PERSAMAAN WAKTU BAGI SEMENAJUNG DAN SABAH SERAWAK

  • Upload
    dhea-ct

  • View
    95

  • Download
    1

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Dalam menentukan mengenai persamaan waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Serawak, latitud dan longitud adalah dua komponen yang dapat menerangkan mengenai perbezaan waktu yang disamakan waktunya di Malaysia. Longitud memainkan peranan yang penting dalam menentukan perbezaan zon waktu. Semua tempat yang berada di longitud yang sama mempunyai waktu tempatan yang sama. Pada tahun 1981 kerajaan Malaysia secara rasmi telah menyamakan zon waktu Malaysia barat dengan zon waktu Malaysia timur dengan menyamakan waktu Malaysia barat sama dengan waktu di Malaysia timur menjadikan Malaysia menggunakan satu zon waktu piawai iaitu UT+8. Tujuan kerajaan Malaysia menyamakan zon waktu ini adalah untuk menyelaraskan semua aspek sistem pentadbiran di semua peringkat sama ada pihak kerajaan atau swasta. Melalui konteks geografi, Malaysia berada pada satu garisan longitude iaitu UTC + 8. Oleh sebab itu, walaupun Sabah dan Sarawak lebih cepat menerima pancaran matahari (siang) dan malam namun oleh kerana Malaysia hanya terletak dalam satu garisan longitud saja maka zon waktu di Malaysia dapat disamakan dan disebut sebagai waktu tempatan.

Citation preview

SITI ZUBAIDAH IBRAHIM

D20091035632

KULIAH 2

Terangkan mengenai persamaan waktu bagi Semenajung dan Sabah, Serawak di Malaysia.

Dalam menentukan mengenai persamaan waktu antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Serawak, latitud dan longitud adalah dua komponen yang dapat menerangkan mengenai perbezaan waktu yang disamakan waktunya di Malaysia. Longitud memainkan

peranan yang penting dalam menentukan perbezaan zon waktu. Semua tempat yang berada di longitud yang sama mempunyai waktu tempatan yang sama. Pada tahun 1981 kerajaan

Malaysia secara rasmi telah menyamakan zon waktu Malaysia barat dengan zon waktu Malaysia timur dengan menyamakan waktu Malaysia barat sama dengan waktu di Malaysia timur menjadikan Malaysia menggunakan satu zon waktu piawai iaitu UT+8. Tujuan kerajaan

Malaysia menyamakan zon waktu ini adalah untuk menyelaraskan semua aspek sistem pentadbiran di semua peringkat sama ada pihak kerajaan atau swasta. Melalui konteks geografi, Malaysia berada pada satu garisan longitude iaitu UTC + 8. Oleh sebab itu, walaupun Sabah dan Sarawak lebih cepat menerima pancaran matahari (siang) dan malam namun oleh kerana Malaysia hanya terletak dalam satu garisan longitud saja maka zon waktu di Malaysia dapat disamakan dan disebut sebagai waktu tempatan.

Gambarajah : Zon waktu dunia.

SITI ZUBAIDAH IBRAHIM

D20091035632

KULIAH 2

Huraikan tingkahlaku pelajar geografi mengikut domain afektif.

Aras Menerima

Huraian Pelajar akan dianggap hanya mampu menerima apa yang diajar dengan menghadirkan diri didalam kelas semasa sesi pembelajaran sedang berlangsung. Pelajar geografi hanya mendengar apa yang diajar oleh guru mengenai peta Malaysia tanpa bertanya apa-apa kepada guru mereka. Setelah kelas habis mereka akan terus balik. Pelajar menunjukkan minat untuk belajar tanpa dipaksa oleh guru mereka. Pelajar geografi secara sukarela dengan mengangkat tangan untuk memberi jawapan kepada soalan yang ditanya oleh gurunya tanpa disuruh untuk berbuat demikian. Pelajar akan menghargai apa yang diajar oleh guru mereka apabila mereka melaksanakan dan menghargai segala pengajaran yang telah diajar oleh guru mereka. Pelajar geografi dating bertanya kepada guru mereka mengenai permasalahan mengenai peta yang mereka hadapi. Selain daripada itu juga, mereka akan pergi ke perpustakaan untuk mencari bahan mengenai peta bagi menambahkan pemahaman mereka mengenai peta. Para pelajar mempunyai keupayaan untuk memilih dan membuat pertimbangan sendiri dalam menuntut ilmu. Para pelajar geografi dapat memilih rakan berkumpulan mereka sendiri bagi memudahkan mereka untuk belajar bersama-sama dan berkongsi-kongsi pendapat. Pelajar cuba untuk menjadi contoh yang terbaik dalam kalangan mereka. Pelajar geografi akan mengulang kaji secara berkumpulan secara konsisten untuk mencapai kejayaan.

Memberi respon

Menghargai

Organisasi

Perwatakan