7
Acara-acara balapan Peraturan 160 Ukuran Balapan 1. Ukuran standard balapan larian ialah 400m. Ia hendaklah mengandungi sepasang bahagian lurus dan sepasang selekoh yang mengandungi jejari yang sama. 2. Bagi setiap larian sehinggan dan termasuk 400m, setiap atlet hendaklah berlari dalam lorong sendrii. Peraturan 161 Blok Mula 1. Blok mula mestilah digunakan untuk semua larian sehingga dan termasuk 400m (termasuk pelari pertama 4x200m dan 4x400m) dan tidak boleh digunakan bagi larian-larian lain. 2. Blok mula hendaklah memenuhi spesifikasi berikut: a. Keadaanya kukuh dan tidak dibenarkan memberi kelebihan kepada peserta. b. Ia hendaklah dipasang pada balapan menggunakan pin atau pepaku. 3. Blok mula tersebut hendaklah mempunyai dua keeping plat penahan kaki semasa atlet berada dalam kedudukan hendak berlepas. Plat hendaklah dipasang menyendeng supaya sesuai dengan kedudukan kaki atlet yang hendak berlepas. 4. Pemasangan alat penahan kaki boleh diubah-ubah kedudukannya tetapi ia tetap tidak boleh bergoyang apabila digunakan. Peraturan 162 Permulaan 1. Permulaan sesuatu larian ditandakan dengan garisan putih selebar 5 sm. Bagi semua larian yang tidak mengikut lorong, garisan tersebut hendaklah melengkung supaya semua peserta bermula pada jarak yang sama dari garisan penamat. 2. Semua larian bermula dengan tembakan pistol atau apajua alat yang diluluskan, yang dihalakan ke atas oleh pelepas,setelah beliau

Peraturan 163 Perlumbaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

peraturan

Citation preview

Page 1: Peraturan 163 Perlumbaan

Acara-acara balapan

Peraturan 160 Ukuran Balapan

1. Ukuran standard balapan larian ialah 400m. Ia hendaklah mengandungi

sepasang bahagian lurus dan sepasang selekoh yang mengandungi jejari yang

sama.

2. Bagi setiap larian sehinggan dan termasuk 400m, setiap atlet hendaklah berlari

dalam lorong sendrii.

Peraturan 161 Blok Mula

1. Blok mula mestilah digunakan untuk semua larian sehingga dan termasuk 400m

(termasuk pelari pertama 4x200m dan 4x400m) dan tidak boleh digunakan bagi

larian-larian lain.

2. Blok mula hendaklah memenuhi spesifikasi berikut:

a. Keadaanya kukuh dan tidak dibenarkan memberi kelebihan kepada peserta.

b. Ia hendaklah dipasang pada balapan menggunakan pin atau pepaku.

3. Blok mula tersebut hendaklah mempunyai dua keeping plat penahan kaki

semasa atlet berada dalam kedudukan hendak berlepas. Plat hendaklah

dipasang menyendeng supaya sesuai dengan kedudukan kaki atlet yang

hendak berlepas.

4. Pemasangan alat penahan kaki boleh diubah-ubah kedudukannya tetapi ia tetap

tidak boleh bergoyang apabila digunakan.

Peraturan 162 Permulaan

1. Permulaan sesuatu larian ditandakan dengan garisan putih selebar 5 sm. Bagi

semua larian yang tidak mengikut lorong, garisan tersebut hendaklah

melengkung supaya semua peserta bermula pada jarak yang sama dari garisan

penamat.

2. Semua larian bermula dengan tembakan pistol atau apajua alat yang diluluskan,

yang dihalakan ke atas oleh pelepas,setelah beliau benar-benar pasti semua

peserta sudah cukup bersedia dan berada dalam keadaan yang betul untuk

berlepas.

3. Untuk larian hingga ked an termasuk 400m (termasuk 4x200m dan 4x400m),

‘ke garisan’ dan ‘sedia’ dan apabila semua peserta sudah ‘sedia’, tembakan

dilepaskan atau apa jua alat yang dibenarkan, diaktifkan.

Page 2: Peraturan 163 Perlumbaan

4. Bagi larian ke atas daripada 400m, kata arahannya ialah ‘ke garisan’ dan

apabila semua pserta sudah bersedia tembakan dilepaskan atau apa jua alat

yang dibenarkan.Peserta tidak dibenarkan menyentuh bumi dengan tangannya

semasa permulaan.

5. Sekirannya atas sesuatu sebab pelepas tidak berpuas hati , beliau boleh

mengarahkan untuk mengulang.

6. Selepas arahan ‘ke garisan’, peserta mara mengambil tempat di lorong masing-

masing betul-betul di belakang garisan permulaan. Pada arahan ‘sedia’, peserta

hendaklah mengangkat lutut dan hanya tinggal tangan dan tapak kaki sahaja

yang mencecah bumi.

7. Salah mula

a. Jika seseorang peserta bergerak untuk memulakan larian sebelum pistol

meletup, ias merupakan satu salah mula

b. Peserta gagal mematuhi arahan’ ke garisan’ atau ‘sedia’ pada satu jangka

masa yang musnasabah.

c. Sekirannya seseorang peserta menggangu peserta lain selepas arahan ‘ ke

garisan’ dikeluarkan, sama ada dengan mengacah-acah atau sebagainya.

8. Mana-mana atlet yang melakukan salah mula akan disinggirkan.

9. Bagi acara yang mempunyai satu pusingan sahaja, kedudukan/lorong

permulaan ditentukan dengan undian.

Peraturan 163 Perlumbaan

1. Arah larian adalah mengikut arah bahagian kiri di sebelah dalam arena. Lorong

akan dinomborkan mengikut arah yang sama dan lorong di sebelah dalam diberi

nombor.

2. Halangan di Balapan

Mana-mana pelari atau pejalan kaki yang menyinggung atau menghalang

peserta lain, yang menggangu pergerakan peserta tersebut, boleh membawa

peserta yang menggangu tadi dibatalkan dari pertandingannnya. Refri

mempunyai kuasa mengarahkan perlumbaan tersebut dijalankan semula tanpa

peserta yang dibatalkan tadi atau, sekirannya di peringkat saringan,

membenarkan mana-mana peserta yang terganggu, bertanding dalam pusingan

yang berikutnya.

Seseorang refri boleh mengarahkan perlumbaan itu dijalankan semula jika

beliau merasakan ia wajar dan mempunyai sebab yang kukuh.

Page 3: Peraturan 163 Perlumbaan

3. Berlari dalam lorong

Setiap atlet mestilah lari dalam lorong masing-masing yang telah ditentukan

dari mula hingga akhir. Jika seorang atlet itu telah berlari di luar lorongnya,

maka atlet terebut akan dibatalkan.

4. Jika seseorang peserta itu ditolak atau dihimpit keluar dari lorongnya oleh

peserta lain, dan sekiranya keadaan tersebut tidak memberi kelebihan kepada

peserta yang ditolak atau dihimpit itu, beliau tidak akan dibatalkan.

5. Dalam pertandingan-pertandingan mengikut peraturan 1a,b, dan c, acara 800m

akan mengikut lorong sehinggalah ke penanda memotong masuk selepas

selekoh pertama yang membolehkan peserta-peserta meninggalkan lorong

masing-masing.

6. Meninggalkan balapan

Seseorang peserta yang secara sukarela meninggalkan balapan tidak akan

dibenarkan meneruskan perlumbaan tersebut.

7. Penanda Bantuan

Kecuali bagi acara lari berganti-ganti menggunakan lorong, peserta-peserta

tidak dibenarkan meletakkan benda atau penanda bantuan di atas atau di sisi

lorong larian untuk membantu mereka.

Peraturan 164 Penamat

1. Penamat sesuatu perlumbaan ditandakan dengan satu garisan putih selebar

5m.

2. Kedudukan peserta-peserta akan ditentukan mengikut susunan supaya mana-

mana tubuh mereka misalnya torso, yang bukan kepala, leher, lengan, betis,

tangan atau kaki jelas mencecah alur menegak bahagian terdekat garisan

penamat seperti yang diterangkan di atas.

Peraturan 165 Catatan masa dan foto penamat

1. Masa hendaklah diambil apabila mana-mana bahagian peserta (iaitu torso, yang

bukan kepala, leher, lengan, betis, tangan atau kaki) jelas mencecah alur

menegak bahagian terdekat garisan penamat.

2. Penjaga masa hendaklah ditempatkan sebaris dengan garisan penamat dari luar

balapan. Tempat duduk meninggi hendaklah disediakan.

3. Semua penjaga masa hendaklah menggunakan jam elektronik yang

dikendalikan secara manual dengan paparan digital.

Page 4: Peraturan 163 Perlumbaan

4. Masa hendaklah diambil dari kilat/asap yang terbit dari letupan pistol atau alat

lain yang dibenarkna.

5. Tiga orang penjaga masa rasmi (seorang daripadanya ketua penjaga masa) dan

satu atau dua penjaga masa tambahan akan mengambil masa pemenang setiap

acara.

6. Setiap penjaga masa perlulah bekerja sendirian tanpa menunjukkan jamnya

kepada orang lain.

7. Semua masa hendaklah dibaca ke 1/10 saat yang lebih tinggi, contohnya 10.11

dibaca 10.2.

8. Jika dua daripada tiga jam tersebut mencatat masa yang sama, catatan ini

hendaklah diterima sebagai masa rasmi. Jika ketiga-tiga berbeza, maka catatan

yang dipertengahkan diterima sebagai masa rasmi. Jika hanya dua catatan

sahaja dan tidak sama, catatan yang lebih lambat diterima sebagai masa rasmi.

Peraturan 166 Pengutamaan, undian dan kelayakan bagi acara

balapan

1. Saringan awal hendalah dilakukan jka terlalu ramai pelari.

2. Bagi acara sehingga dan termasuk 800m, dan lari berganti-ganti hingga

4x400m, pembahagian lorong hendaklah dibuat seperti berikut:

a. Bagi pusingan pertama pembahagian dibuat secara undian

b. Bagi pusingan seterusnya, pembahagian akan dibuat berdasarkan

pencapaian peserta dalam pusingan sebelumnya.

i. Pemenang terpantas saringan

ii. Pemenang terpantas saringan kedua

iii. Pemenang terpantas saringan ketiga, dll

iv. Tempat kedua terpantas

v. Tempat kedua terpantas kedua

vi. Tempat kedua terpantas ketiga

vii. Yang terpantas layak mengikut catatan masa

viii. Yang kedua terpantas mengkut catatan masa

ix. Yang ketiga pantas mengikut catatan masa.

c. Tiga undian akan dibuat:

i. Satu untuk kumpulan empat peserta atau pasukan yang membuat

pencapaian terbaik untuk menduduki lorong 3,4,5,6

ii. Satu lagi untuk atlet atau pasukan tempat ke lima dan enam bagi

menentukan tempat di lorong 7 dan 8

Page 5: Peraturan 163 Perlumbaan

iii. Satu lagi untuk dua orang atlet atau dua pasukan tempat terakhir bagi

menentukan tempat di lorong 1 dan 2.

Peraturan 170 Lari Berganti-ganti

1. Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi di

tengah-tengahnya.

2. Lari berganti-ganti 4x100m dan kalau boleh 4x200m hendaklah dijalankan

dalam lorong sepenuhnya.

3. Dalam 4x100m dan 4x200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu

pasukan itu, boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada

zon sambutnya. Satu tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi

menandakan had luar zon ini.

4. Sekirannya keseluruhan atau sebahagian lari berganti-ganti itu dijalankan

mengikut lorong, seorang peserta boleh membuat tanda pengenalan di lorong

sendiri dengan menggunakan pita pelekat, warna terang.

5. Baton hendaklah dipegang sepanjang larian. Sekirannya terlepas, ia hendaklah

diambil balik oleh atlet yang menjatuhkannya. Beliau boleh meninggalkan

lorongnya untuk mengutip baton tadi asalkan tindakan ini tidak mengurangkan

jaran yang patut dihabiskannya. Terlepas baton tidak akan mengakibatkan

pembatalan jika tidak mengganggu atlet lain.

6. Peserta tidak dibenarkan untuk memakai sarung tangan atau meletak bahan di

tangan mereka supaya memperolehi genggaman yang lebih baik.

7. Sekirannya seseorang peserta itu secara sengaja mengganggu peserta lain

dnegan melintas keluar dari lorongnya setelah selesai menyerahkan batonnya,

tindakan beliau ini boleh mengakibatkan pasukan beliau dibatalkan.

Peraturan 188 Melontar Peluru

1. Peluru hendaklah dilontar dari bahu dengan mengguna sebelah tangan sahaja.

Pada masa peserta mula berdiri dalam bulatan untuk memulakan bulatan,

peluru mestilah menyentuh, atau rapat dengan leher atau pipi dan tangan tidak

boleh direndahkan daripada paras ini semasa hendak melontar; Peluru tidak

boleh dibawa ke belakang garis bahu.

2. Peluru hendaklah mematuhi spesifikasi seperti berikut:

Page 6: Peraturan 163 Perlumbaan

Peluru Wanita Lelaki Remaja Lelaki Junior Lelaki Senior

Berat minimum untuk diterima dalam pertandingan :

4.000kg 5.000 kg 6.000kg 7.260kg

Maklumat

pengeluar:

4.005kg

4.025kg

5.005kg

5.05kg

6.005kg

6.025kg

7.265kg

7.285kg

Garis pusat

minimum

95mm 100mm 105mm 110mm

Garis pusat

maksimum

110mm 120mm 120mm 130mm