3
PERKEMBANGAN BUDAYA PADA DINASTI CHOU 1. Kegiatan pertanian Masyarakat Cina semasa era pemerintahan dinasti Chou amat mementingkan kegiatan pertanian, terutama dalam sektor penanaman padi. Golongan petani yang mengerjakan penanaman sawah padi dianggap sebagai golongan yang mulia pada zaman dinasti Chou kerana golongan ini, yang membekalkan sumber makanan kepada masyarakat Chou ketika itu. Melalui kegiatan pertanian ini telah berlaku pengkhususan ekonomi dalam kalangan masyarakat sehingga melahirkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat pada era Dinasti Chou. Sebagai petani mengerjakan sawah padi untuk diserahkan hasilnya kepada maharaja dan rakyat. Kegiatan pertanian juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat pada zaman Dinasti Chou. 2. Kewujudan sistem feudal Pada zaman pemerintahan dinasti Chou, sistem monarki telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem feudalisme. Berdasarkan sistem ini telah mewujudkan dua golongan dalam dinasti Chou iaitu, golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja dan pembesar, manakala golongan diperintah pula terdiri daripada petani, rakyat biasa, peniaga dan hamba.

Perkembangan Budaya Pada Dinasti Chou

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sejarah awal asia timur

Citation preview

PERKEMBANGAN BUDAYA PADA DINASTI CHOU

1. Kegiatan pertanian

Masyarakat Cina semasa era pemerintahan dinasti Chou amat mementingkan kegiatan pertanian, terutama dalam sektor penanaman padi. Golongan petani yang mengerjakan penanaman sawah padi dianggap sebagai golongan yang mulia pada zaman dinasti Chou kerana golongan ini, yang membekalkan sumber makanan kepada masyarakat Chou ketika itu. Melalui kegiatan pertanian ini telah berlaku pengkhususan ekonomi dalam kalangan masyarakat sehingga melahirkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat pada era Dinasti Chou. Sebagai petani mengerjakan sawah padi untuk diserahkan hasilnya kepada maharaja dan rakyat. Kegiatan pertanian juga memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubungan sosial dalam kalangan masyarakat pada zaman Dinasti Chou.

2. Kewujudan sistem feudal

Pada zaman pemerintahan dinasti Chou, sistem monarki telah dihapuskan dan digantikan dengan sistem feudalisme.

Berdasarkan sistem ini telah mewujudkan dua golongan dalam dinasti Chou iaitu, golongan pemerintah dan golongan diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada maharaja dan pembesar, manakala golongan diperintah pula terdiri daripada petani, rakyat biasa, peniaga dan hamba.

Selain itu, sistem feudal ini juga mementingkan anak lelaki sebagai pewaris kerajaan dinasti Chou ini. Oleh itu, kewujudan sistem feudal juga telah mempengaruhi perkembangan sosial di china semasa dinasti Chou.

3. Pengenalan kepada konsep Confucius

semasa pemerintahan Dinasti Chou, kerajaan ini telah mengamalkan ajaran Confucius.

Melalui ajaran Confucius, diperkenalkan juga kepada konsep mandat dari syurga atau dikenali sebagai son of heaven. Mengikut konsep ini raja dianggap sebagai anak tuhan dan diberikan mandat untuk memerintah.

4. Kemunculan golongan aristokrat dan golongan feudal

Kemunculan golongan aristokrat pada dinasti chou juga telah menjadi satu faktor kepada pembentukan sosial pada era ini. Golongan aristokrat ini memonopoli segala kegiatan seni peperangan dari segi pembuatan pedang dan ilmu berlawan pedang dan memanah serta charioteering.

Manakala golongan feudal merupakan golongan elit didalam dinasti chou.

Rujukan

Milton Walter Meyer, 1994, China: A Concise History Ashbrook Series on Constitutional Littlefield Adams quality paperbacks, Lanham, Maryland: Rowman & Littlefield.

Mi Zhou, 2002, Zhou Mi's Record of Clouds and Mist Passing Before One's Eyes: An Annotated Translation Volume 54 of Sinica Leidensia, Leiden: BRILL.