Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang British

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Nota Sejarah Ting 5

Citation preview

Perjuangan Pemimpin Tempatan Menentang BritishKedatangan British ke Malaysiasejak dari awal lagi telah menimbulkan gerakan nasionalisme di Malaysia.Gerakan penentangan ini adalah disebabkan oleh perasaan tidak puas hati masyarakat tempatan kerana kepentingan mereka telah dicerobohi dan dikuasai oleh orang luar.Antara pemimpin yang terlibat adalahPenghulu Dol Said, Dato Maharaja Lela, Rentap dan Mat Salleh.

Sebab-Sebab PenentanganDasar Penaklukan BritishPenaklukan Britishterhadap kawasan-kawasan seperti Naning, Pahang, Kelantan, Terengganu,SarawakdanSabahtelah menimbulkan penentangan di kalangan rakyat tempatan. British menakluki negeri-negeri di Melayubertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya. Pengukuhan kedudukan politik inimenyebabkan kawasan jajahan penjajah menjadi semakin luas dan kawasan tersebut akan terikat dengan pemerintahan dan peraturan penjajah. Penguasaan British terhadap Melaka telah menyebabkan Naning menjaditanah jajahan British dan dipaksa membayar ufti. Ini telah menimbulkan kemarahan Dol Said yang menjadi penghulu di Naning pada waktu itu. Seterusnya berlakulah peperangan antara Dol Said dan British.Eksploitasi Terhadap Ekonomi TempatanPenjajah British juga telah mendapat tentangan daripada masyarakat setempat kerana hasrat mereka untukmenguasai ekonomi tempatan bagi kepentingan mereka. Banyak perjanjian yang ditandatangani dengan pemimpin tempatan telah membolehkan mereka menjalankan aktiviti perlombongan dan perdagangan bijih timah. Ini telah membangkitkan kemarahan penduduk tempatan kerana British telahcubauntuk menguasai ekonomi tempatan.Sistem Pentadbiran BaratRakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkansistem pentadbiran Baratkepada penduduk tempatan. British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai dan peraturandengan sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat . Di Terengganu penduduk menentang British keranaundang-undang tanahyang menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah. Undang-undang ini amat bertentangan dengan amalan tradisis penduduk tempatan yang tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah. Campurtangan British terhadap Adat resam Tempatan

Campurtangan British terhadap adat resam tempatan juga telah menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan. British telahcubamemaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka yang amat bertentangan dengan budaya tempatan. Tindakan J.W.W Birchmengharamkan amalan menggunakan orang suruhandi kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu.Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa Dan PengaruhPenjajahan Britsih telah menyebabkanpembesar tempatan kehilangan kuasadan pengaruh mereka. Pembesar tempatan ini telah dilantik oleh sultan untuk mentadbir sesebuah kawasan dalam segala urusan seperti pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sosial. Kehadiran Penjajah Bristish menyebabkan pembesar tempatan kehilangan kuasa dan pengaruh tersebut. Ini telah menimbulkan perasaan tidak puas hati merekadan mendorong mereka menentang British.Kesulitan Penduduk TempatanPenduduk tempatan juga telahmengalami kesulitansemasa pemerintahan British di Tanah Melayu. Mereka merasa tertekan dengan pelaksanaan undang-undang British yang menyulitkan kehidupan mereka. Rakyat tempatan juga telah memberikan kesetiaan kepada pembesar tempatan sebagai ketua dan mendorong mereka memberikan kerjasama untuk menentang Britsish.