Upload
hatruc
View
235
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN
MAHASISWA MUSLIM DI UTM
SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL : PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP
KEHIDUPAN MAHASISWA MUSLIM DI UTM
SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________________ ______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:
103, KAMPUNG KERANDANG, PM AZMI SHAH BIN SURATMAN
22000 JERTIH, BESUT, Penyelia:
TERENGGANU DARUL IMAN.
Tarikh: 9 MEI 2011 Tarikh: 9 MEI 2011
CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh
tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana
secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan
penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
√
PENGESAHAN PENYELIA
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)”.
Tandatangan : ……………………………………………
Nama Penyelia : PM AZMI SHAH BIN SURATMAN
Tarikh : 9 MEI 2011
PERSEPSI MAHASISWA NON MUSLIM TERHADAP KEHIDUPAN
MAHASISWA MUSLIM DI UTM
SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MEI 2011
ii
PENGAKUAN
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ……………………………………
Nama Penulis : SHAHIFUL IZUAN BIN ISMAIL
Tarikh : 9 MEI 2011
iii
DEDIKASI
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat Dan Salam Buat Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w.
Setinggi-tinggi Penghargaan Buat:
Ibunda dan Ayahda, Haminah Binti Ibrahim &
Ismail Bin Samad Setinggi-Tinggi Terima Kasih Atas Segala Pengorbananmu,
Mengandung, Melahirkan, Menjaga dan Mendidikku, Sewaktu Aku Masih Kecil Hingga Dewasa,
Doa Dan Restumu, Menjadi Sumber Kejayaanku,
Untuk Selama-lamanya.
Buat Kekandaku, Saimah, Samsuri, Suzila, Suryani, Suhaida, Shafizan, Suhardi, Sahifudin
Serta Adik-adikku, Siti Sarah Salwani & Mohd Azli Firdaus
Hidup ini penuh ranjau dan berliku, Hanya keimanan & ketaqwaan sebagai bekalan,
Untuk Kalian Menempuh Segalanya.
Khas Buat Ibuku Tersayang Haminah Binti Ibrahim Semoga roh mu dicucuri rahmat dan mendapat tempat disisi Allah.
Buat Para Guru dan Pensyarah,
Jasamu Akan Ku Kenang Selamanya, Kerana Mendidik Diri Ini Menjadi Insan Berguna,
Untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Buat Teman Seperjuangan, Terima Kasih Atas Segala Bentuk Bantuan,
Hargailah Persahabatan Yang Terjalin Selama ini, Suka Dan Duka Akan Sentiasa Terpahat Di Sanubari,
Teruskan Perjuangan Kalian.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Pengasih serta selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad SAW.
Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, maka laporan Projek Sarjana Muda (PSM) ini dapat disiapkan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada PM
Azmi Shah Bin Suratman selaku penyelia projek yang telah banyak membimbing
dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.
Begitu juga buat pihak Fakulti Tamadun Islam (FTI) dan Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia.
Terima kasih juga diucapkan kepada seluruh ahli keluarga yang tidak jemu
memberikan semangat, bimbingan, nasihat dan sokongan yang padu dalam
menjayakan projek ini. Begitu juga kepada sahabat-sahabat seperjuangan yang
banyak memberi pertolongan, motivasi dan berkongsi idea dalam menyiapkan projek
ini.
Akhir sekali ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga segala kerjasama dan usaha yang
diberikan, diberkati Allah S.W.T. Semoga hasil kajian ini memberi manfaat kepada
semua.
v
ABSTRAK
Dewasa ini, pelbagai bentuk program telah dijalankan bagi menambahbaik
tanggapan non muslim terhadap Islam. Imej Islam di mata non muslim banyak
dipengaruhi oleh isu-isu di peringkat global dan senario yang berlaku di dalam
negara ini. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengetahui tanggapan mahasiswa non
muslim terhadap kehidupan muslim di UTM. Di samping itu juga, kajian ini
bertujuan mengetahui faktor-faktor penerimaan mahasiswa non muslim terhadap
kehidupan muslim dan juga cadangan penambah baikkan persepsi mahasiswa non
muslim terhadap kehidupan muslim. Instrumen kajian ini berbentuk soal selidik yang
mengandungi 36 soalan. Data yang terkumpul dianalisis menggunakan perisian
Statistical Package For Social Sceine (SPSS) versi 16.0 bagi mendapatkan
peratusan, kekerapan dan min data. Hasil kajian ini menunjukkan persepsi
mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim adalah di tahap
sederhana. Hasil kajian ini akan dicadangkan kepada pihak-pihak yang berkaitan
bagi mengambil langkah proaktif untuk menambah baik tanggapan non muslim
terhadap kehidupan muslim.
vi
ABSTRACT
Nowadays, a variety of programs have been implemented to improve the
perception of the non-Muslims about Islam. The perception of the Islam among non-
Muslims is heavily influenced by issues at the global level and also the scenario that
occurs in the country. So, this research was conducted to determine the perception of
the non-Muslims students towards the Muslim student’s life in UTM. Besides that,
this research also aims to determine the acceptance factors of the non-Muslim’s
student perception about Muslim student’s life. The last objective is to find out the
best recommendation to improve non-Muslims perception toward Muslim student’s
life. Research instrument that has been used was in the form of questionnaires which
contains 36 items. The collected data was analyzed descriptively to get the value for
mode, mean and percentage using Statistical Package for Social Science (SPSS) with
16.0 version. The result of this research recognized that the perception of the non-
Muslims toward Muslim student’s live is in the moderate level. The results of this
study will be proposed to the relevant organizations to take proactive actions to
improve the perception of the non-Muslims towards Muslim student’s life.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 8
1.9 Kesimpulan 10
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk 11
2.2.1 Latar Belakang Masyarakat Melayu, 12
Agama Dan Kepercayaan
2.2.2 Masyarakat Cina: Agama 13
Dan Kepercayaan
2.2.3 Masyarakat India: Agama 14
Dan Kepercayaan
2.2.4 Masyarakat Orang Asli, Kaum 14
Bumiputera Sabah Dan Sarawak,
Lain-Lain Bangsa: Agama
Dan Kepercayaan
2.3 Non Muslim Di Malaysia 15
2.3.1 Latar Belakang 17
2.3.2 Non Muslim Yang Pernah Bersekolah 17
Di Sekolah Jenis Kebangsaan
2.3.3 Non Muslim Yang 18
Bersekolah Di Sekolah Kebangsaan
2.3.4 Non Muslim Yang Tinggal 19
Di Komuniti Majoriti Islam
2.4 Kehidupan Muslim Berlandaskan Syarak 19
2.4.1 Islam Agama Fitrah 21
2.4.2 Islam Agama Perdamaian 23
2.4.3 Islam Menganjurkan Keadilan 23
2.5 Realiti Dan Cabaran Dalam Kehidupan 24
Muslim Masa Kini
2.6 Salah Faham Tentang Islam 26
Di Kalangan Non Muslim
2.7 Pendekatan Dakwah Kepada 27
Masyarakat Non Muslim Di Malaysia
2.7.1 Dakwah Melalui Teladan 28
2.7.2 Peranan Media Massa 29
ix
Dalam Dakwah Kepada Non Muslim
2.7.3 Metodologi Dakwah 30
Lain Kepada Non Muslim
2.8 Kajian Terdahulu 31
2.9 Kesimpulan 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 32
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 33
3.4 Instrumen Kajian 34
3.5 Prosedur Kajian 35
3.5.1 Kajian Rintis 38
3.6 Kaedah Pengumpulan Data 38
3.6.1 Pengumpulan Data Primer 39
3.6.2 Pengumpulan Data Sekunder 39
3.7 Analisis Data 40
3.8 Jangka Masa Kajian 41
3.9 Kesimpulan 41
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 43
4.2 Analisis Data Bahagian A 44
4.3 Analisis Data Bahagian B 45
4.3.1 Analisis Data Berkenaan 46
Persepsi Mahasiswa Non
Muslim Terhadap
x
Kehidupan Mahasiswa Muslim
4.3.2 Analisis Data Berkenaan 51
Faktor-Faktor Penerimaan
Mahasiswa Non Muslim Terhadap
Kehidupan Mahasiswa Muslim
4.3.3 Analisis Data Berkenaan Cadangan 59
Penambahbaikkan Persepsi Mahasiswa
Non Muslim Terhadap Kehidupan
Mahasiswa Muslim
4.4 Rumusan Min Dan Dapatan Kajian 64
4.5 Kesimpulan 69
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 70
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Latar Belakang Responden 71
5.2.2 Persepsi Mahasiswa Non Muslim 72
Terhadap Kehidupan
Mahasiswa Muslim
5.2.3 Faktor-Faktor Penerimaan Mahasiswa 76
Non Muslim Terhadap Kehidupan
Mahasiswa Muslim
5.2.4 Cadangan Penambahbaikkan Tanggapan 80
Mahasiswa Non Muslim
Terhadap Kehidupan Muslim
5.3 Rumusan 83
5.4 Cadangan 84
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85
5.6 Kesimpulan 86
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pengkelasan nombor dalam skala likert 36
3.2 Skala likert 36
3.3 Agihan item mengikut persoalan kajian 37
3.4 Tahap penilaian responden berdasarkan min 40
3.5 Pengelasan dimensi persoalan kajian 41
4.1 Taburan responden pendidikan awal 44
4.2 Taburan responden mengikut agama 44
4.3 Taburan responden mengikut kolej kediaman 45
4.4 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1 46
4.5 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2 47
4.6 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3 47
4.7 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4 48
4.8 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5 48
4.9 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6 49
4.10 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7 49
4.11 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8 50
4.12 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9 50
4.13 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10 51
4.14 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11 51
4.15 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12 52
4.16 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13 52
4.17 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14 53
4.18 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15 53
4.19 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16 54
4.20 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17 54
4.21 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18 55
4.22 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19 55
4.23 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20 56
4.24 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21 57
xiii
4.25 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22 57
4.26 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23 58
4.27 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24 58
4.28 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25 59
4.29 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26 59
4.30 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27 60
4.31 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28 60
4.32 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29 61
4.33 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30 62
4.34 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31 62
4.35 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32 63
4.36 Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33 63
4.37 Rumusan peratusan dan min bagi persepsi mahasiswa 64
non muslim terhadap kehidupan muslim
4.38 Rumusan peratusan dan min bagi faktor-faktor 66
penerimaan mahasiswa non muslim terhadap
kehidupan muslim
4.39 Mengenalpasti cadangan penambahbaikkan tanggapan 67
mahasiswa non muslim terhadap kehidupan
mahasiswa muslim
4.40 Min keseluruhan bagi setiap objektif kajian 69
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM Universiti Teknologi Malaysia
SAW Sallallahu ’alaihi wasallam
SWT Subhanahu Wa Ta’ala
SPSS Statistical Package for Social Science
SS Sangat Setuju
S Setuju
KS Kurang Setuju
STS Sangat Tidak Setuju
TS Tidak Setuju
TITAS Tamadun Islam Tamadun Asia
FPPSM Fakulti Pengurusan Pembangunan Sumber Manusia
TV Televisyen
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Umat Islam pada masa kini telah berkembang di seluruh pelusuk dunia.
Agama Islam tidak hanya dianuti oleh bangsa Arab atau masyarakat timur tengah
sahaja, bahkan agama Islam telah berkembang ke setiap ceruk dunia merentasi
pelbagai negara dan bangsa. Di Asia pula, agama Islam turut berkembang ke
pelbagai negara termasuklah di negara berpenduduk paling ramai seperti China dan
India.
Namun begitu, peristiwa yang berlaku pada 11 September 2001 telah
membawa suatu tanggapan yang baru terhadap Islam itu sendiri. Peristiwa yang
berlaku ini telah dikaitkan dengan isu keganasan dan umat Islam dianggap sebagai
punca di sebalik kejadian tersebut. Terdapat satu momentum yang telah digerakkan
oleh Amerika Syarikat dengan melancarkan satu gerakan menentang keganasan dan
segala bentuk hal yang boleh dikaitkan dengan pengganas. Akhirnya, peristiwa ini
telah merubah tanggapan non muslim terhadap agama Islam itu sendiri dan
mengaitkan Islam kepada keganasan.
Menurut Fadzlullah Shuib (2007:141), peristiwa ini telah membawa ancaman
yang besar kepada dunia Islam, apabila kuasa dunia yang diketuai oleh Amerika
Syarikat menuding jari kepada umat Islam sebagai dalang kepada peristiwa ini.
Kemudiannya, Amerika Syarikat dan sekutunya Britain telah menyerang sebuah
negara yang terdiri daripada umat Islam iaitu Afghanistan dengan alasan Afghanistan
2
merupakan negara pengkalan kepada pertubuhan pengganas sedunia, Al-Qaeda.
Rentetan daripada serangan ini, Amerika Syarikat kemudian menyerang Iraq.
Akibatnya, suasana di negara yang diserang oleh Amerika Syarikat tersebut telah
menjadi kacau bilau. Saban hari kita dapat mendengar kejadian pengeboman bukan
sahaja di dua negara tersebut, bahkan berlaku juga di negara sekutu Amerika
Syarikat seperti Britain.
Suatu persepsi yang baru terhadap Islam telah wujud yang menjurus kepada
tanggapan yang negatif. Wujud pelbagai istilah yang baru seperti Islamfobia yang
mula berkembang di negara-negara barat khususnya. Umat Islam mula diberi
layanan yang berbeza yang bersifat diskriminasi oleh masyarakat sekeliling mereka.
Menurut Fadzlullah Shuib (2007:141), umat Islam di Britain menerima layanan yang
buruk oleh masyarakat Britain. Ketakutan terhadap umat Islam mula menular
sehingga menimbulkan reaksi negatif di kalangan masyarakat Britain seperti mula
mencurigai tingkah laku umat Islam.
Namun selepas kejadian tersebut, ada sisi positif yang berlaku yang mana
semakin ramai masyarakat dunia yang mula mengkaji tentang ajaran Islam. Kajian
yang dilakukan adalah bertujuan mendalami ajaran Islam bagi memastikan adakah
tanggapan tertentu tentang Islam selari dengan ajaran Islam yang sebenar. Akhirnya
semakin ramai yang mula mendekati Islam dan mengambil keputusan memeluk
Islam selepas mengkaji Islam secara lebih mendalam.
Salah tanggapan terhadap Islam ini turut berlaku ke seluruh dunia
termasuklah di Malaysia. Reaksi masyarakat Malaysia terhadap kejadian ini adalah
berbeza-beza. Ada di kalangan masyarakat non muslim yang dapat menerima
kejadian ini tanpa adanya pandangan serong kepada Islam. Namun terdapat juga
yang meragui Islam sebagai agama yang menggalakkan perdamaian dan ada yang
menganggap isu-isu yang berkaitan Islam sebagai isu yang sangat sensitif.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Peristiwa yang meruntuhkan bangunan World Trade Centre di Amerika
Syarikat pada 11 September 2001 telah mengakibatkan implikasi yang sangat besar.
Suatu persepsi yang berbeza telah wujud di mana Islam dianggap sebagai agama
yang menganjurkan kepada keganasan walaupun terhadap masyarakat awam.
Kebanyakan masyarakat non muslim di seluruh dunia mula melihat islam sebagai
agama yang mengalakkan kepada keganasan dan menganggap kehadiran umat Islam
di sesuatu tempat menyebabkan mereka terdedah kepada bahaya. Akibat dari
kejadian itu, berlakulah diskriminasi terhadap umat Islam di mana pelbagai sekatan
dilakukan terhadap umat Islam. Sebagai contoh, kelulusan visa perjalanan kepada
umat Islam diperketat dan pelbagai bentuk diskriminasi yang lain.
Salah faham terhadap Islam berlaku di kalangan masyarakat non muslim di
seluruh dunia. Walaupun bukanlah merangkumi keseluruhan masyarakat non
muslim akan tetapi ia merupakan satu permasalahan yang serius dan harus diatasi
dengan segera. Umat Islam sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan yang negatif
saban hari dan masyarakat non muslim mula melihat Islam dengan pandangan yang
salah terutama di negara Malaysia ini.
Di samping itu juga, kejadian ini juga telah mengukuhkan lagi persepsi lama
non muslim terhadap Islam iaitu agama yang ekstremis, radikal dan menggalakkan
keganasan. Menurut Zaini Hamzah (1989:5), ramai di kalangan masyarakat non
muslim yang memahami Jihad wajib kepada seluruh umat Islam untuk memaksa non
muslim supaya menerima Islam. Selain itu juga mereka mendakwa agama Islam itu
disebarkan melalui mata pedang yang bermaksud Islam memaksa dengan kekerasan
dan suka kepada peperangan.
Selain itu, Islam turut dikaitkan sebagai agama yang tidak rasional. Menurut
Zaini Hamzah (1989:5), ramai di kalangan masyarakat non muslim menyangka
bahawa mengerjakan sembahyang itu membuang masa, puasa itu suatu penyeksaan,
zakat merupakan paksaan dan menunaikan haji hanya menguntungkan negara Arab
4
Saudi. Ini menunjukkan bahawa terdapat di kalangan masyarakat non muslim yang
percaya bahawa perkara tersebut sebagai membebankan dan tindakan mengamalkan
ajaran Islam tersebut sebagai tidak rasional.
Islam juga dianggap sangat sinonim dengan kemiskinan. Umat Islam
dianggap ketinggalan dari segi ekonomi dan masalah kemiskinan berlaku di negara
yang kebanyakan penduduknya beragama Islam. Di Malaysia, majoriti penduduk
yang beragama Islam adalah bangsa Melayu. Namun begitu bangsa Melayu yang
majoritinya beragama Islam ini masih ketinggalan dalam bidang ekonomi berbanding
masyarakat non muslim meskipun bangsa melayu merupakan penduduk yang paling
ramai di negara ini. Maka, muncul tanggapan bahawa Islam adalah agama yang
sinonim dengan kemiskinan. Menurut Abdullah Muhammad Zin (1998:83),
disebabkan oleh orang melayu yang beragama Islam ketinggalan dalam bidang
ekonomi, maka timbul anggapan bahawa Islam itu agama bagi orang dan bangsa
yang mundur. Secara umumnya, isu kemiskinan di kalangan umat Islam ini tidak
hanya berlaku di negara kita, malah hal yang sama turut berlaku kepada kehidupan
masyarakat Islam di negara-negara lain. Ini menyebabkan imej Islam sering
dikaitkan dengan kemunduran, kejahilan, kemiskinan dan segala unsur negatif.
Masyarakat non muslim di Malaysia juga beranggapan bahawa Islam
merupakan agama untuk orang Melayu. Menurut Zaini Hamzah (1989:4),
masyarakat non muslim yakin dengan gambaran bahawa memeluk Islam itu sendiri
bererti masuk Melayu atau lebih tepat lagi perlu berperilaku seperti orang Melayu.
Ini mengakibatkan non muslim kurang berminat kepada Islam kerana non muslim
menganggap bangsa Melayu itu bukanlah lebih baik daripada mereka.
Salah tanggapan yang seterusnya ialah berkaitan dengan isu hukuman yang
kejam yang terdapat dalam Islam. Menurut Zaini Hamzah (1989:4), terdapat di
kalangan masyarakat non muslim yang beranggapan bahawa hukuman yang terdapat
dalam Islam merendahkan martabat manusia dan merupakan bentuk hukuman yang
kejam. Ada di kalangan non muslim yang beranggapan hukuman hudud seperti
potong tangan bagi pencuri adalah kejam dan mencabuli hak asasi sebagai seorang
5
manusia. Secara tidak langsung, mereka merasa takut untuk mendekati ajaran Islam
apatah lagi menerima sistem hukuman Islam.
Oleh yang demikian, suatu usaha yang proaktif perlu diambil agar dapat
merubah salah faham non muslim tentang Islam. Semua pihak perlu memainkan
peranan masing-masing agar imej Islam di mata non muslim dapat dipertingkatkan
lagi. Kejayaan meningkatkan imej Islam akan menambahkan daya penarik Islam di
kalangan masyarakat non muslim.
1.3 Pernyataan Masalah
Masyarakat non muslim sering mendapat gambaran yang tidak tepat tentang
agama Islam. Salah faham terhadap Islam itu sendiri telah menjejaskan dakwah
kepada masyarakat non muslim. Masyarakat non muslim sering didedahkan dengan
kejadian negatif yang berlaku yang dianggap sebahagian daripada ajaran Islam. Oleh
yang demikian, sedikit sebanyak telah menyebabkan masyarakat non muslim salah
menafsir tentang ajaran Islam yang pada hakikatnya sebuah agama yang suci,
mengamalkan toleransi dan menghormati hak-hak non muslim. Menurut
Jahaberdeen Mohamed Yunoos (2006:4), Islam adalah agama keamanan dan ia
merupakan agama atau cara hidup yang amat bertolak ansur terhadap semua
golongan manusia.
Salah faham masyarakat non muslim terhadap Islam bukan hanya pada isu-
isu tertentu seperti keganasan sahaja, bahkan ia juga meliputi isu-isu yang lebih luas
seperti ekonomi, sosial dan sebagainya. Hal ini telah mengakibatkan implikasi yang
besar terhadap dakwah kepada masyarakat non muslim. Salah tanggapan terhadap
Islam ini telah merencatkan penyebaran Islam kepada masyarakat non muslim.
Bagi memperkasakan dakwah Islam, persepsi masyarakat non muslim
terhadap Islam perlu diselidiki bagi mengetahui tanggapan sebenar masyarakat non
6
muslim terhadap Islam dan kehidupan muslim itu sendiri. Oleh yang demikian,
penyelidik tertarik untuk mengkaji tentang persepsi non muslim terhadap kehidupan
muslim bagi mengetahui tanggapan sebenar non muslim terhadap kehidupan muslim.
1.4 Objektif kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tanggapan
mahasiswa non muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim di UTM. Secara
khususnya, objektif kajian penyelidikan ini adalah seperti berikut:
i. Mengenalpasti tanggapan mahasiswa non muslim terhadap kehidupan
mahasiswa muslim.
ii. Mengenalpasti faktor-faktor penerimaan mahasiswa non muslim
terhadap kehidupan mahasiswa muslim.
iii. Mengenalpasti cadangan penambahbaikan tanggapan mahasiswa non
muslim terhadap kehidupan mahasiswa muslim.
1.5 Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini adalah untuk mengetahui persepsi non muslim
khususnya mahasiswa terhadap kehidupan muslim pada masa kini sebagaimana yang
dapat diperhatikan dalam kehidupan seharian mereka. Berdasarkan objektif, diharap
kajian ini dapat menjawab berberapa persoalan berikut:
i. Apakah tanggapan mahasiswa non Muslim terhadap kehidupan
mahasiswa muslim?