14
PERMAINAN BAHASA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Oleh: Nazri bin Samsudin ISI KANDUNGAN: Pengenalan Objektif Permainan Bahasa Kelebihan Permainan Bahasa Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2 1

Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

  • Upload
    wakafan

  • View
    31.342

  • Download
    31

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

PERMAINAN BAHASA

DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB

Oleh:

Nazri bin Samsudin

ISI KANDUNGAN:

Pengenalan

Objektif Permainan Bahasa

Kelebihan Permainan Bahasa

Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

Contoh Permainan Bahasa dalam P&P Bahasa Arab Tahun 2

1

Page 2: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

Pengenalan

Permainan Bahasa ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

dilaksanakan di dalam bilik darjah yang bertujuan untuk membekalkan ilmu pengetahuan

dan pelbagai kemahiran bahasa kepada para pelajar dalam suasana yang seronok dan

santai, mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan di bawah pengawasan guru1.

Penggunaan permainan bahasa sebagai satu teknik pengajaran dan pembelajaran

bahasa bukan lagi merupakan satu perkara baru dalam dunia pendidikan. Ia merupakan

salah satu teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Arab

mutakhir ini.

Penglibatan dalam permainan bahasa memberi peluang kepada pelajar untuk

memperoleh latihan intensif, pembelajaran bermakna dan sebagai alat diagnostik.

Kebanyakan aktiviti yang dijalankan meliputi 4 kemahiran berbahasa iaitu kemahiran

mendengar, bertutur, membaca dan menulis.

1. Objektif Permainan Bahasa

Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan matlamat dalam

sistem pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Hala tuju

ini dirangkumkan melalui objektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu2:

1.1 Merangsang interaksi verbal pelajar

Dalam permainan bahasa, para pelajar akan diminta bercakap dan mempraktikkan

ungkapan-ungkapan tertentu. Di samping itu, mereka juga diminta memberikan

kerjasama dan melibatkan diri sepenuhnya secara aktif. Tiada seorang pun daripada

mereka dibenarkan bersendiri dan terkecuali. Sebaliknya mereka harus menggunakan

peluang tersebut untuk berkomunikasi sesama mereka.

1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715) 2 Lihat 5 isi penting ini dalam: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm. Huraiannya pula adalah daripada penulis sendiri.

2

Page 3: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

1.2 Menambah kefasihan dan keyakinan

Permainan bahasa bertujuan untuk meningkatkan kefasihan berbahasa serta

menambahkan keyakinan diri para pelajar. Pelajar biasanya merasa seronok apabila

berhadapan dengan permainan-permainan yang mencabar. Secara tidak langsung

mereka akan menyedari kebolehan dan keupayaan mereka dalam bahasa yang

dipelajari.

1.3 Menyediakan konteks pembelajaran

Permainan bahasa bukan sahaja boleh digunakan selepas selesai pengajaran

sesuatu isi pelajaran tetapi ia dapat menyediakan konteks pembelajaran itu

sendiri. Pelajar dapat lebih mengikuti proses pembelajaran apabila sesuatu

aktiviti seperti permainan bahasa dijalankan dalam masa yang sama

pengajaran guru dilakukan. Ini dapat dilakukan apabila pelajar menjalankan

permainan bahasa dan guru bertindak sebagai fasilitator bagi mengawasi dan

memantau pembelajaran mereka.

1.4 Bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan

Dalam waktu persekolahan yang panjang, rasa bosan dan jemu akan dihadapi

oleh guru apatah lagi para pelajar yang perlu memahami isi kandungan

pelbagai mata pelajaran. Maka permainan bahasa dapat mengikis perasaan ini

dengan kepelbagaian aktiviti yang dijalankan dapat menimbulkan perasaan

seronok dan gembira sekaligus pelajar dapat menerima pengajaran guru

dengan lebih baik.

1.5 Bertindak sebagai alat pemulihan, pengukuhan dan pengayaan

Dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat pelajar

bermasalah yang memerlukan kepada aktiviti pemulihan, pengukuhan atau

pengayaan bergantung kepada tahap penguasaan mereka selepas melalui

aktiviti biasa seperti mendengar penerangan guru, soal jawab dan membaca

buku teks. Maka permainan bahasa sangat membantu dalam mengatasi

masalah pembelajaran.

3

Page 4: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

2. Kelebihan Permainan Bahasa

Permainan bahasa mempunyai peranan penting dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa bagi membantu menguasai pelbagai kemahiran bahasa. Ia juga

dapat membantu dalam memudahkan lagi aktiviti pembelajaran bahasa kerana

pembelajaran bahasa merupakan satu tugas yang sukar yang memerlukan kepada latihan

yang berterusan untuk mempraktikkannya dan menguasai segala aspek kemahiran

berbahasa. Antara kelebihan permainan bahasa ialah1:

2.1 Memberikan peluang kepada pelajar untuk melatih dan menguasai pelbagai

kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis

dalam pelbagai situasi dan keadaan. Oleh itu, permainan bahasa merupakan

kaedah terbaik dalam membantu pelajar menguasai kemahiran bahasa sama ada

secara lisan dan tulisan.

2.2 Ia dapat mengurangkan rasa bosan dan jemu semasa pembelajaran bahasa

selain daripada memperbaiki dan menyelesaikan masalah emosi dan perasaan

negatif yang dihadapi oleh segelintir pelajar seperti suka menyendiri,

mendiamkan diri dan mengasingkan diri daripada para pelajar yang lain. Oleh itu,

permainan bahasa dapat membantu mereka untuk meluahkan buah fikiran dan

perasaan mereka dengan lebih jelas.

2.3 Ia dapat menggalakkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara lebih

kreatif, inovatif dan semulajadi (fitrah).

2.4 Ia dapat membantu guru memperbetulkan kesilapan dan kesalahan yang biasa

dilakukan oleh pelajar sama ada dari segi sebutan atau bacaan sesuatu perkataan

yang berbeza penggunaannya sesuai dengan situasi dan keadaan tertentu.

1 Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-Ibda’iy: (http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=3902715#post3902715)

4

Page 5: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

2.5 Ia memberi peluang kepada guru dan sesama para pelajar untuk berbincang,

bertanyakan soalan dan mengeluarkan pandangan sambil melaksanakan aktiviti

permainan bahasa. Oleh itu, para pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan

dalam keadaan rehat dan santai.

3. Bentuk Pengelolaan Permainan Bahasa

Berikut adalah teknik pengelolaan aktiviti permainan bahasa. Guru boleh menjayakannya

sama ada secara berkumpulan, berpasangan ataupun secara individu1:

(a) Secara Berkumpulan

Guru boleh melaksanakan permainan bahasa menerusi pembentukan kumpulan-

kumpulan yang kecil. Bilangan empat hingga enam orang pemain dalam satu kumpulan

sudah memadai. Guru perlu teliti dalam menentukan bilangan ahli dalam sesebuah

kumpulan kerana ia memainkan peranan dalam menentukan kelancaran permainan. Jika

bilangan pelajar di dalam kelas anda terlalu ramai, anda hendaklah membahagikan pelajar

ke dalam banyak kumpulan. Keadaan ini mungkin kurang selesa. Walau bagaimanapun,

jika keadaan ini tidak dapat dielakkan, permainan bahasa bolehlah digantikan dengan

jenis permainan yang tidak memerlukan terlalu banyak gerak kerja menulis. Sebagai

alternatif, guru boleh membawa pelajar anda keluar kelas untuk meneruskan permainan.

Sebelum guru memulakan satu permainan yang baru secara kumpulan, guru perlulah:

(i) Jelaskan kepada pelajar apakah jenis permainan yang hendak dimainkan itu.

(ii) Adakan tunjuk ajar atau demonstrasi. Dalam hal ini sebahagian daripada pelajar boleh

diminta membantu guru.

(iii) Arahan-arahan boleh ditulis di papan hitam, jika pelajar sudah boleh menulis,

membaca dan memahaminya.

1 Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009). Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

5

Page 6: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

(b) Secara Berpasangan

Permainan secara berpasangan boleh memberi lebih banyak peluang latihan mendengar

dan bertutur. Biasanya, permainan secara berpasangan tidak banyak menimbulkan

masalah jika dibandingkan dengan permainan secara berkumpulan. Guru boleh mengawal

pelajar dengan mudah.

(c) Secara Individu

Permainan secara individu amat sesuai untuk aktiviti pengayaan. Cara ini biasanya

dilakukan bagi pelajar yang pintar, cergas serta telah menghabiskan tugasan yang

diberikan oleh guru dalam sesuatu masa yan tertentu. Dalam situasi begini, pelajar

berfikir sendirian untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Jika tidak dapat

menyelesaikannya. Pelajar boleh merujuk kepada guru untuk mendapatkan petunjuk dan

panduan.

6

Page 7: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

4. Contoh permainan bahasa yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab Tahun 2 di sekolah kebangsaan:

Nama Permainan Bahasa Mengenal Nombor dan Bilangan (األرقام واألعداد)

Tajuk dalam Buku Teks

Bahasa Arab Tahun 2

(mukasurat 30) األدوات الدراسية dan (mukasurat 14) في فصلي

Kemahiran Bahasa Mendengar dan Bertutur

Isi kandungan Nombor dan Bilangan 21 hingga 30 ( ٣٠-٢١ )

Objektif 1. Mengenal bentuk nombor dan bilangan Bahasa Arab

2. Membilang nombor dalam Bahasa Arab

3. Menyebut nombor dan bilangan Bahasa Arab

dengan betul dan lancar

Bahan Wang kertas RM1 dan RM10, 3 set kad nombor Arab

( ٣٠-٢١ )

Kaedah Kelas, kumpulan dan individu

LANGKAH-LANGKAH

Pendahuluan

(2 minit)

Guru masuk ke dalam kelas dan meminta murid-murid

membaca doa secara beramai-ramai.

Set Induksi

(3 minit)

- Guru menunjukkan 10 keping wang kertas RM1 dan

sekeping wang kertas RM10.

7

Page 8: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

- Guru membilang setiap keping wang kertas RM1 dari 1

hingga 10.

- Kemudian, guru mengeluarkan sekeping wang kertas

RM10 dan mencampurkan dengan 10 keping wang kertas

RM1 satu persatu serta membilang dari 11 hingga 20.

Langkah 1

(5 minit)

- Guru membahagikan murid di dalam kelas kepada 3

kumpulan iaitu setiap kumpulan mempunyai 10 orang murid

(jumlah murid di dalam kelas ialah 30 orang).

- Guru mengagihkan kad nombor 21 hingga 30 kepada

setiap kumpulan. Ini bermakna setiap murid mendapat

nombor yang berlainan.

٢١ ٢٢

٢٣ ٢٤

٢٥ ٢٦

٢٧ ٢٨

٢٩ ٣٠

Langkah 2

(15 minit)

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu

mengikut urutan tanpa menunjukkan kad nombor dan

meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-

ramai.

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu

mengikut urutan dengan menunjukkan kad nombor dan

meminta semua murid menyebutnya semula secara beramai-

ramai.

٢١ ٢٢

٢٣ ٢٤

8

Page 9: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

٢٥ ٢٦

٢٧ ٢٨

٢٩ ٣٠

Langkah 3

(20 minit)

- Guru menyebut nombor 21 hingga 30 satu persatu dan

meminta murid dari setiap kumpulan untuk datang ke

hadapan kelas membawa dan menunjukkan nombor yang

dipegangnya.

- Kemudian, 3 orang murid dari setiap kumpulan itu tadi

diminta untuk menyebut nombor yang ditunjukkan itu tadi.

- Kumpulan yang berjaya menunjukkan dan menyebut

nombor dengan betul akan diberikan 1 markah bagi setiap

kad nombor yang betul dan 1 markah lagi bagi setiap

sebutan nombor yang betul. Markah penuh ialah 2 markah

bagi aktiviti ini.

٢١ ٢٢

٢٣ ٢٤

٢٥ ٢٦

٢٧ ٢٨

٢٩ ٣٠

Langkah 4

(10 minit)

- Setiap kumpulan diberikan semula 10 keping kad nombor

21 hingga 30.

- Setiap kumpulan diminta untuk menyusun semula 10

keping kad nombor tersebut dengan betul dan teratur.

- Kumpulan yang berjaya menyusun semula 10 keping kad

nombor 21 hingga 30 tersebut dengan betul akan diberikan 1

9

Page 10: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

markah bagi setiap nombor yang disusun dengan betul.

Penutup

(5 minit)

- Setiap kumpulan diminta untuk menyebut nombor 21

hingga 30 satu persatu mengikut giliran.

Beberapa manfaat yang boleh diperolehi oleh guru dan murid daripada permainan bahasa

ini:

1) Permainan ini hanya menggunakan bahan bantu mengajar iaitu wang kertas dan

kad nombor tanpa menggunakan buku teks. Maka para murid lebih berasa teruja

dan seronok serta bersedia untuk memulakan pembelajaran melalui permainan.

2) Semua murid memberikan perhatian kepada pengajaran guru apabila guru

memulakan pengajaran dengan mengeluarkan wang kertas yang pelbagai jenis.

Sekaligus, dapat menghilangkan rasa jemu dan bosan terhadap pengajaran dan

pembelajaran.

3) Guru dapat meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran kerana dapat

menghasilkan suatu permainan bahasa yang kreatif dan inovatif. Ini dapat

memberikan motivasi dan suntikan semangat yang baru kepada guru untuk

mencipta aktiviti permainan bahasa yang lain.

4) Dalam permainan bahasa ini, guru dapat mempelbagaikan kaedah, teknik dan

strategi pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya, guru dapat melihat dan menilai

kepelbagaian sikap dan tingkah laku daripada para murid yang terlibat.

5) Permainan bahasa ini adalah lebih mudah untuk dipelajari dan lebih cepat untuk

diterima oleh para murid kerana aktiviti yang dilaksanakan adalah berpusatkan

murid dan isi kandungan pelajaran disampaikan dalam bentuk yang kreatif.

10

Page 11: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

Penutup

Dengan adanya permainan bahasa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Arab, khususnya apabila melibatkan murid yang belajar Bahasa Arab sebagai

bahasa asing ketiga (selepas Bahasa Inggeris) di Malaysia ini, maka diharapkan dapat

menambahkan lagi minat mereka dalam mempelajari bahasa ini.

Aktiviti permainan bahasa ini juga dapat mengubah persepsi murid bahawa

mempelajari Bahasa Arab adalah sesuatu yang susah dan membebankan. Hasil daripada

penglibatan dan kejayaan mereka dalam menjalankan permainan bahasa ini, maka

mempelajari Bahasa Arab sebenarnya adalah mudah.

11

Page 12: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

RUJUKAN

1. Zawawi Ismail, Mohd Abdul Nasir Abdul Latif, Wan Nordin Wan Abdullah (2009).

Pengenalan Pendidikan Bahasa Arab. m/s 99-100, Malaysia: Open University

2. Majdi Ibrahim, Amiruddin Ishak, Rijaludin Yahya (2008). Buku Teks Bahasa Arab

Tahun 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Radhi Fauzi Hanafi (Dr), Al-Al’aab Al-Lughawiyyah wa At-Ta’bir As-Syafahi Al-

Ibda’iy:

(http://vb.arabsgate.com/showthread.php?s=30972f37217e021350122313cce2a82f&p=39

02715#post3902715)

4. http://bobezani.tripod.com/teknik.htm

12

Page 13: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

LAMPIRAN

Contoh Bahan ‘WANG KERTAS’ yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

13

Page 14: Permainan Bahasa Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab

Contoh Bahan ‘KAD NOMBOR’ yang digunakan dalam permainan Bahasa Arab

٢١ ٢٢

٢٣ ٢٤

٢٥ ٢٦

٢٧ ٢٨

٢٩ ٣٠

14