Upload
hoangthien
View
231
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR PKPG (4SPH)
SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN DI UTM.
MUHAMMAD NIEZAM BIN MUKHTAR
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR PKPG (4SPH) SEMASA
MENGIKUTI PENGAJIAN DI UTM.
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MUHAMMAD NIEZAM BIN MUKHTAR
(HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ __________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
________________________ (TANDATANGAN PENULIS)
Alamat tetap: PN. HANIM SULAIMAN 989, LORONG 1/1, TAMAN DELIMA, (Nama Penyelia)
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENYELIA)
PN. HANIM SULAIMAN
08000, SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN. Tarikh: _______________ Tarikh: _______________ 21 April 2008 21 April 2008 CATATAN: * Potong yang mana tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau didesertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan
atau Laporan Porjek Sarjana Muda (PSM)
“Saya akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Tandatangan : …………………………..
Nama Peyelia :
Tarikh : ………………………….. 21 April 2008
: PN. HANIM SULAIMAN
i
PERMASALAHAN YANG DIHADAPI OLEH PELAJAR PKPG (4SPH)
SEMASA MENGIKUTI PENGAJIAN DI UTM.
MUHAMMAD NIEZAM BIN MUKHTAR
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian
Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mei 2008
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya.”
Tandatangan :
Nama Penulis : MUHAMMAD NIEZAM BIN MUKHTAR
…………………………..
Tarikh : ………………………….. 21 April 2008
iii
DEDIKASI
Assalamualaikum Warohmatullahiwabarokatuh
Terima kasih ku ucapkan kepada ibu bapaku serta mertua…. Pertolonganmu selama ini tidak pernah kulupakan….
Kepada isteriku yang tersayang Nurul Asykin Md. Nor… Segala pengorbanan dan kesabaranmu akan sentiasa ku hargai…
Semangatmu mendorong semangatku… Membuatkan aku tabah… Demi menggapai impian…
Buat anak papa : Muhammad Alif Naufal.. Dikau tidak pernah luput dari ingatan…
Apabila rindu menyapa… Semakin kuat azam dan cita-cita…
Walaupun dari kejauhan… Doaku tetap bersama kalian…
Buat rakan-rakan seperjuangan… Dan semuanya SPH 2005-2008… Kesusahan kita harungi bersama… Buat pensyarah-pensyarah JPTK…
Jasa kalian kekal di ingatan… Semoga kita semua…
Memperolehi rahmat dan kesejahteraan… Setiap usaha kita lakukan…
Minta dihalalkan untuk segalanya… Berjumpa kita di Syurga…
InsyaAllah…
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur kami ke Hadhrat Ilahi yang telah memberikan saya kekuatan untuk
menghasilkan Projek Sarjana Muda (PSM) yang telah diamanahkan kepada kami.
Kami sebagai hambaNya hanya mengharapkan agar limpahan rahmatNya yang
berterusan akan mengiringi kami sehingga ke akhir hayat kami.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Tn. Haji Zainuddin Hassan dan Pn. Hanim
Sulaiman selaku pensyarah pembimbing saya yang tidak jemu-jemu memberi
galakan dan tunjuk ajar dalam proses penghasilan projek ini. Tidak dilupakan juga
kepada rakan-rakan seperjuangan yang turut memberikan kerjasama yang baik
terutamanya semasa proses menyediakan bahan-bahan rujukan. Di atas segala jasa
baik kalian, semoga Allah SWT akan membalasnya dengan balasan yang terbaik.
Penghargaan istimewa buat keluarga khasnya isteri dan anakku di atas
pengorbanan dan kesabaran sepanjang mengikuti kuliah.
Yang benar,
Muhammad Niezam Mukhtar.
PKPG Kemahiran Hidup (KH) 2005/2008
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat kewujudan masalah di kalangan pelajar-
pelajar PKPG semasa mengambil ijazah di Universiti Teknologi Malaysia. Objektif
kajian ialah untuk mengenal pasti sejauh mana aspek pengurusan masa, kewangan,
keluarga dan penerimaan pembelajaran menjadi masalah kepada pelajar PKPG
semasa belajar di UTM. Responden terdiri daripada 126 orang pelajar PKPG tahun
akhir kursus Kemahiran Hidup (4SPH). Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah
menggunakan kaedah tinjauan berbentuk deskriptif dengan menggunakan statistik
deskriptif perbandingan min. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik
yang digunakan untuk mengumpulkan data mengenai empat aspek iaitu aspek
pengurusan masa, kewangan, keluarga dan penerimaan pembelajaran. Nilai
kebolehpercayaan Alpha ialah 0.783. Semua data-data yang diperolehi dianalisis
menggunakan program Statistical Packages for Social Science (SPSS) versi 13.0
untuk memperolehi frekuensi, peratus dan min. Hasil kajian mendapati pelajar-
pelajar PKPG tidak menghadapi masalah yang serius dalam aspek yang dikaji. Tetapi
jika dilihat daripada aspek kewangan, nilai dapatan purata min menunjukkan pada
tahap sederhana iaitu 3.53. Hasilan data ini menunjukkan bahawa faktor ini memberi
kesan secara amnya kepada pelajar PKPG semasa mengambil ijazah di UTM.
Beberapa cadangan telah di kemukakan untuk tindakan pihak yang berkenaan bagi
mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar yang terlibat.
vi
ABSTRACT
The purpose of this research is to investigate the problems of PKPG students
during their studies in Universiti Teknologi Malaysia. The research objectives are to
ascertain the extent that time management, finances, family and academia becomes a
problem while studying in UTM. The respondents are made up of 126 final year
‘Kemahiran Hidup’ PKPG students (4SPH). The research design is descriptive in
nature, and uses descriptive statistics in the comparison between means. The research
instrument is a set of questionnaires that reflect the objectives as stated above. The
Alpha value is 0.783. All data is analysed using the Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) version 13.0 to obtain frequency, percentage, and mean. The results
of the study indicate that the respondents did not have major problems as defined in
the objectives. However, if carefully scrutinised in terms of finance, the mean
showed a medium level of 3.53. This finding indicates that finances generally give an
impact to PKPG students during their studies in UTM. A few recommendations have
been suggested to the appropriate parties to overcome the problem faced by the
students involved.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
STATUS PENGESAHAN TESIS
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
xi
xii
SENARAI SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan kajian 9
1.8 Definisi / Istilah 9
1.8.1 Permasalahan 10
1.8.2 Pelajar 10
viii
1.8.3 Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) 11
1.8.4 Ijazah Pertama 11
1.8.5 Pengurusan Masa 11
1.8.6 Keluarga 13
1.8.7 Pengajaran dan Pembelajaran 13
1.9 Rumusan 15
BAB II SOROTAN PENULIS
2.1 Pengenalan 16
2.2 Kajian Lepas 17
2.2.1 Aspek Pengurusan Masa 18
2.2.2 Aspek Kewangan 19
2.2.3 Aspek Keluarga 21
2.2.4 Aspek Penerimaan Pembelajaran 22
2.3 Rumusan Kajian Lepas 24
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Reka Bentuk Kajian 26
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 27
3.4 Instrumen Kajian 28
3.5 Kajian Rintis 30
3.6 Kebolehpercayaan Soal Selidik 31
3.7 Prosedur dan Tempat Kajian 32
3.8 Analisis Data 33
3.9 Rumusan 35
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 36
4.2 Analisis Data Bahagian A 37
4.2.1 Jantina 37
4.2.2 Umur 38
4.2.3 Status Perkahwinan 38
4.2.4 Pendapatan Bersih Bulanan 39
ix
4.2.5 Pengalaman Mengajar 40
4.2.6 Bidang Pengkhususan Sebelum Melanjutkan
Pelajaran ke UTM 40
4.3 Analisis Data (bahagian B) 41
4.3.1 Persoalan kajian 1 42
4.3.2 Persoalan Kajian 2 46
4.3.3 Persoalan Kajian 3 40
4.3.4 Persoalan Kajian 4 54
4.4 Analisis Keseluruhan Persoalan Kajian 58
4.5 Rumusan 60
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN, CADANGAN DAN
KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Perbincangan 62
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 62
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 64
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 67
5.2.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 68
5.3 Rumusan Kajian 70
5.3.1 Latar Belakang Responden 71
5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 1 71
5.3.3 Rumusan Persoalan Kajian 2 72
5.3.4 Rumusan Persoalan Kajian 3 73
5.3.5 Rumusan Persoalan Kajian 4 73
5.4 Cadangan 74
5.4.1 Jabatan Perkhidmatan Awam. (JPA) 74
5.4.2 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 75
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.6 Penutup 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN 82
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan responden mengikut Institut dan jantina 28
3.2 Bilangan Item Mengikut Persoalan Kajian. 30
3.3 Pemeringkatan Skala Likert 1 33
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 2 34
3.5 Pengkelasan Skor Min Dan Status 35
3.6 Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min 35
4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Jantina
38
4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Umur
39
4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Status Perkahwinan.
40
4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Pendapatan Bersih Bulanan
40
4.5 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Pengalaman Mengajar
41
4.6 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
Mengikut Bidang Pengkhususan Sebelum
Melanjutkan Pelajaran ke UTM
42
4.7 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor
Pengurusan Masa.
44
4.8 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor
Kewangan.
48
xi
4.9 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor
Keluarga.
52
4.10 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Yang Menjawab Item Bagi Faktor
Penerimaan Pembelajaran.
56
4.11 Analisis Keseluruhan Purata Min Dan Tahap
Penilaian Persoalan Kajian
60
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
4.1 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi
persoalan kajian pertama
47
4.2 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi
persoalan kajian kedua
51
4.3 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi
persoalan kajian ketiga
55
4.4 Graf menunjukkan peratus keseluruhan bagi
persoalan kajian keempat
59
4.5 Graf menunjukkan min keseluruhan bagi kesemua
persoalan kajian.
61
xiii
SENARAI SINGKATAN
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
PKPG - Program Khas Pengsiswazahan Guru
SPSS - Statistical Package For Sosial Science
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
JPA - Jabatan Perkhidmatan Awam
JPT - Jabatan Pendidikan Teknikal
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
MPCL - Mooney Problem Check List
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
HALAMAN
A Surat Pengesahan Pelajar 82
B Surat Pengesahan Pakar 83
C Borang Soal Selidik 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Falsafah Pendidikan Negara menjelaskan bahawa pendidikan merupakan satu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu, secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Falsafah Pendidikan Negara ini juga dapat melahirkan rakyat yang
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara (Rabiah, 1994).
Pendidikan boleh diibaratkan sebagai kunci kepada usaha membangunkan
masyarakat dan negara. Masyarakat yang terdidik secara menyeluruh dan seimbang
dapat menyumbang kepada pembangunan negara adalah produk daripada pendidikan
berkualiti yang selaras dengan keperluan negara dan kehendak semasa (Mohammed
Nor, 1990). Dalam bidang perguruan, seseorang guru itu adalah digalakkan untuk
menambahkan pengetahuannya demi meningkatkan dan melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
2
Menurut Sharifah Alwiah (1984), profesion perguruan adalah satu bidang
yang unik, tetap dan diperlukan oleh masyarakat. Jadi, disebabkan hal ini seseorang
guru perlu cuba seberapa boleh untuk meningkatkan tahap penguasaan ilmu
pengetahuan supaya apa yang bakal disampaikan kepada pelajar akan dapat dijadikan
suatu aset yang berguna kepada mereka suatu hari kelak. Proses pembelajaran yang
dimaksudkan ini sebenarnya melibatkan banyak aspek bagi melancarkan proses
pembelajaran berlaku secara terancang. Dalam hal ini, Hashim Buang (1999) telah
mengklasifikasikan pembelajaran ini kepada 3 kategori yang berbeza iaitu
pembelajaran yang terancang ataupun pembelajaran formal, pembelajaran yang
diperolehi melalui interaksi dengan persekitaran atau disebut juga pembelajaran
informal dan seterusnya pembelajaran non-formal iaitu pembelajaran yang berlaku di
dalam dan aktiviti pendidikan yang berorganisasi dan sistematik untuk memberikan
jenis pembelajaran yang terpilih. Kesemua pembelajaran ini biasanya pernah dan
akan dilalui oleh semua individu, Cuma mungkin cara penerimaan pembelajaran
yang diikuti berbeza.
Kementerian Pendidikan terutamanya telah membuat beberapa perubahan di
dalam sistem pendidikan dengan memberi tumpuan kepada pendidikan sains dan
teknologi. Selain aliran sains sebagai pilihan di sekolah menengah atas, aliran
vokasional dan teknologi juga telah diperkenalkan di sekolah-sekolah akademik, di
samping sekolah-sekolah teknik dan vokasional. Ini bertujuan untuk menghasilkan
golongan teknokrat bagi memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang kolar biru
dan menambah sumber tenaga manusia dalam bidang sains dan teknologi
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1989).
Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Jabatan Sekolah, Datuk
Khairudin Asha’ari.(Berita Harian, 5 hb Jun 1998), menyatakan guru bukan siswazah
bagi mata pelajaran sains dan Teknologi serta Bahasa Inggeris di sekolah menengah
berpeluang melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah pertama apabila Kementerian
Pendidikan melaksanakan program pensiswazahan. Langkah itu adalah antara
program yang dirancang oleh Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan mutu
dan kelayakan guru bukan siswazah bagi mata pelajaran terbabit. Kaedah ini juga
akan membolehkan Kementerian Pendidikan memilih guru yang layak untuk diberi
peluang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pertama.
3
Menyedari hasrat ini, satu program khas telah dilaksanakan dan dikenali
sebagai Program Kembar (Twinning Programme) yang dijalankan antara maktab
perguruan dan universiti tempatan. Program ini telah mula dilaksanakan pada bulan
Jun 1993 (Suleiman, Md.Ali dan Kandar, 1995). Namun pada masa kini program
tersebut telah ditukar kepada Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG) tetapi
perlaksanaannya masih lagi dikekalkan.
1.2 Latar belakang Masalah
Perubahan pesat yang berlaku dalam teknologi tidak pernah mengurangkan
kepentingan tugas guru terutama dalam pendidikan. Mok Soon Sang (1992)
menyatakan bahawa Reformasi Pendidikan yang bermula awal 80 an menuntut
komitmen yang lebih tinggi dari pendidik. “Kementerian Pendidikan meletakkan
sasaran untuk memastikan kira-kira 50 peratus daripada tenaga pengajar di peringkat
sekolah rendah seluruh negara mempunyai ijazah menjelang 2010, pada masa ini
kementerian sudah bersetuju agar proses pensiswazahan membabitkan tenaga
pengajar di peringkat itu dilaksanakan secara berperingkat-peringkat”.(Berita Harian,
9 hb September 2002).
Bagi merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran, guru-guru bukan
siswazah kini berusaha menyambung pelajaran mereka hingga ke peringkat tertinggi
untuk memperolehi segulung ijazah. Menurut Mat Nor (2002). pelbagai usaha
dilakukan untuk memenuhi syarat kemasukan ke universiti seperti menyertai kursus-
kursus dan program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran. Guru-
guru bukan siswazah juga terpaksa sabar menunggu untuk memenuhi beberapa
syarat-syarat lain yang telah ditetapkan oleh kementerian seperti pengesahan dalam
jawatan, berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun, mempunyai rekod
perkhidmatan yang baik dan sebagainya untuk mengukuhkan lagi permohonan
mereka supaya hasrat mereka untuk terus belajar akan tercapai.
4
Dari segi perkembangan profesional diri, mereka haruslah sentiasa bersedia
untuk menambahkan pengetahuan tidak terhad kepada pengetahuan asas sahaja,
malah pengetahuan dalam mata pelajaran dan penemuan baru dalam pendidikan
perlu juga diberi perhatian. Cabaran seperti ini patut disahut oleh semua insan yang
bergelar guru dalam usaha untuk berfungsi sebagai “role model” yang menjadi
contoh teladan kepada murid dan harus lebih maju dari muridnya. Selain itu mereka
harus mengikuti perkembangan semasa serta menunjukkan kemajuan diri yang
berkembang seiringan dengan perkembangan dunia pendidikan (Sh. Husin, 1999).
Satu kajian yang pernah dibuat oleh Mat Nor (2002) menyatakan di dalam
dapatan kajian beliau bahawa, guru yang ingin melanjutkan pengajian di Universiti
Teknologi Malaysia terpaksa melalui berbagai cabaran seperti cuti belajar separuh
gaji selama tempoh pengajian mereka. Guru-guru terpaksa berjuang di antara
keperluan diri sendiri dengan keluarga dan bayaran-bayaran lain seperti rumah,
kereta dan sebagainya di kampung. Ini kerana pendapatan mereka telah dicatukan
menjadi separuh daripada asal. Bagi mereka yang mempunyai dua atau lebih
pendapatan mungkin kekurangan ini tidak menjejaskan mereka dan keluarga,
sebaliknya bagi guru yang bergantung kepada satu sumber sahaja, inilah
pengorbanan pertama yang terpaksa ditempoh dengan hati yang kental.
1.3 Pernyataan Masalah
Kementerian Pendidikan telah menganjurkan beberapa program
pensiswazahan guru sejak tahun 1993 hingga sekarang, cuma bezanya daripada segi
nama program sahaja. Bermula dengan Program Berkembar (1993 hingga 1995)
diikuti Kursus Diploma Perguruan Khas (KDPK) (1996 hingga 1997) seterusnya
Program Khas Pengsiswazahan Guru (PKPG) (1999 hingga sekarang). Program-
program ini dijalankan di antara maktab perguruan dengan universiti. Program yang
dianjurkan ini merupakan saluran terbaik kepada guru-guru berkenaan yang sebelum
ini tidak mempunyai peluang sedemikian (Mat Nor, 2002).
5
Sememangnya wujud masalah bagi pelajar yang telah lama meninggalkan
alam pengajian dan memasuki institusi pengajian tinggi dengan separuh gaji.
Menurut Upcaft (1984) dalam Abu Bakar, Aziz dan Mohd Mohsin (1995), pelajar
dewasa memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan situasi pembelajaran baru
yang telah lama mereka tinggalkan. Masalah yang dikhuatiri wujud dalam kehidupan
mereka sebagai pelajar sepenuh masa di UTM ialah masalah dari segi pengurusan
masa. Ini berkemungkinan besar disebabkan mereka telah berkeluarga dan
menghadapi kesukaran mengagihkan masa dengan baik. Permasalahan ini menjadi
agak genting apabila terpaksa berulang alik dari universiti ke kampung halaman bagi
mereka yang tinggal berjauhan.
Selain itu, pelajar-pelajar PKPG ini mempunyai tanggungjawab yang lain
sama ada yang telah berkahwin atau yang masih bujang. Ini dikhuatiri wujudnya
masalah kewangan dalam kehidupan mereka sebagai pelajar dan seorang anggota
penting dalam sesebuah keluarga. Walaupun mereka masih lagi diberikan separuh
gaji dan bantuan pinjaman dari Kementerian Pelajaran, keadaan ini tidak banyak
membantu untuk membiayai kehidupan mereka dengan lebih sempurna.
Oleh kerana pelajar-pelajar PKPG ini terdiri daripada mereka yang telah lama
meninggalkan alam persekolahan, kemungkinan besar wujud pula masalah dari segi
penerimaan pembelajaran. Sering kali kedengaran rungutan daripada kelompok ini
bahawa usia dan disebabkan telah lama meninggalkan alam persekolahan
menyebabkan mereka sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik di
UTM.
Menurut Mohd Nazri (2002), halangan dan cabaran dalam pembelajaran ini
wujud disebabkan beberapa faktor yang menjadi kebiasaan bagi seseorang pelajar.
Antara faktor yang menjadi tunjang kepada masalah atau cabaran tersebut ialah
faktor pengurusan masa, faktor ekonomi dan faktor penerimaan pembelajaran.
Faktor-faktor yang telah disebutkan ini kerap kali mengganggu ketabahan dan
kekuatan seseorang dalam penerimaan pembelajaran.
6
Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk meninjau
permasalahan guru yang mengikuti program PKPG sepenuh masa. Kajian ini penting
untuk mengenal pasti sejauh manakah masalah yang dihadapi oleh guru-guru yang
mengikuti pengajian di universiti secara sepenuh masa. Justeru itu, secara tidak
langsung pihak guru dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik dalam menangani
cabaran apabila membuat keputusan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mendapatkan gambaran jelas sejauh manakah
masalah pelajar PKPG semasa menyambung pengajian secara sepenuh masa di
UTM. Secara khusus kajian ini bertujuan untuk:
i. Mengenal pasti sama ada faktor pengurusan masa menjadi masalah
kepada pelajar PKPG semasa belajar di UTM.
ii. Mengenal pasti sama ada faktor kewangan menjadi masalah kepada
pelajar PKPG semasa belajar di UTM.
iii. Mengenal pasti sama ada faktor keluarga menjadi masalah kepada
pelajar PKPG semasa belajar di UTM.
iv. Mengenal pasti sama ada faktor penerimaan pembelajaran menjadi
masalah kepada pelajar PKPG semasa belajar di UTM.
7
1.5 Persoalan Kajian
Di dalam kajian ini penyelidik akan cuba mencari jawapan berpandukan
kepada pernyataan masalah, objektif kajian dan beberapa persoalan yang timbul.
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah:
i. Adakah faktor pengurusan masa menjadi masalah kepada pelajar PKPG
semasa belajar di UTM ?
ii. Adakah faktor kewangan menjadi masalah kepada pelajar PKPG semasa
belajar di UTM ?
iii. Adakah faktor keluarga menjadi masalah kepada pelajar PKPG semasa
belajar di UTM ?
iv. Adakah faktor penerimaan pembelajaran menjadi masalah kepada
pelajar PKPG semasa belajar di UTM ?