3
PERNYATAAN PROFESIONAL a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum. Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum 12 jam. Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memehami budaya di sekolah serta komiti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar. Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu sentiasa bersedia lebih-lebih kerenah murid yang sentiasa ingin main bola semasa waktu Pendidikan Jasmani. Khabarnya juga, masih ada beberapa jenis sukan yang belum dipertandungkan pada peringkat zon atau QIT mahupun peringkat daerah. Jika diberi peluang oleh pihak sekolah, ingin sahaja saya melatih pasukan sekolah dalam apa-apa jenis sukan sebagai pendedahan kepada sya untuk melatih dan membentuk pasukan sukan sekolah ketika bertugas sebagai guru kelak. PERNYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESIONAL praktikum1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PERNYATAAN PROFESIONAL  praktikum1

PERNYATAAN PROFESIONAL

a) Apa Yang Akan Dilaksanakan Semasa Praktikum.

Praktikum merupakan satu wadah yang memberi peluang kepada guru pelatih

untuk mengamalkan segala pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa di

Institut Pendidikan Guru (IPG) serta membina insan guru secara reflektif dalam

situasi sebenar bilik darjah dan sekolah di bawah bimbingan pensyarah pembimbing

dan guru pembimbing. Praktikum satu memfokuskan kepada matapelajaran major

guru pelatih di IPG dengan waktu mengajar minimum adalah 8 jam dan maksimum

12 jam.

Banyak perkara yang perlu dilakukan dan di selesaikan semasa praktikum di

sekolah. Bukan saja hanya mengajar, saya perlu menyediakan rancangan

pengajaran harian (RPH) setiap hari, sentiasa bersedia diberi tugas oleh pihak

sekolah, menyertai segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah, menghadirkan

diri disetiap perjumpaan guru-guru selain perlu menyiapkan semua tugasan

praktikum yang telah disenaraikan untuk memenuhkan Port-Folio yang perlu ada

bagi setiap guru pelatih yang menjalani praktikum ini. Selain itu juga, saya perlu

menjalin hubungan baik bersama semua warga sekolah termasuk jaga, tukang

kebun mahupun pekerja kantin. Saya perlu memehami budaya di sekolah serta

komiti di situ selain perlu membiasakan diri dengan loghat kawasan tempat mengajar

untuk saya terapkan bahasa baku kepada murid-murid semasa mengajar.

Tidak dilupakan, saya perlu sentiasa bersedia untuk dipantau oleh pensyarah

pembimbing dan guru pembimbing pada bil-bila masa sahaja. RPH perlu sentiasa

lengkap serta set induksi yang mantap perlu saya sediakan agar proses pengajaran

dan pembelajaran yang saya kendalikan berjalan baik dengan lancar. Saya perlu

sentiasa bersedia lebih-lebih kerenah murid yang sentiasa ingin main bola semasa

waktu Pendidikan Jasmani.

Khabarnya juga, masih ada beberapa jenis sukan yang belum

dipertandungkan pada peringkat zon atau QIT mahupun peringkat daerah. Jika

diberi peluang oleh pihak sekolah, ingin sahaja saya melatih pasukan sekolah dalam

apa-apa jenis sukan sebagai pendedahan kepada sya untuk melatih dan membentuk

pasukan sukan sekolah ketika bertugas sebagai guru kelak.

Page 2: PERNYATAAN PROFESIONAL  praktikum1

PERNYATAAN PROFESIONAL

b) Apa Yang Telah Dilalui Dan Dilaksanakan Sepanjang Praktikum.

21 Mac 2010 jam 7.20 pagi saya melangkah masuk ke pejabat Sekolah

Kebangsaan Kedai Buloh ( 2 ) sebuah sekolah kategori luar bandar. Saya juga ada

terdengar yang mengatakan sekolah ini merupakan “Sekolah Berprestasi Rendah”.

Namun ianya tidak mengganggu gugat fokus saya terhadap peraktikum yang akan

saya jalankan selama 4 minggu di sini bersama seorang lagi rakan saya Zairuddin

bin Muhammad Nafi.

Hari pertama seperi biasa sesi perkenalan bersama guru-guru serta warga

sekolah. Pertemuan dengan GPK 1 sebagai tanda selamat datang setelah

ketiadaan Guru Besar yang tidak hadir pada hari tersebut. Saya meneruskan

perjalanan ke stor sukan bagi melihat alatan yang ada serta sebagai persediaan

saya untuk mengajar. Beramah mesra bersama guru-guru seawal hari pertama

adalah sangat penting. Secara kebetulan, terdapat 4 orang guru di sekolah

berkenaan merupakan bekas anak murid pensyarah pembing kami, Miss foo Ai

Peng, jadi ada juga cerita yang ingin disembangkan.

Saya mula mengajar pada hari kedua setelah mendapat waktu tugas pada

hari pertama daripada GPK1. Perkenalan diri bersama anak murid saya lakukan

sedikit. Sesi pengajaran berjalan dengan cukup menduga hati. Setiap hari situasi

hampir sama iaitu, “cikgu nak main bola”, “main bla lagi seronok cikgu”. Namun saya

terus lakukan tugas saya seperti yang saya rancang. Barulah saya tahu tugas sukar

menanti saya ketika mula mengajar sebenar kelak.

Saya sempat menyertai beberapa aktiviti dan program sekolah terutamanya

membentuk dan melatih pasukan sekolah. Hajat saya tercapai jua untuk melatih

sukan bola tampar kepada murid-murid, namun jangka masa seminggu latihan

sebelum ke hari pertandingan tidak cukup membawa mereka ke tahap yang lebih

tinggi. Begitu juga bagi sukan bola sepak dan bola baling. “English Camp” di bawah

panitia Bahasa Inggeris yang saya sertai sebagai Fasilitator memberi pendedahan

terhadap matapelajaran Minor saya. Selain itu kami juga di beri tugas untuk

melaksanakan Ujian SEGAK, satu ujian yang wajib dilakukan oleh murid tahu4

hingga tingkatan 5.

Page 3: PERNYATAAN PROFESIONAL  praktikum1

PERNYATAAN PROFESIONAL

c) Apa Yang Telah Dicapai Sepanjang Praktikum

Ternyata Praktikum sememangnya memberi kesan yang positif kepada setiap

guru pelatih kerana mendedahkan kepada situasi sebenar sekolah. Praktikum 1 telah

selesai dan pelbagai pengalaman telah saya perolehi. Pendedahan pertama

membawa kepada penambahbaikan yang perlu dilakukan sebagai persediaan

sebelum memasuki Praktikum 2 pada semester depan.

Berkaitan dengan apa yang telah dicapai sepanjang praktikum, dapat saya

simpulkan bahawa menjadi tanggungjawab guru membentuk murid bukan sahaja

dari segi akademik malah sahsiah mereka. Walaupun ada masa seronok ketika

bersama murid, tentu ada yang menguji kesabaran sehingga tangan ingin naik ke

muka mereka. Semua telah saya lalui untu Praktikum 1 ini. Pergaulan bersama

warga sekolah boleh dianggap memuaskan. Saya masih lemah dalam pergaulan

atau dengan kata lain, kemahiran sosial yang lemah dengan masih ada sifat malu

dan segan. Saya perlu perbaiki elemen itu. Namun terdapat guru yang telah

menjadi rakan baik kami berdua. Kami sentiasa bantu membantu terutamanya

dalam menjayakan beberapa program sekolah.

Dalam membentuk pasukan sekolah, saya telah cuba sedaya upaya saya

namun masa yang diberikan tidak mencukupi untuk memberi kemahiran yang

lengkap kepada mereka, kerenah mereka juga amat menguji kesabaran dan

membuatkan saya perlu sentiasa memikirkan cara terbaik dalam melatih mereka

dalam masa yang singkat. Budaya suka juga telah berjaya diterapkan sedikit demi

sedikit kepada murid-murid.

Kesimpulannya, Praktikum satu telah memeberi gambaran kepada saya

situasi sebenar sekolah. Saya perlu mempersiapkan diri sebelum menjadi guru

berijazah pada tahun 2012 kelak.