4
Perpustakaan Pusat Bahasa Bertukar Wajah Norehan Ahmad* Abstrak: Di dalam makalah ini pengarangnya memberikan maklumat mengenai penyerap- an Perpustakaan Pusat Bahasa ke dalam Sistem Perpustakaan Universiti Malaya, pentad- birannya serta koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna. Abstract: In this article the writer provides information on the absorption of the Langu- age Centre Library into the University of Malaya Library System, its administration, collections and services which are available to users. Pendahuluan Pada bulan Oktober 1986, pihak Pusat Bahasa Univer- siti Malaya telah mengambil langkah yang sama se- perti Fakulti Kejuruteraan supaya pentadbiran per- pustakaannya diambil alih oleh pihak Perpustakaan Utama Universiti Malaya. Oengan keputusan tersebut, Perpustakaan Pusat Bahasa diserapkan ke dalam Sistem Perpustakaan Utama, Universiti Malaya dan pada awal bulan November 1986, seorang pustakawan dari Perpustakaan Utama dihantar ke perpustakaan ini. Beberapa perubahan telah dibuat untuk memper- tingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang telah di- sediakan. Tempat Perpustakaan Pusat Bahasa lama ditempatkan di Bilik Amra, Pusat Bahasa. Baru-baru ini perpustakaan ini .telah dipindahkan ke tingkat bawah Bangunan Pusat Bahasa, di mana terletaknya bilik cetak dan bilik isti- lah sebelum ini. Eksesais pemindahan ini telah meng- ambil masa selama seminggu dengan bantuan daripada Pejabat Harta Benda dan Syarikat Nagasteel Sdn. Bhd. Satu pelan perpustakaan telah disediakan dan di- kemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Perpusta- kaan Pusat Bahasa. Pelan ini telah dipersetujui oleh ahli-ahli jawatankuasa dengan membuat sedikit per- ubahan. Bilik bacaan dipenuhkan dengan rak-rak buku dan majalah dan meja/kerusi karel yang telah di- tempah khas. Bilik kerja pula menempatkan pusta- kawan, jurutaip dan bahan-bahan perpustakaan pin- *Pustakawan, Pusat Bahasa, Universiti Malaya. 6 jaman terhad. Oi perpustakaan Pusat Bahasa yang lama, dokumentor tidak mempunyai bilik kerja dan ini telah menimbulkan kesulitan dalam menjalankan kerja-kerja teknikal seperti mengkatalog dan meng- indeks, menggunakan telefon dan lain-lain. Penyusunan semula perpustakaan Kerja-kerja menyusun semula bahan-bahan perpusta- kaan dan kad-kad katalog telah dijalankan oleh pus- takawan dengan bantuan daripada jurutaip dan aten- dan. Buku-buku dalam bahasa Inggeris telah disusun semula di rak-rak buku. Pelekat-pe!ekat baru untuk nombor kelas di buku-buku telah ditaip (di mana sebelum ini telah dituliskan sahaja) dan dilekatkan di belakang buku-buku mengikut jarak yang sama. Ekse- sais menggantikan poket-poket buku dan kad-kad buku seperti di Perpustakaan Utama sedang dijalan- kan. Masa pembukaan Perkhidmatan perpustakaan sekarang terhad meng- ikut waktu-waktu seperti berikut:- 1. Hari Isnin-Khamis: 9.00 pagi-5.00 petang (1.00 tengahari-2.00 petang) - tutup 2. Hari Jumaat: 9.00 pagi-5.00 petang (12.15 tengahari-2.45 petang) - tutup 9.00 pagi-12.30 tengahari 3. Hari Sabtu: Kekal Abadi 6(3) September 1987

Perpustakaan Pusat Bahasa Bertukar WajahPerpustakaan Pusat Bahasa diserapkan ke dalam Sistem Perpustakaan Utama, Universiti Malaya dan pada awal bulan November 1986, seorang pustakawan

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • Perpustakaan Pusat Bahasa Bertukar WajahNorehan Ahmad*

    Abstrak: Di dalam makalah ini pengarangnya memberikan maklumat mengenai penyerap-an Perpustakaan Pusat Bahasa ke dalam Sistem Perpustakaan Universiti Malaya, pentad-birannya serta koleksi dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada pengguna-pengguna.

    Abstract: In this article the writer provides information on the absorption of the Langu-age Centre Library into the University of Malaya Library System, its administration,collections and services which are available to users.

    PendahuluanPada bulan Oktober 1986, pihak Pusat Bahasa Univer-siti Malaya telah mengambil langkah yang sama se-perti Fakulti Kejuruteraan supaya pentadbiran per-pustakaannya diambil alih oleh pihak PerpustakaanUtama Universiti Malaya. Oengan keputusan tersebut,Perpustakaan Pusat Bahasa diserapkan ke dalamSistem Perpustakaan Utama, Universiti Malaya danpada awal bulan November 1986, seorang pustakawandari Perpustakaan Utama dihantar ke perpustakaanini. Beberapa perubahan telah dibuat untuk memper-tingkatkan lagi mutu perkhidmatan yang telah di-sediakan.

    TempatPerpustakaan Pusat Bahasa lama ditempatkan di BilikAmra, Pusat Bahasa. Baru-baru ini perpustakaan ini.telah dipindahkan ke tingkat bawah Bangunan PusatBahasa, di mana terletaknya bilik cetak dan bilik isti-lah sebelum ini. Eksesais pemindahan ini telah meng-ambil masa selama seminggu dengan bantuan daripadaPejabat Harta Benda dan Syarikat Nagasteel Sdn.Bhd. Satu pelan perpustakaan telah disediakan dan di-kemukakan pada mesyuarat Jawatankuasa Perpusta-kaan Pusat Bahasa. Pelan ini telah dipersetujui olehahli-ahli jawatankuasa dengan membuat sedikit per-ubahan. Bilik bacaan dipenuhkan dengan rak-rakbuku dan majalah dan meja/kerusi karel yang telah di-tempah khas. Bilik kerja pula menempatkan pusta-kawan, jurutaip dan bahan-bahan perpustakaan pin-

    *Pustakawan, Pusat Bahasa, Universiti Malaya.

    6

    jaman terhad. Oi perpustakaan Pusat Bahasa yanglama, dokumentor tidak mempunyai bilik kerja danini telah menimbulkan kesulitan dalam menjalankankerja-kerja teknikal seperti mengkatalog dan meng-indeks, menggunakan telefon dan lain-lain.

    Penyusunan semula perpustakaanKerja-kerja menyusun semula bahan-bahan perpusta-kaan dan kad-kad katalog telah dijalankan oleh pus-takawan dengan bantuan daripada jurutaip dan aten-dan. Buku-buku dalam bahasa Inggeris telah disusunsemula di rak-rak buku. Pelekat-pe!ekat baru untuknombor kelas di buku-buku telah ditaip (di manasebelum ini telah dituliskan sahaja) dan dilekatkan dibelakang buku-buku mengikut jarak yang sama. Ekse-sais menggantikan poket-poket buku dan kad-kadbuku seperti di Perpustakaan Utama sedang dijalan-kan.

    Masa pembukaanPerkhidmatan perpustakaan sekarang terhad meng-ikut waktu-waktu seperti berikut:-1. Hari Isnin-Khamis: 9.00 pagi-5.00 petang

    (1.00 tengahari-2.00 petang)- tutup

    2. Hari J umaat: 9.00 pagi-5.00 petang(12.15 tengahari-2.45 petang)

    - tutup

    9.00 pagi-12.30 tengahari3. Hari Sabtu:

    Kekal Abadi 6(3) September 1987

  • Adalah rancangan masa hadapan untuk membukaperpustakaan pada waktu makan tengahari dan me-nutup perpustakaan pada jam 6.00 petang sekiranyakakitangan perpustakaan mencukupi dan bekerjatetap. Pada masa dahulu, perpustakaan ini dikendali-kan oleh seorang dokumentor dan ini telah menim-bul kan kesul itan untuk bel iau membuat kerja di luarperpustakaan. Seringkali beliau terpaksa menutupperpustakaan untuk menjalankan tugas-tugas lain.

    Pentadbiran perpustakaanSegala urusan pentadbiran Perpustakaan Pusat Bahasadipindahkan kepada Perpustakaan Utama, UniversitiMalaya. Satu Jawatankuasa Perpustakaan Pusat Baha-sa telah ditubuhkan sejak dahulu lagi dan J awatan-kuasa ini bertanggurrgjawab untuk memilih buku/majalah untuk Perpustakaan Pusat Bahasa dan mem-beri pandangan dan kelulusan tentang segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh perpustakaan.

    Ahli-ahli Jawatankuasa terdiri daripada TimbalanPengarah sebagai Pengerusi, wakil-wakil dari Bahagian-Bahagian Bahasa Asia, Bahasa Eropah, Bahasa Inggeris,Bahasa Malaysia, Bahagian Interpretasi dan Penterje-mahan, dan pustakawan sebagai Setiausaha J awatan-kuasa.

    Laporan-Iaporan minit mesyuarat JawatankuasaPerpustakaan Pusat Bahasa dihantar kepada KetuaPustakawan supaya beliau boleh mengikuti kemajuanaktiviti-aktiviti di Perpustakaan Pusat Bahasa darimasa ke semasa. Kadangkala Ketua Pustakawan di-jemput khas untuk menghadiri mesyuarat [awatan-kuasa Perpustakaan Pusat Bahasa.

    KakitanganKerja-kerja di perpustakaan dikendalikan oleh 3 orangkakitangan yang terdiri daripada seorang pustakawan,(mempunyai Ijazah Sarjana dalam Sains Perpustaka-an), seorang jurutaip (bertugas pada sebelah pagi saha-ja selama ini) dan atendan perpustakaan. Jurutaip danatendan perpustakaan adalah kakitangan Pusat Bahasa.Pustakawan mengendal ikan tugas-tugas profesional diperpustakaan seperti rnengkelas dan mengkatalogbuku dan memberi perkhidmatan pembaca kepadapengguna-pengguna perpustakaan. PerpustakaanUtama akan menghantar salah seorang penyemak per-pustakaan dari Bahagian Sirkulasi, PerpustakaanUtama untuk bertugas di perpustakaan ini tidak lamalagi.

    Koleksi perpustakaanPerpustakaan Pusat Bahasa mengandungi buku-bukuyang bertemakan pengajaran dan pembelajaran bahasadan linguistik pada amnya. Perpustakaan ini mempu-nyai lebih kurang 9,000 naskhah buku, 38 tajuk rrtaja-

    lah, lebih daripada 200 buah tesis dan latihan ilmiah,86 pita kaset, 8 pita video, alat media pendidikan,potongan suratkhabar tempatan, artikel-artikel dankertas kerja seminar.

    1. Buku-buku, Buku-buku atau monograf dalambahasa Inggeris berjumlah lebih banyak daripadabuku-buku dalam bahasa-bahasa lain. Ini mem-bayangkan dasar Pusat Bahasa yang lebih menekan-kan kepada pengajaran bahasa Inggeris daripadabahasa-bahasa lain kepada penuntut-penuntut disemua faku Iti/jabatan atau institusi di UniversitiMalaya. Terdapat buku-buku yang masih belurn di-katalog dan buku-buku ini sedang dikatalogkan se-karang. Satu eksesais perkiraan stok akan dibuatsemasa cuti panjang semester untuk menentukanjumlah buku-buku yang telah hilang atau belum di-pulangkan oleh ahli-ahli berdaftar. Buku-buku yangtidak selalu dirujuk atau tidak berkaitan denganpengajaran bahasa atau linguistik telah diketepikandan disimpan dalam bilik stor.

    Perpustakaan rru akan mewujudkan koleksimengenai pengajaran dan penyelidikan bahasa yanglebih berkesan danmenubuhkan koleksi buku-bukubacaan teks asas untuk pengajaran dan pembelajaranbahasa-bahasa di Pusat Bahasa. Pada masa hadapanpemilihan buku-buku akan memberi tumpuan kepadabidang-bidang/subjek-subjek yang tertentu sahajaseperti:-

    (1) Pengajaran bahasa Inggerisa. Menulisb. Membacac. Mendengard. Bercakap

    (2) Terjemahan/I nterpretasi(3) Perkamusan.

    2. Majalah-majalah, Majalah terkini disimpan di rakmajalah dan keluaran kebelakangan diletakkan dirak-rak buku di belakang bilik bacaan. Pusat Bahasamelanggan sebahagian daripada jumlah tajuk-tajukmajalah dan sebahagian lagi adalah naskhah-naskhahhadiah atau percuma daripada institusi-institusi lain.Majalah-majalah yang dilanggani melalui PerpustakaanUtama disimpan di Perpustakaan Majalah di Bangun-an Institut Pengajian Tinggi, Universiti Malaya.Majalah-rnajalah di Perpustakaan Pusat Bahasa di-susun di rak-rak rnengikut tajuk secara berabjad.

    3. Tesisll.atthan i/mioh. Koleksi tesis dan latihanilmiah disimpan di bilik kerja perpustakaan. Hanyasebahagian daripada latihan ilmiah oleh penuntut-penuntut dalam kursus Diploma Bahasa Inggeris Se-

    7

  • bagai Bahasa Kedua, Diploma Interpretasi Persidang-an dan Diploma Penterjemahan sahaja yang disimpan-kan di perpustakaan.

    4. Koleksi pita kaset dan pita video. Perpustakaanmenyimpan beberapa pita kaset dan pita video untukkegunaan ahli-ahli perpustakaan. Rancangan masahadapan ialah untuk mengadakan sebuah karel untukmendengar pita-pita kaset yang disimpan di perpusta-kaan ini. Pada masa sekarang, seseorang boleh memin-jam pita kaset dan mendengarnya di Unit Media,Pusat Bahasa dalam tempoh masa yang terhad.

    5. Potongan suratkhabar, arttkel-artiket dari majalah-majalah, dan kertas kerja seminar. Potongan surat-khabar, artikel-artikel dari majalah, kertas kerjaseminar disimpan di perpustakaan ini. lndeks subjekuntuk makalah-makalah dari majalah-majalah, dankertas kerja seminar sedang disediakan. Dengan ada-nya indeks tersebut, bahan-bahan ini boleh disenarai-kan dengan lebih teratur lagi.

    Bagi potongan suratkhabar pula Jawatankuasa Per-pustakaan Pusat Bahasa telah membuat keputusansupaya pihak Perpustakaan Pusat Bahasa akan meng-indeks dan memotong artikel-artikel khusus mengenaipembelajaran dan pengajaran bahasa sahaja supayakoleksi ini tidak menduplikat koleksi potongan surat-khabar di Bahagian Koleksi Kebangsaan di Perpus-takaan Utama.

    Sistem pengkelasan dan pengkataloganSistem yang digunakan mengikut sistem seperti diPerpustakaan Utama iaitu 'Library of Congress Classi-fication System' dan 'Anglo-American CatalogingRules' ·2nd. ed. (AACR II).

    Kad katalog yang disusun mengikut nama penga-rang, tajuk dan subjek disediakan untuk koleksimonograf atau buku-buku. Beberapa kad katalogakan disediakan (multiple access cards) untuk me-mudahkan seseorang itu mencari bahan-bahan di per-pustakaan. Kad-kad yang dahulunya tidak mengikutsistem yang tertentu telah ditaip semula supaya satusistem katalog yang konsisten dan efisien boleh di-patuhi.

    PerkhidmatanPerpustakaan Pusat Bahasa memberi perkhidmatanpinjaman dan rujukan kepada lebih kurang 120 orangkakitangan akademik dan lebih kurang 100 orangpenuntut Diploma Bahasa Inggeris Sebagai BahasaKedua, Diploma Interpretasi Persidangan, DiplomaPenterjemahan dan Sarjana Pengajian Bahasa Moden.

    8

    1. Pinjaman buku-buku, Peraturan pinjaman dan per-aturan am di perpustakaan ini berpandu kepada per-aturan yang digubal oleh Perpustakaan Utama. Per-aturan am dan peraturan pinjaman PerpustakaanPusat Bahasa akan dikemukakan kepada Jawatan-kuasa Perpustakaan Pusat Bahasa. Setakat ini ke-mudahan pinjaman diberi hanya kepada kakitanganakademik dan pelajar-pelajar dalam ku rsus-ku rsus ter-tentu sahaja.

    Kakitangan akademik dibenarkan meminjam se-puluh buah buku bagi tempoh masa satu semester sa-haja. Selama ini, mereka dibenarkan meminjam tanpasebarang had atas bilangan buku atau masa. Pelajar-pelajar Diploma Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Ke-dua, Diploma Interpretasi Persidangan, Diploma Pen-terjemahan dan Sarjana Pengajian Bahasa Moden di-benarkan meminjam empat buah buku untuk duaminggu sahaja.

    2. Perkhidmatan rujukan dan maklumat. Perpustaka-an melayani berbagai pertanyaan rujukan dan maklu-mat seperti permintaan-permintaan untuk mendapat-kan buku-buku atau artikel-artikel dari sumber-sumber tertentu. Perpustakaan in i menyediakanbibliografi ringkas atas permintaan kakitangan akade-mik atau penuntut-penuntut Sarjana Pengajian BahasaModen.

    Salinan foto muka surat kandungan majalah-majalah terkin i daripada Perpustakaan Utama danPerpustakaan Pusat Bahasa difailkan untuk rujukan diperpustakaan sahaja.

    3. Perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan.Buku-buku atau salinan foto daripada PerpustakaanUtama dan pcrpustakaan luar dipinjamkan atau di-perolehi untuk kakitangan akademik dan penuntut-penuntut Sarjana Pengajian Bahasa Moden.

    Filem-filem dan filem video dipinjamkan untukpensyarah-pensyarah daripada perpustakaan-perpus-takaan seperti British Council dan Lincoln ResourceCenter.

    4. Perkhidmatan fotokopi. Perkhidmatan ini baru di-mulakan pada bulan Ogos 1987 dan perkhidmatan inidisediakan oleh syarikat swasta, Telex TradingCompany. Kadar bayaran yang d itetapkan ialahpurata 3 sen untuk tiap-tiap satu lembaran.

    5. Pameran. Salah satu daripada tugas pustakawan diPusat Bahasa ialah untuk menganjurkan pameran-parneran mcngenai objektif Pusat Bahasa dan hasil-hasil penerbitan oleh kakitangan akadernik PusatBahasa. Buku-buku UMESPP (University Malaya

  • English for Special Purposes Project) dan UMSEP(University Malaya Spoken English Project) selalu di-pamerkan bagi menggalakkan pengedaran atau pen-jualan buku-buku tersebut untuk pengajaran danpembelajaran bahasa Inggeris, pada amnya.

    PenutupPerpustakaan Pusat Bahasa akan menyediakan be-berapa kemudahan yang lebih bermanfaat kepada se-mua penggunanya, pada masa hadapan. Pihak perpus-

    takaan akan menambahkan koleksi buku-buku yangbersesuaian dengan kursus-kursus yang diadakan diPusat Bahasa untuk rujukan kakitangan akademik danpelajar-pelajar pada amnya.

    Perpustakaan Pusat Bahasa juga akan bergiat untukmenggunakan komputer dalam menjalankan proses-proses teknikal di perpustakaan ini seperti pengkata-logan, pesanan buku-buku dan persediaan senarai at aubibliografi khusus mengenai pengajaran dan pem-belajaran bahasa, terutama bahasa Inggeris.

    9