Upload
rose-yusof
View
47
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
nota semester 8
Citation preview
BAB 4 PEMUAFAKATAN
KELUARGA, SEKOLAH & KOMUNITI
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 1
Kandungan Muka Surat
4.1 Pengenalan
4.2 Membina permuafakatan berkesan dengan keluarga 2-3
4.2.1 Mengapa permuafakatan perlu? 4
4.3 Apa yang menyebabkan permuafakatan dapat dijalankan 6-7
4.4 Faedah permuafakatan berkesan 8
4.4.1 Faedah kepada keluarga 8-9
4.4.2 Faedah kepada kanak-kanak 10-11
4.4.3 Faedah kepada guru 11-12
4.5 Cabaran kepada permuafakatan berkesan 13
4.5.1 Guru-guru bercanggah pendapat tentang permuafakatan 13
4.5.2 Keluarga Bercanggah Sikap tentang Permuafakatan 13
4.5.3 Permintaan ke atas Keluarga 14
4.5.4 Permintaan ke atas Guru 15
4.5.5 Kurang Berkomunikasi 15
4.5.6 Berlawanan Nilai dan Sikap 16
4.5.7 Perbezaan Falsafah Pendidikan 17
4.5.8 Istilah dan Amalan yang Menyinggung 17
4.5.9 Permusuhan 17
4.5.10 Perasaan Tersinggung dan Takut 18
4.5.11 Kekurangan Latihan Guru dan Pembangunan Profesional 18
4.5.12 Sikap negatif terhadap lelaki 18
4.6 Strategi mencapai permuafakatan berkesan 19
4.6.1 Tindakan penyelia 19
4.6.2 Menjadi Pembicara yang Berkesan 19
4.6.3 Mudah Dicapai 19
4.6.4 Membangunkan Pendekatan Berpasukan 20
4.6.5 Menyokong Keluarga dan Guru-guru 21
4.6.6 Menyokong Keluarga yang Berhadapan dengan Kemiskinan &
kesukaran kewangan 22
4.6.7 Menyelia Peningkatan Kurikulum yang Bersesuaian 22
4.6.8 Mengakui Kekuatan Guru 23
4.6.9 Berhubung dengan Komuniti 24
4.6.10 Melibatkan Keluarga di dalam Sokongan 24
4.7 Apa yang boleh dibuat oleh guru? 25
4.7.1 Bina asas kukuh (Lay the Foundation) 25
4.7.2 Mengekalkan Keyakinan 25
4.7.3 Membentuk Kemahiran Perseorangan yang Kukuh 25
4.7.4 Berkomunikasi pada asas biasa 25
4.7.5 Bertanggungjawab dan bertolak-ansur 26
4.7.6 Menghormati Kepelbagaian di dalam Keluarga- 27-28
Pendekatan Tidak Berat Sebelah
4.7.7 Menjangkakan konflik dan bersifat terbuka 29
4.7.8 Melibatkan Diri di dalam Pembangunan Profesional 30
4.7.9 Pembangunan dan peningkatan diri adalah 30
asas kepada guru-guru.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 2
4.1 PENGENALAN
Keluarga adalah guru pertama kepada kanak-kanak. Sebelum mereka ke sekolah
untuk menghadiri kelas pendidikan awal kanak-kanak mereka sudah mengalami
kehidupan di dalam keluarga di mana mereka belajar banyak perkara tentang
kehidupan. Ini memberi persediaan kepada mereka sebelum mereka ke sekolah.
Walaubagaimanapun di dalam persekitaran keluarga yang minima kanak-kanak
akan mengalami ketidaksinambungan antara pengalaman dalam keluarga dengan
pengalaman di sekolah. Kanak-kanak memulakan pendidikan awal secara formal di
pusat penjagaan kanak-kanak, kemudian pra sekolah atau tadika, namun keluarga
tetap merupakan penyumbang terbesar ke atas perkembangan mereka.
Berdasarkan rasional yang dinyatakan di atas adalah penting pendidikan awal
kanak-kanak memilih falsafah pendidikannya berasaskan keluarga.
Di dalam kerangka permuafakatan ini Epstein meletakkan kanak-kanak di tengah-
tengah. Apabila keluarga, sekolah dan komuniti menjadi rakan kongsi,
kebarangkalian wujudnya komuniti prihatin adalah besar. Di dalam mengenal pasti
kerangka ini adalah penting memahami perkongsian ini iaitu:
Sekolah prihatin terhadap kanak-kanak ditunjukkan dengan jelas daripada
cara sekolah memberi perhatian terhadap keluarga kanak-kanak. Jika
pendidik melihat kanak-kanak hanya sebagai pelajar semata-mata, mereka
akan melihat keluarga sebagai entiti yang berasingan daripada sekolah.
Ini bermakna keluarga diharapkan melakukan tugas di rumah dan
melepaskan pendidikan anak-anak di sekolah kepada guru-guru sahaja.
Sebaliknya jika pendidik melihat pelajar sebagai kanak-kanak, mereka
akan dapat melihat kaitan dengan kanak-kanak ini iaitu keluarga dan
komuniti sebagai rakan kongsi dengan sekolah di dalam pendidikan dan
perkembangan kanak-kanak. Sebagai rakan kongsi kita harus melihat
kepentingan yang dikongsi dari segi tanggungjawab, bekerja bersama
untuk membina program dan peluang untuk kanak-kanak (Epstein (12995)
dalam Couchenour dan Chrisman, 2004 : 141)
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 3
Sekolah seperti Keluarga
Sekolah seperti keluarga mengiktiraf individualisme di dalam kanak-kanak serta
mengalu-alukan semua keluarga tanpa mengira status keluarga tersebut.
Keluarga seperti Sekolah
Keluarga sebegini melihat kanak-kanak sebagai pelajar dan menggalakkan
kejayaan mereka.
Keluarga Berfikiran seperti Komuniti
Keluarga berfikiran seperti komuniti menolong jiran-jiran yang mempunyai kanak-
kanak dengan pelbagai cara.
Sekolah dan Komuniti Mesra Keluarga
Sekolah dan komuniti mesra keluarga mengambil kira keperluan dan realiti keluarga
kanak-kanak.
Sekolah seperti
keluarga
Keluarga seperti sekolah
Keluarga berfikiran
seperti komuniti
Sekolah dan komuniti mesra
keluarga
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 4
4.2 MEMBINA PERMUAFAKATAN BERKESAN DENGAN KELUARGA
Membina permuafakatan dengan keluarga adalah
peranan utama yang perlu dimainkan oleh guru
pendidikan awal kanak-kanak. Untuk mendidik
kanak-kanak dengan berkesan, guru perlu dapat
bekerjasama dengan ibu bapa dengan
berkesan. Setiap pusat didikan dan asuhan
kanak-kanak mempunyai perspektif berbeza dan
memberi perkhidmatan kepada komuniti yang
berbeza. Oleh itu adalah tidak menghairankan
permuafakatan keluarga dan guru mungkin dalam
bentuk yang berbeza. Perkhidmatan asuhan dan didikan awal kanak-kanak adalah
satu unit mikro sistem di dalam komuniti yang saling menyokong dan tidak pernah
wujud secara terasing. Ia dipengaruhi oleh unit makro sistem yang lebih besar dari
segi politik, ekonomi dan isu-isu sosial. Semua elemen di dalam sistem mikro dan
makro ini mempengaruhi hubungan antara keluarga dan guru-guru.
4.2.1 Mengapa permuafakatan perlu?
Meningkatnya kos pendidikan, menurunnya pencapaian akademik dan
meningkatnya karenah birokrasi telah menyebabkan perhatian sepenuhnya
tertumpu kepada hak ibu bapa dan tanggungjawab mereka dari aspek
pendidikan kanak-kanak.
Penglibatan ibu bapa adalah kritikal kepada pencapaian dan perkembangan
kanak-kanak. Turut berkesan dalam mengubati dan mencegah masalah mental di
kalangan kanak-kanak.
Kesan penglibatan ibu bapa menunjukkan meningkatnya pencapaian akademik
kanak-kanak, meningkatnya kadar kedatangan ke sekolah, menurunnya kadar
kenakalan dan ponteng sekolah serta meningkatnya penamatan persekolahan.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 5
Kajian dijalankan ke atas kanak-kanak berisiko gagal persekolahan menunjukkan
peri pentingnya penglibatan ibu bapa di dalam pendidikan kanak-kanak.
Penjagaan kanak-kanak yang berkualiti mengekalkan permuafakatan terbuka,
mesra dan bermaklumat. Interaksi di kalangan semua yang terlibat di dalam
asuhan kanak-kanak melambangkan penghormatan dua hala antara guru-guru
dan ibu bapa, kepercayaan serta kerjasama yang sihat.
Permuafakatan berkesan bukan sahaja mempengaruhi kehidupan kanak-kanak
tetapi juga mengukuhkan struktur seluruh keluarga.
Keibubapaan adalah peranan yang mencabar kepada ibu bapa yang
memerlukan sistem sokongan daripada keluarga luas di dalam komuniti. Apabila
keluarga dan guru menetapkan matlamat dan objektif bersama, peluang
kejayaan kanak-kanak meningkat secara signifikan.
Ibu bapa yang terlibat dengan sekolah akan menjelaskan nilai program kepada
anak-anak mereka dan mengukuhkan matlamat program asuhan di dalam
kedua-dua persekitaran asuhan, serta keluarga kanak-kanak itu sendiri.
Menurut Bronfenbrenner (1974) penghargaan ibu bapa meningkat setelah mereka
menjadi ibu bapa yang berkesan dan melihat sesuatu boleh dilakukan oleh
mereka dari segi pendidikan anak-anak.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 6
4.3 APA YANG MENYEBABKAN PERMUAFAKATAN DAPAT DIJALANKAN
Enam kualiti asas yang diperlukan untuk permuafakatan berkesan adalah seperti
yang dinyatakan berikut.
1. Hubungan perlu menyeimbangkan sebab musabab dan emosi. Kadang kala
kita membuat reaksi yang emosional, tidak logik dalam usaha mencapai
matlamat yang sama. Emosi marah, takut dan kecewa akan menganggu
tindakan yang rasional. Walaubagaimanapun emosi perlu dan kadang kala
penting dalam menyelesaikan masalah. Kebijaksanaan tidak diperolehi tanpa
emosi yang stabil.
2. Pemahaman dapat menolong. Jika kita ingin mencapai hasil yang akan
memuaskan kedua-dua pihak iaitu ibu bapa dan guru kita perlu merasai
dilayan dengan adil, pemahaman keperluan, persepsi yang menyatakan
wujudnya keadilan.
3. Komunikasi yang baik. Jika kita dapat berbincang perbezaan antara kita
hingga kita dapat memahami antara satu sama lain dan dapat mencapai
kata sepakat. Ini juga dapat mengurangkan kecurigaan antara ibu bapa dan
guru.
4. Boleh dipercayai. Kepercayaan berasaskan kejujuran dapat mengurangkan
konflik antara ibu bapa dan guru. Lebih banyak kita bersikap jujur dan boleh
dipercayai, maka hasilnya akan lebih baik.
5. Kemesraan lebih baik daripada permusuhan. Keputusan akan boleh dicapai
dengan lebih baik jika wujudnya suasana kemesraan serta hormat
menghormati antara kedua pihak iaitu ibu bapa dan guru bukan melalui
permusuhan. Kurangnya pengaruh permusuhan membolehkan kita
bekerjasama dengan lebih baik.
6. Penerimaan kedua pihak. Jika kita ingin menangani perbezaan antara kita
iaitu ibu bapa dan guru, kita perlu menerima antara satu dengan lain
seadanya. Emosi diterima, dihargai dan dinilai sebagai keperluan psikologi
manusia yang sememangnya wujud.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 7
Strategi permuafakatan berkesan berbeza daripada satu keluarga dengan keluarga
yang lain serta daripada satu komuniti dengan komuniti yang lain. Keluarga bukan
satu kelompok homogenous. Sikap, persepsi dan nilai mereka yang berbeza perlu
difahami dan dikomunikasi secara terbuka oleh pihak guru. Oleh itu program awal
kanak-kanak perlu menyesuaikan dengan tindak balas dan keperluan keluarga. Asas
kepada konsep pendidikan berpusatkan keluarga, sensitif kepada budaya adalah
berdasarkan kepada premis kepercayaan berikut:
Keluarga adalah pusat kehidupan kanak-kanak.
Setiap keluarga mempunyai kekuatan, kecekapan, sumber dan cara
menangani yang tersendiri.
Setiap keluarga mesti diterima dan dihormati atas terma mereka tanpa
prejudis atau idea awal yang negatif.
Ras, budaya, etnik, agama dan kepelbagaian sosio ekonomi keluarga perlu
dihormati dan dimuliakan.
Perkhidmatan dan program untuk keluarga akan berkesan jika guru
menyokong keluarga di dalam mesyuarat dan perbincangan dari segi
keperluan dan sensitiviti mereka.
Polisi dan amalan yang menghadkan penglibatan keluarga disebabkan
kepelbagaian mereka perlu dihapuskan.
Keupayaan kita bertindak balas secara berfikiran terbuka dan sensitif kepada
kepelbagaian ciri keluarga bergantung kepada perkara-perkara berikut.
Hormat kita kepada peranan dan pentingnya keluarga di dalam kehidupan
kanak-kanak.
Pemahaman kita tentang cabaran yang biasa dihadapi oleh ibu bapa yang
kurang bernasib baik.
Komitmen kita kepada konsep pendidikan berpusatkan keluarga, serta sensitif
terhadap budaya keluarga dalam memberi asuhan kepada kanak-kanak.
Kesediaan kita membuka hati dan fikiran kepada pandangan dan pendapat
keluarga dari perspektif mereka yang mungkin berbeza daripada kita, guru-
guru.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 8
4.4 FAEDAH PERMUAFAKATAN BERKESAN
Keluarga adalah guru pertama di dalam kehidupan kanak-kanak. Jika guru pertama
ini dapat mendidik anak dengan baik maka terdidiklah anak-anak tersebut. Apabila
keluarga sebagai guru pertama dan guru di sekolah sebagai guru kedua
bekerjasama secara berkesan, mengamalkan kepercayaan dua hala, hormat
menghormati, bertukar-tukar dan berkongsi idea, banyak faedah yang diperolehi
bukan sahaja ke atas kanak-kanak malah kepada semua yang terlibat.
4.4.1 Faedah Kepada Keluarga
Dengan adanya guru-guru terlatih di dalam permuafakatan ini, ibu bapa dapat
memperoleh maklumat dan sumber yang boleh membantu mereka membina
pengetahuan tentang kanak-kanak dari semua aspek perkembangan mereka
iaitu sosial, emosi, fizikal, kreativiti dan kognitif.
Di dalam persekitaran yang penuh keprihatinan, keluarga dapat menambah
strategi keibubapaan seperti teknik bimbingan tingkahlaku anak-anak.
Melalui contoh yang dilihat di dalam bilik permainan di pusat asuhan, keluarga
boleh membina aktiviti dan pengalaman untuk anak-anak mereka di dalam
persekitaran rumah mereka.
Melibatkan keluarga di dalam pengalaman pembelajaran yang bermakna
bersama anak-anak mereka dapat meningkatkan penghargaan kendiri ibu bapa.
Ibu bapa yang mempunyai imej kendiri yang positif dapat memahami anak-anak
mereka dengan mendalam, meluangkan masa bersama mereka di dalam aktiviti
pembelajaran dan mempunyai sikap yang lebih positif terhadap guru serta proses
pendidikan.
Keluarga yang diberi peluang memerhati interaksi anak-anak mereka dengan
anak-anak orang lain dapat menetapkan matlamat yang lebih realistik untuk anak
mereka.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 9
Keibubapaan kadang kala menjadi tugas yang berat tetapi jika keluarga dan ibu
bapa dapat membina hubungan dua hala, ini membolehkan ibu bapa
menyelesaikan masalah serta dapat berkongsi penyelesaian masalah serta
kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka.
Permuafakatan ini memberi peluang keluarga berkongsi saat menarik dengan
orang dewasa lain yang tahu dan prihatin terhadap anak-anak.
Di dalam situasi di mana tautan kuat wujud antara guru-guru dan ibu bapa, ibu
boleh memainkan peranan sebagai keluarga luas kepada kanakkanak.
Setengah keluarga dapat membina jaringan sokongan dengan keluarga lain
dengan guru-guru di tengah-tengah permuafakatan ini.
Sebagai sukarelawan di dalam program awal kanak-kanak, ibu bapa dapat
memperoleh atau meluaskan kemahiran sedia ada mereka.
Lebih banyak ibu bapa terlibat di dalam program pendidikan anak-anak mereka,
lebih tinggi penghargaan mereka terhadap usaha guru dalam mendidik anak
mereka. Ini dapat mengukuhkan lagi hubungan mereka. Ibu bapa dapat memberi
cadangan ke arah pembaikan kurikulum sedia ada.
Ahli keluarga yang telah membina hubungan sokongan yang kuat dengan guru di
pusat asuhan kanak-kanak, akan melibatkan diri secara berkesan apabila anak
mereka memasuki sekolah rendah kelak.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 10
4.4.2 Faedah kepada kanak-kanak
Klimaks saling menghormati yang disebabkan oleh permuafakatan efektif
membolehkan guru-guru dan keluarga mencipta satu persekitaran yang konsisten,
mendidik dan stabil kepada anak-anak melalui kepercayaan, berasa selamat dan
pertautan.
Apabila kemahiran keibubapaan yang dimiliki oleh ahli keluarga ditingkatkan
melalui pemerhatian, perkongsian sumber dan sebagainya maka anak-anak akan
dibimbing oleh ibu bapa yang mempunyai tahap keyakinan diri yang tinggi.
Kajian selanjutnya mencadangkan bahawa kanak-kanak akan lebih cemerlang
apabila keluarga terlibat secara aktif di dalam penjagaan dan pengalaman
persekolahan anak-anak mereka. Menurut Larsen dan Haupt (1997), penglibatan
keluarga secara tidak langsung akan meningkatkan kesedaran dan
tanggungjawab terhadap kanak-kanak, kemahiran bahasa yang lebih kompleks,
kebolehupayaan penyelesaian masalah anak-anak yang lebih baik,
meningkatkan prestasi akademik dan meningkatkan pembangunan kognitif serta
kemahiran fizikal.
Apabila keluarga sebagai tonggak utama penjagaan anak-anak berkongsi
maklumat berkaitan anak-anak mereka, secara tidak langsung akan
memudahkan tugas guru untuk membantu anak-anak dari segi pertumbuhan
mereka.
Sebaliknya, apabila guru-guru berkongsi maklumat berkaitan anak-anak, keluarga
mampu membina matlamat realistik anak-anak yang dapat memaksimakan
pertumbuhan anak-anak sekaligus meningkatkan ikatan di antara keluarga dan
anak-anak.
Apabila anak-anak melihat keluarga mereka disahkan oleh guru-guru yang
mereka percayai dan hormati, maka tahap keyakinan diri mereka meningkat.
Sumber-sumber dan maklumat yang terdapat di pusat boleh dikongsi bersama
dengan anak-anak dan keluarga mereka. Item seperti travelling suitcases yang
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 11
dilengkapi dengan buku-buku cerita, bekalan lukisan, eksperimen sains, dan
sebagainya boleh memperkayakan persekitaran rumah/keluarga.
Apabila ahli keluarga terlibat sepenuhnya di pusat terbabit, faedah juga akan
bertambah kepada adik-beradik yang lebih muda di mana mereka juga akan
menerima ganjaran disebabkan oleh mempunyai ikatan yang kuat dengan pusat
terbabit.
Penglibatan keluarga akan melahirkan kanak-kanak yang mempunyai rol model
yang positif disebabkan penglibatan aktif di dalam masyarakat.
4.4.3 Faedah kepada Guru
Mempunyai nilai kerja yang tinggi dan dihormati oleh keluarga anak-anak adalah
penting untuk guru-guru sebagai pemangkin ke arah peningkatan tahap
keyakinan dan profesionalism guru-guru.
Apabila permuafakatan di antara keluarga dan guru-guru berjalan lancar, guru-
guru akan mempunyai kepuasan bahawa mereka telah membuat sumbangan
yang penting dan bermakna kepada kehidupan keluarga tersebut.
Lebih banyak pengalaman yang guru-guru perolehi sepanjang bekerja dengan
keluarga tersebut, maka lebih banyak strategi perseorangan yang efektif dapat
dibangunkan oleh mereka untuk berhadapan dengan perlbagai situasi.
Pengalaman guru-guru adalah satu pembelajaran berterusan setiap kali keluarga
baru melibatkan diri di pusat tersebut.
Melalui pembelajaran tentang anak-anak daripada keluarga mereka
membolehkan guru tersebut menggunakan maklumat yang diperolehi untuk
merancang pengalaman pembelajaran yang relevan.
Kebanyakan guru-guru berasa positif terhadap keluarga yang memberi sepenuh
komitmen dan melibatkan diri secara aktif di dalam program. Ini kerana
penglibatan keluarga memberi nilai yang keluarga letakkan ke atas guru-guru.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 12
Apabila keluarga berkongsi kepakaran, pengalaman dan sumber, secara tidak
langsung mereka akan memperkayakan program tersebut dan juga kehidupan
setiap orang yang bekerja di pusat.
Selain itu, apabila keluarga menawarkan diri secara sukarela di dalam bilik
permainan, ini membolehkan guru-guru untuk turut terlibat lebih rapat dengan
anak-anak.
Sesetengah keluarga akan terlibat di dalam membuat keputusan di pusat selain
menawarkan diri untuk terlibat di dalam jawatankuasa pusat yang membolehkan
mereka berkongsi bebanan kerja dengan penyelia dan guru.
Penglibatan aktif dan tinggi di kalangan keluarga terhadap program secara tidak
langsung akan menyokong polisi program, menawarkan bantuan dari segi
kewangan dan terlibat di dalam usaha meningkatkan tabungan pusat serta usaha
menyatukan komuniti.
Apabila perhubungan yang erat wujud di antara keluarga dan guru-guru, maka
satu persekitaran kerja yang positif terhasil, moral guru-guru meningkat selain
dapat mengurangkan tekanan dan kebimbangan kerja di kalangan guru-guru.
Terpisah daripada kegigihan perhubungan keluarga, guru-guru merupakan posisi
atau tempat terbaik untuk memerhati interaksi di antara ibu bapa dan anak-anak
mereka dan demikian dapat menyumbang maklumat berharga terhadap
permuafakatan yang terjalin.
Penilaian ke atas program yang dilakukan oleh ibu bapa dapat meningkatkan
prestasi guru-guru.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 13
4.5 CABARAN KEPADA PERMUAFAKATAN BERKESAN
Jika kita pertimbangkan kepelbagaian yang wujud di kalangan keluarga seperti
kepercayaan, nilai, perasaan dan kebimbangan yang dibawa oleh setiap ibu bapa
ke pusat penjagaan kanak-kanak, selain kepelbagaian sikap dan gelagat pekerja di
pusat penjagaan, maka penglibatan keluarga berkesan merupakan satu tugas
berat. Percampuran dari segi usia di antara pekerja dan keluarga, percampuran di
antara pekerja dan keluarga yang berpengalaman dan kurang berpengalaman
merupakan salah satu halangan ke arah pembinaan hubungan yang positif.
4.5.1 Guru-guru Bercanggah Sikap tentang Permuafakatan
Walaupun konsep keluarga sebagai rakan kongsi di dalam pusat kanak-kanak
menjadi semakin popular, tetapi secara praktiknya tidak selalunya begitu.
Kebanyakan guru menetapkan bahawa mereka adalah pakar di dalam hubungan
ibu bapa-guru. Permuafakatan ini lebih berdasarkan pengetahuan yang diberi oleh
guru kepada ibu bapa. Ibu bapa yang ditinggalkan daripada proses membuat
keputusan menyebabkan mereka merasa tidak berkuasa. Lebih teruk lagi mereka
menganggap guru menilai mereka secara negatif dari segi kebolehan membuat
keputusan dan membuat pemilihan. Ini akan menyebabkan permuafakatan antara
ibu bapa dan guru tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan.
4.5.2 Keluarga Bercanggah Sikap tentang Permuafakatan
Keluarga dan sekolah seharusnya berkongsi tanggungjawab dalam mendidik anak-
anak, keluarga menapis persepsi mereka terhadap guru melalui pengalaman lalu,
stereotaip dan idea tentang persekitaran pendidikan. Keluarga yang telah
menghadapi pengalaman negatif tentang sekolah seperti di marah guru, diperkecil-
kecilkan oleh guru, kedatangan tidak dilayan sepatutnya, akan membawa perasaan
tidak selesa ke dalam persekitaran taman asuhan kanakkanak. Jika perasaan ini
terlalu kuat, ibu bapa akan menarik diri daripada melibatkan diri dengan apa-apa
bentuk aktiviti di taman asuhan. Terdapat keluarga yang guru juga merupakan
sebahagian daripada sistem sekolah yang mereka tidak suka.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 14
4.5.3 Permintaan ke atas Keluarga
Setiap keluarga mempunyai mempunyai satu set nilai, cabaran dan keperluan.
Kebanyakan keluarga dibebani oleh
tanggungjawab terhadap kehidupan
mereka setiap hari. Oleh itu, interaksi
yang minima terjalin di antara ibu
bapa dan guru-guru semasa
menghantar dan mengambil anak-
anak mereka. A. N Maslow telah
menghasilkan hierarki keperluan
manusia. Berdasarkan hierarki yang
dicipta, keperluan asas mestilah
dipenuhi dahulu sebelum keperluan
yang lain disenaraikan. Senarai
keperluan manusia adalah seperti berikut:
1. Keperluan biologi - makanan, tempat berteduh, minuman, pakaian, rehat
2. Keselamatan - perlindungan daripada bahaya fizikal
3. Kesukaan dan kepunyaan - persahabatan, kasih sayang dan penerimaan
4. Penghargaan diri - penghargaan diri, penghormatan dan kebebasan
5. Intelektual - sosial dan pencapaian akademik, motivasi dalaman
6. Estetik - menghasilkan seni, falsafah dan kreativiti
7. Pencapaian kendiri - menyedari potensi diri
Berdasarkan hierarki keperluan Maslow, kita dapat lihat bahawa tenaga mereka
diambil untuk membiayai keperluan asas di dalam keluarga. Oleh itu, meletakkan
tuntutan atau permintaan tambahan terhadap keluarga tidak boleh diterima.
Galinsky (1988) mencadangkan bahawa penglibatan keluarga yang besar
jumlahnya akan mempengaruhi ciri-ciri kerja ibu bapa tersebut.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 15
4.5.4 Permintaan ke atas Guru
Jumlah sokongan, pendapatan dan sumber yang ada tidak mencukupi dan tidak
bersesuaian dengan peningkatan bebanan kerja guru-guru terima. Sesetengah guru-
guru mempunyai tahap penghargaan diri yang rendah. Selain itu, sesetengah guru
terpaksa bekerja dengan kumpulan pekerja yang tidak sesuai dengan keupayaan
mereka. Masih terdapat guru-guru yang tidak berkonsi pendekatan falsafah dengan
pekerja yang lain ataupun tidak menyertai bengkel untuk memantapkan kemahiran
dan pengetahuan mereka. Kesemua faktor yang disebutkan di atas boleh
meningkatkan tekanan yang dialami oleh guru-guru terbabit. Di samping itu,
perundangan kerajaan atau perubahan polisi kerajaan akan meletakkan tuntutan
atau permintaan yang menekan ke atas guru. Akhirnya, guru-guru akan bertindak
sebagai ibu bapa kanak-kanak tersebut, dengan lebih tuntutan ke atas masa dan
tenaga dan juga tuntutan yang diperolehi daripada keluarga kanak-kanak tersebut.
4.5.5 Kurang Berkomunikasi
Kurang dari segi komunikasi merupakan halangan untuk mencapai permuafakatan
berkesan. Keluarga sentiasa terfikir berapa banyak maklumat yang patut mereka
kongsi bersama guru-guru, manakala guru-guru sentiasa bimbang yang keluarga
akan mengambil kira permintaan mereka untuk mendapatkan maklumat. Apabila
seseorang guru itu tidak tahu kisah keluarga terbabit maka secara automatiknya
mereka tidak akan faham mengapa satu permintaan yang mudah boleh mendapat
tentangan dan seterusnya menambahkan lagi tekanan yang sedia ada. Guru-guru
juga tidak pasti sejauh mana keluarga patut melibatkan diri di dalam perancangan
untuk kanak-kanak.
Manakala ibu bapa pula merasakan tiada apa-apa yang boleh disumbang oleh
mereka jika guru-guru itu sendiri tidak berkomunikasi dengan ibu bapa berkaitan
bagaimana ibu bapa membantu di pusat. Ini kerana, kebanyakan ibu bapa tidak
jelas tentang bagaimana pusat penjagaan kanak-kanak beroperasi dan juga tidak
tahu bagaimana untuk melibatkan diri di pusat. Apabila sesuatu isu timbul, guru-guru
tidak selalu bertindak balas dalam keadaan yang sesuai. Ini adalah kerana budaya
kita sendiri kerana budaya menggalakkan kita menghindari konflik di tempat kerja,
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 16
guru-guru sering keberatan untuk bercakap secara langsung berkenaan kerisauan
mereka dengan keluarga mengenai perkara-perkara seperti rutin tidur, pemakanan,
belajar menggunakan tandas, gelagat membimbing, falsafah pendidikan, tugas-
tugas serta tanggungjawab. Apabila ibu bapa dan guru-guru gagal berkomunikasi
antara satu sama lain, ini menyebabkan kanak-kanak berada dalam keadaan yang
tidak dicemburui.
4.5.6 Berlawanan Nilai dan Sikap
Konflik akan terjadi apabila keluarga dan guru-guru mempunyai perbezaan nilai dan
sikap di dalam interaksi. Keluarga dan guru mempunyai kepelbagaian gaya, latar
belakang, pendekatan dan kemahiran perorangan. Tetapi, kebanyakan orang akan
mempunyai perbezaan perspektif berkaitan isu yang sama. Reaksi guru-guru adalah
berbeza terhadap keluarga yang lebih berpendidikan dan mempunyai status
ekonomi yang tinggi dengan keluarga yang mempunyai taraf pendidikan yang
rendah dan juga mempunyai status ekonomi yang rendah. Reaksi ini akan memberi
kesan kepada sikap keluarga dan juga guru-guru. Selain itu, nilai dan sikap yang
berbeza di antara ibu bapa dan guru-guru adalah disebabkan oleh pendekatan
yang digunakan iaitu pendekatan yang bersifat autokratik bertemu dengan
pendekatan yang bersifat demokratik.
Sesetengah guru berasa marah apabila ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke
pusat penjagaan semasa anak-anak mereka sakit, manakala sesetengah
beranggapan anak-anak yang dibesarkan oleh ibu bapa tunggal adalah tidak baik
dan sesuai. Ibu bapa juga berasa risau jika anak-anak yang sering tidur bersama
mereka dibiarkan tidur seorang diri di dalam bilik jauh daripada perhatian orang
dewasa. Guru-guru beranggapan bahawa mereka adalah profesional manakala ibu
bapa beranggapan bahawa guru-guru adalah pekerja mereka iaitu lebih kepada
penjaga kanak-kanak.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 17
4.5.7 Perbezaan Falsafah Pendidikan
Ibu bapa tidak memahami sepenuhnya matlamat pendidikan yang telah dibentuk
oleh guru untuk anak-anak mereka. Sebaliknya, guru-guru mungkin akan memberi
sedikit masa atau pemikiran terhadap matlamat yang diinginkan untuk anak-anak.
Sesetengah ibu bapa melahirkan rasa bimbang terhadap keupayaan anak-anak
mereka untuk mencapai matlamat tersebut, oleh itu ibu bapa memberi tekanan
kepada guru-guru untuk lebih memfokuskan kepada akademik.
4.5.8 Istilah dan Amalan yang Menyinggung
Guru menggunakan istilah mereka atau ibu bapa-ibu bapa iaitu tidak secara
individu. Guru memberi komen ibu bapa tidak bekerjasama, tidak akur kepada
peraturan atau sukar ditemui atau dihubungi dan sebagainya yang memberi
konotasi negatif pada pihak ibu bapa dan menunjukkan guru mengarah dan ibu
bapa menurut perintah. Permuafakatan tidak bermaksud demikian.
4.5.9 Permusuhan
Ibu merasa tercabar apabila guru cuba memberitahu, mereka lebih cekap mendidik
anak daripada ibu bapa sendiri. Ini menyebabkan timbulnya suasana pertandingan
antara ibu bapa dan guru secara langsung atau tidak langsung. Contohnya;
Ibu: Hari ini anak saya menunjukkan peningkatan setelah saya ajar membaca.
Guru: Anak puan memang telah pandai membaca sejak sebulan lalu.
4.5.10 Perasaan Tersinggung dan Takut
Apabila keluarga dan guru berhubung antara satu dengan lain mereka akan
mempunyai perasaan mudah tersinggung terhadap kritikan guru terhadap anak
mereka. Ini adalah kerana anak adalah imej ibu bapa. Kelemahan anak bermakna
kelemahan ibu bapa. Tidak dapat tidak ibu bapa akan bersikap defensif terhadap
kritikan guru. Guru pula tersinggung dengan kritikan ibu bapa terhadap mereka
terutama guru yang kurang berpengalaman.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 18
4.5.11 Kekurangan Latihan Guru dan Pembangunan Profesional
Setengah guru memasuki bidang pendidikan awal kanak-kanak kerana mereka ingin
dan suka bekerja dengan kanak-kanak tetapi mereka kurang sedar tentang peri
pentingnya penglibatan ibu bapa dan jumlah masa yang diambil oleh guru
berinteraksi dengan ibu bapa di pusat asuhan. Ini menyebabkan mereka kurang
selesa berhubung dengan orang dewasa di pusat asuhan. Orang dewasa yang
dimaksudkan ialah ahli keluarga kanakkanak. Ini adalah kerana mereka kurang
latihan dan perkembangan profesional di dalam bidang pendidikan ini.
4.5.12 Sikap Negatif terhadap Lelaki
Guru lelaki lebih ramai meninggalkan bidang
pendidikan awal kanak-kanak berbanding
dengan guru perempuan. Ini adalah kerana sikap
prejudis masyarakat terhadap lelaki sebagai
pendidik kanak-kanak kerana mereka tidak
pernah menjadi ibu. Staf di taman asuhan juga
menjadi punca ketidakselesaan guru lelaki kerana
mereka kesemuanya perempuan.
1. Bincangkan faedah permuafakatan berkesan terhadap
keluarga, kanak-kanak dan guru.
2. Jelaskan secara terperinci cabaran-cabaran yang
dihadapi dalam mewujudkan permuafakatan berkesan.
AKTIVITI PEMBELAJARAN
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 19
4.6 STRATEGI MENCAPAI PERMUAFAKATAN BERKESAN
4.6.1 Tindakan penyelia
Kepimpinan penyelia dipengaruhi oleh polisi dan prosedur yang ditubuhkan oleh
pusat pentadbiran penjagaan kanak-kanak, seperti ahli lembaga pengarah ataupun
pihak pentadbiran. Pihak ini perlu memastikan falsafah pusat tertanam kukuh untuk
penglibatan aktif keluarga dan sentiasa dipantau secara berkala.
4.6.2 Menjadi Pembicara yang Berkesan
Peranan penyelia pusat penjagaan kanak-kanak adalah bersifat multidimensi di
mana mereka perlu memahami kepentingan komunikasi perorangan yang berkesan.
Sikap positif terhadap keluarga yang dimiliki oleh penyelia menjadikan mereka
sebagai rol model kepada guru-guru di pusat tersebut. Tanggungjawab yang perlu
dilaksanakan oleh seseorang penyelia adalah memastikan orientasi maklumat dan
borang-borang komunikasi bertulis adalah relevan, sentiasa diperbaharui, dan sesuai
untuk semua jenis keluarga. Apabila seseorang penyelia mempunyai hubungan yang
rapat dengan keluarga di pusat penjagaan kanak-kanak tersebut, secara tidak
langsung mereka boleh mempelbagaikan kemahiran yang dimiliki, bakat yang
mereka ada dan sumber selain menggalakkan perkongsian di pusat tersebut.
4.6.3 Mudah Dicapai
Kebolehcapaian merupakan isu penting yang perlu diberi perhatian oleh setiap
penyelia. Penyelia yang mempunyai jadual padat perlu menetapkan masa lain untuk
meluangkan masa dengan keluarga anak-anak, malahan di pusat-pusat penjagaan
bersaiz kecil, penyelia juga memainkan peranan sebagai guru. Penyelia yang turut
berada di pusat semasa ibu bapa mengambil dan menghantar anak-anak boleh
mengambil peluang tersebut untuk berbincang isu penting dengan keluarga. Selain
itu, penyelia juga boleh bertemu dan bercakap dengan keluarga kanak-kanak
tersebut selain dapat melihat interaksi di antara keluarga dan guru-guru pusat
penjagaan.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 20
4.6.4 Membangunkan Pendekatan Berpasukan
Penyelia biasanya mengambil pekerja baru untuk bekerja di pusat penjagaan kanak-
kanak. Salah satu jalan untuk memupuk semangat berpasukan adalah mengambil
guru-guru yang benar-benar cemerlang yang dapat mempengaruhi komuniti dan
berusaha untuk mengupah guru lelaki. Kesemua guru-guru yang dipilih untuk bekerja
di pusat penjagaan kanak-kanak mesti berkebolehan untuk bekerja dengan
keluarga. Deskripsi tugas yang jelas dan tepat perlu wujud dan diterangkan kepada
setiap pekerja untuk setiap jawatan supaya masing-masing tahu skop kerja masing-
masing.
Selain itu, penyelia bertanggungjawab membina satu perasaan di antara kumpulan
guru yang kebanyakannya datang daripada pelbagai latar belakang dan juga
pendekatan falsafah yang berbeza terhadap kerja dan mempunyai percanggahan
sikap terhadap penglibatan keluarga. Membina satu identiti kumpulan merupakan
satu usaha yang besar tetapi amat perlu untuk menghasilkan pasukan yang
berkesan. Jorde Bloom (1995), mencirikan budaya pusat penjagaan sebagai
merangkumi andaian asas dan berkongsi kepercayaan yang menyatukan semua
staf di pusat penjagaan kanak-kanak. Andaian dan kepercayaan tersebut
merangkumi gelagat standard setiap hari dan berkongsi kod etika latihan bimbingan
profesional. Peranan penyelia adalah mencampurkan budaya rumah keluarga di
pusat dengan budaya awal kanak-kanak.
Mesyuarat pekerja adalah merupakan satu forum yang baik untuk menyediakan
sokongan psikologikal dan merupakan masa untuk bertindak balas. Latihan tindak
balas memberi peluang kepada pekerja untuk berkongsi perasaan mereka, kejayaan
yang di kecapi dan kebimbangan mereka terhadap kerja yang berhubung kait
dengan keluarga dan juga di antara satu sama lain. Di dalam persekitaran yang
boleh dipercayai, latihan tindak balas merupakan satu peluang keemasan untuk
berubah. Penulisan jurnal yang tetap menyediakan tanggapan dan topik
perbincangan di dalam mesyuarat nanti. Dalam pendekatan Reggio, dua alat kritikal
penyelidikan adalah mendengar dan dialog. Menurut Rinaldi (2002), usaha sama
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 21
memerlukan komitmen untuk mendengar yang bermaksud terbuka dan bersifat
sensitif terhadap keperluan untuk mendengar dan didengar.
4.6.5 Menyokong Keluarga dan Guru-guru
Menyokong guru-guru dan keluarga memerlukan kebijaksanaan dan sensitiviti
seseorang penyelia. Penyelia mempunyai tugas sukar untuk menyokong guru-guru
dan pada masa yang sama memberi pertimbangan terhadap rungutan dan
kebimbangan ibu bapa. Menjadi seorang pendengar yang berkesan amat penting
bagi penyelia dalam peranan sebagai orang tengah perbalahan di antara keluarga
dan guru-guru. Penyelia perlu membiarkan guru-guru tahu yang mereka
menjangkakan guru-guru memberitahu mereka sekiranya sesuatu konflik timbul, di
mana penyelia akan bertindak menelefon atau mengadakan perbincangan di akhir
hari untuk memastikan semula dengan keluarga berkaitan konflik tersebut.
Sebagai seorang pemerhati yang objektif, penyelia hendaklah berkebolehan
mencadangkan strategi untuk meningkatkan perhubungan. Penyelia hendaklah
berkebolehan untuk mengawal tahap di mana keluarga yang aktif di pusat dapat
mempengaruhi populasi keluarga secara keseluruhannya. Penyelia juga berperanan
menarik minat kesemua keluarga untuk terlibat dalam membuat keputusan dengan
cara mengenal pasti kumpulan dan bukannya dengan cara mensasarkan keluarga
tersebut untuk melibatkan diri. Peranan penyelia juga adalah menilai kemahiran
pekerja di pusat penjagaan kanak-kanak dan menentukan di mana yang perlu
diperbaiki.
Skop kerja guru-guru dalam persekitaran awal kanak-kanak memerlukan kemahiran
dan tenaga yang banyak, adalah perlu bagi seseorang penyelia itu untuk
menghasilkan sistem sokongan yang dapat meningkatkan motivasi di kalangan
pekerja. Penyelia boleh membantu guru-guru yang memerlukan latihan tambahan
dengan memudahkan capaian maklumat penting atau mengadakan bengkel.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 22
4.6.6 Menyokong Keluarga yang Berhadapan dengan Kemiskinan dan Kesukaran
Kewangan
Pentadbiran pusat penjagaan kanak-kanak boleh menyediakan bantuan kepada
keluarga yang berhadapan dengan kesukaran kewangan. Penyelia perlu tahu
agensi sokongan yang boleh didapati di dalam komuniti kerana mereka dengan
segera boleh membantu keluarga yang berhadapan dengan masalah kewangan
untuk memperolehi sumber yang dikehendaki. Alamat bank tempatan hendaklah
sentiasa dipamerkan di papan bulletin supaya memudahkan keluarga untuk
mendapatkan maklumat tanpa bertanyakan kepada penyelia.
Untuk meringankan beban keluarga, pusat penjagaan kanak-kanak boleh
menyediakan program sarapan pagi untuk kanak-kanak. Selain itu, pusat-pusat yang
memperolehi harga diskaun kerana membeli barang secara pukal boleh
membenarkan keluarga yang tidak berkemampuan untuk membeli item utama
dengan kadar harga yang murah. Di samping itu, pusat penjagaan kanak-kanak
boleh menangguhkan pembayaran yuran semata-mata untuk membantu keluarga
yang berhadapan dengan kesukaran kewangan. Guru-guru perlu memberi
perhatian tambahan terhadap kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa yang
mempunyai masalah dalam pendapatan.
Keluarga digalakkan berkongsi pakaian, kasut dan sebagainya. Selain itu, pusat
penjagaan juga boleh meminta ihsan daripada syarikat swasta untuk membantu dari
segi barangan keperluan. Penyelia dan guru-guru perlu bekerjasama dengan badan
anti kemiskinan pada semua tahap dalam usaha memaksa kerajaan untuk
menghasilkan perancangan dalam membasmi kemiskinan.
4.6.7 Menyelia Peningkatan Kurikulum yang Bersesuaian
Penyelia mempunyai peranan untuk membantu pekerja membentuk kurikulum baru
yang relevan, tidak berat sebelah, bersifat reflektif kepada semua keluarga di pusat
penjagaan tersebut. Mesyuarat pekerja dan bilik mesyuarat individu menyediakan
peluang kepada penyelia dan guru-guru untuk menilai kurikulum dan
membangunkan strategi untuk memperbaiki aspek-aspek yang wujud sebagai
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 23
penghalang ke arah permuafakatan berkesan antara keluarga dan guru-guru. Input
yang diperolehi daripada keluarga merupakan bahagian penting di dalam proses.
4.6.8 Mengakui Kekuatan Guru
Penyelia perlu melaksanakan penilaian prestasi pada kadar tetap. Mengakui usaha
dan kekuatan guru di pusat penjagaan kanak-kanak adalah bahagian terpenting di
dalam pekerjaan. Jika terlalu kerap sumbangan guru tidak dihargai atau tidak
dikesan, maka terlalu banyak individu yang mengambil peluang daripada idea
tersebut. Apabila guru-guru merasa mereka tidak mempunyai keupayaan untuk
mencadangkan atau melakukan sebarang perubahan di dalam persekitaran kerja,
maka mereka akan berasa lemah semangat atau tawar hati. Penyelia boleh
melakukan bermacam-macam perkara untuk meningkatkan tahap keyakinan diri
guru-guru seperti meraikan pencapaian guru-guru yang cemerlang kerjanya.
Penyelia perlu mencari peluang untuk menobatkan guru-guru melalui anugerah
komuniti.
Bloom (1995) mencadangkan pemberian kad perniagaan kepada guru-guru dan
menggalakkan mereka menggunakannya. Ini adalah kerana ia membantu guru-guru
untuk berasa lebih profesional dan mengumumkan di pusat. Memaparkan gambar
guru-guru tersebut di pusat mendorong peningkatan peranan guru. Dengan
kebenaran yang diperolehi daripada guru tersebut, penyelia boleh memprofilkan di
dalam surat khabar supaya ibu bapa tahu tentang tahap profesional guru-guru dan
tanda aras yang telah dicapai oleh guru-guru di pusat tersebut.
Selain itu, penyelia juga boleh mengadakan bengkel di mana guru-guru pusat
menjadi ketuanya. Keluarga boleh menggalakkan guru-guru untuk menghasilkan
portfolio yang merangkumi prestasi akademik dan rekod-rekod acara dan batu aras
berterusan yang menjadi kenangan manis buat diri guru-guru tersebut. Selain itu,
apabila penyelia menghadiri bengkel dan seminar, dia akan memberi inspirasi
kepada pekerja untuk melakukan perkara yang sama. Melakukan sesuatu tinjauan
berkaitan strategi baru untuk mencipta persekitaran pasukan yang berkesan akan
memberi penyelia tindak balas penting dalam perubahan.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 24
4.6.9 Berhubung dengan Komuniti
Membangunkan pendekatan pasukan melibatkan komuniti. Penyelia berada di
dalam posisi untuk membentuk rangkaian dengan penyelia di pusat penjagaan yang
lain, agensi di dalam komuniti yang menyokong keluarga, syarikat yang dapat
memberi bantuan, rangkaian media dan sebagainya. Penyelia boleh memulakan
perhubungan dengan pemimpin komuniti yang terdiri daripada pelbagai budaya
semata-mata untuk mendapatkan sokongan dan nasihat. Penyelia boleh
menggunakan kemudahan pusat penjagaan kanak-kanak untuk memenuhi
keperluan komuniti selain memudahkan pembelajaran untuk komuniti yang lebih
meluas.
4.6.10 Melibatkan Keluarga di dalam Sokongan
Tidak ada persoalan yang menyatakan keluarga dan guru-guru perlu berwaspada
dengan polisi awam dan bagaimana polisi tersebut member kesan kepada keluarga.
Memberitahu penyelia dan guru-guru dapat menjauhkan keluarga daripada
sebarang perubahan dalam pembentukan undang-undang yang akan memberi
kesan kepada anak-anak mereka. Kekuatan ikatan terjalin apabila pekerja pusat
penjagaan dan keluarga memasuki pasukan untuk mempertahan bagi pihak anak-
anak. Kebanyakan program gagal dicapai adalah disebabkan oleh guru-guru
tersebut kurang dari segi komitmen terhadap penglibatan keluarga. Sebelum
seseorang guru mendefinisikan sesuatu kemahiran, mereka perlu mencipta
permuafakatan yang berkesan selain bertanya diri mereka sendiri adakah mereka
benar-benar mahu melibatkan diri dan meletakkan keluarga di tempat teratas.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 25
4.7 APA YANG BOLEH DIBUAT OLEH GURU?
4.7.1 Bina asas kukuh (Lay the Foundation)
Perkara pertama yang akan dinyatakan dengan jelas apabila keluarga tiba di pusat
adalah konsep penglibatan keluarga, di mana pelbagai jangkaan akan
dibincangkan, peranan mula dibina seterusnya permuafakatan akan dibangunkan di
antara guru dan keluarga. Guru-guru perlu mengeluarkan kanak-kanak daripada
kepompong keluarga mereka dan guru perlu memahami situasi rumit yang dialami
oleh setiap keluarga. Kunjungan ke rumah adalah satu bahagian penting di dalam
perhubungan ini, di mana guru-guru menjadi lebih rapat dengan keluarga. Guru
sepatutnya merancang dan menggalakkan penglibatan ibu bapa dan ahli-ahli
keluarga yang lain di mana guru patut memfokuskan kepada satu unit keluarga.
4.7.2 Mengekalkan Keyakinan
Biasanya guru-guru membina perhubungan berbentuk kepercayaan dengan
keluarga kanak-kanak. Mereka menyimpan rahsia maklumat-maklumat peribadi.
4.7.3 Membentuk Kemahiran Perseorangan yang Kukuh
Guru-guru yang berjaya melibatkan diri dengan keluarga kanak-kanak
berkecenderungan mempunyai kemahiran yang sama untuk menjadi guru yang
baik. Keupayaan mereka untuk mengambil berat, mempunyai ciri tersendiri dan
berinteraksi secara peribadi, menjadi reflektif serta menilai interaksi mereka dengan
keluarga ke arah menjadi guru-guru yang baik. Mereka juga perlu berkebolehan
dalam menyatupadukan pengetahuan teoritikal untuk komunikasi berkesan ke
dalam gaya perorangan yang tersendiri. Pembicara yang berkesan mempunyai satu
rasa diri yang kukuh, mempunyai kesedaran tentang kelemahan dan kekuatan serta
mempunyai impian untuk meningkatkan kemahiran mereka.
4.7.4 Berkomunikasi pada asas biasa
Guru-guru boleh memperolehi perhubungan yang berkesan melalui berkomunikasi
bersama keluarga pada asas biasa melalui perkongsian maklumat dan penceritaan
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 26
positif berkaitan anak-anak mereka. Guru-guru juga perlu mengambilkira pelbagai
cara di mana mereka boleh berhubung dengan keluarga. Ini kerana terdapat
pelbagai verbal (lisan), penulisan dan komunikasi visual di mana kesemuanya perlu
dilaksanakan untuk mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan. Apabila guru-guru
berkongsi sesuatu berkaitan diri mereka, keluarga akan melihat terdapatnya unsur
manusia di dalam diri guru-guru tersebut.
4.7.5 Bertanggungjawab dan bertolak-ansur
Guru-guru perlu mencuba menyusun masa mereka agar mereka mempunyai masa
yang secukupnya dan sentiasa ada untuk berbincang dengan keluarga anak-anak
tersebut dari mula hinggalah ke akhir. Lawatan ke rumah, persidangan di antara guru
dan keluarga, acara pendidikan dan sosial perlu disusun agar bersesuaian dengan
jadual keluarga anak-anak tersebut di mana pusat penjagaan perlu
menyediakannya apabila diperlukan. Adalah penting bagi seseorang guru itu
memahami kerisauan ibu bapa seterusnya bertindak dengan segera terhadap
kerisauan tersebut. Kebanyakan guru-guru bertemu dengan keluarga yang
mempunyai krisis atau mempunyai masalah untuk mengenal pasti keperluan anak-
anak mereka. Oleh itu, guru-guru mestilah berkebolehan untuk bertindak balas
terhadap situasi tersebut dengan cara yang sesuai. Guru-guru perlu belajar
mengenal pasti kekuatan yang dimiliki oleh setiap keluarga jika mereka mempunyai
harapan untuk membentuk satu perhubungan atau permuafakatan dengan
keluarga atau ibu bapa yang seterusnya akan dapat meningkatkan pertumbuhan
kanak-kanak tersebut.
Guru-guru mestilah peka terhadap kesemua keluarga terutamanya satu-satu sikap
yang muncul yang menjadi kurang sesuai dan menyendiri dalam pusat penjagaan
kanak-kanak terbabit. Dengan kata lain, guru-guru perlu meneroka kesukaan dan
kerisauan keluarga tersebut di samping mengambil peluang untuk melibatkan diri
mereka di dalamnya. Sebagai contoh, guru-guru perlu mengenal pasti mengapa ibu
bapa akan meninggalkan anak-anak mereka di pusat penjagaan kanak-kanak
tanpa meninggalkan sepatah kata untuk anak-anak mereka dan tanpa memasuki
bilik. Melabelkan sesetengah ibu bapa sebagai tidak berminat dan rumit adalah
perlu dielakkan. Sebaliknya mencari sebab mengapa sesuatu situasi itu terjadi. Guru-
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 27
guru perlu melihat diri mereka dahulu sebelum meletakkan sebarang pertuduhan ke
atas ibu bapa. Ini kerana, guru-guru perlu ingat bahawa pusat penjagaan kanak-
kanak merupakan persekitaran rumah.
Dalam situasi lain, penganjuran bengkel di pusat sedikit sebanyak dapat membantu
dan menyokong keperluan keluarga. Contohnya di atas permintaan ibu bapa,
seorang peguam dalam komuniti tersebut telah mengadakan seminar percuma. Ini
mendorong kanak-kanak untuk melihat acara yang diadakan dan membenarkan
ibu bapa mempunyai masa untuk bersendirian sesama mereka sekaligus dapat
mengukuhkan permuafakatan. Situasi ini amat sesuai untuk ibu bapa yang tidak
berkemampuan untuk mengupah penjaga kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa tersebut
secara tidak langsung akan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh pusat
penjagaan kanak-kanak tersebut dan ini akan menggalakkan penglibatan ibu bapa
untuk bergiat aktif di dalam pusat penjagaan tersebut.
4.7.6 Menghormati Kepelbagaian di dalam Keluarga-Pendekatan Tidak Berat
Sebelah
Guru-guru yang berjaya adalah mereka yang benar-benar mempunyai nilai dan
menghormati kanak-kanak, menerima seadanya bahawa kanak-kanak mempunyai
pandangan mereka yang tersendiri, mempunyai pengalaman hidup dan
mempunyai kesukaan dan ketidaksukaan yang tersendiri. Selain itu, guru-guru yang
berjaya begitu bimbang dan prihatin di dalam usaha ke arah memperkembangkan
dan memperluaskan lagi pengalaman anak-anak tersebut, bukannya merendah-
rendahkan kanak-kanak tersebut. Guru-guru yang berjaya adalah mereka yang
berkebolehan untuk memasuki dunia kanak-kanak tersebut bukannya
mengharapkan kanak-kanak itu memasuki dunia mereka.
Selain itu, guru-guru yang berjaya adalah mereka yang tidak memberi double
messages kepada kanak-kanak tersebut seperti frasa Lakukan seperti apa yang
saya katakan, bukan lakukan seperti apa yang saya buat. Di samping itu, bahagian
terpenting penyatuan adalah menghormati kanak-kanak tersebut dengan
menghormati kepelbagaian mereka. Dalam mendidik kepelbagaian, guru-guru perlu
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 28
menilai sikap dan nilai yang dibawa oleh mereka semasa membentuk dan
melaksanakan satu pendekatan yang tidak berat sebelah di dalam pekerjaan.
Pendekatan tersebut tidak hanya tertumpu kepada sensitiviti budaya tetapi juga
tertumpu kepada latihan inklusif yang menggabungkan keupayaan, umur,
penampilan, kepercayaan, komposisi keluarga, jantina, bangsa, status sosioekonomi
dan tahap seksualiti. Guru-guru juga perlu membuat penilaian kritikal terhadap
bahan-bahan seperti buku-buku, kit, alat bantuan mengajar dan filem sebagai
tindakan untuk menggantikan bahan-bahan yang bersifat sensitif.
Selain itu, kurikulum yang dibentuk perlulah mempunyai kombinasi jantina, umur,
bangsa dan sebagainya. Guru-guru akan menunjukkan toleransi sifar untuk gelagat
racist atau gelagat pemulauan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan sebagai
contoh kepada kanak-kanak untuk mempertahankan diri apabila berhadapan
dengan situasi berat sebelah dalam bermacam-macam keadaan. Derman-Sparks
(1989) mencadangkan supaya guru-guru menangani ibu bapa yang berat sebelah
seperti berikut:
Perbezaan budaya dan banga akan diatasi, manakala pencabulan dimaafkan dan
kanak-kanak berkembang selagi guru-guru menjaga dan memberi nilai positif
kepada kanak-kanak. Apabila nilai yang positif diterapkan dalam setiap
Meluangkan masa dengan ibu bapa
melalui beberapa sesi perbualan.
Cari sebab apa yang mebuatkan ibu bapa
menjadi racist.
Kita mesti ingat bahawa setiap di antara
kita mengamalkan pendekatan tidak berat
sebelah.
Setiap daripada kita memerlukan bantuan
orang lain untuk mengenalpasti sikap yang
bercanggah dan sikap-sikap yang perlu
diubah.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 29
perhubungan keluarga dan anak-anak, maka asas yang terhasil akan mendorong ke
arah permuafakatan berkesan.
10 Kunci untuk Penjagaan Sensitiviti Budaya
4.7.7 Menjangkakan Konflik dan Bersikap Terbuka
Konflik merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan di dalam setiap
perhubungan, malahan kadang-kadang ia merupakan pemangkin ke arah
perubahan positif. Guru-guru patut belajar menjangkakan konflik dan menilai konflik
tersebut sebagai peluang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi mereka. Guru-
guru mestilah berkeyakinan bahawa mereka mempunyai keupayaan untuk
menyelesaikan masalah. Ini kerana guru-guru berhadapan dengan pelbagai jenis
keluarga.
Apabila berhadapan dengan rungutan dan kritikan, guru-guru sepatutnya bersikap
terbuka dan cuba melihat kritikan tersebut daripada sudut pandangan ibu bapa.
Selain itu, guru-guru juga boleh meminta pendapat ibu bapa tentang cara
penyelesaiannya. Guru-guru tidak boleh menunjukkan sikap berputus asa dan marah
Menyediakan budaya harmoni yang konsisten dengan apa yang berlaku di
rumah.
Bekerja ke arah contoh penstafan
Membentuk kumpulan-kumpulan kecil
Menggunakan bahasa lisan rumah, juga di dalam penulisan.
Menjadikan persekitaran yang relevan, bertindak balas dengan budaya
keluarga
Mendedahkan kepercayaan budaya yang kita yakini
Bersikap terbuka dengan perspektif yang dikemukakan oleh orang lain
Mencari budaya yang kita miliki dan mencari maklumat keluarga
Menjelaskan nilai
Berunding dengan konflik budaya
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 30
sebaliknya perlu mencari puncanya. Elkind (1988) mengutarakan pendapat bahawa
guru-guru perlu bersikap fleksibel untuk menyesuaikan keadaan dengan pelbagai
jenis keluarga.
4.7.8 Melibatkan Diri di dalam Pembangunan Profesional
Kebanyakan orang yang menyertai arena penjagaan kanak-kanak merupakan
individu yang mempunyai sikap mengambil berat dan belas kasihan. Tetapi kerja rutin
yang dilakukan menuntut masa dan tenaga menyebabkan mereka tidak dapat
membina hubungan yang erat di antara satu sama lain. Susun atur ruang fizikal,
tekanan masa, dan percanggahan jadual merupakan antara halangan yang
menyekat staf daripada berkongsi maklumat dan idea, meminjam dam menerima
sokongan (Jorde Bloom, 1995).
Menerima maklum balas yang positif membantu guru untuk membina keyakinan diri
dan tenaga untuk menangani situasi setiap hari yang berlaku di pusat penjagaan
kanak-kanak. Persekitaran yang empati dan menyokong membantu guru baru yang
mempunyai pengalaman yang sedikit berkaitan perhubungan dengan keluarga.
Program mentor juga dijalankan di mana guru baru akan diminta bekerjasama
dengan guru berpengalaman di pusat. Setiap guru akan berkongsi kekuatan di
antara satu sama lain yang mendorong ke arah peningkatan pendekatan yang
padu dan berkesan.
4.7.9 Pembangunan dan peningkatan diri adalah asas kepada guru-guru.
Menurut Swick, guru-guru yang melalui proses peningkatan diri yang berterusan lebih
memahami penglibatan keluarga dan biasanya mengambil langkah yang lebih
untuk mendorong ke arah proses permuafakatan yang berkesan. Guru-guru yang
mengambil berat berkaitan peningkatan dirinya lebih cenderung untuk bertindak
balas terhadap keperluan individu dan budaya kanak-kanak dan ibu bapa. Kajian
terbaru yang dilaporkan mendapati pembelajaran dan pertumbuhan kanak-kanak
bergantung kepada kelayakan pendidikan guru-guru tersebut.
BAB 4
ECE 413 Permuafakatan Keluarga, Sekolah & Komuniti 31
RUJUKAN
Couchenour, D & Chrisman, K. (2004). Families, Schools, and Communities. Together
for Young Children (2nd. Ed.). Canada: Delmar Learning.
Wilson, L.(2005)Partnership, Families and Communities in Early Childhood
Development. Canada: Thompson.
1. Jelaskan strategi yang boleh diambil bagi melaksanakan
permuafakatan berkesan.
2. Apa yang boleh dilaksanakan oleh guru dalam
menjayakan permuafakatan dengan keluarga.
AKTIVITI PEMBELAJARAN