23
Pendahuluan Kehidupan remaja hari ini penuh dengan pelbagai permasalahan sosial yang bukan sahaja merunsingkan ibu bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan kaedah telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan berguna namun jalan yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol, ragut, penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah, lumba motor haram dan terbaru kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke sehari. Mereka seolah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan kemudharatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat.Kalaulah kajian ini benar, sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih samar. Oleh itu sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Kalau tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara dikenali kerana identitinya. Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun masing-masing tebal dan bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti 1

Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

Pendahuluan

Kehidupan remaja hari ini penuh dengan pelbagai permasalahan sosial yang bukan

sahaja merunsingkan ibu bapa tetapi juga pemimpin negara. Banyak cara dan kaedah

telah digunakan untuk menarik mereka ini ke arah kebaikan untuk menjadi insan

berguna namun jalan yang salah dan hitam juga mereka pilih. Kes rogol, ragut,

penyalahgunaan dadah, berpeleseran di pusat-pusat beli belah, lumba motor haram

dan terbaru kes Black Metal yang mana semua ini semakin berleluasa dari sehari ke

sehari. Mereka seolah suka membuat sesuatu yang negatif yang mendatangkan

kemudharatan bukan sahaja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain.

Bagi pelajar yang masih bersekolah, menurut kajian yang dibuat juga 80% daripada

pelajar-pelajar di sekolah menengah tidak mendirikan solat.Kalaulah kajian ini benar,

sudah tentu, harapan pemimpin kita untukmelihat Wawasan 2020 tercapai masih

samar. Oleh itu sebelum keadaan lebih teruk lagi berlaku kerajaan kena

pantau atau mengambil tindakan yang bersesuaian dengan permasalahan ini. Kalau

tidak negara kita nanti akan menghadapi krisis identiti. Ini kerana sesebuah Negara

dikenali kerana identitinya.

Berbanding negara-negara lain contohnya negara Vietnam, Thailand, Filipina, Jepun

masing-masing tebal dan bangga dengan budaya dan cara hidup mereka. Sepatutnya

remaja Melayu mesti bangga dan berbesar hati dengan identiti orang Melayu. Tetapi itu

tidak kelihatan. Mereka dengan mudah mengambil pengaruh dari barat sedangkan

mereka tahu pengaruh dari Barat itu tidak elok tetapi 'kita' sengaja membiarkan perkara

ini berlaku.

Mengapakah semua ini boleh berlaku? Factor utama yang menyumbang kepada

adalah disebabkan oleh perubahan emosi dan psikologi apabila mencapai akil baligh.

1

Page 2: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

1.0 Akil Baligh Bagi Wanita

Akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup anda di mana tubuh badan anda

berubah dari seorang kanak-kanak ke seorang dewasa.Perubahan-perubahan ini

termasuklah ciri-ciri seks 'primer' dan 'sekunder'.Ia disebabkan bahan kimia di dalam

badan yang dipanggil hormon. Akil baligh bermula antara umur 9 - 16 tahun bagi

perempuan.

1.1 Perbezaan Usia Akil Baligh Wanita

Tidak semua orang akan mencapai akil baligh pada usia yang sama. Ada

sesetengah individu yang mengalaminya lebih awal dan ada juga yang lewat. Antara

kemungkinan sebab-sebab akil baligh awal adalah :

1. nutrisi yang lebih baik

2. stres

3. berpunca daripada bahan kimia di dalam makanan.

1.2 Pilihan rawatan

Apakah yang boleh doktor lakukan jika seseorang itu mengalami akil baligh terlalu

awal mahupun terlalu lewat?Terdapat beberapa rawatan untuk wanita yang mengalami

masalah akil baligh terlalu lewat, antaranya adalah :

1. Doktor akan mengambil sejarah perubatan dari individu tersebut atau ibu bapa

individu itu.

2. Pemeriksaan fizikal akan dijalankan. Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian

darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.

3. Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)

4. Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang. Rawatan hormon yang

khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor bergantung pada

umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan, tahap keadaan penyakit dan

melaui pendapat dan kehendak.

2

Page 3: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

1.0 Rajah Akil Baligh Awal dan Kelewatan Akil Baligh

  Akil baligh yang awal Kelewatan akil baligh

Definisi Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki

Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki

Penyebab Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu

Keturunan(berlaku dalam keluarga)

Keabnormalan kromosom (genetik)

Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah

Tanda - tanda dan gejala

Kanak-kanak Perempuan:

Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun

Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.

Kitaran haid bermula awal

Kanak-kanak Perempuan:

Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun

Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun

Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun

Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun

Kanak-kanak Lelaki:

Pembesaran awal pada zakar dan testis

Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut

Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam

Kanak-kanak Lelaki:

Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun

Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun

Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

3

Page 4: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

2.0 Perkembangan Emosi Akil Baligh Wanita

Perkembangan emosi pada peringkat akil baligh ditandai dengan emosi yang tidak

stabil dan penuh gejolak. Pada masa ini mood (suasana hati) boleh berubah dengan

sangat cepat. Terdapat beberapa teori mengenai perkembangan emosi ketika akil

baligh, antaranya :

2.1 Mihalyi dan Reed Larson (1984)

Antara kajian beliau, beliau telah menemukan bahawa :

1.Remaja rata-rata memerlukan hanya 45 minit untuk berubah dari mood “senang luar

biasa” ke “sedih luar biasa”, sementara orang dewasa memerlukan beberapa jam

untuk hal yang sama.

2.Perubahan emosi ini berkait rapat dengan kematangan hormon neurontransmitter

yang terjadi pada wanita.

3.Stres emosional yang timbul berasal dari perubahan fizikal yang cepat dan luas

yang terjadi sewaktu akil baligh.

2.2 Havighurst

wanita yang akil baligh mencapai kemandirian emosional dari ibu bapa dan orang-

orang dewasa lainnya. Hal ini akan membuat mereka melawan keinginan atau

bertentangan pendapat dengan orang tuanya. Dengan ciri khas remaja yang penuh

gejolak dan emosional, pertentangan pendapat ini seringkali membuat mereka menjadi

pemberontak di rumah. Apabila masalah ini tidak diselesaikan, remaja cenderung

mencari jalan keluar di luar rumah, iaitu dengan cara berdampingan dengan teman-

teman sebaya yang senasib. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh mereka yang

seusia adalah lebih kurang sama dan masing-masing masih belum berjaya

menyelesaikan masalah, bahkan jalan penyelesaian yang dipilih adalah kurang

bijaksana. Masalah ini muncul dalam hidup remaja melalui pelbagai jenis cara.

4

Page 5: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

2.3 Allport (1961)

Allport telah menjelaskan bahawa remaja mempunyai cirri-ciri mereka yang

tersendiri. Anataranya adalah:

1. Berkurangnya egoisme, sebaliknya tumbuh perasaan saling memiliki. Salah satu

tanda yang khas adalah mulanya perasaan untuk mencintai orang lain dan alam

sekitarnya.

2. Kemampuan untuk mendalami rasa dengan orang yang dicintainya dan dapat

merasakan penderitaan yang dialami oleh orang yang dicintainya.

3. Berkembangnya “ego ideal” yang membawa maksud kepada cita-cita, idola dan

sebagainya yang menggambarkan bagaimana wujud ego (diri sendiri) di masa depan.

4. Melihat diri sendiri secara objektif yang ditandai dengan kemampuan untuk

mempunyai wawasan tentang diri sendiri dan kemampuan untuk menangkap humor

termasuk yang menjadikan dirinya sebagai sasaran.

5. Mereka tidak marah jika dikritik kerana mereka merasakan mereka sudah dewasa

dan apa yang mereka lakukan adalah benar.

6. Mereka memiliki falsafah hidup tertentu, tanpa perlu merumuskannya atau

mengucapkannya dalam kata-kata.

7. Perhubungan mereka dengan ibu bapa, keluarga, kawan-kawan sebaya dan

hubungan percintaan amatlah rumit kerana pada masa ini, para remaja mengalami satu

proses kesedaran kendiri.

8. Mereka sering memikirkan tentang pandangan dan pendapat orang lain tentang

dirinya sendiri dan mereka sering bertukar pendirian, pendapat, ideologi dan kawan-

kawan.

5

Page 6: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

2.4 Erikson

Erickson telah menjalankan kajiannya tentang remaja dan mendapati remaja

mempunyai ciri-ciri yang khas. Antaranya adalah :

1. Mereka mengalami konflik sosial diantara pengertian identiti diri dengan kekeliruan

peranan yang ada padanya. Mereka akan bertanyakan ‘siapakah saya’,

‘apakahtujuan hidup ini’ dan ‘kemanakah arah sendiri’.

2. Mereka mempunyai keinginan untuk bebas daripada kongkongan ibu bapa, untuk

berdikari dan untuk membuat apa-apa yang disukainya tetapi dalam masa yang

sama memerlukan bimbingan terutamanya dari segi kewangan dan tempat tinggal.

3.0 Akibat Daipada Pergolakan Emosi

Banyak masalah akan timbul apabila terjadinya gangguan emosi. Antaranya

adalah :

1.Mereka cenderung untuk berpisah dengan ibu bapa mereka kerana mengaggap

kawan-kawan sebayanya adalah lebih penting. Kawan-kawanlah tempat mereka

berkongsi pandangan serta bertukar-tukar fikiran serta pendapat.

2. Hubungan percintaan juga amat penting bagi mereka.

3. Segala apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka adalah betul dan apa yang

penting di sini ialah proses identifikasi kepada norma-norma kumpulan kerana identiti

kumpulan adalah identiti mereka.

4. Gemar menghabiskan masa dengan kegiatan yang tidak berfaedah, iaitu berkumpul

di pusat-pusat hiburan, menghisap rokok, bersiar-siar di Bandar dan sebagainya.

5. Ada yang terlibat dengan penyalah gunaan dadah, mencuri, memasuki kumpulan

haram dan kegiatan perlacuran.

6

Page 7: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

6. Mereka terlalu taksub dengan dunia percintaan. Dalam hal ini mereka selalu

menyamakan di antara persahabatan dengan percintaan dan seterusnya percintaan

dengan seks. Ramai di antara mereka terlibat dalam perbuatan-perbuatan yang

sumbang dan bersalahan di sisi agama.

7. Ada juga yang menganggap jika terlalu tumpu pada pelajaran, mereka tidak

berkesempatan bergaul mesra dengan rakan-rakan sebaya mereka. Hal ini

menyebabkan mereka tercicir di dalam pelajaran mereka.

4.0 Perubahan Psikologi

Menurut Achentech dan Edelrock (1987) terdapat dua jenis masalah yang akan

menimpa seseorang wanita ketika mencapai akil baligh. Antaranya adalah :

4.1 Kecelaruan Dalaman

Kecelaruan dalaman adalah seseuatu perasaan yang terjadi akibat daripada

gangguan psikosomatil. Ianya merupakan perubahan dari segi gejala social dan

kognitif. Anatara contohnya adalah seperti kemurungan, mementingkan diri sendiri,

sering rasa bersalah dan sebagainya.

4.2 Kecelaruan Luaran

Kecelaruan luaran pula merujuk kepada gangguan-gangguan tingkah laku seperti

tingkah laju delikuen, penyalahgunaan dadah, alcohol dan ponteng sekolah.

Perubahan-perubahan apabila seseorang itu mengalami perubahan psikologi dapat

dilihat seperti :

1.berlaku perubahan corak pemakanan dan tidur

2. rasa sedih dan menangis secara tiba-tiba

3. mengalami masalh pembelajaran secara tiba-tiba

4. emosi mempengaruhi kehidupan seharian

7

Page 8: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

5.0 Perkembangan Mental

Perkembangan emosi mampu mempengaruhi perkembangan mental seseorang.

Perubahan emosi dan fizikal yang berlaku begitu pesat kadangkala tidak dapat

ditangkap oleh perkembangan mental. Antara contoh perkembangan mental adalah :

a. remaja mudah keliru dan serba tidak kena

b. perkembangan otak berlaku dengan pesat iaitu 30% menuju kesempurnaan

c. mula mencari identiti sendiri dan mula berlaku kecelaruan identity

6.0 Pengaruh-pengaruh Perubahan Emosi dan Psikologi Remaja Semasa Akil

Baligh

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan emosi seseorang itu terganggu.

Faktor-faktor itu adalah pengaruh daripada ibu bapa dan rakan sebaya.

6.1 Ibu Bapa

Terdapat perbezaan dan pengalaman di antara ibu bapa dan remaja. Perbezaan

inilah yang dinamakan sebagai jurang generasi. Jurang generasi merupakan konfilk

yang timbul di antara ibu bapa dan remaja. Perhubungan ibu bapa dan remaja akan

baik sekiranya mereka berjauhan seperti remaja melanjutkan pelajaran ataupun bekerja

di tempat lain. Hubungan anatara tingkah lakj dan personaliti remaja adalah dipengaruhi

oleh cara-cara didikan ibu bapa mereka.

Baurmind (1968) telah mengenal pasti terdapat lima jenis gaya keibu bapaan.

Antaranya adalah :

6.1.1 Ibu Bapa Autoritarian

Ibu bapa seperti ini cenderung mengawal tingkah laku anak-anak dengan

menggunakan standard yang mutlak dan kawalan yang ketat. Dengan cara ini

menyebabkan remaja lebih mematuhi peraturan dan akur kepada pihak yang lebih

berkuasa. Remaja yang dididik dengan cara ini juga cenderung melahirkan remaja yang

8

Page 9: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

berfikiran konkrit, idea yang konvensional dan menyimpan perasaan marah secara

terkawal.

6.1.2 Ibu Bapa yang Mengabaikan Anak-anak

Mereka yang terlibat dalam golongan ini adalah mereka yang tidak begitu keras

mengawal tingkah laku anak-anak. Remaja yang tidak dapat membendung perasaan

marah akan melepaskannya dalam bentuk tingkah laku yang anti-sosial.

6.1.3 Ibu Bapa yang Amat Melindungi

Ibu bapa seperti ini sukar untuk melepaskan anak-anak mereka melakukan aktiviti

dengan sendri dan setiap keputusan akan ditentukan oleh ibu bapa sendiri. Hal ini akan

menyebabkan remaja itu memberontak kerana rasa hidupnya sentiasa dikongkong.

6.1.4 Ibu Bapa Permisif

Ibu bapa seperti ini adalah ibu bapa yang membenarkan remaja menggunakan diri

mereka sebagai sumber serta mengikut kehendak remaja tanpa mendesak keinginan

mereka. Remaja yang menerima didikan seperti ini mempunyai tingkah laku yang

agresif dan tidak bertanggungjawab.

6.1.5 Ibu Bapa Autoritatif

Ibu bapa seperti ini mesra dengan anak-anak dan menerima mereka dengan baik

serta dalam masa yang sama memberi kebebasan kepada mereka. Ibu bapa

menggunakan budi bicara mereka dalam mengawal dan mendisplinkan anak-anak

supaya dapat disesuaikan dengan keperluann mereka.

6.2 Rakan Sebaya

Remaja yang tidak disanjung akan disingkirkan oleh rakan-rakan kerana sikap

mereka yang agresif, sombong dan terlalu mendesak akan merasa kurang yakin pada

diri sendiri. Mereka penakut dan cuba menjauhkan diri daripada rakan sebaya. Melalui

cara ini juga, remaja berpeluang mencuba pelbagai peranan identity yang akhirnya

akan menyumbang kepada personalitinya kelak.

9

Page 10: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

7.0 Cara-cara Menangani Emosi

7.1 Agama

Agama merupakan panduan dan pegangan bagi setiap insan. Anntara cara-cara untuk

menyelsaikan masalh emsosi adalah :

1. sebaik-baiknya kita mendapatkan ajaran-ajaran daripada agama seperti

mengambil wuduk.

2. Kita juga boleh menagmbil nilai-nilai murni agama sebagai bantuan untuk hidup.

7.2 Ibu bapa

Ibu bapa adalah penentu segala-galanya bagi membantu meringankan pergolakan

emosi ketika akil baligh. Antara cara-cara untuk ibu bapa membantu anak-anak yang

sedang mengalami pegolakan emosi adalah :

1. Ibu bapa bertangungjawab untuk memberi pendidikan agama yang secukupnya kepada anak-anak mereka terutamanya cara berpakaian yang sepatutnya bagi wanita.

2.Ibu bapa perlu peka dengan permasalahan konflik jiwa mereka dan sering menasihati mereka.

3. Ibu bapa perlu mengelakkan pilih kasih semasa membimbing mereka.

4. Bagi mereka yang di alam percintaan ibu bapa bertanggungjawab menyelidiki pasangannya itu.

5. Ibu bapa perlu memahami ilmu tentang jiwa remaja.

6. Ibu bapa tidak seharusnya meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka dan terlalu mengongkong yang menyebabkan mereka memberontak

7. Harus sentiasa memberi dorongan dan semangat dengan kebolehan yang sesuai dengan mental mereka.

8. Wujudkan komunikasi yang baik antara ibu bapa dan remaja itu sendiri agar tiada jurang.

9. Berikan peluang kepada remaja untuk melontarkan idea mereka dan meluahkan apa yang mereka simpan di dalam hati.

10

Page 11: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

7.3 Individu

Bagi menyelesaikan masalah berkaitan individu itu harus

1. Mengenal pasti jenis stres yang dialami dalam kehidupan.

2. peka terhadap tahap ambang stress.

3 Mereka perlu menangani ketegangan seksual dengan peka terhadap ketagihan

merancap dan melakukan hubungan seks casual yang dipengaruhi oleh rakan

sebaya berkemungkinan disebabkan ketidakupayaan menangani stres dan

tekanan.

4 Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah boleh menjauhi seseorang dari

melayani tekanan perasaan sehingga melakukan perbuatan yang melampaui

batas agama dan budaya sepertimembunuh diri.

5 Sentiasa mengingati dan meneliti kebesaran dan kekuasaan Tuhan.

6 Menghindari perkara-perkara yang boleh merangsangnya melalui

penglihatan,pendengaran, pemikiran, percakapan dan perbuatan.

11

Page 12: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

Rumusan

Remaja adalah tunggak utama bagi sesebuah Negara kerana merekalah yang bakal

merealisasikan aspirasi Negara. Namun, tidak semua remaja yang mampu

meraliasasikan aspirasi Negara kerana ramai yang jatuh disebabkan kegagalan mereka

mengawal emosi.

Oleh hal yang demikian, ibu bapa harus memainkan peranan mereka sebagai pendidik

kepada anak-anak mereka. Jangan sesekali mengabaikan tanggungjawab mereka

sebagai pendidik kepada anak-anak.

Bukan ibu bapa sahaja yang bertanggungjawab, individu itu sendiri haruslah pandai

mengawal emosi remaja mereka yang sedang menggelocak, sentiasa berfikiran

rasional dan pandai memilih rakan sebaya.

Didikan agama yang cukup amatlah penting untuk mengawal kestabilan emosi kerana

dalam setiap agama itu sendiri ada memberitahu mengenai cara-cara untuk menangani

masalah yang sedang dihadapi.

Kesimpulannya, bagi melahirkan seseorang remaja yang berpersonaliti yang baik,

semua pihak harus bekerjesama membantu untuk menghalang dan mengawal remaja

daripada terus hanyut ditelan keseronokan dunia.

12

Page 13: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

Rujukan

1. Haliza Hamzah dan Joy N Samuel. (2009) Perkembangan Kanak-kanak.

Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman SDN BHD

2. Author, Tan Lean Wooi (A105595). Perkembangan Sosial dan Emosi Remaja

file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/Blog%20Psikologi

%20Perkembangan%20Remaja.htm . Accesed on 29 Julai 2010

3. Author, Arfi Nurul Hidayah. Perkembangan Emosi pada Remaja.

file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/emosi%20asgmnt

%201.htm . Accesed on 29 Julai 2010

4. Author, My Health For Life. Informasi Tentang Akil Baligh Lelaki dan

Perempuan.file:///D:/assiGNMEnNnnntt/degree%20sem%202/pj/pke/akil

%20baligh.htm . Accesed on 31 Julai 2010

13

Page 14: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

Refleksi

Ainul Nadzirah Binti Mohd Halim

900422-01-6410

Melalui kerja kursus ini, saya dapati kerja kursus ini sangat member banyak faedah

kepada saya.Saya telah diberi tajuk mengenai perubahan emosi dan psikologi wanita

ketika akil baligh. Walaupun ianya melibatkan emosi dan psikologi, saya rasa ianya

bikanlah satu perkara yang membebankan kepada saya. Malahan saya berasa seronok

kerana saya dapat mengetahui mengenai emosi individu yang mencapai akil baligh

seterusnya dapat saya praktikkan dalam kehidupan seharian saya jika saya mempunyai

anak perempuan kelak. Terdapat pelbagai dugaan yang telah saya hadapi, antaranya

masalah kekangan masa kerana jadual kelas yang terlalu padat sehingga tidak

mempunyai masa yang lebih untuk membuat rujukan yang lebih mengenai tugasan.

Saya juga kurang jelas mengenai tugasan yang telah diberikan. Namun dengan hasil

perbincangan dan tunjuk ajar daripada pensyarah pembimbing Cik Shireena bt Ja’afar

masalah-masalh ini dapat dibendung. Saya juga rasa sangat bersyukur kerana rakan-

rakan banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini walaupun mereka juga

sibuk untuk menyiapkan tugasan mereka. Seseungguhnya, emosi sangat memainkan

peranan yang penting dalam kehidupan seharian. Jika hidup kite diganggu oleh emosi,

maka akan binasalah hidup kita. Kita juga perlu sentiasa pandai mengawal emosi dan

sentisa bersedia dalam apa jua keadaan. Bagi saya hasil kerja akan jadi lebih berkualiti

jika kerja kursus ini dilakukan secara berkumpulan kerana lebih banyak idea dan

pendapat dapat disalurkan. Tetapi saya tetap bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan

izinnya saya mampu menyiapkan tugasan tepat pada masanya. Saya berharap kerja

kursus yang akan dating mampu saya siapkan tepat pada masa dan lebih berkualiti.

14

Page 15: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

BORANG REKOD KOLABORASI KERJA KURSUS

NAMA PELAJAR : AINUL NADZIRAH BINTI MOHD HALIM

900422-01-6410

KUMPULAN : PISMP PEN.JASMANI/

PENDIDIKAN KESIHATAN/B.MELAYU

SEMESTER : 2

MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN KESIHATAN DAN SEKSUALITI

PENSYARAH PEMBIMBING : CIK SHAIREENA BT JA,AFAR

TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN TANDA TANGAN

27/Jul /2010 Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah-Cik Shaireena bt Ja’afar

Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 10 Ogos 2010

(Cik Shaireena bt Ja,afar)

15

Page 16: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

30/Jul/2010 Memahami kehendak soalan tugasan melalui perbincangan bersama pensyarah pembimbing

Mencari maklumat di perpustakaan dan melalui pelayaran internet.

(Cik Shaireena bt Ja,afar)

(Ainul Nadzirah)

31/Jul/2010- 2/Ogos/2010

Mengumpulkan maklumat yang dicari dan membuat perbincangan.

Tugasan ditaip.

Mencari sebanyak mungkin maklumat yang ada

(Ainul Nadzirah)

3/Ogos/2010 Tugasan yang diberikan disemak semula untuk memastikan isi kandungannya tepat dan membuat perbincangan dengan pensyarah pembimbing untuk memastikan ketepatan kandungan

Perbincangan bersama pensyarah pembimbing

(Cik Shaireena bt Ja,afar)

(Ainul Nadzirah)

16

Page 17: Perubahan Emosi Dan Psikologi Remaja

6/Ogos/2010 Maklumat yang dikumpulkan telah ditaip. .

Semakan terakhir oleh pensyarah pembimbing dan ulasan mengenai tugasan

Memperbaiki tugasan

(Cik Shaireena bt Ja,afar)

(Ainul Nadzirah)

10/Ogos/2010 Tugasan telah diserahkan kepada

Cik Shaireena bt Ja,afar

Tugasan di serahkan.

(Cik Shaireena bt Ja,afar)

(Ainul Nadzirah)

17