If you can't read please download the document
Upload
trankien
View
399
Download
17
Embed Size (px)
Citation preview
Hansley Ting Cze Shen A150270
Pertandingan Pertolongan Cemas
7, 8 Mac
2015 Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) merupakan antara aktiviti-aktiviti besar yang dianjurkan oleh Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan UKM pada setiap tahun. PPC ini dianggap sebagai aktiviti besar kerana melibatkan semua kolej di UKM dan wakil-wakil daripada setiap kolej ataupun Detachment akan berkumpul di kampus induk iaitu Dewan Gemilang Fakulti Sains Teknologi, UKM Bangi untuk bertanding antara satu sama lain. PPC ini meliputi banyak aspek khasnya pemikiran secara kritikal dalam menyelesaikan masalah yang timbul secara tiba-tiba.
Pemikiran Kritikal & Penyelesaian Masalah
Hansley Ting Cze Shen A150270
1
Tajuk Projek:
Pertandingan
Pertolongan Cemas
Tempat:
Dewan Gemilang Fakulti Sains Teknologi,
UKM Bangi
Tarikh Projek:
7, 8 Mac 2015
Nama : Hansley Ting Cze Shen
No. Matriks : A150270
Kursus : LMCK 1421 Set 79 Pemikiran Kritikal dan Penyelesaian Masalah
Tempoh projek : 1/11/2014 8/3/2015 (5 bulan)
Hansley Ting Cze Shen A150270
2
ISI KANDUNGAN
1. Surat Kelulusan
2. Perancangan Projek
2.1 Pemilihan calon
2.2 Penyusunan jadual
3. Pelaksanaan Projek
3.1 Latihan
3.1.1 Kawad kaki
3.1.2 Pembalutan
3.1.3 Asas komuniti
3.1.4 Quiz Bee
3.1.5 Team Test klasikal
3.2 Pertandingan
3.2.1 Kawad kaki
3.2.2 Pembalutan
3.2.3 Asas komuniti
3.2.4 Quiz Bee
3.2.5 Team Test klasikal
4. Keputusan
5. Refleksi
Hansley Ting Cze Shen A150270
3
1. Surat Kelulusan
Hansley Ting Cze Shen A150270
4
Hansley Ting Cze Shen A150270
5
Hansley Ting Cze Shen A150270
6
Hansley Ting Cze Shen A150270
7
Hansley Ting Cze Shen A150270
8
Hansley Ting Cze Shen A150270
9
2. Perancangan Projek
2.1 Pemilihan Calon
Untuk mencari peserta-peserta yang berpotensi untuk mewakili Persatuan Bulan Sabit
Merah Kolej Tun Syed Nasir, Detachment W dalam pertandingan pertolongan cemas ini, para
pelatih telah mengadakan satu sesi uji bakat di mana bakal-bakal peserta telah dipanggil untuk
ujian yang sebelumnya telah didedahkan dengan teknik-teknik asas.
Untuk pengetahuan, seramai seratus lebih orang peserta telah mendaftar untuk sesi uji
bakat tersebut. Dalam sesi uji bakat tersebut, para pelatih telah memberikan suatu kejadian
kemalangan dan para peserta diminta mengendalikan kes tersebut. Sebagai contoh, seorang
budak lelaki telah terjatuh dari tangga dan kakinya terseliuh. Para peserta perlu memberi rawatan
kecemasan yang sesuai kepada budak tersebut. Situasi inilah yang memerlukan pemikiran
kritikal para peserta untuk menyelesaikan masalah kecemasan tersebut. Cara penyelesaian
masalah kecemasan turut menjadi kriteria para pelatih memilih peserta wakil kolej dalam
Pertandingan Pertolongan Cemas (PPC) nanti. Saya amat berbangga kerana dipilih untuk
mewakili Kolej Tun Syed Nasir (KTSN).
2.2 Penyusunan Jadual Latihan
Selepas berjaya dalam sesi uji bakat tersebut, kami seramai 12 orang telah dipanggil
untuk menyusun masa bagi latihan kelak nanti. Penyusunan jadual merupakan satu tugasan yang
amat menyusahkan. Hal ini kerana kami datang dari program-program yang berlainan seperti
Program Diagnostik Pengimejan dan Radioterapi, Optometri, Fisioterapi, Terapi Cakera Kerja,
Farmasi, dan Bioperubatan. Jadual masa kami adalah sangat berbeza.Keadaan bertambah buruk
lagi apabila sesetengah peserta telah mengaktifkan diri mereka dalam aktiviti lain dan ini
menyebabkan jadual selepas kuliah menjadi singkat. Penyusunan masa untuk latihan turut
menjadi satu cabaran besar untuk kami.
Walau bagaimanapun, atas kerjasama dan pemikiran secara kritikal kami, masalah ini
telah diatasi. Kami bersetuju untuk mengadakan latihan sebanyak 6 jam sehari, 3 hari setiap
minggu supaya mempunyai masa yang mencukupi untu mempelajari kesemua ilmu-ilmu
pengetahuan pertolongan cemas. Atas timbangan kemungkinan peserta mahupun pelatih yang
ingin balik ke kampong pada hujung minngu, sesi latihan kami telah diadakan hanya pada isnin
hingga jumaat supaya pelan balik kampong tidak terganggu.
Hansley Ting Cze Shen A150270
10
3. Pelaksanaan Projek:
3.1 Latihan
PPC ini dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Kawad Kaki, Pembalutan, Asas Komuniti, Team
Test klasikal, dan Quiz Bee. Oleh yang demikian, latihan kami adalah dibahagikan seperti pertandingan
sebenar supaya kami mahir kelima-lima aspek tersebut. Semua kategori latihan tersebut memerlukan
pemikiran yang kritikal dalam menyelesaikan pelbagai jenis situasi yang berlainan lagi mencabar.
3.1.1 Kawad Kaki
Latihan kawad kaki berfungsi untuk memberi penekanan berkaitan mutu disiplin pelajar. Selain
itu, latihan kawad kaki juga bertujuan untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri kepada pelajar
serta mewujudkan sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh terhadap segala arahan yang diberikan di
samping memberikan ketahanan mental dan fizikal.
Oleh sebab kami yang seramai 12 orang datang dari pelbagai latar belakang, maka cara kawad
kami adalah tidak konsisten walaupun hukuman yang diberi adalah sama. Tambahan pula, sesetengah
yang dalam kalangan kami tidak mempunyai pengetahuan yang asas dalam kawad kaki. Hal ini telah
menambahkan beban latihan kami kerana kami terpaksa melupakan pengetahuan kawad kami yang asal
dan membina style yang baru agar semua orang dapat melakukan hukuman dengan serentak.
Bagi mengatasi masalah ini, kami telah bercadang untuk memperbanyak masa latihan kami dalam
sesi kawad kaki. Kami berlatih selama 2 jam setiap kali latihan PPC diadakan untuk menyerentakkan
pergerakkan kami dan memupuk kesepakatan dalam kalangan ahli kumpulan. Justeru itu, kami juga
mengadakan sesi refleksi supaya semua orang dapat mengetahui kelemahan dan kelebihan sendiri. Di
samping itu, kami juga meminta pelatih kami untuk menangkap gambar mahupun video supaya kami
dapat melihat kekurangan kami lalu memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Senario ini telah
menunjukkan usaha kami dalam menyelesaikan masalah yang timbul.
Hansley Ting Cze Shen A150270
11
Gambar-gambar ini
menunjukkan keadaan
latihan kawad kaki
kami yang berlangsung
di gelanggang bola
tampar KTSN. Latihan
kawad kaki kami
diketua oleh
komander yang akan
berdiri di hadapan
skuad untuk memberi
hukuman. Beliau juga
bertanggungjawab
untuk menyaksikan
kelemahan setiap ahli
kumpulan lalu
memberi penerangan
supaya pergerakkan
kami adalah sama dan
serentak.
Hansley Ting Cze Shen A150270
12
3.1.2 Pembalutan
Pembalutan ataupun bandaging merupakan ilmu pengetahuan asas yang perlu dimahir
oleh seorang ahli pertolongan cemas. Kain balut atau lebih dikenali sebagai bandage terdiri dari
dua jenis, iaitu bersaiz segi tiga dan roller. Bandage yang berlainan terdapat kegunaannya
masing-masing. Antara objektifnya ialah untuk menutup luka bagi mengelakkan jangkitan dan
juga mengawal pendarahan.
Dalam sesi latihan kami, sebanyak 42 jenis balutan telah kami pelajari. Walau
bagaimanapun, kesemua jenis balutan ini adalah asas sahaja. Terdapat kes-kes yang khas di
mana 42 cara ini tidak dapat diguna. Pada masa itu, pemikiran yang kritikal dan minda yang
cerdas memainkan peranan yang sangat penting untuk mengawal situasi daripada menjadi buruk.
Sebagai contoh, balutan kepala adalah mudah jika mangsa bersedar diri. Jika mangsa itu koma,
balutan turut menjadi kompleks kerana banyak masalah timbul seperti bandage tidak dapat diselit
di kepalanya.
Antara masalah timbul dalam latihan pembalutan adalah kelajuan dan kekemasan. Had
masa bagi setiap balutan adalah 2 minit dan dalam masa yang singkat ini kami dikehendaki
untuk berbual-bual dengan mangsa supaya mengurangkan rasa gelisah mereka. Akhirnya,
balutan kami perlulah kelihatan kemas dan cantik bagi menunjukkan profesionalisme kami.
Bagi menyelesaikan masalah tersebut, kami telah banyak mengadakan latihan sendiri.
Sebagai contoh, saya selalu membuat balutan dekat rakan sebilik saya dan rakan kuliah saya
semasa pertukaran waktu. Selain latihan formal, kami juga sentiasa mengadakan perjumpaan
sendiri untuk berlatih kerana kami percaya bahawa practice makes perfect. Kami sentiasa
membalut antara satu sama lain khasnya balutan kepala kerana ianya antara balutan yang paling
susah. Situasi ini telah menunjukkan bahawa kami selalu mencari jalan untuk menyelesaikan
masalah yang timbul.
Hansley Ting Cze Shen A150270
13
Hansley Ting Cze Shen A150270
14
Gambar-gambar ini menunjukkan sesi latihan pembalutan kami yang sedang berlangsung di
depan Bilik Rawatan, KTSN.
Hansley Ting Cze Shen A150270
15
3.1.3 Asas Komuniti
Asas Komuniti merupakan satu bahagian yang melatih ahli-ahli Bulan Sabit Merah
Malaysia (BSMM) untuk memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang menghadapi masalah
kesihatan. Biasanya, ahli-ahli BSMM akan mengha