Perbandaran Dan Ekosistem Bandar

Embed Size (px)

Citation preview

1.0PENGENALAN Konsep Perbandaran wujud daripada definisi makna Bandar itu sendiri berdasarkan bilangan penduduk dalam sesebuah negara. Terdapat beberapa kriteria-kriteria yang diketengahkan dalam mentakrifkan sesebuah bandar iaitu berdasarkan saiz penduduk, kepadatan penduduk minimum, berdasarkan penggunaan tanah dan fungsi bandar serta berdasarkan definisi formal yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perangkaan sesebuah negara termasuk sempadan pentadbiran tertentu (Wan Rozali Wan Hussin, 2007). Oleh itu, proses perbandaran yang berlaku adalah asas kepada proses pertambahan dan peningkatan yang bukan sahaja melibatkan pertambahan penduduk malah merangkumi peningkatan terhadap ekonomi, rangkaian pengangkutan, infrastruktur, penggunaan tanah, landskap budaya dan fizikal serta pembangunan bandar secara keseluruhannya (Wan Rozali Wan Hussin, 2007).Ekosistem Bandar pula ialah lebih khusus kepada penduduk, sumber dan persekitaran termasuk biologi, fizikal daripada masyarakat, ekonomi, politik dan budaya. Semua kompenen ini berhubung kait menjadi sesuatu tempat yang didiami oleh manusia. Ekosistem bandar juga adalah sebahagian besar daripada ekosistem manusia yang mengalami proses pembangunan manusia melaui evolusi ekosistem semula jadi kepada ekosistem pertanian dan akhirnya mengalami proses pembandaran.2.0PERKEMBANGAN SISTEM PERBANDARAN DI MALAYSIAMenurut Abdul Samad Hadi (2010), kawasan perbandaran dan terbandar di Malaysia semakin menyerlah sebagai habitat manusia sejak tiga dekad kebelakangan ini berbanding awal kurun ke sembilan belas dimana bumi Malaysia masih diselubungi hutan hujan khatulistiwa yang kaya dengan kepelbagaian biologi dan bahan mineral yang diselang-seli oleh kampung-kampung yang terletak di muara sungai. Ketika itu, ekologi masih kukuh dan habitat manusia masih dalam keadaan terkawal dan seimbang. Namun demikian, habitat ini mula berubah corak dan meledak secara meluas terutamanya peningkatan jumlah penduduk, perubahan sosio-ekonomi, dan penggembelan pelbagai modal yang menggerakkan kemajuan pembangunan penduduk. Kesannya, kegiatan-kegiatan yang dilakukakan mengubah habitat manusia yang bermula dalam keadaan semula jadi ke sesuatu landskap binaan. Terdapat tiga tahap pembandaran yang berlaku di Malaysia iaitu tahap pembandaran awal (nascent); tahun 1490 hingga awal kurun ke-20, tahap pembandaran pseudo; selepas perang dunia kedua (1947-1970) dan tahap pembandaran Mega; tahun 1970-an hingga kini (Abdul Samad Hadi, 2010).

2.1Tahap-Tahap Pembandaran di Malaysia2.1.1Tahap Pembandaran Awal (nascent)Tahap pembandaran awal (nascent) merupakan pembangunan yang bermula daripada desa-desa dimana masyarakatnya mengamalkan ekonomi tradisional iaitu pertanian. Pembangunan bandar yang semakin meluas ialah sejak kedatangan penjajah iaitu Syarikat Hindia Timur British ke Malaysia. Malaysia pada masa itu merupakan kampung-kampung besar dengan penduduk yang ramai di pedalaman. Kedatangan mereka adalah untuk mengeksploitasi pelbagai prospek perniagaan dan pelaburan sehingga tercetusnya kemunculan penempatan bandar. Tapak permulaan penempatan adalah di pinggir pantai yang berkedudukan strategik yang dijadikan sebagai pusat pelabuhan dan antara negeri yang terserlah ialah Pulau Pinang, Singapura dan Pulau Labuan. Selain itu, syarikat-syarikat British telah melabur terhadap sumber asli oleh keluarga pembesar di Tanah Melayu seperti galian bijih timah, bijih besi dan emas yang ditemui oleh Long Jaafar di Perak. Dengan itu wujudnya peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kehadiran penjajah ke Malaysia pada ketika itu turut membangunkan ibu negeri sebagai pusat setempat daerah dan pekan-pekan kecil sebagai pusat lokal untuk bekalan barangan keperluan serta perkhidmatan dan pelabuhan bagi perdagangan dengan dunia Barat.2.1.2Tahap Pembandaran PseudoTahap pembandaran pseudo merupakan bandar-bandar yang wujud hasil daripada pengalaman kolonial Inggeris sebagai habitat perbandaran Malaysia sekitar tahun-tahun selepas peperangan dunia kedua iaitu selepas berundurnya tentera Jepun dimana pihak Inggeris telah membaik pulih pembangunan (Abdul Samad Hadi, 2010). Hal ini kerana pihak Jepun telah menghancurkan Tanah Melayu pada ketika itu sebelum berundur. Oleh itu, Pihak Inggeris melaksanakan perancangan pembangunan dengan membaik pulih Industri bijih timah dan getah Malaya di samping mengorak langkah untuk memulakan industri pembuatan.Selepas perang dunia kedua, Malaysia mengalami masalah kekurangan modal untuk pembangunan sehingga wujud masalah sosial dan ekonomi seperti masalah peningkatan penduduk dan pengangguran yang semakin meningkat terutama di desa. Ramai anak muda yang beralih ke bandar untuk mendapatkan pekerjaan. Jadi banyak lambakan pekerja berlaku di kawasan bandar kerana pada masa itu ekonomi Malaysia merosot. Untuk menyelesaikan masalah ini, kerajaan telah menggerakkan pertanian komersial secara meluas menerusi pembukaan tanah baru. Kerajaan telah membangunkan satu rancangan tanah iaitu Rancangan FELDA bagi untuk menempatkan keluarga miskin tegar tanpa harta di desa. Menurut Abdul Samad Hadi (2010), inisiatif pembangunan terus dilancarkan selepas Malaysia mendapatkan kemerdekaan dari penjajah Inggeris. Pembangunan kawasan industri dalam kawasan bandar baru terutamanya Petaling Jaya dalam tahun 1950-an dan kemudian kawasan industri lebih baru berkembang pula di sepanjang jalan utama baru dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Kelang dalam dekad-dekad seterusnya (1960-an dan awal 1970-an).

2.1.3Tahap Pembandaran MegaTahap pembandaran Mega iaitu pada tahun 1970-an hingga kini telah berlakunya proses pembandaran yang terus bergerak tetapi secara perlahan. Proses pembandaran terus melonjak secara meluas sehingga timbulnya dasar pembangunan negara yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru (DEB) dimana bermatlamatkan untuk membasmi kemiskinan kaum yang terdapat di Malaysia dan penyusunan struktur masyarakat. Melalui DEB telah menggerakkan pemacu-pemacu baru bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan sosial, budaya dan kesenian. Modal dari luar yang banyak menyebabkan kawasan perindustrian lebih maju ke kawasan perindustrian di setiap ibu negeri dan bandar-bandar kecil. Dengan itu, terdapat tiga kawasan perbandaran mega yang terserlah antaranya kawasan perbandaran Lembah Kelang-Lembah Langat-Lembah Sungai Selangor; kawasan perbandaran Pulau Pinang-Seberang Perai-Kulim-Sungai Petani; dan kawasan perbandaran Johor Baru-Pasir Gudang-Plentong-Skudai (Abdul Samad Hadi, 2010).

2.2Perkembangan Perbandaran Kuala Lumpur Dahulu Dan Sekaranga) Keadaan Kuala Lumpur pada masa dahulu (1857-1990)Bandar Kuala Lumpur yang dahulunya hanya merupakan sebuah pekan kecil sahaja. Pada awalnya, struktur bandar Kuala Lumpur merupakan deretan susunan rumah batu dalam satu barisan tetapi telah berubah menjadi pusat tumpuan perlombongan semenjak kedatangan pihak British pada tahun 1880-an. Perkembangan bandar Kuala Lumpur bermula dengan kehadiran imigran Cina menurut Ahmad Kamal Ariffin Muhd Rus dalam Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur dari PerspektifKesejahteraan Penduduknya 1890-1914. Pada tahun 1886, Frank Swettenham telah memulakan perancangan pembinaan jalan kereta api di antara Kuala Lumpur dengan Kelang. Pembinaan jalan kereta api ini telah meningkatkan ekonomi Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya. Kemudian perkembangan bandar Kuala Lumpur semakin maju apabila terdapat jabatan dan pelan-pelan yang diwujudkan bagi menaiktaraf pembangunan di Kuala Lumpur seperti Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (1921) dan Pelan Bandar Am untuk mengawal pembangunan (1939). Selepas perang dunia kedua, Kuala Lumpur telah dijadikan sebagai ibu Negeri Perseketuan Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan lebih ramai penduduk berhijrah dari kawasan desa ke bandar akibat daripada kepesatan Kuala Lumpur seebagai pusat pentadbiran, politik dan kebudayaan. Pada 1 Februari 1971, Kuala Lumpur telah diberi status sebagai bandaraya dan telah diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1972 (Jabatan Perancangan Bandar, 2014).Pada tahun 1973 dan 1974, Kuala Lumpur mengalami zaman kemuncak dalam pembangunan hartanah dan semakin berkembang dengan lebih pesat pada tahun 1981 sehingga ke kemuncak yang keempat pada tahun1991 hingga tahun 1995.

Gambar 1: Kuala Lumpur pada masa dahuluSumber: http://www.arkib.gov.my/kuala-lumpur-merakam-sejarah-dan-pembangunan-negara1

b) Keadaan Kuala Lumpur Kini (2000-Abad ke-21)pada abad ke 21, Kuala Lumpur telah berubah menjadi sebuah bandar yang telah dikenali di Asia. Projek-projek Pembangunan Mega termasuk Koridor Raya Multimedia (MSC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dan perpindahan pusat pentadbirab Kerajaan Persekutuan ke Putrajaya telah memberi kesan kepada pertumbuhan masa hadapan Kuala Lumpur di samping berperanan sebagai Pusat perdagangan yang terpenting. Pada tahun 2004, pelan struktur Kuala Lumpur untuk tahun 2020 telah diwartakan dan mengandungi wawasan, matlamat, dasar-dasar dan cadangan-cadangan untuk memandu pembangunan Kuala Lumpur sebagai Bandaraya bagi 20 tahun akan datang (Jabatan Perancangan Bandar, 2014).

Gambar 2: Bandaraya Kuala Lumpur KiniSumber: http://wanfakhrul.blogspot.com/2009_12_01_archive.html 3.0ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGAN PERBANDARAN DAN EKOSISTEM BANDAR3.1Isu Banjir KilatSecara umumnya, fenomena banjir dapat didefinisikan sebagai kuantiti air yang tidak dikehendaki. Seterusnya dari segi terminologi teknikal, banjir merupakan sumbangan hujan luar biasa yang tidak mampu ditampung oleh sesebuah lembangan sungai dan menyebabkan air melimpah keluar tebing atau dataran banjir (Haliza Abdul Rahman, 2007). Banjir menjadi bahaya apabila melibatkan masyarakat manusia, khususnya kejadian banjir yang berlaku di kawasan berpenduduk padat yang berpotensi kehilangan nyawa, jangkitan penyakit berbahaya dan kemusnahan harta benda. Terdapat pelbagai jenis fenomena banjir seperti banjir lumpur, banjir monsun dan banjir kilat. Namun, isu yang ingin diketengahkan dalam perbincangan pembandaran dan ekosistem bandar adalah mengenai isu banjir kilat. Banjir kilat berlaku dalam masa yang singkat iaitu kurang daripada 6 jam dan berupaya untuk meningkatkan paras air sungai secara mendadak (Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub & Norhayati Yahya, 2011). Tambahan lagi, banjir kilat yang disebabkan oleh ribut petir dengan hujan setempat yang turun pada kadar curahan yang tinggi melebihi 180 mm dalam 1 jam tetapi hanya turun dalam satu tempoh masa yang singkat antara 2 hingga 5 jam (Hairul Anuar, 2006).3.1.1Punca-Punca Banjir Kilat3.1.1.1Aktiviti PembangunanPeningkatan populasi manusia di kawasan bandar utama telah menyebabkan tanah tepi sungai sengaja dimajukan disebabkan oleh kawasan bandar yang mempunyai tanah terhad. Menurut Haliza Abdul Rahman (2007), aktiviti pembangunan giat dilakukan oleh manusia tidak kira sama ada dilaksanakan megikut undang undang seperti Projek Kuala Lumpur atau secara haram seperti Kampung Baru di Kuala Lumpur. Magnitud banjir kilat sebenarnya adalah lebih besar disebabkan oleh aktiviti-aktiviti pembangunan yang tidak mapan dalam sistem persekitaran dengan mengggangu komponen-komponen ekosistem asal sungai. Menurut Norazuan Md Hashim et.al (2011), berdasarkan laporan Jabatan Pengairan Saliran, pembangunan infrastruktur bandar di sepanjang Sungai Klang telah dikenalpasti sebagai penyebab utama yang meningkatkan kekerapan dan magnitud banjir kilat di Lembangan Sungai Klang pada tahun 1999.Aktiviti pembangunan atau pembandaran yang menyebabkan perubahan pengangkutan endapan yang sangat ketara juga akan membawa kepada berlakunya banjir kilat. Proses pembandaran di negara membangun seperti Malaysia berlaku dengan sangat cepat dan melibatkan perubahan guna tanah secara besar-besaran. Perubahan bentuk muka bumi ini mempengaruhi pengangkutan kebanyakan endapan melalui pelunjuran tanah rang dan perubahan laluan luahan air. Kuala Lumpur, misalnya di cawangan Sungai Klang dianggarkan mengangkut beban ampaian sekitar 250 550 m/km/tahun. Kepekatan endapan yang sangat tinggi lazimnya berlaku selepas pembukaan tanah. Nilai maksimum kepekatan beban terampai sebanyak 81 230 mg/1 daripada Sungai Anak Air Batu selepas turunan hujan sebanyak 75 mm dalam masa 45 minit. Kepekatan endapan yang melebihi 10 000 mg/1 adalah perkara biasa di kebanyakan sungai di bandar-bandar Malaysia. Kesannya, endapan yang banyak ini akan menyebabkan saluran-saluran laluan air tersekat seterusnya menjadi punca banjir kilat.Selain itu, kegiatan mengorek pasir tanpa kawalan yang dilaksanakan oleh pemaju yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk projek pembinaan perumahan turut menjadi punca kepada terjadinya banjir kilat (Berita Harian, 2013). Sebagai contoh, keadaan ini berlaku di Bandar Desa Country Homes, Rawang. Lombong pasir yang membentuk kolam takungan di bandar tersebut gagal menampung air hujan menyebabkan tebingnya runtuh dan memasuki Sungai Coh. Kelodak hasil pembersihan pasir yang dikorek di kawasan itu memasuki anak sungai serta parit berdekatan menyebabkan parit tersebut menjadi cetek dan tersumbat.3.1.1.2Kekurangan Kawasan Telap AirProses pembandaran mengubah permukaan bumi yang telap air menjadi permukaan yang tidak telap air. Malahan risiko dan keterdedahan masyarakat bandar kepada banjir kilat semakin meningkat di Malaysia. Hal ini dapat dilihat berdasarkan pertambahan kawasan bandar yang terdiri daripada guna tanah tidak telap air seperti permukaan asphalt, simen dan konkrit. Kekurangan kawasan telap air di kawasan bandar akan mempengaruhi kuantiti air dan keupayaan alur sungai. Kesannya, kadar penyusupan air ke dalam tanah semakin berkurangan (Gambar Rajah 3.1.1.2). Lazimnya, alur sungai menerima sejumlah air yang banyak berpunca daripada air larian permukaan, aliran terus, aliran perantaraan dan aliran dasar. Peningkatan penerimaan air tersebut ke dalam sungai akan menghasilkan pengaliran keluar hidrograf lembangan saliran yang berbeza-beza mengikut masa. Menurut Norazuan Md Hashim et.al (2011), proses penyusupan air dan air larian permukaan di bandar berlaku dengan cepat kerana ruang simpanan air bawah tanah yang terhad. Implikasi bagi gejala ini adalah air hujan berada dalam keadaan tersekat yang akhirnya akan mengubah bentuk kepada air larian permukaan. Lebihan air permukaan akan menimbulkan masalah banjir kilat di kawasan bandar.

Gambar Rajah 3.1.1.2: Pengurangan kawasan telap airSumber : Noorazuan Md Hashim, Sulong Muhamad, Kadaruddin Aiyub dan Norhayati Yahya (2011)

3.1.1.3 Sistem Perparitan Yang Tidak CekapSistem perparitan yang tidak cekap adalah punca utama meningkatnya aras air seterusnya menyebabkan berlakunya banjir kilat. Saluran di kawasan bandar seperti seperti Kuala Lumpur dibina dengan konkrit dan dilebarkan untuk mengawal banjir kilat (Wan Ruslan, 1994). Kesan daripada peningkatan ciri-ciri saluran bandar ini menyebabkan isipadu aliran yang banyak diluahkan daripada kawasan bandar. Air yang diluahkan ini menyebabkan pertambahan banjir dan hakisan tebing di kawasan hilir bandar. Selain itu, faktor longkang yang direka bentuk tidak berfungsi dengan sempurna tidak dapat menampung dan mengalirkan air semasa hujan lebat kerana telah ditumbuhi dengan rumput. Faktor ini menyebabkan halangan pengaliran air berlaku dalam longkang tersebut seterusnya mengakibatkan jalan raya dinaiki air semasa hujan lebat.3.1.2Kesan-Kesan Banjir Kilat3.1.2.1 Kesesakan Lalu LintasKelancaran aktiviti penduduk di Kuala Lumpur sering terganggu akibat masalah banjir kilat ini. Jalan-jalan utama serta kawasan rendah akan dinaiki air dan mengakibatkan kesesakan lalu lintas berlaku. Kenderaan masih boleh bergerak tetapi dalam kelajuan yang perlahan dan sesetengah jalan raya, kenderaan terus tidak dapat bergerak dalam jangka masa satu jam atau lebih kerana jalan raya di hadapan telah dinaiki air. Hujan lebat dalam masa dua jam atau lebih mampu menenggelamkan beberapa jalan utama contohnya di kawasan Kuala Lumpur seperti di Jalan Raja Chulan (Berita Harian, 2013). Keadaan jalan raya akan pulih setelah banjir surut dan jalan raya boleh digunakan kembali sekiranya tidak terdapat pokok tumbang atau jalan yang rosak teruk.

Gambar 3: Kesesakan lalu lintas semasa banjir kilat di Jalan Raja ChulanSumber : Berita Harian (2013)

3.1.2.2 Kerosakan Harta BendaAir yang bertakung akibat banjir kilat ini merupakan punca ikatan struktur tanah menjadi lemah. Proses enapan mudah berlaku dan menyebabkan kerosakan struktur jalan raya dan sistem perparitan. Menurut Norazuan Md Hashim et.al (2011), banjir kilat akan menyebabkan kerugian besar terhadap manusia dan persekitaran. Bagi kawasan letak kereta bawah bangunan dan kawasan tempat letak kereta, banjir kilat mendatangkan masalah kepada mereka. Hal ini kerana kereta-kereta ini akan ditenggelami air dan kos yang tinggi terpaksa dikeluarkan oleh pemilik kereta untuk membaiki kereta dan untuk menarik kereta keluar dari kawasan tersebut. 3.2Isu Tanah RuntuhTanah runtuh merupakan suatu proses geomorlogi yang biasa berlaku di kawasan beriklim tropika (Mokhtar Jaafar, Abdul Halim Yusof & Asiah Yahaya, 2011). Kejadian tanah runtuh merupakan suatu fenomena biasa bagi mana-mana negara tropika, dan tidak terkecuali Malaysia. Dalam konteks Malaysia, kejadian tanah runtuh sering dikaitkan dengan faktor pembangunan tanah yang pesat.3.2.1Punca-Punca Tanah Runtuh3.2.1.1Aktiviti PenyahutananPenebangan hutan secara besar-besaran bagi tujuan pembangunan menyebabkan banyak pokok dan tumbuhan musnah. Pembalakan mengakibatkan tumbuh-tumbuhan tidak dapat menjalankan fungsi sebagai pencengkam dan mengukuhkan struktur tanah khususnya bagi akar tumbuh-tumbuhan. Pembalakan secara berleluasa menyebabkan tanah menjadi longgar dan menjadi punca kepada fenomena tanah runtuh. Malahan, penarahan bukit yang tidak terkawal turut mengakibatkan tanah runtuh contohnya di Cameron Highland (Utusan Malaysia, 2011).3.2.1.2Cerun Buatan ManusiaDalam isu tanah runtuh, Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang juga pakar geologi iaitu Datuk Dr Ibrahim Komoo pernah mendedahkan dalam penulisannya pada tahun 2008 bahawa tanah runtuh berlaku pada cerun buatan manusia, sama ada pada cerun potongan atau cerun tambakan (Berita Harian, 2013). Cerun potongan dan tambakan biasanya dibina untuk membolehkan satu permukaan rata disediakan bagi memudahkan pembinaan, misalnya membina lebuh raya dan kawasan perumahan.3.2.1.3Aktiviti KuariBatu kapur merupakan salah satu bahan penting dalam proses pembinaan. Aktiviti pembangunan yang pesat telah menyumbang kepada peningkatan permintaan terhadap batu kapur terutama sekali dalam bentuk simen dan marmar. Keadaan ini mengakibatkan banyak kawasan bukit batu kapur terutamanya yang berhampiran dengan kawasan bandar dieksploitasi. Aktiviti kuari yang giat dijalankan menyebabkan cerun dan tebing di kawasan bukit batu kapur berisiko tinggi untuk mengalami proses tanah runtuh terutama ketika hujan lebat (Kamarul Ain Kamal & Nor Aaini Othman, 2010).3.2.2Kesan-Kesan Tanah Runtuh3.2.2.1Kerosakan Harta BendaKerancakan pembangunan di kawasan tanah tinggi seperti aktiviti pertanian dan pelancongan pergunungan yang unggul di Malaysia khususnya kawasan Kundasang akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Dengan kedudukan yang strategik, pemandangan yang indah berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu iaitu salah satu daripada dua kawasan yang diisytiharkan sebagai Warisan Dunia di Malaysia, serta suhu yang sederhana telah menjadikan Kundasang semakin terkenal dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negeri. Justeru, pembangunan pelbagai kemudahan pelancongan terutamanya motel dan chalet masih berterusan di kawasan Kundasang untuk menampung kedatangan pelancong yang semakin meningkat. Namun, dalam kerancakan membangunkan kawasan Kundasang, impaknya dapat dilihat menerusi kerosakan ke atas harta benda dan bangunan awam seperti sekolah SMK Kundasang, jalan raya dan rumah-rumah kediaman penduduk setempat akibat kejadian tanah runtuh yang agak luar biasa. Pembinaan kemudahan-kemudahan pelancongan di kawasan Kundasang berisiko kepada kejadian tanah runtuh akibat daripada kedudukannya yang terletak dalam kawasan sistem gelinciran tanah kerana keadaan geologi yang rapuh. Namun, akitiviti pembangunan masih giat dijalankan di sekitar kawasan Kundasang.3.2.2.2Membahayakan Nyawa ManusiaRisiko tanah runtuh boleh membahayakan nyawa manusia sekiranya tiada sebarang tindakan bersesuaian diambil untuk menanganinya. Sebagai contoh, kejadian tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat yang membabitkan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al- Taqwa pada 21 Mei 2011 telah mengorbankan 16 nyawa (Utusan Online, 2011). Tambahan lagi, dalam kejadian tanah runtuh tersebut pada pukul 2.30 petang, seramai 25 orang terdiri daripada anak-anak yatim, penuntut, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.3.2.2.3Kekurangan Kedatangan PelancongPembukaan tanah di Cameron Highlands untuk aktiviti pertanian dan pembangunan secara tidak terkawal telah mendedahkan kawasan ini kepada agen hakisan. Hakisan tanah akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kawasan Cameron Highlands sering berlaku kejadian tanah runtuh. Masalah tanah runtuh turut dibangkitkan oleh pihak perhotelan. Pelancong akan membatalkan penginapan hotel apabila didapati berlakunya tanah runtuh di Cameron Highlands (Lee Boon Hiong, 2007). Keadaan ini ditakuti akan mengurangkan jumlah pengunjung ke Cameron Highland.

3.3Isu Pulau Haba BandarPulau haba bandar (PHB) merupakan isu perbandaran yang telah lama wujud dan terbentuk di kebanyakan bandar raya besar di Malaysia sejak beberapa dekad di penghujung kurun yang lalu. Menurut Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani (2009), pulau haba bandar boleh didefinisikan sebagai pengaruh morfologi bandar terhadap parameter iklim dan cuaca semula jadi yang wujud di persekitaran bandar. Pulau haba juga melibatkan peningkatan terhadap suhu di bandar sehingga beberapa darjah celcius melebihi daripada suhu sekitaran di pinggir bandar. Secara umumnya, peningkatan suhu dapat diperhatikan berlaku di kawasan-kawasan tepubina di dalam bandar berbanding dengan kawasan-kawasan pinggir dan luar bandar. Isu alam sekitar pulau haba bandar ini telah dikaitkan dengan faktor perkembangan bandar dan perindustrian yang begitu pesat sehingga mampu merubah pola dan trend suhu semula jadi di persekitaran bandar seperti dalam gambar rajah 3.3. Selain itu, perbandaran yang berlaku dengan pesat di Malaysia khususnya di bandaraya Kuala Lumpur ini telah membawa kepada penyusutan kawasan hijau kerana telah dibangunkan dengan kawasan petempatan dan perniagaan. Bahkan, kawasan bandaraya yang semakin meluas dan membesar saiznya telah menjadi salah satu kawasan yang mendapat tumpuan para penduduk. Aktiviti perbandaran ini telah melibatkan perubahan-perubahan fizikal seperti penggantian hutan dengan bangunan-bangunan giat dijalankan setiap hari. Selari dengan perkembangan pusat bandar ini juga telah menggalakkan peningkatan aktiviti manusia seperti perniagaan, perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan sebagainya yang boleh menyebabkan berlakunya pola suhu dan hujan harian di kawasan bandar. Justeru itu, manusia memainkan peranan penting dalam mengubah persekitaran fizikalnya dengan melakukan pelbagai aktiviti harian tersebut terutamanya di kawasan bandar yang menjadi tumpuan penduduk (Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali, 2011).

Gambar Rajah 3.3: Pulau Haba di BandarSumber: http://iniatinta.blogspot.com

3.3.1Faktor-faktor yang menwujudkan Pulau Haba Bandar 3.3.1.1Bentuk Atau Struktur Permukaan Bandar Yang Tidak SekataMenurut Tan Chong Tat (2005), bentuk dan struktur permukaan bandar adalah tidak sekata iaitu kawasan bandar mempunyai pelbagai rupa bentuk bangunan. Dari segi luas permukaan berkesan, bandar adalah lebih besar daripada kawasan luar bandar. Justeru itu, sebuah bandar tersebut mempunyai kebolehan yang lebih tinggi untuk mengalami proses pemindahan haba secara olakan dan sinaran.3.3.1.2Peningkatan Bangunan KonkritSesebuah bandar yang lebih besar dan pesat pembangunannya akan menyebabkan perubahan yang lebih banyak terhadap susun atur unsur-unsur pada bandar tersebut. Proses perbandaran yang berlaku dengan pesat telah menyebabkan sesuatu kawasan itu terdiri daripada kawasan tepu bina. Kebanyakan kawasan hijau telah hilang dan diganti dengan permukaan konkrit yang berkeupayaan menyerap banyak haba serta tidak telap air. (Sin Hui Teng, 2007) Jika berbanding dengan kawasan luar bandar, bandar adalah lebih banyak terdiri daripada struktur batu-bata, konkrit, kaca dan sebagainya. Justeru, kawasan tepu bina ini akan menyerap dan menyimpan bahangan matahari sebagai haba pendam yang mana menyebabkan pulau haba bandar berlaku dengan pesat. Manakala kawasan luar bandar pula dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dan rumput-rampai yang bertindak sebagai agen penyejuk terhadap sesuatu kawasan tersebut. (Tan Chong Tat, 2005)3.3.1.3Aktiviti ManusiaAktiviti perindustrian di Malaysia telah berkembang dengan pesatnya dan berjaya menukarkan corak ekonomi dari sektor pertanian kepada sektor perindustrian. Pelbagai jenis perindustrian telah muncul seiring dengan perbandaran di Malaysia yang kian pesat. Contohnya, industri berasaskan logam, kelapa sawit, tekstil dan sebagainya. Industri-industri tersebut merupakan industri yang penting kerana telah banyak menyumbang tenaga terhadap pembangunan negara. Namun demikian, aktiviti perindustrian ini membebaskan pelbagai gas-gas tercemar seperti karbon dioksida, nitrogen oksida, hidrokarbon reaktif dan lain-lain. (Tan Chong Tat, 2005) Di samping itu, pertumbuhan populasi penduduk yang semakin meningkat seiring dengan perbandaran telah menggalakkan lagi peningkatan bilangan kenderaan-kenderaan bermotor. (Sin Hui Teng, 2007) Dengan ini, bandar-bandar di Malaysia cenderung untuk melepaskan bahan-bahan tercemar seperti karbon dioksida, karbon monoksida yang lebih banyak. Laporan tahunan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menunjukkan bahawa kenderaan bermotor turut melepaskan 2.4 juta tan karbon monoksida. 458 ribu tan hidrokarbon, 146 ribu tan nitrogen oksida dan 19 000 tan zarah ke udara setiap tahun. Pembebasan gas-gas pencemar ini bertindak untuk menyerap dan memerangkap haba dan merupakan punca utama berlakunya pulau haba bandar yang akhirnya mengakibatkan peningkatan suhu setempat di sesuatu kawasan.

3.3.2Kesan-kesan Pulau Haba Bandar3.3.2.1Alam Sekitar ManusiaKejadian pulau haba bandar ini mengakibatkan sesuatu kawasan setempat menjadi panas. Suhu yang terlalu panas ini telah mengakibatkan timbulnya penyakit seperti sakit kepala, sakit mata, kulit kering dan kehilangan air dalam badan manusia. Manusia tidak dapat menerima persekitaran yang terlalu panas dan bahangan haba ini akan menyebabkan seseorang individu tersebut pening dan pitam. Pulau haba juga menyebabkan sesorang itu mengalami sakit mata. Mata manusia tidak baik jika didedahkan pada cahaya yang berlebihan. Selain itu, kulit manusia juga amat sensitif untuk menerima bahangan haba yang berlebihan. Pulau haba juga akan meneyebabkan manusia akan kehilangan air dalam badan. Hal ini kerana, manusia mudah mengeluarkan peluh ketika mengalami suhu yang tinggi. (Kementerian Kesihatan Malaysia)3.3.2.2Alam Sekitar FizikalPulau haba ini juga turut menyebabkan suhu di kawasan bandar semakin meningkat. Hal ini dapat dilihat apabila konsep urbanisasi pesat sesebuah bandar seperti pembinaan bangunan, jalanraya dan aktiviti manusia telah mempengaruhi suhu di kawasan bandar. Suhu di bandar lebih tinggi berbanding luar bandar kerana morfologi di kawasan bandar seperti kepadatan bangunan telah bertindak menyimpan haba. Di samping itu, pulau haba turut disebabkan oleh aktiviti manusia yang membebaskan karbon dioksida, karbon monoksida, debu-debu, zarah yang bertindak menyerap dan memerangkap serta memantulkan haba sehinggalah suhu di bandar semakin meningkat. Sebaliknya, kawasan luar bandar adalah berbeza di sebabkan terdapatnya litupan tumbuh-tumbuhan yang bertindak menyerap haba dan karbon dioksida untuk membuat makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Seterusnya, tumbuhan tersebut mengeluarkan oksigen untuk kegunaan manusia. Hal ini menunjukkan bahawa tumbuhan tersebut mampu bertindak untuk menyeimbangkan kandungan karbon dioksida dan oksigen di sesuatu kawasan serta mampu menjadi agen penyejuk terhadap sesuatu kawasan luar bandar.

3.4Isu Pertambahan Sisa PepejalMenurut Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim dan Sarifah Yaacob (2012), Proses perbandaran dan pembandaran yang melibatkan pertambahan penduduk dan peningkatan aktiviti domestik seperti perindustrian telah menyebabkan bertambahnya sisa pepejal yang dijana oleh masyarakat. Pengurusan sisa pepejal merupakan antara masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat terutama di kawasan bandar. Sisa pepejal merupakan hasil buangan daripada aktiviti sosio-ekonomi manusia yang mempunyai sifat kotor dan dianggap tidak berguna dan pengurusan sisa pepejal adalah antara masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan bandar di negara Malaysia. Bahkan menurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (2010), sisa buangan pepejal terdiri daripada pelbagai komponen bahan buangan yang tidak bertoksid seperti sisa pepejal domestik daripada sisa makanan, buangan barang-barang pukal seperti bingkai kenderaan, tayar buruk, pembunagan bahan daripada perlombongan dan kuari serta bahan bunagan daripada pengorekan dan pecahan bangunan. Kuantiti sisa pepejal yang dijana setanding dengan jumlah penduduk yang menghuni sesuatu kawasan. Justeru, pertambahan penduduk, peningkatan taraf sosio-ekonomi dan perubahan gaya hidup yang menjadi semakin canggih yang mempengaruhi peningkatan bahan sisa pepejal. 3.4.1Faktor-Faktor Meningkatkan Pembuangan Sisa Pepejal3.4.1.1Ciri-Ciri Penduduk (Demografi, Ekonomi Dan Gaya Hidup)Ciri-ciri penduduk meliputi demografi, ekonomi dan cara hidup merupakan ciri yang saling berkaitan antara satu sama lain. Ketiga-tiga ciri ini berkait rapat dengan proses perbandaran. Perbandaran dan pembandaran di sesuatu kawasan bandar telah menggalakkan perubahan gaya hidup penduduk. Perubahan gaya hidup yang ketara pada masa kini adalah menerusi penggunaan bekas pengisi minuman, lampin pakai buang dan bekas pembungkus makanan. Justeru, perubahan ini menambahkan lagi penjanaan sisa pepejal di sesuatu kawasan bandar. Seterusnya, proses perbandaran juga menggalakkan perubahan ciri demografi di sesuatu kawasan. Hal ini kerana, berlakunya pertambahan penduduk di kawasan bandar. Pertambahan penduduk ini telah meningkatkan lagi penjanaan sisa pepejal. Selain itu, corak ekonomi di sesuatu kawasan bandar yang mengalami perbandaran turut berubah, contohnya aktiviti perindustrian. Aktiviti perindustrian juga merupakan faktor yang menyumbang kepada peningkatan pembuangan sisa pepejal di kawasan bandar. Oleh itu, ketiga-tiga aspek ciri-ciri penduduk tersebut akan menambahkan jumlah penjanaan sisa pepejal dan seterusnya meningkatkan keperluan pelupusan sampah. Namun demikian, tanah di kawasan bandar bukan sahaja berkurangan bahkan semakin mahal. Justeru, penempatan tapak pelupusan sampah dalam kawasan bandar akan mengalami ketiadaan kawasan pelupusan dan peningkatan kos pelupusan. Di samping itu juga, masalah pengurusan sisa pepejal yang berkaitan dengan perbandaran adalah penjanaan sisa pepejal di kawasan setinggan. Hal ini kerana, perbandaran yang berlaku di sesuatu kawasan akan meningkatkan lagi perumahan kawasan setinggan. Kawasan rumah setinggan tidak mempunyai sistem pembuangan sampah yang sistematik dan seterusnya mengakibatkan penduduknya membuang sisa pepejal domestik dengan sesuka hati. Malah, berlaku juga pembuanag sisa pepejal ke dalam sungai dan parit yang boleh menimbulkan kesan terhadap alam sekitar. (Jalina Kassim, 2006)

3.4.2Kesan pertambahan sisa pepejal3.4.2.1Pencemaran lembangan saliranPeningkatan kawasan bandar dan tepubina telah menggalakkan aktiviti pembangunan fizikal dan pertambahan penduduk. Pembangunan fizikal dan pertambahan penduduk dapat dikaitkan pertambahan bahan buangan domestik atau peningkatan pepejal terampai dalam air sungai. Pertambahan bahan buangan domestik serta kumbahan boleh mengakibatkan parameter seperti COD, BOD dan Ammonikal-Nitrogen mencatatkan tahap pencemaran lembangan saliran yang serius. (Noorazuan Md Hashim & Asmala Ahmad 2007) Selain itu, proses perbandaran yang meningkatkan lagi projek-projek pembangunan bagi kawasan perumahan, industri dan perniagaan sudah tentu menjadi punca kepada peningkatan pembuangan sisa pepejal dan seterusnya menjadi penyebab kepada penurunan kualiti lembangan saliran. 3.4.2.2Pencemaran BauTapak pelupusan yang mengandungi sisa pepejal yang banyak boleh menyebabkan pencemaran bau berlaku. (Zaini Sakawi, Sharifah Mastura Syed Abdullah, Othman Jaafar, Mastura Mahmud, Lukman Ismail, Mohd Rozaimi Ariffin, 2012) Sisa buangan melalui aktiviti manusia boleh datang dari pelbagai sumber seperti domestik, perniagaan, industri dan institusi. Kehadiran sisa buangan dalam sesuatu ekosistem merupakan indikator perubahan alam sekitar yang memberi impak kepada pencemaran bau yang mendatangkan ketidakselesaan kepada manusia dan punca wujudnya masalah lain. Masalah bau dari sisa buangan ini bukan sahaja datang daripada penstoran sisa buangan yang tidak dikutip daripada pelbagai sumber yang terjana melalui aktiviti manusia. Tetapi turut datang dari sumber semulajadi yang tidak diurus dengan sistematik dan sempurna. Di samping bau yang terjana dari penstoran sisa buangan, masalah bau yang wujud dari tapak pelupusan sisa buangan turt menjadi punca utama pencemaran yang berpunca daripada kelemahan pengurusan. Kelemahan ini boleh juga disebabkan penggunaan teknologi yang rendah sehingga memberi masalah kepada kesejahteraan alam sekitar setempat tapak pelupusan. Bau yang datang dari tapak pelupusan bukan sahaja memberi kesan kepada manusia, tetapi turut mengundang bencana kepada persekitaran fizikal lain. Hal ini kerana, kehadiran bau merupakan indikator bagi wujudnya gas daripada longgokan sisa buangan tersebut yang boleh mengganggu kesihatan awam. Oleh itu, pencemaran bau merupakan salah satu komponen pencemaran yang sering mendapat perhatian individu, badan bukan kerajaan dan media. (Zaini Sakawi et. al, 2012)

4.0LANGKAH-LANGKAH MENGATASI MASALAH EKOSISTEM BANDAR4.1Dasar Perbandaran NegaraMenurut Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (2006), Keperluan Dasar Perbandaran Negara ini telah ditekankan di dalam RMK-8 dan RMK-9, di mana DPN perlu digubal untuk meningkatkan keberkesanan kualiti perkhidmatan bandar ke arah mewujudkan bandar yang selamat, bersistematik, moden dan menarik. Peruntukan dibawah bahagian IIB, Seksyen 6B (3), Akta Perancangan Bandar dan Desa (Akta 172) yang dipinda pada tahun 2001 (Akta A1129), juga menyatakan keperluan bagi Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa menimbangkan dasar perbandaran negara atau dasar lain yang serupa dalam menyediakan draf Rancangan Fizikal Negara (RFN).Dasar Perbandaran Negara adalah bertujuan untuk memandu dan menyelaraskan perancangan dan pembangunan perbandaran negara supaya lebih efisien dan sistematik khususnya bagi mengurus peningkatan jumlah penduduk bandar pada tahun 2020 dengan penekanan terhadap keseimbangan pembangunan sosial, ekonomi dan fizikal di dalam bandar. Dasar Perbandaran Negara ini digubal berdasarkan enam teras yang berikut iaitu Pembangunan Perbandaran yang Efisien dan Mampan, Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing, Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien, Penyediaan Perkhidmatan bandar, infrastruktur dan Utiliti yang berkualiti, Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang sejahtera dan Beridentiti serta Tadbir Urus Bandar yang Efektif.Antara agensi pelaksana adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD), Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP), Jabatan Perangkaan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), semua Agensi Awam dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).4.2Akta Majlis Bandaraya Dan Perbandaran (Pindaan) 1957Berdasarkan Undang-Undang Malaysia (2006), Terdapat undang-undang kecil mengenai kerja-kerja tanah bagi kawasan-kawasan perbandaran tertentu telah diperkenalkan terutamanya Akta Majlis Bandaraya dan Perbandaran (pindaan) 1957 dimana kuasa-kuasa tempatan diberikan kuasa untuk pengawalan berhubung dengan kerja-kerja tanah. Melalui akta ini, penggunaan tanah dapat dikawal untuk mengurangkan hakisan akibat pengurusan tanah yang tidak sistematik.4.3Akta Jalan, Tali Air Dan Bangunan 1974 (Pindaan) 1978Demikian juga Akta Jalan, Tali air dan Bangunan 1974 dan dipinda pada tahun 1978 untuk pengawalan hakisan tanih dan pemendapan akibat dari pembangunan perumahan dan pembandaran. Walaupun penggubalan akta dan undang-undang tersebut mempunyai asas yang baik bagi mengawal aktiviti yang boleh menyebabkan penyalahgunaan tanah yang serius, keadaan sebenarnya menunjukkan bahawa akta dan undang-undang tersebut tidak diberi perhatian yang berat dan menimbulkan persoalan tentang keberkesanannya serta sikap kerajaan dalam mengawal hakisan tanih (Undang-Undang Malaysia, 2006).4.4Menyediakan Sistem Perparitan Dan Saliran Yang SempurnaSistem perparitan merupakan suatu sistem penting yang berperanan untuk menghalang tindakan air dari mengurangkan kekuatan dan ketahanan struktur tanah. Fungsi asas sistem perparitan ialah mengalirkan air larian permukaan ke kawasan tertentu yang lebih selamat dan ekonomi. Sistem perparitan ini boleh dibahagikan kepada perparitan awal dan perparitan utama. Perparitan awal berperanan mengumpul dan mengalirkan air permukaan daripada reka bentuk ribut awal yang mempunyai ulangan 2, 5 dan 10 tahun bergantung kepada guna tanah. Perparitan awal ini mampu mengurangkan kos penyelenggaraan serta mengelak berlaku kerosakan-kerosakan kecil. Biasanya sistem perparitan awal ini adalah parit di tepi jalan, paip air larian, pembentungan dan lain-lain struktur yang direka bentuk untuk membawa air larian permukaan. Perparitan utama pula merupakan saliran terpenting dalam suatu sistem perparitan. Ianya merupakan punca keberkesanan dan kecekapan sistem perparitan. Direka bentuk untuk kala berulang 100 tahun bagi mengurangkan kerosakan harta benda akibat banjir. Sistem ini akan mengumpulkan jumlah air larian daripada sistem perparitan permulaan ke sungai, tasik ataupun laut.Pihak pemaju perlu menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan seperti menyediakan sistem sekunder bagi membantu sistem perparitan utama yang tidak dapat menampung muatan air larian permukaan yang besar atau mengalami kerosakan, sistem perparitan bawah permukaan mestilah dapat mengalirkan air resapan dan lain-lain punca air bumi dengan berkesan, sistem saliran yang direka bentuk mestilah berupaya mengalirkan air larian pada kapasiti yang besar dengan pantas tanpa berlaku limpahan dan kecerunan sistem perparitan harus sesuai dan tepat bagi mendapatkan satu aliran yang berterusan. Oleh yang demikian, pihakberkuasa (Jabatan Pengairan & Saliran) wajar menyediakan peraturan ketat dan pemantauan yang lebihkerap dan Pihak pemajuperlu menyediakan sistem perparitan yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Pemaju yang tidak mematuhi syarat dan peraturan yangditetapkan hendaklah diambil tindakan undang-undang serta penyelenggaraan berkala seharusnya dijalankan dengan lebih kerap iaitu 1 atau 2 kali sebulan (Bazlan Sabri, 1996).4.5Kaedah Kejuruteraan (Projek Tebatan Banjir)Kaedah kejuruteraan juga digunakan dalam mengawal banjir yang berlaku seperti projek tebatan banjir. Kerajaan telah menunjukkan komitmen dalam mengawal bencana banjir melalui usaha memberi peruntukkan dalam projek-projek yang melibatkan pengawalan banjir. Contohnya, dalam Rancangan Malaysia ke-2, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM 16.5 juta untuk tujuan ini. Manakala, dalam Rancangan Malaysia ke-7, kerajaan telah menambah peruntukan untuk tujuan ini kepada RM 1 billion. Antara projek yang dijalankan adalah seperti SMART (Terowong jalan raya dan Pengurusan banjir) yang berfungsi untuk mengalirkan lebihan air sungai Ampang dan Klang seperti dalam gambar rajah 4.5. Terowong ini berfungsi untuk mengatasi masalah banjir yang disebabkan oleh limpahan air banjir Sungai Klang di Kuala Lumpur dengan melencongkan air banjir di pertemuan Sungai Klang atau Sungai Ampang ke terowong sepanjang 9.7km. Terowong Smart ini merupakan terowong kedua terbesar dibenua Asia ini merupakan satu-satunya projek inovatif oleh KerajaanMalaysiayang menggabungkan dwi fungsi, yang pertama seumpamanya di dunia.Fungsi utamanya adalah mengurangkan masalah banjir di kawasan tumpuan utama pusat bandaraya Kuala Lumpur manakala fungsi keduanya bagi mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan antara Pusat BandarayaKuala Lumpurdengan pintu masuk sebelah selatan di Sungai Besi.

Gambar Rajah 4.5: Gambar Terowong SMART bagi Mengatasi Banjir

Rujukan : Google http://state.water.gov.my/scc/index.php/ms/perkhidmatan/operasi-smart(Gambar Terowong SMART bagi Mengatasi Banjir)

Melalui sistem ini, bencana banjir dijangka dapat dikurangkan pada masa akan datang disamping melihat pelbagai kelebihan yang diperolehi daripada sistem ekologi apabila manual berkenaan diintegrasikan dengan pengurusan lembangan saliran secara terkawal atau bersepadu di Malaysia (Suhaimi Yahya, 2011).4.6Meningkatkan Kawasan Hijau Atau Zon PenampanMenurut Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani (2009), dengan membanyakkan kawasan hijau adalah dapat meningkatkan proses sejatan di kawasan bandar dan mengurangkan kadar penyimpanan haba pendam oleh bahan-bahan binaan. Dengan itu, keadaan persekitaran bandar menjadi lebih sejuk apabila kadar kelembapan bandingan lebih tinggi. Peningkatan suhu bandar sehingga membawa kepada pembentukan Pulau Haba Bandar misalnya boleh juga dikurangkan apabila ditingkatkan kawasan badan air. Peranan badan air dalam mengurangkan suhu bandar pernah dikaji di sekitar Kuala Lumpur dan usaha membanyakkan kawasan pancutan air di kawasan bandar boleh juga mengurangkan kadar suhu yang tinggi. Pancutan air mampu meningkatkan kadar kelembapan bandingan dan dengan itu mengurangkan suhu sekitaran dalam bandar. Selain itu, perlu dikurangkan penggunaan bahan berbentuk cermin atau yang mampu memantulkan bahangan pada kadar yang tinggi. Ini disebabkan peningkatan pantulan bahangan boleh meningkatkan pembebasan haba ke ruang sekitar bandar. Hal ini dapat boleh meningkatkan kadar suhu bandar sehingga membentuk pulau haba bandar. Kebelakangan ini, usaha mengurangkan suhu bandar boleh dilaksanakan dengan menanam pokok di atas bumbung-bumbung bangunan yang rata atau konsep bumbung hijau (Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani, 2009).4.7Menyediakan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Dan Sisa Toksid Yang CekapMenurut Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS (2011), terdapat beberapa garis panduan umum bagi perancangan pemuliharaan dan pembangunan KSAS kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa pepejal dan sisa toksid iaitu sebarang bentuk pembangunan semula hanya dibenarkan selepas tempoh 10 tahun dengan merujuk Garis Panduan Pembangunan Semula Kawasan Brownfield, sistem pengumpulan air resapan dan gas di tapak sedia ada perlu dinaik taraf merujuk kepada Jabatan Pengairan dan Saliran, tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskap, semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter dari sungai utama atau 500 meter dari anak sungai, semua tapak baru perlu mempunyai sistem pengumpulan air resapan, sistem pengumpulan gas dan suatu lapisan tidak telus cecair di dasar tapak berkenaan. Rekabentuk sistem saliran tapak pelupusan ini perlu merujuk kepada (JPS), semua tapak baru tidak dibenarkan menerima sisa terjadual atau sisa toksid dan tiada pembangunan perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 500 meter dari tapak pelupusan sisa pepejal.Manakala, bagi garis panduan umum bagi perancangan pemuliharaan dan pembangunan KSAS kawasan bekas dan tapak pelupusan sisa toksid pula ialah pembangunan semula tidak dibenarkan, tapak sedia ada perlu dipagar dan dilandskapkan, semua tapak baru tidak dibenarkan di dalam kawasan tadahan air atau dalam lingkungan 5000 meter dari sungai utama atau 1000 meter dari anak sungai dan tiada pembangunan perumahan, sekolah, hospital dan pengambilan air tanah di dalam zon penampan sekitar 1000 meter dari tapak pelupusan sisa toksid. 4.8Mewujudkan Bandar Dalam Taman (Hutan Bandar)Menurut Shaharudin Idrus (2011), perhutanan bandar didefinisikan sebagai satu cabang perhutanan khusus yang mempunyai objektif menanam dan menguruskan pokok-pokok untuk menyumbang faedah daripada kewujudannya masa kini serta berpotensi menyumbang ke arah kebaikan psikologi, sosiologi dan kebajikan ekonomi masyarakat bandar. Hutan Bandar merupakan sebuah entiti kawasan yang terkandung di dalamnya elemen-elemen hutan dan terletak di kawasan yang ditakrifkan sebagai kawasan perbandaran.Dari segi geografinya, hutan bandar wujud dalam empat zon yang jelas iaitu Zon paling luar dikenali sebagai sekitar pinggir bandar yang lazimnya merupakan zon peralihan antara kawasan hutan, guna tanah pertanian dan lot-lot penempatan khususnya campuran perkampungan tradisi dan kawasan pembangunan yang kurang dikawal. Zon kedua adalah kawasan pinggir bandar. Kawasan ini mengalami kadar penjelmaan yang lebih tinggi di mana tumbuh-tumbuhan dan permukaan tanah digondolkan bagi tujuan pembangunan baru untuk menampung kesesakan bandar. Walau bagaimanapun, kehilangan tumbuh-tumbuhan ini akan diganti semula melalui penanaman selepas pembangunan siap dijalankan. Zon ketiga pula adalah kawasan perumahan di dalam bandar yang terdiri daripada perumahan berkepadatan tinggi, sederhana dan berkepadatan rendah, terletak di antara kawasan pinggir bandar dan menghampiri ke sempadan pusat bandar (Central Business District). Pokok-pokok yang terdapat di kawasan ini agak terhad daripada segi jumlah serta saiznya. Kawasan hijau sering kali wujud pada lot atau ruang yang kecil, bertaburan dengan bentuk yang tidak menentu. Zon terakhir bagi hutan bandar adalah pusat bandar. Tumbuh -tumbuhan yang terdapat di kawasan ini adalah amat sedikit sekali kerana keadaan ruang untuk pokok-pokok boleh dikatakan tidak langsung diberi pertimbangan semasa pembangunan awalnya dan kini pokok menghadapi persaingan dengan keperluan lain yang lebih utama (Shaharudin Idrus, 2011).

5.0KESIMPULANProses pembandaran yang dilaksanakan sangat penting dalam meningkatkan kualiti hidup sosial penduduk. Dengan kemajuan pembangunan yang terdapat pada sesebuah negara membolehkan kehidupan penduduk lebih terjamin. Namun demikian, terdapat masalah yang timbul akibat daripada perkembangan sesebuah negara seperti timbulnya isu alam sekitar seperti pulau haba, banjir kilat, pembuangan sisa pepejal, tanah runtuh dan sebagainya. Oleh itu, perancangan dalam membangunkan sesebuah negara perlu disediakan bagi mengatasi masalah yang akan wujud akibat pembangunan yang dilaksanakan.

RUJUKANAbdul Samad Hadi. (2010). Urbanisasi di Malaysia: Mengaitkan Kepelbagaian Proses keBentuk Perbandaran. Malaysian Journal of Environmental Management, 11(2), 21-23.Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus. Sejarah Sosial Bandar Kuala Lumpur dari PerspektifKesejahteraan Penduduknya 1890-1914. Diakses pada 20 Mei 2014 darihttp://portalfsss.um.edu.my/portal/uploadFolder/pdf/Sejarah%20Sosial%20Bandar20Kuala%20Lumpur%20dari%20perspektif%20kesejahteraan%20penduduknya.pdf

Bazlan Sabri. 1996. Kajian Sistem Saluran Terbuka yang Sistematik (Kajian Kes: Kg. Melayu, Kangkar Pulai, Johor). Universiti Teknologi Malaysia: Fakulti Kejuruteraan Awam. Berita Harian. 25 Disember 2013. Kegiatan Korek Pasir Punca Banjir Kilat. Diakses pada 06Mei 2014 dari www.bharian.com.my.Berita Harian. 11 April 2013. Ibu Negara Dilanda Banjir Kilat. Diakses pada 03 Mei 2014 dariwww.bharian.com.my.Garis Panduan Perancangan Pemuliharaan dan Pembangunan KSAS. 2011. Kawasan Bekas dan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal dan Toksid. Kuala Lumpur: Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.Hairul Anuar. 2006. Tesis: Kajian Banjir Kilat di Wangsa Melawati. Kuala Lumpur. Johor:Universiti Teknologi Malaysia. Haliza Abdul Rahman. 2007. Tesis: Suatu Tinjauan Terhadap Permasalahan Banjir Kilat diLembah Klang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Hasnah Ali, Dody Dermawan, Noraziah Ali, Maznah Ibrahim & Sarifah Yaacob. 2012.Masyarakat dan amalan pengurusan sisa pepejal ke arah kelestarian komuniti: Kes isirumah wanita di Bandar Baru Bangi, Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space,8(5), 64-75.Jabatan Perancangan Bandar. 26 Februari 2014. Sejarah Perbandaran Kuala Lumpur.Diakses dari http://jprb.dbkl.gov.my/profail/profailsejarah.html

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. 2006. Dasar Perbandaran Negara (DPN). Kuala Lumpur: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Diakses pada 15 Mei 2014 dari http://www.townplan.gov.my/content.php?ID=40.Jalina Kassim. 2006. Kajian Penjanaan dan Komposisi Sisa Pepejal di Kawasan Luar Bandar:Kajian Kes Kampung Perpat Darat Rengit, Batu Pahat, Johor. Johor: UniversitiTeknologi Malaysia. Kamarul Ain Kamal & Nor Aini Othman. 2010. Tesis: Aplikasi GIS dalam Kajian TaburanAktivitiKegunaan Tanah di Kawasan Bukit Batu Kapur di Ipoh, Perak. UniversitiTeknologi Mara. Lee Boon Hiong. 2007. Tesis: Pembangunan Ekopelancongan di Cameron Hihgland: SatuKajianKes. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. Mokhtar Jaafar, Abdul Halim Yusof & Asiah Yahya. 2011. Analisis Tahap KebolehruntuhanTanah dengan Menggunakan Skala ROM: Kajian di Kampus Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi. Journal of Society and Space, 7(3), 45-55.Noorazuan Md. Hashim, Sulong Muhammad, Kadaruddin Aiyub & Norhayati Yahya. 2011.Pembangunan Tanah Runtuh dan Fenomena Banjir Kilat: Kes Sungai Lembing,Pahang. Jurnal e-Bangi, 6(2), 155-169.Norazuan Md Hashim & Asmala Ahmad. 2007. Tepubina bandar: Isu dan kaitannya dengankesihatan ekosisitem lembangan saliran. Malaysia Journal of sosiety and Space, 3,20-34.Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md Hashim & Yaakob Mohd Jani. 2009. Fenomena PulauHaba Bandar dan isu alam sekitar di Bandaraya Kuala Lumpur. Malaysia Journal ofSociety and Space, 6(3), 57-67.Shaharuddin Ahmad & Noraziah Ali. 2011. Aktiviti ekonomi dan penjanaan haba di beberapalokasi terpilih di Kuala Lumpur. Malaysia Journal of Society and Space, 7.Shaharuddin Ahmad, Noorazuan Md. Hashim & Yaakob Mohd Jani. 2009. Fenomena Pulau Haba Bandar Dan Isu Alam Sekitar Di Bandaraya Kuala Lumpur. Journal of Society and Space, 5(2), 115 - 125. Shaharudin Idrus. 2011. Era Hijau: Mengekalkan Hutan Bandar di Malaysia. Selangor: UPM Holdings Sdn. Bhd.Sin Hui Teng. 2007. Fenomena Pulau Haba dan Pembandaran: Satu Kajian Kes Di PulauPinang. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Suhaimi Yahya. 2011. Analisis Keselamatan di Lebuh Raya Terowong SMART. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Tan Chong Tat. 2005. Tren Perubahan Suhu Jangka Panjang Bagi Stesen yang Terpilih diNegeri Johor. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.Undang-Undang Malaysia. 2006. Akta 133: Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. Diakses dari http://www.kpkt.gov.my/kpkt_2013/akta/Akta133y1974bm.pdf pada 15 Mei 2014.Utusan Malaysia. 01 Ogos 2011. Ramai Tak Kisah Bencana Alam. Diakses pada 06 Mei 2014dari www.bharian.com.my.Utusan Online. 22 Mei 2011. Kronologi Kejadian Tanah Runtuh di Negara Ini. Diakses pada06 Mei 2014 dari www.utusan.com.my.Wan Rozali Wan Hussin. (2007). Kualiti Hidup Sosial dan Proses Perbandaran di Malaysia.Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.Wan Ruslan. 1994. Pengantar Hidrologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaini Sakawi, Sharifah Mastura Syed Abdullah, Othman Jaafar, Mastura Mahmud, LukmanIsmail & Mohd Rozaimi Ariffin. 2012. Persepsi Penerima Sensitif Ke Atas PencemaranBau Dari Tapak Pelupusan Secara Terbuka. Journal of Social Sciences andHumanities.

29 | Page