Upload
zafarin-salleh
View
33
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
judi adalah salah satu gejala sosial yang semakin berluasa
Citation preview
10. JUDI
Judi secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai permainan dengan memakai wang
dan lain-lain sebagai taruhan. Judi yang kita ketahui sebagai parasit masyarakat yang kini
semakin membarah di dalam masyarakat yang berbilang kaum. Perkara yang dibenci di sisi
Allah ini menjadi kesukaan hamba-hambanya yang terlalu sukakan kehidupan dunia fana ini.
Budaya berjudi sudah semakin diiktiraf dalam masyarakat kita. Judi sudah dimaklum
secara ‘darurat’ dalam agama bahawa ianya haram. Tetapi berapa ramai umat Islam yang
terlibat dengan judi? Baik sama ada judi itu yang haram di sisi kerajaan mahupun yang
‘halal’. Toto, magnum4digit, pan sweep sudah menjadi perkara biasa di kalangan masyarakat
awam. Ada di antara kanak2 yang disuruh beli nombor ekor oleh ibubapanya.
Siapa yang tidak kenal Genting. Itulah antara lokasi yang menjadi kebanggaan
kerajaan dan rakyat Malaysia. Genting merupakan antara 10 syarikat judi terbesar di Asia. Itu
tidak mengambil kira judi kecil-kecilan yang semakin popular di kalangan penonton tv
sekarang ini seperti rancangan Insomnia. Mereka tidak lagi menghormati institusi agama
seperti Jabatan Mufti. Walaupun perkara itu sudah difatwakan haram baik dari Ulama’ luar
dan dalam negara, kerajaan masih tetap membenarkan ianya berleluasa.
Bayangkan di Malaysia ini, terdapat 12 buah industri arak dan judi dan 12 orang
muslim Melayu yang menjadi Ahli Lembaga Pengarahnya. Jika penyakit-penyakit ini tidak
dibendung, akan hancurlah negara. Generasi akan datang akan terus hidup dalam
kemungkaran, dan memimpin negara tanpa landasan Islam yang sebenar. Tetapi, jika kita
mencegah parasit ini dari awal, kita dapat melahirkan insan yang patuh pada ajaran Allah
yang Maha Benar. Generasi akan datang akan mengikut ajaran Allah dan meninggalkan
larangannya. Masyarakat yang harmoni, tinggi sahsiah dan berintegriti juga akan terbentuk
jika kita segera menghalangi perkara-perkara ini.
10.1 Judi dari Sudut Ajaran Islam
Segala jenis bentuk perjudian samada loteri, tikam, mesin slot/jackpot atau
seumpamanya adalah satu kesalahan dan berdosa besar di sisi Islam. Firman Allah: “Mereka
bertanya kepadamu tentang minum khamar(segala macam minuman yang memabukkan) dan
berjudi. Katakanlah: “Kedua macam (perbuatan itu) adalah dosa besar (dan ada manfaat) bagi
manusia, tetapi dosanya jauh lebih besar dari manfaatnya itu”. (Al-Baqarah: 219) Allah ta’ala
telah berfirman yang mafhumnya: “Wahai orang-orang mukmin. Sesungguhnya arak, judi,
berhala, anak panah (judi) adalah najis (kotor) dari kelakuan syaitan. Jauhilah ia supaya kamu
beroleh kemenangan. Sesungguhnya syaitan bertujuan menjadikan permusuhan dan
kebencian di antara kamu melalui arak dan judi, serta menghalang kamu dari mengingati
Allah dan mendirikan solat”. (Al-Maidah, 90-91). Ayat ini jelas menunjukkan pengharaman
‘khamar’ (arak) dan segala bentuk ‘maysir’ (judi). Al maysir pada hakikatnya adalah segala
bentuk permainan yang dimaksudkan untuk mendapatkan keuntungan ‘material’ secara
mudah. Unsur ‘mudah’ lebih dominan daripada perhitungan kerja keras dan kreativiti yang
sihat.
Muhammad Ali Ash Shahbuny dalam tafsir Rawaul bayaan tafsir ayatil ahkam.
Mengatakan “Para ulama telah sepakat akan haramnya berbagai macam judi/qimar dan yang
termasuk diharamkan berdasarkan firman Allah dalam surat Al Baqarah; 219 adalah setiap
permainan yang menguntungan satu pihak dan merugikan pihak lain maka termasuk dalam
maisir/qimar/judi yang diharamkan”.
Dikutip dari DR Yusuf Qardhawi yang mengatakan “semua permainan yang
didalamnya ada perjudian, maka hukumnya haram. Sedang apa yang dinamakan judi adalah
segala permainan yang mengandung untung atau rugi bagi pelakunya”. Al qimar / judi adalah
permainan yang seorang mengambil dari kawan sepermainnya sesuatu demi sesuatu (berupa
material). Al qimar/judi pada masa kini adalah seluruh permainan yang diisyaratkan padanya
adanya suatu pemberian (berupa material) bagi pihak yang menang yang diambil dari pihak
yang kalah.
Menurut badan kerjasama pondok pesantren Jawa Barat bahawa judi adalah
permainan dengan taruhan dengan segala bentuk dan caranya (tekniknya) yang pelakunya
sebahagian beruntung dan sebahagian rugi adalah termasuk maisir/qimar. Judi menurut
Ibrahim Anis Al-Mu’;jam Al-Wasith hal 7589, adalah “setiap permainan (la’bun) yang
mengandung taruhan dari kedua pihak (muraahanah).”
Menurut Al-Jurani dalam At-Ta’rif hal. 17910, judi adalah “setiap permainan yang
didalamnya di isyaratkan adanya suatu (berupa material) yang diambil dari pihak yang kalah
kepada pihak yang menang.” Menurut Ali Ash-Shabuni dalam Rawa’i Al-Bayanfi Ayat Al-
Ahkam(I/279), judi adalah “setiap permainan yang menimbulkan keuntungan (riba) bagi satu
pihak dan kerugian (khasarah) bagi pihak lainnya”.
Secara bahasa, judi adalah mempertaruhkan sejumlah wang dalam suatu permainan.
Dalam Fatwa al Azhar dijelaskan, judi dalam bahasa Arab “al maisir” atau “al qimmar”.
Dikatakan “al maisir” yang bermakna mudah. Kerana dengan berjudi seseorang boleh
mengambil harta orang lain dengan cara yang sangat mudah. Dalam judi, beberapa orang
akan bertaruh dengan hartanya dan melakukan sebuah permainan seperti dadu, tembak angka
atau yang lain. Kemudian yang menang akam mengambil kumpulah harta tersebut. Beberapa
definisi tersebut saling melengkapi, sehingga dari kesemuanya dapat disimpulkan definisi
judi yang secara menyeluruh. Jadi, judi adalah segala permainan yang permainan yang
mengandung unsur taruhan (harta/materi) dimana pihak yang menang / untung mengambil
(merampas) harta material dari pihak yang kalah.
Berdasarkan definisi itu, dalam judi ada 3 (tiga) unsur aktiviti utama :
1) Pertama, adanya taruhan harta yang berasal dari para pihak yang sedang berjudi.
2) Kedua, ada suatu permainan, untuk menentukan pihak yang menang dan yang kalah.
3) Ketiga, pihak yang menang mengambil harta yang menjadi taruhan(murahanah), sedang
pihak yang kalah akan kehilangan hartanya.
10.2 Judi dari Kamus Dewan
Permainan dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan (main ceki, main
dadu, dan lain-lain. Karan saja permainan judi yang memakai kuasa elektrik (nombor
ditunjukkan oleh bola yang mengenai keping-keping besi); tikam ekor taruhan yang ditikam
pada tiga (atau empat) angka terakhir daripada nombor loteri lumba kuda; wawei saja
permainan judi dengan menikam pada salah satu daripada tiga puluh enam jenis gambar
binatang; berjudi bermain dengan memakai wang dan lain-lain sebagai taruhan; menjudikan,
memperjudikan; menggunakan wang dan lain-lain sebagai taruhan dalam permainan judi,
mempertaruhkan; meletakkan dlm keadaan yang boleh menimbulkan bahaya atau mudarat,
mempertaruhkan: perjudian; hal atau perbuatan berjudi; tempat berjudi; penjudian hal atau
perbuatan menjudikan.
a) Tikam Ekor
Permainan judi meneka nombor-nombor terakhir dalam sesuatu keputusan loteri dan
sebagainya. Menikam memasang wang dalam permainan judi (membeli tiket loteri dan lain-
lain). Tikaman wang dan lain-lain yang dipasang dalam permainan judi.
b) Judi Bola
Negara telah dihangatkan dengan kelulusan pihak kerajaan meluluskan lesen kepada
Berjaya Corporation untuk menguruskan pertaruhan sempena Piala Dunia 2010 yang
menjelang tiba. Tentangan bukan sahaja datang dari pihak parti pembangkang dan orang
Islam, bahkan dari pertubuhan bukan kerajaan dan masyarakat bukan Islam. Saranan dari
bekas Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi, juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin agar keputusan kerajaan tersebut dikaji semula amatlah dialu-alukan dan
harus diteliti oleh pihak kerajaan.
Ia bukan sahaja dapat mereda suasana dan desakan majoriti masyarakat, bahkan
bersesuaian dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara Islam contoh di kalangan
Negara-negara Islam terutama dalam negara menonjolkan diri sebagai Pusat Kewangan Islam
Antarabangsa dan juga Pusat Halal Dunia.
Walaupun lesen judi hanya dibenarkan untuk pelanggan di kalangan bukan Islam
termasuk pekerja dan premis, namun judi bukan sahaja mendapat tentangan daripada
masyarakat Islam tetapi bukan Islam sendiri. Jika ditelusuri judi di kalangan agama dunia,
majoriti merujuk tentang keburukan judi kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Islam
sebagai agama rasmi negara, secara jelas menyatakan haramnya judi.
Semoga acara sukan dan sebagainya tidak dicemari dengan aktiviti yang tidak sihat
seperti judi. Ia bukan sahaja menggalakkan mereka yang meminati sukan tersebut berminat
untuk berjudi sama, malah menambah masalah judi yang sedia ada di negara kita.
10.3 Punca Berlakunya Judi
Di antara punca-punca berlakunya gejala-gejala ini kerana:
1) Lemahnya iman
Iman adalah satu kekuatan yang dapat menjaga manusia daripada melakukan perkara-
perkara mungkar. Iman juga mengangkat manusia ke jalan kemuliaan. Allah s.w.t telah
berfirman: “Siapa yang datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman dan sudah
mengerjakan amal-amal soleh, maka baginya darjat yang mulia.” (Taha: 75)
Seseorang yang tidak mahu beramal kepada ajaran Allah sangat buruk akhlaknya, dan
akhlak yang buruk tanda lemahnya iman.
2) Kurang jati diri
3) Kecetekan akal fikiran
4) Bersikap sambil lewa terhadap hukum hakam yang telah disyariatkan oleh Allah.
10.4 Akibat Judi
Judi mempunyai kesan yang sangat buruk di dalam masyarakat. Diantara kesan judi adalah:
Penjudi akan selalu dibebani dengan hutang, hidup tidak tenang, banyak masa
terbuang serta mengabaikan keluarga, dan juga bersikap tamak. Aktiviti judi yang sedia ada
di negara kita terutama di kalangan yang berpendapatan rendah telah menyebabkan
kebobrokan rumah tangga dan ramai terperangkap dengan hutang dengan meminjam melalui
‘Ah Long’ dan ceti haram.
Ianya boleh menjadi punca perpecahan di kalangan masyarakat. Sekiranya tidak
dibendung, parasit ini akan terus membiak dan menjadi barah kepada generasi akan datang
dan negara akan mempunyai sahsiah yang sangat buruk. Jika diamalkan, ia akan memberi
kesan buruk terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan seterusnya kepada negara.
Perkara haram inilah yang menjadi punca penyakit dan perosak fikiran dan akhlak
umat Islam masa kini. Ia juga meruntuhkan moral dan integriti sesebuah masyrakat. Judi juga
boleh menyebabkan rasuah. Dan rasuah juga memberi kesan yang sangat besar kepada
masyarakat. Perasuah adalah mereka yang tidak berintegriti. System pemerintahan akan
menjadi lemah kerana setiap kali berlakunya rasuah, pemerintah mungkin akan menggunakan
wang hasil cukai rakyat dan manfaatnya akan digunakan untuk kepentingan para perasuah.
Seterusnya menyebabkan pentadbiran sesebuah negeri dan negara akan menjadi kucar kacir
dan menimbulkan masalah lain seperti masalah ekonomi, pengabaian terhadap masyarakat
jika amalan rasuah terus berleluasa di perikat pimpinan negara. Begitulah kesan-kesan arak,
judi dan rasuah terhadap masyarakat.
Bagi yang menang akan mengundang kebencian, kedua bagi yang kalah akan tertekan
kerana kehilangan wang, ketiga tidak ada perkataan yang boleh digunakan untuk
pembelaannya di mahkamah, keempat dia akan dijauhi oleh rakan dan keluarga, kelima dia
akan susah untuk menemui jodoh kerana tiada yang mahu bersuamikan si penjudi dan
keenam mencari kekayaan atas pertaruhan menyebabkan kesengsaraan kepada orang lain
(yang kalah)’
10.5 Statistik Berkaitan Judi
a) Kesan daripada judi adalah Pinjaman
(2/11/2009)
Mengikut statistik Bank Negara Malaysia pada bulan Ogos 2009, pinjaman peribadi rakyat
Malaysia dalam sistem perbankan berjumlah RM5.215 bilion berbanding RM4.106 bilion
pada bulan yang sama, 2008.
(9/11/2009)
AKHBAR ini pada 9 November lalu melaporkan, seramai 35,000 pengguna menanggung
hutang bernilai RM1.9 bilion telah mengikuti program pengurusan kredit di bawah Agensi
Kaunseling and Pengurusan Kredit (AKPK) sehingga Oktober 2009. Sebahagian besar
daripada 1.2 juta penjawat awam menghadapi masalah hutang. Ada yang potongan gaji
mereka sehingga 60 peratus.
b) Pertumbuhan Agensi Haram Along
Judi juga menggalakkan pertumbuhan agensi along. Along merupakan agensi
peminjam wang haram yang menjadi jalan mudah kepada orang yang ingin berhutang
khususnya pemain judi.
Menurut Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Datuk Micheal
Chong, pada tahun 2005 tidak kurang 1,600 Ah Long dikesan beroperasi dan tahun lalu ia
bertambah kepada lebih 4,000 orang. “Sepanjang enam bulan tahun ini sahaja lebih 2,200
operasi Ah Long dikesan hasil kira-kira 300 kes mangsa yang tampil mengadu,” jelasnya.
Kata Chong, kebanyakan mangsa Ah Long adalah kaki judi, peminum arak serta peniaga
kecil dan sederhana.
FAKTA AH LONG:
* Budaya samseng peminjam wang yang bermula dan berpengaruh di Hong Kong.
* Memperdagangkan mata wang tanpa lesen melalui konsep pinjaman.
* Kegiatan mereka adalah jenayah.
* Operasi bergerak secara berantai (rantaian), berurusan secara lisan dan tanpa peraturan.
* Hanya beroperasi melalui orang tengah (runners).
* Didalangi orang berpengaruh yang sukar dikesan untuk tindakan undang-undang.
* Mangsanya rata-rata kaki judi (lebih 80 peratus) dan peniaga kecil serta sederhana.
* Ada lebih 4,000 Ah Long beroperasi (2006) melibatkan urus niaga haram mata wang
melebihi RM50 juta.
* Mangsa Ah Long;
i) Cina (lebih 80 peratus).
ii) Melayu dan bumiputra (8-10 peratus).
iii) India (5-8 peratus).
* Berpotensi jadi agen bagi institusi kewangan berlesen jika komisen menarik.
* Pasukan Banteras Peminjam Wang Haram (ceti, Ah Long atau orang tengah) Polis Diraja
Malaysia ditubuhkan pada 26 Disember 2006.
* Akta Lesen Peminjam Wang diwartakan 2003.
* Ada 1,200 peminjam wang berlesen berdaftar dengan Persatuan Pemberi Pinjaman Wang
Berlesen Malaysia.
c) Judi dan Penderaan Rumahtangga
Paling membimbangkan hampir 60 peratus daripada jumlah kes keganasan rumah
tangga yang dilaporkan berlaku membabitkan anggota keluarga terdekat mangsa, terutama
suami mangsa. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Christopher
Wan Soo Kee, berkata sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kurang 3,000 kes
penderaan dilaporkan berlaku di seluruh negara membabitkan wanita sebagai mangsa.
Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah itu dianggap kecil berbanding jumlah sebenar kes
penderaan yang berlaku kerana ramai wanita tidak berani tampil membuat aduan polis
mengenai kejadian terbabit. Berdasarkan statistik, katanya sepanjang tempoh sembilan bulan
pertama tahun ini, sejumlah 2,441 kes penderaan wanita dilaporkan berbanding 3,101 pada
2004 dan 3,093 pada 2005. “Daripada 3,093 kes yang dilaporkan berlaku pada tahun lalu,
Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 845 kes diikuti Kedah (338); Johor (320);
Pulau Pinang (272); Negeri Sembilan (253) dan Sarawak (234,” katanya kepada pemberita
selepas Majlis Pelancaran Poster Keganasan Terhadap Wanita kepada Polis Diraja Malaysia
(PDRM) bersama Jawatankuasa Pertubuhan Bantuan Wanita (WAO), di sini, semalam.
10.6 Langkah Mengatasi Masalah Judi Mengikut Islam
Bagaimanakah kita mahu mengatasi masalah ini? Kita sebagai masyarakat yang
berfikiran waras patut memikirkan cara-cara yang yan berkesan untuk menangani penyakit
yang melanda pada masa ini. Penyakit judi ini sangat merbahaya dan boleh mengancam
negara dan seterusnya kita tidak lagi berada di landasan yang betul. Kita boleh mengikut
contoh seperti yang digariskan oleh Hasan Al-Banna, sebagai “pembersihan” kepada gejala
ini.
1) Yang pertama, mengislah peribadi. Seseorang insan perlulah mengislah peribadinya
dahulu serta menyucikan hatinya. Individu itu perlulah memperkuatkan dirinya agar tidak
mudah tertewas dengan pujukan syaitan dengan melakukan amal-amal yang dituntut Allah
dan menjaga nafsunya. Kita sendiri hendaklah beramal dan membuat kebaikan, sebelum
menyuruh orang lain. Kesedaran dan keinsafan itu mestilah datang dari diri sendiri, dan
bukannya mengikut orang lain.
Rasulullah S.a.w bersabda: ” Janganlah ada seorang di antara kalian yang suka mengikut-ikut
dan berkata: aku mengikuti orang lain, jika orang lain berbuat baik dan aku berbuat baik dan
jika mereka berbuat buruk aku pun berbuat buruk. Akan tetapi hendaknya kalian dapat
menempatkan diri kalian, apabila orang lain berbuat baik hendaklah kalian pun berbuat baik,
tetapi apabila mereka berbuat buruk hendaklah kalian menjauhi perbuatan buruk mereka.”
(Hadith riwayat At-Tirmizi). Begitulah maksudnya, dengan berbuat baik dan menjauhi
perbuatan mungka sesungguhnya kita dapat menyucikan diri kita dan mengislah diri kepada
yang lebih baik. Jika kita apat membersihkan jiwa kita, kita tidak akan mudah terpengaruh
dengan ketiga penyakit di atas. Kita juga hendaklah menjauhi rakan yang cuba
mempengaruhi kita kearah yang tidak baik.
2) Kedua, mengislah keluarga. Selepas mengislah diri, kita hendaklah mengislah seluruh
keluarga kita, agar berada di atas landasan Islam, dan menjauhi perkara-perkara yang dilarang
oleh Islam. Pembentukan keluarga yang menamalkan seluruh prinsip Islam dan ajarannya
dapat melahirkan generasi insan yang saleh wa musleh. Seterusnya mengislah masyarakat.
Sebagai seorang mukmin, kita adalah bersaudara dengan mukmin yang lain. Jika seorang
mukmin melihat kemungkaran yang dlakukan oleh saudaranya yang lain, mereka hendaklah
sama-sama mebetulkan kesilapan tersebut.
Jika saudaranya bertindak melampaui batasan, hendaklah dia segera menahannya. Mreka
hendaklah saling tolong menolong agar tidak menganiayai diri sendiri dan juga saudaranya
yang lain. Rasulullah s.a.w penah menegaskan: ” Bantulah saudaramu, baik dia zalim
mahupun mazlum (dizalimi). Seorang sahabat bertanya: “Apabila mazlum (dizalimi) aku
membantunya, tetapi bagaimana membantunya jika dia zalim?” Rasulullah S.a.w
menjelaskan: “Engkau harus menahannya dari membuat zalim, itulah cara membantunya.”
(Hadith Riwayat Bukhari).
3) Seterusnya membebaskan negara dan mengislah kerajaan. Ketika hendak memilih
memimpin, pilihlah pemimpin yang boleh memimpin negara mengikut ajaran Islam yang
betul, dan membebaskan negara dari unsur-unsur yang boleh menghancurkan umat. Penyakit
judi dan rasuah sangat membahayakan umat. Para pemimpin negara di peringkat tertinggi
perlulah mengislah diri mereka terlebih dahulu daripada gejala ini, kerana sikap pepimpin
yang baik akan dicontohi oleh masyarakat. Sesungguhnya judi dan rasuah adalah parasit yang
boleh membunuh jiwa umat Islam. Dosanya pula sangat besar di sisi Allah.