4
PIPR-20 UNIT PRAKTIKUM INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-1 1 ...... hingga ........ Minggu Pertama Di SK .......................... Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : Tarikh : Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama : Tarikh : _________________________________________________________________________ _____ FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya) Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke- (Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Pilih 1sahaja) 1. Masalah / Peristiwa 2. Analisis 3. Cadangan Tindakan Susulan 4. Tempoh Masa Tindakan Susulan Disemak oleh Guru Pembimbing Tandatangan : Nama : Disemak oleh Pensyarah Penyelia Tandatangan : Nama : Jun 2011 34

PIPR-20 Format Dan Contoh Penulisan Jurnal

  • View
    49

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PIPR-20 Format Dan Contoh Penulisan Jurnal

PIPR-20UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANG

FORMAT JURNAL (Minggu pertama sahaja)

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

Ke-11...... hingga ........Minggu Pertama Di SK ..........................

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

______________________________________________________________________________

FORMAT JURNAL (Minggu kedua dan seterusnya)

Bilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

Ke-

(Rujuk aspek-aspek di dalam Borang PR 1. Pilih 1sahaja)

1. Masalah / Peristiwa

2. Analisis

3. Cadangan Tindakan Susulan

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Jun 2011 34

Page 2: PIPR-20 Format Dan Contoh Penulisan Jurnal

PIPR-20UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

Ke-1Pertama17 - 21 Jun 2006Minggu Pertama Di SK Taman Repok, Sarikei

Pada hari pertama, saya bersama pasangan pasangan praktikum melapor diri kepada Encik Ishak Bin Mohd Khalid, Guru Besar, SK Taman Repok, Sarikei. Kami memperkenalkan diri dan menyerahkan Surat Pengenalan Diri kepada beliau. Guru Besar memberi taklimat kepada kami tentang pelbagai perkara berkaitan dengan sekolah, termasuklah :

- sejarah, peraturan, disiplin dan budaya sekolah;- struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru

disiplin, guru panitia, guru ko-kurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran dan tugas staf sokongan;- latar belakang murid dan masyarakat setempat;- tugas dan tanggungjawab murid di sekolah;- pengelolaan aktiviti kokurikulum dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.

Selepas waktu rehat kami diperkenalkan kepada guru-guru dan staf sokongan. Selepas kami dibawa oleh Guru Penolong Kanan berjalan di sekeliling kawasan sekolah kamipun berjumpa dengan Encik Ghafur Mohammad, guru pembimbing praktikum kami. Encik Ghafur Mohammad memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami tentang jadual waktu, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, panduan guru dan rancangan semester.

Pada hari kedua saya menyediakan Rancangan Semester Bahasa Inggeris dan Pendidikan Seni Visual. Saya diagihkan 4 waktu mata pelajaran Bahasa Inggeris Tahun 4A, 6 waktu Tahun 5B dan 2 waktu Pendidikan Seni Visual Tahun 5A. Saya tidak menghadapi banyak masalah dalam penyediaan kedua-dua rancangan semester tersebut kerana telah menghadiri bengkel penulisan rancangan pengajaran ketikan di institut. Tambahan pula, kami dibekalkan oleh pensyarah mata pelajaran dengan format dan contoh rancangan semester, mingguan dan rancangan pengajaran harian.

Pada hari ketiga saya diberi peluang oleh guru pembimbing membuat pemerhatian pengajarannya. Saya amat berterima kasih kepada beliau kerana melalui kesempatan tersebut saya telah memperolehi banyak pengalaman terutamanya tentang cara pengurusan kelas, penggunaan ICT dan pengurusan aktiviti kumpulan. Cikgu Ghafur Mohammad memanglah seorang guru yang berkeyakinan tinggi dan berjaya menarik minat murid-muridnya. Catatan yang saya buat semasa sesi pemerhatian amatlah berguna sebagai rujukan saya.

Pada hari keempat, Pada hari kelima, saya menyerahkan Rancangan Semester Bahasa Inngeris dan PSV kepada Guru Besar dan guru pembimbing untuk disemak. Selepas itu saya masuk ke dalam Kelas 5A bersama Cikgu Abdul Latif, guru Pendidikan Seni Visual. Saya amat kagum dengan kebolehan beliau dalam menyampaikan pelajarannya. Dengan cara penyampaian yang menarik dan bakatnya yang amat tinggi dalam seni visual tak hairanlah mengapa beliau selalu dijemput untuk menjadi fasilitator kursus PSV di peringkat Bahagian Sarikei.

. Selepas itu membuat rancangan mingguan, rancangan pengajaran harian dan bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang akan saya gunakan dalam minggu kedua.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Jun 2011 35

Page 3: PIPR-20 Format Dan Contoh Penulisan Jurnal

PIPR-20UNIT PRAKTIKUM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJANGBilangan Jurnal Minggu PraktikumTarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

::::

Ke-2Kedua24 Jun 2006Masalah Pengurusan Masa

1. Masalah / Peristiwa

Hari ini (24 Jun 2006) saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal ini menimbulkan masalah bagi mencapai objektif , khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada hari-hari tertentu .

2. Analisis

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincanan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan.

3. Cadangan Tindakan Susulan

a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

4. Tempoh Masa Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu . Pengurusan masa yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah ini tidak dapat diatasi secepat mungkin sudah tentu -objektif yang telah dirancangkan tidak tercapai sepenuhnya

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Jun 2011 36