41
GALAH PANJANG

peraturan permainan tradisional.docx

  • Upload
    monlaki

  • View
    2.568

  • Download
    10

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Uploaded from Google Docs

Citation preview

Page 1: peraturan permainan tradisional.docx

GALAH PANJANG

Page 2: peraturan permainan tradisional.docx

Galah Panjang

Ukuran padang untuk galah panjang

9 meter

Cara bermain

Permainan ini melibatkan dua kumpulan yang terdiri daripada 5 orang pemain atau

lebih. Ketua dari kedua-dua kumpulan akan bermain wan to som untuk menentukan

pasukan penyerang dan pasukan bertahan. Pasukan yang menang akan menjadi

penyerang. Awak-awak dalam kumpulan akan mengawal garisan daripada dirempuh

oleh penyerang. Penyerang yang terkena tangkap atau dicuit akan dikira mati.

Setiap penyerang hendaklah melepasi garisan belakang sekali dan kembali semula

ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan.

Undang-undang

Untuk peringkat pertandingan ini, kami telah mengubahsuai sedikit undang-undang

permainan ini agar ia bersesuaian dengan pertandingan yang melibatkan beberapa

buah kumpulan.

i. Pemain penyerang tidak boleh berundur ke belakang setelah melepasi

garisan gelanggang, ia dikira mati.

ii. Pemain dikira mati jika terkeluar dari garisan gelanggang.

iii. Pasukan penyerang akan mendapat satu mata jika salah salah seorang

daripada mereka dapat melepasi semua garisan hingga kembali semula

ke garisan permulaan.

iv. Pemenang dikira berdasarkan bilangan mata tertinggi yang terkumpul.

Page 3: peraturan permainan tradisional.docx

v. Masa hanya diberikan 5 minit kepada setiap kumpulan sebelum

pertukaran peranan.

vi. Jika didapati pemain menipu dalam pertandingan tersebut, 1 mata akan

ditolak dalam kiraan mata terkumpul.

Pemberian mata

i. Kumpulan yang berjaya melepasi halangan paling banyak dikira pemenang

untuk peringkat awal permainan iaitu perlawanan 1 dan 2. Mata masih

diberikan bagi menentukan kumpulan yang menang dalam perlawanan

tersebut tetapi tidak dikira untuk menentukan jumlah mata terkumpul.

ii. Dalam perlawanan 3 dan 4 iaitu perlawanan bagi penentuan kedudukan 1,2,3

dan 4, skema mata ditetapkan oleh pihak penganjur berdasarkan kedudukan

dalam perlawanan 3 dan 4.

iii. Berikut adalah skema pemberian mata bagi pemenang;

Kedudukan Mata

Pertama 5

Kedua 3

Ketiga 2

Keempat 1

Page 4: peraturan permainan tradisional.docx

BATAK LAMPUNG

Batak Lampung

TAPAK PERMAINAN

5meter

Sempadan Permulaan

Kedudukan PengadilKEDUDUKAN PERMAIN SIMPANAN ATAU PEMAINAN BERIKUTNYAKEDUDUKAN PERMAINKedudukan Pemain5 METER

Page 5: peraturan permainan tradisional.docx

Penerangan :1. Tapak kawasan permainan 5 X 5 meter2. Hanya 2 orang permainan sahaja dibenarkan masuk dalam tapak permianan

dalam satu masa.3. Permain yang menanti giliran hendaklah duduk dan mengunggu di tempat

yang disediakan4. Pemain hendaklah menurut setiap arahan pengadil bagi tujuan keselamatan

SKEMA PERMAKAHAN

Page 6: peraturan permainan tradisional.docx

1. Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai

pemenang bagi pusingan pertama dan diberi satu mata.

2. Sekiranya peserta tersebut berjaya mengekalkan kedudukan pada pusingan

kedua dan akan dikira sebagai pemenang keseluruhan.

3. Sekiranya kedua-dua peserta tersebut mendapat mata yang sama, maka

pusingan ketiga akan dibuka untuk menentukan pemenang keseluruhan.

SYARAT PERMAINAN

1. Kedua-dua peserta hendaklah berada dalam keadaan yang selesa dan sedia.

2. Sebaik sahaja permainan dimulakan peserta haruslah berusaha

mempertahankan kedudukan asalnya.

3. Sekira salah seorang dari perserta berganjak, terangkat dari kedudukan asal

atau menyerah kalah peserta tersebut dikira kalah dan yang berjaya

mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai pemenang.

PERATURAN PERMAINAN

1. Setiap peserta haruslah bersedia dan berani untuk menerima cabaran.

2. Apabila permainan dimulakan setiap peserta haruslah bertahan selama yang

mungkin untuk mempertahankan kedudukannya.

3. Mana-mana peserta yang terangkat dari kedudukan asal atau berganjak atau

menyerah kalah akan dikira kalah.

Peserta yang berjaya mengekalkan kedudukan akan dikira sebagai

pemenang.

Page 7: peraturan permainan tradisional.docx

GELANG GETAH

Gelang Getah

SYARAT PERMAINAN

1. Setiap peserta akan diberi sepuluh gelang getah.

Page 8: peraturan permainan tradisional.docx

2. Peserta hendaklah berada pada jarak yang telah disediakan dan hanya

melontar getah ke kawasan yang telah disediakan.

3. Setiap peserta akan melontar gelang getah mengikut giliran.

4. Gelang getah yang dilontar ke dalam kawasan yang telah ditetapkan haruslah

berada di atas salah satu gelung getang atau saling bertindih antara satu

sama lain yang diletakkan secara rawak di dalam kawasan tersebut untuk

mendapatkan markah.

5. Setiap gelang getah yang diperolehi oleh peserta dikira satu markah

manakala gelang getah yang dibaling tadi tidak mengena pada sasaran

gelung getah lain tidak akan dikira markah.

6. Permainan berjalan selama 10 minit dan peserta yang kehabisan gelang

getah dikira kalah dan keluar daripada permainan.

PERATURAN PERMAINAN

1. Peserta yang melontar gelang getah tidak boleh berdiri melebihi garisan yang

telah ditetapkan dan sekiranya peserta melebihi garisan semasa melontar

gelang getah akan dikira kalah dan terkeluar daripada permaianan.

2. Peserta hendaklah mengikut giliran yang telah ditetapkan oleh penganjur.

3. Jikalau peserta didapati menipu semasa permainan berlangsung, secara tidak

langsung akan dikeluarkan daripada permainan.

4. Contoh penipuan yang dilakukan oleh peserta :

● Didapati cubaan membawa gelang getah sendiri tanpa pengetahuan

pihak penganjur.

● Cubaan mencuri gelang getah peserta lain.

5. Peserta yang menggangu semasa peserta lain sedang meontar getah akan

diberi amaran pertama dan jikalau masih lagi mengganggu akan dikeluarkan

terus daripada permainan tersebut.

SKEMA PERMAKAHAN

1. Setiap gelung getah yang diperolehi dikira satu markah.

2. Gelung getah yang tidak mengenai sasaran tidak akan dikira markah.

Page 9: peraturan permainan tradisional.docx

TIKAM GULI

Page 10: peraturan permainan tradisional.docx

Tikam Guli

Ukuran Padang untuk Permainan Guli

i. Satu bulatan gelung diletakkan di atas tilam gimnastik.

ii. Bulatan tersebut dinamakan rumah guli.

iii. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 2m daripada bulatan besar

tersebut.

Cara Bermain

i. Setiap pasukan hendaklah meletakkan beberapa biji guli di dalam gelung

mengikut jumlah yang ditetapkan.

ii. Pemain pertama akan menikam gulinya kepada semua guli yang berada

di dalam kawasan bulatan agar terkeluar.

iii. Sekiranya tikaman tidak mengena atau guli tidak terkeluar ia dikira mati

dan pasukan lawan akan membuat tikaman kepada guli-guli yang ada.

Page 11: peraturan permainan tradisional.docx

iv. Begitulah seterusnya sehingga semua pemain dalam pasukan selesai

membuat tikaman ke atas guli di dalam gelung.

v. Pihak penganjur berhak menukar cara bermain mengikut keadaan

permainan.

Undang-undang

i. Kedua-dua kaki tidak boleh melepasi garisan penanda untuk menikam.

ii. Kedua-dua kaki tidak boleh diangkat dan melangkah ke hadapan ketika

membuat tikaman.

iii. Tikaman hanya boleh menggunakan “striker” yang telah disediakan

iv. Kedudukan tikaman hanya boleh pada kedudukan berdiri.

Pemberian Mata

i. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah guli yang dikeluarkan

daripada bulatan yang dibuat oleh setiap pasukan.

ii. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan

dilayan.Serak Lidi

iii. Cara bermain

■ Permainan ini dimainkan sebanyak 2 orang atau lebih

■ Lidi akan ditaburkan secara berselerak

■ Peserta dikehendaki mengambil sebatang lidi tanpa

menggerakkan lidi yang lain

■ Sekiranya terdapat lidi lain yang tergerak, maka peserta

tersebut akan ‘mati’ dan memberi peluang kepada peserta

lain untuk mengambil giliran.

■ Peserta dibenarkan menggunakan apa-apa cara untuk

mengambil lidi, seperti mencungkil, menarik atau menyorong

lidi.

Peraturan Permainan

■ Permainan dimulakan dengan lambungan duit syiling untuk

memilih peserta yang memulakan permainan

■ Peserta dikehendaki mengambil lidi sebanyak yang mungkin

tanpa menggerakkan lidi yang lain

■ Tempoh masa yang dikenakan adalah selama 2 minit

Page 12: peraturan permainan tradisional.docx

■ Sesiapa yang memperolehi kutipan lidi yang paling banyak

akan menjadi pemenang

GUSTI LENGAN

Page 13: peraturan permainan tradisional.docx

Gusti Lengan

CARA BERMAIN

Perlawanan gusti lengan ialah satu pertandingan bermain di mana 2 orang

meletakkan salah satu sebelah kiri atau kanan siku mereka pada sebuah

meja, tangan mencengkam antara satu sama lain kemudian , dan cuba

merebahkan tangan pada permukaan meja.

PERATURAN PERMAINAN

i. Pertandingan mengunakan format kalah dua kali atau double

elimination iaitu pemain yang kalah untuk kali keDUA akan terkeluar

dari pertandingan dan pemain yang menang mara ke pusingan yang

seterusnya.

Pertandingan hanya menggunakan tangan kanan sahaja.

ii. Cengkaman bererti pemain mengenggam tangan lawan secara

merapatkan dan mempertemukan tapak tangannya kepada tapak

tangan lawan, ibu jari mesti dapat dilihat semasa memulakan

perlawanan.

iii. Sebelum membuat genggaman, siku hendaklah sentiasa berada di

atas pelapik siku sepanjang perlawanan.

Page 14: peraturan permainan tradisional.docx

iv. Pemain DILARANG menarik tangan lawannya sehingga melepasi

garis tengah. Tindakan berkenaan dianggap sebagai tidak sah.

Perlawanan akan dimulakan semula.

v. Semasa perlawanan, pemain tidak dibenarkan memakai jam tangan

atau cincin atau apa juga perhiasan pada tangan yang digunakan

untuk perlawanan.

vi. Pengadil akan memberi isyarat memulakan perlawanan dengan

menyebut "Ready .... Go!!

vii. Pengadil akan menggunakan perkataan "Stop" untuk memberhentikan

perlawanan. Sebaik pengadil menyebut perkataan "Stop" pemain mesti

menghentikan perlawanan serta merta.

viii. Perlawanan diadakan sebanyak DUA kali jika pemain menang kedua-

dua perlawanan dan perlawanan ke tiga jika pemain seri dalam dua

perlawanan awal.

ix. Sekiranya pemain mengalami kecederaan semasa perlawanan

berlangsung, ianya masih tidak dianggap kalah melainkan pemain

mengaku kalah dalam perlawanan berkenaan.

x. Pemain dianggap MENANG apabila pemain berjaya menjatuhkan

tangan lawan sehingga belakang tangan atau lengan lawan menyentuh

pelapik sentuhan atau sebaris dengan pelapik sentuhan

xi. Pengadil kemudian akan memegang tangan kedua pemain dan

mengumumkan pemenang dengan mengangkat tangan pemain yang

menang.

xii. Berikut adalah skema pemberian mata bagi pemenang;

Kedudukan Mata

Pertama 5

Kedua 3

Ketiga 2

Keempat 1

Page 15: peraturan permainan tradisional.docx

BALING SELIPAR

Page 16: peraturan permainan tradisional.docx

Baling Selipar

Undang-undang

1. Setiap ahli kumpulan A diberi peluang untuk membaling

selipar ke arah piramid.

2. Hanya seorang daripada wakil kumpulan B dibenarkan

untuk membatalkan ahli kumpulan A semasa balingan

dibuat.

3. Balingan hanya dibuat pada paras bawah lutut sahaja

4. Balingan yang melebihi paras yang dibenarkan dikira batal.

5. Pasukan B hanya akan boleh mematikan pasukan lawan

selepas selipar diserakkan dalam bulatan.

6. Pemain yang terkena balingan dikira mati dan keluar

dari kawasan permainan.

7. Pemain tidak dibenarkan untuk berlari di luar daripada

kawasan permainan.

8. Selipar yang telah disusun oleh pasukan A tidak boleh

diserakkan oleh pasukan B semasa permainan.

9. Pemain B yang membawa selipar tidak dibenarkan

untuk bergerak.

10. Pemain daripada pasukan A tidak dibenarkan untuk

membaling keluar selipar yang digunakan untuk

membaling.

11. Pemain A tidak dibenarkan untuk memegang selipar

yang digunakan untuk membaling. Pemain yang

memegang selipar akan dikira batal.

Page 17: peraturan permainan tradisional.docx

Pemberian mata

2. Kumpulan yang berjaya menyusun semula piramid selipar akan

diberi 10 markah.

3. Jumlah markah hanya akan dikira selepas 2 kumpulan telah

habis bermain.

4. Jika markah seri, pemenang hanya dikira berdasarkan bilangan

pihak lawan yang berjaya dimatikan.

5. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi dikira

sebagai pemenang.

Page 18: peraturan permainan tradisional.docx

GULI ROKET

Page 19: peraturan permainan tradisional.docx

Guli Roket

Cara bermain

1. Setiap kumpulan akan dibekalkan 30 guli oleh penganjur.

2. Setiap kumpulan diminta menghantar seorang wakil untuk setiap pusingan.

3. Penentuan giliran, ditentukan berdasarkan kepada jarak hampir lontaran guli

peserta digarisan permulaan yang dilontar dari arah kotak roket.

4. Jumlah guli yang dipertaruhkan ditentukan berdasarkan persetujuan dari

setiap kumpulan.

5. Guli disusun mengikut budi bicara penganjur pada satu garisan lurus dalam

kotak roket.

6. Mata diambil berdasarkan kepada jumlah guli yang diperolehi pada setiap

pusingan.

Bagaimana cara untuk mengumpul jumlah guli yang banyak?

1. Setiap peserta akan berusaha mengeluar guli dari kotak roket.

2. Apabila guli pertama berjaya dikeluarkan peserta bukan sahaja akan

memperolehi guli yang berjaya dikeluarkan tetapi juga memperolehi guli yang

berada dibelakang bermula dari guli yang telah berjaya dikeluarkan.

Page 20: peraturan permainan tradisional.docx

3. Semakin dekat guli yang berjaya dikeluarkan dari puncak roket semakin

banyak jumlah guli yang dikumpulkan.

4. Guli yang digunakan untuk melontar mestilah berada diluar kawasan kotak

roket bagi membenarkan peserta mengambil guli selebihnya.

5. Pusingan akan tamat apabila jumlah guli dalam kotak roket kurang dari 4.

6. Jumlah mata akan dikumpulkan setelah selesai 3 pusingan.

7. Giliran peserta akan sentiasa ditentukan apabila setiap pusingan dimulakan.

Undang-undang

Syarat-syarat permainan

1. Setiap kumpulan besar diminta untuk menghantar 3 orang wakil untuk

pertandingan permainan Guli Roket.

2. Terdapat 3 pusingan yang perlu diharungi oleh setiap kumpulan.

3. Setiap pusingan hanya dibenarkan seorang wakil kumpulan sahaja untuk

berada diatas gelanggan pertandingan.

4. Ahli kumpulan yang lain hanya dibenarkan berada diluar gelanggang yang

telah ditetapkan oleh penganjur.

5. Mana-mana kumpulan yang cuba untuk melakukan sebarang provokasi atau

kelakuan dianggap menganggu permainan akan disingkirkan dari permainan

mengikut budi bicara juri.

6. Kuputusan akhir juri adalah muktamad, segala surat-menyurat bantahan tidak

akan dilayan.

Page 21: peraturan permainan tradisional.docx

LASTIK GETAH

Page 22: peraturan permainan tradisional.docx

Lastik Getah

Syarat dan Peraturan Lastik Getah

1. Pemain bermain secara berpasangan.

2. Pemain akan bermain secara bergilir-gilir.

3. Semasa melastik, pemain tidak boleh melepasi had garisan yang telah

ditetapkan.

4. Pemain tidak boleh membaling atau melontar lastik.

Page 23: peraturan permainan tradisional.docx

5. Pemain tidak boleh provokasi pemain lain.

6. Pemain tidak boleh merampas gelang getah pemain yang lain.

7. Pemain hendaklah menyimpan gelang getah yang telah dimenanginya di

dalam kotak yang disediakan.

8. Keputusan pengadil adalah muktamad.

Page 24: peraturan permainan tradisional.docx

ZERO TARZAN

Page 25: peraturan permainan tradisional.docx

Zero Tarzan

Ukuran Padang

60 cm

Cara Bermain

1. Bagi menentukan giliran, kaedah lai lai li tam plom akan digunakan dan diikuti

oleh ow som.

2. ‘Anak’ akan memulakan permainan, diikuti oleh ‘ibu’. Jika ‘ibu’ melanggar

giliran dan peraturan/syarat permainan, kesemua ahli pasukan akan ‘mati’

dan pasukan lawan akan bermain.

3. Kedua-dua hujung getah akan dipegang seluas/selebar bahu (seperti yang

telah ditetapkan).

4. Pada awal permainan, getah dipegang pada paras tapak kaki. Semua yang

melompat ketika ini perlu menyebut ‘Zero-Tarzan’. Pemain tidak boleh

menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan ‘mati’.

5. Kemudian, getah dipegang pada paras tapak kaki. Pemain perlu melompat

tanpa mengenai getah mengikut langkah-langkah yang telah ditetapkan.

(Rujuk Rajah 1)

Page 26: peraturan permainan tradisional.docx

6. Permainan diteruskan dengan paras berikutnya iaitu pada paras lutut,

pinggang, bahu, dan seterusnya paras kepala mengikut langkah-langkah tadi.

Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah selepas melepasi paras

pinggang.

7. Jika semua langkah di atas berjaya dilepasi oleh pemain, maka mereka akan

meneruskan pusingan seterusnya dengan mengulang langkah permainan

(Langkah 3-6) tetapi dengan menyebut ‘One-Tarzan’ dan begitulah

seterusnya.

8. Pasukan lawan akan meneruskan permainan jika pasukan tersebut tadi ‘mati’.

KETINGTING

Page 27: peraturan permainan tradisional.docx

Ketingting

Ukuran padang untuk ketingting

9764321

85

Cara bermain

Page 28: peraturan permainan tradisional.docx

Permainan ini melibatkan dua kumpulan yang terdiri daripada 1 orang pemain atau

lebih. Pemain akan bermain Lai tali lai tam plong dan wan o sum untuk menentukan

giliran. Bagi memulakan permainan, pemain hendaklah mencampakkan gundu ke

dalam petak pertama, begitu juga jika pemain telah berjaya melepasi pusingan

pertama, kedua dan seterusnya cara mencampakkan gundu adalah sama. Jika

gundu tidak masuk ke dalam petak yang ditentukan atau terkeluar ia di anggap mati

dan hilang giliran. Pemain lain mengambil giliran pula.

Pemain dikehendaki melompat kedalam kesemua petak dengan sebelah kaki,

kecuali di petak Sembilan pada awal pusingan. Tetapi bagi pemain yang baru sahaja

memulakan permainan dimana gundu berada di petak pertama, maka pemain

hendaklah melompat terus ke petak ketiga, tanpa memijak di petak kedua. Begitu

juga dengan lompatan disetiap petak, seandainya pemain terpijak garisan ia

dianggap mati dan giliran pemain lain mengambil alih permainan.

Setelah pemain melompat kembali ke garisan permulaan, setibanya di petak kedua

dan keempat, pemain hendaklah memijak dengan kaki kanan di petak kedua dan

kaki kiri di petak keempat. Setelah itu pemain dikehendaki melompat ke petak ketiga

pula dengan hanya sebelah kaki dan seterusnya gundu hendaklah dikutip di petak

pertama lalu melompat ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

Setiap pemain tidak dibenarkan memijak petak dimana gundu berada di dalamnya,

samada kepunyaan sendiri atau pihak lawan, jika ini berlaku ia dikira mati, giliran

pemain seterusnya mengambil alih permainan.

Membina Rumah

Untuk mendapatkan rumah, pemain dengan berdiri membelakangkan kesemua

petak di garisan permulaan dan mencampakkan ke dalam mana-mana petak

gelanggang dan disitulah kedudukan rumahnya. Sekiranya gundu jatuh terkena

gaisan atau terkeluar maka ia dikira mati. Setiap pemain hendaklah memijak dengan

kedua belah kaki di petak rumah dan pemain lain tidak dibenarkan berbuat demikian.

Sekiranya pemain lain memijaknya atau tuan rumah lupa memijak dengan kedua

belah kakinya ia dikira mati.

Undang-undang

Untuk peringkat pertandingan ini, kami telah mengubahsuai sedikit undang-undang permainan ini agar ia bersesuaian dengan pertandingan yang melibatkan beberapa buah kumpulan.

Page 29: peraturan permainan tradisional.docx

vii. Kesemua pemain dikira mati sekiranya salah kaki yang melompat, tertukar

kaki semasa lompat, gundu terkeluar garisan, kaki terkeluar petak, jatuh

dan tangan terpegang lantai atau terpijak rumah orang lain.

viii. Pemain akan bermain sampai habis satu pusingan sehingga membina

rumah sendir dan sesiapa yang memiliki rumah terbanyak dikiran

pemenang.

ix. Pemain yang kalah pada pusingan tertentu akan kehilangan kesemua

rumah atau hak miliknya dan pusingan tersebut dikira batal.

Pemberian mata

iv. Pemain yang berjaya memiliki paling banyak rumah dan tidak kalah sehingga

petak banyak dimilikinya ( rumah ), dikira menang.

v. Berikut adalah skema pemberian mata bagi pemenang;

Kedudukan Mata

Pertama 4

Kedua 3

Ketiga 2

Keempat 1

Page 30: peraturan permainan tradisional.docx

SERAK LIDI

Serak Lidi

Cara bermain

1. Permainan ini dimainkan sebanyak 2 orang atau lebih

2. Lidi akan ditaburkan secara berselerak

Page 31: peraturan permainan tradisional.docx

3. Peserta dikehendaki mengambil sebatang lidi tanpa

menggerakkan lidi yang lain

4. Sekiranya terdapat lidi lain yang tergerak, maka peserta

tersebut akan ‘mati’ dan memberi peluang kepada peserta lain

untuk mengambil giliran.

5. Peserta dibenarkan menggunakan apa-apa cara untuk

mengambil lidi, seperti mencungkil, menarik atau menyorong

lidi.

Peraturan Permainan

6. Permainan dimulakan dengan lambungan duit syiling untuk

memilih peserta yang memulakan permainan

7. Peserta dikehendaki mengambil lidi sebanyak yang mungkin

tanpa menggerakkan lidi yang lain

8. Tempoh masa yang dikenakan adalah selama 2 minit

9. Sesiapa yang memperolehi kutipan lidi yang paling banyak akan

menjadi pemenang

BATU SEREMBAN

Page 32: peraturan permainan tradisional.docx

Batu Seremban

PERATURAN DAN SYARAT PERMAINAN 1. 2 orang wakil bagi setiap kumpulan sebagai pemain.

2. Pemain dikira mati semasa mengutip buah di atas lantai dimana tangan

mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu

jatuh.

3. Pemain yang dikira mati hanya mendapat 2 peluang sahaja untuk

meneruskan permainannya.

4. Jumlah mata yang dikumpul melebihi had masa permainan berlansung tidak

akan dikira.

5. Bagi pemain yang dikenalpasti menipu dalam permainan, jumlah mata yang

dikumpul oleh nya akan dibatalkan atau tidak disahkan.

6. Kumpulan yang mendapat mata tertinggi dalam 10 minit permainan akan

dinobatkan sebagai pemenang.