61
“KUASA DAN BUDI BICARA SURUHANJAYA: SEJAUH MANA KEBEBASANNYA?” Nik Azhan Hakim Nik Mahmood Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal) II Jabatan Peguam Negara 20 Mei 2014 1 PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA KE-17

PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

  • Upload
    vuhuong

  • View
    269

  • Download
    4

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

“KUASA DAN BUDI BICARA

SURUHANJAYA: SEJAUH MANA

KEBEBASANNYA?”

Nik Azhan Hakim Nik Mahmood

Timbalan Ketua Bahagian Penasihat (Munisipal) II

Jabatan Peguam Negara

20 Mei 2014

1

PERSIDANGAN SURUHANJAYA-

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

AWAM MALAYSIA KE-17

Page 2: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

PENGENALAN

Menjelaskan kedudukan dan fungsi Suruhanjaya

Perkhidmatan dalam Perlembagaan Persekutuan

Contoh undang-undang berkait dengan kuasa

budi bicara Suruhanjaya Perkhidmatan

Sejauh mana kebebasan Suruhanjaya

Perkhidmatan dalam menjalankan budi bicara

dengan merujuk kepada keputusan kes

Mahkamah

2

Page 3: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan diperuntukkan

dalam Perlembagaan Persekutuan

SPA

[Perkara 139]

SPKP

[Perkara 138]

SPPOLIS

[Perkara 140] SPP [Perkara

141A]

MAT [Perkara 137]

PERLEMBAGAAN

PERSEKUTUAN

3

Page 4: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

SEJARAH SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

Syor Jawatankuasa London Report

bagi memastikan pentadbiran perkhidmatan

awam yang efisien perlulah dipastikan

perkhidmatan awam berada dalam keadaan

political impartiality dan kedudukan itu haruslah

dipelihara.

Disebut dalam perenggan 40 hingga 43

Federation of Malaya Constitutional Commission

1955-1957 Report ms 332.

4

Page 5: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

FUNGSI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

“Functions of Service Commissions

144. (1) Subject to the provisions of any existing law and to the provisions of this Constitution, it shall be the duty of a Commission to which this part applies to appoint, confirm, emplace on the permanent or pensionable establishment, promote, transfer and exercise disciplinary control over members of the service or services to which its jurisdiction extends.

(2) Federal law may provide for the exercise of other functions by any such Commission....”

5

Page 6: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

CIRI-CIRI SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

Suruhanjaya Perkhidmatan adalah termasuk dalam

kategori pihak berkuasa awam

Perkara ini telah disebut dalam Perkara 160

Perlembagaan Persekutuan seperti berikut:

"Public authority" means the Yang di-Pertuan Agong, the Ruler or Yang di-

Pertuan Negeri of a State, the Federal Government, the

Government of a State, a local authority, a statutory

authority exercising powers vested in it by federal or State

law, any court or tribunal other than the Federal Court, the Court

of Appeal and High Courts, or any officer or authority appointed

by or acting on behalf or any of those persons, courts,

tribunals or authorities.”

6

Page 7: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Disebabkan Suruhanjaya Perkhidmatan adalah

pihak berkuasa awam apa-apa keputusan yang

dibuat olehnya sudah tentu:

akan memberi kesan kepada seseorang

tentang apa yang diputuskannya itu.

sesetengah keputusan itu mungkin

memberikan kesan yang serius atau teruk

kepada orang itu

Oleh itu keputusan berkenaan akan tertakluk

kepada tindakan Mahkamah

7

Page 8: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

SEMAKAN KEHAKIMAN

Proses tindakan mahkamah oleh orang yang

terkilan dengan keputusan pihak berkuasa awam itu

dipanggil sebagai proses semakan kehakiman

(“judicial review”).

Ia merupakan suatu proses Mahkamah Tinggi

melaksanakan kuasa semakan ke atas keputusan

Mahkamah bawahan, tribunal atau mana-mana orang

yang menjalankan kuasa/fungsi separa kehakiman

atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam

[Halbury’s Laws of England 4th Edition Vol. 37, ms

567]

8

Page 9: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kuasa Mahkamah Tinggi untuk menjalankan semakan

kehakiman itu dinyatakan dalam seksyen 25(2) Courts of

Judicature Act 1964 dibaca bersama dengan Jadual 1 Akta

berkenaan yang menyatakan:

“The High Court is conferred power to issue to any person/authority

directions, orders or writs, including writs of the nature of habeas corpus,

mandamus, prohibition, quo warranto and certiorari, or any others, for

the enforcement of the rights conferred by Part II of the Constitution, or

any of them, or for any purpose”.

9

Page 10: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

KUASA BUDI BICARA SURUHANJAYA

PERKHIDMATAN

Suruhanjaya Perkhidmatan perlulah

memastikan:

semasa menjalankan kuasa budi bicaranya

ia dibuat selaras dengan undang-undang

dan tidak boleh melebihi skop kuasa yang

diberikan itu

10

Page 11: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

CABARAN DALAM MELAKSANAKAN BUDI BICARA

sukar untuk menetapkan satu ujian atau garis

panduan objektif untuk menentukan bagaimana

proses untuk pembuat keputusan seperti

Suruhanjaya Perkhidmatan melaksanakan kuasa

budi bicara semasa membuat keputusannya.

Proses membuat keputusan itu akan bergantung

pada fakta dan latar belakang kes itu sendiri

11

Page 12: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dari segi pelaksanaan, sesuatu keputusan

dikatakan dibuat secara teratur atau tidak hanya

diketahui apabila sesuatu kes itu dicabar di

Mahkamah.

Dalam meneliti sejauh manakah kuasa budi

bicara sesuatu Suruhanjaya Perkhidmatan maka

panduan yang terdapat melalui keputusan-

keputusan Mahkamah adalah penting untuk

diberi perhatian oleh Suruhanjaya Perkhidmatan.

12

Page 13: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

KONSEP DAN PRINSIP BUDI BICARA

MP Jain, Administrative Law of Malaysia and Singapore kuasa budi bicara dinyatakan seperti berikut:

“A discretionary power is a power which is exercisable in its discretion by the concerned authority. An official in whom discretionary power is vested has, to a greater or lesser extent, 'a range of options' at his disposal and he exercises a measure of personal judgment in making the choice. The officer has power to make choices between various courses of action; or, even if he has to achieve a specific end, he has a choice as to how that end may be reached. The discretionary nature of the power is denoted by the use of such expressions as 'necessary', 'reasonable', 'if it is satisfied1, 'if it is of the opinion', ‘may’, etc”. [3rd ed at p 412]

13

Page 14: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah-mahkamah di Malaysia telah

mengikuti perkembangan undang-undang

pentadbiran sebagaimana yang diputuskan di

common law.

Mahkamah di Malaysia telah menerima pakai

beberapa prinsip berhubung natural justice dan

juga fairness (keadilan) yang dikembangkan dan

mempunyai variasi melalui keputusan kes-kes di

England

14

Page 15: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kuasa budi bicara itu diperuntukkan dalam pelbagai keadaan untuk disesuaikan dengan matlamat yang hendak dicapai.

Ia boleh terdiri daripada kuasa budi bicara semata-mata, kuasa budi bicara yang perlu dibuat dengan mengambil kira keadaan atau perkara tertentu atau kuasa budi bicara yang dilaksanakan mengikut tatacaranya yang ditetapkan

15

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG

BERHUBUNG KUASA BUDI BICARA

SURUHANJAYA PERKHIDMATAN

Page 16: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U.(A)395/1993]:

Kuasa untuk membuat penentuan jenis

perlanggaran tatatertib di bawah peraturan 35

“Jika Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan bagi pegawai itu;.....hendaklah, sebelum memulakan apa-apa prosiding tatatertib....menimbangkan dan menentukan sama ada kesalahan yang diadukan itu adalah daripada jenis yang patut dikenakan hukuman buang kerja....atau suatu hukuman yang lebih ringan...”

16

Page 17: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kuasa Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib untuk

menentukan wujud kesalahan di bawah peraturan 36 atau

wujud prima facie di bawah peraturan 37

“36. Jika ditentukan di bawah peraturan 35(2) bahawa kesalahan

tatatertib yang diadukan terhadap seorang pegawai adalah daripada

jenis ......Pengerusi Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan yang

disebut dalam perenggan 35(1)(a).....setelah berpuas hati bahawa wujud

suatu kesalahan tatatertib, hendaklah memaklumkan pegawai itu....”

Kuasa menjatuhkan hukuman tatatertib di bawah

peraturan 38

“38. Jika seseorang pegawai didapati bersalah atas suatu

kesalahan tatatertib, mana-mana satu atau apa-apa gabungan

dua atau lebih hukuman yang berikut, bergantung kepada

keseriusan kesalahan itu, boleh dikenakan ke atas pegawai...”.

17

Page 18: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kuasa menjatuhkan hukuman atau membuat keputusan berkenaan sabitan jenayah pegawai di bawah peraturan 33

“33. (1) Jika, setelah menimbangkan laporan, rekod perkhidmatan dan perakuan Ketua Jabatan yang dikemukakan kepadanya di bawah subperaturan 29(2), Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan berpendapat bahawa—

(a) pegawai itu patut dibuang kerja atau diturunkan pangkat, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah mengenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat……..;

(b) kesalahan …. tidak mewajarkan hukuman buang kerja atau turun pangkat tetapi mewajarkan pengenaan suatu hukuman yang lebih ringan, ….. hendaklah mengenakan…mana-mana satu atau lebih hukuman selain buang kerja atau turun pangkat … dalam peraturan 38 sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Pihak Berkuasa Tatatertib itu; atau

(c) tiada hukuman patut dikenakan ke atas pegawai itu, Pihak Berkuasa Tatatertib itu hendaklah membebaskannya”.

18

Page 19: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan,

Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)

2012 [P.U.(A)1/2012]

Pelantikan semula seorang yang dikehendaki

bersara mengikut peraturan 8(1)

“8. (1) Tertakluk kepada subperaturan (2),seseorang yang

dikehendaki bersara dari perkhidmatan awam boleh dilantik

semula ke dalam perkhidmatan awam...”

Tarikh pelantikan yang ditentukan selainnya oleh

Suruhanjaya peraturan 23(1)

“Tarikh pelantikan seseorang pegawai ke dalam perkhidmatan

awam....tarikh dia melaporkan diri....melainkan jika ditentukan

selainnya oleh Suruhanjaya.”

19

Page 20: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Penetapan syarat pengesahan jawatan peraturan

29(1)

“Pegawai dalam tempoh percubaan yang telah memenuhi semua

syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan......adalah layak

disahkan dalam perkhidmatan oleh Suruhanjaya”.

Pelanjutan tempoh percubaan subperaturan

30(4)

“30(4). Suruhanjaya akan hanya meluluskan permohonan pelanjutan

tempoh percubaan...jika ada alasan yang munasabah mempercayai

bahawa pegawai itu berupaya mematuhi syarat-syarat bagi

pengesahan...”.

20

Page 21: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Peraturan-Peraturan Lembaga Tatatertib

Perkhidmatan Awam 1993 [P.U.(A)396/1993]

Kuasa Lembaga Rayuan untuk meminta apa-apa

pernyataan atau keterangan daripada mana-mana

orang peraturan 16(3)

“16(3). Walau apa pun subperaturan (2), Lembaga Rayuan

tatatertib boleh menurut budi bicaranya semata-mata, tertakluk

kepada hak perayu untuk didengar, meminta apa-apa pernyataan

atau keterangan daripada mana-mana orang jika pada

pendapatnya ia adalah patut dan adil untuk berbuat demikian.”

21

Page 22: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]

Kuasa mengenakan surcaj di bawah seksyen 18

“18. If it appears to the appropriate Service Commission,

after consultation with the financial authority, that any

person who is or was in the employment of the Federal

Government or the Government of a State”

22

Page 23: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

BAGAIMANA MAHKAMAH MENILAI TAKAT

BUDI BICARA

Menjadi suatu ketetapan universal Mahkamah akan membuat semakan kehakiman berdasarkan proses pembuatan keputusan sahaja

Ia berbeza dengan bidang kuasa rayuan yang mana merit sesuatu keputusan dibuat melalui perbicaraan semula dan Mahkamah boleh menggantikan keputusan mahkamah bawahan

Mahkamah secara konsisten menggunakan asas tersebut dalam semakan kehakiman sama ada proses pembuatan keputusan dibuat mengikut undang-undang dan mematuhi natural justice.

23

Page 24: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kedudukan tersebut berubah dalam kes

Ramachandran [1997] 1 MLJ 145 Mahkamah

Persekutuan memutuskan:

Jika semakan dibuat atas asas illegality atau irrationality

maka Mahkamah boleh menyemak bukan sahaja proses

pembuatan keputusan tetapi juga substance dan merit

kes.

Mahkamah akan menentukan remedi kes dan mahkamah

akan menilai pampasan dan menghantar semula kes ke

Mahkamah Perusahaan untuk dinilai semula

24

Page 25: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kes tersebut menimbulkan ketidakpastian

sehingga Mahkamah Persekutuan dalam

kes Petroluem Nasional Bhd [2004] 2 MLJ

288 menjelaskan yang tidak semua kes

akan tertakluk kepada ruling kedua kes

Ramachandran

Ruling kedua itu lebih sesuai dalam kes

pembuangan kerja sahaja

Kuasa semakan Mahkamah masih kekal

untuk membuat semakan kehakiman dan

bukan melaksanakan bidang kuasa rayuan.

25

Page 26: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Justine

Jinggut [2013] 2 CLJ 362 telah tidak bersetuju

dengan keputusan oleh Mahkamah Rayuan

dengan menyatakan-

“.. The courts will not question a discreaionary decision on

such grounds as to whether it was correct or proper, right or

wrong. Also the courts will not substitute its own discretion

for that of a concerned authority”.

Mahkamah Persekutuan tidak bersetuju dengan

Mahkamah Rayuan dalam dapatannya bahawa

Pendaftar Pertubuhan telah bertindak secara

arbitrari apabila membatalkan pendaftaran SNAP

26

Page 27: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kedudukan sekarang bolehlah dinyatakan seperti berikut:

Mahkamah tidak boleh menyentuh isu merit suatu keputusan melainkan jika ia dibawa atas alasan 'illegality' dan ‘irrationality’.

Apabila ini berlaku mahkamah akan menyemak keputusan tersebut semata-mata dan tidak menimbang perkara itu sebagai suatu rayuan.

Semakan atas substance keputusan tersebut adalah hanya bagi maksud untuk memastikan bahawa keputusan itu tidak melanggar prinsip ‘illegality’ or ‘irrationality’.

27

Page 28: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Prinsip illegality

Ia terpakai dalam konteks semakan kepada proses

pembuatan keputusan dan bukannya merit. Rujuk

Kes Hello Holidays Sdn Bhd v Phang Lai Sim [2013] 1

LNS 951

Pembuat keputusan hendaklah memahami undang-

undang yang mengawal selia kuasa untuk membuat

keputusan itu dan perlu memastikan ia dipatuhi.

Pembuat keputusan hendaklah mematuhi dengan

ketat dalam parameter kuasa yang diberikan

kepadanya oleh statut. Sila rujuk kes Rama Chandran

[1997] 1 MLJ 145; 188 dan CCSU [1985] 1 AC 374;

414.

28

Page 29: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam prinsip ini, ia termasuklah isu 'error of law' (kesilapan

undang-undang), 'excess of jurisdiction' (melampaui undang-

undang) dan “abuse of power” (salah guna kuasa).

Sekiranya sesuatu pihak berkuasa awam membuat keputusan

melebihi daripada apa yang ditetapkan dalam undang-undang

maka tindakan tersebut telah dikira sebagai ultra vires.

Penang Development Corporation v Teoh Eng Huat, Mahkamah

telah menyatakan:

“…Unlike a natural person who can in general do whatever he pleases

so long as what he does is not forbidden by law or contrary to law, a

statutory corporation can do only those things which it is authorised to

do by statute, directly or by implication. If such a corporation acts

otherwise than in this way its acts are ultra vires. There must in all cases

be statutory authority for what is done, and that authority must either by

expressly given or reasonably inferred from the language of an Act of

Parliament.” [1992] 3 CLJ (Rep) 204.

29

Page 30: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam kes yang sama Mahkamah menyedari hakikat

bahawa doktrin ultra vires yang terpakai secara ketat

akan menyebabkan menyekat pihak berkuasa awam

daripada membuat sesuatu keputusan dan menyebabkan

kemungkinan perlunya suatu perundangan yang

terperinci untuk menyatakan pula bagaimana sesuatu

keputusan itu akan dibuat.

Dalam hal ini, Mahkamah menyatakan ia masih boleh

menerima keadaan-keadaan yang membolehkan pihak

berkuasa awam membuat keputusan sekiranya keadaan

itu adalah “whatever is reasonably incidental to the doing of

those thing”. Namun begitu, ia tidaklah sehingga tafsiran

yang terlalu longgar sehingga kuasa yang dijalankan itu

lari daripada niat yang dihasratkan melalui perundangan

itu sendiri.

30

Page 31: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Irrationality (ketidakmunasabahan)

Prinsip ini merujuk kepada apa yang dipanggil

sebagai 'Wednesbury unreasonableness'.

Prinsip ini terpakai dalam konteks proses

pembuatan keputusan yang menyetuh merit kes.

Ujiannya adalah seperti berikut –

“applies to a decision which is so outrageous in its defiance of logic or of

accepted moral standards that no sensible person who had applied his

mind to the question to be decided could have arrived at such a

decision”. Associated Provincial Picture Houses Limited v. Wednesbury

Corp [1948] 1 KB 223

31

Page 32: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Keputusan yang telah dibuat begitu keterlaluan tanpa alasan

yang logik atau tanpa mengikut standard moral yang diterima

pakai dan tiada orang yang waras akan memutuskan

sedemikian. Rujuk kes: CCSU [1985] 1 AC 374 p 410.

Bagi membuktikan wujudnya keadaan ini, ia memerlukan

sesuatu fakta atau merit yang overwhelming. Oleh itu, tidak

memadai setakat menyatakan wujudnya ketidakmunasabahan

dalam sesuatu keputusan semata-mata disebabkan pembuat

keputusan membuat kesimpulan yang berbeza dalam sesuatu

kes atas fakta yang mungkin sama.

Orang yang berfikiran waras, atas fakta yang sama, secara

munasabahnya boleh membuat kesimpulan yang berbeza.

Keputusan itu dikatakan tidak munasabah apabila keputusan

itu dalam keadaan “that is so perverse that is devoid of plausible

justification which points to a different conclusion”. Rujuk kes

Chan Meng Yuen [1992] 2 MLJ 337.

32

Page 33: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam erti kata yang lebih luas 'unreasonableness'

merujuk kepada kegagalan melakukan perkara yang

perlu dilakukan. Dalam kes Harpers Trading [1991] 1 MLJ

417 p 422, dinyatakan orang yang diamanahkan dengan

kuasa budi hendaklah mengarahkan dirinya secara betul

dalam undang-undang iaitu dengan:

memberi perhatian terhadap perkara yang dia perlu

menimbangkannya;

tidak mengambil kira perkara yang tidak relevan semasa

membuat pertimbangan itu

33

Page 34: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah Persekutuan dalam kes Ranjit Kaur S Gopal Singh v

Hotel Excelsior (M) Sdn Bhd [2010] 8 CLJ 629 telah

menyatakan bahawa Mahkamah Perusahaan telah mengambil

kira perkara yang tidak relevan semasa membuat keputusan

yang pembuangan kerja perayu adalah salah. Oleh itu,

Mahkamah Persekutuan sebaliknya mendapati pemecatan

perayu itu adalah sah.

Dalam kes ini perayu telah dipecat oleh pihak responden atas salah

laku yang dilakukan semasa bertugas. Perayu membawa kes

pemecatannya ke Mahkamah Perusahaan dan ia membuat keputusan

menyebelahi perayu dan memberikan ganti rugi kepada beliau.

Responden membuat semakan di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah

Tinggi telah membatalkan keputusan Mahkamah Perusahaan. Perayu

telah merayu ke Mahkamah Rayuan atas keputusan tersebut dan

keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Beliau tidak berpuas hati

dan merayu ke Mahkamah Persekutuan.

34

Page 35: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Procedural impropriety (Ketidakpatuhan prosedur)

Ketidakpatuhan prosedur berlaku apabila

pembuat keputusan gagal mengambil kira atau

mematuhi kaedah atau tatacara yang jelas

dinyatakan dalam undang-undang yang

memberikan bidang kuasa kepadanya.

Namun begitu, jika tiada undang-undang nyata

yang memperuntukkannya, pembuat keputusan

mempunyai tanggungjawab untuk bertindak

secara adil dengan memastikan prinsip keadilan

asasi (natural justice) dipatuhi.

35

Page 36: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Ini akan bergantung kepada hal perkara

(subject matter) yang berkenaan, jenis (nature)

keputusan itu dan hubungan mereka yang

terlibat sebelum suatu keputusan itu dibuat.

Rujuk kes CCSU [1985] 1 AC 374 p 414-415.

Contoh perundangan yang berkaitan ialah

prosedur pemberian hak untuk didengar

secara munasabah sebelum seseorang

dibuang kerja atau ditamatkan perkhidmatan.

Ia termasuklah proses pendengaran yang adil

dan bebas daripada unsur berat sebelah

36

Page 37: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam kes Nur Dini Md Noh v Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah Mahkamah Tinggi telah memutuskan penamatan perkhidmatan plaintif seorang Juruaudit W41 di KEDA (sebuah badan berkanun) disebabkan gagal disahkan dalam perkhidmatan kerana tidak mendapat perakuan daripada Ketua Jabatannya adalah sesuatu tindakan tanpa mengikut prosedur yang adil (procedural fairness). [2014] 1 CLJ 371; ms 385.

perkhidmatan pegawai telah ditamatkan kerana gagal disahkan dalam perkhidmatan. Meskipun perkhidmatan pegawai dilanjutkan dua kali dan dalam masa sama pegawai telah memenuhi syarat lain seperti hadir kursus induksi, BTN dan juga lulus peperiksaan Kerajaan tetapi Ketua Jabatan Pegawai masih tidak memperakukan untuk pegawai disahkan dalam perkhidmatan kerana disebabkan masalah prestasi pegawai.

37

Page 38: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah telah menilai keseluruhan fakta terutamanya tindak tanduk (conduct) Ketua Jabatan sebelum memberikan perakuan sedemikian sehingga membawa kepada penamatan pegawai.

Dalam kes ini, Ketua Jabatan pegawai didapati telah tidak bertindak dengan sewajarnya untuk memberikan teguran atau amaran supaya pegawai mengetahui sebab-sebab kelemahannya dan dengan itu boleh memperbaiki prestasinya.

Malah dengan memberikan pelanjutan tempoh percubaan dan dalam masa sama majikan tidak berpuas hati dengan prestasi pegawai dilihat sebagai tindakan yang bercanggah.

38

Page 39: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam kes Nur Dini nampaknya Mahkamah juga

telah menilai dari segi merit kes berkenaan dan

keadaan ini lebih mendekati prinsip irrationality

seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

39

Page 40: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Proportionality (perkadaran)

merupakan kuasa kawalan yang disentuh dalam kes CCSU. Prinsip ini masih dalam peringkat sedang berkembang.

ia bertujuan untuk mengawal tindakan pembuat keputusan supaya mereka tidak berlebihan berbanding sifat kes atau perkara yang sedang dipertimbangkan itu.

Sebagai contoh di India sesuatu hukuman tidak terkecuali daripada pembetulan jika hukuman itu keterlaluan dan tanpa munasabah.

40

Page 41: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kedudukan di India pernah diikuti oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Tan Tek Seng [1996] 1 MLJ 261

Mahkamah telah memutuskan bahawa hukuman yang dikenakan adalah terlalu keras dalam hal keadaan jika seorang penjawat awam telah mengaku bersalah dan mengembalikan semua wang yang dia telah mengambil untuk tempoh yang singkat dan telah menunjukkan penyesalannya.

41

Page 42: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Walau bagaimanapun, kedudukan ini tidak

bertahan lama kerana Mahkamah Persekutuan

kemudiannya memansuhkan keputusan dalam

kes Ng Hock Cheng [1998] 1 MLJ 153.

Dalam Ng Hock Cheng Mahkamah

Persekutuan mengatakan Kerajaan adalah

hakim yang terbaik untuk menentukan jenis

hukuman yang akan dikenakan.

Walau bagaimanapun, perlu diambil perhatian

bahawa kes ini adalah berkaitan dengan isu

pembuangan kerja penjawat awam.

42

Page 43: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dalam satu perkembangan yang agak

terkini berkenaan prinsip proportionality

disebut dalam kes Mahkamah Rayuan

Datuk Justine Jinggut v Pendaftar Pertubuhan

[2012] 1 CLJ 825.

Dalam kes berkenaan Mahkamah telah

memutuskan bahawa prinsip proportionality

menetapkan bahawa “there be a reasonable

relationship between the objective which is

sought to be achieved and the means used to

that end.”

43

Page 44: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah seterusnya memutuskan bahawa keputusan ROS untuk membatalkan pendaftaran SNAP sebagai sebuah parti politik tidak proportionate dengan kerosakan yang dikatakan (iaitu pertikaian tentang pemegang jawatan) di mana ia menjadi perkara yang disasarkan.

Mahkamah mengguna pakai prinsip proportionality dan mendapati ROS tidak mengambil kira semua faktor berkaitan dan sebaliknya telah mengambil kira faktor-faktor yang tidak relevan.

Daripada kes-kes yang diputuskan setakat ini nampaknya Mahkamah menggunakan proportionality sebagai lanjutan kepada prinsip ‘irrationality’ .

44

Page 45: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Sejauh mana keteguhan prinsip proportionality telah diterima pakai oleh Mahkamah di Malaysia berdasarkan kes Datuk Justine Jinggut?

Berdasarkan fakta kes, telah timbul krisis kepimpinan dalam SNAP, sebuah persatuan politik yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan yang diketuai oleh dua kumpulan, satu kumpulan diketuai oleh Presiden dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Presiden.

Krisis ini telah menyebabkan ROS mengeluarkan notis di bawah s. 16(1) Akta, yang menyatakan bahawa ROS telah berpendapat terdapat pertikaian yang telah berlaku di kalangan pemegang jawatan SNAP. Dengan itu juga ROS tidak berpuas hati dengan identiti mana yang sepatutnya menjadi pemegang jawatan SNAP dan mengarahkan penyelesaian dibuat berhubung pertikaian itu.

45

Page 46: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Setelah pihak-pihak masih gagal menyelesaikan pertikaian itu, ROS mengeluarkan notis kedua di bawah s. 13(2) Akta, yang merupakan pemberitahuan mengenai cadangan untuk membatalkan pendaftaran SNAP melainkan jika SNAP boleh memberikan tunjuk sebab dalam tempoh sebulan mengapa pendaftarannya tidak boleh dibatalkan.

Setelah pihak-pihak masih juga gagal berbuat demikian, ROS membuat keputusan dengan membatalkan pendaftaran SNAP di bawah s . 13(1)(c)( ix) Akta. Presiden SNAP memohon certiorari bagi membatalkan keputusan ROS itu.

46

Page 47: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah Persekutuan ([2013] 2 CLJ 362) telah mengakas keputusan Mahkamah Rayuan. Mahkamah Persekutuan berbeza pendapat berhubung tafsiran s.16 (1) Akta.

Dalam tafsiran literal s.16 (1) Akta, Mahkamah Persekutuan memutuskan ROS tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kesahihan sesuatu mesyuarat iaitu sama ada mesyuarat itu telah mematuhi Perlembagaan SNAP untuk menzahirkan pendapatnya (ROS) tentang wujudnya pertikaian atau tidak. ROS perlu bertindak semata-mata berdasarkan dokumen yang dikemukakan dan membuat keputusan secara objektif jika pertikaian telah timbul.

47

Page 48: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah Persekutuan juga menyatakan sekiranya mahkamah (ie Mahkamah Rayuan) telah membuat pandangan menjangkau lebih daripada apa yang dinyatakan oleh ROS dan membuat penemuan sendiri berdasarkan latar belakang fakta tentang kesahihan pertikaian itu, ia bermakna Mahkamah akan mengambil alih tugas ROS yang dihadkan di bawah s.16 (1).

Dalam erti kata lain, ia akan mengambil alih peranan ROS, yang mana mahkamah tidak boleh lakukan. Mahkamah juga memutuskan bahawa s. 18C Akta dengan jelas mengecualikan mahkamah daripada pergi ke merit mana-mana perselisihan antara anggota parti politik.

48

Page 49: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Persoalan bagi kes-kes akan datang ialah sama ada prinsip proportionality sebagaimana yang digunakan oleh Mahkamah Rayuan dalam Datuk Justine Jinggut boleh terpakai kepada situasi lain jika peruntukan yang memberikan kuasa budi bicara untuk membuat keputusan adalah tidak terbatas seperti dalam s. 16(1) dan dalam keadaan peruntukan seperti s. 18C Akta Pertubuhan tidak wujud.

Mahkamah Persekutuan tidak menyatakan bahawa ia tidak boleh dilakukan kerana keputusan itu diakas disebabkan isu tafsiran s. 16 semata-mata dan bukan berhubung dengan prinsip proportionality itu sendiri.

49

Page 50: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Bandingkan dengan kuasa Suruhanjaya

Perkhidmatan untuk menimbangkan merit

kes pegawai semasa membuat rayuan

tatatertib atas kapasitinya sebagai

Lembaga Rayuan. Peraturan 16(3) P.U.(A)

396/1993

50

Page 51: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

KUASA MAHKAMAH UNTUK MENJALANKAN

KUASA SEMAKAN ATAU TIDAK

Keadaan di mana Mahkamah tidak menggunakan kuasa semakan

Dalam kes Abdul Salam v Majlis Angkatan Tentera [2011 ] 2 CLJ 1 Majlis ATM telah mengesyorkan kepada Yang di-Pertuan Agong (YdPA) supaya commission pegawai dibatalkan. YdPA telah membatalkan commission pegawai dan dengan itu bermakna pegawai itu telah dipecat daripada angkatan tentera.

Perkara 153(1) Perlembagaan Persekutuan dengan nyatanya mengecualikan seorang pegawai angkatan tentera daripada diberi hak untuk didengar sebelum dibuang kerja.

51

Page 52: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Pegawai berkenaan telah mencabar keputusan tersebut atas asas kegagalan untuk hak didengar diberikan kepadanya, bukan oleh Agong tetapi oleh Majlis. Beliau berhujah bahawa apa-apa syor daripada Majlis yang menjejaskan haknya tanpa diberikan hak untuk didengar adalah melanggar natural justice (keadilan asasi).

Mahkamah Persekutuan memutuskan kuasa untuk commission anggota angkatan tentera adalah selama mana diperkenankan oleh YdPA dan ia boleh dibatalkan pada bila-bila masa. Kedudukan khas angkatan tentera dan hal berkaitan dengan keselamatan negara adalah terkecuali daripada semakan kehakiman.

52

Page 53: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Mahkamah Persekutuan menjelaskan bahawa

untuk memberi kesan sepenuhnya kepada

objektif dan tujuan Perkara 153 (1) PP dan

seksyen 9 Akta Angkatan Tentera pengecualian

hak untuk didengar hendaklah terpakai pada

setiap peringkat yang membawa kepada

pembatalan commission itu.

Seluruh proses itu, walaupun melibatkan

peringkat-peringkat yang berbeza, tidak boleh

diambil secara berasingan dan dengan

mengatakan terdapatnya ruang untuk hak

didengar di peringkat tertentu.

53

Page 54: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Keadaan di mana Mahkamah akan menggunakan

kuasa semakan dengan ketat

akan berlaku apabila melibatkan undang-undang social

welfare legislation. Sebagai contoh dalam Akta

Perhubungan Perusahaan yang mana dalam seksyen 20,

Menteri diberi kuasa budi bicara untuk merujuk atau

tidak merujuk pertikaian di antara pekerja dan

majikannya ke Mahkamah Perusahaan untuk proses

adjudikasi.

Keadaan ini juga berbangkit dalam keadaan apabila suatu

keputusan Mahkamah Perusahaan dicabar. Dalam hal

sedemikian hak asasi dalam kehidupan (livelihood) telah

terjejas dengan keputusan itu

54

Page 55: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Dari segi perundangan dalam kategori ini yang melibatkan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan, kuasa semakan yang ketat ini akan berlaku dalam konteks undang-undang tatatertib yang melibatkan kuasa pembuangan kerja atau penamatan perkhidmatan.

Sebagai contoh dalam kes Chai Kok Choi [2008 ] 1 CLJ 113 pegawai telah diberi pertuduhan dengan menyatakan jenis pelanggaran disiplin dan fakta-fakta yang membentuk pertuduhan terhadapnya.

Walau bagaimanapun, dalam salah satu hujah yang dibangkitkan pegawai ialah dia tidak diberi apa-apa dokumen yang digunakan terhadapnya dalam pertuduhan itu. Dalam perundangan berkaitan tatatertib tiada peruntukan undang-undang untuk membekalkan pegawai berkenaan apa-apa dokumen.

55

Page 56: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Pegawai tidak memohon dokumen dibekalkan kepadanya dengan itu rayuan pegawai telah ditolak. Namun begitu, Mahkamah Persekutuan memutuskan jika permintaan dibuat bagi mendapatkan dokumen, terdapat kewajipan untuk menyediakannya bagi memenuhi kehendak keadilan atau keadilan semula jadi.

Dalam konteks keperluan untuk membekalkan dokumen Mahkamah kes Chai Kok Choi telah merujuk kepada kes Ang Seng Wan v Suruhanjaya Polis Diraja Malaysia [2002] 1 CLJ 493 (Ang telah memohon dokumen yang digunakan terhadapnya dalam pertuduhan tatatertib) dan Raja Abdul Malek Muzaffar Shah bin Raja Shahruzzaman v Setiausaha Suruhanjaya Pasukan Polis & Ors [1995] 1 CLJ 619 (Raja Abdul Malek tidak memohon dokumen yang digunakan terhadapnya semasa pertuduhan tatatertib). Mahkamah Persekutuan telah bersetuju dan mengikuti keputusan kes Raja Abdul Malek.

56

Page 57: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Keadaan di mana Mahkamah menggunakan

kuasa semakan lebih longgar

kuasa semakan Mahkamah akan dibuat secara lebih longgar apabila melibatkan dasar awam, keselamatan awam, kepentingan negara atau keselamatan negara.

Mahkamah mengiktiraf bahawa tidak seperti peranan eksekutif, badan kehakiman tidak mempunyai semua maklumat yang berkaitan dengan perkara-perkara berkenaan (rujuk kes Kumpulan Perangsang Selangor v Zaid Noh [1997] 2 CLJ 11).

57

Page 58: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kedudukan ini adalah kedudukan undang-undang yang

dirujuk oleh Lord Diplock di m.s. 412 dalam kes CCSU

seperti berikut:

“National security is the responsibility of the executive

government; what action is needed to protect its interests is

a matter upon which those upon whom the responsibility

rests, and not the courts of justice, must have the last word.

It is par-excellence a non-justiciable question. The judicial

process is totally inept to deal with the sort of problems

which it involves.”

Rujukan telah dibuat kepada kes In The Zamora [1916]

2 AC 77 yang mana Privy Council

58

Page 59: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Walau bagaimanapun disebabkan undang-undang

yang berkaitan dengan perjalanan kuasa

Suruhanjaya Perkhidmatan adalah lebih kepada

social welfare legislation maka dengan itu

Mahkamah akan menimbangkan kes-kes yang

diputuskan dengan lebih ketat.

59

Page 60: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

Kesimpulan

Walau pun Suruhanjaya Perkhidmatan adalah bebas

untuk menjalankan fungsinya tanpa pengaruh tetapi

ia adalah tertakluk kepada takat fungsi dan undang-

undang yang ditetapkan. Kedudukan Suruhanjaya

Perkhidmatan sebagai pihak berkuasa awam adalah

tertakluk kepada semakan kehakiman.

Oleh itu, kuasa budi bicara yang dijalankan haruslah

mengambil kira peruntukan undang-undang dan

keputusan-keputusan Mahkamah bolehlah dijadikan

panduan semasa melaksanakan kuasa tersebut.

60

Page 61: PERSIDANGAN SURUHANJAYA- SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM ...imej.spa.gov.my/dev/pdf/persidangan/KERTAS_4_AGC.pdf · atau melaksanakan tugas atau tanggungjawab awam ... Kenaikan Pangkat

61