25
PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR. ZATI IWANI BT FAUZI UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP DI

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH, JOHOR.

ZATI IWANI BT FAUZI

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL

KEMAHIRAN HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

GELANG PATAH, JOHOR.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011 Saya ___________ZATI IWANI BT FAUZI_________ mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: EN MOHD RIZAL BIN MOHD SAID Nama Penyelia 1399 Belakang Penjara, Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, Kelantan. Tarikh: 09 Mei 2011 Tarikh: 09 Mei 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan

saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta

Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Tandatangan : …………………………………..

Nama Penyelia : En Mohd Rizal Bin Mohd Said

Tarikh : …09 Mei 2011………

Page 4: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

i  

PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL KEMAHIRAN

HIDUP DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN GELANG PATAH,

JOHOR. 

ZATI IWANI BT FAUZI

Laporan Projek Ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi

Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MEI 2011

Page 5: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

ii  

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ………………………………

Nama Penuh : ZATI IWANI BT FAUZI

Tarikh : APRIL 2011

Page 6: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

iii  

DEDIKASI

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah SWT Tuhan seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Bonda Tersayang

Norma Bt Jaafar

Kasih sayangmu sentiasa mengiringi perjalanan hidupku, doamu sumber

kejayaanku, jasamu tidak terhingga nilainya.

Semoga kehidupan mendapat kasih sayangNYA selalu.

Adinda-adinda Tersayang

Wan Hasmirawati, Muhammad Faeiz, Muhammad Sabri dan Muhammad Yusri

Yang sering memberikan teguran, pendapat dan contoh buatku.

Insan Teristimewa

Terima kasih atas dorongan yang berterusan darimu. Semoga semangat yang kau

berikan berkekalan abadi buat selamanya.

Rakan Seperjuangan

Banyak membantu pengajianku, Memenuhi dan menegur segala kekurangan,

Tidak dapatku ungkapkan diatas jasa-jasa kalian yang membantu

Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua

Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan.

Page 7: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

iv  

PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan rasa syukur kehadrat Allah SWT dan dengan limpah

kurnia-Nya, maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus

ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek sarjana muda ini, Encik Mohd

Rizal Bin Mohd Said atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran, nasihat dan motivasi

yang diberikan sepanjang menyiapkan laporan penyelidikan ini.

Jutaan terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Universiti

Teknologi Malaysia, bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,

Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan, Pengetua,

Penolong Kanan dan guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah,di atas

kerjasama yang diberikan dalam menjayakan penyelidikan ini.

Penghargaan juga ditujukan khas buat ibu, adik-adik serta insan istimewa yang

tanpa jemu mendoakan kejayaan dan memberi dorongan yang tiada penghujungnya.

Akhir sekali buat teman seperjuangan, terima kasih di atas kerjasama dan bimbingan

dari kalian. Semoga kejayaan ini membawa rahmat kepada kita semua.

Page 8: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

v  

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui persepsi pelajar orang asli terhadap bengkel

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Tiga aspek penting

telah dipilih untuk mengetahui persepsi pelajar orang asli terhadap bengkel Kemahiran

Hidup di sekolah tersebut. Aspek-aspek tersebut adalah persepsi tentang kelengkapan,

pengurusan alatan dan amalan keselamatan. . Instrumen kajian yang digunakan adalah

berbentuk soal selidik (temuduga berstruktur). Responden terdiri daripada 43 orang

pelajar orang asli dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 3. Kajian ini menggunakan

sepenuhnya populasi sebagai saiz sampel kajian. Hasil daripada analisis kajian rintis

menunjukkan nilai kebolehpercayaan soal selidik ini adalah tinggi (α = 0.66).

Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for

Social Science Windows) versi 16.0 untuk mendapatkan peratusan dan kekerapan. Hasil

dapatan menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap bengkel Kemahiran Hidup

berada pada tahap sederhana. Didapati wujudnya masalah dan kelemahan dari aspek

kelengkapan, pengurusan alatan dan amalan keselamatan di bengkel Kemahiran Hidup.

Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan persepsi

pelajar terhadap bengkel. Cadangan terperinci diterangkan dalam bab akhir kajian ini.

Page 9: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

vi  

ABSTRACT

The study was conducted to determine native students' perceptions of living skills

workshops in Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah. Three important aspects

have been selected to determine native students' perceptions of living skills workshops at

the school. These aspects are perceived to equipment, management tools and safety

practices. The instrument used was a questionnaire (structured interview). Respondents

were 43 native students from form 1 to form 3. This study uses population as the size of

the full sample. The results of the analysis of the pilot study showed the reliability of this

questionnaire was high (α = 0.66). The data was by SPSS (Statistics Package for Social

Science for Windows) version 16.0 for the percentage and frequency. The findings

showed that students' perception of Living Skills workshop at a moderate level. Found

the existence of problems and weaknesses in terms of equipment, management tools and

safety practices in the Living Skills workshops. Therefore, several proposals have been

made to improve students' perceptions of the workshop. The proposal is described in

detail in the final chapter of this research

Page 10: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

vii  

ISI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

PERAKUAN PENSYARAH

STATUS PENYELIDIKAN i

PERAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

SENARAI SINGKATAN xv 

Page 11: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

viii  

1.0 PENDAHULUAN

 1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan kajian 7

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Persepsi 9

1.8.2 Kemahiran Hidup 9 

1.8.3 Bengkel Kemahiran Hidup 10

1.8.4 Orang Asli 10

1.8.5 Mengurus 10

1.8.6 Kesediaan 11

1.8.7 Guru 11

1.8.8 Mengajar 12

1.8.9 Peralatan 12

1.8.10 Keselamatan 12

1.8.11 Kemahiran 13

 2.0 SOROTAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 14

2.2 Pendidikan Teknik dan Vokasional 15

2.3 Kemahiran Hidup 17

2.4 Bengkel Kemahiran Hidup 19

2.5 Tanggungjawab Guru Di Bengkel Sekolah 19

2.6 Kelengkapan di Bengkel Kemahiran Hidup 22

Page 12: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

ix  

2.7 Pengurusan di Bengkel Kemahiran Hidup 23

2.8 Kemudahan di Bengkel Kemahiran Hidup 24

2.9 Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran 26

di Dalam Bengkel

2.10 Keselamatan di Bengkel 27

2.11 Kesimpulan 28

 

 3.0 METODOLOGI KAJIAN

 3.1 Pengenalan 29

3.2 Reka bentuk Kajian 29

3.3 Model Proses Reka bentuk Kajian 31

3.4 Tempat Kajian 33

3.5 Instrumen Kajian 34

3.6 Populasi dan Sampel Kajian 35

3.7 Kesahan Soal Selidik 37

3.8 Kajian Rintis 38

3.9 Kebolehpercayaan Soal Selidik 39

3.10 Prosedur Kajian 41

3.11 Analisis Data 42

3.12 Kesimpulan 44

 4.0 DAPATAN KAJIAN

 

4.1 Pengenalan 45

4.2 Analisis Data Bahagian A

4.2.1 Jantina 46

4.2.2 Tingkatan 47

4.2.3 Gred Pencapaian Subjek Kemahiran Hidup 47

4.2.4 Suku Kaum 48

Page 13: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

x  

4.3 Analisis Data Bahagian B

    4.3.1 Kelengkapan yang di Sediakan di Bengkel 50

Kemahiran Hidup

4.3.2 Pengurusan Alatan di Bengkel

Kemahiran Hidup 53

4.3.3 Keselamatan Di Dalam Bengkel

Kemahiran Hidup 56

4.4 Analisa Mengikut Soalan Kajian 59

4.5 Penutup 60

 

5.0 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 61

5.2 Rumusan 62

5.3 Perbincangan 63

5.3.1 Kelengkapan Dalam Bengkel

Kemahiran Hidup 64

5.3.2 Pengurusan Alatan Dalam Bengkel

Kemahiran Hidup 66

5.3.3 Amalan Keselamatan Dalam Bengkel

Kemahiran Hidup 69

5.4 Kesimpulan 71

5.5 Cadangan 72

5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 74

5.7 Penutup 75

BIBLIOGRAFI 76

LAMPIRAN 81

Page 14: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

xi  

SENARAI JADUAL

NOMBOR TAJUK JADUAL MUKA SURAT JADUAL

  3.1 Taburan Item Soalan Kajian 33

3.2 Bilangan Pelajar Orang Asli Tingkatan 1, 2

dan 3 di SMK Gelang Patah 34

3.3 Pekali Alpha Cronbach   36

3.4 Keputusan Ujian Statistik Alpha Cronbach 37

3.5 Kriteria menganalisis data 40

3.6 Tahap penilaian responden 40

berdasarkan peratus

4.1 Taburan Kekerapan dan Peratusan bagi Jantina 43

Responden

4.2 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut 44

Tingkatan

4.3 Taburan Kekerapan dan Peratusan Mengikut 44

Gred Pencapaian Subjek Kemahiran Hidup

4.4 Taburan Kekerapan dan Peratusan Responden 45

Mengikut Suku Kaum

4.5 Taburan Kekerapan dan Peratusan Persepsi 47

Pelajar OrangAsli Terhadap Penyediaan

Kelengkapan di Bengkel Kemahiran Hidup

Page 15: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

xii  

4.6 Taburan Kekerapan dan Peratusan Persepsi 50

Pelajar Orang Asli Terhadap Pengurusan di

Bengkel Kemahiran Hidup

4.7 Taburan Kekerapan dan Peratusan Amalan 53

Keselamatan Di Dalam Bengkel Kemahiran

Hidup.

4.8 Taburan Purata Peratusan Bagi Dapatan 57

Kajian Keseluruhan Kajian.

Page 16: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

xiii  

SENARAI RAJAH

NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT

RAJAH

3.1 Carta Alir Reka bentuk Kajian 29

3.2 Carta Alir Prosedur Kajian 38

Page 17: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

xiv  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK

 

A Soal Selidik 79

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan 83

Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian

Pendidikan Malaysia (EPRD)

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri 86

D Surat Kebenaran Jabatan Hal Ehwal Orang 87

Asli Johor (JHEOA)

E Surat Kebenaran Fakulti 88

F Surat Pengesahan Pelajar 89

G Borang Pengesahan Soal Selidik 90

Page 18: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

xv  

SENARAI SINGKATAN

ABM - Alat Bantu Mengajar

JHEOA - Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KBSM - Kemahiran Belajar Sekolah Menengah

KH - Kemahiran Hidup

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia

PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional

SMKGP - Sekolah Menengah Kebangsaaan Gelang Patah

SPSS - Statistik Package For Social Science

Page 19: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara maju amat bergantung

kepada kewujudan modal insan yang mempunyai kemahiran, kreativiti dan inovasi

yang menepati keperluan pasaran dan ekonomi abad ke-21. Transformasi ekonomi

negara yang menjurus kepada industri teknologi dan perkhidmatan menyaksikan

permintaan tinggi terhadap sumber tenaga kerja separa mahir dan mahir. Pendidikan

berasaskan teknik dan vokasional menyumbang kepada usaha peningkatan

permintaan yang tinggi terhadap sumber tenaga ini (Berita Harian, Jan 03 2010).

Selaras juga dengan itu, masyarakat orang asli juga termasuk di antara

pembangunan modal insan yang diharapkan dapat memenuhi keperluan kepakaran

seimbang dengan permodenan Negara pada masa kini. Menurut Hasan (2010),

menyatakan penekanan terhadap pembangunan modal insan bagi masyarakat orang

asli adalah supaya mereka boleh bersaing dengan kaum lain di negara ini.

Oleh yang demikian, pendidikan bagi masyarakat orang asli juga perlu diberi

penekanan bagi memastikan masalah keciciran pelajar orang asli dapat dikurangkan.

Page 20: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

2

Seperti yang diketahui, masalah keciciran pendidikan pada masa kini banyak berlaku

dan terjadi kepada pelajar masyarakat orang asli. Melati Mohd Ariff (2008),

menyatakan bahawa peratus keciciran dalam kalangan anak orang asli di peringkat

sekolah rendah dan menengah agak tinggi, khususnya di peringkat sekolah menengah

iaitu sekitar 35%. Minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran adalah salah satu

faktor yang menentukan kejayaan setiap orang pelajar. Tanpa minat pelajar terhadap

pelajaran sudah pastinya akan menyebabkan seseorang itu tercicir dalam

pelajarannya.

Selaras dengan kehendak pasaran pekerjaan yang menginginkan peningkatan

tenaga kerja teknikal, pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia telah

melaksanakan subjek Kemahiran Hidup di semua sekolah menengah rendah pada

awal tahun 1989. Kemahiran Hidup adalah satu mata pelajaran dalam kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang dirancang untuk membolehkan murid-

murid menggunakan pelbagai alat dan bahan serta melalui berbagai-bagai teknik

untuk menghasilkan sesuatu pengalaman yang membolehkan murid-murid celik

teknologi dan memberikan mereka pengalaman mengendalikan pelbagai alat tangan

dan bahan. Mata pelajaran ini bercorak amali dan diajar dalam tahap dua di sekolah-

sekolah rendah di seluruh Malaysia. (Abu Husain 1997).

Mata pelajaran Kemahiran Hidup memerlukan ruang khas untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Ruang khas ini dinamakan ‘bengkel’. Bengkel ini

perlu dilengkapi dengan keperluan asas untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Maksud atau takrifan Bengkel Kemahiran Hidup ialah ruang-ruang khas untuk

pengajaran dan pembelajaran serta ruang-ruang khas ini hendaklah dilengkapi

dengan keperluan minima pengajaran dan pembelajaran (Kementerian Pendidikan

Malaysia 1989).

Bengkel yang lengkap membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan lancar. Ini adalah penting bagi memastikan pelajar orang asli minat

dan suka terhadap mata pelajaran ini. Menurut Fadzli (2008), menyatakan pelajar

pada masa kini lebih cenderung ke arah bidang-bidang kemahiran serta praktik. Oleh

itu, pihak sekolah seharusnya memastikan segala kelengkapan di dalam bengkel

Page 21: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

3

diuruskan dengan selengkapnya. Bidang pengurusan adalah merupakan satu bidang

yang ditekankan kerana aktiviti-aktiviti pengurusan boleh mempengaruhi hasil kerja

dan kepuasan kepada pelaksana dan pengguna. Aktiviti-aktiviti pengurusan

merangkumi aspek-aspek merancang, menyusun, mengarah, mengkoordinasi dan

mengawal (Yahya abd. Hamid 1989).

Menurut Fong (2000) dalam Hayati (2000), masalah keselamatan dan

kesihatan pekerjaan yang melibatkan orang lain seperti kemalangan yang melibatkan

pelajar sekolah juga merupakan isu sensitif yang memerlukan perhatian yang teliti

dan tindakan yang berkesan pelu diambil. Menurut Spielman (1979) dalam Hayati

(2000), fungsi bengkel sekolah adalah menyerupai fungsi sesebuah industri kecil.

Lascoe (1973) dalam Hayati (2000) juga menyatakan aspek kemalangan industri

mempunyai hubung kait yang rapat dengan pengurusan bengkel di sekolah, di mana

bengkel sekolah seakan-akan seperti sebuah industri kecil yang mempunyai fungsi

operasi yang sama dengan industri sebenar.

Keselamatan di bengkel sekolah amat penting bagi mengelakkan sesi

pengajaran dan pembelajaran terganggu dan mengurangkan keberkesanannya dan ini

menuntut kerjasama dari pihak guru dan juga pelajar. Tanggungjawab pihak sekolah

dan guru amat diperlukan bagi memastikan pengurusan di bengkel Kemahiran Hidup

dikendalikan dengan betul. Di samping itu, sekolah juga memainkan peranan yang

penting bagi menarik minat para pelajar orang asli untuk ke sekolah dan meneruskan

pembelajaran mereka. Keadaan ini bagi memastikan prestasi pelajar-pelajar

meningkat selaras dengan kehendak kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah

Negara perindustrian selaras Wawasan 2020 (Berita Harian, Jun 11 2010)

Page 22: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Pada tahun1991, mata pelajaran teknikal di sekolah menengah rendah yang

terdiri daripada pilihan mata pelajaran Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains

Pertanian dan Perdagangan telah diganti selaras dengan perubahan Kurikulum Baru

Sekolah Menengah (KBSM) iaitu Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu. Mata

pelajaran ini lebih menekankan aspek kemahiran dalam kehidupan seharian.

Mata pelajaran Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran elektif atau pra

vokasional untuk tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Mata pelajaran ini adalah teras

dalam KBSM yang digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Subjek ini

dirancang kearah meningkatkan daya pengeluaran Negara melalui penglibatan

masyarakat secara produktif, inovatif dan kreatif serta pembentukan pelbagai jenis

tenaga kerja yang kenal teknologi dan ekonomi sejajar dengan dasar dan keperluan

Negara. (Kementerian Pendidikan Malaysia,1989).

Mata pelajaran Kemahiran Hidup tidak hanya tertumpu kepada pembelajaran

teori sahaja tetapi juga melibatkan pembelajaran berbentuk amali. Pembelajaran

berbentuk amali yang dijalankan di dalam bengkel memerlukan kelengkapan dan

kemudahan yang lengkap dengan ini dapat membantu pembelajaran secara amali

dengan lebih berkesan. Pembelajaran ini dapat memberikan pengetahuan dan

kemahiran bagi setiap pelajar. Oleh itu pelajar orang asli juga tidak ketinggalan

dalam pembelajaran mereka dan pelbagai usaha telah dijalankan. Sehubungan

dengan kehendak kerajaan untuk meningkatkan tenaga kerja yang berkemahiran,

antaranya memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan orang asli

(Datuk Seri Mohd. Najib, 2010)

Peratusan pelajar orang asli yang mengalami keciciran pelajaran kini sudah

mencecah 50%. Keciciran pelajaran adalah disebabkan mereka tidak dapat melihat

nilai pelajaran boleh dikaitkan dalam kehidupan seharian di kalangan pelajar itu

sendiri (Norutul Ilham, 2010). Dalam subjek Kemahiran Hidup umpamanya, peranan

bengkel dan kelengkapan bengkel memainkan peranan yang penting bagi menarik

Page 23: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

5

minat pelajar orang asli untuk memberi gambaran sebenar antara aktiviti amali yang

dilakukan dengan kehidupan seharian mereka. Oleh itu, pihak sekolah seharusnya

memastikan keadaan dan kelengkapan bengkel Kemahiran Hidup sempurna.

Tumpuan seharusnya diberikan kepada kelengkapan, keselamatan dan alatan di

dalam bengkel Kemahiran Hidup sempurna dan cukup untuk digunakan semasa

proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

Sesebuah bengkel yang diuruskan dengan baik dan bersistematik akan

membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Perkara ini

bersesuaian dengan proses pengajaran dan pembelajaran itu sendiri yang mana

disebabkan kerja-kerja berbentuk amalan praktik yang dilakukan di dalam bengkel

merupakan komponen utama dalam pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan

sains, teknik dan kemahiran (Haslina Yusoff, 2005)

Menurut Turner (1945) dalam Hayati (2000), walaupun tahap kemalangan di

bengkel sekolah adalah tidak setinggi berbanding dengan industri, namun ia masih

perlu diberi perhatian yang serius kerana kemalangan yang berlaku di bengkel

sekolah juga boleh membawa maut. Ilmu pengetahuan dan kemahiran keselamatan

yang dipelajari di bengkel sekolah adalah amat berguna apabila seseorang pelajar

keluar bekerja pada masa akan datang. Selain itu, OSHA (Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerja) meletakkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pelajar ke

atas pihak sekolah terutamanya bahagian pengurusan bengkel sekolah. Sekolah juga

berada di bawah bidang kuasa Akta 514.

Oleh itu, tanggungjawab pihak sekolah dalam memastikan kelengkapan dan

keadaan bengkel Kemahiran Hidup terhadap proses pengajaran dan pembelajaran

adalah satu tugas yang tidak boleh dipandang ringan.

Page 24: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

6

1.3 Pernyataan Masalah

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji apakah persepsi pelajar Orang Asli

terhadap bengkel Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Gelang Patah. Persepsi

yang dimaksudkan adalah terhadap kelengkapan yang disediakan di dalam bengkel

Kemahiran Hidup dan pelaksanaan pengurusan di dalam bengkel Kemahiran Hidup.

Pengkaji juga ingin mengenalpasti keselamatan yang diamalkan di dalam bengkel

Kemahiran Hidup.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti beberapa perkara seperti berikut :

1.4.1 Mengenalpasti penyediaan kelengkapan di bengkel Kemahiran Hidup

Sekolah Menengah Orang Asli.

1.4.2 Mengenalpasti perlaksanaan pengurusan di bengkel Kemahiran Hidup

Sekolah Menengah Orang Asli.

1.4.3 Mengenalpasti keselamatan yang diamalkan dalam bengkel

Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah Orang Asli.

Page 25: PERSEPSI PELAJAR ORANG ASLI TERHADAP BENGKEL … · Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus ikhlas merakamkan penghargaan kepada penyelia projek

7

1.5 Persoalan Kajian

1.5.1 Adakah kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup disediakan

di Sekolah Menengah Orang Asli?

1.5.2 Adakah pengurusan di dalam bengkel Kemahiran Hidup dilaksanakan

di Sekolah Menengah Orang Asli?

1.5.3 Adakah amalan keselamatan diamalkan dalam bengkel Kemahiran

Hidup Sekolah Menengah Orang Asli?

1.6 Kepentingan kajian

Diharapkan hasil daripada kajian ini akan dapat mendatangkan faedah serta

dapat membantu pihak sekolah dalam menambahbaikkan kemudahan dan

kelengkapan di dalam bengkel Kemahiran Hidup Sekolah Orang Asli. Analisis ini

juga diharap dapat membantu guru-guru Kemahiran Hidup agar dapat memperbaiki

lagi keadaan yang telah sedia ada dalam pengurusan bengkel serta dapat

mempertingkatkan lagi amalan keselamatan pelajar semasa kerja-kerja amali

dilakukan dibengkel Kemahiran Hidup Sekolah Menengah Orang Asli.