28
1 PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM 1. DEFINISI KONSEP Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian. Pengujian Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas. Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan : mengesan pencapaian hasil pembelajaran mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid Pengukuran Suatuproses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala. Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau membuat keputusan. Tujuan pengukuran: Mengesan hasi-hasil pembelajaran Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain Mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan maklumat untuk

PIM 3110

Embed Size (px)

DESCRIPTION

IPG

Citation preview

Page 1: PIM 3110

1

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN ISLAM

1. DEFINISI KONSEP

Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita. Contohnya

sebelum anda dianugerah Ijazah Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan

amali. Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian.

Pengujian

Merujuk kepada teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkahlaku

seseorang indiividu. Ia terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan

murid memberi satu set tindakbalas. Ujian merupakan alat pengukuran.

Pengujian bertujuan :

mengesan pencapaian hasil pembelajaran

mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai

mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran

Suatuproses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan

pengajaran guru. Guru mungkin menggunakan alat pengukuran yang digunakan oleh guru

mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.

Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif

atau membuat keputusan.

Tujuan pengukuran:

Mengesan hasi-hasil pembelajaran

Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi

kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain

Mengesan jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Bagi mendapatkan maklumat untuk

Page 2: PIM 3110

2

o bimbingan

o kecekapan guru

o rekod prestasi dan profil murid

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan

data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses menentu, mendapat dan memberikan

maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya.

Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-

aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran

untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang

sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan

cara yang lebih berkesan.

Tujuan penilaian

Penilaian dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran tentang kemajuan

pembelajaran murid di samping memberi maklum balas tentang keberkesanan pengajaran

guru. Melalui penilaian, guru dapat :

mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari

semasa ke semasa;

mengetahui keberkesanan pengajarannya;

merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid

mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal lagi supaya

kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah

menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan

guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan

seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.

Page 3: PIM 3110

3

Penilaian

Penilaian

Pengukuran

Pengukuran

Pengujian

Perhubungan Di Antara Penilaian, Pengukuran dan Pengujian

Pengujian Penilaian

Bidang dan Bentuk Penilaian

Bidang pembelajaran yang diuji dalam Pendidikan Islam meliputi :

Penguasaan ilmu

Penguasaan kemahiran

Penghayatan dan amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenalpasti boleh dinilai dengan menggunakan

kaedah:

Pemerhatian

Lisan

Penulisan

Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:

hasil pembelajaran yang hendak dinilai.

kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.

Page 4: PIM 3110

4

Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk

mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan,

perkembangan dan kemajuan murid.

Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

Mengesan serta-merta

mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam

pengajaran harian

tidak memerlukan instrumen yang khusus.

Mengesan kemajuan

mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran

perlu dirancang secara individu atau kumpulan

menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran

kerja, ujian bertulis

Mengesan pencapaian

mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada

akhir program

perlu dirancang secara individu

dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian

bertulis dan ujian lisan

Penilaian Secara Pemerhatian

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan dan

penulisan seperti:

sikap

perlakuan/amalan

amali

kemahiran manipulatif

kemahiran bersosial

kemahiran belajar

kemahiran kinestetik

kemahiran literasi komputer

kemahiran mereka cipta

Page 5: PIM 3110

5

Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan

dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.

Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran

mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.

Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.

Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:

- murid dengan guru

- murid dengan murid

- murid dengan bahan pembelajaran

Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:

- kefahaman konsep

- pengetahuan fakta

- kecekapan mendengar

- penggunaan bahasa yang tepat

- kefasihan menghafaz

- sebutan dalam berbahasa

- kecekapan mencongak

- gaya persembahan

- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan

Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:

bacaan kuat

syarahan

perbahasan

bercerita

perbincangan

Page 6: PIM 3110

6

hafazan

temu bual

soal jawab

nyanyian

deklamasi sajak

mendengar dan memberi respon secara lisan

Penilaian lisan membolehkan guru :

mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan

bertutur secara gramatis.

mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.

mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.

mengesan kelancaran dalam sebutan.

mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti

yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut

guru perlu memastikan:

soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.

aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.

pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk

merangsang murid berfikir.

aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian Secara Penulisan.

Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan

dan hasil penulisan murid seperti yang berikut:

karangan

laporan projek/kerja kursus/folio

latihan dan ujian bertulis

huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.

Page 7: PIM 3110

7

Instrumen Penilaian Penulisan

Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid

yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:

kemahiran menulis

menyusun idea

penggunaan tanda baca

perbendaharaan kata

mengaplikasi

mentafsir

menilai

Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah

diambil kira:

soalan menepati kemahiran yang akan diuji

bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami

bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan

aras kesukaran soalan dipelbagaikan

skema pemarkahan disediakan

Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:

- soalan subjektif

- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat

rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap

pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan

pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid

untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Page 8: PIM 3110

8

Contoh Perkataan Atau Frasa Untuk Membuat Penilaian

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan

Mengetahui

Menguji kebolehan calon mengingat

kembali fakta-fakta spesifik, istilah,

kaedah atau prosedur, konsep asas dan

prinsip

- Mengingati kembali - Mentakrif - Memerihal - Mengenal pasti - Melabel - Menyenarai - Melakar - Memadan - Menama - Menyatakan - Melukis - Menulis

Memahami

Menguji kebolehan calon untuk

memahami, menterjemah dan

menginterpretasi fakta, konsep dan

prinsip.

- Menterjemahkan bahan atau idea daripada satu bentuk ke bentuk lain;

- mentafsir bahan atau idea; - merangkakan trend masa depan - mengubah - menganggar - menerangkan - memberi contoh - mengukur - menyukat - menentukan - menukar - membanding dan membeza - menambah - meramalkan - membuat inferens - menghubungkait - mencirikan - mengelas

Mengaplikasi

Menguji lebolehan calon menggunakan

konsep, prinsip, hukum atau fakta asas.

- menggunakan bahan atau idea dalam situasi yang baru dan konkrit:

- mengira - menunjuk cara - mengubahsuai - menghitung - menjana idea - menjelaskan dengan contoh

Menganalisis

- mengasingkan maklumat kepada komponen-komponennya untuk memahami struktur organisasinya dan

Page 9: PIM 3110

9

Aras Kemahiran Domain Kognitif Cadangan frasa atau perkataan untuk menilai domain / perlakuan

Menguji kebolehan calon untuk

mencerakinkan idea-idea besar kepada

bahagian-bahagian kecil, membuat

perbandingan dan menghuraikan

perhubungan.

perhubungan antara komponen. - mencerakin - menjelaskan melalui contoh - memilih - mengasingkan - membuat andaian - menghuraikan - mengawal pembolehubah - membuat urutan - menyusun mengikut keutamaan - menggunakan perhubungan ruang dan

masa - membuat kesimpulan - menyelesaikan masalah

Mensintesis

Menguji kebolehan calon untuk

mengabungkan idea-idea kecil,

mentafsir dan membuat suatu rumusan.

- Menggabungkan komponen-komponennya untuk menghasilkan keseluruhan idea atau struktur yang baru dan kreatif.

- menggabungkan - merancang - meringkaskan - membina - merangkakan - berkomunikasi - mengeksperimen - menganologi - mereka cipta - mengkonsepsikan - membuat gambaran mental - mendefinisikan secara operasi - membuat hipotesis - mereka bentuk

Menilai

Menguji kebolehan calon untuk

membuat pertimbangan nilai bagi

sesuatu fikiran, tugasan atau kaedah.

- menilai idea/bahan maklumat/kaedah berdasarkan criteria yang spesifik untuk tujuan yang tertentu.

- menaksir - mengkritik - mentafsir - mewajarkan - mengesan kecondongan - membuat keputusan - menyokong

Page 10: PIM 3110

10

2. PENILAIAN FORMATIF DAN SUMATIF DALAM PENDIDIKAN ISLAM

Terdapat dua jenis penilaian di sekolah iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif:

Penilaian Formatif

Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur kemajuan murid-

murid setelah mereka mencapai hasil pembelajaran tentang satu bahagian pengajaran yang

terhad, misalnya satu unit pelajaran atau satu bab di dalam buku teks. Keputusan yang

diperoleh digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukanlah untuk memberikan

gred atau kedudukan di dalam kelas. Objektif ujian formatif ialah untuk mengesan kejayaan

dan kegagalan pembelajaran murid-murid. Dengan itu kaedah dan isi pelajaran boleh

disediakan. Sekiranya terdapat sejumlah besar murid-murid gagal dalam sesuatu unit

pelajaran, unit itu akan diajar semula dengan kaedah yang sesuai seperti kaedah kumpulan.

Pencapaian murid akan dicatat dalam laporan prestasi dan maklumat ini akan membantu

guru merancang akitivit-aktiviti pemulihan serta mengubah strategi pengajarannya jika

perlu. Contoh-contoh penilaian formatif ialah seperti lembaran kerja dan ujian bulanan.

Penilaian sumatif

Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun.

Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid

lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian dirancang dan

dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

harian. Maklumat tentang perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa

melalui penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan yang

sewajarnya jika perlu. Penilaian boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek

termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. Penilaian secara berpusat

iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian

Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat

tentang pencapaian murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi

dalam sistem penilaian.

Page 11: PIM 3110

11

Merancang penilaian.

Dalam pelaksanaan penilaian, guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang

hendak dinilai, kaedah penilaian dan instrumen penilaian yang perlu digunakan.

Penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU) boleh membantu guru membina soalan

mengikut hasil pembelajaran yang ditentukan. Dengan bantuan JPU guru dapat

merangkakan tajuk/kemahiran yang hendak diuji dan peringkatnya dalam taksonomi kognitif

Bloom. Bilangan serta peratus soalan untuk setiap peringkat kognitif juga ditunjukkan dalam

jadual penentuan ini. Untuk sesuatu tajuk dan peringkat taksonomi, hasil pembelajaran

murid dicatatkan secara spesifik.

Penentuan hasil pembelajaran ataupun aras-aras kemahiran bergantung kepada:

mata pelajaran

tajuk-tajuk yang dinilai

peringkat kebolehan murid yang dinilai

wajaran aras kesukaran: mudah, sederhana, sukar

Guru perlu meneliti dan memahami kandungan setiap tajuk dalam sukatan pelajaran.

Bilangan peratus soalan bagi sesuatu tajuk perlu ditunjukkan.

Page 12: PIM 3110

12

3. BENTUK PENILAIAN, CONTOH DAN PELAKSANAAN

Page 13: PIM 3110

13

4. BIDANG PEMBELAJARAN YANG DIUJI

Page 14: PIM 3110

14

5. PEMBINAAN ITEM PENDIDIKAN ISLAM

Objektif:

Penggubal perlu mengetahui falsafah dan objektif penilaian secara keseluruhan

selain memahami dengan jelas objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan

dengan soalan yang hendak digubal.

Sukatan Pelajaran, Format dan JPU:

Soalan yang digubal mestilah berdasarkan sukatan pelajaran, format dan JPU bagi

mata pelajaran yang berkaitan. Tujuannya ialah supaya kertas soalan yang dihasilkan

mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

Kata kerja:

Gunakan kata kerja yang menepati aras taksonomi seperti telah diterangkan di atas.

Bahasa:

a. Gunakan bahasa yang mudah difahami iaitu jelas dan tepat dari segi

kehendak soalan.

b. Pastikan penggunaa tatabahasa dan struktur ayat yang betul.

c. Tinggalkan perkataan / ayat yang kabur dan mengelirukan

d. Hanya istilah daripada Dewan Bahasa dan Pustaka sahaja yang diberi

keutamaan. Sekiranya terdapat istilah lain, pastikan ia diguna pakai oleh

Kementerian Pendidikan.

Contoh: inferens.

e. Tandakan istilah bahasa asing yang digunakan dengan pembuka kata dan

penutup kata ‘……….’:

Contoh: ‘ Idgham’.

Page 15: PIM 3110

15

Jenis-jenis ujian:

a. Ujian Objektif.

Ujian ini dipanggil sedemikian kerana pemeriksa yang lain akan memberikan

markah yang sama apabila memeriksa kertas jawapan objektif yang sama. Jawapan bagi

ujian objektif adalah pendek. Didapati lebih sesuai menguji kebolehan calon di aras kognitif

yang rendah iaitu pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Pemarkahan adalah objektif

,cepat, mudah dan jitu. Sebaliknya ujian objektif gagal menguji kebolehan calon untuk

memilih, menyusun dan menyatukan idea. Walaubagaimana pun kajian menunjukkan jika

ujian objektif digubal dengan teliti boleh juga menguji kebolehan calon di aras kognitif tinggi.

Contoh-contoh ujian objektif adalah seperti berikut:

i. Item jawapan pendek.

Siapakah nama ibu Nabi Muhammad s.a.w. ?

____________________________________

ii. Item melengkapkan.

Rukun Iman mempunyai __________ perkara.

iii. Item benar-salah.

Tandakan (√ ) bagi kenyataan yang benar dan (X) bagi kenyataan yang salah.

(a) Rukun Islam empat perkara ( )

(b) Rukun Iman enam perkara ( )

iv. Item padanan.

Nabi Muhammad Taurat

Nabi Musa Al-Quran

JENIS UJIAN

OBJEKTIF SUBJEKTIF

Page 16: PIM 3110

16

v. Item Aneka pilihan.

Tahun Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan dikenali dengan nama tahun ______

(a) Rusa

(b) Harimau

(c) Kuda

(d) Gajah

Kelebihan Ujian Objektif

1) Dapat meliputi semua bidang mata pelajaran dengan luas.

2) Dapat menguji aras kognitif di peringkat pengethuan, kefahaman dan aplikasi

dengna berkesan.

3) Masa yang diperlukan untuk menjawab dan memeriksa adalah ringkas.

4) Objektifnya aras tinggi. Jawapan yang sama akan diberikan markah yang sama

walaupun diperiksa oleh pemeriks yang berlainan.

5) Item ujian boleh dinyatakan dalam bahasa yang mudah.

6) Unsur emosi pemeriksa tidak akan mempengaruhi pemarkahan.

7) Kebolehpercayaan keputusan adalah tinggi kerana banyak soalan boleh disediakan.

Kelemahan Ujian Objektif

1) Pembinaan ujian memerlukan lebih tenaga, masa dan perbelanjaan.

2) Tidak dapat menguji kebolehan calon pada aras kognitif yang tinggi seperti analisis,

sintesis dan penilaian.

3) Gagal menguji kebolehan calon untuk menyusun dan menghuraikan idea-idea.

4) Mungkin menggalakkan calon-calon meneka jawapan.

5) Calon boleh berlatih menjawab soalan-soalan objektif bagi tahun-tahun lalu boleh

meningkatkan taraf pencapaian.

b. Ujian Subjektif.

Ujian subjektif ialah ujian yang terdiri daripada soalan yang memerlukan calon

memberi jawapan secara lisan atau bertulis. Jawapan calon mungkin bebas atau terhad.

Sekiranya bebas, jawapan itu adalah dalam bentuk esei dan sekiranya terhad ia mungkin

Page 17: PIM 3110

17

merupakan satu ayat sahaja (struktur). Bertujuan menguji kebolehan pelajar pada aras

kefahaman, aplikasi dan jika digubal dengan teliti boleh menguji aras yang lebih tinggi.

Berdasarkan kepada jawapan calon, ujian subjektif boleh dibahagikan kepada dua jenis,

iaitu:

i. Jawapan Terhad (struktur).

Jenis soalan ini menghadkan isi dan bentuk jawapan seseorang calon.

Jawapan yang diberikan hanya merupakan satu ayat atau satu frasa sahaja.

Contoh:

Tulis rukun-rukun Iman di ruangan berikut mengikut urutan.

1. __________________________________________

2. __________________________________________

3. __________________________________________

4. __________________________________________

5. __________________________________________

ii. Jawapan Tidak Terhad (Esei).

Jenis soalan ini membenarkan calon memilih, mengatur, dan membentangkan

jawapan yang difikirkan sesuai.

Contoh:

Terangkan peranan ibadat haji dalam menyatukan umat Islam.

Kelebihan Ujian Subjektif

1) Mudah untuk dibina dan ditadbir

2) Boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran

3) Merupakan cara untuk mengetahui sejauh mana seorang calon dapat menerangkan

idea-ideanya.

Page 18: PIM 3110

18

4) Calon-calon dapat diuji kebolehan untuk menyususn, menganalisis dan membuat

sintesis idea-idea meraka.

5) Peluang untuk meneka jawapan adalah kurang.

6) Menggalakkan calon menyediakan diri menghadapi ujian dengan meneka kepada

kemahiran menyusun dan membuat sintesis isi jawapan.

7) Peluang untuk menipu atau meniru jawapan dikurangkan.

8) Dapat mengukuh hasil pembelajaran yang kompleks.

Kelemahan Ujian Subjektif

1) Unsur subjektif semasa pemarkahan akan mempengaruhi kesahan dan

kebolehpercayaan ujian itu.

2) Hanya dapat meliputi bidang yang terhad kerana bilangan esei terbatas.

3) Pemarkahan mengambil tenaga dan masa yang panjang.

4) Pemarkahan ujian esei mungkin dipengaruhi oleh factor-faktor yang kurang relevan

yang panjang atau pendek.

5) Pemarkahan juga dipengaruhi oleh bentuk emosi pemeriksa, keadaan fizikalnya dan

masa yang telah digunakan untuk memeriksa kertas jawapan.

6) Kesan halo mungkin dapat memainkan peranan. Markah yang tinggi bagi soalan

pertama mungkin mempengaruhi markah bagi soalan-soalan seterusnya.

Page 19: PIM 3110

19

6. PEMBINAAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) PENDIDIKAN ISLAM

Jadual Penentuan Ujian dikenali juga dengan nama Test Blue Print atau Test

Specification. JPU merupakan satu matrik yang terdiri dua paksi kandungan (paksi

menegak) dengan paksi aras kemahiran (paksi melintang). Dalam ruangan aras kemahiran

pula dicatatkan objektif pengajaran yang biasanya disesuaikan dengan taksonomi objektif

pendidikan. Secara am objektif pengajaran dinyatakan dalam kurikulum pelajaran dan

secara khusus terdapat dalam sukatan pelajaran sesuatu mata pelajaran berkenaan. Tiap-

tiap pelajaran mempunyai penekanan aras kemahiran yang berbeza sesuai dengan objektif

mata pelajaran berkenaan.

Secara ringkas perkara-perkara yang boleh didapati daripada sesuatu JPU adalah

seperti berikut:

1) Kandungan ujian : topik-topik

2) Aras kemahiran: taksonomi objektif pendidikan

3) Pemberatan dalam peratus pada kandungan dan aras kemahiran: panjang masa

mengajar dan kepentingan.

4) Bentuk atau format ujian: objektif, esei, amali, kerja kursus dan lain-lain.

5) Bilangan item: mengikut bentuk ujian, kandungan dan aras kemahiran.

6) Kepayahan item: dalam lingkungan 20% hingga 80%

Kepentingan JSU

1) Mengelakkan ujian dibina secara sembarangan.

2) Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

3) Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras kemahiran kepada guru yang

mengajar dan menggubal ujian.

4) Memastikan terdapat perseimbangan antara topic-topik dengan aras-aras kemahiran

yang diuji (terdapat sebaran aras kemahiran yang sesuai).

5) Menjadi panduan membentuk format ujian.

6) Menjadi panduan membentuk soalan.

7) Menstabilkan taraf ujian yang sama pada masa hadapan.

8) Membolehkan ujian yang sama dibina oleh kumpulan lain.

9) Membolehkan perbandingan dengan ujin yang lain.

10) Menstabilkan taraf dan aras kepayahan ujian dari semasa ke semasa.

Page 20: PIM 3110

20

Komponen Utama Dalam JSU

1) Paksi Kandungan: Dalam paksi kandungan dicatatkan bahan yang diajar. Bahan-

bahan itu boleh dicatatkan secara ringkas atau secara topic demi topic seperti yang

terdapat dalam sukatan pelajaran. Boleh juga dibuat secara ringkas dan am yang

mana sukatan dibahagigkan kepada skop-skop yang luas seperti dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam dibahagikan kepada Tilawah Al-Quran, Aqidah, Ibadah,

Sirah dan Akhlak. Pembahagian begini hanya sesuai untuk menghasilkan rumusan

dan kurang memberi faedah kepada guru dan penggubal soalan.

2) Paksi Aras Kemahiran: Dalam paksi ini mengandungi objektif pengajaran yang

merupakan perubahan tingkah laku dan kemahiran-kemahiran yang diharapkan pada

tiap-tiap topic dalam paksi kandungan. Model yang digunkan ialah taksonomi

pendidikan iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

3) Paksi Pemberatan: Pemberatan adalah penekanan yang patut diberikan kepada tiap-

tiap topic dan kemahiran. Untuk ujian bilik darjah pemberatan bolehlah didasarkan

kepada rasa penting terhadap sesuatu topic atau tajuk yang diajar pada sesuatu

ketika. Untuk sesuatu ujian yang lebih luas penggunaannya, pemberatan tentulah

berdasarkan kepada keluasan isi pelajaran dan panjang waktu yang diperuntukkan

kepadanya. Proses pemberatan boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat:

a. Menukarkan pemberatan waktu kepada peratus dan dicatatkan di hujung

paksi tersebut.

b. Membahagikan peratus itu kepada bentuk soalan yang sesuai objektif atau

esei.

c. Menyelaraskan bentuk soalan, bilangan soalan dengan aras kemahiran.

4) Kepayahan soalan: Secara kuantitatif kepayahan soalan adalah dimaksudkan

peratus calon yang boleh menjawab dengan betul pada sesuatu soalan. Semakin

besar peratus semakin mudahlah sesuatu soalan itu. Untuk ujian pencapaian bersifat

rujukan norma, min kepayahan ujian sebaik-baiknya ialah 50%. Walaupun begitu

soalan yang mudah dan sukar harus juga dimasukkan ke dalam ujian. Soalan mudah

iaitu lebih kurang 70% daripada calon boleh menjawabnya, boleh menjadi motivasi

kepada calon-calon yang lemah. Soalan yang sukar pula lebih kurang 30% daripada

calon dapat menjawabnya, boleha menjadi pencabar kepada calon-calon yang bijak.

Perbanyakkan soalan beraras kepayahan sederhana antara 40% hingga 60%.

Page 21: PIM 3110

21

Terdapat kajian menunjukkan soalan-soalan beraras kepayahan sederhana boleh

menambah sisihan lazim dan memberi kesan kepada kebolehpercayaan ujian.

Langkah Menyediakan JPU

Langkah 1: Kaji objektif ujian dan sukatan pelajaran berkenaan. Fahamkan falsafah,

objektif, topic-topik dan cadangan penilaian yang juga menyebutkan kerja

kursus serta kerja amali. Sebaik-baiknya kerja kursus dan amali tidak

berulang secara tepat dalam ujian/peperiksaan.

Langkah 2: Tentukan format ujian/peperiksaan iaitu dari segi tempoh ujian, jenis soalan,

bahagian, bilangan soalan peruntukan masa bagi setiap bahagian,

pemberatan markah.

Buat rumusan format seperti contoh berikut:

Rumusan Format

Mata Pelajaran : Pendidikan Islam

Panjang Masa : 2 jam

Bentuk : Objektif dan esei

Markah : 100

Perkara Objektif Esei

Masa 1 jam 1 jam

Markah 40 60

Bilangan soalan 40 3

Markah 1 soalan 1 20

Masa bagi setiap soalan 1.5 minit 20 minit

Langkah 3: Senaraikan tajuk/topik yang hendak diuji dan masa kuliah yang diperuntukkan

bagi setiap tajuk.

Page 22: PIM 3110

22

Carta aliran proses menyediakan JPU:

Pilih tajuk yang hendak dinilai.

Tentukan Hasil Pembelajaran.

Tentukan bilangan soalan mengikut aras.

Tulis bilangan soalan dalam petak

berkenaan.

Semak jumlah dan peratus semua soalan dalam lajur menegak danmendatar.

Page 23: PIM 3110

23

Contoh JPU

Mata Pelajaran: Pendidikan Islam

Tajuk: Solat Lima Waktu

Kandungan

Aras Kemahiran Jumlah

% Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian

M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S M Sd S

Pengertian

Bilangan

Waktu

Rukun

Hikmah

Jumlah %

( M = Mudah, Sd = Sederhana, S = Sukar )

Nota: Tidak semua peringkat hasil pembelajaran dan aras kemahiran mesti diuji dalam

sesuatu penilaian/ujian. Aras kemahiran bolehdiubahsuai kepada mudah dan sukar.

Page 24: PIM 3110

24

7. PENILAIAN PAFA SEKOLAH RENDAH

Beberapa perkara asas fardhu ain yang terkandung dalam sukatan pelajaran

Pendidikan Islam, yang hendak dipastikan supaya setiap murid benar-benar mengetahui,

memahami, mengamal dan menghayati dengan betul dan sempurna sebagaimana yang

telah ditetapkan oleh syarak.

Tujuan

1. Mengenalpasti murid yang lemah dalam kefahaman dan amalan PAFA, kemudian

membimbing sehingga mereka dengan sendirinya faham dan dapat mengamalkan

dengan betul dan sempurna.

2. Memastikan tidak terdapat sebarang keciciran dalam PAFA, dengan perkataan lain,

menentukan kejayaan 100%.

3. Menimbul dan menyuburkan keinsafan dan kerelaan yang positif untuk menghayati

dalam amalan kehidupan harian.

4. Merangsang tanggungjawab guru untuk memastikan murid menguasai dan

menghayati PAFA secara berterusan.

Peraturan

1. Penilaian PAFA hendaklah dimulakan dari tahun 1 hingga tahun 6 (UPSR).Tingkatan

1 hingga tingkatan 3 (PMR) dan tingkatan 4 hingga tingkatan 5 (SPM) mengikut kod-

kod yang telah ditetapkan.

2. Penilaian akhir PAFA dijalankan dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),

Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

3. Penilaian PAFA dikendalikan sepenuhnya oleh sekolah.

4. Penilaian dijalankan sendiri oleh guru Pendidikan Islam mengikut masa yang sesuai,

sebagai proses penilaian biasa dalam pengajaran dan pembelajaran.

5. Penilaian dijalankan secara lisan dan amali mengikut kod-kod yang ditetapkan. Guru

boleh meneruskan penilaian kepada murid yang menguasai kod-kod seterusnya.

Murid ini boleh dinilai semula sebagai pengukuhan.

6. Soalan dan jawapan penilaian tidak rahsia sebagaimana yang telah dicadangkan

dalam buku panduan. Murid hendaklah diberitahu lebih awal.

Page 25: PIM 3110

25

7. Sepanjang tempoh penilaian tersebut, murid hendaklah diberi masa, peluang serta

bimbingan yang secukupnya untuk mengulang serta memperbaiki kesalahan dan

kelemahan. Usaha ini diteruskan sehingga mereka dengan sendirinya faham dan

dapat mengamalkan sesuatu kemahiran dengan betul dan sempurna.

8. Pencapaian murid hendaklah dicatat dari masa ke semasa secara kemaskini dalam

Borang Pencapaian Individu dan Borang Berkelompok. Catatan tersebut adalah

rekod bagi proses dan keputusan penilaian yang dicapai oleh murid.

9. Penyetaraan akan dijalankan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan

Negeri/ Bahagian/ Daerah sebagai sebahagian dari tugas penyeliaan harian biasa.

10. Pemantauan proses pelaksanaan penialain PAFA di peringkat sekolah akan

dijalankan oleh Pengetua / Guru Besar dari semasa ke semasa.

11. Pencapaian LULUS dalam dalam sesuatu Kod / Tajuk ialah apabila murid faham

sesuatu tajuk dan dalam hal ibadah dapat mengamalkan sesuatu kemahiran

sekurang-kurangnya pada tahap keupayaan yang paling minima yang dikira SAH

dari segi syarak.

12. Murid diperakui LULUS dalam keseluruhan penilaian PAFA apabila mereka berjaya

memahami dan mengamalkan semua kod / tajuk soalan yang telah ditetapkan.

13. Borang pencapaian individu hendaklah disertakan bersama rekod perpindahan

pelajar ke sekolah lain.

14. Pihak sekolah hendaklah melaporkan keputusan penilaian di peringkat sekolah

menggunakan format sijil yang disediakan. Laporan juga perlu diserahkan kepada

Bahagian / Unit Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, menurut prosedur yang

disediakan.

Pelaksanaan

Bil Tindakan

Jan

Feb

Mac

Apr

Mei

Jun

Jul

Ogs

Sept

OK

t

Catatan

1 Memastikan murid memiliki

buku panduan penilaian

PAFA

2 Penyediaan Fail PAFA

(borang berkelompok)

Page 26: PIM 3110

26

3 Pelaksanaan PAFA

3.1 Ting. 1- 2

3.2 Ting. 3 (PMR)

3.3 Ting 4

3.4 Ting. 5 (SPM)

4 Kemaskini borang

berkelompok PMR dan SPM

5 Menghantar keputusan penuh

PAFA/ Disket ke Unit/

Bahagian Peperiksaan (JPN)

5.1 PMR

5.2 SPM

6 Mengemaskini rekod

pencapaian individu murid

yang akan berpindah sekolah

baru (sekiranya ada)

√ √ √ √ √ √ √ √ √ √

7 Penyetaraan daripada

Kementerian/JPN/ Bahagian/

Daerah

Mengikut takwim pihak berkenaan

Page 27: PIM 3110

27

AGIHAN KOD PAFA

(UPSR, PMR DAN SPM)

TINGKATAN KOD DINILAI TAJUK

1

01 Mengucap Dua Kalimah Syahadah

02 Rukun Islam

03 Rukun Iman

04 Beristinjak

05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

2

06 Cara Berwudhuk

07 Cara Bertayammum

08 Cara Mandi Wajib

09 Azan dan iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

10 Solat Fardhu

3

11 Solat Jenazah

12 Puasa

13 Adab Terhadap Ibu bapa

15 Ihsan

16 Kewajipan Menutup Aurat

17 Batas Pergaulan Dalam Islam

4

01 Mengucap dua kalimah syahadah

02 Rukun Islam

03 Rukun Iman

04 Beristinjak

05 Membersihkan diri, pakaian dan tempat dari najis

Page 28: PIM 3110

28

06 Cara Berwuduk

07 Cara Bertayammum

08 Cara mandi wajib

09 Azan dan Iqamah serta jawapan dan doa selepasnya

5

10 Solat Fardhu

11 Solat Jenazah

12 Puasa

13 Adab terhadap ibu bapa

14 Perkahwinan

15 Ihsan

16 Kewajipan menutup aurat

17 Batas pergaulan dalam Islam

15 Ihsan