25
PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN. RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

  • Upload
    buithuy

  • View
    239

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA

TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP

PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN.

RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi
Page 3: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

i

PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA TEKNOLOGI

SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP ) TERHADAP

PENGAMBILAN MAKANAN TAMBAHAN.

RUZIANAH BINTI ABDUL HAMID

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

FEBRUARI 2004

Page 4: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi
Page 5: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi
Page 6: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

iv

Dedikasi

Buat yang sentiasa di ingati……

Semoga sentiasa riahmati Allah S.W.T

Arwah emak

Ungku Radhia Binti Ungku Mansor

Untuk abah yang sangat akak kasihi…..

Md Satar B Hj Md Salleh

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk mummy dan juga adik-adik yang disayangi…

Terutamanya kepada adik tersayang Rohaida Abdul Hamid Untuk saudara mara yang begitu memahami

Pengorbanan yang tidak mungkin akak lupakan

Insya Allah…

Untuk teman-teman yang sentiasa memberikan semangat…

Sarina binti Salleh dan Hasmayuni binti Hashim

Terima kasih yang tidak terhingga…

Tidak lupa untuk insan teristimewa…

Nur Syafiq Wazan Bin Mohd Noor

Terima kasih atas segalanya… …

Page 7: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

v

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyempurnakan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu En. Mohd Zolkifli Bin Abdul Hamid yang banyak memberikan

bimbingan, tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima

kasih juga diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar-pelajar

tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti

Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor, kerana telah memberikan

kerjasama sepanjang saya menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan

rakan-rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat

secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Ruzianah Binti Abdul Hamid

Februari 2004…

Page 8: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

vi

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk meninjau apakah persepsi pelajar tahun

akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap

pengambilan makanan tambahan. Sejumlah 82 orang responden terlibat dalam kajian ini.

Kajian ini berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Istrumen kajian

yang digunakan ialah soal selidik. Dapatan kajian diukur dengan skala likert dan

seterusnya dianalisis dengan menggunakan kaedah perisian statistical package for social

science (SPSS) for window version 11.0. Responden mempunyai tahap kefahaman yang

memuaskan terhadap makanan tambahan (56.1%). Tahap keperluan makanan tambahan

bagi responden adalah rendah (41.5%). Didapati faktor sosial tidak memainkan peranan

100% dalam mempengaruhi responden dalam pengambilan makanan tambahan (50%).

Bagi faktor usia pula, responden percaya apabila umur semakin lanjut, makanan

tambahan perlu di ambil (45.1%).

Page 9: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

vii

ABSTRACT

A balance and healthy eating is very important to maintain individual healthy

and active all the time. Nowadays, supplement food can be found easily at anywhere.

Therefore, this study is done to observe the perception of final year students Bachelor of

Technology with Education ( Kemahiran Hidup) towards the taking of supplement food.

Eighty two (82) respondents were involved in this study. The descriptive study method

was used with the surveying approach and the survey was done among the students. The

yields of the survey are measured by using lickert’s scale and being analyzed by using

SPSS version 11.0 for windows software. As a whole, the result of the survey is

satisfying. Respondent’s perceptions towards supplement food are good. They have

great level of knowledge on supplement food (56.1%). The levels of respondent need for

supplement food are low (41.5%). Social factor are not 100% ability to produce an effect

in taking supplement food (50%). For length of life factor, respondent believe that went

the age increase supplement food necessary be taken.

Page 10: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

viii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI SIMBOL SINGKATAN xiv

Page 11: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

ix

BAHAGIAN SATU

BAB I PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Batasan Kajian 9

1.8 Definisi operasi 10

1.8.1 Persepsi 10

1.8.2 Pemakanan 10

1.8.3 Makanan 11

1.8.4 Diet Seimbang 11

1.8.5 Makanan Tambahan 12

1.9 Penutup 12

BAHAGIAN DUA

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Tahap Kefahaman 14

2.3 Tahap Keperluan 16

Page 12: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

x

2.4 Faktor Sosial 18

2.5 Faktor Usia 19

2.6 Penutup 20

BAHAGIAN TIGA

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 23

3.4 Instrumen Kajian 23

3.4.1 Bahagian A 24

3.4.2 Bahagian B 25

3.5 Kajian Rintis 26

3.6 Prosedur Kajian 27

3.7 Analisis Data 27

3.8 Penutup 30

Page 13: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

xi

BAHAGIAN EMPAT

BAB IV ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 31

4.2 Analisis Latar Belakang Responden 32

4.3 Analisis Terhadap Dapatan Persoalan Kajian 35

4.3.1 Persoalan Kajian Satu (1) 36

4.3.2 Persoalan Kajian Dua (2) 39

4.3.3 Persoalan Kajian Tiga (3) 42

4.3.4 Persoalan Kajian Empat (4) 45

4.4 Penutup 47

BAHAGIAN LIMA

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 48

5.2 Rumusan Dapatan Kajian 49

5.3 Kesimpulan 50

5.4 Perbincangan 50

5.4.1 Kefahaman Responden tentang Makanan Tambahan 51

5.4.2 Keperluan Pengambilan Makanan Tambahan 52

5.4.3 Faktor Sosial 54

5.4.4 Faktor Usia 55

5.5 Cadangan 55

Page 14: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

xii

5.5.1 Cadangan Kajian Lanjutan 57

5.6 Penutup 57

RUJUKAN 58

LAMPIRAN A 62

Page 15: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

xiii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3. 1 Pengkelasan Skala Likert Beserta Dengan Markah

Skor. 25

3.2 Tabutan Soalan Berdasarkan Persoalan Kajian Dan

Jenis Skala Yang Digunakan Bagi Setiap Persoalan

Kajian. 26

3.3 Pemeringkatan Skala Likert 28

3.4 a Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Peratusan. 29

3.4 b tahap penilaian responden berdasarkan min 29

4.1 taburan responden mengikut umur. 32

4.2 Taburan responden mengikut jantina. 33

4.3 Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan. 33

4.4 Taburan Responden Mengikut Bangsa. 33

4.5 Taburan Responden Mengikut Pendapatan Sebulan. 34

4.6 Taburan Responden Yang Mengambil Pinjaman. 35

4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratusan

Bagi Meninjau Kefahaman Responden Mengenai

Makanan Tambahan. 37

4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratusan

Bagi Mengenalpasti Keperluan Responden Mengambil

Makanan Tambahan. 40

4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratusan

Bagi Persoalan Adakah Faktor Sosial Mempengaruhi

Page 16: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

xiv

Pengambilan Makanan Tambahan. 43

4.10 Taburan Responden Mengikut Frekuensi Dan Peratusan

Bagi Menentukan Sejauhmana Factor Usia Mempengaruhi

Pengambilan Makanan Tambahan Responden. 46

SENARAI LAMPIRAN

TAJUK MUKA SURAT

Borang Soal Selidik 63

Page 17: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

xv

SENARAI SIMBOL SINGKATAN

RDA - Recommended Dietary Allowance

DV - Daily Value

PKPG - Progran Khas Pensiswazahan Guru

SPSS - Statistical Package For Science Social

Page 18: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Corak pengambilan makanan yang baik dan sihat merupakan aspek penting

dalam menentukan perkembangan dan pertumbuhan yang sempurna bagi seseorang

individu. Dalam kitar hidup manusia, kehidupan bermula dari peringkat janin hinggalah

ke peringkat tua. Corak pengambilan makanan memainkan peranan dan memberikan

kesan ke atas putaran kehidupan manusia itu sendiri. Pemakanan yang seimbang perlu

untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk menjamin

pertumbuhan yang sempurna .

Pemakanan mempunyai makna yang berbeza-beza mengikut persepsi seseorang.

Sufiah et. al. (1993) ada menyatakan bahawa kadangkala istilah pemakanan dikenali

sebagai status pemakanan individu itu sendiri. Manakala menurut Himsworth, (1975)

pula ada mencadangkan bahawa pemakanan adalah analisis mengenai kesan makanan

dan juzuk-juzuknya ke atas organisma hidup. Bagi Blackburn dan Calloway, (1976)

Page 19: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

2

status pemakanan bererti keadaan tubuh hasil daripada penggunaan nutrien perlu yang

boleh didapati oleh tubuh. Status pengambilan makanan yang baik adalah penting bagi

kepentingan dan fungsi organ setiap individu.

Pemakanan didefinisikan sebagai kajian tentang semua proses tumbesaran,

pemeliharaan dan pembaikan sel-sel tubuh yang hidup dan yang bergantung pada

pemakanan (Aishah, 1992). Bagi melengkapi gizi makanan sehari, ada di kalangan

individu mengambil makanan tambahan. Dalam satu tinjauan yang dibuat oleh pakar

pemakanan di Washington, didapati bahawa 60% golongan profesional mengamalkan

pengambilan makanan tambahan dan sekiranya mereka mengalami kekurangan berat

badan, maka jumlahnya akan meningkat sehingga 74%. Manakala, golongan bukan

profesional yang mengamalkan pengambilan makanan tambahan hanya 37% sahaja.

Makanan tambahan termasuk semua nutrien penting seperti vitamin, mineral,

asid amino serta makanan kesihatan seperti spirulina dan sebagainya. (Michael Sharon,

1989). Dalam satu artikel yang dikeluarkan oleh Pusat Racun Negara, (2002) ada

menyatakan bahawa makanan tambahan adalah segala bentuk makanan berkhasiat atau

tidak, biasanya di dapati dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk atau sirap yang diambil

bagi memenuhi kekurangan zat dalam makanan harian.

Makanan tambahan bukanlah bahan ganti kepada sumber pemakanan harian.

Secara universal, pakar pemakanan telah bersetuju bahawa sumber zat yang diperlukan

oleh tubuh manusia datang daripada makanan seharian dan bukan daripada bahan-bahan

makanan tambahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada kita telah memulakan

pengambilan makanan tambahan dengan alasan yang tersendiri (Miller, 1999).

Page 20: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

3

Menurut Miller, (1999) alasan utama bagi seseorang individu mengamalkan

pengambilan makanan tambahan dalam cara hidup ialah apabila nutrien yang diambil

adalah kurang dan tidak mencapai tahap yang dicadangkan oleh Recommended Dietary

Allowance (RDA) sekarang dipanggil Daily Value (DV).

Pemakanan adalah cara memakan, manakala makanan merupakan pepejal atau

cairan yang boleh dimakan untuk tujuan pembesaran, memberi tenaga untuk

menjalankan aktiviti harian dan membina fizikal serta mental-emosi yang sihat.

Seseorang yang tidak mencapai tahap yang dicadangkan oleh RDA perlu menukar

pengambilan diet yang diamalkan atau mengambil makanan tambahan yang berkualiti

tinggi bagi mendapatkan nutrien yang optimum yang diperlukan oleh badan. Secara

umumnya, amalan pemakanan dan tabiat makan yang sihat perlu dititikberatkan bagi

melahirkan insan yang sihat bagi kepentingan negara pada masa akan datang.

1.2 Latar Belakang Kajian

Sekitar 2000 tahun lalu, Bapa Ilmu Kedoktoran Barat, Hipocrates pernah berkata,

“ let your food be your medicine and your medicine be your food”. Berpandukan pada

kata-katanya itu, sekiranya kita mengamalkan pola makan yang sihat dan seimbang,

maka kita akan menikmati kesihatan yang baik dan terhindar dari pelbagai penyakit.

Anda adalah apa yang anda makan, wang ringgit tidak boleh membeli kesihatan.

Jelas di sini pemakanan yang sempurna menjamin kesihatan yang baik.

Pemilihan makanan dengan tabiat makan yang baik akan memastikan badan mendapat

diet seimbang (Zainab, 1997). Menurut Zainab (1997) diet seimbang ialah hidangan

Page 21: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

4

yang lengkap dengan nutrien-nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Diet seimbang juga

mampu membantu proses-proses dalam badan berjalan dengan licin dan melindungi

badan daripada sebarang penyakit.

Menurut Mohd. Hamim dan Nor Anita (2002), keperluan hidangan makanan

bagi seorang individu yang berada di akhir remaja yang biasa, mereka memerlukan 5 – 6

hidangan berkarbohidrat serta berprotien dan 3 – 4 hidangan mempunyai mineral dan

juga vitamin dalam sehari. Zainab (1997) juga menyatakan bahawa bagi merancang diet

seimbang seseorang individu itu bergantung kepada beberapa faktor seperti umur, saiz

badan, jantina, pekerjaan dan kesihatan.

Kunci utama kehidupan manusia adalah kesihatan yang baik. Kebanyakan

daripada kita mungkin terlalu sibuk dengan tugas harian sehingga tidak sempat untuk

memikirkan soal kesihatan. Sedangkan, kesejahteraan setiap anggota masyarakat dari

segala segi penting untuk menjamin sebuah negara yang sejahtera, aman dan makmur.

Dewasa ini, dalam zaman serba moden manusia sibuk mengejar kebendaan dan

kemewahan sehingga mereka alpa untuk menjaga kesihatan. Timbul persoalan, dalam

era modenisasi dan globalisasi ini, mampukah manusia memenuhi tuntutan pengambilan

makanan yang seimbang?

Kekurangan setiap gizi dalam makanan seharian akan mengakibatkan

kemudaratan kepada kesihatan. Maka timbullah masalah sakit jantung, anemia,

anoreksia nervosa, bulimia serta penyakit-penyakit kardiovaskular yang lain.

Page 22: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

5

Apa pula yang akan terjadi sekiranya gizi makanan yang diambil secara

berlebihan dalam sehari? Apabila berlebihan, akan timbullah masalah lain seperti

keobesan atau lebih dikenali dengan obesiti di mana seseorang individu mengalami berat

badan yang berlebihan. Selain itu individu yang mengambil gizi secara berlebihan juga

mungkin akan mengalami kencing manis, gout dan sebagainya. Menurut Sufiah et al.

(1993), seramai 10 juta penduduk Amerika iaitu kira-kira 5% daripada penduduknya

mengalami diabetes dan ia akan bertambah lebih kurang 6 % setiap tahun. Dalam satu

artikel yang di keluarkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (2002), jumlah

penghidap kencing manis di Malaysia semakin bertambah, lebih 1.6 juta rakyat Malaysia

menghidap penyakit diabetes. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan

seramai 807,000 penduduk dewasa di negara ini menghidapi penyakit itu dalam tempoh

23 tahun dari sekarang.

Sekarang ini terdapat pelbagai jenis makanan segera di pasaran. Kewujudannya

bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Mampukah makanan segera (fast food)

ini memenuhi setiap zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh badan seseorang?

Kesihatan itu bagaikan mahkota di kepala orang-orang yang sihat, tidak dapat dilihat

kecuali oleh orang yang sakit sahaja. Kesihatan yang baik menjadi idaman semua insan.

Apabila ditanyakan, adakah anda sihat? Semua mengakuinya, tapi hakikatnya kesihatan

bukan dilihat secara zahir tetapi ia merupakan perkara rahsia kerana manusia tidak dapat

menjangkakan apa yang sedang berlaku kepada tubuh badan manusia sehari-harian.

Makanan seharian seharusnya mengandungi zat dan vitamin yang perlu untuk

menjamin kesihatan, tetapi malangnya kini manusia lebih terdedah kepada pencemaran

makanan dengan bahan tambahan (food additive), pencemaran alam, gaya hidup yang

moden dan tidak sihat serta tidak seimbang dari sudut pengambilan makanannya. Bagi

mengelakkan masalah ini berlarutan, terutama sekali masalah amalan pemakanan yang

tidak seimbang, manusia kini mengambil tindakan dengan memakan makanan tambahan

untuk memenuhi keperluan zat makanan dalam badan mereka.

Page 23: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

6

Menurut Cheah Swee Huang (1999), wujud perbezaan antara ubat dengan

makanan tambahan, di mana sesuatu bahan kimia diiktiraf sebagai ubat sekiranya ia

mempunyai nilai atau kesan penyembuhan penyakit manakala makanan tambahan pula

berfungsi mengekalkan tahap kesihatan yang baik. Dari segi kawalan dan pengiktirafan

pula, status pengiktirafan makanan tambahan tidak seketat kawalan dan pengiktirafan

status ubat.

Justeru itu makanan tambahan menjadi lebih popular di kalangan pengeluar

kerana ia lebih mudah dipasarkan. Ibarat serigala dilepas di kandang domba, makanan

tambahan dijual di pasaran seiring dengan hebatnya iklan-iklan yang disiarkan di media

massa. Berikutan itu, kebanyakan masyarakat menganggap pengambilan makanan

tambahan adalah satu perkara biasa pada masa kini. Ini terbukti apabila Miller, (1999)

ada menyatakan di mana terdapat beribu-ribu produk makanan tambahan di pasaran

sekarang ini. Beliau juga telah menerbitkan sebuah buku yang menerangkan bagaimana

untuk memulakan pengambilan makanan tambahan.

Mereka mengambil makanan tambahan untuk pelbagai tujuan. Antaranya untuk

kesihatan, kecantikan, mengurangkan berat badan, menambah stamina, dan sebagainya.

Secara tidak langsung mereka mengabaikan cara pengambilan makanan secara normal,

walhal cara pengambilan makanan sehari-hari sebenarnya telah cukup untuk melengkapi

keperluan zat-zat yang diperlukan oleh badan manusia.

Disamping itu, guru merupakan individu yang boleh membentuk seseorang

pelajar. Menurut Abu Bakar Hashim dan Mohd Tajudin Ninggal (2001), guru

mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk pelajarnya. Maka jelas di sini,

guru juga berperanan dalam membentuk cara pemakanan yang baik serta memberi

pemahaman mengenai makanan tambahan kepada para pelajar.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

7

1.3 Penyataan Masalah

Pelajar di institusi pengajian tinggi juga tidak terlepas dari pengambilan makanan

tambahan. Dalam sibuk mengejar ilmu mereka kadangkala alpa untuk mengambil

makanan seimbang bagi mendapatkan kesihatan yang optima. Justeru itu mereka

mengambil inisiatif lain dengan mengambil makanan tambahan bagi melengkapi kuantiti

nutrien yang diperlukan oleh badan. Ada juga pelajar yang mengambil makanan

tambahan sekadar ikut-ikutan.

Justeru itu kajian ini bertujuan untuk melihat pandangan pelajar tahun akhir

Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti

Pendidikan dari sudut kefahaman, keperluan tubuh badan, keberkesanan serta pengaruh

faktor sosial dan faktor usia terhadap pengambilan makanan tambahan (Food

Supplements).

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan menjawab persoalan mengenai persepsi pelajar-pelajar tahun

akhir Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap

pengambilan makanan tambahan. Objektif kajian ini adalah untuk:-

1.4.1 Mengenalpasti tahap kefahaman responden tentang makanan tambahan.

1.4.2 Mengenalpasti keperluan responden mengambil makanan tambahan.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR IJAZAH SARJANA MUDA … · menyempurnakan penyelidikan ini dengan ... untuk kesihatan dan perhatian mengenai makanan adalah mustahak untuk ... bagi memenuhi

8

1.4.3 Mengenalpasti sejauhmana faktor sosial mempengaruhi pengambilan makanan

tambahan responden.

1.4.4 Mengenalpasti sejauhmana faktor usia mempengaruhi pengambilan makanan

tambahan responden.

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian ini adalah untuk menjawab persoalan :-

1.5.1 Apakah tahap kefahaman responden tentang makanan tambahan?

1.5.2 Adakah responden benar-benar perlu mengambil makanan tambahan?

1.5.3 Adakah faktor sosial mempengaruhi pengambilan makanan tambahan

responden?

1.5.4 Adakah faktor usia mempengaruhi pengambilan makanan tambahan responden?