Upload
dian-hamzah
View
277
Download
3
Embed Size (px)
Citation preview
Unit 5Perdana Menteri Kita
Tunku Abdul Rahman
• Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
• MelaungkanMerdeka! Merdeka! Merdeka! Pada 31 0g0s 1957
• Berusaha gigih untuk memerdekakan negara daripada cengkaman penjajah Inggeris.
• Bapa Kemerdekaan
1
Tun Abdul Razak• Membangunkan negara
terutamanya di kawasan pedalaman
• Memperkenalkan polisi Dasar Ekonomi Baru
• Bapa Pembangunan
2
Tun Hussein Onn• Mementingkan aspek
perpaduan kaum dalam pentadbiran.
• Perpaduan sebagai landasan pembangunan negara.
• Bapa Perpaduan
3
Tun Dr. Mahathir Mohamad• Di bawah pimpinan beliau negara
berkembang pesat seiring dengan arus globalisasi dunia.
• Mengasaskan pelbagai projek gergasi.
• Kereta nasional pertama• Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur• Koridor Raya Multimedia• Menara Berkembar Petronas• Bapa Pemodenan
4
Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi
• Mesra dengan panggilan “Pak Lah”
• Mementingkan keluarga dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam agama.
• Giat melancarkan kempen antirasuah
5
Kosa Kata Unit 51. nostalgiaMaksud: kerinduan pada sesuatu yang pernah
dialami2. tersematMaksud: tersimpan dalam hati
3. cengkamanMaksud : belenggu
4. digelarMaksud : dipanggilan
5. keiltizamanMaksud: keterlibatan secara bersungguh
sungguh dan penuh bertanggungjawab
6. polisiMaksud : rancangan yang telah dipersetujui secara
rasmi.
7. landasanMaksud : dasar
8. menyumbangkanMaksud : turut membantu atau menyokong
Soalan Objektif Unit 51. Siapakah PerdanaMenteri kita yang ke dua?
C. Tun Abdul Razak
2. Apakah aspek yang menjadi landasan dalam pentadbiran Perdana Menteri kita yang ketiga?
D. Perpaduan antara rakyat
3. Apakah gelaran yang diberikan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad?
B. Bapa Pembaharuan
4. Antara berikut yang manakah bukan projek-projek gergasi semasa kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad?
C. Lapangan Terbang Subang
5. Antara berikut yang manakah merupakan urutan dasar pemerintahan Perdana Menteri?
A. Pembangunan perpaduan pemodenan pemurnian
Soalan Subjektif Unit 51. Apakah detik bersejarah yang dikaitakn dengan Tunku Abdul Rahman?
Detik bersejarah yang dikaitkan dengan Tunku Abdul Rahman ialah laungan “Merdeka” pada 31 Ogos 1957.
2. Apakah harapan Bapa perpaduan kita?Harapan Bapa Perpaduan kita ialah semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum bersama-sama menyumbangkan tenaga kepada pembangunan negara.
3. Mengapakah Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi gelaran Bapa Pemodenan?Tun Dr.Mahathir Mohamad diberi gelaran Bapa Pemodenan kerana semasa pentadbiran beliau, banyak projek pembaharuan dan pembangunan diadakan seperti pembinaan Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
4. Apakah gelaran mesra bagi Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi?Gelaran mesra bagi Dato’Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah “Pak Lah”
5. Pada pandangan anda, apakah ciri-ciri yang harus ada pada seseorang pemimpin negaraPada pandangan saya, ciri-ciri yang harus ada pada seseorang pemimpin negara ialah berkepimpinan, berwibawa, amanah, bijaksana, dan bertanggungjawab.