumpulan Cempaka (lambat)

Murid dapat menulis lima ayat tunggal berdasarkan gambar bersiri dengan

mengisi tempat kosong dengan menggunakan perkataan yang diberikan.

Langkah:

Page 92: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

3

Guru memberikan gambar bersiri yang terdiri daripada lima keping gambar

yang menunjukkan individu sedang melakukan sesuatu aktiviti. Di bawah

gambar terdapat satu ayat yang dikosongkan untuk diisi dengan kata kerja

transitif. Lapan pilihan jawapan disediakan oleh guru.

Guru membimbing murid untuk memilih jawapan yang paling tepat.

13.1.3 Menentukan Strategi dan aktiviti

Guru menentukan sama ada ingin melaksanakan aktiviti pengayaan melalui

kumpulan mengikut kebolehan murid atau aktiviti pengayaan bersama kumpulan

menjalankan aktiviti pemulihan atau melalui kumpulan pelbagai kebolehan.

Jika aktiviti pengayaan dalam kumpulan mengikut kebolehan murid, aktiviti murid

cerdas harus lebih mencabar daripada murid sederhana, aktiviti murid lambat

lebih mudah daripada murid sederhana. Murid cerdas dapat membimbing murid

dalam kumpulan lambat.

Bagi aktiviti pengayaan diberikan kepada murid cerdas dan sederhana manakala

murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan , guru memberikan arahan yang

jelas kepada murid pemulihan kerana guru perlu membimbing murid pemulihan.

Jika guru melaksanakan aktiviti pengayaan dalam kumpulan pelbagai kebolehan,

murid cerdas dilatih untuk membantu/membimbing murid lambat. Sesuai

dilaksanakan jika kekurangan bahan bantu belajar. Wujudkan stesen untuk

meletakkan bahan yang berbeza (jumlah setiap bahan sedikit).

Aktiviti

Sediakan rancangan pengajaran harian untuk anda melaksanakan satu

pengajaran dengan memasukkan objektif pengayaan dan langkah-langkah

pelaksaanaan aktiviti berdasarkan strategi yang sesuai.

Page 93: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

4

TAJUK 14 SESI LATIHAN PENGAJARAN AKTIVITI PENGAYAAN

Sipnosis

Tajuk ini memfokuskan sesi latihan pengajaran aktiviti pengayaan yang perlu dirancang

berdasarkan kemahiran-kemahiran bahasa.

Hasil pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. Mengenal pasti dan merancang sesi latihan bagi aktiviti pengayaan

ii. Melaksanakan sesi latihan pengajaran bagi aktiviti pengajaran

14.1 Program Pengayaan

Program pengayaan hendaklah dilaksanakan untuk semua murid cerdas, sederhana,

dan lambat di dalam kelas KBSR dan KSSR. Program pengayaan merupakan suatu

rancangan pembelajaran yang disediakan untuk murid memperoleh pelbagai aktiviti-

aktiviti yang sejajar dengan kebolehan mereka.

Jenis-jenis pengayaan boleh terdiri daripada bacaan tambahan, kerja projek, dan

permainan dan rekreasi. Ketika melaksanakan aktiviti pengayaan perkara-perkara yang

berikut hendaklah diambil kira ialah:

Program pengayaan dijalankan secara tidak formal.

Program hendaklah dirancangkan dengan teliti.

Guru berperanan sebagai pendorong

Guru memberikan bimbingan kepada murid lambat ketika aktiviti

pengayaan dijalankan.

Murid cerdas digalakkan mengajar murid yang lambat

Penghargaan diberikan kepada murid yang telah menghasilkan kerja.

Page 94: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

5

14.2 Kemahiran Mendengar dan Bertutur (Lisan)

Lengkapkan kata bual berdasarkan gambar bersiri cerita harimau dengan sang kancil.

Selepas melengkapkannya, murid secara berpasangan dikehendaki mengujarkannya

dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.

14.3 Kemahiran Membaca

Bil. Aktiviti-aktiviti kemahiran Aktiviti-aktiviti pengayaan

1

Membunyikan huruf yang

ditunjukkan.

Memadankan kad gambar yang

ejaannya bermula dengan huruf yang

ditunjukkan.

2

Membunyikan suku kata

yang ditunjukkan.

Menyesuaikan suku kata dengan

gambar yang diberikan.

3

Membaca perkataan yang

ditunjukkan

Memadankan gambar dengan perkataan

yang diberikan.

Mula

Tamat

zzz

Page 95: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

6

14.4 Kemahiran Menulis

Contoh 1

Bil. Contoh Aktiviti-aktiviti

Kemahiran Contoh Aktiviti-aktiviti Pengayaan

1

Melawat ke kawasan

sekolah untuk melihat

pelbagai jenis bunga.

Mengkaji bunga, iaitu bau, warna, dan saiz

2 Bersoal jawab tentang

bunga-bunga yang dilihat

Memasukkan keratan pokok-pokok bunga

ke dalam botol-botol yang berisi air untuk

dijadikan hiasan bilik darjah dan ditanam ke

dalam pasu apabila tumbuh akarnya.

3

Memadankan gambar

bunga dengan kad

perkataan

Melengkapkan silang kata tentang pokok

atau bunga.

4 Mencari kad-kad huruf

bagi menamakan gambar

Mencari benda-benda yang tersembunyi

dalam gambar.

5

Mengisi petak kosong

untuk melengkapkan satu

nama.

Membaca kad-kad atau buku-buku yang

disediakan oleh guru tentang pokok atau

bunga.

6 Menyalin perkataan-

perkataan yang dipelajari.

Menulis sebuah cerita pendek dengan

menggunakan perkataan-perkataan yang

disalin.

7 Melukis bunga yang

digemari.

Menyediakan buku skrap berkaitan dengan

bunga-bungaan.

Page 96: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

7

Contoh 2

SAYA PANDAI MENULIS AYAT

Objektif:

Murid-murid dapat membina dan menulis ayat mudah.

Bahan:

Kad yang mengandungi perkataan yang terdiri daripada dua suku kata terbuka.

Buku latihan atau kertas.

Bentuk permainan:

1. Cara bermain:

Individu

Berpasangan

2. Aktiviti permainan:

Guru memberi kepada murid kad senarai perkataan.

Guru menyuruh murid membina dan menulis seberapa banyak ayat yang boleh

dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut.

Murid atau kumpulan yang paling banyak dapat membina ayat dengan betul

dikira sebagai pemenang.

ada

biru

baru

bapa saya

suka

baju beli

Page 97: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

8

Contoh jawapan:

1. Saya baca buku. 2. Buku bapa biru.

Saya beli buku. Buku bapa saya.

Saya baru beli buku. Buku bapa saya biru.

Saya baru beli buku. Buku bapa saya baru.

Bapa beli buku baru. Saya suka baca buku.

Bapa suka baca buku baru. Saya suka baca buku baru.

Bapa baru beli buku. Bapa saya beli buku.

Bapa beli buku. Bapa saya beli buku biru.

Bapa suka beli buku. Bapa saya baru beli baju.

Bapa saya suka baca buku. Bapa saya baru beli baju biru.

Aktiviti: Bina satu rancangan pengajaran yang memfokuskan aktiviti pengayaan kemudian cadangkan bahan bantu mengajar dan cara-cara mengendalikannya di dalam kelas. Simulasikan pengajaran tersebut.

Page 98: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

9

Sinopsis

Tajuk ini membincangkan kaedah penilaian yang dapat dilaksanakan untuk menilai pencapaian

murid yang mengikuti aktiviti pengayaan, cara rekod penilaian disimpan oleh guru dan tindakan

susulan yang dijalankan oleh guru selepas penilaian dilaksanakan.

Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda dapat:

i. Menghuraikan kaedah yang digunakan oleh guru untuk menilai hasil daripada aktiviti

yang telah dilaksanakan oleh murid yang mengikuti pengayaaan.

ii. Menjelaskan cara penyimpanan rekod pencapaian murid selepas aktiviti pengayaan

dilaksanakan.

iii. Menyenaraikan tindakan susulan yang dapat dilaksanakan oleh guru hasil daripada

penilaian aktiviti pengayaan.

15.1 Penilaian Pengajaran Pendidikan Pengayaan

Selepas murid melaksanakan aktiviti pengayaan yang disediakan, guru hendaklah

membuat penilaian terhadap pencapaian murid semasa proses melaksanakan aktiviti

dan menilai hasil kerja murid selepas aktiviti dilaksanakan. Guru boleh menilai hasil

dengan menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian.

15.1.1 Kaedah Penilaian

Antara kaedah penilaian yang dapat diaplikasikan oleh guru seperti yang berikut:

a. Pemerhatian semasa aktiviti pengayaan murid

Guru boleh menilai murid dari aspek cara murid berinteraksi dengan

rakan-rakan dalam kumpulan, kerjasama, toleransi, tanggungjawab,

kesungguhan, kepimpinan, semangat berpasukan dan aspek lain yang

berkaitan. Penilaian lebih berfokus pada sikap dan sahsiah murid. Guru

boleh menyediakan borang senarai semak yang mengandungi aspek-

aspek yang dinilai, gred pemarkahan dan ulasan guru secara

keseluruhan bagi setiap murid.

TAJUK 15 PENILAIAN PENGAJARAN PENDIDIKAN PENGAYAAN

Page 99: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

10

b. Soal jawab dan perbincangan selepas aktiviti pengayaan

Penilaian dapat dilaksanakan melalui kaedah soal jawab dan

perbincangan. Kaedah ini digunakan oleh guru selepas aktiviti pengayaan

dijalankan. Guru boleh bersoal jawab dengan murid tentang aktiviti yang

telah dilaksanakan sama ada senang atau sukar bagi murid, masa yang

diberikan mencukupi atau sebaliknya serta kenal pasti masalah yang

dihadapi murid semasa menyiapkan aktiviti. Perbincangan tentang cara

murid mendapatkan idea untuk menghasilkan tugasan yang diberikan

atau berbincang tentang sumber yang digunakan untuk menghasilkan

projek dan sebagainya.

c. Pemeriksaan dan penelitian hasil kerja murid selepas aktiviti

pengayaan

Guru menilai hasil kerja murid sama ada secara individu atau

berkumpulan. Hasil kerja yang dinilai boleh terdiri daripada hasil aktiviti

yang dilaksanakan di dalam bilik darjah dan aktiviti yang dilaksanakan di

luar bilik darjah. Hasil kerja dinilai berdasarkan jenis aktiviti pengayaan

yang dilaksanakan. Guru boleh menyediakan borang pemarkahan yang

mengandungi kriteria-kriteria yang ingin dinilai seperti kreativiti,

kekemasan, kesesuaian jika menilai aktiviti projek.

Jenis penilaian yang sesuai untuk menilai aktiviti pengayaan ialah penilaian

formatif, iaitu penilaian yang dibuat setiap kali aktiviti diberikan kepada murid.

Untuk aktiviti yang berbentuk projek, penilaian diberikan selepas projek

disiapkan. Penilaian boleh dilakukan oleh guru sendiri atau mendapatkan

bantuan daripada guru lain atau penilaian sesama murid itu sendiri. Guru perlu

menyediakan borang senarai semak yang mengandungi kriteria penilaian yang

sesuai dengan aktiviti yang dijalankan. Penilaian yang diikuti oleh penghargaan

daripada guru dapat membangkitkan semangat belajar dalam kalangan murid.

Page 100: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BMM3063 PEMULIHAN DAN PENGAYAAN PENGAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

11

15.1.2 Penyimpanan Rekod

Keputusan penilaian yang telah dilaksanakan oleh guru semasa dan selepas

aktiviti pengayaan perlu direkodkan dan disimpan di dalam fail. Guru boleh

menyimpan rekod murid di dalam fail secara individu atau secara kumpulan.

Rekod ini penting sebagai rujukan untuk melihat pencapaian dan hasil kreativiti

murid dalam aktiviti pengayaan yang telah dijalankan.

15.1.3 Tindakan Susulan

Guru dapat menjadikan hasil penilaian sebagai asas untuk mengadakan

tindakan susulan seperti memberikan bahan dan aktiviti yang lebih mencabar

dan menguji minda bagi murid cerdas untuk mengelakkan mereka berasa bosan

dengan aktiviti yang diberikan manakala guru juga berperanan untuk

mempertingkatkan aktiviti bagi murid yang sederhana dan lambat jika mereka

telah dapat menguasai kemahiran dengan baik berdasarkan aktiviti pengayaan

yang telah diadakan.

Kesimpulannya, guru dapat menyediakan aktiviti yang lebih sesuai dan

mencabar minda untuk setiap individu/kumpulan hasil daripada penilaian yang

telah dilaksanakan.

Aktiviti

a. Bincangkan kaedah penilaian yang dapat digunakan dalam pendidikan

pengayaan yang dapat membantu guru untuk meningkatkan kualiti

aktiviti pengayaan seterusnya.

b. Anda dikehendaki menyediakan fail yang mengandungi rekod hasil

penilaian aktiviti pengayaan yang telah anda laksanakan di sekolah

anda dengan memilih satu daripada kaedah penilaian yang telah

dipelajari.

Page 101: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BIBLIOGRAFI Abdul Hamid Mahmood. (2006). “Penyerapan Nilai Murni dalam Pengajaran dan

Pembelajaran Bahasa Melayu” dalam Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu: Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjung Malim: Penerbit UPSI.

Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Perancangan Bahasa: Pengintelektualan Bahasa Melayu.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amabile, T.M. 1983. The Social Psychology of Creativity. New York: Springer-Verlag. Awang Sariyan. (2004). Tuntunan Bahasa: Asas Pegangan Pelajar. Petaling Jaya: Pearson

Malaysia Sdn. Bhd. Cropley, A.J. 1992. More Ways Than One: Fastering Creativity. New Jersey: Ablex Publishing

Corporation. Johnson, M.C. 1994. Cerulean sky: A gifted student explains his differences and difficulties,

Gifted Child Today, 17 (5), 42. Kamarudin Hj. Hussin dan Siti Hajar Hj. Abd. Aziz (1998). Pengajian Melayu 5 dan 6

(Pemulihan dan Pengayaan, Pengurusan Sumber). Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia (2001). Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan

Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam

Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan Matlamat dan

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

Rendah Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum (Tahun 1 – Tahun 6).

Mayer, R.E. 1983. Thinking,Problem Solving, Cognition. San Francisco: Freeman. Mohamad Mohsin Mohamad Said & Nasruddin Yunos. Peranan Guru dalam Memupuk

Kreativiti Pelajar. Jurnal Pengajian Umum, 9, 57-71 Nik Safiah Karim et. al. (2006).Tatabahasa Dewan Edisi Semakan. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka. Parnes, Sidney. 1967. Creative Behaviour Guidebook. New York: Charles Scribaer. Raminah Hj. Sabran (1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit

Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Page 102: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Syed Abu Bakar Syed Akil.(1997).Bimbingan Khas Perkhidmatan Pendidikan Pemulihan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tan, A.G. 1997. Educator Roles in Promoting Creative Thinking. Jurnal Pendidikan Tinggi, 4, 77-84.

Zainab Ahmad (Penterj.). 2004. Pembelajaran Aktif: 101 Strategi untuk mengajar apa jua

subjek. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Page 103: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PANEL PENULIS MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

CIK HJH FATIMAH BT IDRIS Pensyarah Kanan, IPG Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai, Kuala Lumpur E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan Bahasa Melayu UM

Sarjana Muda Sastera dengan Kepujian UM

Diploma Pendidikan UM Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu ( 23 tahun)

Ketua Jabatan, Jabatan Penyelidikan dan Inovasi Profesionalisme Keguruan (6 Tahun)

Guru Sekolah Menengah (12 tahun)

CIK HAJAH HAMIDAH BINTI ABD HAMID Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur (Oktober 2002 hingga kini) Pensyarah Institut Perguruan Sultan Idris, Tg. Malim, Perak (1992 – 2002) E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan Universiti Malaya

B.A. (Hons.) Universiti Malaya

Dip.Pendidikan, UM Pengalaman:

Pensyarah di IPG (sejak 1992 hingga kini)

Munsyi Dewan (sejak 1996 hingga kini)

Jurulatih Utama Kebangsaan untuk KSSR dan PBS

Pegawai Kurikulum di Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (6 tahun)

Guru Bahasa Melayu (4 tahun)

PN ZAINIYAH BT MD ZAIN Pensyarah Jabatan Bahasa Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pendidikan Pengajaran Bahasa

B.A. (Hons) Sastera dan Sains Sosial Pengalaman:

Pensyarah di IPG KBM (23 tahun)

Jurulatih Utama Kebangsaan untuk KSSR dan PBS

Guru Bahasa Melayu dan Sejarah SM (5 tahun)

PN TUAN ZAINAB BT WI Jabatan Bahasa IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai, Kuala Lumpur E-mel: [email protected]

Kelulusan:

Sarjana Pengajian Kesusasteraan Melayu UM

Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) UM

Sijil Perguruan ( Pengajian Melayu/Sejarah) MPPM Melaka

Sijil Perguruan Khas (Kesusasteraan Dalam Pendidkan Bahasa Melayu) IBBM

Pengalaman:

Pensyarah Pengajian Melayu (4 tahun)

Guru Bahasa Melayu SM ( 23 tahun)

Page 104: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

PANEL PENILAI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PPG)

(BAHASA MELAYU PENDIDIKAN RENDAH)

NAMA KELAYAKAN

ENCIK SARDI BIN AHMAD Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Pendidikan Teknik Bandar Ensteks, Nilai Negeri Sembilan e-mel : [email protected]

Kelulusan:

Master Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)

Bachelor Pendidikan (Pengajaran Bahasa

Malaysia sebagai Bahasa Pertama)

Sijil Perguruan (Pengajian Melayu dan Ilmu

Alam)

Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu (24 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2004 hingga kini)

PUAN TUAN ZAINAB BINTI WI Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu Lembah Pantai Kuala Lumpur e-mel: [email protected]

Kelulusan: Ijazah Sarjana Pengajian Melayu (Kesusasteraan Melayu) Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Khas (Kesusasteraan dalam Pendidikan Bahasa Melayu) Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu dan Sejarah) Pengalaman: Guru Bahasa Melayu (SM) (21 tahun) Pensyarah di IPG (6 tahun)

PN. MASTURA BINTI MOHAMED

BERAWI

Pensyarah, IPG Kampus Raja Melewar, Seremban, Negeri Sembilan e-mel : [email protected]

Kelulusan:

Master Bahasa Melayu

Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian

(Linguistik dan Komunikasi)

Sijil Perguruan Asas (Bahasa Melayu) Pengalaman:

Guru Bahasa Melayu (15 tahun) Pensyarah di IPG (sejak 2007 hingga kini)

Page 105: PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

LAMPIRAN A

53

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat