4

Click here to load reader

Perkembangan Profesionalisme Guru - Pembelajaran Sepanjang Hayat

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota EDU 3108

Citation preview

  • Selasa 14/10/2014

    Kuliah 9

    Perkembangan Profesional Guru

    Pembelajaran Sepanjang hayat:

    - Konsep pembelajaran sepanjang hayat

    - Pelan pembelajaran peribadi

    - Budaya membacaBudaya menyelidik

    - Amalan reflektif

    - Budaya Musyawarah

    - Budaya kolaborasi dan koperatif

    - Pembelajaran autentik

    - Latihan dalam perkhidmatan

    - Akses maklumat pelbagai sumber

    Pengenalan

    - Kepentingan mencari ilmu ditegaskan dalam agama.

    - Islam memberikan ganjaran syurga kepada golongan yang mahu menuntut ilmu

    memandangkan ilmu itu sangat penting dalam membina kesejahteraan manusia

    mendekatkan manusia dengan perkara-perkara yang baik.

    - Basil dan Edward Lindman (1926) menegaskan bahawa pendidikan merupakan aspek yang

    berterusan dalam kehidupan seharian manusia.

    Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat:

    - Pembelajaran sepanjang hayat bermaksuf motivasi kendiri ke arah pencarian dan

    peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan keperluan personal atau pun profesional.

    - Boleh berlaku secara formal ataupun tidak formal.

    - Setiap guru perlu mengemaskini ilmu dan kemahiran sejajar dengan perubahan dan cabaran

    semasa.

    - Era globalisasi menuntut setiap guru menguasai ilmu dan kemahiran dalam bidang TMK.

    - Pada waktu yang sama, unsur-unsur insaniah tidak boleh diabaikan utk meneimbangkan

    kehidupan manusia.

    - Setiap guru perlu pelan pembelajaran kendiri dalam usaha meningkatkan ilmu dan

    kemahiran.

    - Antara program pembelajaran sepanjang hayat adalah menghadiri seminar dan bengkel,

    menyertai kursus-kursus pendek dan panjang, terliba dalam konsultansi, budaya membaca,

    menjalankan penyelidikan, mengadakan lawatan ke sekolah dan lawatan pendandaarasan,

    turut serta dalam projek-projek yang dikendalikan oleh komuniti dan kementerian serta aktif

    dalam pertubuhan dan persatuan akademik seperti matematik, sejarah, BM dan Geografi.

  • Selasa 14/10/2014

    Pelan Pembelajaran Peribadi

    Persekitaran Pembelajaran Kendiri:

    - Selaras dengan konsep e-learning.

    - Harus mempunyai kemahiran sosial.

    Budaya membaca:

    - Bangsa maju dan berjaya merupakan bangsa yang menhadikan membaca sebagai budaya

    dalam kehidupan mereka.

    - Manusia perlu membaca demi menguasai pengetahuan yang belum diketahuinya kerana

    membaca mendorong manusia membina kesempurnaan hidup (Surah Al-Alaq, ayat 19)

    - Guru-guru diseru agar mengamalkan budaya membaca bagi memastikan mereka sentiasa

    mengemaskini ilmu pengetahuan.

    - Membaca tidak terbatas melalui buku, majalah dan akhbar sahaja, internet juga

    menyediakan bahan bacaan yang meluas.

    - Membaca dapat mengupayakan seseorang membincangkan pelbagai isu, meontarkan idea,

    mengupas isu dan masalah.

    Panduan Amalan Membaca:

    - Peruntukan masa 10 minit pada setiap waktu yang terluang pada waktu makan/sarapan atau

    minum petang/sebelum tidur untuk membaca.

    - Bawa ke mana-mana sahaja kita pergi, jika terasa bosan menanti/menunggu seseorang/ bas

    atau semasa dalam perjalanan.

    - Kurangkan aktiviti lain yang sia-sia dan isikan dengan aktiviti yang berfaedah seperti

    membaca

    - Dapatkan sesuatu ruang yang sunyi dan tidak diganggu ketika membaca.

    - Perkembangan dalam dunia pendidikan

    menuntut setiap guru meningkatkan ilmu dan

    kemahiran mereka.

    - Belajar bagaimana belajar (learn how to learn)

    - Dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat, ia tidak

    lagi membataskan pencarian ilmu di b/d semata-

    mata.

    - Sebaliknya berlaku sepanjang hayat dalam

    pelbagai situasi dengan adanya perkembangan

    teknologi maklumat dan komunikasi.

    PEMBELAJARAN DI

    RUMAH

    PENDIDIKAN DEWASA

    PENDIDIKAN

    BERTERUSAN

    PENGETAHUAN

    PEKERJA

    PERSEKITARAN

    PEMBELAJARAN

    KENDIRI

  • Selasa 14/10/2014

    - Senaraikan bahan bacaan yang telah dikenalpasti dan buat catatan untuk mendapatkannya

    misalnya semasa ke kedai buku atau pameran buku.

    - Kunjungi pameran buku dan kedai buku untuk pupuk minat membaca

    - Tentukan matlamat dalam pembacaan, ubah darupada membaca akhbar /bacaan ringan

    kepada bahan-bahan ilmiah.

    Budaya mendidik

    - Merupakan salah satu aktiviti berkesan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

    - Melalui penyeldidikan mengupayakan kita berfikir, merancang, melakukan tinjauan hasil

    penyelidikan orang lain, menyediakan item-item soalan, menganalisis dna menulis laporan.

    - Mendorong ke arah pemikirna yang tinggi(analisis) dan melatih lebih peka dan berfikiran

    kritis.

    - Membolehkan kita mencungkil perkara baru dan mencadangkan tindakan yang terkini dan

    sesuai.

    - Membolehkan guru mengenal pasti isu dan masalah pengajaran dan pembelajaran, disiplin

    dan sikap pelajar, kepimpinan dan pengurusan sekolah dan lain-lain mengenai sistem

    pendidikan.

    Rumusan:

    Penyelidikan tindakan dapatlah dirumusakan sebagai suatu kajian mengenai situasi sosial (situasi

    pendidikan) yang melibatkna penyertaan peserta yang terdiri daripada guru atau pensyarah sebagai

    penyeldidik dengan tujuan ...

    Amalan Reflektif

    - Merupakan amalan berfikir atau merenung kembali sesuatu pengalaman yang kita alami dan

    menyedari implikasinya terhadap diri kita.

    - Berfikir reflektif ialah suatu usaha yang bermakna dan mampu membantu guru untuk

    mengimbangkan kepercayaan diri dengan keperluan pelajar.

    - Menilai hasil perancangan dan strategi dalam pengajaran dan pembelajaran.

    - Mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri.

    - Membantu guru berkembangan sebagai guru yang profesional dan berkesan.

    - Membolehkan guru memahami pengalaman praktik tanpa mengenepikan nilai, andaian,

    kepercayaan dan perspektif kendiri.

    - Membantu guru membuat keputusan yang matang mengenai teori dan amalan pengajaran.

    Kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan

    - Sesuai kepada guru pelatih untuk emngimbangi antara pengalaman mereka sendiri dengan

    keyaan golongan yang terdahulu (Pensyarah/guru senior) dengan membaca jurnal-jurnal

    penyelidikan atau laporan refleksi bagi menemui pendekatan-pendekatan yg elbih sesuai

    dalam menguruskan pengajaran dan pembelajaran.

    Jenis-jenis amalan reflektif

    - Amalan reflektif semerta (reflection-in-action)

  • Selasa 14/10/2014

    o Berlaku semasa kita sedang bertindak, sewaktu guru sedang mencuba sesuatu

    tindakan yang baharu utk meneroka peristiwa baharu yg tidak dijangka di dalam bilik

    darjah agar kita dapat bertindak dgn cara yg baharu dan lebih baik.

    Proses Pengajaran Reflektif

    - Seseorang guru dikatakan telah cuba menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran

    apabila dia mampu menyoal tindakan dan keputusannya berkaitan dengan pengajaran dan

    pembelajaran dan pengurusan biik darjah.

    - Antara kaedah ialah menyoal diri sendiri untuk mengenal pasti apa yang perlu diubah,

    menilai kefahaman dan keperluan murid2 dan menyelesaikannya.

    Kolaborasi dan Musyawarah

    - Anda memerlukan rakan, pembimbing dan keluarga untuk menyokong anda malahan

    membantu anda.

    - Hubungan anda dengan pihak lain dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu

    dikenali sebagai kolaborasi.

    - Kolaborasi itu didefinisikan sebagai bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang

    mempunyai matlamat yg sama hendak dicapai.

    - Kolaborasi mampu meningkatkan kejayaan apabila kumpulan yang berkolaborasi berkongsi

    pengetahuan dan mencapai kata sepakat bagi mengatasi sesuatu masalah.

    - Kolaborasi profesional dalam kalangan guru dapat memperkembangkan ilmu pengetahuan,

    kefahaman dan kemahiran dalam dimensi profesional agar dapat meningkatkan kualiti

    pembelajaran murid.

    Cara-cara berkolaborasi:

    - Antara organisasi / institusi/ Agensi