Upload
others
View
25
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
JPK MTT3113 KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN
BORANG PENGESAHAN STATUS KAJIAN KES
JTJDUL PENGGUNAAN BLACKBOARDS DAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MEMPENGARUHIPENGGUNA BLACKBOARDS DALAM
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PI PELAJAR
SARJANA SEMESTER 3, SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL, KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN
HUSSEIN ONN : SATU KAJIAN KES
SESIPENGAJIAN : 2002/2003
SAYA : QUYRUL ZETA BTEISHAK
(HURUF BESAR)
Mengaku membenarkan Kajian Kes ini disimpan di Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dengan syarat-syarat kegunaan berikut:
1. Kajian kes adalah hak milik Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. 2. Perpustakaan Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan kajian kes sebagai bahan pertukaran antara
institusi pengajian tinggi.
Disahkan Oleh :
(TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap :
44 Taman Kulai Java
81000 Kulai, Johor Darul Takzim
Tarikh : U S g f t U o i
AN PENYELIA)
Efl SAlFULtiqfrtt PMCH
Nama Penyelia
Tarikh: ! ( , g e f l X 6 6 1
"Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan pengaugerahan
Ijazah Saijana Pendidikan (Teknik Dan Vokasional)"
Tandatangan
Nama Penyelia
Tarikh S e p T XOOT-
PENGGUNAAN BLACKBOARDS DAN FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNA BLACKBOARDS DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR SARJANA SEMESTER 3, SARJANA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL,
KOLEJ UNIVERSITI TEKNOLOGI TUN HUSSEIN ONN : SATU KAJIAN KES
QUYRUL ZETA BTE ISHAK
Kajian Kes ini dikemukakan
sebagai memeuhi sebahagian daripada syarat
pengaugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan (Teknik Dan Vokasional)
Jabatan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Fakulti Teknologi Kejuruteraan
Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn
SEPTEMBER 2002
ii
"Saya mengakui bahawa karya ini adalah hasil karya saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"
Tandatangan : (bm. Nama Penulis
Tarikh
QUYRUL ZETA BTEISHAK
iii
DEDIKASI
Penulisan ilmu ini istimewa buat
Buat mak ... Hjh Hajar Dahlan & abah HjIshakSelamat,
Ahli keluargayang dikasihi.... KakLis, AbangLan & Aqilah
Jasa dan sokongan yang diberi tidak terbalas,
Doakan kejayaan yang mendatang
Terima kasih atas segalanya,
Tidak lupa buat suami tercinta Mohd Nizam Omar
Pengorbanan, dorongan dan kasih sayangmu
menjadi nadi dalam perjuangan ini
Teman-teman seperjuangan yang dihormati,
Persahabatan yang terjalin
Moga kekal selamanya
iv
PENGHARGAAN
Pertamanya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya
dapat juga penulis menyempurnakan kajian kes ini.
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak
terhingga kepada pensyarah pembimbing, Encik Saifullizam Bin Puteh, yang telah
banyak memberi nasihat, pandangan, tunjuk ajar dan bimbingan yang sangat bernilai
kepada penulis untuk menyempurnakan kajian kes ini. Tanpa bimbingan yang konsisten
dari beliau, agak mustahil kajian ini dapat dihasilkan
Penghargaan yang berharga buat Dr. Noraini Kaprawi yang banyak membantu
penulis dalam menyempurnakan kajian kes ini. Segala teguran, nasihat, pandangan dan
tunjuk ajar yang diberikan telah banyak membantu penulis dalam menghasilkan kajian
kes ini.
Tidak lupa kepada semua rakan sepeijuangan yang sentiasa memberikan
sokongan, dorongan dan bantuan. Segala kepayahan dan kesukaran dapat ditempuhi
bersama. Tidak ketinggalan juga rakaman penghargaan kepada semua responden di atas
kerjasama yang diberikan bagi menjawab soalan-soalan kajian mahupun mereka yang
terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu penulis menyiapkan kajian
kes ini.
Insya-Allah, semoga semua pihak mendapat manfaat dari kajian kes ini.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang sebaliknya itu dari
diri penulis sendiri. Penulis memohon maafjika berlaku sebarang kesilapan di dalam
kajian kes ini.
Terima kasih
Quyrul Zeta Hj Ishak
v
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan
aplikasi pembelajaran elektronik iaitu blackboards di Kolej Universiti Teknologi Tun
Hussein Onn (KUiTTHO). Selain itu, kajian ini juga adalah untuk mengetahui
kekerapan, tujuan dan kekangan dalam penggunaan blackboards oleh para pelajar
saijana, tahun akhir, semester 3 Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Objektif terakhir
adalah untuk mengenalpasti kaedah pengajaran yang digunakan oleh pensyarah saijana
Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Kajian ini telah dijalankan di KUiTTHO, Batu
Pahat, Johor. Seramai 30 orang responden iaitu terdiri daripada pelajar tahun akhir,
semester 3 dalam jurusan Saijana Pendidikan Teknik dan Vokasional telah dipilih.
Kajian yang dijalankan adalah dalam bentuk hasil dari tinjauan terhadap responden.
Segala maklumat telah diperolehi melalui borang soal selidik yang telah diedarkan
kepada responden. Data yang diperolehi diproses dengan perisian Statistical Package for
Social Sciences (SPSS) for windows. Secara kesimpulannya, dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa terdapat tahap kekerapan penggunaan blackboards adalah di
tahap sederhana dan terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan
blackboards seperti faedah relatif, kerumitan, keinterativiti, kesesuaian dan kepentingan.
Dapatan juga menunjukkan bahawa para pelajar saijana juga menggunakan blackboards
adalah untuk mendapatkan nota, maklumat tambahan, silibus, markah bagi kuiz, tugasan
dan ujian serta perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa
kekangan dalam penggunaan blackboards seperti infrastruktur Teknologi Komunikasi
dan Maklumat yang disediakan oleh pihak KUiTTHO. Akhir sekali adalah kaedah
pengajaran oleh pensyarah, kaedah yang banyak digunakan adalah kaedah Self Access
(Pembelajaran akses kendiri).
vii
ABSTRACT
The purpose of this research is intent to know the factors that influence the master's
students in Pendidikan Teknik Dan Vokasional (PTV) of using the application of e-
learning, blackboard5 in Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn (KUiTTHO).
Besides that, this research also want to know how frequencies and purpose of the
master's students in using blackboards among and to identify all the constrains in
teaching & learning process based on e-learning. The last objective was to identify the
perceptible of learning principle by the PTV lecturers to maximize the using of
blackboards. These research were conduct in KUiTTHO, Batu Pahat, Johor. There were
30 master's students of final year in PTV was chosen randomly as respondents. The
research was use the survey method. The questionnaire was distribute to the students for
gathering the information. The collected data were process with the Statistical Package
for Social Sciences (SPSS) for windows software. The results of the survey showed that
the level of using the blackboards was moderate. There were some factors that
influence the master's students in using the blackboards. The output of the survey also
show that the purpose using blackboards are want to get the note from lecture, syllabus
and the mark of their exams. The PTV lecture often using the Self Access method in
teaching their student. Importunely, there are constrains in using blackboards like the
infrastructure Information Communication and Technology provided by KUiTTHO.
viii
KANDUNGAN
PERKARA MUKASURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
SENARAI KANDUNGAN viii
SENARAIJADUAL xiv
SENARAI RAJAH xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB 1 PANDAHULUAN
1.1 Pengenalan ... 1
1.2 Latarbelakang Masalah ... ... ... 3
1.3 Pernyataan Masalah ... ... ... 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian ... ... ... 7
1.6 Kepentingan Kajian ... ... ... 7
1.6.1 Pelajar 8
1.6.2 Tenaga Pensyarah ... ... 8
1.6.3 Pihak Pengurusan KUiTTHO ... 8
1.7 Batasan Kajian Projek ... ... ... 9
1.8 Definisi Operational
1.8.1 Faktor-faktor Mempengaruhi ... 9
1.8.2 Blackboards 10
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran ... 10
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Sorotan Bacaan 11
2.1.1 Pengenalan ... ... 11
2.1.2 Pembelajaran Elektronik ... ... 12
2.1.3 Kaedah dan Strategi Pengajaran
dan Pembelajaran (P&P) ... ... 17
2.1.3.1 Strategi Direktif 18
2.1.3.2 Strategi Pemerhatian 18
2.1.3.3 Strategi Mediatif 18
2.1.3.4 Strategi Generatif 19
2.1.3.5 Strategi Kolaboratif 19
2.1.3.6 Strategi'Outside Context ... 19
2.1.3.7 Strategi Metakognitif ... 20
2.1.4 Prinsip Pengajaran dan Pembelajaran
(P&P) ... 20
2.1.4.1 Self Directed - Pembelajaran
terarah kendiri ... ... 21
2.1.4.2 Self Access - Pembelajaran
akses kendiri ... ... 21
x
2.1.4.3 Self Assessed - Pembelajaran
kadar sendiri 22
2.1.4.4 Self Paced - Pembelajaran langkah
demi langkah ikut kadar sendiri 22
2.2 Sorotan Persekitaran 23
BAB3 METADOLOGIKAJIAN
3.1 Pengenalan 27
3.2 Reka Bentuk Kajian 27
3.3 Lokasi Kajian 28
3.4 Populasi Kajian 28
3.5 Sampel Kajian 30
3.6 Pembolehubah Bersandar 31
3.7 Pembolehubah Tidak Bersandar 31
3.8 Cadangan Kerangka Model Kajian 31
3.9 Instrumen Kajian 32
3.9.1 Biodata Responden 33
3.9.2 Kekerapan penggunaan
blackboard5 oleh pelajar
srujana Pendidikan Teknik
dan Vokasional 34
3.9.3 Faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan blackboard5 oleh
pelajar srujana Pendidikan
Teknik dan Vokasional 34
3.9.4 Tujuan penggunaan blackboards
oleh pelajar saijana Pendidikan
Teknik dan Vokasional
3.9.5 Kaedah Pengajaran Oleh Pensyarah
Pendidikan Teknik dan Vokasional
3.9.6 Kekangan yang wujud dalam
penggunaan blackboards
3.10 Kebolehpercayaan dan Kesahan Soal Selidik
3.11 Kaedah Pengumpulan Data
3.12 Kaedah Penganalisisan Data
3.13 Kajian Rintis
3.14 JangkaMasa Kajian
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Maklumat Biodata
4.2.1 Bidang Ijazah Pertama
4.3 Kekerapan Penggunaan Blackboards
Oleh Pelajar Saijana Pendidikan Teknik
Dan Vokasional
4.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Penggunaan Blackboards Oleh Pelajar
Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
4.5 Tujuan Penggunaan Blackboards
Oleh Pelajar Saijana Pendidikan
Teknik Dan Vokasional
xii
4.6 Kaedah Pengajaran Oleh Pensyarah
Pendidikan Teknik dan Vokasional 49
4.7 Kekangan Yang Wujud Dal am Penggunaan
Blackboards. 50
BAB 5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan ... ... 53
5.2 Perbincangan Dan Kesimpulan ... ... 55
5.2.1 Kekerapan Penggunaan
Blackboards Oleh Pelajar
Saijana Pendidikan Teknik
dan Vokasional ... ... 55
5.2.2 Faktor-faktor Yang
Mempengaruhi Penggunaan
Blackboards Oleh Pelajar
Saijana Pendidikan Teknik
dan Vokasional ... ... 56
5.2.3 Tujuan Penggunaan Blackboards
Oleh Pelajar Saijana Pendidikan
Teknik dan Vokasional ... 57
5.2.4 Kaedah Pembelajaran Oleh
Pensyarah Saijana Pendidikan
Teknik dan Vokasional ... 59
5.2.5 Kekangan Yang Wujud Dalam
Penggunaan Blackboards ... 59
5.3 Cadangan
5.3.1 Kaedah Pngajaran Oleh Pensyarah
Saijana Pendidikan Teknik
Dan Vokasional
5.3.2 Infrastruktur Teknologi
Komunikasi dan Maklumat
di KUiTTHO
5.4 Saranan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
RUJUKAN
LAMPIRAN
xiv
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 3.1 Bahagian-bahagian yang terkandung
di dalam borang soal selidik
33
Jadual 3.2 Skala Likert 35
Jadual 4.1 Taburan responden berdasarkan bidang
ijazah pertama
42
Jadual 4.2 Taburan responden berdasarkan kekerapan
penggunaan blackboards
44
Jadual 4.3 Jadual kekerapan dan peratusan bagi
faktor-faktor yang mempengaruhi
penggunaan blackboards oleh pelajar
saijana Pendidikan Teknik Dan Vokasional
45
Jadual 4.4 Jadual kekerapan dan peratusan bagi
tujuan penggunaan blackboards oleh
pelajar saijana Pendidikan Teknik Dan
Vokasional
47
Jadual 4.5 Jadual kekerapan dan peratusan bagi 49
kaedah pengajaran oleh pensyarah
XV
SENARAIJADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKASURAT
Jadual 4.6 Jadual kekerapan dan peratusan bagi 51
kekangan yang wujud dalam penggunaan
blackboards
xvi
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKASURAT
Rajah 3.1 Cadangan kerangka model kajian 32
Rajah 4.1 Carta Pai menunjukkan taburan 43
responden berdasarkan bidang
Ijazah pertama
Rajah 4.2 Carta Bar menunjukkan taburan
kekerapan responden menggunakan
blackboards
44
SENARAI LAMP IRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
A Kerangka model penggunaan 69
blackboards di Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn
B Jadual kebolehpercayaan item 70
bagi kajian rintis
C Soalan kaji selidik 71
BAB III
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi yang semakin canggih telah membawa perubahan yang amat besar di
dalam kehidupan manusia. Boleh dikatakan hampir kesemua bidang mengalami
perubahan termasuk juga di dalam bidang pendidikan. Kini telah banyak teknologi-
teknologi yang bersandar kepada penggunaan talian terus seperti e-dagang, e-niaga dan
e-leaming diwujudkan. Penggunaannya semakin meluas dan banyak mempengaruhi
cara berkomunikasi kita secara global.
Kaedah pembelajaran elektronik atau dikenali sebagai e-learning adalah kaedah
pembelajaran dengan menggunakan teknologi yang terkini seperti internet, intranet,
extranet, satelit, audio, tape video dan juga CD-ROM. Persekitaran pembelajaran
elektronik juga menerangkan jarak situasi pembelajaran seperti pembelajaran melalui
lam an web dan kelas maya serta menggunakan teknologi sebagai medium komunikasi di
dalam pembelajaran. Ini dijelaskan lagi oleh Jamaludin Mohaidin (2000) yang
menyatakan bahawa, "E-Learning boleh ditakrifkan sebagai pendekatan pembelajaran di
mana pendidikan, latihan dan maklumat berstruktur disepadukan dan disampaikan oleh
12
kumputer melalui internet khususnya Web atau dari cakera keras, CD-ROM, storan
mudah alih berkeupayaan tinggi seperti ORB atau Iomega Zip ataupun melalui sistem
jaringan organisasi".
Di negara kita, kaedah pembelajaran elektronik telah diperkenalkan dan mula
diperluaskan penggunaannya. Walaupun masih baru, tetapi pihak kerajaan telah
mengambil inisiatif untuk memperkembangkannya. Salah satu projek mega kerajaan
adalah mewujudkan sekolah bestari. Menurut Jamaludin Mohaidin (2000), "Sekolah
Bestari menumpu kepada penggunaan komputer dalam pelbagai pendekatan bagi
melahirkan pelajar berkemahiran IT. Melalui sekolah bestari ini setiap sekolah diharap
berupaya berkongsi maklumat melalui sidang video, mel elektronik* Internet Relay Chat
(IRC) dengan pelajar, guru dan pakar-pakar tertentu di seluruh dunia." Selain itu, web-
web pendidikan juga banyak diwujudkan untuk membantu pelajar mendapatkan bahan
rujukan dan maklumat secara percuma.
Di samping itu terdapat jugaproduk-produk baru seperti notebook yang
menggantikan buku teks dan CD interaktif untuk menjadikan proses pembelajaran lebih
aktif dan berkesan. Walaubagaimanapun kefahaman dan juga kesedaran mengenai
pembelajaran elektronik masih kurang di kalangan pendidik mahupun pelajar. Perkara
ini telah menjadikan bidang pendidikan di negara kita jauh ketinggalan berbanding
dengan negara maju walaupun banyak usaha positif kerajaan untuk merealisasikan
pembelajaran elektronik.