24
422 PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim Muhammad Zaini Yahya Muhamad Adib Samsudin Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia & Diani Mardiana Mat Zin Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia ABSTRAK Halal dan haram merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya bagi memastikan kelangsungan hidup mereka seiring dengan tuntutan syarak. Mencari yang halal dan menjauhi yang haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana setiap makanan dan minuman akan mempengaruhi peribadi dan sahsiah bagi setiap mukmin. Justeru, prinsip amat penting sebagai batu asas dan penanda arah bagi penentuan hukum halal dan haram sesuatu barangan atau makanan. Kini, permasalahan akan timbul apabila umat Islam tidak mengetahui dan mengambil cakna atas kepentingan mendalami prinsip prinsip makanan halal dan haram yang ditetapkan oleh Islam. Maka, objektif kajian ini adalah untuk mendalami dan membincangkan prinsip prinsip dan pembahagian makanan yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kualitatif tematik iaitu kajian analisis dokumen berdasarkan tema yang dipilih iaitu prinsip dan pembahagiannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua barangan, makanan atau manfaat yang diciptakan oleh Allah adalah harus hukumnya iaitu dibolehkan, kecuali terdapat nas yang sahih dan jelas menunjukkan atas pengharamannya. Kajian mengenai prinsip prinsip dan pembahagian makanan merupakan garis panduan yang penting bagi semua umat Islam dan penyelidikan yang lebih terperinci dan fokus amat diperlukan bagi memudahkan umat Islam mengambil makanan yang ‘Halalan Tayyiban” dan mensyukuri nikmat yang diciptakan oleh Allah swt. Kata kunci: Prinsip, Halal, Haram, Makruh, Sunnah PENDAHULUAN Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan fitrah dan jiwa manusia yang mempunyai kecenderungan kepada perkara perkara yang baik dan bersih. Sebagaimana firman Allah swt: َ رَ طَي فِ ت ه الِ ه َ تَ رْ طِ فۚ اً يفِ نَ حِ ينِ لدِ لَ كَ هْ جَ وْ مِ قَ أَ ف ينِ الدَ كِ ل َ ذۚ ِ ه ِ قْ لَ خِ لَ يلِ دْ بَ تَ ۚ اَ هْ يَ لَ عَ لنهاس ا نهِ ك َ لَ و مِ يَ قْ الْ كَ أَ ن َ لْ َ يَ ِ لنهاس اَ رَ (Al-Quran, Al-Rūm 30:30) Maksudnya:

PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

422

PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM

Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim

Muhammad Zaini Yahya

Muhamad Adib Samsudin

Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam,

Universiti Kebangsaan Malaysia

&

Diani Mardiana Mat Zin

Permata Insan,

Universiti Sains Islam Malaysia

ABSTRAK

Halal dan haram merupakan satu gagasan yang diperkenalkan oleh Islam kepada umatnya

bagi memastikan kelangsungan hidup mereka seiring dengan tuntutan syarak. Mencari

yang halal dan menjauhi yang haram adalah wajib bagi setiap Muslim kerana setiap

makanan dan minuman akan mempengaruhi peribadi dan sahsiah bagi setiap mukmin.

Justeru, prinsip amat penting sebagai batu asas dan penanda arah bagi penentuan hukum

halal dan haram sesuatu barangan atau makanan. Kini, permasalahan akan timbul apabila

umat Islam tidak mengetahui dan mengambil cakna atas kepentingan mendalami prinsip –

prinsip makanan halal dan haram yang ditetapkan oleh Islam. Maka, objektif kajian ini

adalah untuk mendalami dan membincangkan prinsip – prinsip dan pembahagian makanan

yang selaras dengan al-Quran dan Sunnah. Kaedah yang digunakan ialah kajian kualitatif

tematik iaitu kajian analisis dokumen berdasarkan tema yang dipilih iaitu prinsip dan

pembahagiannya. Hasil kajian ini mendapati bahawa semua barangan, makanan atau

manfaat yang diciptakan oleh Allah adalah harus hukumnya iaitu dibolehkan, kecuali

terdapat nas yang sahih dan jelas menunjukkan atas pengharamannya. Kajian mengenai

prinsip – prinsip dan pembahagian makanan merupakan garis panduan yang penting bagi

semua umat Islam dan penyelidikan yang lebih terperinci dan fokus amat diperlukan bagi

memudahkan umat Islam mengambil makanan yang ‘Halalan Tayyiban” dan mensyukuri

nikmat yang diciptakan oleh Allah swt.

Kata kunci: Prinsip, Halal, Haram, Makruh, Sunnah

PENDAHULUAN

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah bersesuaian dengan fitrah dan jiwa

manusia yang mempunyai kecenderungan kepada perkara – perkara yang baik dan bersih.

Sebagaimana firman Allah swt:

الهتي فطر ين حنيفا فطرت للاه ين فأقم وجهك للد لك الد ذ كنه النهاس عليها ال تبديل لخلق للاه ن أك القي م ول ل ثر النهاس ال ي

(Al-Quran, Al-Rūm 30:30)

Maksudnya:

Page 2: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

423

“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; tetaplah atas fitrah Allah

yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah

(itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”

Allah telah mendatangkan pelbagai panduan dan peraturan dalam setiap aspek kehidupan

termasuk hal – hal yang berkaitan dengan makanan dan minuman. Kesemuanya telah

diperjelaskan oleh Allah SWT secara melalui al-Quran dan al-Sunnah yang merupakan

sumber utama dalam menentukan status halal atau haram sesuatu makanan.

Ketentuan hukum halal dan haram yang diwujudkan adalah bertujuan bagi menjaga

kepentingan dan kebaikan umat manusia agar terhindar daripada kemudaratan di samping

ia akan memberi kemudahan kepada umat Islam dalam urusan ibadah dan kehidupan.

Setiap ketentuan yang disyariatkan oleh Allah SWT semuanya berdiri di atas prinsip

“mafsadah dan maslahah”, begitu juga dalam menentukan halal haram sesuatu perkara.

Maka, kajian ini adalah bertujuan mengkaji prinsip – prinsip makanan menurut perspektif

Islam dan pembahagian makanan. Makanan dan minuman dibincangkan dan dibahagikan

kepada empat bahagian iaitu makanan halal, haram, makruh dan sunnah. Kajian ini

menggunakan metode menganalisis dokumen dengan melihat kepada konsep, perbezaan

dan pemahaman mazhab serta penghujahan dalil yang digunakan.

Prinsip – prinsip ini adalah penting dan menjadikan tunggakan asas pemilihan makanan

dan minuman bagi umat Islam. Justeru, menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi setiap

Muslim untuk memilih dan mengambil makanan yang dihalalkan atau yang diharamkan

oleh syara’.

KONSEP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM

Makanan dalam bahasa Arabnya adalah Ath’imah (أطة) di mana istilah athcimah

bentuknya jama’ dan bentuk mufradnya adalah tha’am (طام). (Asy-Syarbini, 2008)

Manakala minuman dalam bahasa Arabnya adalah (أشربة) yang merupakan jama’ bagi

perkataan (شراب), iaitu sesuatu yang diminum (al-Zuhaili, 2009). Makanan dari segi bahasa

pula ialah apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan lain – lain (Kamus Dewan,

1994) dan menurut Mohamed bin Jusoh makanan boleh diertikan sebagai memamah atau

mengunyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair (Mohamed bin Jusoh, 1986).

KAEDAH FIQH BERKAITAN HALAL DAN HARAM MAKANAN

Hukum asal sesuatu ialah harus (dibolehkan).

Umat Islam menetapkan dasarnya bahawa semua barangan dan kemanfaatan ialah mubah

iaitu dibolehkan berdasarkan ayat al-Quran, Allah swt berfirman:

اوات وما في األرض ر لك م ما في السه و وسخه يا منه إ ه في ذلك آليات لقنم يتفكهر ..ج

(Al-Quran, Al-Jāthiah 45:13)

Maksudnya:

Page 3: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

424

“Dan dia memudahkan untuk (faedah dan kegunaan) kamu, segala yang ada di langit dan

di bumi, (sebagai rahmat pemberian) daripada-Nya.”

Menurut Ibn Kathir, ayat ini menunjukkan bahawa segala yang ada di langit dan bumi

adalah bintang – bintang, gunung – gunung, sungai – sungai dan segala perkara yang dapat

dimanfaatkan dan semua daripada Nya tanpa ada sekutu kepadanya.(Ibn Kathir, 2004).

Dasar yang telah ditetapkan oleh Islam ialah asal bagi setiap sesuatu yang diciptakan oleh

Allah sama ada barangan atau manfaat adalah halal dan boleh diguna pakai. Tiada yang

haram melainkan jika ada nas yang sahih dan jelas yang menetapkan pengharamannya.

Manakala, perkara itu akan kekal harus dan halal jika tiada nas yang sahih atau hadis yang

daif untuk menjelaskan pengharamannya. (al-Qaradawi, 2014). Kaedah fiqah yang

digunakan mengenai prinsip ini adalah:

"األصل في األشياء اإلباحة"

Maksudnya: “Asal setiap sesuatu itu adalah harus” (cAzzam, 2001)

Hal ini dijelaskan lagi di dalam hadis Nabi Muhammad saw:

ما أحل هللا في كتابه فهن حالل ، وما حرم فهن حرام ، وما سكت عنه فهن عفن ، فاقبلنا من هللا عافيته ، فإ هللا لم يكن

لينسى شيئا ، وتال ﴿وما كا ربك نسيا﴾.

Maksudnya:

“ Apa sahaja yang dihalalkan oleh Allah SWT di dalam kitab-Nya, maka ia adalah halal

dan apa sahaja yang diharamkan-Nya, maka ia pula adalah haram. Dan apa sahaja yang

didiamkan – Nya, maka ia itu dimaafkan. Dan terimalah kemaafannya itu dari Allah SWT,

kerana sesungguhnya Allah SWT tidak lupa walau sedikit pun. Kemudian Rasulullah

membaca dari firman Allah SWT: Dan tiadalah Tuhanmu itu akan lupa”.

(al-Hathimi, Nur ad-Din, Kasyful al-Astār, Kitab al-At’imah, Bab fīmā Yahillu wamā

Yahrumu, No 2687, Hadis Marfu’)

Kuasa halal dan haram adalah hak Allah swt semata.

Islam membataskan kekuasaan menentukan halal dan haram bagi sesuatu perkara, dan

kuasa menentukan adalah hak yang khusus bagi Allah swt sahaja. Justeru, sesiapa yang

berani menentukan, maka dia telah melampaui batas dan melanggar hak ketuhanan dalam

perundangan Allah swt terhadap manusia (al-Qaradawi, 2014).

Allah swt berfirman:

ذا حال وال ا تصف ألسنت ك م الكذب ه تق نل نا ل وا على للاه ذا حرام لتفتر الكذب ال ل وه و على للاه الكذب إ ه الهذين يفتر

ن ي فلح

(Al-Quran, Al-Nahl 16:116)

Maksudnya:

“Dan janganlah kamu berdusta dengan sebab apa yang disifatkan oleh lidah kamu: Ini halal

dan ini haram, untuk mengada-adakan sesuatu yang dusta terhadap Allah swt.

Sesungguhnya orang – orang yang berdusta terhadap Allah swt tidak akan berjaya”.

Page 4: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

425

Mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram, adalah sama seperti

syirik kepada Allah swt.

Allah swt berfirman dalam hadis Qudsi:

ي خلقت عبادي حنفاء ، وإنهم أتتهم الشياطين فاجتالتهم عن دينهم ، وحرمت عليهم ما أحللت لهم وأمرتهم أ يشركنا إن

بي ما لم ألنزل به سلطانا

Maksudnya:

“Aku (Allah swt) telah menciptakan hamba – hambaku itu dalam keadaan bersikap lembut

dan sesungguhnya mereka telah didatangi syaitan – syaitan, lalu menyesatkan mereka dari

agama mereka dan mengharamkan ke atas mereka apa yang Aku halalkan bagi mereka serta

menyuruh mereka supaya menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak turunkan

sebarang keterangan padanya.”

(Muslim bin Hujjaj, Sahih Muslim, Kitab al-Qada’ wa al-Qadar Lil Baihaqi, Bab Bayān

Macna Qaulihi: Khalqtu cibādī Hunafā’, No. 523, Hadis Qudsi)

Imam al-Ghazali menyatakan di dalam kitab Halal dan haram dalam Islam:

“ Allah swt sahaja yang berhak mengharamkan dan menghalalkan sesuatu. Oleh itu,

seseorang yang melakukannya adalah sama dengan syirik, kerana di dalam sikap yang

demikian itu terdapat unsur penyekutuan”. (al-Ghazali, 2000)

Pengharaman membawa kepada keburukan dan bahaya.

Islam adalah agama yang menjaga kebaikan kepada setiap penganutnya. Maka melalui

prinsip ini, setiap pengharaman yang ditetapkan oleh Allah swt ia pasti mengandungi

keburukan dan bahayanya tersendiri. Setiap sesuatu yang manfaatnya lebih besar daripada

bahayanya, maka hukumnya adalah halal. (al-Qaradawi, 2014)

Makanan yang haram membawa kepada keburukan dan bahaya, justeru makanan yang

halal adalah makanan yang baik dan membawa manfaat kepada manusia. Sebagaimana

Allah swt berfirman:

م ق ل ي بات يسأل ننك ماذا أ حله له ... أ حله لك م الطه

(Al-Quran, Al-Māidah 5:4)

Maksudnya:

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): Apakah makanan yang dihalalkan bagi

mereka? Katakanlah: Dihalalkan bagi kamu memakan yang lazat – lazat serta baik.”

Tetap pada yang halal sahaja, memadai dari yang haram.

Islam tidak mengharamkan sesuatu ke atas mereka, melainkan ia digantikan dengan perkara

yang lain malah ia lebih baik daripada yang diharamkan (al-Qaradawi, 2014). Ini adalah

kerana, Islam bukanlah agama yang membebankan kepada setiap penganutnya.

Sebagai contoh, Islam mengharamkan manusia melakukan perbuatan zina dan liwat, maka

ia digantikan dengan perkahwinan secara halal. Begitu juga, Islam mengharamkan semua

Page 5: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

426

perkara yang buruk dan tidak elok dari jenis makanan, maka Allah swt gantikannya dengan

pelbagai makanan yang berkhasiat.

Perkara yang membawa kepada haram, maka hukumnya adalah haram.

Islam telah mengajarkan bahawa sesuatu perbuatan yang mendorong kepada perkara yang

haram, maka hukumnya adalah haram (al-Ghazali, 2000). Justeru, melalui hal ini, ulama’

fiqah telah mengeluarkan kaedah fiqah iaitu:

" ما أد ى إلى محرم فهن محرم "

Sebagai contoh dalam hal meminum arak, Rasulullah bukan sahaja melaknat orang yang

meminum arak, malah orang yang melakukan perbuatan ke arah penghasilan arak juga

dilaknat. Sebagaimana hadis Nabi Muhammad saw bersabda:

تصرها وشاربها وحاملها وال " ر عشرة عاصرها وم في الخ نلة إليه وساقيها عن أنس بن مالك قال لن رسنل للاه ح شتراة له شتري لها وال نها وال ها وآكل ث .وبائ

Maksudnya:

“Rasulullah saw melaknat tentang arak sepuluh golongan, yang memerahnya, yang minta

diperahkan untuknya, yang meminumnya, yang membawanya, yang meminta dihantar

kepadanya, yang menuangkannya, yang menjualnya, yang makan harganya, yang

membelinya, yang meminta dibelikannya”.

(Ibn Majah, Muhammad bin Yazid, Sunan Ibn Majah, Kitab al-Asyribah, Bab Lacnat al

Khamru cala casyrah aujah, No. 3381)

Haram membuat tipu helah untuk perkara yang haram.

Islam mengharamkan sebarang bentuk perbuatan yang membawa kepada haram menerusi

cara yang zahir dan Islam juga mengharamkan tipu daya untuk melakukannya dengan cara

tipu daya syaitan. Sebagaimana Rasulullah menyatakan bahawa Allah mengecam tindakan

golongan Yahudi yang menghalalkan perkara yang haram dengan cara tipu helah.

Rasulullah saw bersabda:

ال ترتكبنا ما ارتكب اليهند وتستحلنا محارم هللا بأدنى الحيل

Maksudnya:

“Jangan kamu lakukan seperti mana yang dilakukan oleh kaum Yahudi, lalu kamu

menghalalkan larangan – larangan Allah swt dengan serendah – rendah tipu helah”

(Ibn Battah al-cakbari, Ibtāl al-Hail li Ibn Battah, Bab Lā Tartakibu Ma Irtakabat al-Yahūdi,

No. 58 )

Menurut al-Qaradawi, di antara kegiatan tipu helah adalah dengan menamakan sesuatu

yang haram itu dengan nama yang lain dan mengubah gambarannya sedangkan hukumnya

masih jelas haram. Sebagai contoh dengan mengolah cara baru bagi minuman keras, maka

hukumnya tetap haram kerana ia masih menyebabkan mudarat dan memabukkan. (al-

Qaradawi, 2014)

Niat yang baik tidak boleh membersihkan yang haram.

Page 6: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

427

Bagi melaksanakan sesuatu amalan, Islam amat menitik berat soal kepentingan dan tujuan

niat tersebut. Setiap niat yang baik maka sesuatu perkara yang dilakukan walaupun ia

sekadar adat kebiasaan, ia akan bertukar menjadi ibadat dan boleh mendekatkan diri kepada

Allah swt.

Manakala, sebaliknya apabila berniat dan bertujuan untuk kebaikan, tetapi sesuatu perkara

itu haram maka ia akan tetap berlaku haram walaupun niat dan tujuan pelakunya ke arah

kebaikan. Sebagaimana Nabi Muhammad saw bersabda:

من جع ماال من حرام ، ثم تصدق به لم يكن له فيه أجر ، وكا إصره عليه

Maksudnya:

“Sesiapa yang mengumpulkan harta kekayaan dari perkara yang haram, kemudian dia

bersedekah dengannya, dia tidak mendapat pahala apa pun kerana sedekah itu, malah

dosanya akan tetap ditanggungnya.”

(al-Naisāburi, Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah al-Hakim, al-Mustadrik cala al-

sahīhaini, Kitab al-Zakat, Bab Man Tasaddaqa Min Māl Haram Lam Yakun Lahu Fīhi

Ajrun Wa Kāna Isruhu Alaihi, No. 541)

Memelihara diri dari perkara yang syubhah, iaitu perkara yang samar – samar.

Sesuatu barangan atau makanan yang halal dan haram adalah perkara yang jelas mengenai

hukumnya apabila terdapat nas yang jelas mengenainya. Kecuali di dalam situasi yang

darurat. Manakala, syubhah pula adalah situasi yang berada di tengah – tengah halal dan

haram yang jelas, iaitu terdapat kesamaran dan manusia terkeliru akan status halal atau

haramnya makanan tersebut.

Islam telah mendatangkan panduan kepada orang Muslim agar kita tidak mengambil

perkara yang syubhah supaya tidak terjerumus kepada perkara yang haram. Rasulullah saw

bersabda:

االحال نر ل بي ن والحرام بي ن ، وبينه شبههات ال ذلك أ م ها م ل شبههات استبرأ لدينه ي ن اتهقى ال كثير من النهاس ، ف

ى ي نشك أ ي ناقه ، أال ى ، أال وعرضه ، ومن وقع في الشب هات كراع يرعى حنل الح وإ ه لك ل ملك ح ى للاه إ ه ح

ه في أرضه محارم

Maksudnya:

“Yang halal itu jelas dan yang haram itu pun sudah jelas. Dan di antara keduanya itu ada

beberapa yang masih samar – samar, tidak ramai orang yang mengetahuinya, adakah ia dari

yang halal ataupun dari yang haram? Maka barangsiapa yang meninggalkan yang shubhah

itu kerana hendak membersihkan agamanya dan kehormatannya, maka selamatlah dia. Dan

barangsiapa yang mengerjakan sesuatu dari yang samar – samar itu, maka akan hampir –

hampirlah dia terjatuh ke dalam yang haram. Sebagaimana orang yang mengembala

(binatang ternakan) di tempat larangan, dia mungkin akan terjerumus ke dalamnya. Ingatlah

bahawa bagi setiap raja ada tempat larangannya dan bahawa tempat larangan Allah swt

adalah semua perkara yang diharamkannya”.

(al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, kitāb al-īman, Bab Fadhli man istabra’a

lidīnihi, No. 51)

Page 7: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

428

Sesuatu yang haram itu tetap haram kepada semua.

Haram di dalam syariat Islam adalah menyeluruh dan umum kepada semua bangsa, negara,

pangkat dan kumpulan manusia. Tiada keistimewaan atau kebenaran secara mutlak

diberikan apabila seseorang itu mempunyai kedudukan yang tinggi sama ada rahib, raja

atau pemimpin negara berkenaan soal haram ke atas sesuatu makanan atau barangan. (al-

Ghazali, 2000)

Sesuatu yang dihalalkan oleh Allah swt dalam syariatnya, maka dia halal bagi sekalian

manusia, begitu juga apa yang diharamkan oleh Allah, maka dia itu juga haram bagi semua

penganutnya sehingga ke hari Kiamat.

Darurat membolehkan sesuatu yang dilarang.

Islam merupakan agama yang tidak membebankan penganutnya. Islam memerhatikan

kepentingan hidup manusia serta kelemahan yang ada pada dirinya. Seorang Muslim

dibenarkan untuk melakukan yang haram atau memakan sesuatu yang haram apabila berada

dalam keadaan yang terpaksa atau mendesak dirinya untuk menjaga diri dari kebiasaan.

Allah swt berfirman:

ن اضط ره غير باغ و " غف نر رحيم ال عاد ف ال ف " إثم عليه إ ه للاه

(Al-Quran, Al-Baqarah 2:173)

Maksudnya:

“Barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja atau tidak melewati batas,

maka tiada dosa atasnya, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Maha

Penyayang”.

Walaupun dibenarkan untuk mengambil sesuatu yang haram ketika dalam keadaan yang

terpaksa, namun ayat ini menyatakan batasan terhadap pelakunya iaitu mengambil dengan

tidak melampaui batas dan tidak dengan sengaja mengambil untuk tujuan mengambil

kelazatan yang terdapat padanya. (al-Ghazali, 2000)

PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM

Terdapat tiga prinsip dalam menentukan halal atau haramnya makanan. (Mustafa al-Khin,

2011)

Prinsip Pertama: Semua binatang yang dianggap elok oleh orang Arab semasa hidup

senang dan pada zaman Rasulullah SAW adalah halal. Antara binatang yang halal menurut

prinsip ini ialah:

i. Semua jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apa pun namanya. Ini kerana ia

dianggap elok oleh orang Arab.

ii. Binatang ternakan (األنام) iaitu unta, lembu, biri – biri, kambing, kuda, seladang,

keldai liar, kijang, arnab dan lain – lain yang dianggap elok oleh orang Arab.

Semua binatang yang dianggap baik oleh orang Arab adalah halal, manakala yang

menjijikkan dan dianggap buruk adalah haram. Binatang yang dianggap baik oleh orang

Arab adalah binatang yang tidak dijelaskan hukumnya di dalam al-Quran, hadis, ijma’

Page 8: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

429

ulama dan ijma’ sahabat sama ada nas tersebut berbentuk umum atau khusus serta tidak

terdapat perintah membunuhnya atau membiarkannya. Justeru hal ini dirujuk kembali

kepada orang Arab. (as-Syarbini, 2008)

Menurut mazhab Syafi’i, makanan orang Arab adalah diterima kerana orang Arab tidak

akan memakan makanan yang diperbolehkan oleh Rasulullah untuk membunuhnya ketika

ihram. Ini adalah kerana mereka menghalalkan apa yang dipandang baik, dan

mengharamkan apa yang dipandang jijik. (al-Syafi’i, 1982). Penentuan halal dan haram

binatang berdasarkan kebiasaan orang Arab adalah kerana (al-Khin et.al, 2011):

Mereka yang mula – mula menerima syariat nabi yang diutus pula adalah di

kalangan mereka.

al-Quran mula – mula diturunkan kepada mereka.

Prinsip Kedua: Semua binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap

mangsa adalah haram. Sebagai contoh: anjing, babi, serigala, beruang, kucing dan ibn awi.

Prinsip Ketiga: Semua binatang yang disunatkan bunuh adalah haram. Sebagai contoh

ular, kala jengking, gagak, helang, tikus dan semua binatang yang memudaratkan.

MAKANAN HALAL MENURUT EMPAT MAZHAB

Definisi Halal Pada Bahasa:

Halal ialah suatu perkara yang diharuskan, yang telah gugur daripadanya ikatan haram dan

syariat membenarkan perbuatannya. (al-Qaradawi, 2014). Halal juga merupakan hukum

membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan, diperbolehkan, diizinkan, dibenarkan dan

lawannya adalah haram (Kamus Dewan, 1994). Selain itu, menurut al-Syafi’e, menetapkan

halal sebagai suatu yang tidak ada dalil daripada syarak yang mengharamkannya (al-Suyuti,

1997)

Jenis – jenis Makanan yang Halal Dimakan

a) Haiwan Laut Haiwan laut adalah haiwan yang menetap di dasar laut dan tidak dapat hidup kecuali di

dalamnya semata – mata (al-Qaradawi, 2014). Firman Allah swt:

ه متاعا لك م وللسهيهارة ... أ حله لك م صيد البحر وطام

(Al-Quran, Al – Mā’idah 5:96)

Maksudnya :

“Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai

makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.

Ayat Quran ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah yang menyatakan binatang laut

adalah suci untuk dimakan.

أنا نا القليل من الاء فإ تنضه ه عطشنا بسأل رجل رسنل هللا صلهى هللا عليه وسلهم فقال يا رسنل هللا إنا نركب البحر م

أ من ماء البحر فقال رسنل هللا صلهى هللا عليه وسلهم ه، الطههنر هن أفنتنضه ميتت ه. الحل ماؤ

Page 9: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

430

Maksudnya:

“Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa seorang laki – laki bertanya kepada Rasulullah

s.a.w dengan berkata: “ Wahai Rasulullah, kami mengharungi lautan dan membawa sedikit

air bersama kami. Apabila kami berwudu’ dengannya, maka kami akan kehausan. Apakah

kami boleh berwudu’ dengan air laut? Rasulullah bersabda: “Laut itu suci airnya dan halal

bangkainya.”

(al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab at-Tahārah Rasulullah, Bab

Abwābul Fitrah, No.57, Hadis Marfuc)

Menurut pendapat mengenai hukum haiwan laut, para ulama empat mazhab berselisih

pendapat (al-Zuhaili, 1999):

Pendapat Pertama (Jumhur Ulama’):

Semua bangkai haiwan laut adalah halal sama ada mati dalam keadaan terapung atau tidak

melainkan ia dilihat sudah lama terapung dan berkemungkinan beracun dan boleh

memudharatkan. Pendapat ini diriwayatkan oleh jumhur ulama iaitu mazhab Syafi’i (al-

Nawawi, 2003), Hanbali (Ibn Qudamah, 1997) dan Maliki (Ibn Rushd, 2003).

Semua hidupan air seperti ikan dan seumpamanya yang tidak boleh hidup kecuali dalam

air seperti ketam, ular air, anjing atau babi laut adalah halal dimakan tanpa perlu disembelih

kerana ia meliputi ‘ikan’ iaitu haiwan yang berada di dalam laut (al-Zuhaili, 2009) tanpa

mengira cara ia mati, baik pun mati sendirian atau pun dengan sebab – sebab yang nyata

seperti terlanggar batu, dipukul oleh nelayan atau terdampar disebabkan oleh air pasang

atau air surut. Tetapi sekiranya ia kembung dan terapung yang berkemungkinan atau

dibimbangi yang menyebabkan keracunan atau kemudharatan, maka ia adalah haram

dimakan. (al-Zuhaili, 1994)

Manakala, mengenai babi laut, Imam Malik berpendapat hukumnya adalah makruh kerana

ia dinamakan sebagai babi (Ibn Rushd, 2003).

Ulama’ jumhur berdalilkan dengan:

Firman Allah SWT:

ه متاعا لك م وللسهيهارة ... أ حله لك م صيد البحر وطام

(Al-Quran, Al – Mā’idah 5:96)

Maksudnya :

“Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai

makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.”

Baginda juga bersabda:

.هن الطهنر ماؤه ، الحل ميتته

Maksudnya: Laut airnya suci dan menyucikan dan bangkainya adalah halal.

Hadis Nabi Muhammad saw:

إ هللا ذبح ما في البحر لبني آدم.

Maksudnya: Bahawa Allah telah sembelihkan apa yang ada di dalam laut untuk anak

Adam.

Page 10: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

431

(al-Dārqutni, cAli bin Umar, Sunan al-Dārqutni, Kitab al-Asyribah, Bab as-Said wa al-

Zabāih wa al-Atcimah wa ghairu zālik, No. 4627)

Pendapat Kedua (Mazhab Hanafi):

Pendapat ini dibawa oleh Mazhab Hanafi. Semua jenis haiwan yang hidup di dalam air

adalah haram dimakan kecuali ikan sahaja. Bangkai ikan yang mengapung adalah haram,

manakala bangkai yang terbawa ke pantai adalah halal. Ikan yang terapung adalah ikan

yang mati apabila salah satu daripadanya terkeluar daripada air. (ar-Rabi’, 2008).

Terdapat banyak dalil yang dipegang oleh mazhab Hanafi, antaranya adalah firman Allah

SWT:

مت عليك م ال ر يتة ...ح

(Al-Quran, Al-Māidah 5: 3)

Maksudnya:

“Diharamkan ke atasmu memakan bangkai…”

Juga firman Allah swt:

م عليهم الخبائث... وي حر

(Al-Quran, al-A’rāf 7: 157)

Maksudnya:

“… Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

Dalil ini menunjukkan haram dimakan ikan yang timbul terapung. Daripada hadis Jabir:

ما القاه البحر ، أو جزر عنه ، فكلنه ، وما مات فيه ، وطفا ، فال تأكلنه.

Maksudnya:

“Apa – apa yang dicampak oleh laut atau naik melalui air pasang maka makanlah. Apa –

apa yang mati di dalamnya dan timbul terapung, maka janganlah kamu makan.”

(al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab at-Tahārah Rasulullah, mā jā’a

fi al-Bahr at-Tāhur, No. 69)

Perselisihan pendapat ini disebabkan oleh adanya pertentangan di antara hadis – hadis dan

ketentuan umum berkenaan masalah ini.

Ketentuan umum adalah berdasarkan firman Allah swt:

يتة ... مت عليك م ال ر ح

(Al-Quran, Al-Māidah 5: 3)

Maksudnya:

“Diharamkan ke atasmu memakan bangkai…”

b) Haiwan yang Mempunyai Taring yang Lemah dan Tidak Boleh Menangkap

Mangsa (Haiwan Darat dan Burung)

Mazhab Syaf’i berpendapat bahawa haiwan darat yang halal dimakan adalah haiwan yang

taringnya lemah dan tidak boleh menangkap mangsa (al-Khin,2011). Sebagai contoh

sejenis serigala (الضبع) dan sejenis musang. Hal ini berdasarkan hadis daripada Ibn Abi

Ammar yang bertanya kepada Jabir ra berkenaan Dhubuc:

Page 11: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

432

الضبع صيد هي ؟ قال : نم. قال : قلت آكله ؟ قال : نم. قال قلت له : أقاله رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم ؟ قال : نم.

Maksudnya:

“Adakah dhubuc itu binatang buruan?” Jawab Jabir: “Ya” Ibn Abi Ammar bertanya:

“Bolehkah aku memakannya?” Jawab Jabir: “Ya” Ibn Abi Ammar bertanya lagi: “Adakah

Rasulullah membenarkannya?” Jabir menjawabnya: “Ya”.

(al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab al-Atcimah can Rasulullah saw,

Bab Ma Jā’a fi Akli Al-Dhubuc, No. 1791, Hadis Sahih)

Antara burung yang halal dimakan ialah burung kasawari, itik, ayam, angsa, gagak ladang

merpati berparuh merah, daripada semua jenis merpati yang ,(القطا) merpati liar ,(غراب الزرع)

minum tanpa bernafas iaitu minum seteguk lepas seteguk tanpa menghisap (الحجل) (al-Khin,

2011).

c) Binatang Ternakan

Binatang ternakan merupakan haiwan yang jinak dan ijma’ ulama berpendapat ia halal

dimakan. Sebagai contoh ialah unta, lembu dan kambing.

واألنام خلقها لك م فيها دفء ومنافع ومنها تأك ل ن ...

(Al-Quran, Al-Nahl 16:5)

Maksudnya:

“Dan binatang – binatang An’am Allah jadikan untuk kamu. Daripadanya kamu

mendapatkan rasa kehangatan dan darinya juga kamu mendapatkan bahan makanan”.

Selain itu, Allah juga berfirman:

ه الهذي جل لك م ا كب نا منها ومنها تأك ل ن ...نام لتر أل اللـه

(Al-Quran, Al-Ghafir 40: 79)

Maksudnya:

“Allah yang telah menjadikan untuk kamu binatang ternak untuk kamu tunggangi dan

untuk menjadi makanan kamu”.

Haiwan – haiwan ternak tersebut adalah halal dimakan setelah disembelih dengan

menyebut nama Allah swt (al-Zuhaili, 2009). Sebagaimana Allah berfirman:

ة ج ة األنام ولك ل أ مه م من بهي على ما رزقه وا اسم للاه ...لنا منسكا ليذك ر

(Al-Quran, Al-Hajj 22: 34)

Maksudnya:

“…Supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan

Allah kepada mereka.”

d) Haiwan Dua Alam (Amfibia dan Reptilia)

Hukum makan haiwan dua alam ini, ulama berbeza pendapat dalam menentukan hukum

memakannya sama ada halal atau haram. Jenis binatang haiwan dua alam ialah katak, kura

– kura, ketam, ular, buaya, anjing laut dan sebagainya. Terdapat tiga mazhab mengenainya.

Mazhab Hanafi:

Page 12: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

433

Menurut pendapat ulama’ Hanafi, semua jenis haiwan yang hidup di dalam air adalah

haram dimakan kecuali ikan sahaja. Ikan halal di makan tanpa disembelih melainkan yang

timbul terapung.

Justeru, menurut ulama’ Mazhab Hanafi, haiwan dua alam tidak halal dimakan. Selain

daripada itu, haiwan dua alam ini juga termasuk dalam kategori haiwan yang kotor dan

boleh menyebabkan keracunan khususnya yang terdapat pada ular.

Hal ini dikuatkan juga dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang melarang dari

membunuh katak. Hadis daripada Abdul Rahman bin Uthman, beliau berkata:

ا عن ن بن ع ث ح لهى للاه ه النهبي ص فنها أ ه طبيبا سأل النهبيه صلهى للاه عليه وسلهم عن ضفدع يجل ها في دواء عبد الره

قتلها عليه وسلهم عن

Maksudnya:

“Abdurrahman bin Uthman r.a meriwayatkan bahawa seorang tabib bertanya kepada Nabi

Muhammad s.a.w tentang katak yang dimasukkan ke dalam ubat. Dan beliau melarangnya

untuk membunuh katak.”

(al-Dārimi, cAbd Allāh cAbd Rahman, Sunan al-Dārimi, Kitab al-Adāhi, Bab al-Nahyu can

Qatl al-Difdac, No 1998)

Larangan membunuh binatang yang hidup adalah sama ada kerana kehormatannya seperti

manusia, atau kerana ia haram dimakan. Oleh kerana, katak bukan merupakan haiwan yang

terhormat, maka sudah tentu larangan dari membunuhnya menunjukkan ia haram dimakan.

Jika ia halal di makan, maka sudah tentu baginda tidak melarang dari membunuhnya.(al-

Zuhaili, 1994)

Manakala, ular termasuk dalam kategori haiwan dua alam yang beracun dan berbahaya.

Maka, dagingnya adalah haram dimakan kerana mendatangkan mudarat kepada manusia.

Mazhab Hanafi berdalilkan dengan dalil ini, katanya: “Tidak halal makannya kerana

termasuk daripada الخبائث dan beracun seperti yang terdapat pada ular khususnya”.

Firman Allah swt:

م عليهم الخبائث... وي حر

(al-Quran, al-a’rāf 7 : 157)

Maksudnya:

“… Dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.”

Mazhab Syafi’e:

Mazhab Syafi’e sependapat dengan Mazhab Hanafi mengenai hukum memakan katak dan

memeliharanya. Hukumnya adalah haram berdasarkan kepada hadis daripada Abdul

Rahman bin Uthman. Mazhab Syafi’i berpendapat bahawa haiwan seperti katak adalah

haram dimakan kerana ia merupakan kategori haiwan dua alam (as-Syarbini, 1997).

Imam Syafie berpendapat bahawa buruan laut yang diharuskan adalah binatang yang lebih

banyak hidupnya berada di dalam air. Termasuk di dalam maksud laut itu ialah sungai,

perigi, lembah, air paya atau seumpamanya (al-Nawawi, t.th)

Page 13: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

434

Binatang laut yang haram dimakan ialah binatang laut yang boleh hidup berterusan di darat

dan di laut seperti katak, ketam batu, buaya, penyu, kura – kura atau binatang laut yang

beracun seperti ular air (al-Syarwani, t.th)

Mazhab Maliki:

Mengharuskan makan dan pelihara katak. Pendapat ini dipelopori oleh Mazhab Maliki.

Menurutnya, diharuskan makan katak, serangga, ketam, labi – labi atau kura – kura selama

mana tanpa nas yang mengharamkannya. Hujah yang digunakan ialah melalui firman Allah

SWT:

..أ حله لك م صيد البحر

(Al-Quran, Al-Māidah 5 : 96)

Maksudnya:

“Dihalalkan bagimu buruan laut”.

Menurut Mazhab Maliki, mereka tidak mengharamkan binatang yang dianggap buruk dan

menjijikkan oleh jiwa tetapi tidak ada ketegasannya oleh syara’. Maka ia di halalkan

walaupun di anggap الخبائث. (Ibn Rushd, 2003)

Mazhab Maliki juga berpendapat bahawa tidak ada perselisihan pendapat dalam hal

haramnya tiap – tiap binatang yang membawa mudarat, maka dilarang memakan binatang

melata yang membahayakan. Mengenai hal ular ini, terdapat pendapat yang mengharuskan

memakannya, jika disembelih dari arah leher atau ekornya dan didapati sudah tiada racun

serta tidak dianggap jijik.

Manakala menurut mazhab Maliki juga, diharuskan makan katak, serangga, ketam, labi –

labi atau kura – kura selama mana tanpa nas yang mengharamkannya. Pengharaman segala

iaitu apa yang dinaskan ke atas syara’ sahaja. (Ibn Rushd, 2003). Justeru, sebarang الخبائث

perkara yang tidak dinaskan dan dianggap jijik oleh liur dan keinginan tidaklah menjadi

haram. (al-Zuhaili, 1994).

Mazhab Hanbali:

Menurut pendapat Hanbali, setiap binatang air yang merayap tidak halal tanpa disembelih

sama seperti burung air, kura – kura, anjing laut melainkan yang tidak mempunyai darah

seperti ketam maka ia halal tanpa disembelih. (al-‘Abbari, 1985)

Manakala, menurutnya juga ular laut adalah haram dimakan. Menurut mazhab Hanbali dan

Maliki, kedua – dua ini mengharuskan memakan kura – kura laut setelah disembelih.

Sedangkan kura – kura darat menurut Hanbali haram dimakan seperti mana pendapat yang

rajih menurut mereka. (al-Jazairi, 2011)

Menurut Imam Ahmad, buaya adalah haram dimakan kerana merupakan binatang yang

mempunyai taring dan boleh mencederakan manusia.

MAKANAN HARAM MENURUT EMPAT MAZHAB

Page 14: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

435

Definisi Haram Pada Bahasa:

Suatu perkara yang dilarang oleh syarak daripada melakukannya dengan larangan yang

tegas, iaitu tidak boleh berubah sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan

itu, akan ada seksaan daripada Allah SWT di hari akhirat dan ada kalanya boleh

menyebabkan dia menerima hukuman yang ditetapkan oleh syariat di dunia. (al-Qaradawi,

2014). Haram juga adalah perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara

muktamad. Sesiapa yang meninggalkannya diberikan pahala kerana menurut perintah

Allah SWT, manakala sesiapa yang melakukannya akan diazab dan diseksa. (al-Khin,

2011)

Jenis – jenis Makanan yang Haram di Makan

a) Bangkai

Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa ada suatu usaha manusia yang

memang sengaja disembelih menurut ketentuan agama atau dengan berburu. (al-Qaradawi,

2014). Termasuk dalam hal ini iaitu apa yang dipotong dari binatang hidup (al-Ghazali,

2000). Berdasarkan hadis Abu Waqid al-Laitsi:

ة عن أبي واقد اللهيثي قال : قدم رس د و إلى أليات الغنم ، وأسن دينة ، وبها ناس ي إلبل ا نل هللا صلهى هللا عليه وسلهم ال

ة وهي حيهة فه بننها ، فقال رس نل هللا صلهى هللا عليه وسلهم : ما ق طع من البهي ي ميتة.فيج

Maksudnya:

“Diterima dari Abu Waqid al-Laitsi r.a katanya: “Rasulullah s.a.w datang ke Madinah,

ketika itu ada orang sedang memerhatikan punggung kambing dan unta untuk dipotong,

maka sabdanya: “Apa yang dipotong dari haiwan ketika masih hidup maka ia adalah

bangkai.”

(Abu Daud, Sunan Abu Daud, Kitab as-Said, Bab fī Shaidin Quthi’I minhu Qith’ah, No

2858)

Haiwan yang haram ada yang disebabkan oleh zatnya itu sendiri, dan ada pula yang

diharamkan kerana sebab – sebab yang mendatang padanya. Semua perkara ini ada yang

telah disepakati dan tidak disepakati. (Ibnu Rusyd, 1995). Sebab – sebabnya ialah:

1. Bangkai

2. Haiwan yang mati tercekik (Munkhaniqah)

Binatang yang mati kerana dicekik, baik dengan cara menghimpit leher binatang

tersebut ataupun meletakkan kepala binatang pada tempat yang sempit dan

sebagainya sehingga binatang tersebut mati. Hukumnya adalah haram kerana

termasuk dalam kategori bangkai walaupun asalnya dari binatang yang halal.

(al-Ghazali, 2000)

3. Haiwan yang mati kerana dipukul (Mauqudzah)

Binatang yang mati dipukul dengan tongkat atau sebagainya.

4. Haiwan yang mati kerana terjatuh dari tempat yang tinggi (Mutaraddiyah)

Binatang yang mati akibat jatuh dari tempat tinggi, sebagai contoh binatang

yang jatuh ke dalam telaga.

5. Haiwan yang mati kerana ditanduk oleh binatang lain (Nathihah)

6. Haiwan yang mati kerana diterkam oleh binatang buas (Ma akalas-sabu’)

7. Haiwan yang mati disembelih tanpa memenuhi syarat-syarat sembelihan

Page 15: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

436

8. Haiwan yang memakan sesuatu yang kotor seperti najis

Pengharaman haiwan-haiwan tersebut adalah berdasarkan firman Allah SWT dalam Al

Quran:

يتة والدهم و مت عليك م ال ر ية والنهطيحة و ح ترد نق نذة وال نخنقة وال به وال سهب ع ما أكل اللحم الخنزير وما أ هله لغير للا

يت م وما ذ بح على النص ب. إاله ما ذكه

(Al-Quran, al-Ma’idah 5:3)

Maksudnya:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah

(yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang

disembelih kerana yang lain dari Allah SWT, dan yang mati tercekik, dan yang mati

dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang

mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis

nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala.”

Setelah menyebutkan lima jenis binatang ini kemudian Allah menyatakan :Kecuali

binatang yang kamu sembelih,” iaitu apabila binatang – binatang tersebut kamu dapati

masih hidup, maka sembelihlah. Jadi binatang tersebut menjadi halal sekiranya kamu

sembelih. (al-Ghazali, 2000)

Menurut Imam Ghazali, masih terdapat binatang yang dikecualikan daripada kategori

bangkai dan ia masih halal dimakan, iaitu (al-Ghazali, 2000):

1. Bangkai ikan, Berdasarkan firman Allah swt:

ه متاعا لك م وللسهيهارة … أ حله لك م صيد البحر وطام

(Al-Quran, Al-Ma’idah : 96)

Maksudnya:

“Dihalalkan bagimu haiwan buruan laut dan makanan (yang berasal) dari laut sebagai

makanan yang lazat bagimu, dan bagi orang – orang yang dalam perjalanan.”

2. Bangkai belalang. (al-Qaradawi, 2014)

صلهى هللا عليه وسلهم سبع غزوات أو ستا ك نها نأك ل مه عن ابن أبي أوفى رضي هللا عن ا ، قال : "غزونا مع النهبي ه

الجراد"

Diterima dari Ibnu Abi Aufa r.a katanya : “ Kami berperang bersama Rasulullah s.a.w

sebanyak tujuh atau enam kali peperangan, di mana kami makan belalang bersamanya.”

(al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Kitab az-zabāih wa as-said, Bab akli

al-jarād, No 5176)

3. Bangkai binatang yang tidak mempunyai darah mengalir seperti semut,

lebah dan lain – lain, maka ia adalah suci. Justeru, jika ia jatuh ke dalam sesuatu

dan mati di sana, maka tidaklah menyebabkan najis.

4. Bahagian lain dari bangkai iaitu tulang, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit

serta apa yang sejenis dengannya itu. Maka hukumnya adalah suci kerana asal

baginya suci dan tidak ada dalil yang mengatakannya najis. Az-Zuhri berkata

mengenai tulang belulang bangkai, misalnya gajah dan lain – lain: “Saya dapati

orang – orang dari ulama – ulama Salaf mengambilnya sebagai sisir dan menjadi

minyak, demikian itu tidak jadi apa – apa”.

Page 16: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

437

b) Darah

Allah swt telah menjelaskan di dalam ayat al-Quran secara umum mengenai pengharaman

darah. Firman Allah swt:

يتة والدهم مت عليك م ال ر ....ح

(Al-Quran, Al-Ma’idah 5:3)

Maksudnya:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah

(yang keluar mengalir)”.

Kemudian Allah mengkhususkan ayat tersebut dengan menjelaskan kategori darah yang

diharamkan melalui ayat Surah al-Ancām ayat 145:

ه إاله أ يك ن ميتة أو دما مسف نحا أو لحم خنزير فإنهه رجس ق ل ال أجد في ما أ وحي إليه ما على طاعم يط حره ا أو فسق م

به أ هله لغير للاه

(Al-Quran, Al-An’am 6:145)

Maksudnya :

“Katakanlah, Tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang

diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati

(bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang

disembelih bukan atas nama Allah.”

Manakala mengenai limpa pula, Ibn Abbas pernah ditanya mengenainya dan menjelaskan

bahawa ia boleh dimakan kerana jenis darah yang diharamkan adalah darah yang cair dan

mengalir. Faktor pengharaman darah adalah kerana ia merupakan seolah – olah benda yang

kotor dan dipandang hina oleh masyarakat dan dkhuatiri akan menimbulkan bahaya dan

mudharat kepada manusia (al-Qaradawi, 2014).

c) Daging Babi dan Anjing

Babi merupakan binatang yang paling jelas pengharamannya dan disebut di dalam al-

Quran. Firman Allah swt:

مت ر يتة والدهم ولحم الخنزير ح عليك م ال

(al-Quran, al-Ma’idah 5:3)

Maksudnya:

"Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), darah

(yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya)”.

Diharamkan juga hasil haiwan yang lahir dari babi dan anjing dengan yang lainnya. (al-

Zuhaili, 2009). Manakala, jika anak kambing yang berumur satu tahun menyusu dari anjing

betina dan dipelihara dengan air susunya, maka anak kambing tersebut adalah halal

dimakan. (al-Nawawi, 1980)

d) Haiwan Jallalah

Haiwan jallalah adalah haiwan yang memakan kotoran dan najis – najis. Perkiraannya tidak

terletak pada banyaknya kotoran yang dimakan, akan tetapi pada bau yang tidak sedap yang

ditimbulkannya atau jika berubah daging jallalah tersebut (al-Zuhaili, 2009).

Page 17: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

438

Terdapat hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah melarang dari mengambil makanan

yang kelihatan seperti haiwan jallalah.

ر قال : " نهى رس نل هللا صلهى هللا عليه وسلهم عن جاهد ، عن ابن ع أكل الجالهلة وألبانها " عن م

Maksudnya:

“Diterima dari Mujahid, dari Ibnu Umar, katanya: “ Rasulullah s.a.w melarang makan

daging binatang Jallalah dan susunya”.

Kemudian, Nabi Muhammad juga bersabda:

قاء "عن ابن عبهاس ، أ ه النهبي ة ولبن الجالهلة وعن الشرب من في الس جثه صلهى هللا عليه وسلهم " نهى عن الم

Maksudnya:

“Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w melarang makan haiwan Mujatstsamah,

minum susu binatang Jallalah dan minum dari muncung bekas minuman.”

Terdapat perbezaan hukum memakan haiwan jallalah:

Menurut Mazhab Hanafi (al-Kāsāni, 1986), Syafie (al-Syafie, 1996) dan Hanbali:

haiwan al-jallālah ini tidak harus dimakan dan meletakkan hukumnya sebagai makrūh

tanzīh serta beliau mensyaratkan boleh memakan haiwan tersebut apabila sudah

dikuarantinkan beberapa hari dan diberi makanan selain daripada kotoran dan najis.

Menurut Mazhab Maliki: Haiwan al-jallālah ini makruh untuk dimakan. Pun begitu, para

ulama Maliki memberi pandangan yang berbeza dari Imam Malik sendiri iaitu harus

memakan haiwan al-jallālah. Pendapat ini turut dikemukakan oleh Ḥassan al-Basrī. (Ibn

Hājar al-ᶜAsqalānī, 2001). Dalam keadaan ini, ulama Maliki mensyaratkan haiwan al-

jallālah tersebut perlu dikuarantinkan atau dikurung terlebih dahulu dan berlaku proses

perubahan terhadapnya. Proses tersebut adalah perubahan zat di dalam badan haiwan

tersebut apabila elemen kekotoran atau najis yang ada bertukar semula menjadi suci dan

halal untuk dimakan (Ibn Taymiyyah, 1988)

e) Baghal dan Keldai

Baghal adalah binatang hasil dari pengawanan antara keldai jantan dengan kuda betina dan

keldai peliharaan (الحرم األهلية).

Pendapat pertama:

Menurut Imam Syafi’i : Hukum daging keldai dan baghal (anak campuran antara keldai

dan kuda) adalah haram kerana keldai jelas dinyatakan pengharamannya, manakala baghal

adalah kacukan binatang halal dan binatang haram iaitu kuda dan keldai (al-Khin, 2011).

Ia berdasarkan hadis Jabir bin Abdullah ra:

سلم ينم خيبر عن لحنم الحر ، ورخص في لحنم الخيل نهى النبي صلى هللا عليه و

Maksudnya:

“Nabi saw melarang makan daging keldai semasa peperangan Khaibar, tetapi

membenarkan makan daging kuda.”

(al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Kitab al-Zabāih wa al-Said, Bab

Luhūm al-Khail, No 5204)

Kaedah fiqh yang digunakan di atas pengharaman baghal di kalangan ulama usul (as-

Suyuti, 1999) ialah:

" إذا اجتع الحالل والحرام غلب الحرام"

Page 18: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

439

Maksudnya: Jika halal dan haram berkumpul, maka yang haram dimenangkan.

Justeru, baghal ini haram terdapatnya percampuran di antara dua binatang yang halal dan

haram. Maka, sebagai langkah berjaga – jaga, ulama berpendapat bahawa yang haram

dimenangkan dan diutamakan bagi hal ini.

Menurut Imam Syafi’i di dalam kitab al-Umm menyatakan bahawa jika keldai kampung

menjadi keldai hutan (kuda belang), maka hukumnya adalah haram kerana asalnya adalah

haram, manakala jika keldai hutan menjadi keldai kampung maka hukumnya adalah kekal

halal seperti sebelumnya. (al-Syafi’i, 1982)

Apabila berlaku pengawanan di antara keldai kampung dan kuda, maka hukumnya adalah

haram dan ia tidak dinilai kepada jantina haiwan tersebut kerana apabila berlaku

percampuran hukumnya tetap haram. Manakala percampuran pengawanan yang berlaku di

antara keldai hutan dan kuda maka hukumnya adalah halal. Ini adalah kerana hukum

memakan kedua – duanya adalah halal.

Pendapat Kedua:

Menurut mazhab Maliki, hukum memakan keldai dan baghal adalah makruh. Ini adalah

kerana pertentangan antara ayat al-Quran surah al-an’am ayat 145 dengan hadis – hadis

sahih berkenaan masalah ini dan berpendapat terdapatnya nasakh pada hadis (ibn Rushd,

2003). Firman Allah swt:

ه إاله أ يك ن ميتة ما على طاعم يط حره أو دما مسف نحا أو لحم خنزير فإنهه رجس أو فسقا ق ل ال أجد في ما أ وحي إليه م

به أ هله لغير للاه

(al-Quran, Al-An’am 6:145)

Maksudnya :

“Katakanlah, Tidak ku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang

diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati

(bangkai), darah yang mengalir, daging babi kerana semua itu kotor atau haiwan yang

disembelih bukan atas nama Allah.”

Dalil yang digunakan bagi mengharuskan keldai adalah berdasarkan hadis yang

diriwayatkan oleh Abu Ishaq al-Syaibani:

قال أصبنا حرا مع رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم بخيبر وطبخناها فنادى منادى رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم ا

اكفؤا القدور با فيها ، قال ابن اسحق فذكرت ذلك لسيد بن جبير، فقال : انا نهى عنها النها كانت تأكل الجلة.

Maksudnya:

“Kami menangkap himar bersama Rasulullah saw di peperangan Khaibar dan kemudian

kami memasaknya. Kemudian berserulah seorang penyeru Rasulullah saw: Balikkan kuali

– kuali berikut isinya. Ibnu Ishaq berkata: Kemudian aku sebutkan hadis itu kepada Sa’id

bin Jubair, maka ia pun berkata: Sesungguhnya Nabi saw melarang himar tersebut hanya

kerana ia memakan kotoran (Jallalah).

f) Semua Binatang Buas yang Mempunyai Taring yang Kuat untuk Menangkap

Mangsa

Allah swt tidak mendatangkan nama – nama haiwan buas secara khusus di dalam al-Quran,

tetapi Allah menjelaskan ciri – ciri haiwan buas yang diharamkan. Haiwan buas adalah

semua haiwan yang mempunyai taring, mampu menguasai dan mencederakan binatang lain

Page 19: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

440

dan memakannya secara ganas seperti singa, harimau, serigala dan sebagainya. (al-

Qaradawi, 2014)

Manakala, kumpulan burung yang diharamkan ialah burung yang mempunyai kuku yang

tajam, mampu melukakan dan mencederakan mangsa seperti burung helang, raja wali,

helang pasir, burung hantu, burung gagak dan sebagainya. (al-Syarbini, 2008)

Rasulullah saw bersabda:

نهى رسنل هللا صلى هللا عليه وسلم عن أكل ذي ناب من السباع وكل ذي مخلب من الطير

Maksudnya:

“Rasulullah saw telah melarang memakan semua binatang buas yang mempunyai taring

dan burung yang mempunyai kuku yang tajam”.

(al-Naisābūri, Muslim bin Hujjaj. Sahih Muslim, Kitab al-Said wa al-Zabāih wamā yu’kalu

min al-Hayawān. Bab Tahrīm Akli Kullu Zī Makhlab min al-Tair. No 1934. Sahih)

Pendapat pertama:

Jumhur mengharamkan semua haiwan buas yang mempunyai taring kuat untuk menangkap

mangsa berdasarkan hadis jelas daripada Rasulullah yang mengharamkannya. Burung juga

haram kerana tabiatnya yang suka makan bangkai, menangkap dan memburu mangsa.

Sebab itu ia termasuk kategori haiwan yang kotor dan menjijikkan. (al-Khin, 2011)

Pendapat kedua:

Ibn Qasim meriwayatkan dari Imam Malik bahawa binatang buas ini hukumnya adalah

makruh. Pendapat ini dipegang oleh kebanyakan pengikutnya dan merupakan yang

dipertahankan oleh mereka. Berhujahkan dengan dalil ayat al-Quran surah al-ancam ayat

145.

g) Binatang yang dianjurkan dibunuh

Menurut Imam Syafi’i, binatang yang dianjurkan dibunuh, hukumnya haram dimakan

seperti ular, kala jengking, burung gagak, helang, tikus, nyamuk dan kumbang. Alasan

dianjurkan dibunuh adalah kerana binatang tersebut boleh menyakiti orang lain dan tidak

bermanfaat. Sekiranya terdapat manfaat namun ada juga kemudharatannya, dan bahayanya

lebih besar berbanding manfaat. (al-Syarbini, 2008). Menurutnya lagi haiwan tersebut dan

seumpamanya adalah haram dimakan sama ada dianggap elok oleh orang Arab ataupun

tidak. Ini adalah kerana hadis telah menghukumnya sunat dibunuh dan kebanyakannya pula

menjijikkan orang Arab (al-Khin, 2011) Setiap haiwan yang telah diperintahkan oleh

Rasulullah untuk membunuhnya, maka ia menunjukkan haiwan tersebut adalah haram

dimakan (al-Zuhaili, 2009).

Ini berdasarkan hadis daripada Aisyah ra, Rasulullah saw bersabda:

خس من الدواب كلهن فاسق ، يقتلن في الحرم : الغراب ، والحدأة، والقرب ، والفأرة ، والكلب القنر

Maksudnya:

“Kesemua lima jenis binatang adalah fasik, yang boleh dibunuh walaupun di Tanah Haram,

iaitu gagak, helang, kala jengking, tikus, dan anjing ganas.”

(al-bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, kitāb Jaza’ al-Said, Bab Mā Yuqtalu

al-Muharram min al-Dawāb, No. 1732)

Page 20: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

441

MAKANAN MAKRUH MENURUT EMPAT MAZHAB

Definisi Makruh Pada Bahasa:

Hukum makruh adalah apabila syarak melarang sesuatu perkara, tetapi ia tidak

memberatkan larangannya kepada perkara itu. Justeru, tahap makruh adalah lebih rendah

daripada haram dari segi susunannya dan pelaku pula tidak dikenakan hukuman,

sebagaimana yang dikenakan kepada hukum haram.(al-Qaradawi, 2014)

Makruh terbahagi kepada dua bahagian iaitu makruh tahrim (تحريم) dan makruh tanzih

(al-Khin, 2011) .(تنزيه)

i. Makruh Tahrim

Ialah perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara muktamad. Tetapi tahap

tuntutan tersebut kurang daripada tuntutan meninggalkan yang haram dan diberikan pahala

jika ditinggalkan semata – mata kerana mematuhi perintah Allah SWT. Namun dikenakan

balasan seksa jika melakukannya, tetapi tidak sama dengan balasan seksa melakukan

perkara yang haram. Sebagai contoh: melakukan solat sunat Mutlaq ketika matahari terbit

atau terbenam.

ii. Makruh Tanzih

Perkara yang dituntut oleh syarak meninggalkannya secara tidak muktamad dan diberi

pahala apabila ditinggalkan kerana mematuhi perintah Allah SWT. Namun tidak dikenakan

balasan azab jika dilakukan. Contohnya, berpuasa pada hari Arafah bagi jemaah haji.

Jenis – jenis makanan makruh

a) Bawang putih dan Bawang merah

صلهى هللا عليه وسلهم قال : " من أكل ث نما أو ب تز عن جابر بن عبد هللا ، زعم أ ه النهبي تزلنا أو قال فلي ل مسجدنا صال فلي

صلهى هللا ا فيه وليق د في بيته ، وأ ه النهبي ا عليه وسلهم أ تي بقدر فيه خضرات من ب ق نل فنجد لها ريحا ، فسأل فأ خبر ب

ا رآه كره أكلها ، قال : ك ل ه ض أصحابه كا مه ، فل ب نها إلى ب إن ي أ ناجي من ال ت ناجي". ف من الب ق نل ، فقال : قر

Maksudnya:

“Diterima dari Jabir bin Abdillah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Sesiapa makan

bawang putih atau bawang merah, hendaklah ia menjauhi kami atau menjauhi masjid kami,

dan hendaklah ia tetap tinggal di rumahnya!” Dan bahawa pernah dibawa orang kepadanya

sebakul sayur-sayuran dari jenis yang berumbi, maka tercium olehnya bau, lalu

ditanyakannya apa isinya, lalu dijawab sayur – sayuran, maka titahnya kepada sebahagian

sahabat yang hadir bersamanya: “Dekatkanlah ke sini!” Dan tatkala dilihatnya, beliau tidak

mahu memakannya, sabdanya: “Makanlah olehmu, kerana saya akan berbisik-bisik dengan

orang yang tidak berbisik – bisik denganmu”.

(al-Bukhari, Muhammad bin Ismail, Sahih Bukhari, Abwābul Sifat Solat, Bab Mā Ja’ā fī

al-Sūm wal Basal wal Karās, No 817)

MAKANAN SUNAH

Allah swt menjadikan pelbagai khazanah dan ciptaan di muka bumi ini. Ini bukan sahaja

menunjukkan kepada keagungan ciptaan Allah malah ia juga dihasilkan bagi memberi

Page 21: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

442

manfaat dan kemudahan kepada umat manusia. Allah juga tidak menjadikan sesuatu

perkara itu sia – sia dan tidak mempunyai kelebihan. Akan tetapi, kita harus bersandarkan

kepada al-Quran dan Sunnah bagi menilai sesuatu makanan yang diciptakan oleh Allah

swt. Segala makanan yang diambil oleh nabi Muhammad saw dianggap sebagai makanan

sunnah yang membawa 1001 manfaat kepada manusia. Sebagai contoh madu, habbatus

sauda, zaitun dan kurma. Firman Allah:

لغف نر رحيم ال ت حص نها إ ه للاه ة للاه وإ ت دوا ن

Maksudnya:

“Dan jika kamu menghitung – hitung nikmat Allah, keajaiban Sunnah nescaya kamu tidak

dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar – benar Maha Pengampun lagi

Maha Penyayang”.

Jenis – jenis Makanan Sunnah

a) Madu

Madu .memiliki banyak nama, di antaranya “al-syahd”: ertinya madu yang masih

bercampur selagi belum diperah dari sarangnya. “al-dharb” pula maksudnya ialah madu

putih yang kental dan keras. Nama lain bagi madu juga ialah “al-zaub” iaitu madu murni

yang lama dan tidak mempunyai campuran. Manakala nama ilmiah, madu dinamakan

sebagai Apis Melli Fera dari jenis Apidae. (Ahmad Mubayyad, 2014).

Allah swt memuliakan lebah di dalam al-Quran sehingga Allah menjadikan satu surah

khusus yang menceritakan dan menamakan sebagai al-Nahl. Di dalam surah ini Allah

mendatangkan pelbagai nikmat Allah yang tidak terkira untuk menjadikan kita sebagai

insan yang berfikir dan mengagungi kebesaran dan kehebatan Allah swt. Allah

menceritakan perihal madu di dalam surah ini. Firman Allah:

ا يرش ن )وأوحى رب ه رٲت فٱسل كى ) ٦٨ك إلى ٱلنهحل أ ٱتهخذى من ٱلجبال ب ي نتا ومن ٱلشهجر وم ث مه ك لى من ك ل ٱلثه

ختلف ألنٲن ه ج من ب ط ننها شراب م و ) إ ه ۥ فيه شفآء ل لنهاس س ب ل رب ك ذ ل ال يخر )٦٩فى ذٲلك ألية ل قنم يتفكهر

(Al-Quran, Al-Nahl 16: 68-69)

Maksudnya:

“Dan Rabbmu (Tuhan kamu) mewahyukan kepada lebah: ‘Buatlah sarang – sarang

di bukit – bukit, di pohon – pohon kayu, dan di tempat – tempat yang dibuat manusia’.

Kemudian makanlah dari tiap – tiap (macam) buah – buahan dan tempuhlah jalan Rabbmu

yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang

bermacam – macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi

manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar – benar terdapat tanda (kebesaran

Rabb) bagi orang yang memikirkan.”

Madu dijadikan oleh Allah swt dengan sebaik penciptaan kerana mengandungi pelbagai

manfaat yang tersembunyi. Madu merupakan syifa’ (penyembuh) bagi segala penyakit.

Terdapat pelbagai manfaat dan khasiat daripada penghasilan madu. Antaranya ialah:

1. Membersihkan kotoran yang terdapat di dalam otot dan usus yang bertugas sebagai

penghadaman.

2. Menghurai zat – zat lembap dalam tubuh, baik dengan cara dimakan atau diadun

dan diproses.

Page 22: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

443

3. Sangat berguna bagi para warga emas, pesakit batuk berkahak, dan orang yang

selera makannya rendah.

4. Memutihkan dan menguatkan gigi dengan cara disapukan kepada gigi.

5. Mengubati diarea, iaitu penyakit membuang air besar (najis cair) yang terlalu kerap

dan berulang – ulang (cirit – birit).

b) Kurma

Kurma adalah buah yang manis dan mempunyai banyak keistimewaan, malah ia

memberikan zat – zat gizi penting bagi manusia. Kurma mengandungi sebahagian unsur

protein (enzim) dan yang paling terkenal ialah “enzim invertase” yang membantu

mematangkan kurma. Ia merupakan enzim terpenting yang mempengaruhi kualiti kurma

kerana aktivitinya terus berlangsung setelah dipetik. Hal ini menyebabkan singkatnya masa

buah kurma dalam bentuk ruthab (kurma basah).

Kurma dalam al-Quran memberikan banyak kelebihan mengenai ruthab, iaitu sebagai

sumber rezeki, kebaikan dan keberkatan. Sebagaimana Allah swt berfirman:

طبا جنيا ي إليك بجذع النهخلة ت ساقط عليك ر وه ز

(Al-Quran, Maryam 19:25)

Maksudnya:

“ Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan

menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu”.

Kurma merupakan makanan utama orang Arab kerana mempunyai rasa yang manis, tahan

lama dan tidak perlu dimasak malah mempunyai banyak khasiat dan menjadi makanan

utama Rasulullah saw. (Faszly Rahim et.al, t.th)

Kurma juga banyak disebut dalam sunah Nabawiyah:

الجنة من الجنة ، وهي شفاء من السم

Maksudnya: "al-cAjwah (sejenis kurma dari bumi Madinah) itu berasal dari syurga. Ia

adalah syifa’ penawar dari syurga”.

(al-Tarmizi, Muhammad bin Isa, Sunan al-Tarmizi, Kitab al-Tibb can Rasulullah saw, Bab

Ma Jā’a fi al-Kim’ah wa cajwah, No. 2068, Hadis Sahih)

Khasiat dan kelebihan kurma mengikut kajian pakar pemakanan:

1. Menguatkan dan membantu otot rahim bagi wanita hamil ketika melahirkan.

2. Sumber tenaga kerana kurma mengandungi kadar gula buah yang tinggi.

3. Membantu menguatkan otot – otot kerana kurma mengandungi vitamin B.

4. Mengatasi anemia (kurang darah) kerana kurma mengandungi kadar zat besi

yang tinggi.

5. Membantu mengatasi penyakit rabun senja, kerana kurma mengandungi

vitamin A.

c) Zaitun

Sesungguhnya Zaitun merupakan pohon yang penuh berkat. Keberkatan yang tersembunyi

didapati apabila Allah swt bersumpah dengan nama zaitun di dalam al-Quran. Firman Allah

swt:

يت ن ) (٢( وط نر سينين )١والت ين والزه

(Al-Quran, Al-Tin 95:1-2)

Page 23: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

444

Maksudnya:

“Demi (buah) Tin dan (buah) Zaitun. Dan demi bukit Sinai.”

Selain daripada itu, Allah swt juga turut memuji pohon ini di dalam firmannya:

اوات واألرض جاجة للاه ن نر السه صباح في ز شكاة فيها مصباح ال ي ي نقد من مثل ن نره ك جاجة كأنهها كنكب د ر الز

باركة زيت ننة ال شرقيهة وال غربيهة سسه نار ن نر على ن نر يهدي للاه لن نره من يشاء شجرة م يكاد زيت ها ي ضيء ولن لم ت

ويضرب للاه األمثال للنهاس وللاه بك ل شيء عليم

(Al-Quran, Al-Nur: 35)

Maksudnya:

“Yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang diberkati, (iaitu) pohon Zaitun yang

tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah baratnya, yang minyaknya

(saja) hampir – hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya

(berlapis – lapis).”

Pokok zaitun tidak khusus untuk negara di Timur dunia, sehingga disebut dengan

“Syarqiyah” ertinya “timur”. Tidak pula secara khusus bagi negara Barat, sehingga disebut

dengan “Gharbiyyah”, ertinya “barat”. Akan tetapi, disebut dengan kedua – duanya; iaitu

syarqiyah dan gharbiyah (timur dan barat).” Ertinya Zaitun untuk masyarakat global.

KESIMPULAN

Allah SWT menciptakan pelbagai jenis kurniaan dan anugerah di atas muka bumi ini untuk

dinikmati dan dimanfaatkan oleh manusia. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT:

يا ا في األرض ج ه ن الهذي خلق لك م مه

(al-Quran, al-Baqarah 2 : 29)

Maksudnya:

“Dialah yang menciptakan untuk kamu segala apa yang berada di atas muka bumi ini

semuanya.”

Maka manusia hendaklah menjalani kehidupan duniawi dengan berpandukan kebenaran

wahyu serta kebijaksanaan akal dan ilmu supaya semua ciptaan Allah SWT agar segala

manfaat yang dikurniakan oleh tidak disia – siakan untuk manusia, malah ia dimudahkan

untuk beribadah kepada Allah SWT.

Kajian dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh ilmuwan dan saintis Muslim mesti terus

berjalan secara berterusan dan konsisten demi menghasilkan sebanyak mungkin kajian

yang bermanfaat berdasarkan sumber alam secara optimum bagi mengeluarkan umat Islam

dari permasalahan yang sering berlaku contohnya yang melibatkan halal dan haram suatu

produk makanan.

RUJUKAN

al-Quran, 1968. Tafsir Pimpinan al-Rahman Kepada Pengertian al-Qur’an. Kuala Lumpur:

Jabatan Perdana Menteri

Page 24: PRINSIP MAKANAN DAN MINUMAN DALAM ISLAM Mohd Izhar

445

al-‘Abbari. 1985. Al-Muharram min al-hayawan wa bayan al-hikmah min tahrimihi. Qatar:

Dar Qatar al-Fuja’ah

Ahmad Mubayyad. 2014. Keajaiban Tiga Sunah Nabi (Madu, Kurma & Minyak Zaitun).

Terj. Muhammad Nasir. Batu Caves: Pustaka Al-Ehsan

Al-ᶜAsqalānī, Aḥmad bin ᶜAlī bin Hajr. 2001. Fath al-Bārī Syarh al-Bukhārī. Jil. 9. t.tp.

t.pt cAzzam, Abd cAziz Muhammad. 2001. Al-Maqāsid Al-Syariah fi al-Qawāid al-Fiqhiyyah.

Kaherah: Dar al-Bayān

Fazly Rahim, Wan Nasyrudin Wan Abdullah & Aminah Abdullah. t.th. Indahnya

Pemakanan & Perubatan Islam. Shah Alam: Telaga Biru Sdn Bhd

al-Ghazali. 2000. Halal dan Haram dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin Enterprise

al-Husaini, Taqiyuddin Abu Bakar. 2014. Kifayah al-Akhyar fī Hilli Ghayah al-Ikhtisar.

Terj. Murtadho Ridwan. Johor Bahru: Percetakan Zafar Sdn Bhd

Ibn Kathir. 2004. Lubab Tafsir min Ibn Kathir. Ter. M. Abdul Ghoffar. Jakarta: Pustaka

Imam al-Syafi’i

Ibn Rushd. 2003. Bidayah al-Mujtahid. Jil 2. Beirut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah

Ibn Qudamah, Abdullah bin Ahmad. 1997. al-Mughni. Jil 13. Riyadh: Dar calim al-Kutub

Ibn Taymiyyah, Aḥmad ibn ᶜAbd al-Ḥalīm. 1988. Al-Fatāwā al-Kubrā. Jil. 1. Beirut : Dār

al- Maᶜrifah

Kamus Dewan. 1994. Edisi ke 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Al-Kāsāni, Abu Bakar bin Mascud. 1986. Badāic al-Sanāic fī Tartīb al-Syaraic. Beirut: Dar

al-Kutub al-cilmiyyah

al-Khin. Mustafa et.al. 2011. Al-Fiqh al-Manhaji. Terj. Zulkifli al-Bakri. Bandar Baru

Bangi: Darul Syakir Enterprise

Mohamed bin Jusoh. 1986. Prinsip Utama Makanan dan Minuman dalam Islam. Kuala

Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.

al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya al-Din. 1980. al-Majmu’ Syarh Muhazzab lil-Syirazi. Juz

2. Jeddah: Maktabah al-Irsyad

al-Nawawi, Abi Zakaria Yahya al-Din. 2003. Raudhah al-Tholibin. Jil 2. Beirut: Dar calim

al-Kutub

al-Qaradawi. Yusuf 2014. Halal dan Haram dalam Islam. Terj. Zulkifli Mohamad al-Bakri.

Negeri Sembilan: Pustaka Cahaya Kasturi Sdn Bhd

al-Rabi’, Walid Khalid. 2008. Ahkām al-At’imah fī al-Fiqh al-Islāmī Dirāsah Muqāranah.

Jordan: Dar an-Nafāis

al-Syafi’i, Muhammad bin Idris. 1982. al-Umm. Terj. Ismail Yakub. Jakarta Selatan: C.V.

Faizan

al-Syarbini. 2008. Al-Iqna’. Ter. M.Mujib et.al. Thailand: Bin Halabi Press

al-Suyuti. Jalaluddin Abdul Rahman. 1999. Kaedah – Kaedah Hukum Islam Mazhab

Syafi’e. Terj. Mardhiya Mukhtar. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn Bhd

al-Zuhaili, Muhammad. 2009. Al-Muctamad. Terj. Yusuf Sinaga & Muhammad Harun

Zain. Jil 2. Selangor: Berlian Publications Sdn Bhd

al-Zuhaili, Wahbah. 1999. Fiqh dan Perundangan Islam. Terj. Syed Ahmad Syed Hussain

et.al. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka