Upload
hoanghuong
View
212
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERSONAL DATA PROTECTION NOTICE
NOTIS PERLINDUNGAN DATA PERIBADI
Personal Data Protection (PDP) Notice
This website is brought to you by Velesto Energy Berhad, its related, associate companies and affiliates
(“VEB”, or “We”, “Our” or “Us”). We request you to read this Personal Data Protection Notice
(“Notice”) carefully as it contains important information on how we will process and use the personal
data provided by you through this website. Please note that this Notice only applies to personal data
processed in respect of commercial transactions.
The Personal Data Protection Act 2010 (“PDPA”) requires an organisation that processes personal data
in a commercial transaction to comply with the data protection principles, including to inform data
subjects such as yourselves on the manner in which we process your personal data.
1. Collection of Personal Data
1.1 Primarily, Our website is informational in nature. We do not collect any personal data or
personally identifiable information when you visit Our website unless you choose to provide
that information to us.
1.2 Upon visiting VEB’s website, cookies, which is known as a text file placed into the memory of
your computer, may be used. VEB may be able to use these cookies to identify you through
collection of the following information during your visit to Our website and / or the fully
qualified domain name from which you accessed Our site, or alternatively, through your
internet protocol (“IP”) address:
i. the date and time in which you accessed Our website;
ii. the URL of any webpage from which you accessed Our website; and
iii. the web browser which you are using and the pages which you have accessed.
Our website may require you to provide a limited amount of information in order to obtain
the services you requested and to attend to your request (for example:- name, email address,
contact number). This personal data will only be used for its intended purpose only.
1.3 We may also collect information that personally identifies you if you choose to submit your
personal data for the various purposes made available on Our website.
2. Purposes for Processing Personal Data
2.1 We will process your personal data for the following purposes, if applicable:
a. Administrative and operational purposes;
b. Contact and communication purposes;
c. Internal investigations, audit and/or security purposes;
d. For internal records management;
e. For research, statistical studies and/or data analysis;
f. To respond to your comments, questions, suggestions and/or requests;
g. For identification and verification purposes;
h. For compliance with laws and regulations;
i. To defend VEB’s rights under law and/or to obtain legal advice;
j. To consider your employment applications, if any ;
k. To deliver, communicate and/or transmit information, updates and materials relating to
investor relations through suitable modes of delivery ( including without limitation verbally ,
in hard print , electronically or online) when you subscribe to the same in Our website;
l. To respond to your request for information, questions and/or comments regarding VEB, its
products or services (where applicable);
m. For the purpose of presenting VEB's website and online portals in the most effective
manner;
n. To resolve and/or to attend to any concerns, complaints and/or issues received;
o. To better understand your needs;
p. To assess, consider and/or provide you with the products, services (where applicable) and/or
information requested;
q. To improve Our website in order to better suit your needs and preferences;
r. To gauge your level satisfaction with VEB and/or its website, where applicable;
s. To administer and facilitate your participation in any VEB program and/or campaign,
where applicable; and
t. For any other purpose that is incidental, ancillary or in furtherance to the above purposes.
3. Disclosure of Personal Data
3.1 VEB may disclose your personal data to the following parties (including parties
working/residing outside of Malaysia):-
a. Agents and service providers who provide services relating to the purposes for which the
personal data is collected, including data processing services;
b. Any person, who is under a duty of confidentiality and/or who has undertaken the
responsibility to keep such data confidential;
c. Any actual or proposed assignee, participant, sub-participant or transferee of any of VEB’s
rights or obligations;
d. Entities within VEB;
e. Third parties appointed by VEB to provide services for VEB or on Our behalf;
f. Potential or actual purchasers, successors-in-title of the business or share (wholly or in part)
of VEB (including their advisers and representatives) as a result of a potential, proposed or
actual sale of business, disposal, acquisition, merger or re-organisation; and
g. Other parties, in respect of whom you have consented to the disclosure of your personal data.
VEB may also disclose the personal data in good faith if such action is necessary to comply with any
government, law enforcement agency and industry regulators’ requirements, court orders or legal
processes, or if required by law.
4. Links to Other Sites
Links to other sites may be provided on VEB’s website for your convenience and information. These
sites may have their own privacy statement and VEB does not control, recommend or endorse
these sites and VEB will not be held responsible for these sites or their contents. As such, VEB
encourages you to read the privacy policies and terms of usage of these sites prior to assessing
these sites.
5. Inquiries/Accessibility & Correction of Personal Data
If you would like to make any inquiries, you may contact VEB at [email protected] or at +603-2096
8788. VEB shall proceed to address your concerns as soon as practicable upon receipt of your
request. Any request for accessibility or correction of your personal data will be subject to the
prevailing data protection laws in Malaysia.
6. Changes to This Notice
We may review and update this Notice from time to time including to reflect changes in the law,
changes in Our business practices, procedures and structure, and the community’s changing
privacy expectations. Hence, you are advised to check this Notice from time to time to ensure that
you are aware of the most recent version which will apply each time you access this website. The
latest version of this Notice will be available on this page on Our website.
In the event of any inconsistencies between the English version and the Bahasa Malaysia version
of this Notice, the English version shall prevail.
(The rest of this page is intentionally left blank)
Notis Perlindungan Data Peribadi (PDP)
Laman sesawang ini dibawa kepada anda oleh Velesto Energy Berhad, syarikat-syarikat berkaitannya
dan bersekutu dengannya ("VEB" atau "Kami"). Kami meminta anda membaca ini Dasar Perlindungan
Data Peribadi ini ("Notis") dengan berhati-hati kerana ia mengandungi maklumat penting tentang
bagaimana Kami akan memproses dan menggunakan data peribadi yang diberikan oleh anda melalui
laman sesawang ini. Sila ambil perhatian bahawa Notis ini hanya terpakai untuk data peribadi yang
diproses berkenaan dengan transaksi komersial.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("PDPA") mengehendaki sesebuah organisasi yang memproses
data peribadi dalam transaksi komersial untuk mematuhi prinsip-prinsip perlindungan data,
termasuklah memaklumkan kepada subjek data seperti anda mengenai cara-cara Kami memproses
data peribadi anda.
1. Pengumpulan data peribadi
1.1 Secara amnya, laman sesawang Kami berunsur maklumat. Kami tidak mengumpul sebarang
data peribadi atau maklumat peribadi apabila anda melawat laman sesawang Kami melainkan
jika anda memilih untuk memberikan maklumat itu kepada Kami.
1.2 Apabila anda melawat sesawang VEB, cookies, iaitu satu fail teks yang ditempatkan
dalam ingatan komputer anda, mungkin digunakan. VEB mungkin boleh menggunakan
cookies ini untuk mengenalpasti anda melalui pengumpulan maklumat berikut semasa anda
melayari laman sesawang Kami dan / atau nama domain berkelayakan penuh yang mana anda
mengakses laman sesawang Kami, atau secara alternatif, melalui alamat protokol internet
("IP") anda:
i. tarikh dan masa anda mengakses laman sesawang Kami;
ii. URL bagi sebarang laman sesawang yang mana anda mengakses laman sesawang
Kami; dan
iii. pelayar sesawang yang anda guna dan laman-laman sesawang yang telah anda akses.
Sesetengah laman-laman sesawang VEB mungkin memerlukan anda untuk membekalkan
sebilangan maklumat untuk membolehkan anda menerima perkhidmatan-perkhidmatan yang
diminta dan untuk melayani permintaan anda (contohnya nama, alamat emel, nombor
perhubungan). Data peribadi ini hanya akan digunakan untuk tujuan-tujuan yang diingini
sahaja.
1.3 Kami mungkin juga mengumpul informasi yang mengenal pasti anda jika anda memilih untuk
menyerahkan data peribadi anda untuk pelbagai tujuan yang didapati di laman sesawang
Kami.
2. Tujuan Pemprosesan Data Peribadi
2.1 Kami akan memproses data peribadi anda untuk tujuan-tujuan berikut, jika berkenaan:-
a. Pentadbiran dan operasi;
b. Tujuan perhubungan dan komunikasi;
c. Tujuan penyiasatan dalaman, audit dan/atau tujuan sekuriti;
d. Untuk pengurusan rekod dalaman;
e. Penyelidikan,kajian statistik dan/atau analisa data;
f. Untuk membalas komen,pertanyaan, cadangan dan/atau permintaan anda;
g. Bagi tujuan pengenalan dan pengesahan;
h. Bagi mematuhi undang–undang dan peraturan;
i. Untuk mempertahankan hak-hak VEB di bawah undang-undang dan/atau mendapatkan
nasihat guaman;
j. Mempertimbangkan permohonan pekerjaan anda, jika ada;
k. Untuk menyampaikan, menhubungkan dan/atau memberikan maklumat kemaskini dan
bahan-bahan yang berkaitan dengan perhubungan pelabur melalui kaedah penghantaran
yang bersesuaian (termasuk tetapi tidak terhad kepada secara lisan, percetakan bertulis,
elektronik atau “online”) apabila anda melanggan untuknya di laman sesawang Kami;
l. Untuk membalas permintaan anda untuk maklumat, pertanyaan dan / atau komen mengenai
VEB, produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan (mana yang berkenaan) kami;
m. Untuk tujuan pembentangan laman sesawang dan portal VEB dengan cara yang paling
berkesan;
n. Untuk menyelesaikan dan/atau melayani sebarang kebimbangan, aduan dan/atau isu yang
diterima;
o. Untuk memahami keperluan anda;
p. Untuk menilai, mempertimbangkan dan / atau menyediakan anda dengan produk,
perkhidmatan (mana yang berkenaan) dan / atau maklumat yang diminta;
q. Untuk memperbaikkan laman sesawang Kami bagi menyesuaikannya dengan keperluan dan
pilihan anda;
r. Untuk mengukur tahap kepuasan anda dengan VEB dan / atau laman sesawang Kami, di mana
berkenaan;
s. Untuk mentadbir dan memudahkan penyertaan anda dalam program dan/atau kempen VEB,
di mana berkenaan; dan
t. Bagi apa-apa tujuan lain yang bersampingan, berdampingan atau selanjutan dengan tujuan di
atas.
3. Penzahiran Data Peribadi
3.1 VEB menzahirkan data peribadi anda kepada pihak-pihak berikut (termasuk di luar
negara):
a. Ejen-ejen dan pembekal-pembekal perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan yang
berkaitan dengan tujuan data peribadi dikumpul, termasuklah perkhidmatan-perkhidmatan
pemprosesan data;
b. Mana-mana individu di bawah kewajipan kerahsiaan yang telah mengaku janji untuk
memastikan data tersebut dirahsiakan;
c. Mana-mana pemegang serah hak, peserta, sub-peserta atau penerima pindahan bagi mana-
mana hak atau obligasi Kami;
d. Entiti - entiti dalam VEB;
e. Pihak ketiga yang dilantik oleh VEB untuk menyediakan perkhidmatan kepada VEB atau bagi
pihak Kami.
f. Pembeli berpotensi atau sebenar, pengganti dalam hakmilik perniagaan atau saham
(keseluruhannya atau sebahagian) VEB (termasuk penasihat dan wakil-wakil mereka) akibat
potensi, cadangan atau jualan perniagaan sebenar, pelupusan, pemerolehan, penggabungan
atau pengorganisasian semula; dan
g. Pihak-pihak lain berkenaan, yang anda telah memberikan persetujuan untuk menzahirkan
data peribadi anda kepada mereka.
VEB mungkin akan mendedahkan data peribadi anda secara suci hati, jika dikehendaki untuk
mematuhi mana-mana keperluan kerajaan, agensi penguatkuasaan undang-undang dan
pengawal selia industri, perintah mahkamah atau proses undang-undang, atau jika dikehendaki
oleh undang-undang.
4. Pautan ke laman sesawang lain
Pautan ke laman sesawang lain mungkin disediakan di laman sesawang VEB untuk kemudahan dan
maklumat anda. Laman-laman ini mungkin mempunyai pernyataan privasi tersendiri dan VEB tidak
mengawal, mengesyorkan atau menyokong laman-laman ini dan VEB tidak akan
bertanggungjawab bagi laman-laman ini atau kandungannya. Oleh itu, VEB menggalakkan anda
untuk membaca Notis privasi dan terma-terma penggunaan laman-laman ini sebelum mengakses
laman sesawang tersebut.
5. Informasi
Jika anda ingin membuat sebarang pertanyaan, anda boleh menghubungi VEB menerusi emel di
[email protected] atau menerusi talian di +603-2096 8788. VEB akan terus menangani isu anda
seberapa cepat yang mungkin selepas menerima permintaan anda. Apa-apa permintaan untuk
akses atau pembetulan data peribadi akan tertakluk kepada undang-undang perlindungan data
yang berkuatkuasa di Malaysia.
6. Perubahan kepada Notis ini
Kami mungkin mengkaji semula dan mengemaskinikan Notis ini dari semasa ke semasa termasuk
untuk mencerminkan perubahan dalam undang-undang, perubahan dalam amalan perniagaan,
prosedur dan struktur, dan perubahan jangkaan privasi masyarakat. Justeru itu, anda dinasihati
untuk menyemak Notis ini dari semasa ke semasa untuk memastikan anda mengetahui tentang
versi terbaru yang dipergunakan setiap kali anda mengakses laman sesawang ini.Versi terbaru
Notis ini boleh didapati di halaman ini di laman sesawang Kami.
Sekiranya berlaku sebarang percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa
Malaysia Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diutamakan.