13
1 Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan Jabatan Agama Islam Selangor PERUBATAN ALTERNATIF MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN 1 Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri 2 1.0 MUQADDIMAH Alhamdulillah, saya rafakkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan izin-Nya dapat mengemukakan sebuah kertas kerja yang bertajuk : Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan. Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) di atas penganjuran Seminar Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif : Amalan, Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam). Saya merasakan usaha seperti ini sudah pasti banyak faedah dan manfaatnya terutama dalam membina garis panduan cara perubatan yang benar-benar menepati hukum Syarak. Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak sebagai mukadimah dan pembuka jalan untuk dicambahkan lagi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengannya. Apa yang baik daripada Allah S.W.T., sedangkan yang kurang dari diri saya sendiri. Saya mengucapkan : ا و ي ا Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada kita. 2.0 DEFINISI PERUBATAN ISLAM DAN ALTERNATIF 1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif : Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. 2 AJK Fatwa Negeri Sembilan & Negeri Terengganu, Mantan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang- Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

1

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

PERUBATAN ALTERNATIF

MENGIKUT PERSPEKTIF ISLAM : SATU TINJAUAN1

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri2

1.0 MUQADDIMAH

Alhamdulillah, saya rafakkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan

izin-Nya dapat mengemukakan sebuah kertas kerja yang bertajuk : Perubatan

Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan.

Saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) di atas penganjuran Seminar Islam

Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif : Amalan, Kepercayaan

Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam).

Saya merasakan usaha seperti ini sudah pasti banyak faedah dan manfaatnya

terutama dalam membina garis panduan cara perubatan yang benar-benar menepati

hukum Syarak. Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak sebagai mukadimah dan

pembuka jalan untuk dicambahkan lagi pelbagai permasalahan yang berkaitan

dengannya. Apa yang baik daripada Allah S.W.T., sedangkan yang kurang dari diri

saya sendiri. Saya mengucapkan :

أ س أ س ف ر أ اس أ ف يأ أ أ ر ور فاأ س ف

Semoga kertas kerja ini sedikit sebanyak memberi kebaikan kepada kita.

2.0 DEFINISI PERUBATAN ISLAM DAN ALTERNATIF

1 Kertas Kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar “Islam Semasa & Pengislaman Ilmu (Perubatan Alternatif :

Amalan dan Kepercayaan Berdasarkan Prinsip-Prinsip Islam”, anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

pada 3 November 2011 bersamaan 7 Zulhijjah 1432 di De Palma Hotel Shah Alam, Selangor. 2 AJK Fatwa Negeri Sembilan & Negeri Terengganu, Mantan Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-

Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Page 2: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

2

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Definisi Perubatan Islam tiada kata sepakat tentang definisi sebenar perubatan

Islam. Ramai yang mentafsirkan istilah perubatan Islam mengikut selera atau cara

dan gaya mereka sendiri demi untuk mengiktiraf apa yang mereka amalkan adalah

perubatan Islam sebenar. Justeru itu terdapat kekeliruan di kalangan orang ramai

tentang apa sebenarnya perubatan Islam. Saya bahagikan definisi kepada dua iaitu,

perubatan Islam dan alternatif

2.1 PERTAMA : DEFINISI PERUBATAN

Dari segi bahasa perubatan seperti dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, membawa

maksud perihal berubat, yang berkaitan dengan ubat atau usaha mengubati

(perubatan). Maksud yang lain perihal mengubati atau menyembuhkan penyakit dan

pesakit, tempat mengubat orang sakit (pengubatan). Begitu juga maksudnya

sesuatu yang digunakan untuk mengubati (pengubat).

Dalam istilah Arab, kadang-kadang digunakan kalimah al-tibb yang memberi maksud

kepakaran dalam sesuatu bidang dan juga kemahiran. Kadang-kadang

digunakannya untuk sihir. Lihat Lisan al-Arab 1/5533.

Pada istilah ada beberapa pendapat :

Ilmu berkenaan keadaan badan manusia dari sudut kesihatan dan

kerosakannya. Inilah pendapat Ibn Rusyd.

Ilmu berkaitan tubuh badan manusia yang menjaga kesihatan dan menolak

kemudaratannya. Ini pendapat Jali Nius dan Daud al-Amtaki.

Ilmu yang dikenali hal ehwal badan manusia dari sudut kesihatan dan

sebaliknya untuk memelihara kesihatan supaya terhasil. Inilah pendapat Ibn

Sina.

2.2 KEDUA : DEFINISI PERUBATAN ISLAM

3 Muhammad Ibn Mukram Ibn Manzur al-Afriqi al-Misri, Lisān al-`Arab. Beirut : Dār Şodr, Cet. 1, Juz. 1, h. 553.

Page 3: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

3

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Kebanyakan ulama atau cendekiawan tidak mentakrifkan perubatan Islam secara

khusus kecuali amat sedikit dan kesimpulannya boleh dikatakan bahawa perubatan

Islam adalah satu bidang ilmu dan amalan yang berasaskan ilmu sains perubatan di

mana terkandung di dalamnya paradigma, konsep, nilai nilai tatacara ujian serta

rawatan yang selaras dan tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah

Rasullullah S.A.W.

Dari kenyataan di atas beberapa noktah perlu difahami :

Adanya unsur ilmu sains perubatan.

Konsep dan tatacara rawatan.

Tidak bertentangan dengan al-Quran dan al-Sunnah.

Walaupun begitu, apa yang difahami mengikut uruf dan adat kebiasaan apabila

disebut perubatan Islam di Malaysia biasanya dengan penggunaan ayat-ayat al-

Quran dan cara tradisional berlainan dengan rawatan yang dilakukan oleh pakar-

pakar perubatan di hospital atau klinik kesihatan.

3.0 PENDIRIAN SYARIAH BERKENAAN MEMPELAJARI ILMU PERUBATAN

Terdapat banyak kenyataan menggalakkan supaya umat Islam menceburi bidang

perubatan. Ini selaras dengan Maqāşid Syarī`ah yang bertujuan memelihara jiwa,

akal dan lain-lain.

Beberapa pendapat ulama keperluan mempelajari ilmu ini :

Imam Muhammad al-Qurasyi yang dikenali dengan nama Ibn al-Ikhwah

berkata : Kedoktoran atau perubatan merupakan ilmu, teori dan praktikal yang

diharuskan oleh syarak mengamalkannya kerana memelihara kesihatan,

menolak penyakit dari tubuh badan.

Imam al-Nawawi berkata : Adapun ilmu-ilmu akal ada yang bersifat fardu

kifayah seperti perubatan matematik yang diperlukan.

Page 4: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

4

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Imam al-Ghazali berkata : Tidak pelik untuk mengira ilmu perubatan daripada

fardu kifayah.

Imam al-Syafie berkata : Tiada aku mengetahui ilmu selepas halal dan haram

lebih mulia daripada ilmu perubatan.

Justeru, tidak pelik ramai tokoh ulama menjadi pakar dalam bidang perubatan

seperti Imam al-Syafie sendiri, Ibn Rusyd, Ibn Sina, Ibn al-Nafis dan ramai lagi.

4.0 HUKUM RAWATAN

Daripada nas jelas menunjukkan Islam cukup memelihara kesihatan. Justeru, tidak

pelik gesaan supaya mencegah dan memelihara kesihatan sentiasa diutamakan

dalam Islam sehingga apabila dimukadimahkan bab fikah yag pertama ia berkaitan

dengan taharah.

Adapun dalil amat banyak, antaranya :

Sabda Rasulullah S.A.W. :

ء ء د ء د الد ء ءإءذذ ء بء ء ء الد اء ء ء اء ء ء يء فءإءذء ء ء اء ء اء ء ل ء

Bermaksud : “Setiap penyakit ada ubatnya. apabila berbetulan ubat dengan

penyakit, nescaya sembuh dengan izin Allah.”

(Riwayat Muslim 4/20)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

ء ءااء اء ء ء بذ ء ء ء د ء اء الد ء ء بذ ء ء مءا

Page 5: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

5

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Bermaksud : “Allah tidak menurunkan penyakit kecuali diturunkannya

penyembuh.” (Riwayat Bukhari

4/8)

Daripada nas di atas menunjukkan betapa kita digalakkan berubat. Justeru, para

ulama khilaf tentang hukum berubat sama ada wajib atau sunat. Inilah yang paling

masyhur tanpa menafikan yang wajib reda dan beriman dengan qadak dan qadar

Ilahi.

5.0 JENIS PERUBATAN

Perubatan Islam merujuk kepada perubatan yang berasaskan kepada tiga sumber

utama iaitu :

Al-Quran seperti Surah al-Fatihah.

Al-Sunnah seperti doa-doa yang ma’thur daripada Rasulullah S.A.W.

Bahan alami seperti semua ciptaan Allah S.W.T.

Bahan alami merujuk kepada segala bahan yang letaknya di antara langit dan bumi.

Bahan adalah bahan sumber alam yang merangkumi tumbuh-tumbuhan, haiwan dan

batu-batan.

Pentakrifan konsep perubatan Islam ini merujuk kepada sirah Rasulullah S.A.W. dan

sumber-sumber rujukan daripada al-Quran dan hadis.

Rasulullah S.A.W. bersabda :

ء اذ ء ذ ء اذ ء ء ء ءاالل ءااء ذ ء ءلء ذ ء ذ

Page 6: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

6

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Bermaksud : “Hendaklah kamu menggunakan dengan dua penawar,

madu lebah dan al-Quran.”

(Riwayat Ibn Majah, Ibn. Mas’ud)

Ibn Qayyim al-Jauziyah di dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawi ketika mengulas hadis

ini menyatakan bahawa ia menggabungkan di antara perubatan Ilahi dan perubatan

manusia, perubatan jasmani dan perubatan rohani, begitu juga penawar bumi dan

penawar langit.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib R.A.,

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sebaik-baik ubat itu adalah al-Quran.”

Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya : “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran

ayat-ayat yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-

orang yang beriman kepada-Nya.”

(Surah al-Isra’, 17 : 82)

6.0 PRINSIP ASAS DALAM RAWATAN ISLAM

Para ulama telah menekuni isu rawatan dalam Islam bagi memurnikan kaedah dan

prinsipnya agar ia selari dengan prinsip Syariah Islam, antaranya :

Kaedah rawatan tidak bercanggah dengan nas al-Quran dan al-Sunnah.

Page 7: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

7

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Tidak harus menetapkan sebarang bentuk bayaran tertentu terhadap ikhtiar

pengubatan yang dilakukan. Justeru aspek keikhlasan perawat dan

keikhlasan pesakit perlu ditampilkan. Kombinasi ini merupakan antara elemen

yang membantu dalam pemulihan pesakit.

Sekiranya melibatkan barangan, pesakit tidak boleh dipaksa untuk membeli

barangan yang ditawarkan dengan pakej tertentu bagi tujuan merawat

penyakitnya. Terpulang kepada pesakit untuk membuat keputusan.

Perawat tidak boleh meninggalkan kerja-kerja asasi yang lain termasuklah

tanggungjawab kepada masyarakat dan keluarga.

Perawat tidak boleh mengajukan tawaran bagi mengubati pesakit.

Kaedah dan prosedur rawatan tidak menimbulkan fitnah. Contohnya, perawat

tidak boleh memukul pesakit sehingga memudaratkannya.

Tidak boleh menggunakan jampi serapah yang tidak difahami maksud atau

mengandungi unsur syirik, khurafat dan tahyul.

7.0 PRINSIP BERUBAT DENGAN JAMPI DAN TANGKAL

Setiap orang yang hidup di dunia ini tidak akan terlepas daripada menerima ujian

Allah S.W.T. sama ada ujian itu melalui kemewahan, kesenangan, kesusahan,

kesengsaraan atau kesakitan. Tetapi salah satu ujian yang mudah menimpa ke atas

manusia ialah sakit. Walau bagaimanapun Allah S.W.T. tetap kasih dan tidak

menganiaya hamba-hambanya, dengan menjanjikan setiap penyakit itu ada

ubatnya. Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya :

Page 8: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

8

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

“Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia

akan sembuh dengan izin Allah S.W.T." (Riwayat

Muslim)

Pada kelazimannya sesiapa jua yang ditimpa penyakit sudah pasti akan berusaha

sedaya upaya mencari penawar atau ubat untuk menyembuhkannya. Bahkan

kadang-kadang ada di antara kita menggunakan perkhidmatan bomoh dengan

menggunakan jampi dan tangkal kerana mengharapkan cepat sembuh dari penyakit

yang dihidapinya. Agama Islam tidak melarang umatnya berubat dengan

menggunakan jampi dan tangkal dengan syarat ianya dilakukan dengan betul dan

tidak bercanggah dengan hukum Syarak.

Di dalam al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W. terdapat banyak sandaran yang

membolehkan berbuat demikian, asalkan yang dilakukan itu dengan mengikut batas-

batas yang ditetapkan dalam Islam. Kita sebagai umat Islam semestinya memelihara

kesucian agama Islam dalam semua aspek, kerana itu dalam amalan perubatan

khususnya jampi dan tangkal kita hendaklah berhati-hati, jangan sampai wujud

unsur-unsur khurafat dan syirik yang boleh membawa kepada penyelewengan

akidah dan kekufuran. Maka sebagai langkah berjaga-jaga adalah amat mustahak

kita mengetahui apakah batas-batas Syarak yang membolehkan berubat dengan

jampi dan tangkal sebagai landasan yang boleh memandu kita ke arah jalan yang

selamat, di antaranya ialah :

Pertama : Hendaklah jampi dan tangkal itu bersumberkan daripada al-Quran atau

Sunnah Baginda S.A.W. Islam mengharuskan berubat dengan jampi

dan tangkal yang mengandungi ayat-ayat al-Quran, nama-nama dan

sifat-sifat Allah S.W.T., zikir-zikir dan doa-doa yang terdapat di dalam

al-Quran serta Sunnah Baginda S.A.W.

Daripada Jabir R.A. berkata maksudnya :

"Rasulullah S.A.W. melarang daripada berjampi, lalu keluarga Amru bin Hazm

datang kepada Rasulullah S.A.W., mereka berkata : Hai Rasulullah, kami

Page 9: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

9

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

mempunyai jampi yang boleh kami gunakan untuk menjampi sengatan kala

jengking, sedangkan engkau melarang jampinya." Jabir R.A. berkata : Kemudian

mereka pun memperlihatkan jampi mereka kepada Rasulullah S.A.W. Lantas

Baginda S.A.W. bersabda : Aku tidak nampak ianya menjadi apa-apa, barang siapa

di antara kamu yang boleh menolong saudaranya maka tolonglah dia.”

(Riwayat Muslim)

Kedua : Jampi dan tangkal itu tidak mengandungi unsur syirik.

Perbuatan syirik yang dimaksudkan ialah suatu perbuatan menyekutukan Allah

S.W.T. dengan sesuatu yang lain iaitu menyembah selain Allah atau percaya

kepada sesuatu benda mempunyai kuasa menyembuh, menyelamatkan daripada

malapetaka, mendatangkan keuntungan atau sebagainya. Perlu diingat bahawa

dosa melakukan syirik adalah sebesar-besar dosa. Firman Allah S.W.T. :

Maksudnya : “Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan

sesuatu yang lain, maka sesungguhnya ia telah

melakukan dosa yang besar.”

(Surah al-Nisa', 4 : 48)

Oleh itu di dalam Islam perbuatan jampi mantera dan tangkal yang mengandungi

apa-apa jua unsur-unsur syirik adalah dilarang menurut syarak. Diriwayatkan

daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie R.A., beliau berkata yang bermaksud : "Kami pada

zaman jahiliah dahulu mengamalkan jampi, lalu kami bertanya : Hai Rasulullah

bagaimana pandanganmu mengenai hal itu? Maka Rasulullah S.A.W. bersabda :

Perlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa mengamalkan

jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik". (Riwayat Muslim)

Page 10: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

10

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Ketiga : Jampi dan tangkal tidak terdapat unsur sihir.

Para Ulama ijmak mengatakan bahawa mengamalkan sihir itu hukumnya adalah

haram. Apa yang dimaksudkan dengan sihir di dalam konteks ini ialah orang yang

menjampi atau pembuat tangkal itu meminta bantuan jin atau syaitan dalam jampi

manteranya.

Di antara dalil-dalil sebagai sandaran menegaskan tentang larangan sihir itu, firman

Allah S.W.T. :

Maksudnya : “Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu,

nescaya ia menelan segala benda-benda sihir yang

mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang

mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir, sedang

ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan di mana sahaja

ia berada.”

(Surah Ţāha, 20 : 69)

Keempat : Bahasa yang digunakan hendaklah difahami maknanya.

Para Ulama bersepakat bahawa bahasa yang digunakan dalam jampi dan tangkal

itu hendaklah menggunakan bahasa yang boleh difahami maksudnya.

Dalam hal tersebut tukang jampi atau pembuat tangkal serta orang yang menerima

rawatan melalui jampi itu adalah dikehendaki untuk memahami maksud jampi yang

Page 11: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

11

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

digunakan. Tujuannya ialah supaya mereka tahu bahawa perkataan jampi yang

digunakan itu tidak mengandungi perkara-perkara yang bertentangan dengan hukum

Syarak seperti perkara yang membawa syirik, sihir dan seumpamanya.

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika Baginda ditanya tentang jampi yang diamalkan

pada zaman jahiliah yang diriwayatkan daripada 'Auf bin Malik Al-Asja'ie R.A. yang

bermaksud : "Perlihatkan kepadaku jampi-jampi kamu itu, tidak menjadi apa-apa

mengamalkan jampi selama mana tidak mengandungi di dalamnya syirik." (Riwayat

Muslim)

Kelima : Jampi atau tangkal hendaklah dengan benda yang suci.

Sekiranya jampi itu ditulis pada kertas, kulit binatang, logam atau seumpamanya,

maka hendaklah benda-benda seperti itu terdiri daripada benda yang bersih dan

suci, sebagaimana juga alat yang digunakan untuk menulis hendaklah daripada

benda yang bersih dan suci seperti dakwat, za'faran dan seumpamanya. Oleh itu

tidak harus menggunakan benda-benda yang najis seperti darah, nanah, air kencing

dan sebagainya kerana kata-kata Allah (Kalamullah), nama-nama dan sifat-sifat-Nya

yang Maha Agung dan Suci itu selayaknya tidak bercampur dan dicemari dengan

benda-benda yang kotor dan jijik. Tetapi sebaliknya, terdapat sebilangan pengamal

ilmu sihir yang menulis jampi mantera berupa ayat-ayat al-Quran dengan

menggunakan darah haid wanita, kemudian menjampinya untuk memanggil jin dan

memerintah jin tersebut untuk melakukan apa saja yang dia kehendaki. Perbuatan

seumpama ini amat jelas merupakan suatu perbuatan kufur kerana mempersenda

dan mempermain-mainkan surah dan ayat-ayat al-Quran itu. Ingatlah bahawa

suruhan dan larangan Allah itu wajib dipatuhi jika mahu selamat, pelihara akidah dan

keimanan kita, jangan sampai terpesong dan rosak gara-gara perbuatan sendiri,

berubatlah dengan cara yang betul, dengan bertawakal dan berdoa kepada Allah

S.W.T. semoga usaha yang dilakukan diperkenankan dan dimakbulkan.

Firman Allah S.W.T. :

Page 12: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

12

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Maksudnya : “Dan kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-

Quran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan

rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya. Dan

sebaliknya Al-Quran tidak menambahkan orang-orang

yang zalim disebabkan keingkaran mereka melainkan

kerugian jua.”

(Surah al-Isrā', 17 : 82)

8.0 PENUTUP

Alhamdulillah, selesai sudah perbincangan ini sebagai mukadimah yang perlu

diperluaskan lagi agar ia benar-benar bersifat patuh syariah dan difahami oleh orang

ramai khususnya pengamal perubatan. Semoga usaha ke arah memartabatkan

agama Islam hatta dalam bidang perubatan perlu dipertingkatkan dari semasa ke

semasa.

Akhir kalam, sekali lagi saya rakamkan terima kasih kepada JAIS kerana sudi

menjemput dalam perkongsian ilmiah berkaitan Perubatan Alternatif Mengikut

Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Saya berdoa kepada Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa agar usaha untuk

memurnikan akidah ummah melalui perubatan yang benar-benar patuh Syariah

dapat dilaksanakan dengan jayanya. Amin.

Page 13: Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam: Satu Tinjauan

13

Sumber R&D : 3 Nov 2011- Perubatan Alternatif Mengikut Perspektif Islam : Satu Tinjauan

Jabatan Agama Islam Selangor

Sekian, akhukum filLah

Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri