Upload
crystal-holland
View
257
Download
6
Embed Size (px)
Citation preview
Perlaksanaan Kaedah Latihan Secara Pembacaan Buku Bagi Menggantikan hari Berkursus Di KPM Pada Tahun 2010
Ruj. Kami : KP(PP) 0022/252 (8)Tarikh : 22 Mac 2010
Semua Ketua Jabatan/ BahagianKementerian Pelajaran Malaysia
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pegawai Pelajaran Daerah
Semua Pengarah Institut Pengurusan Malaysia (IPGM)
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi
Semua Ketua Nazir Negeri
Semua Ketua Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
Y.Bhg.Datuk/ Dato'/ Tuan/ Puan,
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa saya telah diarah menarik perhatian Y.Bhg Datuk/ Dato' / tuan/ puan mengenai perkara di atas.
2. Dimaklumkan bahawa peruntukan untuk latihan dalam perkhimatan di KPM bagi tahun 2010 telah dikurangkan tetapi setiap anggota KPM masih perlu memenuhi keperluan dasar latihan sekurang-kurangnya 7 hari kursus setahun. Oleh itu, langkah alternatif untuk memenuhi keperluan 7 hari kursus setahun bagi setiap anggota KPM selain menerusi kaedah Blended Training Approach (sesi perkongsian ilmu, Executive Talk, program pementoran dan sebagainya yang boleh dikira dengan enam (6) jam kehadiran bersamaan 1 hari kursus) perlu diambil.
3. Sehubungan itu, KPM telah memutuskan supaya kursus 7 hari setahun bagi setiap anggota KPM dalam tahun 2010 boleh digantikan dengan pembacaan buku adalah sebagai alternatif sekiranya kewajipan menghadiri kursus bagi semua kakitangan awam tidak dapat dipenuhi. Pelaksanaan pembacaan buku bagi
menggantikan hari berkursus ini adalah melalui dua pendekatan seperti berikut:-
(i) sekiranya anggota KPM memenuhi keperluan 7 hari kursus, maka tiada pembacaan buku diperlukan; dan
(ii) bilangan buku yang perlu dibaca adalah bergantung kepada bilangan hari kursus yang diperlukan untuk memenuhi 7 hari kursus seperti yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2005.
4. Kaedah pelakasanaan pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus dilaksanakan melalui mekanisme seperti berikut:-
(i) Ketua Jabatan atau Panel Khas di Bahagian/ Jabatan akan menentukan jenis bahan bacaan atau jenis perkongsian pengalaman kerja yang ditetapkan;
(ii) Pembentangan dan penulisan sipnosis bulu yang disediakan perlu meliputi perkara-perkara berikut:- (a) Ringkasan Eksekutif; (b) Pembelajaran yang diperolehi; dan (c) Aplikasi di dalam Organisasi;
(iii) Pembetangan ke atas pembacaan buku boleh diadakan dalam majlis rasmi seperti mesyuarat, perhimpunan bulanan Bahagian/ Jabatan, Sesi perkongsian ilmu, sesi pembelajaran, sesi perbincangan dan sebagainya dengan penyertaan oleh pembentang, pegawai penilai dan anggota organisasi berkenaan;
(iv) Tempoh pembentangan adalah mengikut kumpulan kategori pegawai KPM dalam lingkungan 10 minit hingga 15 minit;
(v) Sesi pembentangan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan ataupun oleh seorang pegawai yang satu gred lebih tinggi daripada pembentang; dan
(vi) Ada sesi soal jawab.
5. Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sinopsis adalah mengikut kumpulan kategori pegawai seperti berikut:- (i) Pengurusan Tertinggi / JUSA Pembentangan ke atas pembacaan buku dan penulisan sipnosis buku adalah diwajibkan. Sinopsis perlu diedarkan semasa pembentangan;
(ii) Pengurusan & Profesional (Gred 41 & 54) Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembetangan.
(iii) Kumpulan Sokongan 1 (Gred 17-40) Penulisan sinopsis buku adalah diwajibkan tanpa pembetangan; dan
(iii) Kumpulan Sokongan 2 (Gred 16 ke bawah) Pembentangan ke atas pembacaan buku / pengalaman kerja adalah diwajibkan tanpa penulisan sinopsis buku.
Maklumat terperinci mengenai kaedah pelaksanaan adalah seperti di Lampiran A di bawah:
KAEDAH PELAKSANAAN PEMBACAAN BUKU BAGI MENGGANTIKAN HARI BERKURSUS
DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA PADA TAHUN 2010
6. Sehubungan dengan itu, kerjasama Ketua-ketua Jabatan /
Bahagian adalah dipohon untuk melaksanakan kaedah latihan
secara pembacaan buku bagi menggantikan hari berkursus di
Jabatan / Bahagian masing-masing pada tahun 2010. Keutamaan
masih diberikan kepada pegawai atau kakitangan menghadiri
kursus sekiranya Jabatan / Bahagian masing-masing mempunyai
peruntukan yang cukup.
7. Dengan sukacitanya surat siaran ini dikemukakan kepada Y.Bhg
Datuk / Dato' / Tuan / Puan utnuk dipanjangkan kepada semua
anggota Jabatan / Bahagian di bawah pentadbiran masing-masing.
8. Di atas segala kerjasama Y.Bhg Datuk / Dato' / Tuan / Puan
berikan di dalam hal ini adalah sangat-sangat dihargai dan
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menurut perintah,
(KHALID BIN ABU BAKAR)
b.p Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
sk:
Y.Bhg Tan Sri Dr. Zulkurnain Bin Haji Awang
Ketua Setiausaha
KPM
Y.Bhg Tan Sri Dato' haji Alimuddin Bin Haji Mohd Dom
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
KPM
TKSU(Pengurusan)
TKSU(Pembangunan)
TKPPM
(Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
TKPPM
(Sektor Operasi Pendidikan)
TKPPM
(Sektor Pembangunan Profesionalisme KeguruanKursus LDP 2010BPG: Kursus LDP 2010 Secara School BasedPelaksanaan Kaedah Latihan Secara ‘PEMBACAAN BUKU‘ Sebagai Tambahan Bagi Melengkapkan Kursus LDP Secara SCHOOL BASED Di Sekolah.Pengenalan
1. Kursus LDP 7 hari di sekolah akan digantikan dengan pembacaan 7 buku ilmiah oleh setiap orang guru mulai tahun 2010.
2. Setiap buku ilmiah yang telah dibaca oleh guru perlu dibentangkan untuk dikongsi bersama, iaitu pembentangan sebuah buku (Book Review) adalah bersamaan 1 hari kursus untuk guru tersebut.
3. In House Training yang telah dilaksanakan hendaklah diteruskan.4. Kaedah ‘Book Review’ dilaksanakan sebagai tambahan kepada kaedah In
House Training bagi mencukupi jumlah kursus selama tujuh hari.Komponen Bacaan (Setiap buku mesti >50 halaman)A) Pengetahuan Profesionalisme (60%)
Ilmu pengetahuan pendidikan dan mata pelajaran Kandungan dan kaedah pedagogi Pengurusan kurikulum Kreativiti dan Inovasi pedagogi
B) Kemahiran Profesionalisme (20%) Kejurulatihan, Penulisan Ilmiah, Kepimpinan, Pengurusan Kewangan dan
StrategikC) Amalan dan Nilai Profesionalisme Keguruan (20%)
Nilai dan Etika, Komunikasi Berkesan, Soft SkillsPelaksanaan : Sebelum pembacaan, setiap buku yang dipilih mestilah mendapat pengesahan daripada pihak pentadbir sekolah. Jangka masa pembentangan untuk setiap pembentang adalah 20 hingga 30 minit.Ulasan buku mestilah merangkumi 3 aspek iaitu:
i) Sinopsi bukuii) Pengetahun/pengajaran yang boleh diperolehiiii) Aplikasi ilmu dalam organisasi / P&P1. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan tersebut selama 6 jam dinilai sebagai 1 hari berkursus.2. Kehadiran guru-guru untuk mendengar pembentangan dibenarkan sehingga 18 jam atau 3 hari sahaja.3. Selepas membaca guru dikehendaki melengkapkan Borang Sinopsis (Lampiran C)4. Pembentang menyerahkan Borang Sinopisis (Lampiran C) kepada SU LDP untuk pengesahan pentadbir.5. Pendengar menilai pembentangan yang telah dibuat (Lampiran E).6. Pentadbir memantau pembentangan (Lampiran F).7. Pemberian markah Prestasi Tahunan guru dengan mengambil kira jumlah pembacaan buku dan kehadiran semasa pembentahan rakan sekerja.